Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
14Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS

PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS

Ratings:

4.0

(2)
|Views: 678 |Likes:
Published by shah 311

More info:

Published by: shah 311 on Apr 11, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/18/2012

pdf

text

original

 
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS:MEMPERKAYA KOSA KATA PELAJAR BAHASA MELAYU - Presentation Transcript
1.PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS:MEMPERKAYA KOSA KATA PELAJAR BAHASA MELAYU Rozaiman MakmunInstitut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah UNIVERSITI BRUNEIDARUSSALAM 12.Objektif kertas kerja ini: 1. Menyedari hubungan saling mempengaruhi antaraperkembangan bahasa dan perkembangan masyarakat; 2. Proses peminjamanmerupakan langkah memodenkan bahasa Melayu di peringkat MABBIM; 3.Pengajaran kata pinjaman BI sebagai usaha memperkaya kosa kata pelajar; 4.Menyedari hakikat penggunaan KP BI di pelbagai peringkat pendidikan; 5.Memaparkan contoh kesalahan penggunaan KP di pelbagai peringkatpendidikan; 6. Pengajaran KP BI di sekolah: syarat dan panduan; 7.Menekankan perlunya KP BI diajarkan secara terancang di peringkat sekolah;dan 8. Mencadangkan beberapa kajian lanjut tentang pengajaran KP. 23.Pengenalan • penguasaan multibahasa – kemahiran berkomunikasi: maklumatdan ilmu pengetahuan. • hubungan bahasa dengan masyarakat: salingpengaruh- mempengaruhi (Noriah Mohamed, 2003:7-8). • Bahasa itu sendirimerupakan asas tamadun setiap bangsa (Awang Sariyan, 2006:12). • dua faktor yang menyebabkan beberapa orang lulusan sains tidak menulis menggunakanBM, iaitu latihan dan kebiasaan. • usaha mengembangkan ilmu dalam BMmelalui tulisan adalah salah satu tanggungjawab untuk mengisi Dasar BahasaKebangsaan (Awang Sariyan, 1996). • latihan dan kebiasaan menggunakan KPBI secara terancang di peringkat awal, iaitu peringkat sekolah perlu diusahakan.34.Dimensi perancangan atau pembinaan korpus bahasa • (1) Penentuan ejaan dantulisan (graphization), • (2) Penyeragaman (standardization), • (3) Pemodenan(modernization), • (4) Pemantapan (stabilization). 45.(1) Penentuan ejaan dan tulisan (Graphization) • Menurut Nik Safiah Karim(1981), penentuan ejaan bermaksud usaha mencipta satu sistem ejaan bagibahasa-bahasa yang belum mempunyai ejaan. • sistem tulisan BM: dari tulisanSanskrit dan Jawa Kuno, tulisan Jawi hinggalah ke tulisan Rumi. •Perkembangan sistem tulisan dan ejaan BM semakin pesat apabila bahasa inimenerima sistem tulisan dan ejaan rumi. Ini bermakna, BM telah diungkapkandan ditulis mernggunakan dua sistem tulisan dan ejaan, iaitu tulisan Jawi dantulisan Rumi. • Penggunaan tulisan Rumi lebih mendominasi berbanding tulisanJawi. Namun, usaha sedang dijalankan untuk memperkukuh kedudukan tulisanJawi. 56.(2) Penyeragaman (standardization) • Menurut Garvin dan Mathiot (1969),bahasa standard merupakan satu bahasa yang bentuknya telah dikodifikasikan,diterima dan bertugas sebagai model atau norma bagi komuniti bahasa yanglebih luas. • Manakala Haugan (1972) mendefinisikan bahasa standard sebagaisatu variasi pertuturan yang membayangkan keseragaman dari segi bentuk (NikSafiah Karim, 1981). • bahasa kebangsaan merupakan satu keperluan untukmencapai kestabilan dan sebagai identiti bangsa dan negara secara
 
