Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
22Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pemikiran Muhammad Al-Ghazali

Pemikiran Muhammad Al-Ghazali

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 715 |Likes:

More info:

Published by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia on Apr 12, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

 
Pemikiran Muhammad al-Ghazali Dalam Aspek Pendidikan al-Qurandan al-Sunnah
Syeikh Muhammad al-Ghazali merupakan seorang tokoh pemikiran Islam dan juga terkenal sebagai seorang pendakwah yang telah menghabiskan hidupnyademi membela Islam. Kedudukannya boleh dianggap sebaris dengan tokohpemikir Islam semasa lain seperti Dr. Yusuf al-Qardawi, Abu Hasan Ali al-Nadwidan lain-lain.
Latar Belakang al-Ghazali
Syeikh Muhammad al-Ghazali al-Saqqa dilahirkan pada 22hb September 1917M di kampung “Nakla al-‘Inabdaerah Buhaira di negeri Mesir. Beliaudibesarkan dalam kalangan keluarga yang berpegang teguh dengan ajaranagama dan dididik menghafaz al-Quran sejak kecil dan berjaya menamatkanhafazan al-Quran ketika berusia 10 tahun. Beliau mendapat pendidikan awaldan menengah di Kolej Agama Iskandariah, Mesir dan meyambungpelajarannya di peringkat tinggi di Universiti al-Azhar pada tahun 1937 dalambidang Dakwah dan Bahasa Arab (al-Muslimun. November 1981. 2). Kemudianbeliau menyandang tugas sebagai pendidik dan pensyarah di universitiberkenaan. Beberapa tahun kemudian, al-Ghazali menerima gelaran Profesordari Universiti al-Azhar dan pernah dianugerahkan Award al-Malik Faisal demimengenang kecemerlangannya dalam bidang akademik dan dakwah. Anugerahkewangan yg diterima daripada Award ini telah dilaburkan untuk memperbesarperpustakaan di rumahnya untuk kemudahan rujukan pakar dan para ilmuan.Syeikh Muhammad al-Ghazali bukan sahaja melibatkan diri dengan pendidikan,malah beliau juga menampakkan minat dalam bidang pentadbiran. Ini terbuktiapabila beliau menyandang jawatan Mudir al-Dakwah wa al-Masajid (PengarahDakwah dan Masjid) di Wizarah al-Auqaf (Kementerian Waqaf), Mesir.Bersesuaian dengan tugasnya ini, beliau sering menjadi imam danmenyampaikan khutbah Jumaat di masjid terkenal di Mesir seperti Masjid
 
Amru ibn al-‘As, Masjid al-‘Atabah al-Khadra’ dan Masjid al-Azhar. Pemikiran al-Ghazali banyak persamaannya dengan corak pemikiran Syeikh Hasan al-Banna, pengasas gerakan Ikhwan al-Muslimin. Hal ini adalah kerana beliaumerupakan antara tokoh utama gerakan ini sejak zaman awal penubuhannyadan mempunyai kedudukan yang sangat rapat dengan al-Banna sendiri.Namun sejak pada awal tahun lima puluhan beliau terpaksa berpisah denganpertubuhan itu dan terus menjadi seorang pendakwah bebas tanpa terikatdengan mana-mana pertubuhan (kaifa nata’mal ma al-Quran). Beliau jugapernah menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan tampok pemerintahanMesir pada ketika itu, pernah mengkritik sikap ulama-ulama al-Azhar dan tidakmenyetujui beberapa pendirian aliran al-Wahabi. Natijah krisis beliau denganpemerintah, beliau telah dipenjarakan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1948dan 1965 (al-Muslimun . November 1981 . 1). Beliau juga ditukarkanberkhidmat di beberapa buah universiti seperti Universiti Um al-Qura danQatar di Arab Saudi dan ke salah sebuah universiti di Algeria. Pemindahan inidiistilahkan oleh al-Ghazali sendiri sebagai pembuangan negeri secaraterhormat. Setelah beberapa ketika berada di luar negara, beliau kembalisemula bertugas di Universiti al-Azhar. Ketika usia beliau melewati akhir tujuhpuluhan, al-Ghazali masih menonjolkan kewibawaan dirinya sebagai ilmuanIslam yang aktif, malah menjadi salah seorang pakar rujukan ulama’ diInternational Institute of Islamic Thought, Cairo (IIIT).
Gaya Penulisannya
Sebagai insan yang mencintai hikmah dan pengetahuan, al-Ghazali telahbergelung dengan lautan ilmu sejak berusia dua puluhan lagi. Di sampingmenyebarkan ilmu pengetahuan secara praktikal melalui khutbah dan syarahansecara formal di kuliah-kuliah universiti, beliau menumpukan masa dalambidang penulisan dan menjadikannya sebagai method penyebaran maklumatyang paling kukuh dan tepat kepada umum serta kekal walaupun beliau sudahtiada lagi.
 
Penulisan-penulisan yang dihasilkan oleh beliau merupakan satu bentukpersembahan penyelidikan dan analisis data yang lengkap dan padat. Hampirkesemua buku yang dikarang oleh al-Ghazali tidak menggunakan method yangbiasa digunakan oleh kebanyakan pengarang lain iaitu penyataan sumberrujukan sama ada dalam bentuk nota kaki atau lain-lain. Sumber rujukanhanya dinyatakan apabila beliau menugilkan ayat-ayat al-Quran di dalampenulisannya.Selain daripada itu, sekiranya ditinjau kepada uslub atau gaya penulisan al-Ghazali, ternyata beliau ialah seorang yang berjiwa sensitif, menghalusi danpenuh kesedaran.Gaya bahasanya dicernakan dengan uslub balaghah yanghalus, mendalam dan tepat. Sesekali terbit juga penyataan pendirian beliaudengan uslub yang lantang dan tegas. Sesuatu peristiwa dan masalah yangcuba dikupas di dalam penulisannya, diukur menurut kaca mata al-Quran danal-Sunnah (al-Muslimun, November 1981 . 2). Hal ini bukan sahajamembuatkan jalinan fakta dan argumen beliau senang diikuti dan difahamimalah ia meninggalkan kesan kejiwaan yang mendalam. Semangat atau rohkeislaman yang ditiupkan menerusi penulisannya mengikat kecenderunganpembaca dan membantu meningkatkan penghayatan kita tentang hakikatIslam.
Pemikiran al-Ghazali Tentang al-Quran
Al-Quran al-Karim adalah satu-satunya wahyu yang masih ada hingga kini. Iamerupakan kitab yang tidah pernah tercampur dengan kebatilan dari manapun datangnya. Apabila kita mengkaji maksud-maksud yang ada di dalam al-Quran, seakan-akan kita mengkaji secara langsung apa yang disabdakan olehpara rasul terdahulu. Misalnya, iman kepada Allah dan pengamalnya. Tetapimenurut al-Ghazali, sikap Muslim terhadap al-Quran yang mereka muliakannampaknya telah rosak. Sehingga pada beberapa abad kebelakangan ini, al-Quran dan risalah Islam tidak ubahnya seperti sungai yang kekeringan ataupadang pasir yang tandus dan gersang. Oleh itu, menurut al-Ghazali lagi,

Activity (22)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Helmi Susanto liked this
Ren Nol liked this
muhammad_alkahf liked this
adi1972 liked this
Cik Jat liked this
Ahmad Muhammad liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->