You are on page 1of 8

PENULISAN JURNAL

[23 Julai 2012 27 Julai 2012] 23 Julai 2012 merupakan hari pertama saya dan 5 rakan praktikum saya menjalankan praktikum bagi fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa (SKSS). Tepat jam 7 pagi kami melangkah masuk ke perkarangan sekolah, kami terus ke pejabat untuk melapor diri. Kedatangan kami disambut baik oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Noorin bt Abdul Rahman. Selepas itu kami menyertai perhimpunan pagi yang dijalankan. Kami diperkenalkan kepada guru-guru dan murid-murid di perhimpunan. Sejurus usainya perhimpunan, kami kembali ke pejabat untuk taklimat ringkas tentang perkara yang perlu dilakukan dalam tempoh 2 bulan kami di situ. Kami juga berkenalan dengan warga pejabat dan berkenalan rapat dengan guru di bilik guru. Kami masih tidak berkesempatan untuk berjumpa Guru Besar kerana beliau menghadiri mesyuarat. Kami tidak menerima lagi jadual waktu kerana pihak sekolah perlu meneliti waktu untuk diberikan kepada kami pelatih guru supya tidak bertindih

memandangkan jumlah kami yang agak ramai. Walau bagaimanapun, pada hari pertama saya telah masuk untuk menggantikan guru yang pergi berkursus. Kelas tersebut ialah kelas Bahasa Cina. Saya dimaklumkan bahawa semua murid SKSS wajib mempelajari Bahasa Cina dan Bahasa Arab. Ini merupakan satu pendekatan yang baik kerana ia merupakan satu bonus jika kita mengetahui pelbagai bahasa. Tambahan pula, pendekatan ini dijalankan kepada murid-murid sejak dari kecil. Sinonim dengan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, saya yakin bahawa murid-murid sekolah ini dapat bertutur sekurang-kurangnya 10 istilah Bahasa Cina dan Bahasa Arab. Setelah selesai, kami dibenarkan pulang pada jam 2.05 petang. Perkaraperkara yang perlu untuk saya ambil tindakan telah saya catatkan pada buku nota bagi mengelakkan kerja-kerja yang tertunggak. Esok dan tempoh dua bulan ini,

PRAKTIKUM FASA 2

PENULISAN JURNAL
tugas yang berat akan saya galas. Saya berharap segalanya berjalan dengan lancar dan saya berjani pada diri saya untuk melakukan yang terbaik.

[30 Julai 2012 3 Ogos 2012] Tarikh / Hari Tajuk Bisikan hati / Perasaan 1 OGOS 2012 [Rabu] Aktiviti berpasangan [How Long Am I] Sepanjangsesi pengajaran dan pembelajaran saya berada di SK Seri Sentosa, saya tidak pernah menjalankan aktiviti berpasangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya. Jadi, selepas memperkenalkn tajuk anggaran saya bercadang untuk

menjalankan aktiviti berkumpulan sebagai aktiviti pengukuhan kepada pengenalan konsep yang saya perkenalkan. Bagi proses pembahagian pasangan, saya lakukan mengikut tempat duduk masing-masing memandangkan mereka sudah secara

berpasangan. Pada mulanya, saya menghadapi kesukaran apabila terdapat beberapa orang murid tidak mahu pasangan yang telah saya tetapkan. Namun selepas itu, saya berasa lega sedikit kerana mereka akur dengan arahan saya. Pelbagai ragam dan kerenah setiap pelajar di dalam kelas tersebut. Hal ini mungkin berlaku kerana jumlah bilangan pelajar yang ramai di dalam kelas tersebut iaitu 30 orang. Namun jauh di sudut hati saya, saya begitu terhibur dengan setiap karenah yang

ditunjukkan oleh mereka. Walaupun bagaimanapun,masih banyak lagi personality murid-murid saya yang belum saya terokai dan temui memandangkan minggu ini merupakan minggu pertama saya mengajar mereka. Mungkin ini yang dialami oleh guru-guru saya dahulu. Menganalisis / Pada awal proses pengajaran dan pembelajaran , tidak dapat Menilai dinafikan semua pelajar memberikan tumpuan dan perhatian. Namun apabila tiba kepada peringkat untuk pembahagian

