Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
7Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Globalisasi - Dr[1]. Yusof Al-Qardawi

Globalisasi - Dr[1]. Yusof Al-Qardawi

Ratings: (0)|Views: 466 |Likes:

More info:

Published by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia on Apr 12, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

 
Globalisasi Menurut Pemikiran Prof. Dr.Yusuf al-Qardawi
Definisi GlobalisasiDari segi bahasa, globalisasi berasal dari kata dasar global yang bererti umum dankeseluruhan ( Kamus Dewan 1995:548 ) atau sejagat dan menyeluruh.Beberapa definisi Globalisasi menurut pandangan sarjana Barat;1. Oscar Ugarteche.Globalisasi ditakrifkan sebagai pertumbuhan dalam kegiatan ekonomi yang merentasisempadan kebangsaan (nasional) dan kerantauan. Ia dizahirkan dalam meningkatnyapergerakan barangan dan perkhidmatan menerusi perdagangan dan pelaburan serta(pergerakan) manusia merentasi sempadan-sempadan tersebut. Ia juga terzahir dalampertukaran maklumat (informasi) pada masa sebenar. Ia dipacu oleh pelaku-pelaku individuekonomi yang mencari lebih banyak keuntungan ekonomi persaingan yang semakinmenekan.2. TrezziniMentakrifkan globalisasi sebagai integrasi ekonomi dunia yang mendalam dan meluasmelalui hubungan pengeluaran dan penggunaan.3. Mittelman (1996)Suatu fenomena sejagat. Globalisasi ialah cantuman pelbagai jenis proses rentas sempadandan pelbagai struktur dalam negeri yang membolehkan ekonomi, politik, budaya dan ideologisesebuah negara menembusi (ekonomi, politik, budaya dan ideologi) negara-negara lain.4. Martin AlbrowsMemberi definisa globalisasi sebagai merujuk kepada semua proses yang dengannyamanusia di seluruh dunia dihimpunkan masuk menjadi satu masyarakat dunia, masyarakatglobal.5. Anthony GiddensAnthony Giddens pula mendefinisikan globalisasi sebagai proses menjadikan intensifnyahubungan sosial seluruh dunia yang menghubungkan tempat-tempat yang jauh dengan
 
sedemikian rupa sehingga peristiwa-peristiwa tempatan dibentuk oleh peristiwa-peristiwa(lain) yang berlaku beberapa batu jauhnya dari tempat itu atau demikian sebaliknya.
Globalisasi Menurut Pandangan Sarjana Islam
1. Dr. Muhammad Abid al-JabiriDr. Muhammad Abid al-Jabiri menyatakan globalisasi berasal dari bahasa Perancis iaitumonodialisation yang pertama kali muncul di Amerika Syarikat. Ia bererti menjadikanseseuatu berskala internasional, iaitu memindahkan sesuatu dari yang terbatas kepadasesuatu yang tidak terbatas. Jadi, globalisasi mencakup erti penghapusan batas-bataswilayah sesebuah negara dalam interaksi ekonomi (kewangan dan perdagangan) danmembiarkan semua permasalahan bergerak bebas di seluruh dunia. Dari pemahaman ini,maka batas negara, nasionalisme, atau umat harus dilenyapkan. Seterusnya menurut Dr.Muhammad Abid lagi, kita boleh menyatakan bahawa propaganda globalisasi ini jikadilaungkan oleh suatu negara atau kelompok, ia bererti generalisasi pola hidup yangtradisinya (sebelumnya) menjadi karekter khas negara atau kelompok, menjadikannyamenembus batas dunia seluruhnya. Bagi Dr. Muhammad Abid, globalisasi bolehlah dianggapsebagai Amerikanisasi yang bererti sosialisasi gaya hidup Amerika.2. Dr. Taha Jabir al-AlwaniDr. Taha Jabir al-Alwani menyatakan bahawa globalisasi ialah usaha pihak yang mempunyaikuasa dan pengaruh (global power) untuk mewujudkan centralization iaitu memaksa agendaekonomi, politik dan sosial mereka kepada pihak yang lemah. Superpower tersebut akanmemimpin dan memandu negara-negara lain dalam acuan yang telah disediakan denganmeletakkan mereka sebagai pusat dan pihak lain sebagai pinggiran.3. Prof. Chandra Muzaffar Globalisasi adalah suatu proses yang melibatkan negara, modal, perkhidmatan, sebahagianpekerjaan yang merentasi sempadan dan memerlukan pemindahan dan perubahan yangbersifat nasional.
Ciri-ciri Globalisasi
1. Bersifat tanpa batasan
 
Dunia tanpa sempadan menjanjikan pelbagai peluang dan dugaan yang bakal dimanfaatkanoleh manusia. Ia juga sebagai suatu proses di mana sempadan negara-negara termasuknegara umat Islam semakin runtuh dan seluruh alam ini semakin berubah menjadi suatuunit. Menurut Marshall McLohan, dunia persis sebuah kampung. Segala hambatan dansekatan perbatasan yang lalu telah berjaya dilangkau.2. Wujud Unsur-unsur Sains dan TeknologiSifat globalisasi yang berasaskan unsur-unsur sains dan teknologi merupakan tempiasdaripada kehebatan dan kecanggihan teknologi maklumat dan komputer serta teknologikomunikasi dan satelit yang mendominasi ruang lingkup hidup manusia kini. Ini bermaknamana-mana masyarakat di planet Bumi ini terdedah secara terus-terusan kepada terobosanapa juga bentuk penyiaran asing tanpa boleh dibuat sebarang tapisan secara berkesan.3. Wujudnya Elemen Dominasi (Penguasaan)Globalisasi juga bersifat dominasi iaitu penguasaan sesuatu pihak ke atas pihak yang lain.Elemen dominasi bukanlah suatu perkara baru, malahan sudah lama wujud dan bertapak. Inikerana, pemikiran Barat adalah pusat dan paksi dunia. Kepercayaan itulah yang dijadikan justifikasi terhadap dominasi Barat ke atas rantau lain yang dianggap sebagai daerahpinggiran. Dominasi ini bukan sahaja melibatkan aspek tamadun, malahan aspek budaya,politik, ekonomi dan sebagainya.
Globalisasi Menurut Pemikiran al-Qardawi
Ketika mengulas mengenai definisi globalisasi, al-Qardawi telah memetik pandangan Dr.Muhammad Abid al-Jabiri yang menyatakan bahawa globalisasi bermaksud menjadikansesuatu berada di peringkat antarabangsa. Yakni memindahkan sesuatu dari kawasannyayang terhad dan dapat diawasi ke kawasan tanpa had yang jauh daripada sebarangpengawasan. Justeru, globalisasi mencakupi maksud membatalkan sempadan negara,beridentitikan kebangsaan dalam lapangan ekonomi dan membiarkan segala urusan dapatbergerak bebas menyeberangi alam dan ruang angkasa yang berada dalam lingkunganplanet Bumi. Bertolak dari sini maka negara-negara beridentiti kebangsaan, kerajaan dansesuatu umat berada dalam zaman yang ditunjangi oleh globalisasi.

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
loekisno liked this
dinaily liked this
Mastura Hakimah liked this
musallas liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->