You are on page 1of 1

BAB 1 Pengenalan

Latihan Industri ialah satu syarat wajib di KKTM bagi menamatkan program Diploma sehingga semester keenam. Bagi pelajar yang mengambil kursus Diploma Teknologi Elektronik Industri, kami diwajibkan untuk menjalani Latihan Industri pada semester keenam selama satu semester. Para pelajar bebas untuk membuat pilihan tempat sendiri bagi menjalani latihan ini. Latihan ini bermula pada 31 Disember 2012 dan berakhir pada 16 Mei 2013. Latihan Industri ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan dengan lebih dekat. Dengan tunjuk ajar yang telah diberikan dari pihak KKTM, para pelajar bolehlah mengaplikasikannya di tempat latihan masing-masing. Para pelajar perlulah menggunakan peluang yang diberikan sebaik mungkin supaya apa yang dipelajari dapat menjadi ilmu yang berguna pada masa akan datang. Disamping itu, pelajar telah dibekalkan dengan Buku Log kepada setiap seorang. Pelajar harus mencatat perkara yang dilakukan di tempat Latihan Industri pada setiap hari. Pada akhir latihan pula, pelajar wajib menyiapkan laporan akhir bagi melengkapi syarat Latihan Industri.

You might also like