Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
70Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PERKEMBANGAN ISLAM DI KEPULAUAN FILIPINA

PERKEMBANGAN ISLAM DI KEPULAUAN FILIPINA

Ratings:

1.0

(1)
|Views: 5,548 |Likes:
Published by miss iera

More info:

Published by: miss iera on Apr 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/20/2013

pdf

text

original

 
PENDAHULUAN
Orang Islam di Filipina merupakan golongan minoriti di negara sendiri. Sebenarnya,Islam merupakan agama terawal yang singgah di Filipina sebelum Sepanyol datang danmeluaskan kegiatan penyebaran agama Kristian. Hal ini berkaitan dengan keadaan masyarakatFilipina sebelum kedatangan Islam. Mereka mulanya adalah golongan yang menguasai Filipina,namun ia berubah dan masyarakat Islam menjadi minoriti selepas kurun ke-18. Hal ini dikaitkandengan peranan yang dimainkan oleh bangsa Moro (sebutan untuk umat Islam Filipina) terhadap proses perkembangan Islam di Filipina sehingga sekarang.
2.0 KEMASUKAN ISLAM KE FILIPINA
Kemasukan Islam di Asia mempunyai 3 bentuk penyebaran. Pertama, penyebaran Islammelahirkan majoriti penduduk. Kedua, kelompok minoriti Islam. Ketiga, kelompok negera-negara Islam tertindas. Islam di Filipina merupakan salah satu kelompok minoriti di antaranegara-negara yang lain.
1
 
Hal itu pastinya tidak lepas dari sejarah latar belakang Islam di Filipinaitu sendiri. Bahkan lebih dari itu, bukan hanya penjajahan saja, akan tetapi konflik dalaman yangmasih berlanjutan sampai saat ini. Menurut Hamka, Islam telah datang ke negeri-negeri Melayumelalui para pedagang. Golongan ini percaya, bahawa merekalah keturunan Syeikh atau seorangWaliullah dari Arab. Buktinya, di Filipina sendiri, kegiatan penyebaran Islam dipelopori olehgolongan Shariff dari Makkah seperti Shariff Kabunguwan, pengislaman di Sulu oleh SayyidAbdul Aziz dan juga Abu Bakar, seorang penyair Arab. Daripada kes-kes pengislaman tersebut,didapati bukan sahaja para penyebar Islam itu kebanyakannya merupakan pendakwah professional atau keturunan sufi Arab, bahkan mereka berperanan penting dalam pembangunansesebuah kerajaan Islam dan penyebaran Mazhab Syafie. Sumber paling tepat untuk dirujuk bagimengetahui proses pengislaman di Filipina adalah Salasilah Sulu, yang dilengkapkan olehriwayat. Walaupun sumber ini tidak mempunyai tarikh, namun ia dapat peristiwa-peristiwa yangmenghuraikan tentang kedatangan Islam.
2.1 Faktor-faktor kemasukan Islam Ke Filipina
1
 
Dari statistik demografi pada tahun 1977, Masyarakat Filipina berjumlah 44. 300.000 jiwa. Sedangkan jumlahmasyarakat Muslim 2.348.000 jiwa. Dengan peratus 5,3% dengan unsur dominan komuniti Mindanao danMogondinao. Dr. Hamid A. 1985. Rabie,
 Islam Sebagai Kekuatan International 
, CV. Rosda Bandung.
1
 
Kemasukan Islam di Filipina disebabkan oleh keadaan sosio-budaya wilayah tersebut sebelumkedatangan Islam. Filipina merupakan sebuah negara kepulauan yang terdiri daripada 7107 pulaudengan pelbagai suku. Ia merupakan gugusan pulau-pulau yang luasnya lebih kurang 115,600 batu persegi. Sungguhpun begitu, lebih kurang 800 buah saja yang didiami orang. Pulau utamaialah Luzon dan Mindanoa. Filipina merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik.Sebelum kedatangan Islam, Filipina adalah sebuah wilayah yang dikuasai oleh kerajaan-kerajaankecil. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Filipina menganuti anismisme. Namun, selepasIslam masuk, mereka dapat menerima ajaran Islam dengan sebaiknya kerana Islam bolehmengakomodasi dengan tradisi asal mereka. Para ahli sejarah menemukan bukti abad ke-16 danabad ke-17 dari sumber-sumber Sepanyol tentang keyakinan agama penduduk Asia Tenggaratermasuk Luzon, yang merupakan sebahagian dari Filipina pada ketika itu, sebelum kedatanganIslam. Sumber-sumber tersebut memberikan penjelasan bahawa sistem kepercayaan agama yangsangat dominan ketika Islam datang pada abad ke-14 sarat dengan berbagai upacara pemujaanuntuk orang yang sudah meninggal.
2
 Hal ini jelas sekali bertentangan dengan ajaran Islam yangmenentang keras penyembahan berhala dan
 politeisme
. Namun, jelas sekali Islam dapatmemperlihatkan kepada mereka bahawa agama ini memiliki cara tersendiri yang menjaminarwah orang yang meninggal dunia berada dalam keadaan tenang, dan ternyata sekali merekadapat menerimanya.Selain itu, tidak dapat diragukan lagi bahawa skala perdagangan Asia Tenggara mulaimelesat sangat pesat pada penghujung abad ke-14. Hasil dari perdagangan ini, kota-kota berkembang dengan kecepatan sangat mengalakkan termasuk sepanjang wilayah pesisikepulauan Filipina. Para pedagang dari berbagai negeri bertemu dan menyebabkan adanya pertukaran baik di bidang ilmu pengetahuan maupun agama. Di antara semua agama besar didunia, Islam barangkali yang paling serasi dengan dunia perdagangan. Al-Qur’an maupun Al-Hadits sebagai sumber tertinggi dalam agama Islam banyak memuji kepada pedagang yang dapatdipercaya. Hal ini mengakibatkan orang yang cenderung bergerak dalam dunia perniagaan pastiterpikat dengan ajaran Islam. Dari sini, Islam terus memperluas pengaruhnya secara kebudayaaniaitu melalui perkawinan antara etnik hingga akhirnya melalui sistem politik. Jalur yang terakhir ini (politik) terjadi ketika Islam telah dipeluk oleh para penguasa khususnya para raja. Melalui politik pula, seluruh masyarakat dapat diislamkan
2
Rujuk buku Cesar Adib Majul. 1988.
 Islam di Filipina
. Hlm. 106-110.
2
 