PRAKTIKUM FASA 2

PENULISAN JURNAL
kumpulan, keadaan kelas sudah mula bising kerana murid-murid bersama pasangan masing-masing. Saya telah member sehelai kertas kepada setiap pasangan. Seterusnya, saya berikan arahan tentang apa yang perlu mereka buat. Oleh kerana mereka sangat bersemangat untuk menjalankan aktiiviti, tiada soalan yang dikemukakan untuk kekeliruan arahan. Selepas saya memberikan masa selama 15 minit, keadaan kelas mula bising kerana meraka mula berbincang Saya telah memberikan arahan supaya mereka memperlahankan suara. Namun suasana kelas masih bising. Setelah saya teliti, pasangan tersebut terdiri daripada pelajar lelaki. Selepas ini, saya akan pastikan setiap pasanagn mahupun kumpulan perlu bercampur. Bagi memastikan pelajar-pelajar faham tentang aktiviti yang dijalankan, saya berjalan ke setiap pasangan untuk member tunjuk ajar sekiranya mereka tidak jelas tentang arahan yang diberikan. Kesedaran baru / Harapan Kini saya sedar bahawa menjalankan aktiviti berpasangan bukanlah suatu perkara yang mudah. Walaupun saya hanya perlu akui bahawa aktiviti berpasangan ini lebih memberikan peluang kepada setipa murid untuk terlibat dalam aktiviti yang dijalankan berbanding dengan aktiviti berkumpulan. Apa yang paling

penting, saya perlu menyediakan diri saya untuk memberi arahan yang jelas dan pada masa yang sama mengawal kelas dengan baik bagi mengelakkan bunyi bising seperti di pasar ikan. Arahan perlu diberikan sebelum menyerahkan peralatan kepada muridmurid. Hal ini bagi mengelakkan mereka tidak memberi tumpuan ketika saya memberi arahan. Selain itu, saya sepatutnya memberi arahan dengan jelas dan ringkas supaya para pelajar mudah memahaminya. Selepas ini, saya juga perlu mempelbagaikan aktiviti di dalam kelas agar pelajar lebih tertarik untuk menimba ilmu Cadangan Tindakan / Sewaktu pertama kali saya menjejakkan kaki ke kelas 4 Bestari, saya dapat rasakan saya berhadapan dengan satu cabaran yang besar kerana kelas ini merupakan kelas pertama dalam tahun 4

PRAKTIKUM FASA 2

PENULISAN JURNAL
Bestari. Murid-murid dalam kelas ini aktif dan pintar serta begitu semangat terutama apabila melakukan aktiviti. Saya perlu menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik perhatian mereka. Saya juga perlu mempelbagaikan sumber pengajaran supaya mereka tidak berasa bosan. Namun pada masa yang sama, saya perlu mempertingkatkan cara pengawalan kelas supaya keadaan kelas kondusif dan tidak terlalu bising. Saya

perlu lebih banyak melibatkan murid-murid dalam sesi pengajaran agar semua murid berpeluang untuk menyertai P&P dan tidak hilang fokus serta lebih berminat mengikuti pengajaran. Selain itu, penegasan perlu dipertingkatkan agar setiap daripada mereka memberi tumpuan sepenuhnya. Bagi kumpulan yang bising, saya perlu lebih tegas untuk mengarahkan mereka untuk diam atau mengenakan denda seperti tidak dapat membuat aktiviti ataupun berdiri sepanjang kelas. Dengan ini, murid-murid lain akan mempelajari daripada kesan yang dikenakan ke atas rakan mereka dan tidak akan mengulangi perkara yang sama. Saya akan mengaplikasikan setiap teguran yang diberi oleh pensyarah pembimbing saya dan guru pembimbing untuk sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Saya juga akan merefleks dan menilai kembali P&P yang telah saya jalankan bagi melakukan penambahbaikan pada masa akan datang.

PRAKTIKUM FASA 2

PENULISAN JURNAL

[30 Julai 2012 3 Ogos 2012] Tarikh / Hari Tajuk Bisikan hati / Perasaan 10 OGOS 2012 (JUMAAT) Pengajaran kelas aliran KSSR Sebelum saya keluar untuk ke praktikum, saya berharap supaya saya tidak berpeluang mengajar kelas aliran KKSR. Bagi saya mengajar kelas KKSR agak sukar tambahan bagi subjek Matematik. Begitu juga dengan subjek Pendidikan Jasmani. Kami hanya diberi taklimat tentang modul KSSR tanpa mempraktikkan cara penulisan RPH, apatah lagi bagi menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas KSSR. Namun, selepas mendapat jadual waktu saya dapati saya perlu mengajar kelas KKSR untuk subjek Pendidikan Jasmani. Pada mulanya, saya menghadapi kesukaranan untuk menerima hakikat tersebut. Tambahan pula, saya tidak mempunyai pengalaman untuk menulis rancangan pengajaran harian bagi Pendidikan Jasmani ini. Apa yang saya ada ialah draf yang dibekalkan oleh pensyarah penyelia saya, Dr Norashid bin Din. Sebenarnya, apa yang lebih membimbangkan saya ialah pentaksiran yang dijalankan di dalam kelas KSSR kerana perlu meletakkan band mengikut tahap muridmurid tersebut. Walau bagaimanapun, setelah saya melihat modul yang disediakan dan berbekalkan draf yang diberikan, saya rasakan pengajaran bagi kelas KSSR ini tidak sukar kerana segala perancangan telah dirangka. Menganalisis / Pada awal proses pengajaran dan pembelajaran , tidak dapat Menilai dinafikan saya agak kekok untuk mengajar. Tambahan pula ini kali pertama saya mengajar Pendidikan Jasmani. Untuk mengajar bagi

