Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
66Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 5,388 |Likes:

More info:

Published by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia on Apr 12, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/12/2013

pdf

text

original

 
Konsep Umum Pemikiran dan Pemikiran Islam1.0 Pemikiran
Pemikiran berasal daripada kata 'fikir' menjadi 'berfikir' (
thinking
) dan akhirnya'pemikiran' dalam Bahasa Melayu. Perkataan berfikir kini digunakan secarameluas. Walaubagaimanapun ia tetap memerlukan batasan pengertian danpenjelasan hakikatnya agar orang dapat memahaminya secara jelas. Dasarperkataan fikir berkataan berasal dari perkataan Arab
'fakkara' 
,
'yufakkiru' 
,
'tafkiran' 
. Sebahagian ahli bahasa daripada
wazan 'dharaba' 
iaitu
'fakara' 
,
'yakiru' 
,
'fakran' 
atau
'fikran' 
. Jelasnya perkataan fikir berasal daripada perkataan
'al-fikr' 
. Dalam al-Quran, perkataan
fikr 
tidak disebut dalam bentuk kata nama.Tegasnya dalam al-Quran perkataan
fikr 
disebut dalam bentuk
fiil madhi 
(perbuatan yang telah lepas) dan
mudhari' 
(perbuatan yang sedang dilakukan),
sighah mukhatab
dan
ghaib
(kata ganti diri kedua dan ketiga). Misalnya
fakkara
dan
tatafakkarun
. Jadi ketika al-Quran menggunakan cara ini seolah-olah AllahSWT ingin mengingatkan kita bahawa usaha berfikir adalah usaha yang sangatberkaitan dengan manusia. Ringkasnya pemikiran bolehlah didefinisikan sebagaisatu aktiviti kekuatan rasional (akal) yang ada dalam diri manusia, samada iaberupa qolbu, roh, atau dzihnun, dengan pengamatan dan penilitian untukmenemukan makna yang tersembunyi dari persoalan yang dapat diketahui, atauuntuk sampai kepada hukum-hukum, atau hubungan antara sesuatu. Pemikiran juga boleh didefinisikan sebagai rangkaian idea yang berasosiasi (berhubungkait)atau daya usaha reorganisasi (penyusunan semula) pengalaman dan tingkahlakuyang dilaksanakan secara sengaja.
2.0 Pemikiran Islam.
Definisi pemikiran Islam pula bolehlah disimpulkan sebagai gagasan atau buahfikiran pemikir-pemikir Islam atau ulama' bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah
 
untuk menjawab persoalan-persoalan manusia dan masyarakat yang timbuldisebabkan berbagai-bagai faktor. Antaranya ialah:1.Sebagai usaha untuk memahami atau mengambil istinbath (intisari ataupengajaran) hukum-hukum agama mengenai hubungan manusia denganpenciptanya dalam masalah ibadah. Juga hubungan manusia sesama dalammasalah muamalah. Masalah-masalah ini menyangkut hal-hal ekonomi,politik, sosial, undang-undang dan lain-lain.2.Sebagai usaha untuk mencari jalan keluar kepada persoalan-persoalan luaryang belum ada pada zaman Rasulullah SAW dan pada zaman sahabat atauuntuk memperbaiki tindakan-tindakan tertentu berdasarkan roh Islam.3.Sebagai penyesuaian antara prinsip-prinsip agama dan ajaran-ajarannyadengan pemikiran asing yang mempengaruhi pemikiran umat Islam.4.Sebagai pertahanan terhadap akidah Islam dengan menolak akidah,kepercayaan lain yang bertentangan dengan ajaran Islam dan menjelaskanakidah Islam yang sebenarnya.5.Untuk menjaga prinsip-prinsip Islam agar tetap utuh sebagaimana yangdiajar oleh Rasulullah SAW sepanjang masa hingga ke akhir zaman.
3.0 Sejarah Pertumbuhan dan Perkembangan Pemikiran Islam
Menurut Prof. Dr. Muhammad al-Bahi, salah seorang ahli fakir Islam semasa dariMesir, usaha-usaha berbentuk pemikiran ini tidak begitu ketara dalam sejarahmasyarakat Islam pertama iaitu masyarakat pada zaman Rasulullah SAW danKhulfa’ ar-Rasyidin kerana pada masa itu umat Islam menumpukan perhatianuntuk menyeru penduduk Makkah dan sekitarnya menganut Islam, menyemaikanakidah, menanamkan unsur-unsur iman dan akhlak yang mulia di kalanganmereka berdasarkan bimbingan dan tunjuk ajar langsung daripada RasulullahSAW.Pada zaman Rasulullah SAW masih hidup dan wahyu masih diturunkan, umatIslam merujuk sebarang persoalan kepada wahyu atau pun mendapatkan
 
penjelesan dari Rasulullah SAW sendiri. Jadi tidak timbul pada masa itu usaha-usaha untuk mendapatkan jawapan dengan pemikiran sendiri. Lebih-lebih lagidalam masalah akidah dan persoalan-persoalan agama tambahan pula bagindamelarang sebarang pertikaian dalam persoalan akidah dan tidak menggalakkanperdebatan di kalangan orang-orang Islam.Sikap dan pendirian yang diperakui oleh Islam sejak pertumbuhannya ini telahmemberi kesan besar dalam membimbing perkembangan pemikiran umat Islampada zaman permulaan. Kerana itu pada umumnya mereka tidak suka berbahasdan berdebat dalam masalah akidah. Perbahasan dan perbincangan merekahanya berkisar dalam persoalan amali.Setelah Rasullah SAW wafat, memang wujud sedikit kekecohan pada awalnyatetapi dapat diselesaikan sebaik mungkin oleh Saidina Abu Bakar setelah beliaudilantik menjadi khalifah. Pada era dua khalifah pertama iaitu Abu Bakar danUmar, tidak nampak banyak masalah sehinggalah membawa kepada zamanpemerintahan khalifah ketiga iaitu Uthman bin Affan apabila mulai ada bibit-bibitpertikaian dan tidak puas hati yang secara prisipalnya berkait dengan masalahpolitik tetapi cuba dikaitkan bersama dengan isu-isu akidah. Selepas Uthmandibunuh dan Ali dilantik sebagai khalifah, keadaan menjadi semakin serius danberlakulah perang saudara sesama Islam. Selepas itulah berlakunyaperkembangan perbezaan pandangan, khilaf, perbezaan politik dan membawakepada kemunculan aliran akidah.Sejarah mencatatkan bahawa keadaan ini terjadi ¾ akhir abad pertama Hijrahatau abad ketujuh Masihi. Dari tarikh inilah bermula perkembangan pemikiranIslam secara drastik hampir dalam semua bidang. Prof. Dr. Muhammad al-Bahitelah membahagikan perkembangan pemikiran Islam ini kepada tiga peringkat:1.Peringkat Kemunculan2.Peringkat Membina Kembali Masyarakat Islam.3.Peringkat Pemikiran Islam Semasa
1.Peringkat Kemunculan

Activity (66)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Sky Mun liked this
Sky Mun liked this
Asmie Amin liked this
Fyfy Intan liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->