2.2Cara Kemasukan Islam di Filipina Melalui Wilayah-wilayahKepulauan2.2.1Kepulauan Sulu (1450-1915)
Seorang lagi pendakwah dari Palembang bernama Abu Bakar telah mendirikankesultanan Sulu dan meninggal dunia pada tahun 1840 M. Akan tetapi, spekulasi mengenaitarikh sebenar penyebaran Islam di Sulu sentiasa menjadi tanda tanya. Di percayai juga bahawaIslam datang ke Kepulauan Sulu sejak abad kesembilan lagi melalui perdagangan, tapi ia tidak menjadi faktor yang penting dalam sejarah Sulu sampai abad ketiga belas ketika orang yangmenyebarkan Islam (da’i) mulai pertama kali tinggal di Buansa (Jolo) dan kemudian ke daerah-daerah lain Kepulauan Sulu. Kedatangan Islam menurut Cesar Majul (1974: 5) membawa:“hukum baru, standar etik yang luhur, dan pandangan hidup baru.” Kerana itu Islam menjadidasar utama bagi menjamin pembangunan Kesultanan Sulu sekitar tahun 1450. Islam menjadisumber hukum dan institusi mereka yang memberikan orde dan bentuk masyarakat mereka.
3
Dengan Islam ia sudah boleh membezakan masyarakat mereka daripada masyarakat pribumiyang lain yang mendiami pulau-pulau di sekitarnya. Ia mengarahkan kesultanan Sulu ke suatu perkembangan yang terpisah dari Visayas dan Luzon contohnya. Ini menjadi lebih nampak ketikaSepanyol datang kemudian melakukan kolonialisasi di daerah Luzon, masyarakat di Sulu tidak terjejas. Institusi Kesultanan Sulu berakhir tahun 1915, bererti 500 tahun. Sejumlah sarjana percaya kesultanan sebagai suatu sistem yang terakhir .
4
Untuk membincangkan teori kedatanganIslam di Sulu, sumber yang terpenting ialah Salasilah Sulu atau Tarsilah Sulu. Kehadiran TuanMasya’ika merupakan tanda pertama kewujudan Islam di Kepulauan Sulu.
5
Ia membuktikankewujudan masyarakat Islam di Sulu dan kemungkinan petempatan ini didiami oleh pedagang- pedagang asing, yang sesetengah daripada mereka mengahwini anggota pemerintah dan malahan
3
 
 Ibid.
Hlm. 73.
4
Sila rujuk buku Saiful Muzani. 1993.
 Pembangunan dan Kebangkitan Islam di Asia Tenggara
. Jakarta: PenerbitPT Pustaka LP3ES. Hlm. 197.
5
Mengikut Salasilah Sulu, pada zaman Tuan Masya’ika belum terdapat penduduk yang beragama Islam.Kedatangan Tuan Masya’ika ini bukanlah sebagai pelopor kepada penyebaran agama Islam di Sulu kerana tokohulama yang bertanggungjawab dalam proses dakwah Islam di Sulu ialah Karim al-Makhdum atau Tuan Syarif Aulia yang tiba pada tahun 1380M. Beliau telah membina masjid di Buansa kerana mendapati sudah terdapatorang Islam di kawasan itu. Kewujudan orang Islam di Buansa dikatakan berasal dari keturunan Tuan Masya’ikayang berkahwin dengan anak Raja Sipad. Kedatangan Karim al-Makhdum ini telah mengukuhkan kedudukanIslam di Kawasan Kepulauan Sulu. Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001.
Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia
. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.143.
3

Activity (70)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Tatulrich Tatul liked this
Dita Eka Winanti liked this
Izzana Zana liked this
Sapina Ramli liked this
Andri Option liked this
Skinie Cut liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->