You are on page 1of 14

BMK 3033 : KETERAMPILAN MEMBACA ___________________________________________________________ TEKNIK MENGAJAR KEFAHAMAN MEMBACA DAN BERFIKIR SECARA KRITIKAL : BERFIKIR BERSUARA

DAN MENERAP IMEJ ___________________________________________________________

KUMPULAN A : AZILAH BINTI ABDUL RAHMAN D20111047475 NOOR EMYLIANA BINTI GAZALI D20111047507

PENSYARAH DR. DAHLIA BINTI JANAN

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU JABATAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Semester 2 2012/2013

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK 1.0 PENGENALAN

HALAMAN 2 2

1.1 Pengajaran Kefahaman dan Perkaitan dengan Berfikir secara Kritikal

2.0 TEKNIK BERFIKIR BERSUARA 2.1 Faktor Penggunaan Teknik Berfikir Bersuara dalam P&P 2.1.1 Mengenal pasti Masalah Pelajar Tidak Tahu Membaca 2.1.2 Meningkatkan Kefahaman Pelajar 2.1.3 Mengukuhkan Pemikiran kritikal Pelajar 2.2 Kelebihan dan Kekurangan teknik Berfikir Bersuara

3 3 3 4 5 6

3.0 TEKNIK MENERAP IMEJ 3.1 Faktor Pelaksanaan Teknik Menerap Imej dalam P&P 3.1.1 Meningkatkan Tahap Kebolehan Membaca Pelajar 3.1.2 Membantu Mempercepatkan Tahap Kefahaman Pelajar 3.2 Kelebihan dan Kekurangan Pengaplikasian Teknik

7 8 8 8 9

4.0 CADANGAN AKTIVITI TEKNIK BERFIKIR BERSUARA 4.1 Tujuan Aktiviti 4.2 Jadual Senarai Semak 4.3 Prosedur Aktiviti

10 10 11 11

5.0 KESIMPULAN RUJUKAN

12 13

1.0

PENGENALAN

Pengajaran membaca merupakan satu aktiviti yang cenderung kepada kemampuan seseorang menerapkan teknik-teknik untuk memahirkan seseorang itu membaca dengan cepat dan lancar. Hal ini kerana pengajaran membaca yang berkesan memerlukan teknikteknik yang bersesuaian dengan tahap kecekapan serta intelektual pelajar bagi memastikan pelajar mampu menerima teknik yang diperkenalkan selain mereka mampu

mengaplikasikan teknik tersebut semasa aktiviti membaca. Kesesuaian teknik pengajaran membaca turut mempengaruhi kemampuan berbahasa pelajar-pelajar selain pemahaman pelajar terhadap makna teks yang dibaca. Umum sedia maklum bahawa pelbagai teknik serta kaedah pengajaran membaca yang telah diperkenalkan yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pengajaran kefahaman ini juga berhubung kait dengan kemahiran berfikir secara kritikal oleh pelajar-pelajar yang lazimnya bergerak secara seiring dengan pengaplikasian teknik yang diajar.

1.1

Pengajaran Kefahaman dan Perkaitan dengan Berfikir secara Kritikal

Pengajaran kefahaman merupakan satu aktiviti yang mengutamakan kemampuan pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran membaca serta mampu

menginterpretasikan makna yang terkandung dalam teks yang dibaca. Hal ini bermaksud matlamat utama sesi pengajaran ini adalah untuk memastikan pelajarpelajar mampu menguasai kemahiran membaca selain mereka boleh memahami dengan mudah topik perbincangan dan isi kandungan teks yang dibaca. Menurut Clark & Clark, 1997 dalam Soenjono Dardjowidjojo (2007:50) mengatakan kefahaman tergolong dalam dua jenis, iaitu pertama, kefahaman yang berkaitan dengan pemahaman terhadap ujaran yang kita dengar. Seterusnya, jenis kefahaman yang kedua membawa makna kefahaman yang berkaitan dengan tindakan yang perlu dilakukan setelah pemahaman terjadi. Oleh sebab itu, dapat disimpulkan bahawa pengajaran kefahaman yang diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran menuntut pelajar-pelajar untuk menggunakan pemikiran kritikal mereka bagi memahami konsep teknik itu sendiri selain mereka perlu memahirkan minda mereka untuk mengaplikasikan teknik yang diajar.
2

