Di Malaysia, segulung ijazah PhD dianggap sebagai puncak kejayaan dan kesempurnaan seseorang darisegi kebijaksanaan dan keilmuannya. Tetapi adapun pendapat yang menyatakan bahawa segulung ijazah,apatah lagi PhD merupakan permulaannya pencarian ilmu atas perasaan ketidaksempurnaan ilmu yangsedia ada pada seseorang itu.Dalam kita mengukur keupayaan seseorang guru di universiti misalnya, keperluan PhD tidak sama dengansumbangannya kepada kesarjanaan. Umumnya, PhD adalah satu kelayakan dalam bentuk ijazah yangdianugerahkan kepada seseorang itu apabila beliau telah menyempurnakan keperluan dan syarat-syaratdari sesebuah universiti. Salah satunya ialah menyiapkan tesis di bawah seorang penyelia atau beberapaorang (mungkin dua atau lebih) yang bertindak sama ada sebagai penyelia bersama, atau penyeliaan olehsebuah jawatankuasa yang terdiri daripada beberapa sarjana.Ijazah doktor falsafah pertama dianugerahkan oleh Universiti Paris tahun 1150. Bagaimanapun, gelaran‘PhD’ hanya membawa maksud yang diterima pada zaman ini sebagai ijazah tinggi kedoktoran bermula dariamalan universiti-universiti di Jerman.Apa yang perlu dimaklumkan di sini ialah ijazah PhD diberikan kepada seseorang pelajar yang telahmenamatkan sesuatu kajian pasca siswazah dan dengan jayanya mempertahankan tesis beliau yangmengandungi kajian asli dalam bidang sains atau ilmu kemanusiaan.Di Eropah moden, amalan tersebut dimulakan pada abad kesembilan oleh Friedrich Wilhelm University diBerlin. Amalan penganugerahan ijazah PhD itu kemudiannya digunakan oleh Yale University tahun 1861dan kemudiannya di United Kingdom pada tahun 1917.Tidak semestinya sesebuah tesis itu menghasilkan teori baru. Penulis Dr. Mohamed Azam menyatakan “
…kalau ia tidak membuahkan satu teori baru, ia tidak dianggap tesis PhD
“. Apa yang pentingnya di sini ialahsesebuah tesis itu merupakan sesuatu penyelidikan asli yang menjurus kepada sesuatu penemuan atautafsiran yang belum pernah wujud sebelumnya.Juga perlu disebutkan bahawa ijazah PhD bukanlah tanda aras bagi seseorang itu ‘dianggap sebagaiseorang scholar’. Perlu kita ingat bahawa seseorang yang memperolehi ijazah PhD tidak semestinyaseorang sarjana, ilmuwan atau cendekiawan.Malangnya di Malaysia misalnya, ramai yang menganggap mereka ataupun diri mereka sendiri itu sebagaisarjana atau cendekiawan selepas memperolehi PhD. Sebenarnya, seseorang itu menjadi sarjana - dalamerti kata kewujudan ciri-ciri kesarjanaan sebelum memperolehi ijazah PhD.Dan kita perlu ingat, ijazah kedoktoran seperti D. Econs (Doktor Ekonomi) atau D. Sc.(Doktor Sains) adalahlebih tinggi daripada ijazah doktor falsafah. Daripada apa yang diperhatikan, walaupun pada umumnya,setiap penyelidikan ke arah menghasilkan sebuah tesis itu perlu merangkumi dimensi-dimensi falsafah
Leave a Comment