You are on page 1of 2

5.

2 : KEMAHIRAN MELAYAN & MENDENGAR

KEMAHIRAN PARAFRASA
MAKSUD PARAFRASA Respon kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor dinyatakan semula dalam ayat yang pendek, padat dan mudah.

5.2.5 - Kemahiran Parafrasa

KEMAHIRAN PARAFRASA
KONSEP Seorang kaunselor mengubah ayat-ayat atau keterangan klien yang rencam dan berkecamuk kepada frasa yang pendek dan difahami klien.

KEMAHIRAN PARAFRASA
MATLAMAT i) Menunjukkan kepada klien bahawa mesej yang diberikan oleh klien mula difahami kaunselor. ii) Memastikan kaunselor mendapat mesej yang betul dari klien. iii) Memberi peluang kepada klien mendengar kembali apa yang dirasa dan dikatakannya.

KEMAHIRAN PARAFRASA
TUJUAN Menunjukkan kepada klien bahawa kaunselor memahami mesej yang disampaikan oleh klien. Memastikan juga kaunselor mendapat mesej yang betul dari klien. Memberi peluang kepada klien untuk mendengar kembali apa yang dirasa dan dikatakannya.

KEMAHIRAN PARAFRASA
Mendapatkan maklumbalas penjelasan dan kepastian. Meningkatkan kefahaman klien tentang masalah yang dihadapinya. Membawa kesedaran kendiri kepada klien. Membantu kaunselor mengingati isi-isi penting. Mendorong penerokaan.

KEMAHIRAN PARAFRASA
KEGUNAAN PARAFRASA i) Membantu kaunselor kembali ke landasan sebenar. ii) Membetulkan percanggahan pendapat. iii)Mengalihkan persepsi kasar kaunselor. iv)Pemandu arah.

KEMAHIRAN PARAFRASA
PANDUAN APPLIKASI i) Parafrasa lebih ringkas dari pernyataan asal. ii) Parafrasa harus tepat. iii) Satu kaedah kaunselor memberi respon kepada klien dan memudahkannya meneroka perkara yang dibincangkan. iv) Kaunselor faham isi serta ruang rujuk klien.

KEMAHIRAN PARAFRASA
KELEBIHAN i) Klien berasa senang hati jika apa yang dimaksudkannya sama dengan pengertian kaunselor. ii) Klien berasa lebih yakin dan kemesraan akan terjalin. iii) Klien berasa selesa dan lancar bercerita.

KEMAHIRAN PARAFRASA
KEKURANGAN i) Bila kaunselor melakukan parafrasa yang salah, boleh mencetuskan kemarahan klien terutama klien yang terlampau emosional. ii) Menggunakan parafrasa yang dibuat-buat menyebabkan klien tidak berasa selesa. Seolah-olah kaunselor tidak serius. Ini menghalang penerokaan.

KEMAHIRAN PARAFRASA
CONTOH SITUASI Klien:saya tahu dia seorang yang baik. Tapisaya belum bersedia untuk menerimanyatetapi pada masa yang sama saya juga susah hendak menolaknya. Kaunselor:nampaknya anda dalam dilema, belum bersedia menerima dia tapi susah hendak menolak.

You might also like