2.0

TEKNIK BERFIKIR BERSUARA

Teknik berfikir bersuara atau Think-Aloud merupakan salah satu teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan pemahaman pelajar semasa membaca dan mewujudkan kemahiran berfikir secara kritikal. Teknik ini juga hampir sama dengan bacaan mekanis (bersuara). Menurut Davey (1983) dalam Stephanie Harvey dan Anne Goudvis (2007:46) menjelaskan bahawa the think-aloud shows kids how skilful readers think and how we activate our background knowledge, ask questions and draw conclusions. Teknik ini digunakan bagi membantu pelajar untuk mengetahui jenis pemikiran yang boleh diaplikasikan oleh mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Teknik membaca yang disampaikan oleh guru perlulah jelas bagi menghasilkan proses pemikiran secara kritikal dalam diri pelajar bagi memproses makna yang disampaikan terutamanya ketika sesi menjawab soalan. Terdapat beberapa faktor teknik berfikir bersuara ini dipilih oleh guru dalam proses P&P berikutan kelebihan dan kekurangan pelaksana tersebut. Selain itu, terdapat juga cadangan aktiviti yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam menggunakan teknik ini secara tidak langsung seperti berikut:

2.1

Faktor Penggunaan Teknik Berfikir Bersuara dalam P&P.

Terdapat beberapa faktor guru memilih untuk menggunakan teknik berfikir bersuara dalam proses P&P di dalam kelas. Antaranya termasuklah membantu guru untuk mengenal pasti masalah pelajar tidak tahu membaca, meningkatkan kefahaman pelajar dan mengukuhkan pemikiran kritikal pelajar. Huraian faktorfaktor tersebut adalah seperti berikut:

2.1.1

Mengenal Pasti Masalah Pelajar Tidak Tahu Membaca.

Penggunaan teknik berfikir bersuara, guru dapat mengenal pasti pelajar yang mengalami masalah untuk membaca. Hal ini demikian, kebanyakan pelajar tidak mahu memberitahu guru bahawa mereka tidak tahu membaca.
3

Oleh yang demikian, sesetengah daripada mereka suka membaca dalam keadaan senyap dan mereka akan menghadapi masalah dalam

menyelesaikan soalan yang dikemukakan. Oleh itu, melalui teknik berfikir bersuara ini, guru akan menjadi model atau panduan kepada pelajar ketika proses membaca. Hal ini kerana, guru akan membaca secara kuat dan menyebut perkataan-perkataan yang sukar secara jelas bagi membantu pelajar untuk menyebut perkataanperkataan tersebut semula. Pelajar juga dapat membaca dengan menggunakan intonasi yang sesuai bagi memudahkan proses pemahaman mereka. Sebagai contoh dalam proses P&P mata pelajaran Bahasa Inggeris. Guru akan membaca satu cerita atau bab secara kuat dan jelas bagi membolehkan pelajar untuk mendengar dan memahami perkara yang disampaikan oleh guru. Setelah itu, guru akan meminta pelajar untuk membaca dengan kuat dan jelas semula bagi mengesan perkataan-perkataan yang sukar disebut oleh pelajar. Berdasarkan situasi tersebut, guru dapat mengenal pasti pelajar yang kurang mahir membaca dan pelajar yang lambat membaca melalui cara pembacaan yang perlahan, tidak yakin, gagap dan sebagainya.

2.1.2

Meningkatkan Kefahaman Pelajar.

Selain itu, kefahaman pelajar juga boleh ditingkatkan dengan penggunaan teknik berfikir bersuara. Hal ini demikian, semasa membaca, minda seseorang akan memproses maklumat yang dilihat bagi menghasilkan makna yang boleh difahami oleh pembaca. Namun begitu, sekiranya pembaca membaca sesuatu teks dengan kadar kelajuan yang tinggi, maklumat yang dilihat mungkin sepenuhnya tetapi otak tidak dapat memproses keseluruhan maklumat tersebut. Oleh sebab itu, menurut Shelley Hong Xu (2010:186) menjelaskan bahawa melalui teknik berfikir bersuara pembaca khususnya pelajar akan diarahkan oleh guru untuk membaca dengan kuat di dalam kelas. Keadaan
4

ini akan mendorong pelajar untuk membaca dengan kelajuan yang sederhana dan dia dapat melihat, menyebut, memahami, dan memproses setiap perkataan dengan mudah dan berkesan. Pada masa yang sama pelajar lain yang mendengar pembacaan tersebut juga akan menggerakkan mata mereka dengan kadar kelajuan yang sama dengan pelajar yang membaca tersebut. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar lain turut dapat meningkatkan kefahaman mereka walaupun mereka membaca bersama ataupun tidak dengan hanya mendengar setiap perkataan yang disebut oleh pelajar tersebut. Ketika membaca secara lantang, pelajar juga akan memberi tumpuan kepada kosa kata yang sukar, isi-isi penting, jawapan dan sebagainya.

