Pentafsiran IPWSidek Mohd Noah (1997) telah membina suatu alat ukur yang dinamakanInventori Personaliti Warna dan item-item personaliti tersebut telahdiperincikan mengikut sifat-sifat dominan setiap jenis personaliti dalaminventori itu. Mengikut beliau, personaliti warna melalui inventorinya bolehdibahagi kepada empat iaitu personaliti Emas, Hijau, Biru dan Jingga.Personaliti EmasMengikut Sidek Mohd Noah (1998) individu yang berpersonaliti Emasdikatakan bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab,praktis, waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional atau konservatif,hidup bersistem dan berperaturan serta menaruh perhatian. Kata kunciutama personaliti Emas ialah peraturan dan saya bertanggungjawab.Personaliti HijauMenurut Sidek Mohd Noah (1998) individu berpersonaliti Hijau pulacenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan cenderung merekacipta, cekapdalam menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin tahu, memahamikonsep, berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjangakal, kompleks, tenang dan sabar, berfalsafah, berprinsip dan berasaskanlogik. Kata kunci utama personaliti Hijau ialah mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi .Personaliti BiruMengikut Sidek Mohd Noah (1998) individu berpersonaliti Biru melambangkanindividu yang bersifat tulin, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati,unik, berkebolehan mengalami perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dansetia, mesra, berseni, orang yang memberi inspirasi, riang, gembira, penuhkasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati. Kunci utamapersonaliti ini ialah romantis dan sukakan keharmonian.Personaliti JinggaMenurut Sidek Mohd Noah (1998) individu yang berpersonaliti Jinggamenunjukkan individu yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifatspontan, suka kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat,
Leave a Comment