You are on page 1of 2

Grafik

Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi multimedia. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik membawa maksud perkara berkenaan lukisan atau ukiran. Dalam hal ini, penggunaan grafik dalam sesuatu persembahan maklumat berkomputer adalah bukan hanya berperanan untuk menonjolkan keindahan atau kecanggihan senibina sesebuah program multimedia tetapi juga berperanan sebagai suatu sumber penyampaian sesuatu maklumat yang amat berkesan. Grafik juga memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Ia mampu menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan atau persembahan. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas, tepat dan konsisten antara individu yang berbeza. Grafik dikatakan sebagai sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi. Grafik berkomputer pula merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan menggunakan sebarang jenis komputer (PC, Macintosh, Silicon Graphicsdan sebagainya). Imej berkomputer ini boleh merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan ataupun yang lebih kompleks seperti fractal iaitu imej kompleks yang dihasilkan oleh komputer dari formula atau kod pengaturcaraan yang tertentu. Kepentingan Grafik Grafik sangat penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Grafik seperti lukisan, gambarfoto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif. Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam komunikasi maklumat dan grafik boleh digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat. Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep. Penggunaan grafik di dalam kebanyakan halaman web mampu menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik dan menyegarkan mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat di sesebuah laman web.
http://notapismp.blogspot.com/2011/10/grafik.html

Nilai dan Semak : Menilai kaedah dan media


Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Ia berlaku sepanjang proses pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

Penilaian melibatkan aspek: Menilai pencapaian pelajar Pembelajaran yang dihasilkan Menilai media dan kaedah Kualiti Media Penggunaan guru Penggunaan murid

Menilai kaedah dan media Kualiti media seringkali dilihat dari sudut sumbangannya terhadap pembelajaran. Terdapat ciri-ciri yang telah ditetapkan dalam aspek ini seperti:

Adakah media berkesan? Bolehkah ia dipertingkatkan? Adakah ia berguna? Adakah media membantu pelajar mencapai objektif? Adakah ia mencetuskan minat pelajar? Adakah ia menyediakan penglibatan pelajar yang bererti?

Terdapat beberapa senarai lain yang juga elok dijadikan garis panduan ketika menilai media iaitu:

Kreatif dan berkaitan dengan isu yang menarik minat pelajar. Menyokong pemikiran tinggi (Soktratik) Memperkembangkan kemahiran berfikir. Menyampaikan kandungan secara mendalam. Meransang naluri ingin tahu pelajar Pelajar dapat melibatkan diri secara aktif. Membolehkan penerokaan isu secara mendalam. Menghubungkaitkan bidang pelajaran Meningkatkan nilai murni

You might also like