Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword or section
Like this
18Activity
×
P. 1
ULAMA NUSANTARA

ULAMA NUSANTARA

Ratings: (0)|Views: 6,895|Likes:

More info:

Published by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia on Apr 12, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

02/28/2013

pdf

text

original

 
ULAMA NUSANTARA
1.Tok Kenali
Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialahseorang tokoh tokoh ‘Ulama’ , guru, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di duniasebelah sini, di awal abad ke-20. Beliau seorang alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Shallallaahu alaihiwasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana . dan jugaseorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu KurniaanIlahi tanpa belajar).
Tok Kenali - Tokoh Besar Ulama Kelantan
Bagi seseorang yang mengkaji sejarahtanah air, lebih-lebih lagi menyelidiki “sejarah kelantan’ maka dia secara langsung atautidak, akan menemui nama Tuk kenali’. Mengikut perkembangan sejarah, Tuk Kenaliadalah merupakan seorang pembangun fikiran umat Islam di dunia sebelah sini menerusi pengajaran kepada murid-murid yang bertebar pada beberapa tempat di Alam Melayu, juga melalui fikiran-fikirannya yang membina menerusi majalah “Pengasuh”, keluaranMajlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu kelantan dan majalah “Al-Hikmah” sebuahmajalah pengatahuan yang antara lain yang sedang bersemarak di masa ini. Sesuatu perkara yang menarik perhatian kita ialah perjuangan dan penghidupan Tuk kenali adalahagak nyata. Beliau banyak menerima pengaruh dari ajaran-ajaran Failasuf islam Al-ImanGhazali , (1058-1111M) seorang pembangun dan pembina fikiran umat Islam yang banyak membuat pembaharuan dalam acara mengupas soal-soal agama berdasarkanajaran-ajaran kitab suci Al-Quran dan hadis di samping memperoleh ilmu ladunni dizaman silam. Melihat kepada perjuangannya, kita mendapati cara perjuangannya hampir-hampir sama dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M), seorang pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab Al-Quran sebagaiasas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara melyeluruh menyedar dan membinamasyarakat dalam aspek hidup, agama, ilmu pengatahuan, politik, sosial ekonomi dan
 
lain-lain yang secara kebetulan di masa Tuk kenali berada di kota Suci Makkah dansemasa beliau melawat ke Mesir 1322H (1904M) merupakan akhir zaman Syaikh itu.
Kelahiran Tok Kenali
 Beliau dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan kira-kira pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof (pernah disebut sebagaiAwang sahaja) iaitu di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886M).Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala Fatimah, ibunya adalah seoranginsan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan murni.
Latar Belakangnya
 Muhammad Yusoff dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, dan ini adalahmembentukkan sifat peribadinya yang tidak menonjol. Bapanya seorang petani manakalaibunya bagaimana kebiasaan orang-orang di kampungnya adalah bekerja menolong pekerjaan suaminya. Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri, Muhammad yusof telah mula belajar pada datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh) iaitu dalam pelajaranmembaca kitab suci Al-Quran dan pelajaran tulis-menulis. Sesudah itu diamenyambungkan pelajaran ke masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu dan tempat-tempat pengajian lain di sekitar kota Bharu dalam pelajaran Bahasa Arab, nahu, saraf  juga pengetahuan agama. Perlu disebutkan bahawa datuknya adalah seorang yang lebai,wara, mempunyai sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama untuk panduan hidup, seorang yangmempunyai kesedaran, mematuhi peraturan-peraturan agama dan gemar berbuat ibadatsemata-mata mencari keredaan Allah. Bapanya meninggal dunia sewaktu umurnya barumeningkat 5 tahun. Beliau dilantik di bawah pengawasaan datuknya menyebabkan pengaruh bapanya kurang terasa dalam corak hidupnya. Disamping itu nenek perempuantirinya, Tuk Mek ngah turut memberikan pendidikan yang baik kepadanya termasuk 
 
 pengawasan terhadap punca-punca makanan yang hendak disajikan. Menurutnya pengaruh-pengaruh makanan-makanan yang haram adalah membawa akibat yang buruk dalam penghidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat.
Kebolehan Luar Biasa
 Kecenderungan Tuk Kenali dalam pelajaran adalah nyata sejak kecil lagi. Perasaan inginmaju dan ingin tahu adalah meluap-luap di dadanya. Dalam tempoh yang pendek diatelah dapat mengkhatami pembacaan kitab suci Al-quran dan dapat menulis dengan baik.Kerana itu tidaklah hairan mengapa dia telah dipilih oleh penggawa daerahnya untuk menjadi seorang kerani sebagai pembantunya dalam mengira dan menguruskan hasil-hasil tanaman dan kebun di kawasan tersebut sewaktu dia berusia antara tujuh ke lapantahun.
Menyambung Pelajaran Ke Kota Bahru
 Sewaktu berusia antara sembilan ke sepuluh tahun, Muhammad Yusof telah mengambillangkah bagi menyambung pelajarannya ke Kota Bharu. Tempat pertama yang ditujunyaialah ke masjid Al-Muhammadi, di mana terdapat beberapa orang guru agama dan beratus-beratus orang murid dari seluruh ceruk Negeri Kelantan menyembung pelajaranmereka ke sini. Sekitar masjid besar ini, dewasa ini penuh dengan pondok-pondok (asrama) penuntut. Dalam masa menuntut di sini beliau berguru kepada Tuan Haji WanIsmail (ayahnda Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, Kelantan, Dato' Nik Mahmud)Beliau belajar bersama-sama Encik Idris yang kemudiannya menjadi “Mufti KerajaanKelantan”’ Selain iatu beliau berguru kepada Tuan Guru Hj. Ibrahim, penambang (Muftikerajaan Kelantan) Syaikh Muhammad Ali bin Ab. Rahman (Wan Ali) Kutan dan kepadaTuan Guru Padang (Hj. Ahmad) Kota Bharu.

Activity (18)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
tommyhaa liked this
Ana Zariena liked this
Amsyar Nazar liked this
Syahir Doucet liked this
Shahnaz Ezwan liked this
marhaendy liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->