You are on page 1of 4

KAEDAH TIKRAR (Latih tubi/Ulangan)

Pengenalan

Maksud Tikrar pada bahasa : Ulangan berkali-kali

Pada Istilah :Aktiviti bacaan berulang-ulang kali


untuk menguatkan ingatan dan
mengingati sesuatu bacaan berulang
kali. Selepas guru membaca, murid-
murid ikut. Seorang murid membaca
dan dikuti oleh murid-murid lain. Murid-
murid membaca secara kelas. Murid-
murid membaca beramai-ramai
mengikut kumpulan, kumpulan lain
mendengar sahaja. Seorang murid
membaca, yang lain mendengar sahaja.

Objektif:

1. Murid dapat menyebut huruf /kalimah dengan betul dan fasih.


2. Menekankan sebutan ulangan sehingga menghasilkan satu kemahiran
yang kekal.
3. Boleh membezakan bunyi sebutan dengan pelbagai baris.

Pelaksanaan:

1. Hendaklah ditentukan bahan /isi kandungan.


2. Memastikan tahap kebolehan murid.
3. Guru memperdengarkan bacaan, sementara murid mendengar dengan
teliti.
4. Guru meminta murid mengulangi bacaan sehingga fasih dan guru berpuas
hati.
5. Kemahiran yang diajar tidak diubah sehingga murid mengusainya.

Kekuatan:

1. Guru dapat mengenal pasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid.
2. Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan.
3. Dapat membina keyakinan diri murid.
Dalil Kaedah Tikrar

َ‫حةُ ِف يْ الّنوْ مِ فَكَا نَ َل يَرَى ُر ْؤيًا ِإلّ جَاءَ تْ ِمْثل‬


َ ‫مِ نَ الوَ ْح يِ ال ّر ْؤيَا ال صّاِل‬ ِ‫شةَ ُأمّ ا ُلؤْ ِمِنيْ نَ َأّنهَا قَالَ تْ َأ ّولُ مَا ُبدِىءَ بِ هِ رَ ُس ْولُ ال‬
َ ِ‫]عَ نْ عَائ‬

ّ‫ك ثُم‬
َ ِ‫حنّ ثُ ِفيْ هِ َو ُهوَ التّ َعّبدُ الّليَاِل يْ َذوَا تِ ال َعدَدِ َقْبلَ أَ نْ َينْزِ عَ إِلَى َأ ْهلِ هِ َوَيتَ َزوّ ُد ِلذَل‬
َ ‫خُلوْ بِغَا ِر حِرَاءٍ َفَيَت‬
ْ ‫لءُ َوكَا نَ َي‬
َ‫ل‬َ ‫ب إَِليْ هِ ا‬
َ ّ‫صبْ ِح ُثمّ ُحب‬
ّ ‫َفلَ قِ ال‬

َ‫ئ قَالَ َفأَ َخ َذنِيْ َف َغ ّطنِ ْي َحتّى َبلَغ‬


ٍ ِ‫لقّ َوهُوَ فِ ْي غَارِ حِرَاءٍ َفجَاءَهُ ا َللَكُ فَقَالَ ِاقْ َرأْ قَا َل مَا َأنَا بِقَار‬
َ ‫جةَ َفَيتَ َزوّ ُد ِل ِمثِْلهَا َحتّى جَاءَهِ ا‬
َ ‫يَ ْرجِعُ إِلَى َخ ِدْي‬

ٍ‫ل ْهدُ ُثمّ أَرْ سََلنِيْ َفقَالَ اِقْ َرأْ َف ُقلْ تُ مَا َأنَا ِبقَا ِرئ‬
َ ‫ل ْهدُ ُثمّ أَرْ َسَلنِيْ فَقَالَ ِاقْ َرأْ ُقلْ تُ مَا َأنَا ِبقَا ِرئٍ َفأَ َخ َذنِ يْ فَ َغ ّطنِ يْ الثّاِنَيةَ َحتّى بَلَ غَ ِمنّي ا‬
َ ‫ِمنّي ا‬

[‫ إل آخر الديث‬...ُ‫ي َخَلقَ َخلَ َق ا ِلنْسَانَ ِمنْ َعَلقٍ اِقْ َرْأ وَ َربّكَ ا َلكْ َرم‬
ْ ِ‫َفأَ َخذَنِيْ َف َغ ّطنِيْ الثّاِلَثةَ ُثمّ أَ ْر َسَلنِيْ فَقَالَ ِاقْ َرأْ بِاسْمِ َربّكَ اّلذ‬

