PENGUCAPAN
Definisi: Komunikasi yang bermaksud untuk menyampaikan sesuatu maklumat.Aristotle telah menyenaraikan lima unsur penting untuk pembentukan sesuatu pengucapan umum, iaitu
idea pokok
yang diperkatakan dalam ucapan,
gaya atau bahasa
yang digunakan oleh penyampai,
pengolahan idea
penyampai ucapan dan
kebolehan penyampai memberikan ucapan berdasarkan ingatannya
(Lane Cooper, 1960).Antara bentuk pengucapan ialah pidato, ceramah, seminar, syarahan, dialog, debatdan sebagainya yang melibatkan pengucapan di hadapan khalayak.
CIRI-CIRI PENGUCAPAN
Terdapat beberapa ciri yang boleh digunakan untuk mengenali pengucapan umum.
Berlaku di tempat awam
Pengucapan umum berlaku di tempat awam seperti di dalam kelas, bilik, dewankuliah, atau ditempat-tempat orang ramai boleh berhimpun.
Melibatkan bilangan sasaran yang ramai
Dalam pengucapan, penceramah ialah sumber penyampai dan audien yangmendengar ceramah ialah penerima maklumat yang ingin disampaikan.
Interaksi antara sumber dengan penerima maklumat adalah rendah
Pengucapan terjadi secara rasmi dan mempunyai struktur yang tertentu.Penceramah tidak dapat berinteraksi dengan orang ramai seperti dalamkomunikasi antara individu kerana factor jarak dan jumlah orang yang lebihramai. Pengisian ceramahnya telah dirancang lebih awal berdasarkan siapakahyang akan hadir untuk mendengar ucapan itu.