• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
merupakan satu programsosioekonomidiMalaysiayang diperkenalkan pada tahun1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasionaldan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyatMalaysia tanpa mengira kaum; dan
mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang danseterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.Dasar ini telah digantikan denganDasar Pembangunan Nasional(DPN) pada 1991.
Senarai kandungan
[sunting] Latar belakang
Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduanmasyarakat diTanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaranyang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiridaripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, CinadanIndia. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagainelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombonganserta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang Indiakebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yangmerupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapaikemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan diTanah Melayumemandangkan majoriti orangMelayutinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan
 
menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomilain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran dikalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dantertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula,mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripadamereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.Semenjak pendudukanJepunpada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orangCina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaanInggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (PartiKomunis Malaya
 
) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turutmemburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai PartiKomunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukankeselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960.PenyingkiranSingapuradari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaananti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawadan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yangsememangnya retak menanti belah.Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksakerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telahmengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharanini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan PerdanaMenteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, TimbalanPerdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarahMajlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkankuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesananMAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincangdan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalahmasyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yangdikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakatMalaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yanghendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu MajlisPerundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannyadikenali sebagaiRukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama iaitu:
 
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan KesusilaanDasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. MajlisPerundingan Negara juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkanJabatan Perpaduan Negara untuk melaksanakan aktiviti berbentuk muhibbah MajlisMuhibah dan Pejabat Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan telahditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah)1969 yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969.
[sunting] Dasar Pecah dan Perintah
Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibatdasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapat dua keadaanyang memungkinkan keadaan ini:1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarangusaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung sertamengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.
[sunting] Dasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaandalam tahun 1970 melaluiRancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah  perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangansosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihanekonomiyang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu,serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaingdengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpuncadaripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapikemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauhketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysiamengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...