You are on page 1of 13

congkak

Congkak merupakan sejenis permainan tradisional yang sering dimainkan


sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan.

Latar belakang
Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung
kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang
dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic
menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh
semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.

Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia
melalui pedagang-pedagang Arab.

Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan


negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.

Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak


dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak
dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama
congklak, di Filipina, sungka.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan


papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia
sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini,
congkak dimainkan di seluruh dunia.

Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta


pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan
pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia.
Terdapat juga permainan congkak dalam talian.

Asas permainan
Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak
mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.
Papan congkak berbentuk bangau menyudu.

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah
congkak. Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan
terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di
kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'.
Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.
[1][2]

Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka


akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah
congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut
arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan
dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri
pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di
lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan
sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga
kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang
terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup
lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan
memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak
cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau
apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan
kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang
bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

Peraturan permainan
Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:[2][3]
1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak,
dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di
kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam
lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah
dan kampung lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan
dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain
hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri.
Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan
kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung
tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya
mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh
meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di
mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung
kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak
lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun
giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan
berpindah kepada pihak lawan.
5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung
dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia
dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada
pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan
mengaku kalah.

Perbezaan peraturan

Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang


berasaskan lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa
perbezaan dari segi peraturan.

Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan


congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam
permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan
permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.

Cara membuat congkak


Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya.
Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan
sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan


papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan
kelak.
2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian
sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak.
3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang
tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang
kayu tersebut.
4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang
ditebuk dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai
jumlah bilangan tertentu.
5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai
‘rumah’.
6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini
penting supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.
7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti
bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.
8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang
kemerahan, perang atau hitam.

Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan


pendalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena
tanah.

Buah congkak yang paling biasa digunakan ialah guli, namun apa-apa biji atau
batu kecil yang agak bulat boleh digunakan.[3]
Konda-kondi

Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam
dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis
kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan
ini memerlukan kawasan lapang.

Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil
berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat
dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang
panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu
panjang.

Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan


menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.

Permainan Pertama

Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek


melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu
supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula
melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut
kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan
lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang
sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan
lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli
hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun
mengena kayu panjang.

Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang
diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya,
jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu
panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak
kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.

Permainan Kedua

Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara,


kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak
tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat.

Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh
mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur
dengan mata daripada langkah pertama tadi.

Permainan Ketiga

Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular.
Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung
kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu
pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul
kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang.
Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan
menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya.
Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.
guli

Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia


biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas
tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.

Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat
bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang
diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

Gelanggang

Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garispusat 1m. Ditengah-tengah


bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10sm. lebar dan sedalam
7sm. dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ketanah. Lubang
tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m.
daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula
tempat permainan.

Cara Bermain

Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli


masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau
yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan
permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.

Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di
dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia
dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada,
begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas
guli pemain lainnya.

Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah


memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan
memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk
setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.

Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil


alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih
dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam
lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.
Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan
sehingga semua pemain selesai giliran.

Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah
mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam
lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua
adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah
itu jauh dari kawasan bulatan.

Papan Congkak
Kampong (lubang kecil) Rumah (lubang besar)
Memasukkan buah kelubang kampung
Bermain Congkak
Jala itik

Permainan ini bertujuan menentukan pasukan mana yang mempunyai bilangan


ahli paling ramai. Tiada sebarang alatan diperlukan, cuma sebuah lagu yang
menarik dinyanyikan untuk mengiringi setiap langkah permainan.

Cara Bermain

Dua orang dipilih menjadi ketua, kebiasaanya bertubuh besar dan menggunakan
nama samaran yang hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja. Kedua-dua
ketua ini akan berhadapan antara satu sama lain dengan memegang tangan
masing-masing yang diangkat keatas, bagi memudahkan para ahlinya melintasi
dibawahnya. Semasa ini sebuah nyanyian dialunkan 'Jan-jan jala Jala itik jala
ayam. Berapa lubang kancil? Seratus lima puluh. Singgah Cik Dayang singgah.
Makan sirih mulut merah." Sebaik sahaja lagu itu selesai dinyanyikan, ketua-
ketua itu akan menangkap pemain terakhir yang sedang melintas.

Menentukan Pemain

Setelah itu, pemain yang ditangkap tadi dibawa ke tempat lain oleh ketua-ketua
itu untuk disoal. Kemudian mereka menyebut nama samaran yang telah
ditetapkan sebelum permainan. Pemain yang ditangkap itu dikehendaki memilih
salah satu nama tersebut. Pemain-pemain tadi dikehendaki berdiri di belakang
ketua yang mana namanya dipilih oleh ahli tadi dengan merahsiakan nama
pilihannya kepada ahli yang lain. Kemudian permainan dimulakan semula seperti
awal tadi, sehinggalah semua pemain selesai memilih ketua masing-masing.

Pertukaran Pemain

Jika ada kumpulan mempunyai jumlah ahli yang lebih ramai daripada kumpulan
yang satu lagi, rayuan boleh dibuat untuk pertukaran ahli bagi mengimbangkan
jumlah ahli setiap pasukan. Bagaimanapun, pertukaran hanya boleh dibuat
setelah persetujuan di antara kedua-dua belah pihak dicapai. Jika tidak mahu
membuat pertukaran, permainan akan tamat di situ dan ketua itu dikira menang,
kerana mempunyai ahli yang paling ramai.

Menentukan Pemenang

Sebaliknya jika ini terjadi, satu perlumbaan dilakukan. Untuk itu, satu garisan
dibuat bagi membolehkan kedua-dua pasukan beradu kekuatan. Kedua-dua
ketua pasukan berdiri sama jauh dari garisan dan tangan mereka berpaut antara
satu sama lain. Pemain-pemain lain beratur di belakang ketua masing-masing
sambil memegang pinggang. Kedua-dua ketua pasukan berusaha menarik
antara satu sama lain supaya melangkah garisan itu, dengan ahli lain membantu,
seperti tarik tali. Jika pasukan yang kurang ahlinya itu berjaya menarik pasukan
lawan melintasi garisan itu, pasukannya dianggap menang. Maka dia boleh
meminta sejumlah pemain yang dikehendakinya untuk mengimbangi
pasukannya dengan pasukan yang satu lagi itu. Sebaliknya, jika pasukannya
gagal berbuat demikian, maka dia dianggap kalah.

You might also like