4.0 Pembelajaran Berasaskan Web (Web-Based Learning)Secara amnya, pembelajaran berasaskan web merujuk kepada pengajaran yangdisampaikan melalui jaringan WWW di mana bahan pengajaran, kumpulan diskusi,urusan ujian dan lain-lain adalah berlandaskan web. Menurut B.H. Khan (2001)sistem pembelajaran berasaskan web merupakan sistem pembelajaran yang terbukadan fleksibel. Sesungguhnya potensi web dalam pendidikan ini amat luas sekali.Alternatif kaedah pengajaran yang ditawarkan oleh sistem pembelajaran berasaskanweb ini akan meningkatkan lagi minat dan motivasi mereka untuk meneroka pengetahuan-pengetahuan baru yang tidak mungkin dapat diterima dari sebuah kelastradisional. Contohnya, penggunaan e-mail sebagai alat komunikasi untuk bertukar-tukar maklumat dalam suasana yang tiada batasan.Walaubagaimanapun, Dr. G.S. Lee (2000) menekankan pentingnya merangka danmemantau pertukaran maklumat ini untuk mempastikan pembelajaran yang bermaknasebenarnya berlaku.. Oleh itu, dalam kesungguhan dan keghairahan untuk menggunakan web sebagai media pengajaran, para pendidik perlu juga menekankantentang keperluan untuk pembelajaran. Bagi Duchastel (1997) sumber maklumat,tahap interaktiviti, pembelajaran berstruktur dan komunikasi adalah empat ciri yangsepatutnya ada dalam seting keperluan pengajaran dan pembelajaran. Memperolehimaklumat baru adalah sebab utama pelajar belajar. Interaktiviti pula adalah apa yang berlaku antara pelajar dan sumber pembelajaran - iaitu sama ada buku, simulasi, perbincangan mahupun program multimedia. Disini proses peningkatan dan pemurnian pengetahuan pelajar akan berlangsung. Struktur pula mempastikan fokus pembelajaran adalah selari dengan objektif atau hasil pembelajaran yang mahudicapai. Dan sebagai tambahan, komunikasi pula memberikan seting sosial supaya pertukaran maklumat, bantuan peribadi dan motivasi berlaku.Sebagai kesimpulannya, pembelajaran berasaskan web ini menggunakan corak pembelajaran secara penerokaan. Sungguhpun capaian maklumat amat senangdidapati dengan menerokai dan melayari internet, maklumat tersebut tidak semestinya berilmu atau berguna. Oleh kerana inilah Duchastel menekankan kepentingankeempat-empat keperluan tersebut semasa proses pengajaran-pembelajaran berlaku.5.0 PENDEKATAN PPBK PPBK menggunakan beberapa jenis pendekatan interaksi pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis-jenis interaksi yang popular ialah tutorial, latih-tubi,simulasi dan permainan pendidikan. Setiap jenis interaksi ini mempunyaikelebihannya masing-masing. Ia boleh dibangunkan secara sendiri. Bagaimanapun, perisian yang menggunakan gabungan tutorial, latih-tubi, simulasi dan permainan pendidikan akan bersifat lebih interaktif dan menarik.5.1 TutorialTiga perkara asas yang perlu ada dalam sesi tutorial iaitu isi pelajaran yang kemas,