You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA BALING SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PINANG TAHUN 2013 1.

0 PENDAHULUAN Sukan bola baling adalah salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan untuk kecemerlangan bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang. Namun, Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang masih lagi tidak dapat mengesan bakat bakat baru bagi sukan ini terutama pelajar tahap dua bagi lelaki dan perempuan. Pencapaian yang lebih cemerlang boleh digapai seandainya usaha pembangunan bola baling dijalankan diperingkah sekolah rendah lagi. Justeru, menyedari potensi ini pihak Kelab Bola Baling 1 Murid 1 Sukan berinisiatif menganjurkan Program Pembangunan Sukan Bola Baling bagi mengesan bakat bakat baru yang boleh diketengahkan. Hal ini adalah salah satu persediaan untuk kejohanan kejohanan yang bakal berlangsung terutamanya kejohanan pada bulan Mei ini. 2.0 RASIONAL 2.1 Memperkenalkan dan mempromosi sukan bola baling dalam kalangan generasi muda dari akar umbi. 2.2 Memajukan sukan bola baling sebagai sukan teras di peringkat sekolah rendah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. 2.3 Melahirkan pelajar yang sihat dan aktif dari segi rohani, jasmani, intelek dan sosial. 2.4 Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturahim di antara guru-guru Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang untuk meningkatkan kualiti sukan bola baling. 2.5 2.6 Membentuk sikap kompetitif antara peserta peserta program. Membina keyakinan dan disiplin diri dalam kalangan peserta peserta program.

3.0

MATLAMAT Program ini bermatlamat agar dapat mengesan serta mencungkil bakat bakat baru yang berkualiti dan berkemahiran dalam permainan bola baling seterusnya diserap untuk menjadi pasukan Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang pada tahun 2013.

4.0

OBJEKTIF 4.1 Medan bagi memilih peserta yang berbakat dalam permainan bola baling dan seterusnya mewakili sekolah ke pertandingan bola baling sebenar pada tahun 2013. 4.2 Menyemarakkan persaingan yang sihat dalam kalangan peserta program. 4.3 Meningkatkan kualiti permainan pelajar secara teknikal dan tektikal dalam sukan bola baling. 4.4 Memberi pengalaman untuk menghadapi situasi pertandingan sebenar kepada peserta.

5.0

TARIKH DAN TEMPAT Tarikh Masa Tempat : : : 23 Februari 2013 7.30 pagi 6.30 petang Bilik Tayangan dan Padang Bola Baling

6.0

SASARAN PENYERTAAN Terbuka kepada semua pelajar tahap dua ( tahun 4, 5 dan 6) Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang. Had penyertaan hanya 48 orang sahaja iaitu 24 lelaki dan 24 perempuan.

7.0

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA JAWATANKUASA INDUK Penasihat: Pengerusi: Naib Pengerusi: Penyelaras: Setiausaha: Bendahari: AHLI JAWATANKUASA Urusetia: Teknik Pertandingan: Pengurusan Pertandingan: Kepengadilan: Persiapan Gelanggang: Pengacara Majlis: Promosi: Penginapan: Hadiah /Penutup: Dokumentasi:

8.0

TENTATIF PROGRAM

Masa 7.30 pagi 8.00 pagi 8.00 pagi 10.00 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 10.30 pagi 12.30 t/hari 12.30 t/hari 2.30 petang 2.30 petang 3.30 petang 3.30 petang 5.30 petang 5.30 petang 6 petang

Perkara Pendaftaran Sarapan pagi Sesi Pertama Pemanasan badan Amali kemahiran asas bola baling Rehat Sesi Kedua Sambungan amali kemahiran asas bola baling Simulasi pertandingan bola baling Rehat Solat Zuhur Teori dan undang undang bola baling Permainan bola baling dalam situasi sebenar Penutup

9.0

SUMBER KEWANGAN Sumber kewangan diperoleh daripada Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang.

10.0

PERBELANJAAN Makanan 48 orang peserta x RM 5 3 orang Instruktor x RM 5 15 orang guru SKBP x RM 5 = = = RM 240.00 RM 15.00 RM 75.00

__________________________________________________________________ Jumlah keseluruhan = RM 330.00

Disediakan oleh :

_______________________________ ( Setiusaha, Program Pembangunan Sukan Bola Baling, SK Bukit Pinang. )

Disemak oleh :

PN. ROHAYAH GPK KO-KURIKULUM, SK Bukit Pinang.

You might also like