You are on page 1of 5

LAPORAN PROGRAM OPKIM SULONG’06

LAPORAN PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT


(OPKIM SULONG) 2006

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan


Malaysia di bawah Lajnah Kebajikan dan Keselamatan serta Lajnah Penerbitan dan
Ekonomi dengan kerjasama Kedekanan Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia telah mengadakan satu program yang dinamakan Operasi
Khidmat Masyarakat (OPKIM SULONG)’06 yang bertempat di Parit Sulong, Batu
Pahat Johor. Ianya diadakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 18 Ogos 2006 dan
berakhir pada 20 Ogos 2006. Seramai 80 orang pelajar dari Fakulti Pengajian Islam
daripada pelbagai negeri telah menyertai program ini. Sebelum program ini
dilaksanakan Ketua Pengarah Program telah bermesyuarat bersama ahli jawatan kuasa
penduduk setempat sebanyak 3 kali dan telah membentuk satu jawatankuasa pengerak
program. Berikut adalah senarai Organisasi jawatankuasa pengerak program;

Pengerusi

En Mustafa Kamal bin Abdullah


Pegawai Penolong Tadbir Mukim Sri Medan

Timbalan Pengerusi

Tuan Haji Hanafi bin Solihan


Pegawai Penolong Tadbir Mukim IV

Setiausaha

Huszarudin bin Hj Hussin


Ketua Pengarah Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM
SULONG)’06

Bendahari

Tuan Hj Sudin bin Hj Awang


Ahli Majlis Daerah Yong Peng

Ahli Jawatankuasa

1. Tuan Hj Ismail bin Adnan, Timb Pengarah Yayasan Warisan Johor


2. Tuan Hj Misran bin Kadio, Pembantu khas ADUN Sri Medan
3. SM Fuad, Ketua Balai Polis Parit Sulong

1
LAPORAN PROGRAM OPKIM SULONG’06

4. Pn Hjh Zaharah bt Owan, Pengetua S.M. Agama. Pt Sulong


5. Tuan Hj Azmi Masrani, YDP S.M. Agama Pt. Sulong
6. En Elias Bin Ismail, Majlis Kebudayaan Daerah Yong Peng
7. En Samsuddin bin Salleh, Ketua Kg Pt. Sulong
8. Tuan Hj Taslim bin Jumiran, Ketua Kg Pt. Pulai
9. En Sharif bin Peto, Ketua Kg Kangkar Senangar
10. Tuan Hj Abd Manap bin Musa, Ketua Kg Kangkar Merlimau
11. En Minhad bin Hambali, Ketua Kg Pt Raja Ahmad
12. En Mohd Noh bin Rahmat, Ketua Kg Pt Jalil
13. Tuan Haji Saaban, Naib Kadi Parit Sulong
14. Imam Herman, Imam Masjid Pt Sulong

Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut mengenai aktiviti-aktiviti yang


akan dijalankan selama 3 hari, pembahagian anak angkat kepada ibu ayah angkat,
perasmi pembukaan dan penutupan, persediaan yang dibuat bagi menyambut mereka
dan sebagainya.

Seawal 7.45 pagi pada 18 Ogos 2006 semua pelajar yang menyertai OPKIM
SULONG berkumpul di hadapan fakulti menanti ketibaan bas. Kami bertolak pada
pukul 8.50 pagi kerana kelewatan pemandu bas untuk tiba di fakulti. Kami tiba
Sekolah Menengah Agama Parit Sulong pada pukul 12.30 tengahari. Ketibaan kami
telah disambut oleh jawatankuasa yang terlibat di sana dan satu taklimat telah di
berikan oleh ketua pengarah program bagi mengigatkan kepada peserta tujuan dan
matlamat sebenar program ini dijalankan seperti mana yang tertulis di dalam kertas
kerja program. Kemudian para peserta telah dijamu dengan jamuan yang disediakan
dan persiapan solat Jumaat bagi lelaki di mana mereka telah solat di masjid simpang
tiga, parit Sulong. Program pertama yang dijalankan adalah majlis perasmian OPKIM
SULONG 06 yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Zahri bin
Jamil selaku Exco Kerajaan Negeri Johor merangkap ADUN Sri Medan. Majlis
diserikan lagi dengan ketibaan wakil daripada Yayasan Warisan Negeri Johor, Jabatan
Landskap Negara cawangan negeri Johor (Taman Botani negeri Johor) dan lain-lain
individu.

2
LAPORAN PROGRAM OPKIM SULONG’06

Selesai majlis perasmian, para peserta dibahagikan kepada keluarga angkat.