‫َروَاهُ الُبخَارِي‬

Maksudnya : Daripada Aishah Ummul Mu’minin r.a katanya : “Wahyu yang mula-
mula turun kepada Rasulullah s.a.w ialah berupa mimpi baik waktu beliau
tidur.Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau seperti jelasnya cuaca pagi.
Semenjak itu hati beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira’ . Disitu
beliau beribadat beberapa malam tidak pulang kerumah isterinya. Untuk itu
beliau membawa bekalan secukupnya . Setelah bekalan habis beliau kembali
kepada Khadijah untuk mengambil lagi bekalan secukupnya. Kemudian beliau
kembali pula ke Gua Hira’ hingga ke suatu ketika dating kepadanya al Haq
(kebenaran atau wahyu) iaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira’
tersebut.malaikat dating kepadanya lalu katanya : “Bacalah!” Jawab Nabi : “Aku
tidak pandai membaca” . Kata Nabi selanjutnya menceritakan “Aku ditarik dan
dipeluknya sehingga aku merasa payah dan sukar” .Kemudian aku
dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca : “ Bacalah!” katanya .Jawabku :
“Aku tidak pandai membaca” Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai aku merasa
payah dan sukar.Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca : “
Bacalah!” katanya .Jawabku : “Aku tidak pandai membaca” Aku ditarik dan
dipeluknya untuk kali ketiga kemudian dilepaskannya seraya berkata :

ُ‫اِقْ َرْأ بِاسْ ِم َربّكَ اّلذِيْ َخَل َق َخَلقَ ا ِلنْسَانَ ِم ْن عََلقٍ اِقْ َرْأ وَ َربّكَ ا َلكْ َرم‬
Kaedah Pengulangan / tikrar

Kaedah ulangan ialah melakukan pembacaan ataupun mengingati sesuatu


perkara secara berulangkali ataupun berterusan. Kaedah ulangan ini dapat
menajamkan daya ingatan dan menambahkan kefahaman pelajar apabila
diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah ini berpusatkan kepada guru dan pelajar. Guru akan menggunakan
kaedah ini apabila perlu mengulang semula topik yang lepas sebelum
memulakan pengajaran baru. Pelajar pula dapat menggunakan kaedah ini
dengan cara mengulang kaji pelajaran yang lepas, sama ada bertanya kepada
guru ataupun persendirian.

Kaedah ulangan ini perlu dijalankan dengan teknik yang sesuai mengikut topik
pengajaran supaya ia tidak menjadi aktiviti yang membosankan.

Contoh
Kaedah ulanagn yang betul adalah guru akan mengulang sebanyak 3 kali
berturut-turut berkaitan sesuatu perkara yang ingin ditegaskan. Hal ini dilakukan
supaya pelajar dapat mendengar dengan jelas apa yang hendak disampaikan
oleh guru dan sekali gus dapat meningkatkan kefahaman serta menguatkan
daya ingatan.

Kaedah ulangan dapat memberi peluang kepada pelajar supaya bersedia


menerima pengajaran dan menguatkan daya ingatan dan kefahaman. Kaedah
ulanagan bole dilakukan oleh guru dalam peringkat pengajaran yang sama
ataupun guru membuat pengulangan sesuatu perkara dalam peringkat
pengajaran yang berbeza. Contohnya membuat pengulangan pada isi
pengajaran pada awal sesi pengajaran, pada peringkat akhir pengajaran ataupun
membuat pengulangan sesuatu perkara dalam peringkat yang sama.
Langkah-langkah

Langkah 1

Guru menentukan objektif pengajaran dan dapat mengenal pasti sesetengah


perkara yang ingin ditegaskan kepada pelajar dan aspek yang memerlukan daya
ingatan dan kefahamna yang lebih oleh pelajar.

Langkah 2

Pengulangan dilakukan oleh guru semasa memberikan penjelasan sama ada


dengan menyebut sendiri secara berulang-ulang ataupun meminta penyertaan
pelajar bagi mengulang semula apa yang sudah diterangkan.

Langkah 3

Pengulangan yang dibuat oleh guru akan memberi kefahaman kepada pelajar
berkaitan perkara itu adalah sesuatu yang penting dan perlu lebih diingati atau
difahami. Sekiranya pelajar sendiri yang membuat pengulangan ,maka semasa
proses pengulanagn berlaku, pelajar sudah membuat peneguhan dalam aspek
kemahiran mengingat dan memahami sesuatu perkara.

You might also like