PRAKTIKUM FASA 2

PENULISAN JURNAL
kali pertama dan mengendali sebuah kelas Tahun 1 merupakan pengalaman paling cemas dan gementar sepanjang pengalaman saya praktikum. Namun, alhamdulillah semua pelajar memberikan tumpuan dan perhatian. Apabila tiba kepada peringkat untuk pembahagian kumpulan, keadaan kelas sudah mula bising kerana murid-murid bergerak ke dalam kumpulan masing-masing. Namun bagi saya suasana bising tersebut adalah salah satu proses pembelajaran di mana menreka berkomunikasi antara mereka . bagi peringkat persembahan pula, mereka begitu bersemangat kerana saya telah memainkan sebuah lagu serta menyanyi dengan gaya yang selari dengan lirik tersebut. Saya juga menyediakan topeng bagi mewakili kumpulan masing-masing. Murid-murid begitu bersemangat dan melakukan pergerakan yang ditunjukkan dengan baik. Saya berasa seronok kerana sambil bergembira, objektif pembelajaran yang saya tetapkan tercapai. Bagi

memastikan murid-murid terus berminat dengan aktiviti yang dijalankan, saya bernyanyi bersama dan berjalan ke setiap

kumpulan untuk member tunjuk ajar sekiranya mereka tidak jelas tentang arahan yang diberikan.

Kesedaran baru / Harapan

Kini saya sedar bahawa untuk mengawal kelas dengan baik ialah dengan menimbulkan rasa minat dalam diri murid-murid terhadap pembelajaran. Walaupun bagi subjek pendidikan jasmani saya tidak perlu menyampaikan konsep seperti dalam subjek

Matematik, saya masih perlu untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat menggalakkan minat murid terhadap pembelajaran. Saya juga perlu menyediakan diri saya untuk

member arahan yang jelas dan mengawal kelas dengan baik bagi mengelakkan bunyi bising seperti di pasar ikan. Bagi murid Tahun 1 Cemerlang, arahan yang diberikan mestilah jelas dan ringkas supaya mereka mudah memahaminya. Cadangan Tindakan / Kelas 1 Cemerlang merupakan kelas kedua. Rata-rata murid dalam kelas ini boleh membaca dan mengikuti pembelajaran

PRAKTIKUM FASA 2

PENULISAN JURNAL
dengan baik. Namun, ada beberapa murid yang aktif dan perlu dikawal dengan lebih baik di dalam kelas ini. Walaupun bahan bantu mengajar yang saya sediakan dapat menarik minat mereka, saya perlu lebih bijak dalam mengawal kelas. Seperti kelas 4 Bestari, saya menggunakan Reward Chart bagi memastikan mereka menjaga tingkah laku masing-masing. Saya perlu melibatkan murid-murid dalam sesi pengajaran agar semua murid berpeluang untuk menyertai P&P dan tidak hilang fokus serta lebih berminat mengikuti pengajaran. Selain itu, penegasan perlu dipertingkatkan agar setiap daripada mereka memberi tumpuan sepenuhnya. Bagi murid yang bising, saya perlu lebih tegas untuk mengarahkan mereka untuk diam atau mengenakan denda seperti tidak dapat membuat aktiviti ataupun berdiri sepanjang kelas. Dengan ini, murid-murid lain akan mempelajari daripada kesan yang dikenakan ke atas rakan mereka dan tidak akan mengulangi perkara yang sama. Saya akan mengaplikasikan setiap teguran yang diberi oleh pensyarah pembimbing saya dan guru

pembimbing untuk sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Saya juga akan merefleks dan menilai kembali P&P yang telah saya jalankan bagi melakukan penambahbaikan pada masa akan datang.

PRAKTIKUM FASA 2

PENULISAN JURNAL

PRAKTIKUM FASA 2

You might also like