TEKANAN EMOSI
Terdapat pelbagai takrif yang diberikan oleh pengkaji tentang tekanan dalamusaha untuk memahami fenomena tekanan. Dalam
Lisan al-Arab
istilah tekanandisebut sebagai
d.agt.
(
___
).
Mu’jam ‘Ilm al-Nafs
telah menjelaskan makna
d.agt.
sebagai keadaan jiwa atau emosi yang mengalami pergolakan dankegelisahan yang amat dalam (Fakhir ‘Akil 1985: 110).
ukmislamyat[27]1.pmd 5 11/28/06, 3:30 PM
6 Isla-miyya-t 27(1)
TEKANAN DIDEFINISIKAN
Definisi ini selari dengan huraian Morstt & Furst (1979: 7) tentang tekanan.Beliau menyatakan bahawa tekanan adalah suatu keadaan yang dipengaruhioleh gangguan mental dan emosional yang boleh mewujudkan keadaan tidak selesa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh badan.Dalam
A Dictionary of Human Behaviour
(1981: 121) pula, memberikandefinisi tekanan sebagai ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjanganuntuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang untuk mengendali suatu situasi.Ahli psikologi Islam pula seperti al-Ghazali, al-Razi, Muhammad Uthman Najati, Muhammad ‘Izudin Taufik, Samih Atif al-Zin dan Hassan Langgulungmelihat tekanan emosi dari sudut kegelisahan jiwa atau emosi manusia sepertigelisah, kecewa, bimbang keterlaluan dan takut. Emosi ini wujud kerana hatimanusia tidak beriman kepada Allah. Di samping itu, tekanan juga dikaitkandengan penyakit hati seperti hasad dengki, sombong, ujub dan riak. Kisahkisahdalam al-Quran turut menggambarkan tekanan yang berlaku kepadamasyarakat. Misalnya, kisah-kisah para Nabi ketika menyampaikan dakwahIslamiah telah menerima tekanan dari masyarakat yang kufur dan juga peristiwaperistiwatertentu yang berlaku terhadap orang yang beriman. Keadaan-keadaanini ada diceritakan dalam al-Quran seperti dalam surah al-Maidah, 6: 27-30,Ali-Imran, 3: 38, Maryam, 19: 5 dan 20 dan surah Yusuf, 12: 86.Hans Selye (1956: 4), seorang Profesor University of Montreal dan pakar yang banyak mengkaji tentang tekanan, mengatakan tekanan sebagai satu tindak balas atau reaksi yang tidak spesifik tubuh terhadap sebarang rangsangan atau permintaan. Ini menunjukkan apabila semua permintaan melebihi daripadakemampuan badan, ia akan mengakibatkan ketegangan. Pendapat ini selaridengan pandangan yang diberikan oleh Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah(2002: 209) yang turut menyatakan bahawa tekanan sebagai tindak balasseseorang terhadap sesuatu keadaan dan suasana yang mengganggu sertamemerlukan penyesuaian sama ada untuk sistem badan atau pun pemikiran.Ada juga ahli psikologi mengaitkan dengan persekitaran dalammendefinisikan tekanan. Ini berdasarkan kepada pendapat Kaplan (1983: 296)yang menyatakan bahawa tekanan wujud akibat daripada kegagalan individumenyesuaikan diri dengan persekitaran. Tuntutan persekitaran yang melampauikeupayaan individu dan kegagalan individu menyesuaikan tuntutan tersebutakan menyebabkan individu rasa tidak puas hati dalam memenuhi keperluannyasendiri. Seterusnya, ia akan menyebabkan individu mengalami ketegangan.Emosi pula merupakan bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang(Muhammad Uthman Najati 1993: 73). Oleh itu, tekanan emosi ditakrifkansebagai keadaan seseorang dalam keadaan tertekan emosinya akibat daripada
ukmislamyat[27]1.pmd 6 11/28/06, 3:30 PM
Tekanan Emosi Remaja Islam 7
peristiwa, pengalaman atau bebanan tugas yang di luar kemampuan mereka.Oleh itu, fenomena tekanan merupakan sebahagian daripada reaksi emosi.
Leave a Comment