Keluarga angkat ini terdiri dari 4 buah kampung iaitu Kampung Parit Sulong,
Kampung Parit Pulai, Kampung Kangkar Merlimau dan Kampung Parit Raja Ahmad.
Setiap keluarga angkat mendapat 2, 3 dan 4 orang anak angkat. Sesudah pembahagian
tersebut, semua peserta membawa keluarga angkat untuk minum petang dan pulang
ke rumah. Pada sebelah malam diadakan ceramah tentang bahaya dadah yang
disampaikan oleh Puan Norasiken binti Ahmad selaku Pegawai Agensi Antidadah
Kebangsaan cawangan Batu Pahat, Johor bertempat di dewan utama Sekolah
Menengah Agama Parit Sulong, Batu Pahat.

Pada hari kedua pula, pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Agama Parit
Sulong mendaftar untuk mengikuti Latihan Dalam Kumpulan yang disediakan oleh
mahasiswa dan mahasiswi FPI, UKM serta mengikuti Bengkel Kemahiran Bahasa
Arab yang disampaikan oleh Ustaz Zamri bin Ahmad dibantu isterinya ustazah
Ibtisam, Pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam UKM. Bengkel ini
tamat pada pukul 1.15 petang dengan memberikan tips-tips yang berguna bagi
meningkatkan lagi kemahiran Bahasa Arab. Kemudian para peserta dijamu dengan
jamuan tengahari dan solat berjemaah di surau sekolah tersebut. Program disambung
semula pada pukul 2.15 petang selepas solat zohor dan makan tengahari. Wawancara
Ilmiah yang bertajuk Dato’ Onn Pengasas Sebuah Negara Bangsa menjadi topik yang
dibincangkan oleh Hj Mohd Zain iaitu Pegawai Yayasan Warisan Johor.

Pada sebelah petangnya pula diadakan perlawanan persahabatan bola sepak


dan bola jaring di antara penduduk setempat dengan mahasiswa dan mahasiswi UKM.
Perlawanan bola sepak diakhiri dengan kekalahan berpihak kepada mahasiswa UKM
5 - 6. Manakala perlawanan bola jaring berakhir dengan mata terikat seri. Malamnya
pula diadakan ceramah bersempena Isra’ dan Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Hj
Shali iaitu Jemaah Nazer Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor di masjid pekan Parit
Sulong, Batu Pahat.

Seawal jam 8.00 pagi hari ketiga semua mahasiswa dan mahasiswi UKM
menabur bakti mengembling tenaga kepada kampung masing-masing dengan
mengadakan gotong-royong beramai-ramai. Masjid, kubur dan rumah-rumah orang
tua dibersihkan serta penanaman pokok bunga di setiap masjid dilakukan. Pokok-

3
LAPORAN PROGRAM OPKIM SULONG’06

pokok ini disumbangkan oleh Taman Botani Johor. Setelah selesai semua pulang ke
rumah keluarga angkat untuk kali terakhir beramah mesra. Kesemua ahli jawatan
kuasa hadir ke S.M.A Parit Sulong pada pukul 1.00 petang bagi membuat persiapan
majlis penutupan.

Keluarga angkat hadir bersama-sama mahasiswa dan mahasiswi yang lain


pada pukul 2.15 petang. Majlis penutupan diadakan pada pukul 3.00 petang yang
dilaksanakan oleh Yang Berhormat Syed Hood bin Syed Edros al-Haj selaku Ahli
Parlimen Kawasan Parit Sulong. Manakala wakil Fakulti Pengajian Islam, UKM iaitu
Dr. Samsu Adabi bin Mamat. Setelah selesai hadirin dijamu dengan jamuan yang
disediakan oleh eksekutif jamuan.

Semua peserta bersalam-salaman dengan keluarga angkat masing-masing


kerana terpaksa berangkat pulang ke UKM. Hampir 2 jam kami menunggu ketibaan
bas yang akan membawa kami pulang. Ketibaan bas (luar UKM) adalah pada pukul
6.05 petang dan kami berangkat pulang meninggalkan Parit Sulong yang penuh
dengan kenangan dan pengalaman yang indah pada pukul 6.15 petang. Kami singgah
di Hentian Ayer Keroh untuk bersolat Maghrib dan tiba di UKM pada pukul 11.00
malam. Para peserta telah dihantar pulang ke kolej masing-masing dengan bas yang
dinaiki. Semua program yang dirancangkan berjalan dengan lancarnya walaupun
terdapat sedikit masalah yang dapat diatasi dengan kerjasama semua pihak.

Diharapkan program ini dapat diteruskan oleh generasi-generasi seterusnya


untuk mengeratkan lagi hubungan dan dapat berkongsi pengalaman serta
mencurahkan bakti terhadap masyarakat di luar sana.

4
LAPORAN PROGRAM OPKIM SULONG’06

Sekian,

Disediakan oleh,

____________________________________
(Zainatul Makwa binti Mukayat)
Setiausaha,
Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM SULONG)’06,
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disahkan oleh,

Huszarudin bin Hj Hussin


Ketua Pengarah,
Program Operasi Khidmat Masyarakat,
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like