• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga - 
Teleperubatan: Menjangkaui batasan masa, sempadan 
IT
Posted by: alhafizhPosted on : 2008/1/11 15:40:00SATU daripada tujuh aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia yang diwujudkanpada 1995 ialah ‘teleperubatan’ yang menyaksikan bidang perubatan dibabitkan secara langsungatau tidak langsung ke dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).Ia sejajar dengan komitmen negara dalam era digital yang mahu bergerak menuju ke arah ekonomiberasaskan pengetahuan (k-ekonomi) dengan pembabitan masyarakatnya secara aktif.Disebabkan perubahan mendadak akibat perkembangan teknologi, sektor perubatan atau penjagaankesihatan mengalami perubahan yang sama.Teleperubatan menggunakan ICT dan elektronik bagi penyediaan serta menyokong sektor berkaitanyang bukan sekadar sebagai kegunaan setempat, malah amat berfaedah ketika pengguna berada dilokasi berlainan.Ia adalah sistem yang menghubungkan doktor, pentadbir, penyedia perkhidmatan dan pesakit.Kaedah capaiannya berkaitan rapat dengan komputer peribadi, komputer riba, komputer telapak dantelefon bimbit.Apabila teknologi capaian berkembang, sukar untuk dinafikan bahawa pelbagai kemudahan bolehdisediakan terutama bagi masyarakat yang tinggal jauh di kawasan pedalaman.Akibat prasarana fizikal yang menyukarkan, teknologi telekomunikasi canggih ketika inimemungkinkan pesakit dapat diselamatkan kecuali memerlukan sentuhan fizikal sepertipembedahan oleh doktor ke atas pesakit.Tetapi, sekurang-kurangnya pendekatan awal menghadapi saat kecemasan boleh dilakukanserta-merta ke atas pesakit dengan bantuan doktor menerusi telefon atau Internet.Teknologi telekomunikasi tanpa wayar kini sudah ke peringkat perbualan bervideo (3G/3.5G), begitu juga dengan Internet yang jauh lebih maju untuk membolehkan kita berbicara bersemuka walaupunberada di lokasi berjauhan.Antara aplikasi utama teleperubatan termasuk klinikal, pendidikan, pentadbiran, penyelidikan,penilaian atau pemeriksaan pesakit, diagnosis (telediagnosis) dan perundingan (telekonsultasi).Secara ringkasnya, pegawai perubatan kini boleh merawat pesakit dari jauh. Pemantauan bolehdilakukan dari mana saja.
 
Sementara pentadbiran boleh dilakukan dengan telesidang, penjadualan, kepenggunaan sertapenilaian kualiti kerja, penyelidikan pula dimajukan menerusi agregasi data daripada berbilangsumber dan koordinasi.Bagaimanapun, mungkin ada yang berfikiran sebaliknya dengan pendapat bahawa negara kitamasih terlalu jauh dengan situasi sedemikian yang kononnya masih di peringkat imaginasi.Usah berfikiran negatif. Teleperubatan adalah satu daripada aplikasi perdana MSC Malaysia. Ia kianmenjadi kenyataan dengan pelaksanaan beberapa pendekatan untuk menuju ke matlamatberkenaan.Kerajaan kita serius dan mahukan rakyatnya maju serta mengecapi pelbagai manfaat daripadakemajuan ICT.Hospital Putrajaya adalah antara hospital kerajaan pertama mengamalkan pendekatan berelektronik.Sistem Maklumat Hospital Bersepadu (THIS) membolehkan proses rujukan kes pesakit dilakukan dimana saja pesakit mendapatkan rawatan.Pelaksanaan THIS dikatakan akan mengurangkan kesesakan di hospital merangkumi sistemmaklumat di hampir keseluruhannya termasuk dari aspek klinikal, pengurusan kewangan dansumber manusia.Selain Hospital Putrajaya, beberapa hospital baru lain terbabit dengan pelaksanaan inisiatif initermasuk Hospital Serdang, Ampang, Sungai Buloh dan Hospital Selayang.Kerajaan Malaysia memperuntukkan lebih setengah juta ringgit untuk mewujudkan inisiatif ICT diHospital Putrajaya. Sudah tentu hospital lain juga akan memakan belanja yang besar.Secara logik akal, jika hospital