Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang-Undang

Nota SJH3102 Bab 4 Pensejarahan Berbentuk Undang-Undang

Ratings: (0)|Views: 587 |Likes:
Published by Hazman Azhar
Pensejarahan Malaysia
Pensejarahan Malaysia

More info:

Published by: Hazman Azhar on May 13, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/14/2014

pdf

text

original

 
 
1
NotaPensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar 
©
2013
BAHAGIAN EMPAT:PENSEJARAHAN BERBENTUK UNDANG-UNDANG
Undang-undang merupakan satu susunan peraturan dan ketentuan yang dibuat olehbadan pemerintah sesebuah negara.
Dalam zaman feudalisme Melayu, terdapat undang-undang yang telah direkodkandalam bentuk penulisan yang boleh menjadi rujukan kepada kerajaan yangmemerintah dan pemerintah selepasnya.
Antara undang-undang bertulis yang terdapat di alam Melayu termasuklah HukumKanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Kedah, Undang-undang Kedah dll.
Selain menjadi panduan kepada para pemerintah, undang-undang bertulis di alamMelayu ini juga menjadi antara sumber pensejarahan penting kepada Malaysia.
HUKUM KANUN MELAKA
Hukum Kanun Melaka juga dikenali sebagai
Undang-undang Darat Melaka
atau
Risalah Hukum Kanun
.
Para sejarawan berpendapat, Undang-undang Melaka disusun dan ditulis padazaman Sultan Muzaffar Syah berdasarkan daripada
Sejarah Melayu
supaya segala
peraturan itu dihimpunkan “....
supaya jangan lagi bersalahan adat segala hukummenterinya
”.
 
Walaubagaimanapun, Undang-undang Melaka telahpun wujud sejak zaman MegatIskandar Syah seperti yang ditulis dalam Sejarah Melayu yang
“....memerintah
istiadat kerajaan baginda
”. Oleh itu, Undang
-undang Melaka telah pun wujud sejakzaman awal pengasasan Melaka.
Undang-undang Melaka mengandungi 44 fasal mengenai kuasa dan bidang kuasaraja dan pembesar-pembesar, pantang larang masyarakat umum, hukuman ke ataskesalahan jenayah dan undang-undang keluarga.
 
 
2
NotaPensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar 
©
2013
Beberapa fasal yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka adalah berdasarkanundang-undang Islam dan menampakkan pengaruh Islam dalam pemerintahanMelaka.
Antara pengaruh Islam yang jelas dalam undang-undang di Melaka adalah hukumhudud seperti hukum potong tangan kepada pencuri. Dalam Sejarah Melayu
misalnya ada menyebut hukuman tersebut sebagai “kudung tangannya”.
(Muhammad Yusoff Hashim,1989)
 
Undang-
undang “kudung tangan” ini telah diku
atkuasakan ketika pemerintahanSultan Alauddin Riayat Syah. Hukum Kanun Melaka menyebut,
“Adapun jikalau ia mencuri, maka tertangkap lalu dibunuhnya maka
kenalah denda dia setengah harganya.... Adapun pada hukum Allah orang yang mencuri itu tiada harus di 
bunuh, melainkan dipotong tangannya.” 
 
Selain itu, hukum-hukum Islam lain yang dapat dilihat dalam Hukum Kanun Melakatermasuklah bab jual beli dan nikah kahwin.
Contohnya, Fasal 30 dalam Hukun Kanun Melaka menjelaskan laranganmenggunakan riba dalam urusan perniagaan,
“...pada menyatakan hukum orang yang berniaga itu dan haram atas segala yang mengambil riba”.
 
Walaupun Islam mempengaruhi penggubalan undang-undang Melaka, tradisisetempat masih dikekalkan dalam undang-undang misalnya dalam Hukum KanunMel
aka (Fasal 13:3) menyebut sesiapa yang “berjual titah” (memalsukan titah) akan
dikenakan samada hukuman bunuh, dibelah lidah atau dikupas kulit kepala.
Hukuman sebegini adalah hukuman tradisi yang diamalkan sejak periode pra-Islamdan bukanlah satu daripada ajaran Islam.
Dalam Hukum Kanun Melaka, dua aspek utama yang digambarkan termasuklahgambaran mengenai masyarakat Melaka pada abad ke-15 dan 16 serta sistem politikdan pentadbiran di Melaka.
 
 
3
NotaPensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar 
©
2013
Gambaran sistem politik dan pentadbiran pada zaman Kesultanan Melayu Melakamengikut Hukum Kanun Melaka:1. Raja dianggap sebagai mempunyai kekuasaan tertinggi dan berkuasa penuhdi mana titah baginda adalah undang-undang tertinggi dan mengatasiundang-undang yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka itu sendiri.2. Hukum Kanun Melaka menjadi panduan kepada para pembesar Melakadengan menerangkan tugas-tugas para pembesar seperti Bendahara,Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.3. Rakyat biasa terdiri daripada rakyat yang bermastautin dan berhijrah keMelaka.4. Hukuman masih mengekalkan sebahagian daripada pengaruh Hindu-Buddhadi mana hukuman adalah berbeza mengikut darjat dan kedudukanseseorang.
Antara kandungan yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka termasuklah:1. Tanggungjawab raja dan pembesar 2. Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat3. Undang-undang keluarga4. Hukuman kesalahan awam dan jenayah5. Permasalahan ibadat dan muamalat6. Hukum perhumaan
Walaupun undang-undang yang berteraskan Islam dilaksanakan di Melaka, namunhanya sebahagian sahaja undang-undang yang berteraskan Islam dalam HukumKanun Melaka.
Selebihnya, undang-undang dalam Hukum Kanun Melaka adalah mengikut undang-undang yang diwarisi sejak zaman pra-Islam.

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Tok Wan Ali liked this
晓妍 liked this
Lya Ilya liked this
katak kembung liked this
Aneif Zack liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->