• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
PENDAHULUAN
Matapelajaran matematik merupakan matapelajaran teras yang perlu di ambil olehsemua pelajar Kolej Matrikulasi bagi semua jurusan yang ditawarkan iaitu jurusan sainshayat, sains fizikal dan perakaunan. Matapelajaran ini diajar di dalam dua bentuk pengajaraniaitu kuliah dan tutoran. Pengajaran dan pembelajarannya mengambil masa selama 6 jamseminggu. Ianya dibahagikan kepada 4 jam kuliah iaitu satu jam bagi setiap kuliah, manakalatutoran pula mengambil masa selama 2 jam.Mulai sesi 2004/2005, matapelajaran matematik di kolej-kolej Matrikulasi mula di ajar menggunakan bahasa Inggeris. Perlaksanaannya adalah sealiran dengan arus perubahankeperluan pendidikan semasa yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan. MenteriPendidikan Malaysia dalam kenyataan akhbar mengenai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada 20 Jun 2002, antara lainmenyatakan:“Sains dan Matematik adalah suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai inovasidan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan.Bidang ini merupakan asas penting kepada kemajuan dan pembangunan negara. Sebahagian besar maklumat terkini mengenai sains dan teknologi ditulis atau disampaikan dalam BahasaInggeris. Oleh itu, pendedahan awal kepada Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akanmemberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan asas bagi memperolehi maklumat danilmu terutama dalam bidang Sains dan Matematik, selain menambah masa kontak terhadapBahasa Inggeris.”[Kenyataan Akhbar Menteri Pendidikan 20 Julai 2002]Menurut Tan Sri Musa Mohamad (2002), matapelajaran Matematik dan Sains di pilihuntuk di ajar di dalam bahasa Inggeris adalah kerana kedua-dua matapelajaran ini banyakmelibatkan konsep kompleks, serta penemuan terbaru hasil penyelidikan dan pembangunan diseluruh dunia lebih menggunakan bahasa Inggeris . Perubahan dasar inidiharapkan dapatmemudahkan pelajar memahami dan menghayati pelbagai maklumat terkini berkaitan Sains danMatematik yang bersifat dinamik.Menurut Tan Sri Musa (2002) lagi, seseorang yang mempelajari Matematik dan Sainsdalam bahasa Malaysia tidak semestinya boleh memahami dengan baik ilmu-ilmu yangtertulisdalam bahasa Inggeris saintifik walaupun ia mempunyai kefasihan yang tinggi dalam bahasaInggeris Am. Hanya mereka yang fasih dalam penggunaan bahasa Inggeris saintifik sahaja yangberupaya memahami dengan mudah tulisan-tulisan yang berbentuk saintifik. Oleh
1
 
itu,pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan membolehkan pelajar mencapaikefasihan dan kefahaman yang tinggi dalam bahasa Inggeris Saintifik.
PERNYATAAN MASALAH
Pernahkan anda mendengar perkataan seperti berikut: “Denominator, exponent, reduceto lowest terms, and quadratic equation.” Bahasa ini bukanlah bahasa pertuturan yangdigunakan sewaktu bermain atau semasa makan. Ramai yang mengenali bahawa ini adalah bahasa Matematik. Bahasa Matematik mempunyai maksud yang tersendiri, dan bahasamemainkan peranan yang penting di dalam matematik. Tenaga pengajar matematik  bertanggungjawab untuk mengajar konsep matematik dan konsep ini di ajar menggunakan perkataan yang spesifik. Walaupun pelajar-pelajar telah mempelajari bahasa Inggeris disekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah, mereka masih tidak mampu menggunakan perkataan ilmiah ini di dalam kehidupan seharian maupun di dalam matematik itu sendiri.Hasil dari tinjauan awal pengkaji di dalam pengajaran dan pembelajaran didapati pelajarpelajarmempunyai pandangan dan reaksi yang berbeza terhadap penggunaan bahasaInggeris di dalam pembelajaran Matematik. Namun kebanyakkan daripada merekamelahirkan rasa risau di dalam menghadapi situasi ini kerana ianya merupakan pengalaman pertama di dalam pembelajaran mereka. Di antara pandangan pelajar-pelajar kolej sendiriadalah seperti berikut:“Saya terkejut dan risau kerana saya lemah dalam bahasa Inggeris. Jadi agak sukar bagi sayauntuk memahami subjek tersebut. Sebelum ini subjek matematik di ajar dalam bahasaMelayu.Bila diajar dalam bahasa Inggeris saya perlu mengetahui dahulu maksud perkataan sebelumsaya memahami subjek itu. Ini menyebabkan pembelajaran saya jadi lambat” “Saya merasa bimbang kerana ini merupakan pengalaman pertama saya belajar dalam bahasa Inggeris. Saya juga bimbang tidak akan dapat mengikuti sepenuhnya matapelajaran tersebut sekiranya belajar di dalam bahasa Inggeris.”“Mula-mula saya belajar matematik, saya rasa amat janggal kerana tidak pernahmengalami proses pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Tetapi ianya adalah pengalamanhebat kerana buat pertama kalinya saya tidak faham apa itu matematik. Bunyi yangdikeluarkan ketika proses pembelajaran dalam bahasa Inggeris agak pelik dan hampir semuaistilah matematik yang digunakan seperti tidak pernah didengar sebelum ini.”
2
 
Daripada tinjauan tersebut, penyelidik merasakan bahawa perlu untuk mengkaji tahapkerisauan pelajar di dalam menghadapi pengajaran dan pembelajaran Matematik di dalam bahasa Inggeris.
KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Kajian tentang kerisauan pelajar terhadap pembelajaran bukanlah perkara baru dantelah dijalankan oleh ramai pengkaji. Pengkaji mengambil faktor-faktor bangsa, jantina dan jurusan setelah membuat sorotan literatur terhadap kajian-kajian sebelum ini. Woodrow(1999) mendapati bahawa terdapat hubungan yang negatif antara kerisauan di dalammenggunakan bahasa Inggeris di dalam pembelajaran oleh pelajar-pelajar Asia di Australiadengan pencapaian. Kajiannya juga telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan kerisauandi antara bangsa. Kajian yang di jalankan oleh Pappamihiel (2001) di Mexico pulamenunjukkanbahawa jantina mempengaruhi kerisauan terhadap pembelajaran.Rajah 1.1 Kerangka konseptual KajianHIPOTESIS KAJIANTerdapat empat hipotesis yang dibentuk dalam kajian ini. Hipotesis kajian dinyatakan dalamhipotesis nol.
H01 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerisauan dengan pencapaianmatematik pelajar-pelajar di Kolej Matrikulasi Melaka.
3 Jantina JurusanBangsaKerisauan PelajarPencapaianMatematik
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...