kerajaan sedia ada hendak melaksanakan inisiatif teleperubatan,sudah tentu ia memerlukan belanja besar. Bagaimanapun kerajaan dikatakan akanmelaksanakannya secara berperingkat.Walaupun hanya hospital kerajaan yang dilihat terbabit dalam teleperubatan, hospital swastasebenarnya turut serta melaksanakannya, malah ada yang lebih awal.Pelaksanaan teleperubatan secara menyeluruh bukan satu perkara yang mudah kerana pelbagaiaspek perlu diambil kira termasuk prasarana asas penyediaannya.Ia bukan saja perkakasan, perisian, jalur lebar dan berbagai aspek lagi dalam ICT, malahperundangan adalah aspek utama yang perlu diambil kira.Kita yakin bahawa pelbagai perkakasan, perisian atau aspek teknologi penyediaan untukmelaksanakan teleperubatan sudah terlalu banyak dibangunkan, namun masih ada beberapaperkara yang menjadi kekangan.Ia termasuk perundangan dan peraturan serta penyepaduan antara berlainan hospital swasta,hospital kerajaan dan antara hospital swasta dengan hospital kerajaan.Jika difikirkan logik akal/teknologi, sesebuah sistem berkomputer dan berelektronik itu tidak sukar
 
untuk menyepadukan teknologi dibangunkan untuk membolehkan setiap sistem itu berkomunikasiantara satu dengan lain walaupun di atas platform berlainan.Jika semua itu disepadukan, maka wujudlah sebuah rangkaian perkomputeran perubatan yangbesar.Semua orang khususnya pentadbir dan pengamal perubatan boleh mencapai semua maklumatdikehendaki di hujung jari. Rekod pesakit boleh diperoleh dengan pantas walaupun berada dihospital berlainan.Malah, dengan adanya satu lagi aplikasi perdana iaitu ‘kad pelbagai guna’ yang kini diaplikasi kedalam MyKad. Ia membolehkan rekod perubatan disimpan ke dalam MyKad dan dibawa ke manasaja.Bagaimanapun, semua itu belum terlaksana disebabkan beberapa perkara termasuk perundanganatau peraturan walaupun Akta Teleperubatan 1997 sudah diwujudkan.Pengwujudannya untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan dan pengawalan amalanteleperubatan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya.Pelbagai kekangan itu sering dibincangkan pemain industri.Philips ialah syarikat terkemuka dunia yang banyak membangunkan peralatan berkaitan penjagaankesihatan seperti mesin pengimbas x-ray, CT scan, MRI, ultrabunyi dan sebagainya.Satu persidangan meja bulat anjuran Philips baru-baru ini yang dipengerusikan Pengerusi dan KetuaPegawai Eksekutif (CEO), Kumpulan Syarikat Philips di Malaysia, Rajah Kumar diadakan bertujuanuntuk bertukar pendapat.Ia dihadiri beberapa panel termasuk Pengarah Biro Peralatan Perubatan, Kementerian KesihatanMalaysia, Wang Hwee Beng, dan CEO, Kumpulan Penjagaan Kesihatan, Pusat Perubatan SubangJaya (SJMC).Turut serta ialah Naib Presiden dan Pengurus Besar, Rantau Pelbagai Negara – Asia, PhilipsMedical Systems, Wayne Spittle; Pengarah – Sains Penjagaan Kesihatan & Kehidupan, IBM AsiaPasifik, R R Madhav dan Ketua Penyelesaian dan Integrasi – Bahagian Perniagaan Enterprise,Maxis Broadband Sdn Bhd, Abdur Rahman Ebrahim.Pelbagai topik dibincangkan berkaitan dunia perubatan dengan merujuk terus kaitannya denganMalaysia.Tinjauan Philips mendapati penyepaduan teknologi ke dalam segmen penjagaan kesihatan akanmenggalakkan capaian yang lebih saksama kepada penjagaan kesihatan bermutu tinggi bagi rakyatMalaysia. Ia juga menjadi objektif utama bagi Kementerian Kesihatan Malaysia.Pengerusi menyimpulkan Malaysia memiliki sistem penjagaan kesihatan yang baik denganpenyediaan perkhidmatan secara saksama dengan kos berpatutan kepada rakyat.Bagaimanapun, kebolehan untuk mencapai adalah sesuatu yang perlu diusahakan dan kosnya pula
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...