• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Manuskrip Melayu : Refleksi Perkembangan MasyarakatTradisional Kedah
oleh: Dato' Prof. Dr. Siti Hawa Haji Salleh
Koleksi Dewan Bahasa dan Pustaka Abad yang ke-16 dianggap sebagai zaman penulisan manuskrip Melayuiaitu selepas masyarakat Melayu di Nusantara menguasai tulisan Jawi yangditerima bersama dengan agama Islam. Dalam abad inilah, ratusan malahribuan manuskrip ditulis di pelbagai daerah di alam Melayu, terutama diistana-istana dan pusat pemerintahan. Sememangnya, tidak dapatdinafikan bahawa istana baik sebagai penaung mahupun sebagaipendorong telah memainkan peranan yang penting dalam penghasilanmanuskrip ini.Beberapa hasil tulisan historiografi Melayu tradisional membuktikanpenglibatan istana, malahan raja-raja dan para pembesar sendiri dalambidang penulisan ini. Bukan sahaja karya-karya yang dihasilkan itu ditulisatas arahan raja atau untuk kepentingan golongan bangsawan sendiri,seperti yang dapat dilihat dalam penulisan karya-karya historiografi itu,malah dalam banyak hal, orang-orang istana sendiri ikut terlibat secaralangsung sebagai pengarang.Sudah tentulah nama-nama Tun Seri Lanang, Raja Ali Haji dan Raja Chulanharus disebutkan sebagai contoh yang amat nyata. Selain mereka,terdapat beberapa orang lain seperti Sultan Badaruddin, Raden Anum,Tengku Dalam Kalsom, Raja Zubaidah dan lain-lain. Mungkin ramai lagidaripada kalangan istana yang menjadi pengarang, tetapi mengikutkonvensi masyarakat pada zaman itu, mereka tidak menonjolkan nama-nama mereka pada karya-karya yang dihasilkan. Dengan itu, namamereka terus tersembunyi daripada pengetahuan kita buat selama-lamanya.Karya-karya yang dihasilkan bukanlah terhad kepada sastera sejarah ataukarya historiografi yang secara langsung memperkatakan hal-ehwal istanadan kehidupan diraja sahaja, tetapi juga tulisan-tulisan yang bersifatumum seperti hikayat, syair dan lain-lain.Istana juga menjadi perpustakaan manuskrip kerana pada zaman dahulu,raja sahaja yang mampu mempunyai manuskrip yang dikehendakinya.Golongan istana juga merupakan golongan elit pada zaman itu, di sampingmerupakan orang-orang yang mempunyai masa untuk menumpukanperhatian kepada bidang persuratan. Ternyata pada zaman ni segalaaktiviti yang berkaitan dengan tradisi bertulis adalah berpusat di istana,sementara golongan rakyat lebih terlibat dengan aktiviti tradisi lisan.Istana sebagai perpustakaan dapat kita baca dalam Sejarah Melayuapabila hikayat itu menceritakan bagaimana orang-orang Melaka
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...