Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
145Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
sejarah kemunculan orientalisme

sejarah kemunculan orientalisme

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 7,353 |Likes:

More info:

Published by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia on Apr 12, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/23/2013

pdf

text

original

 
PN3362
SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME.1.Pengenalan.
Dua kata dasar yang digabungkan , iaitu oreint dan isme. Oreint adalah bermaksudTimur, atau negara-negara sebelah timur daripada Meditteranie terutama sebelah AsiaTimur (Hawkins 1985, 591) Sementara isme pula adalah suatu penambahan yang bolehmembentuk satu kata nama bagi membawa maksud sebarang doktrin atau praktis yangtertentu. Sebagai contoh ia ditambah untuk menunjukkan sesuatu sistem atau prinsip(
Conservatism
), sebarang keadaan atau kualiti (
 Barbarisme
 
 , Heroisme
) atau yangmenunjukkan seuatu kelainan , yakni pemusatan sifat-sifat istimewa yang ada padaseseorang individu atau hakmilik secara ekslusif yang tiada pada yang lain (
 Americanism
) (Hawkins 1989,434)Ungkapan Oreintalis secara umumnya disebut untuk orang-orang barat yang pakar dalammengkaji ilmu Timur, sama ada kepakaran mereka sampai kepuncaknya, pertengahanatau peringkat rendah , sama ada dalam bidang bahasa, sastera, tamaddun dan agama .Walau pun pengajian Timur itu boleh diberikan pengertian yang begitu luas, namun yang penting dalam kajian ini ialah tentang kajian barat yang berkaitan dengan Islam dan penganutnya , sama ada menyentuh bidang bahasa , sastera, akidah , syariah dantamadun secara umum . Makna inilah yang terlintas dalam pemikiran dunia Islamapabila menyebut ungkapan oreintalis ( al Isytishraq) .Bagi Edward W. Said , Terdapat tiga pengertian yang biasa diinterpritasi untuOreintalime:i-Pengertian yang lebih bersifat akademik . Sesiapa sahaja yang memberi pengajaran , menulis dan mengkaji mengenai Timur, tidak kira sama ada iaseorang ahli antropologi, sosiologi, ahli sejarah, filologi dan lain-lain , maka iadigelar sebagai oreintalis dan hasilan aktiviti mereka itu disebut Oreintalisme.1
 
PN3362
ii-Oreintalisme ialah suatu stail pemikiran yang diasaskan kepada perbezaan- perbezaan ontologikal episitmologikal yang dilakukan di antara oreint danOccident. Di sini didapati sejumlah besar penulis –penulis , antaranya penyair ,novelis, ahli falsafah, politik dan ekonomi telah menerima perbezaan asas diantara Timur dan barat sebagai garis permulaan untuk mereka menghuraikanteori , epik, novel , sosial , politik, adat , matlamat dan minda orang-orang Timur.iii-Pengetian yang lebih bercorak sejarah dan material berbanding dengan kedua-duadefinisi yang awal di atas . Dengan memandang suasana akhir di abad ke 18 ,Oreintalisme boleh didiskusi dan di analisakan sebagai institusi koporat yang berurusan dengan Timur,sama ada dalam bentuk membuat kenyataan terhadapTimur, mengulas, mengajar, menguasai dan mengawalnya. Atau dalam kata lainia adalah satu stail Barat yang bertujuan untuk mendominasi, mengatur danmemilikkuasa ke atas Timur.
2.Bilakah Bermulanya Gerakan Oreintalis:
Tidak ada satu tarikh yang tepat dan jelas bila ia bermula. Bagi sejarawan barat merekamencatatkan kemunculannya secara resmi adalah selepas Vienna Church Cionferenceyang telah memutuskan untuk membentuk Jabatan bahasa Arab , Greek, Hebrew danSyria dibeberapa buah Universiti di Eropah (Said 1978,50)Sebenarnya gerakan oreintalime gereja memang telah wujud lama sebelum tarikh perhimpunan gereja di Vienna itu lagi , tetapi ia merupakan suatu aktiviti atau gerakanyang tidak resmi. Oleh itulah para pengkaji Eropah tidak mahu berpegang dengan tarikhitu dan kajian terus dijalankan bagi menentukan tarikh permulaan oreintalisme berdasarkan tahun-tahun anggran .Menurut rekod kristian, golongan pendita kristian yang terawal mengkaji Islam ialahYuhana al Dimashqi (676-749M) yang telah menghasilkan beberapa buah buku yang berbentuk panduan untuk mengadakan dialog atau panduan untuk berurusan dengankaum Muslimin. Oleh kerana Yuhana adalah seorang kristian dari Timur yang hidup di2
 
PN3362
zaman kerajaan umawiyyah dan pernah berkhidmat di istana kerajaan itu , maka ia tidak  boleh dikira sebagai tarikh permulaan yang sebenar .Ada Sesetengah pengkaji mengatakan ia bermula pada kurun yang ke sebelas Mesihi,sementara Rodi Poret berpendapat bahawa permulaan kajian tentang Islam dan Bahasaarab di Eropah bermula pada kurun ke dua belas . pada masa yang sama juga al Qurantelah diterjemah ke Bahasa Latindan satu kamus Bahasa Arab-Latin telah disusun.(Dr Mustafa Mahir, 1967 .
al Dirasat al Islamiyah Fi al Jami
c
ah al 
c
 Ilmaniyah
)Ada juga yang pengkaji yang mengatakan orentalisme telah bermula pada kurun yangke sepuluh Masihi. Pendapat ini di dokong oleh Najib al
c
Aqiqi yang mengatakan bahawa oreintalisme telah wujud sejak seribu tahun dulu lagi bersandarkan kepadawujudnya seorang Pederi dari Perancis (940-1003) yang telah pergi menuntut keAndalusia di Sevilla dan Cordova sehingga menjadi alim di kalangan pendita di Eropah pada zaman itu. Beliau adalah mahir dalam Bahasa Arab , Ilmu Hisab dan Ilmu Falak.Beliau kemudiannya memegang jawatan ketua pederi di Rom dengan memakai namaSilvester II pada tahun 999-1003 Masihi. (
al 
c
 Aqiqi, al Mushtashriqun , 1:110
)Sementara mengikut penelitian Sheikh Mahmud Hamdi Zaqzuq tarikh yang tepatterhadap kemunculan oreintalisme ini pada tahun 1799M di Britain dan sejurus selepasitu lahir pula di Perancis . Pada tahun 1883M oreintalisme telah menjadi maddahakademik secara resmi di Perancis ( Zaqzuq 1984 , 7).
3.Faktor Kelahiran Oreintalisme :
Kalau dirujuk kepada perbincangan tentang kelahiran oreintalisme tadi, maka kita dapatiada dua sudut yang perlu diperhatikan :i- Yang diterima barat sebagai aktiviti resmi iaitu selepas berlakunya perhimpunangereja yang memutuskan untuk mewujudkan pengajian oreintal di pusat-pusat pengajian di barat.ii . Aktiviti yang dicatatkan sebelum itu , iaitu yang berlaku sebelum keputusan3

Activity (145)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Murni Hashim liked this
Azura Yaacob liked this
Lyzine Milano liked this
hairee79 liked this
Moch Ismail liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->