2.1.3

Mengukuhkan Pemikiran Kritikal Pelajar.

Teknik berfikir bersuara juga merupakan antara teknik yang digunakan untuk menghasilkan pemikiran secara kritikal dalam kalangan pelajar. Teknik berfikir bersuara juga merupakan satu teknik yang digunakan untuk memproses kefahaman seperti membuat ramalan, mewujudkan imej, menghubungkaitkan maklumat teks dengan pengetahuan sedia ada, membuat pemantauan dan menyelesaikan masalah (Gunning, 1996). Menurut Block & Israel (2004) dalam Susan E. Israel et. al (2005:183) menyatakan bahawa think-aloud is a metacognitive process that students use in which their thought are verbalized while reading a selection of text, thus modelling the process of comprehension. Oleh yang demikian, teknik berfikir bersuara sangat sesuai digunakan untuk mengaktifkan pemikiran pelajar supaya menjadi lebih kritis, kreatif dan kritikal. Teknik ini boleh dilaksanakan semasa sesi menjawab soalan dan membuat ramalan. Para pelajar boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjawab soalan, berkongsi dan berbincang secara kritikal
5

untuk menghasilkan jawapan yang tepat. Penyampaian jawapan perlulah disampaikan dengan cara pembentangan secara literal, grafik, carta dan sebagainya bagi membantu pelajar lain untuk memahami maklumat yang ingin disampaikan. Secara tidak langsung, pelajar lain boleh menanyakan soalan kepada pembentang dan mewujudkan suasana komunikasi dua hala. Komunikasi dua hala ini akan membantu pelajar untuk mengukur tahap metakognitif mereka bagi membuat penilaian terhadap pemahaman mereka dalam sesuatu bidang atau maklumat yang disampaikan oleh guru. Hal ini sekali gus dapat membantu mereka untuk menyusun strategi dan memperbaiki kelemahan diri sekiranya mereka gagal memahami perkara yang disampaikan oleh guru dan pelajar lain (Oster, L, 2001).

2.2

Kelebihan dan Kekurangan Teknik Berfikir Bersuara

Antaranya kelebihan dan kekurangan pengaplikasian teknik berfikir bersuara ialah seperti berikut:

Kelebihan

Kekurangan

> Mewujudkan komunikasi dua hala

> Mengambil tempoh masa yang lama untuk sesi P&P

> Meningkatkan tahap penelitian pelajar terhadap teks

> Tidak melibatkan psikomotor pelajar secara maksimum

3.0

TEKNIK MENERAP IMEJ

Teknik menerap imej ini merujuk satu prosedur atau kaedah yang menjadi petunjuk atau garis panduan kepada pelajar untuk melahirkan imej mental berkaitan perkara yang dibaca semasa proses pembacaan. Proses melahirkan imej mental ini dikatakan dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar. Selain itu, menerap imej ini lebih cenderung kepada proses pelajar-pelajar memberi gambaran tentang perkara yang dibaca. Hal ini kerana semasa pelajar-pelajar membaca, teks bacaan akan difahami menerusi pemberian lambang-lambang yang dikira bersesuaian dan berkaitan dengan teks bacaan. Selain itu, kaedah ini juga dikatakan berkait rapat dengan hubungan fungsi otak dan pancaindera lain seperti telinga dan mulut yang memainkan peranan yang cukup penting semasa proses membaca berlaku. Hal ini berdasarkan pendapat yang diberikan oleh Gambrell, Kpinus, & Wilson, 1987 dalam Timothy V. Rasinski (2003:50) bahawa pelajar akan seolah-olah bercakap tentang imej yang bina sendiri di dalam minda mereka semasa mereka membaca atau mendengar teks yang dibaca. Hal ini menunjukkan bahawa imej mental yang dibina telah menggabungkan fungsi pancaindera-pancaindera tersebut bagi melahirkan gambaran imej yang mempunyai kaitan dengan teks yang dibaca atau didengar. Seterusnya, teknik pengajaran bahasa ini turut melibatkan proses melahirkan lambang-lambang yang dikira bersesuaian dengan perkataan-perkataan yang dibaca atau didengar. Lambang-lambang yang dibina adalah dalam bentuk imej atau visual mental yang dibentuk berdasarkan pengalaman sedia ada pelajar-pelajar terhadap sesuatu perkara mahupun andaian imej yang dikira berkaitan dengan perkataan-perkataan yang dibaca atau didengar. Selain itu, teknik ini juga dikatakan mempunyai hubungan langsung dengan teks. Menurut Erin K. Jurand (2008:37) kuasa imej mental akan dihasilkan apabila imej tersebut berinteraksi dengan sesuatu teks. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sesuatu imej mental yang dihasilkan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap sesuatu teks. Imej mental yang dihasilkan haruslah dapat menggambarkan teks walaupun bukan pada keseluruhannya. Oleh sebab itu, interaksi antara teks dan imej mental yang dihasilkan perlu dititikberatkan bagi memastikan makna teks yang dibaca dapat difahami oleh pelajar-pelajar.

