You are on page 1of 9

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Proses perkembangan dan pertumbuhan berlaku dalam keadaan yang saling


berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku.
Perubahan ini melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi
kualiti mahupun kuantitit. Keseluruhan perubahan ini disebut sebagai
penyuburan.

Konsep pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kognitif


(dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan dari satu jangka masa
ke satu jangka masa yang lain contohnya seperti ketinggian dan berat badan
seseorang dan juga perubahan dalam struktur dan fungsi seperti otot-otot saraf
dan kalenjar. Manakala konsep perkembangan membawa maksud suatu
perubahan yang bersifat kualitatif atau suatu proses yang melibatkan individu
mencapai tahap kematangan contohnya kemampuan seseorang menyebut
perkataan mengikut peringkat umur dan juga seseorang yang cenderung kearah
yang lebih baik dari segi pemikiran, kerohanian, moral dan sosial.

Teori perkembangan manusia

Kadar pertumbuhan dan perkembangan adalah berbeza antara setiap individu,


ini adalah disebabkan oleh pengaruh persekitaran dan baka. Berdasarkan faktor
baka, corak perkembangan kanak-kanak diwarisi sejak kecil dan dikawal oleh
kod genetik daripada kedua ibubapa. Manakala faktor-faktor persekitaran yang
mempengaruhi kanak-kanak adalah termasuk latar belakang keluarga, kesihatan
dan pemakanan, amalan asuhan kanak-kanak, status sosio-ekonomi serta
persekitaran sekolah.
Teori Perkembangan

Arnold Gessell

Menurut Gessell, faktor baka merupakan penggerak utama terhadap


perkembangan individu. Perkembangan menurutnya berlaku secara dalaman
dan mengikut pola serata urutan tertentu yang dikawal oleh kematangan. Oleh
kerana perkembangan kanak-kanak ini sudah ditentukan oleh pola, maka tingkah
laku kanak-kanak adalah senang untuk diramal. Gessell juga mengutarakan
bahawa setiap individu adalah unik dan seharusnya dihormati. Dengan ini kanak-
kaka mestilah dibenarkan berkembang mengikut tahap perkembangan di mana
setiap kanak-kanak itu mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri.

Menurut teori perkembangan Arnold Gesell seseorang individu mampu


berkembang mengikut tahap umur dari satu peringkat kesatu peringkat mengikut
kadar perkembangan sendiri tanpa ada paksaan untuk mencapai perkembangan
tersebut. Ini kerana menurut Gesell proses perkembangan individu adalah
dikawal oleh kematangan atau fisiologi, selagi kematangan fisiologi tidak dicapai
apa saja yang dilakukan tidak akan berjaya. Oleh yang demikian itu, seseorang
guru memainkan peranan yang penting dalam membantu murid mencapai
pertumbuhan dan perkembangan yang optimum dan memahami bahawa setiap
murid perlu dibenarkan berkembang atau melakukan sesuatu mengikut kadar
perkembangan mereka sendiri.

Sehubungan itu untuk membantu murid mencapai tahap perkembangan


ynag optimum, guru mestilah mengetahui tahap perkembangan murid dan
menghormati keupayaan dan keunikan setiap murid. Guru juga tidak boleh
terlalu mendesak murid meakukan aktiviti yang sukar dan tidak bersesuaian
dengan tahap perkembangan dan kematangannya.
Guru juga harus mengetahui perkembangan yang menyuluruh setiap
murid, Dengan pengetahuan ini, barulah guru dapat menyediakan aktiviti dan
program yang berkesan untuk para pelajar seterusnya meningkatkan keyakinan
kanak- kanak ke arah yang lebih progresif. Sikap guru yang prihatin ini akan
dapat membantu murid mencapai tahap perkembangan dan pertumbuhan yang
optimum .

Teori Perkembangan Robert Havighust

Havighust telah menggariskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah


berpaksikan kepada teori sosio budaya dan antrapologi. Beliau juga
menegaskan bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor
persekitaran. Nilai dan institusi setiap sosio budaya ini akan melahirkan
personaliti yang berbeza antara setiap individu.

