Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Ratings: (0)|Views: 168 |Likes:
Published by murnimohamat
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

More info:

Published by: murnimohamat on May 15, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/10/2013

pdf

text

original

 
MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS1.0 PENGENALAN
Sejarah permulaan pendidikan khas berkait rapat dengan bidang perubatan dan ahli-ahliperubatan. Walau bagaimanapun di awal abad ke 20, perkembangan Pendidikan Khasdidorong oleh kemunculan dan kemajuan dalam bidang-bidang psikologi dan sosiologi.Perkembangan yang signifikan berkait dengan usaha-usaha dalam ujian-ujian mental.Seterusnya para pendidik pula mula memberikan perhatian kepada pendidikan untuk kanak-kanak cacat dan menyedari peri perlunya kanak-kanak tersebut diberikan pendidikan yangsesuai dengan keupayaan mereka. Namun demikian, golongan yang aktif diperingkat awal (danmasih berterusan lagi) menyediakan peluang pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluankhas ialah badan-badan kebajikan, badan-badan agama dan pertubuhan-pertubuhan bukankerajaan. Sejarah pendidikan khas di Malaysia pula bermula dengan penubuhan SekolahRendah St. Nicholas di Melaka oleh pihak Gereja Anglikan pada tahun 1926 (berpindah kePulau Pinang pada tahun 1931).Sekolah tersebut ialah untuk anak-kanak bermasalah penglihatan (buta). Sekolah butayang kedua ialah Sekolah Rendah Princess Elizabeth, Johor Bahru pada tahun 1948.Sementara itu sekolah pertama yang dibuka untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran(pekak) ialah pada tahun 1954 di Tanjong Bunga, Pulau Pinang.Kementerian Pendidikan mulaterlibat dengan penubuhan kelas bercantum masalah penglihatan pada tahun 1962 danmasalah pendengaran pada tahun 1963. Pada tahun 1962 juga latihan perguruan khas untukmasalah penglihatan dimulakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas dan pada tahun berikutnyapula untuk masalah pendengaran. Seterusnya untuk melicinkan pengurusan pendidikan khassatu Unit Pendidikan Khas ditubuhkan di Bahagian sekolah, Kementerian Pendidikan padatahun 1964. Berikutan penstrukturan semula Kementerian Pendidikan pada Oktober 1995, UnitPendidikan Khas di Bahagian Sekolah telah ditingkatkan menjadi sebuah Jabatan tersendiri,iaitu Jabatan Pendidikan Khas.Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yangdireka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak
1
 
yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / ataukemudahan-kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan PendidikanKhas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluanpendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakanpeluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasaatau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa.Kedua-dua definisi di atas menegaskan ciri-ciri pendidikan khas, iaitu:1.Rancangan pengajaran yang direka khas2.Rancangan pengajaran yang bersifat individu3.Bahan-bahan khas4.Teknik pengajaran khas5.Kemudahan / peralatan khasKirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosidalam keupayaan komunikasi atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukanamalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan- perkhidmatan pendidikan khas,supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.Kanak-kanak berkeperluan khas juga dikenali sebagai kanak-kanak istimewa keranakeadaan mereka adalah berbeza disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, otak dan emosi merekayang tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Justeru pertumbuhan dan perkembangan dirimereka; fizikal, otak, emosi dan sosial tidak menyamai kanak-kanak biasa. Lazimnyakeupayaan maksimum mereka dalam semua bidang jauh berkurangan daripada kanak-kanakbiasa. Di samping itu tingkahlaku mereka juga adalah tersendiri dan berbeza mengikut jeniskecacatan atau masalah yang dialami. Contohnya tingkahlaku kanak-kanak autisme tidak samadengan kanak-kanak Down Sindrom. Kanak-kanak autisme berada dalam dunianya sendiri dantidak pedulikan orang, sementara kanak-kanak Down Sindrom sukakan orang.
2
 
Pada amnya kecacatan atau masalah yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khasboleh dikategorikan seperti berikut:1.masalah pendengaran2.masalah penglihatan3.masalah pembelajaran4.masalah tingkahlaku5.masalah pertuturan6.spastik (cerebral palsy)7.terencat akal8.cacat anggotaHala tuju pendidikan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas pada masa kini ialah kearah mengintegrasikan mereka dengan kanak-kanak normal. Untuk itu usaha-usaha tertentuhendaklah dilakukan bagi merealisasikan matlamat berkenaan (Geatheart, Weishahn &Gearheart, 1992). Sementara itu beberapa kajian pula menunjukkan terdapat faktor-faktotertentu menghalang kepada kejayaan dan keberkesanan program- program Pendidikan Khasyang berkonsepkan integrasi ini. Antara faktor-faktor tersebut ialah sumber yang terhad, sikapyang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya (Ysseldyke dan Alozzine, 1982).Kanak-kanak berpendidikan khas mempunyai masalah tertentu seperti masalah fizikal,masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pendengaran, terencatakal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.Kanak-kanak ini menunjukkan perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa,misalnya keupayaan kognitif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi.
3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->