keseluruhannya. • Pendaulatan sesuatu bahasa kebangsaan bererti menaikkantaraf sesebuah bahasa tempatan menjadi lambang kebangsaan dan lambangpenyatuan. • Dengan demikian juga bahasa tersebut akan berupaya untukberfungsi sebagai alat yang sesuai bagi pentadbiran kerajaan, serta sebagai alatpenyampaian ilmu dan sebagai alat pembinaan kebudayaan yang tinggi (NikSafiah Karim, 1981). • Seperti anngota MABBIM yang lain, Brunei Darussalamtelah memilih BM sebagai bahasa perpaduan, bahasa kebangsaan, bahasapemerintahan, bahasa pentadbiran, bahasa keagamaan, bahasa pengantar pendidikan, bahasa kebudayaan dan sebagainya. • Justeru itu, perkembanganBM perlu direncanakan sejajar perkembangan yang berlaku dalam masyarakatdan negara. 67.Penyeragaman Ejaan • Marsden - sarjana Inggeris yang pertama membicarakanejaan BM di dalam bukunya A grammar of The Malayan Language (1812). •Kemudian, W.G. Shellabear menghasilkan buku The Evolution of The MalaySpelling (1901). • Pada tahun 1902, Kerajaan Negeri-negeri bersekutu (Selangor,Perak, Pahang dan negeri Sembilan) mula membentuk jawatankuasa yangdiketuai oleh Wilkinson yang akhirnya membuahkan hasil Ejaan Wilkinsonsebagai dasar Ejaan Sekolah. • Usaha ini dilanjutkan oleh Pendeta Za’ba yangmenghasilkan Petua-petua Ejaan Rumi (Abdullah Hassan, 1993). Berikutandengan itu, Ejaan Wilkinson digantikan dengan Ejaan Za’ba sebagai EjaanSekolah. • Perhatian pihak kerajaan terhadap masalah ejaan BM mula semakinmeningkat apabila perbincangan mengenai ejaan telah diadakan di dalamKongres Bahasa dan Persuratan Melayu III pada tahun 1956. 78.sambungan • Pada tahun 1957 sebuah Jawatankuasa Ejaan telah dibentuk bagimembuat perbincangan dan keputusan mengenai ejaan Rumi dan penyatuanbahasa Indonesia sehingga terwujudnya Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia. •Kemudian, pada 29 Disember 1972 Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia terbentuklalu menghasilkan pedoman umum ejaan bagi kedua-dua negara. Pada 24 Ogos1981, Menteri Pelajaran Malaysia telah mengisytiharkan Daftar Ejaan RumiBahasa Malaysia. • Secara ringkas, hasil penyeragaman ejaan BM yangdiusahakan kini mempunyai 25 konsonan yang terdiri daripada 20 huruf tunggaldan lima huruf gabung. Enam fonem yang digunakan, iaitu [a], [i], [é ], [e], [o] dan[u] dilambangkan dengan lima huruf vokal. Fonem e taling [é] dan e pepet [e]dilambangkan dengan huruf vokal yang sama, iaitu huruf e. Peringkatpenyeragaman ini akan berlaku terus-menerus dan tidak akan tercapai dengansegera. Namun, pemantauan, arahan dan pelaksanaannya di pelbagai peringkatmasyarakat perlu diusahakan, lebih-lebih lagi di peringkat sekolah. • Usaha-usaha untuk menyeragamkan penggunaan BM bukan berhenti pada peringkatpenentuan vokal dan konsonan sahaja. Penyeragaman ini seterusnyaberlangsung pada semua peringkat tatabahasa daripada bunyi, huruf, morfem,kata, peristilahan, ayat dan seterusnya penyerapan atau pinjaman kata atauistilah bahasa asing. 89.(3) Pemodenan (modernization) • usaha pemodenan BM semakin giat apabilaKerajaan Malaysia mengambil inisiatif menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) pada tahun 1956 di Johor. • Bermula pada tahun 1957, DBP mulamengatur rancangan memodenkan BM yang lebih banyak menjurus kepada
 
