• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
2007 tahun evolusi pendidikan
BAHAGIAN 1
AGENDA membina negara bangsa adalah antara fokus utama PIPP. - Gambar hiasan
 TAHUN 2007 cukup bersejarah dalam perkembangan pendidikan di negara ini.Malaysia telah memasuki fasa negara maju dengan pendidikan mendahului sektor lain.Malah Malaysia ternyata bergerak lebih pantas dan merancang dengan lebih baik berbandingnegara lain - malah negara maju sekalipun - dari segi kesejahteraan dan kesaksamaan ekuitipendidikan apabila mengisytihar pendidikan percuma untuk semua.Secara tidak langsung Malaysia telah menyempurnakan syarat pendidikan wajib untuk semuawarga Malaysia - tetapi masih tidak dikuatkuasakan atas budi bicara dan sikap toleransi kerajaan.Sebenarnya `satu dunia' memang telah memaklumi bahawa Malaysia adalah negara terbaik darisegi bilangan rakyatnya yang mendapat pendidikan peringkat persekolahan.Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) yang mula dilaksanakan pada 1975 akan percumasepenuhnya pada tahun depan - walaupun bukan dalam bentuk e-buku sepertimana yang pernahdirancangkan sepertimana sebelum ini kerana kos yang jauh lebih tinggi.Begitu juga yuran percuma untuk semua adalah bukti bahawa kerajaan telah mengotakan janjinya dalam usaha mendemokrasikan pendidikan.Sedikit keuntungan yang diperolehi dikongsi secara saksama.Buat pertama kalinya, sejak dua kementerian dipecahkan, pendidikan di peringkat persekolahanmenjadi lebih berfokus dan mempunyai hala tuju yang jelas.
 
Lapan prinsip bekerja yang digariskan oleh Menteri pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin TunHussein juga cukup jelas, iaitu:I. Pertama, kejayaan sesuatu dasar amat bergantung kepada bagaimana ia diterjemahkan kedalam pelan tindakan, strategi, kesungguhan dan kesatuan dalam tindakan untukmelaksanakannya. Suatu dasar yang baik sekalipun berkemungkinan gagal atau menjadi kurangberkesan sekiranya disalahterjemahkan serta tidak disokong oleh pelan pelaksanaan yang tepat.II. Penyelarasan dan kerjasama berpasukan sangat penting untuk mengelakkan sebarangpertindihan dan pembaziran. Kementerian Pelajaran tidak boleh bekerja secara sendiri denganmengambil haluan tersendiri sebaliknya usaha kita wajar mengambil kira (leverage) danbersinergi dengan usaha pihak-pihak lain bagi memastikan pelaksanaan dasar yang lebihberkesan.III. Input Kementerian Pelajaran sangat penting bagi memastikan kejayaan program dan projekpendidikan kerana kementerian itu merupakan pihak yang paling memahami tentang dasar,kemampuan dan keterbatasan untuk melaksanakan program dan projek pendidikan.Kementerian pelajaran juga merupakan pihak yang paling mengetahui tentang apa yang merekatelah laksanakan sebelum ini dan yang hendak dilaksanakan pada masa hadapan.IV. Kementerian Pelajaran tidak boleh menyelesaikan semua masalah dan isu kerana terdapatisu dan masalah yang penyelesaiannya berada di luar kepakaran, di luar batas tugas atau di luar bidang kuasanya. Justeru, kementerian itu perlu membangunkan mekanisme yang berkesan bagimendapatkan kerjasama dari pihak yang mempunyai kepakaran dan diberi kuasa untukmenyelesaikan isu atau masalah tersebut.V. Kepemimpinan di setiap peringkat, baik di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD),Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Bahagian, Jabatan dan peringkat tertinggi KPM amat pentingdalam melaksanakan semua dasar pendidikan. Adalah penting untuk memastikan kepemimpinandi setiap peringkat ini memahami kehendak dasar, keperluan masa kini dan cabaran masahadapan kementerian.VI. Keterbukaan terhadap idea baru dan keterbukaan terhadap bentuk baru perkongsian pintar amat penting. Malaysia perlu belajar dari pengalaman pihak dan negara lain, dan sensitif terhadap setiap perkembangan terbaru serta kehendak dunia pendidikan di peringkatantarabangsa.VII. Berani mencuba idea-idea baru, bagaimanapun sesuatu idea itu untuk berjaya adalah lebihbaik sekiranya ia dicuba, dirintis dan diuji terlebih dahulu untuk memahami setiap masalah yangbakal timbul sebelum dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan peruntukan dankeupayaan yang ada. Oleh sebab sumber yang terhad, kementerian itu perlu menentukankeutamaan sesuatu program baru dan mengukur aspek kos dan faedahnya dengan teliti terlebihdahulu sebelum melaksanakannyaVIII. Bagi memastikan kejayaan program-program pendidikan yang telah dirancang, ia perludisokong dengan sumber yang mencukupi dari segi tenaga, peruntukan kewangan dankepakaran. Semua pihak perlu menetapkan penanda aras dan Indeks Prestasi Utama (KPI) yangtepat dan jelas dalam setiap agenda, program dan projek kita.Pelan induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ialah dokumen yang bakal menjadi titik tolakkepada masa depan pendidikan negara. ___________________________ 
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...