Havighust juga telah memperkenalkan tugas perkembangan yang


merujuk kepada sesuatu tugas bermula dari awal kelahiran sampailah ke usia
remaja.Menurutnya setiap individu akan melalui perkembangan tugasan ini .
Apabila berjaya melakukan tugasan ini kanak-kanak akan berasa gembira dan
sebaliknya apabila menemui kegagalan.

Teori perkembangan yang dikemumukan ini amat penting untuk


membantu meningkatkan tahap perkembangan dan pertumbuhan murid ke
tahap yang optimum kerana melalui perkembangan tugasan Havighust ini guru
dapat menyediakan objektif yang sesuai untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk membantu pelajar kearah tahap perkembangan
yang optimum. Guru juga haruslah menyediakan aktiviti yang bersesuaian
dengan peringkat kanak-kanak seperti pada usia kanak-kanak murid ( 6-12
tahun) murid lebih berminat pada aktiviti yang berbentuk permainan, lakonan
dan lain-lain aktiviti ynag dapat membentuk kreativiti. Dengan aktiviti sebegini
murid akan bergerak ke arah perkembangan dan pertumbuhan yang optimum.

KESIMPULAN

Manusia dilahirkan dengan sifat semulajadi yang baik dan diibaratkan sebagai
kain putih yang boleh dicorakkan mengikut kehendak pemiliknya. Oleh itu
masing- masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan berhak untuk di
kembangkan potensinya ke arah yang optima dan terus maju. Tahap
perkembangan setiap individu adalah berbeza dari pelbagai sudut seperti fizikal,
kognitif, emosi dan sosial walaupun masing-masing melalui peringkat
pertumbuhan yang sama.

Setiap individu boleh dikembangkan potensinya mengikut kebolehan dan


basebagaimana yang dinyatakan oleh Howard Gardner, manusia mempunyai
lapan jenis kecerdasan yang boleh dipertingkatkan iaitu kecerdasan verbal,
logical, spatial, muzikal kinestatik, intrapersonal, interpersonal, dan naturalis.
Bagaimanapun terdapat juga factor-faktor lain yang mempengaruhi pertumbuhan
dan perkembangan murid .

Untuk membantu murid mencapai tahap perkembangan dan


pertumbuhan yang optimum, guru haruslah menyesuaikan kaedah pengajaran
dengan keupayaan dan kebolehan murid. Apabila guru mengetahui dan
mengenali keupayaan murid, beliau dapat mengaplikasi pelbagai kecerdasan
dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat
meningkatkan keyakinan pelajar seterusnya mengembangkan potensi diri ke
arah perkembangan dan pertumbuhan yang optima. Umpamanya, guru boleh
melibatkan murid yang tergolong dalam kecerdasan logikal dengan aktiviti yang
bercorak eksperimen untuk menguji idea-idea mereka di samping menyediakan
ruang dan peralatan yang berkaitan untuk membangunkan kekuatan dan
keupayaan murid.

Penglibatan mengikut tahap kecerdasan ini dapat melahirkan pelajar


yang berjaya mengikut kebolehannya tersendiri. Apabila keperluan setiap
kepelbagaian kecerdasan ini dipenuhi dan dipraktikkan, murid akan bergerak ke
tahap perkembangan dan pertumbuhan yang optimum.

Rasionalnya, manusia adalah makhluk yang amat unik dan amat


berpotensi untuk dikembangkan tahap pertumbuhan dan perkembangannya.
Sehubungan itu, apabila semua keperluan dan kepentingan dipenuhi ia akan
berkembang dengan baik. Seterusnya menunjukkan keupayaan dan potensinya
sebagai warga yang berguna untuk masyarakat, bangsa dan agama.