3.1

Faktor Pelaksanaan Teknik Menerap Imej dalam P&P

Terdapat beberapa faktor yang mendorong para guru untuk menggunakan teknik menerap imej ini dalam pelaksanaan P&P. Antaranya termasuklah untuk meningkatkan tahap kebolehan membaca pelajar dan membantu mempercepatkan tahap kefahaman pelajar. Penjelasan lebih jelas adalah seperti berikut:

3.1.1

Meningkatkan Tahap Kebolehan Membaca Pelajar

Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah untuk menguasai teknik membaca akan dapat memahirkan diri mereka untuk membina gambaran awal berkaitan teks yang dibaca sebelum mereka dapat membaca teks tersebut dengan betul sekali gus memahami makna yang terkandung dalam teks berkenaan. Menurut Micheal C. Mckenna (2002:120), guru sebagai model mampu memastikan pelajar-pelajar tidak ketinggalan untuk memahirkan diri mereka dalam aktiviti membaca. Menurut beliau lagi, guru boleh memilih satu perenggan teks yang pendek semasa proses pengajaran. Kemudian, guru perlu menerangkan kaedah untuk membina imej mental ini bagi membantu mereka untuk memahami dan mengingati teks yang dibaca. Selepas pelajar-pelajar memahami konsep sebenar imej mental ini, guru boleh membaca perenggan teks yang dipilih dengan jelas dan kuat sambil meminta pelajar-pelajar memberitahu kepada guru imej mental yang berjaya dibina oleh mereka. Gambaran imej yang dibentuk mungkin dalam pelbagai bentuk sama ada benda, tempat, dan sebagainya mengikut pemahaman pelajar-pelajar terhadap perkataan-perkataan yang didengar.

3.1.2

Membantu Mempercepatkan Tahap Kefahaman Pelajar

Pelajar-pelajar yang sudah mampu menguasai teknik pengajaran bahasa mungkin akan memberi kelebihan kepada mereka untuk meningkatkan tahap kefahaman mereka terhadap sesuatu teks. Kita sedia maklum bahawa tahap kecekapan pelajar-pelajar untuk faham adalah berbeza-beza antara
8

satu sama lain. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menghalang mereka untuk cepat faham berbanding rakan-rakan lain yang sebaya dengan mereka. Selain itu, pengaplikasian kaedah ini dalam aktiviti membaca seolah-olah memberi petunjuk awal kepada pelajar-pelajar tentang perkara yang diperkatakan di dalam teks yang dibaca walaupun pada dasarnya pelajar-pelajar masih tidak mampu membaca dengan lancar teks tersebut selain gagal untuk memahami makna teks sepenuhnya. Hal ini kerana pelajar yang menghadapi masalah sebegini akan berusaha untuk membina imej mental pada perkataan-perkataan yang biasa didengar dan difahami oleh mereka. Imej mental tersebut akan dibina berdasarkan pengalaman sedia ada mereka dan digabungkan dengan maklumat baharu yang diberikan oleh guru mereka yang akhirnya akan menyebabkan proses menguasai teknik membaca serta pemahaman makna teks berjalan dengan lancar.

