You are on page 1of 3

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 -

ASAS NEGARA MERDEKA (8 SIRI)

oleh Datin Sitti Haishah Abd Rahman (Unit KUR, BPG)

Siri 4 - Kewarganegaraan

Orang Melayu adalah penduduk asal dan pribumi Tanah Melayu. Mereka tinggal di
kawasan lembah sungai dan persisiran pantai. Ini dibuktikan dengan wujudnya
kerajaan awal yang berasaskan pertanian dan perdagangan. Jumlah orang Melayu
semakin bertambah apabila berlakunya perpindahan orang Melayu dari Kepulauan
Melayu yang lain. Mereka terus menetap di Tanah Melayu dan berasimilasi dengan
penduduk tempatan. British berusaha menjajah negeri-negeri Melayu tercapai setelah
termeterainya Perjanjian Pangkor pada tahun 1874.

Kejayaan ini menyebabkan British telah membawa masuk kaum Cina dan India untuk
kepentingan ekonomi mereka. Kaum Cina di bawa masuk ke Tanah Melayu,
terutamanya untuk perlombongan bijih timah dan penanaman lada hitam serta kopi.
Manakala kaum India di bawa masuk untuk tujuan bekerja di ladang-ladang getah.
Kemasukan imigran ini telah mengwujudkan satu situasi sosial yang rumit dan pihak
British telah menggunakan corak pentadbiran pecah dan perintah.

Kerajaan Malayan Union telah memberi taraf kerakyatan yang sama rata bagi semua
kaum di Tanah Melayu tanpa mengira bangsa dan keturunan. Hak-hak ini termasuklah
kemasukan ke dalam perkhidmatan awam dan satu undi dalam pilihan raya umum.
Malayan Union memberikan taraf kewarganegaraan yang sama kepada semua kaum
di Tanah Melayu berdasarkan prinsip jus soli. Mengikut jus soli, taraf kerakyatan
diberikan kepada orang asing dengan syarat yang amat longgar. Semua kaum yang
dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura selepas Pengisytiharan Malayan Union
pada 01 April 1946 adalah layak untuk mendapat kerakyatan. Mereka yang menetap
di Tanah Melayu atau Singapura selama lima (5) tahun layak memohon
kewarganegaraan. Orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan telah
bermastautin di Tanah Melayu dan Singapura selama 10 tahun daripada 15 tahun
sebelum 15 Februari 1942 juga layak mendapat taraf kerakyatan. Kanak-kanak yang
dilahirkan di luar Tanah Melayu dan Singapura, atau selepas penubuhan Malayan
Union secara automatik menjadi warganegara jika bapanya merupakan warganegara
Malayan Union. Melalui prinsip jus soli, orang bukan Melayu mempunyai hak yang

shar070209 1
sama dengan orang Melayu. Dengan ini kedudukan istimewa orang Melayu dalam
ekonomi dan politik di Tanah Melayu semakin terancam. Oleh sebab itulah, orang
Melayu menentang rancangan Malayan Union.

Pada 01 Februari 1948, kerajaan British telah menubuhkan Persekutuan Tanah


melayu bagi menggantikan Malayan Union. Di bawah Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu, syarat-syarat kerakyatan atau kewarganegaraan telah diketatkan.
Orang Melayu yang lahir di Tanah Melayu secara automatik akan mendapat
kewarganegaraan. Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan dua jenis
kerakyatan bagi orang bukan Melayu, iaitu berdasarkan kuat kuasa undang-undang
dan secara permohonan. Kewarganegaraan melalui kuatkuasa undang-undang hanya
diberi kepada mereka yang dilahirkan di Persekutuan yang mana kedua-dua ibu
bapanya telah dilahirkan di Tanah Melayu atau bermastautin di Tanah Melayu selama
15 tahun. Sementara itu kerakyatan secara permohonan pula diberi kepadaseorang
yang dilahirkan di Tanah Melayu dan telah bermastautin selama lapan tahun daripada
tempoh 12 tahun sebelum memohon kewarganegaraan atau telah bermastautin di
Persekutuan tidak kurang daripada 15 tahun daripada 20 tahun sebelum memohon
kewarganegaraan. Selain itu, kedua-dua jenis kerakyatan tersebut juga dikenakan
syarat-syarat tambahan seperti bersumpah mengakui taat setia dan memiliki
perwatakan dan tingkah laku yang baik, menyimpan hasrat untuk menetap di
Persekutuan, mengetahui dan memahami secukupnya serta fasih berbahasa Melayu
dan Inggeris. Orang Melayu terus diiktiraf sebagai penduduk peribumi serta hak-hak
istimewa mereka terus terpelihara.

Pada 27 Julai 1956, perikatan UMNO, MCA, dan MIC telah menghantar memorandum
kepada kerajaan Persekutuan berkenaan dengan pindaan terhadap taraf kerakyatan
di Tanah Melayu dalam Perlembagaan 1948. Dalam memorandum tersebut, Parti
Perikatan mencadangkan agar taraf kerakyatan diberi melalui tiga (3) cara, iaitu:

i. Pemberian kerakyatan melalui proses kuatkuasa undang-undang ialah


diberikan kepada mereka yang menjadi warganegara pada hari merdeka,
lahir selepas merdeka serta bapanya adalah warganegara Persekutuan.

ii. Melalui proses pendaftaran, kerakyatan diberikan kepada mereka yang


lahir di Persekutuan Tanah Melayu sebelum hari merdeka boleh didaftarkan
sebagai warganegara sekiranya mereka telah menetap di Persekutuan
Tanah Melayu selama lima (5) tahun dalam tempoh tujuh (7) tahun serta

shar070209 2
boleh bertutur dalam bahasa Malayu dan mengangkat sumpah taat setia,
dan sesiapa yang lahir dalam Persekutuan Tanah Melayu dan telah
bermaustautin di Persekutuan selama lapan (8) tahun dalam tempoh 12
tahun boleh memohon kewarganegaraan dengan syarat mengetahui
bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia.

iii. Melalui proses permohonan pula memberikan keutamaan diberikan kepada


mereka yang menetap di Persekutuan Tanah Melayu selama 10 tahun dari
12 tahun boleh memohon warganegara.

Memorandum Parti Perikatan ini kemudiannya telah diterima dan diwartakan sebagai
pindaan kewarganegaraan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Di Mana Bumi Dipijak


Di Situ Langit Dijunjung

Sumber:

Arkib Negara Malaysia. 2008.

shar070209 3

You might also like