KAEDAH-KAEDAH YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEWUJUDKAN


IKLIM BILIK DARJAH YANG KONDUSIF

Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan mewujudkan suasana yang


kondusif bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Yang dimaksudkan dengan
suasana yang kondusif ialah rutin bilik darjah berjalan dengan lancar (bilik darjah
bersih dan ceria, susun atur perabot tersusun dan kemas), disiplin kelas
terkawal, peggunaan bahan atau sumber pengajaran dengan baik dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan terkawal.

Salah satu ciri guru yang baik dan efektif ialah guru yang berjaya
mengurus bilik darjah dengan baik. Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah
adalah berasaskan kepada empat eleman pengurusan iaitu merancang ( guru
sebagai perancang ), mengelola ( guru sebagai pengelola), mengarah ( guru
sebagai pengarah ) dan mengawal ( guru sebagai pengawal ).
Guru Sebagai Perancang

Di dalam bilik darjah, guru berperanan penting sebagai perancang bagi


menggerakkan suasana bilik darjah yang kondusif. Guru perlu melihat dari aspek
rutin harian, kutipan yuran, kehadiran dan lain-lain. Namun perkara penting
adalah yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran.

Pengurusan bilik darjah melibatkan tujuh perkara :


 Objektif
 Bahan atau sumber
 Stategi/pendekatan/teknik
 Pemeringkatan isi
 Aktiviti
 Kemudahan dan susunan fizikal kelas
 Penilaian

Guru Sebagai Pensyarah

Guru mestilah bertindak sebagai pensyarah dan menjadi pengarah kepada


pelajar-pelajarnya :

 Menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti


berbincang (membentuk kumpulan, membuat laporan), menjawab soalan,
mendengar, membaca, mengira dan menulis, serta membuat latihan.
 Menjalankan rutin harian bilik darjah seperti membersihkan kelas dan
mengatur barang yang ada.
 Mematuhi peraturan dan disiplin keluar masuk kelas, berbaris, ucap
selamat, dan lain-lain lagi.
Guru Sebagai Pengawal

Guru mengawal beberapa perkara bagi memastikan kelas sentiasa berada


dalam suasana yang kondusif. Mereka akan mengawal :

 Mengawal aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


a. mengawal pelajar membuat demontrasi atau uji kaji supaya mengikut
prosedur uji kaji yang sebenar.
b. mengawal pelajar membuat kerja pertukangan.
c. Mengawal pelajar dalam aktiviti berkumpulan.
d. Mengawal perbincangan supaya tidak menyeleweng daripada tajuk
yang dibincang.
e. Mengawal pergerakan pelajar.
f. Mengawal perhatian pelajar melalui kedudukan guru, mimik muka,
nada suara dan lain-lain lagi.

 Mengawal peraturan dan adab.


Guru perlulah mengawal tingkah laku pelajar supaya tidak bertentangan
dengan peraturan sekolah amnya dan peraturan bilik darjah khususnya.
Kawalan tingkah laku bukan bergantung pada dendaan sahaja. Malah ia
juga terletak pada cara guru mendekati pelajar. Namun guru perlulah
tegas dan adil.

Setelah peranan guru telah jelas dan dapat di aplikasikan, maka kita lihat pula
bilik darjah yang boleh memberikan suasana yang kondusif untuk memastikan
pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan baik.

Terdapat beberapa jenis bilik darjah berdasarkan ciri dan fungsinya seperti
bilik darjah tradisi, bilik darjah terbuka, bilik darjah bercantum, bilik darjah
prasekolah, bilik darjah KBSR/KBSM, bilik darjah multimedia, bilik darjah khas
mata pelajaran. Semua ini perlulah di satukan dalam mengikut keadaan agar
pembelajaran dan pengajaran dapat di lakukan dengan kondusif.
RUJUKAN

En. Ah Meng, (1996) Psikologi Pendidikan 1, Psikologi Perkembangan


(semester1) Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

En. Ah Meng, (1994) Psikologi Dalam Bilik Darjah, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Dr Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, Shahabuddin Hashim. PEDAGOGI :


STRATEGI DAN TEKNIK MENGAJAR DENGAN BERKESAN. Kuala
Lumpur. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

You might also like