Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
15Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Nota SJH3102 Bab5 Pensejarahan Perspektif Kolonial

Nota SJH3102 Bab5 Pensejarahan Perspektif Kolonial

Ratings: (0)|Views: 785 |Likes:
Published by Hazman Azhar
Nota SJH3102 Bab5 Pensejarahan Perspektif Kolonial
Nota SJH3102 Bab5 Pensejarahan Perspektif Kolonial

More info:

Published by: Hazman Azhar on May 14, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/27/2013

pdf

text

original

 
 
1
NotaPensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar 
©
2013
BAHAGIAN LIMA:PENSEJARAHAN MALAYSIADARIPADA PERSPEKTIF PENULISAN KOLONIAL5.1 KONSEP PENSEJARAHAN BARAT
Pensejarahan Barat dalam konteks pensejarahan Malaysia merujuk kepadapenulisan sejarah negara ini yang dilakukan oleh para penulis Barat.
Penulis Barat tersebut merujuk kepada para pegawai berbangsa Eropah darikalangan negara yang pernah menjajah Tanah Melayu seperti Portugis, Belanda danBritish.
Di pihak Portugis misalnya, setelah menakluk Melaka pada tahun 1511, terdapatbeberapa orang pegawai Portugis di Melaka pada ketika itu yang menulis mengenaiTanah Melayu seperti Tome Pires dalam bukunya,
Suma Oriental 
.
Selain itu, Muhammad Yusoff Hashim (1986) turut memperincikan para pegawaiPortugis yang membuat catatan mengenai Melaka dan alam Melayu termasuklah:1.
Joao de Barros
dalam bukunya
de Asia
;2.
Alfonso de Alburquerque Jr.
dalam bukunya
The Commentaries of theGreat Alfonso Dalboquerque Second Viceroy of India;
 
3.
Dua karya
Manuel Godinho de Eredia
- 1.
Report on GoldenChersonese
dan 2.
Description of Malacca, Meridional India and Cathay 4.
Diogo do Couto
-
Decada
Seterusnya, kemunculan kuasa kolonial British di Tanah Melayu telah merancakkanlagi penulisan pensejarahan Barat di Tanah Melayu.
Para pegawai British di Tanah Melayu, bukan sahaja hadir sebagai seorangpentadbir ke Tanah Melayu, akan tetapi turut bertindak sebagai seorang orientalis.
 
 
2
NotaPensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar 
©
2013
Menurut Kamaruddin Md. Said, minda orientalis dalam kalangan masyarakat kulitputih Eropah dan Amerika Utara dibentuk oleh sistem pemikiran, kepercayaan danideologi Barat ketika mereka menjajah kawasan
“oriental” 
- iaitu satu jolokan untukkawasan Asia termasuklah alam Melayu.
Para orientalis Barat dalam kalangan pegawai kolonial di Tanah Melayu telahmemainkan peranan penting mereka dalam mengkaji dan menyelidik mengenaimasyarakat tempatan yang dijajah mereka dari segi budaya, bahasa, kesusasteraan,cara hidup dan segala macam yang berkait dengan masyarakat tempatan.
Antara pegawai kolonial British yang memainkan peranan penting dalam mengkajidan melakukan penyelidikan mengenai masyarakat tempatan di Tanah Melayutermasuklah Stamford Raffles, R.O Winstedt, R.J. Wilkinson, J.M. Gullick, , J.Rigbydll.
Selain itu, terdapat juga mubaligh-mubaligh Kristian yang memainkan perananpenting dalam menulis hal berkaitan pensejarahan Malaysia seperti W.G Shellabear yang banyak mengkaji naskhah-naskhah kesusasteraan Melayu seperti Hikayat
Hang Tuah, Sejarah Melayu, Hikayat Seri Rama
dll.
Kemunculan tokoh penulis Barat yang menulis berkaitan pensejarahan Malaysia initelah mewujudkan satu penulisan sejarah yang bercorak
euro-centric 
dalampensejarahan Malaysia.
Seterusnya, era selepas kemerdekaan negara juga menyaksikan ramai ahliakademik Barat yang cenderung untuk melakukan kajian ke atas sejarah Malaysiayang bersifat ilmiah. Antaranya termasuklah:1.
A.C Milner 
(1982) dalam kajiannya iaitu
Kerajaan: Malay Politics on theEve of Colonial Rule
;2.
Carl. A.Trocki
dalam penulisannya iaitu
Prince of Pirates: theTemenggong Development of Johor and Singapore 1784-1885 
;3.
R. Bonney
(1974) dalam penulisannya iaitu
Kedah 1771-1821: TheSearch for Security and Independence
;4.
Andaya & Andaya
(1982) dalam penulisan mereka iaitu
 A History of Malaysia.
 
 
 
3
NotaPensejarahan Malaysia (SJH3102)
hazmanazhar 
©
2013
Kepentingan Fakta dalam Pensejarahan Barat
Berbanding dengan hasil pensejarahan tradisional Melayu seperti Hikayat Raja-rajaPasai, Sejarah Melayu dan lain-lain yang dilihat menyimpang daripada penulisansejarah yang berbentuk ilmiah, penulisan pensejarahan Barat di Tanah Melayu dilihatlebih mementing keabsahan dan penggunaan sumber dalam penulisan sejarah.
Hal ini kerana, zaman Rennaisance di Eropah telah banyak membantuperkembangan ilmu pengetahuan termasuklah dalam bidang sejarah.
Pada abad ke-19 misalnya, Leopold Von Ranke, seorang profesor sejarah dariUniversiti Berlin, Jerman telah memainkan peranan penting dalam perkembanganpensejarahan moden di Barat di mana sejarah dianggap sebagai satu bidang ilmuyang mempunyai disiplin pengkajiannya yang tersendiri.
Menerusi pensejarahan moden yang diperkenalkan Von Ranke, beliau
menganjurkan supaya sejarah haruslah “ditulis seperti yang sebenarnya terjadi” dan
setiap fakta sejarah perlulah bersandar kepada penggunaan sumber yang asli.
Kaedah pensejarahan moden yang dipelopori oleh Leopold Von Ranke telahmerebak ke seluruh Eropah dan menjadi asas kepada pensejarahan Barat padamasa tersebut.
Disebabkan konsep pensejarahan Barat yang dilihat mementingkan sumber danfakta dalam pensejarahan, para pegawai British yang melakukan kajian danpenulisan ke atas pensejarahan Malaysia telah menulis berdasarkan kaedahpensejarahan moden yang dikemukakan oleh Leopold Von Ranke.
Kebergantungan para penulis kolonial terhadap fakta dalam penulisan mereka dapatdilihat melalui penolakan peristiwa yang bersifat lagenda dan mitos dalamsebahagian besar karya pensejarahan Melayu tradisional.
Kepentingan fakta dalam penulisan dapat dilihat melalui R.O Winstedt misalnya yangtelah membaca dan mengkaji teks Hikayat Hang Tuah sebelum memuatkananalisisnya mengenai hikayat tersebut dalam bukunya
 A History of Malay Literature
(1939) dan membuat perbandingan dan mendapati hikayat tersebut mempunyaipengaruh epik
Ramayana
.

Activity (15)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
Tuan IeRa liked this
1 hundred reads
Tok Wan Ali liked this
Zainab Rahmat liked this
Ziyad Salipa liked this
Mahirah Yly liked this
晓妍 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->