pembentukan istilah-istilah baharu sesuai dengan perkembangan zaman sains,teknologi dan komunikasi maklumat. Kesan yang lebih ketara ialah di bidangleksikal. • Cawangan Peristilahan Dewan Bahasa dan Pustaka telah diberikanperanan yang sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia sebagai badan yangmempergiat pembentukan dan pemantauan perkembangan istilah-istilah baharu.• Dalam jangka masa sepuluh tahun, sebanyak 71,000 istilah dan rangkai katabaharu telah dicipta, dan jumlah ini terus meningkat sebanyak 136,019 istilahpada tahun 1973. Setentunya pada hari ini istilah yang berjaya dicipta semakinbertambah. • Setentunya proses peminjaman ini menyesuaikan ejaan kata-katayang dipinjam itu berdasarkan sistem ejaan dan sebutan BM. 910.(4) Pemantapan (stabilization) • Pemantapan merupakan dimensi atau peringkatteratas di dalam perancangan korpus bahasa. Oleh kerana BM bukan hanyadigunakan di Malaysia, maka proses pemantapan itu perlulah ditinjau sehinggake negara-negara luar yang menggunakannya, khususnya sebagai bahasa rasmidan pengantar ilmu di dalam pendidikan. Maka, selain Malaysia, pemantapan ituperlu juga dilihat berdasarkan perkembangan BM di Indonesia dan BruneiDarussalam sebagai ahli MABBIM. • Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan BMKetiga (Abdullah Hassan, 2007: 619), beberapa keputusan tentang ejaan telahdiambil, antaranya: - Ejaan di Malaya dan Indonesia hendaklah disamakan ataudisatukan; - Peraturan ejaan hendaklah mudah, dan untuk ini maka sistemfonemik diterima sebagai sistem yang lebih baik daripa sistem fonetik, dan satufonem hendaklah digambarkan dengan hanya satu tanda (huruf) saja; -Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang satu dan semacam; -Kata-kata daripada bahasa asing hendaklah disesuaikan dengan sistem fonologiMelayu. 1011.Penggunaan KP di pelbagai peringkat • Buku teks menengah 1: BM MenengahBawah Negara Brunei Darussalam Kini tumpuan berpindah kepada industri gas.Gas asli mempunyai banyak kegunaan. Yang utama ialah sebagai bahan bakar menggantikan minyak dan batu arang. Gas asli juga digunakan sebagai bahanmentah dalam industri petrokimia yang menghasilkan plastik, bahan pencuci danbaja. (Nik Safiah Karim, 1997: 160) • Buku teks menengah 2: BM MenengahBawah Negara Brunei Darussalam Setiap organisma memerlukan makanandaripada bahan-bahan mentah untuk membina tisu dan sel baharu. Organisma juga memerlukan tenaga untuk keperluan proses dan pertukaran kimia.Binatang-binatang makan makanan untuk membina tisu dan mengeluarkantenaga. Tumbuh-tumbuhan pula memproses sumber makanannya bagikeperluan tenaga untuk membesar. Proses ini disebut fotosentesis. (Nik SafiahKarim, 1998: 144) 1112.sambungan • Penggunaan KP di peringkat menengah 6: Pelajar menengahenam yang memilih subjek BM akan berpeluang mempelajari komponenterjemahan. Dalam komponen ini pelajar-pelajar akan diberikan teks bacaan BIuntuk diterjemahkan ke BM. Pengajaran penggunaan KP BI sudah tentu akandapat membantu mereka menghasilkan terjemahan yang baik. Perlu disedaribahawa penggunaan perkataan dan istilah pinjaman dalam kegiatanpenterjemahan ada batas-batasnya. Penterjemah yang baik perlu menguasaihad dan panduan meminjam istilah (Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan, 2006).

Activity (14)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Arash Hakim liked this
Lim Lay Sooi liked this
Fida Khaidzir liked this
Nur Khairani liked this
fazeera liked this
89iz91an liked this
farazam liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->