3.2

Kelebihan Dan Kekurangan Pengaplikasian Teknik

Antaranya kelebihan dan kekurangan pengaplikasian teknik menerap imej adalah seperti berikut:

membina kecekapan pelajar dalam menyusun lambanglambang yang bersesuaian dengan perkataan-perkataan

melatih pelajar-pelajar menggunakan pancaindera telinga, mulut dan kecekapan minda mereka untuk menganalisis maklumat dalam masa yang sama pelajar-pelajar menggunakan pemikiran kreatif dan kritikal bagi melahirkan imej mental yang sesuai

pendedahan awal kepada pelajar berkaitan teks KELEBIHAN

imej mental yang dihasilkan dalam kalangan pelajar mungkin berbezabeza

tahap kecekapan pemahaman pelajar pada tahap yang berlainan

guru gagal mengenal pasti masalah sebenar pelajar sekiranya imej mental yang dihasilkan oleh pelajar tidak dikongsi

KEKURANGAN

4.0

CADANGAN AKTIVITI TEKNIK BERFIKIR BERSUARA

Teknik berfikir bersuara boleh dijalankan dalam mata pelajaran yang kurang dikuasai oleh pelajar seperti Bahasa Inggeris dalam Reading Comprehension. Berikut merupakan prosedur aktiviti yang boleh dijalankan dengan menggunakan teknik bersuara ini:

4.1

Tujuan Aktiviti

Membantu pelajar memproses maklumat khususnya perkataan-perkataan sukar yang ditemui oleh pelajar ketika membaca. Guru akan menerangkan makna perkataan-perkataan sukar tersebut secara lisan. Pelajar akan memahami makna yang terdapat dalam teks dengan mudah apabila perkataan-perkataan tersebut dikaitkan antara satu sama lain di samping menambahkan kosa kata pelajar.

10

4.2

Jadual Senarai Semak

Semasa membaca, saya telah : Perkara a) Membina persoalan. b) Meramalkan makna petikan. c) Membina gambaran peristiwa Kurang Sederhana Banyak

dalam petikan. d) Mengaitkan pengalaman. petikan dengan

4.3

Prosedur Aktiviti a) Gunakan petikan yang mengandungi perkataan-perkataan sukar, ayat yang mempunyai makna tersirat. b) Guru membaca dengan kuat dan pelajar akan membaca secara senyap dan menyemak pembacaan guru. c) Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka dikehendaki untuk membaca secara bergilir-gilir dan mencari makna kosa kata yang sukar. d) Pelajar boleh berkongsi pendapat dan menggunakan senarai semak di bawah untuk mengetahui sama ada mereka menggunakan teknik berfikir bersuara atau tidak.

11

5.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, teknik berfikir bersuara dan menerap imej ini sangat sesuai digunakan pada peringkat sekolah rendah bagi membantu guru untuk mengembangkan kemahiran membaca para pelajar terlebih dahulu. Hal ini demikian dapat membantu pelajar untuk bersedia apabila mereka berada pada peringkat menengah yang akan mendedahkan mereka kepada pembelajaran teks-teks aras tinggi. Oleh yang demikian, teknik berfikir bersuara amat digalakkan oleh guru untuk diaplikasikan di dalam kelas dalam usaha untuk membantu pelajar membaca secara lancar di samping melatih mereka supaya mampu berkomunikasi dengan baik dan berani berada di hadapan khalayak. Teknik menerap imej pula secara keseluruhannya dapat mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif apabila pelajar mampu menghasilkan imej mental yang tepat. Imej mental dapat membantu pelajar untuk memahami perkara yang ingin disampaikan oleh guru.

12

RUJUKAN Micheal C. McKenne. (2002). Induced : help for struggling readers. New York : Guildford Publications. Shelley Hong Xu (2010). Teaching English language learners : literacy strategies and resources for k-6. New York : Guilford Press. Soenjono Dardjowidjojo (2007). Psikolinguistik: Memahami Asas Pemerolehan Bahasa. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Stephanie Harvey & Anne Goudvis (2007). Strategies that work : teaching comprehension for understanding and engagement. Portland : Stenhouse Publishers. Susan E. Israel et. al (2005). Metacognitive think-alouds : using a gradual release model with middle school students. New Jersey : Lawrence Erlbaum Associates Inc.

Timothy V. Rasinski (2003). The fluent reader. New York : Scholastic Profesional Books.

13

You might also like