You are on page 1of 6

BELAJAR CARA BELAJAR

Belajar Cara Belajar merupakan satu proses teknik pembelajaran sama ada
bersama guru atau tidak. Belajar bersama guru ialah seperti di dalam kelas, di mana
guru menyampaikan P&P kepada murid. Belajar bersedirian atau bersama rakan dan
belajar semasa tidak bersama guru.
KEMAHIRAN BELAJAR
Kemahiran belajar terdiri daripada 5 aspek kemahiran iaitu:
i. Kemahiran Mendengar
Mendengar segala maklumat yang disampaikan oleh sesiapa sahaja yang
memberikan maklumat, memberi penjelasan, membuat pertanyaan dan
memberi pendapat. Misalnya, murid mendengar penyampaian pengajaran
daripada guru . Perkara yang kita dengar ialah pelbagai teks yang didapati
daripada:
i. Arahan
ii. Lakonan
iii. Puisi
iv. Berita
v. Ucapan
vi. Syarahan
vii. Lagu
viii. Taklimat
ix. Pengumuman
x. Penerangan
Tujuan kita mendengar ialah untuk mendapatkan maklumat, fakta, data,
pengetahuan, penghayatan dan sebagainya.
Untuk meningkatkan kemahiran mendengar, kita perlu:
i. Motivasikan diri untuk memberi sepenuh tumpuan dan perhatian
kepada pembelajaran hari itu.
ii. Menumpukan perhatian pada apa yang diperkatakan, ditunjukkan
dan ditulis.
iii. Memandang ke arah guru semasa pengajaran.
ii. Kemahiran Membaca
Membaca maklumat yang diberikan oleh guru samada berbentuk buku,
majalah, Cd, surat khabar dan bermacam-macam lagi. Kemahiran membaca
boleh dibahagikan kepada:
a. Skimming/Luncuran
Sesuai digunakan untuk maklumat ringkas dan pantas. Membaca tajuk,
pendahuluan dan rumusan nota.

b. Scanning/ Imbasan

Sesuai digunakan untuk mendapatkan malumat yang lebih dalam. Membaca


pendahuluan, rumusan dan kandungan bab, seterusnya memerhatikan kata
kunci, konsep, rajah, grafik dan data.
Antara kemahiran membaca ialah membaca secara insentif iaitu untuk
mendapatkan malumat terperinci, perlu membuat strategi SQ3R. SQ3R ialah
seperti di bawah:
Survey - pendahuluan, tajuk, ringkasan
Question –tajuk jadi soalan – jawab
Read – baca perenggan untuk maklumat
Recite – ringkaskan, refrasakan perenggan
Review – lihat nota semula, pastikan ingat isi
Membaca laju juga merupakan kemahiran membaca, membaca laju ini perlu
memahami isi kandungan sesuatu topik. Tumpuan sepenuhnya masa membaca
laju agar tidak ada kesalahan membaca. Mengesan isi-isi penting melalui tanda-
tanda dalam sesuatu fakta tersebut seperti tulisan condong, bergaris tebal,
gambar rajah dan juga peta minda. Seterusnya membuat catatan nota daripada
membaca laju.
iii. Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis adalah seperti segala penyampaian yang diberikan oleh
guru, dicatit ke dalam buku dan sebagainya. Antara kemahiran menulis ialah
menulis dengan cepat. Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis
dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain.
Oleh itu, menulis cepat memerlukan unsur:
a. Kelajuan menulis

b. Tulisan yang boleh dibaca

iv. Kemahiran Mengambil Nota


Mengambil nota atau mencatat nota adalah aktiviti merekod fakta,maklumat
dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar.
Mengambil/Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa
kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain.
v. Kemahiran Mengingat
Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan
penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga ialah satu
kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan
kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam.

KEMAHIRAN MAKLUMAT
Maklumat ialah pengetahuan,data,butiran,fakta, keterangan, atau cerita tentang
sesuatu perkara atau seseorang
Kemahiran maklumat terdiri daripada:
a. Kemahiran perpustakaan
Menggunakan perpustakaan untuk mendapatkan maklumat.
b. Kemahiran belajar

Belajar sendiri untuk mendapatkan maklumat


c. Kemahiran penyelidikan

Membuat penyelidikan untuk mendapatkan maklumat.


d. Kemahiran komunikasi dan penyampaian

Berkomunikasi dengan orang lain utntuk mendapatkan maklumat.


SUMBER MAKLUMAT
Sumber maklumat boleh didapati daripada:
i. Sumber berasaskan manusia
Contohnya ibu bapa, guru, pakar bidang, tokoh dan sebagainya.
ii. Bahan audiovisual
Contohnya filem, video, aset, cakera laser, mirofilem, mikrofis, pita magnetik
iii. Sumber berasaskan komputer
Contohnya dalam talian dan luar talian, cakera padat, dan internet.

iv. Bahan bercetak


Contohnya buku, majalah, monograf,surat khabar, jurnal dan laporan.

JENIS SUMBER/BAHAN
Jenis sumber/bahan yang boleh digunakan sebagai maklumat semasa blajar
ialah Jurnal, Laporan /Statistik, Kertas Kerja, Paten, Standard/Piawaian, Tesis/Disertasi,
Katalog Perdagangan, Ensiklopedia, Kamus, Tesaurus, Atlas/Peta, Gazetiar,
Brosur/risalah, Akhbar, Majalah/Buletin, Buku teks/rujukan, Buku Tahunan, Monograf,
Buku log/diari, Kitab suci, Indeks, Abstrak, Bibliografi, Ulasan/Resensi, Direktori,
Biografi, Buku Panduan /Manual, Pangkalan Data, Dalam Talian, Internet dan CD-ROM

STRATEGI METAKOGNISI
Menurut Albert Camus, Stategi metakognisi ialah An intellect is someone whose
mind watches itself. Manakala, Costa (1981), Metakognisi ialah kebolehan mengetahui
apa yang kita ketahui dan yang tidak kita ketahui. Oleh itu, Metakognisi ialah
seseorang itu dapat mengetahui sendiri apa yang telah dipelajari dan memahami
sesuatu tanpa mempelajarinya. Metakognisi juga merupakan kesedaran tentang hal
yang diketahui dan apa yang tidak diketahui.
Kesedaran diri mengenai fikiran dan pembelajaran merupakan perkara penting
dalam aspek metakognisi. Apabila kesedaran ini wujud, murid dapat mengawal
fikirannya untuk merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari .

GAYA PEMBELAJARAN
Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Gaya pembelajaran
merupakan fokus seseorang tentang apa yang ingin dipelajarinya dan memaksimumkan
hasil pembeljaran yang dibuat.
Gaya pembelajaran terdiri daripada dua iaiatu:
1. Gaya pembelajaran VAK
Gaya pembelajaran VAK ialah Visual, Auditori dan Kinestetik
2. Gaya pembelajaran Dunn & Dunn

Gaya pembelajaran Dunn & Dunn berasaskan beberapa aspek iaitu:


a. Alam Sekitar
Contohnya, bunyi, cahaya, suhu, pola
b. Emosi

Contohnya, motivasi, ketabahan, tanggung jawab, struktur


c. Sosiologi

Contohnya, sendiri, pasangan, rakan Sebaya, pasukan, guru dan pelbagai


cara
d. Fizikal

Contohnya, persepsi, makan, waktu, gerakan


e. Psikologi

Contohnya, Global atau Analitik, Otak Kiri atau Otak Kanan, Impulsive
atau Refleksif

You might also like