sedemikian rupa sehingga peristiwa-peristiwa tempatan dibentuk oleh peristiwa-peristiwa(lain) yang berlaku beberapa batu jauhnya dari tempat itu atau demikian sebaliknya.
Globalisasi Menurut Pandangan Sarjana Islam
1. Dr. Muhammad Abid al-JabiriDr. Muhammad Abid al-Jabiri menyatakan globalisasi berasal dari bahasa Perancis iaitumonodialisation yang pertama kali muncul di Amerika Syarikat. Ia bererti menjadikanseseuatu berskala internasional, iaitu memindahkan sesuatu dari yang terbatas kepadasesuatu yang tidak terbatas. Jadi, globalisasi mencakup erti penghapusan batas-bataswilayah sesebuah negara dalam interaksi ekonomi (kewangan dan perdagangan) danmembiarkan semua permasalahan bergerak bebas di seluruh dunia. Dari pemahaman ini,maka batas negara, nasionalisme, atau umat harus dilenyapkan. Seterusnya menurut Dr.Muhammad Abid lagi, kita boleh menyatakan bahawa propaganda globalisasi ini jikadilaungkan oleh suatu negara atau kelompok, ia bererti generalisasi pola hidup yangtradisinya (sebelumnya) menjadi karekter khas negara atau kelompok, menjadikannyamenembus batas dunia seluruhnya. Bagi Dr. Muhammad Abid, globalisasi bolehlah dianggapsebagai Amerikanisasi yang bererti sosialisasi gaya hidup Amerika.2. Dr. Taha Jabir al-AlwaniDr. Taha Jabir al-Alwani menyatakan bahawa globalisasi ialah usaha pihak yang mempunyaikuasa dan pengaruh (global power) untuk mewujudkan centralization iaitu memaksa agendaekonomi, politik dan sosial mereka kepada pihak yang lemah. Superpower tersebut akanmemimpin dan memandu negara-negara lain dalam acuan yang telah disediakan denganmeletakkan mereka sebagai pusat dan pihak lain sebagai pinggiran.3. Prof. Chandra Muzaffar Globalisasi adalah suatu proses yang melibatkan negara, modal, perkhidmatan, sebahagianpekerjaan yang merentasi sempadan dan memerlukan pemindahan dan perubahan yangbersifat nasional.
Ciri-ciri Globalisasi
1. Bersifat tanpa batasan