PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui olehnenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional padamasa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenalisebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapihanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkanlagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan.Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasingkelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dangasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecildan mudah dipermainkan.
Cara Bermain Permainan Gasing
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitusebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannyasupaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dankulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluhmelalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dansepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing.Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
Leave a Comment