You are on page 1of 3

Kempson (1977:123) menjelaskan ketaksaan sebagai kegandaan makna dari suatu tanda bahasa.

Ketaksaan menimbulkan penafsiran ganda dan ketaksaan itu terjadi pada tanda-tanda bahasa yang mengandungi oposisi multilateral. Ketaksaan makna juga didefinisikan sebagai sepotong ayat yang dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu bergantung kepada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsure ketaksaan. Contoh: Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia. Ayat ini mengandungi unsure ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa (iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia. Dalam beberapa hal kadang-kadang kita menemui ayat yang bermakna lebih daripada satu yang umumnya disebut sebagai ayat yang taksa. Dari segi pemprosesan untuk pemahaman, ayat yang taksa memerlukan waktu yang lebih lama untuk diproses. Hal ini terjadi kerana pendengar meneka makna tertentu tetapi ternyata tekaannya itu salah sehingga dia harus memproses semula seluruh interpretasi. Ketaksaan terbahagi kepada dua jenis iaitu ketaksaan leksikal dan struktur. Ketaksaan leksikal hanya melibatkan kata-kata tertentu dalam sesebuah ayat. Hal ini berlaku apabila sesuatu kata mempunyai lebih daripada satu makna dan setiap makna menghasilkan pentafsiran yang berlainan untuk sesebuah ayat. Contohnya perkataan bunga dalam ayat di bawah: Di rumah Pak Abu ada jambangan-jambangan bunga yang sedang mekar. Apabila seseorang mendengar ayat di atas, ia terpaksa memilih salah satu daripada dua makna bagi perkataan bunga, sama ada bunga dalam maksud yang biasa atau bunga yang dikiaskan untuk anak-anak gadis Pak Abu. Ketaksaan struktur pula wujud apabila dua atau lebih struktur yang berlainan dihubungkan dengan satu urutan kata yang serupa.setiap struktur mempunyai makna yang berlainan daripada struktur yang lain. contohnya apabila kita membaca ayat bahasa Inggeris yang berikut, kita dihadapkan dengan beberapa pentafsiran yang berbeza.

Oswalds shooting is remembered. Ayat di atas dapat ditafsirkan sebagai mmepunyai tiga maksud yang berlainan. Pertama, Oswald telah menembak seseorang dan peristiwa itu diingat hingga sekarang. Kedua, seseorang telah menembak Oswald, dan peristiwa Oswald ditembak itu diingat hingga sekarang. Ketiga, Oswald telah memasuki peraduan menembak. Mata yang diperolehnya sungguh mengagumkan dan peristiwa tersebut diingat sehingga sekarang. Daripada contoh di atas, perkataan yang sama dan disusun dengan susunan yang sama dapat memberikan maksud yang berlainan.

RUJUKAN Hasan Alwi & Dendy Sugono (2002). Telaah Bahasa dan Sastra. Yayasan ADIKARYA IKAPI dan THE FORD FOUNDATION. Soenjono Dardjowidjojo (2005). Psikolinguistik: Memahami asas pemerolehan bahasa. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.. Zulkifley Hamid (2006). Aplikasi Psikolinguistik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd..

Melalui pengajaran yang telah dijalankan di dalam kelas, saya ingin menambah maksud ketaksaan makna selain daripada yang telah dijelaskan seperti di atas. Ketaksaan juga merujuk kepada kekaburan atau ketidakpastian makna dan ayat taksa ini sedapat mungkin dihindari kerana ayat ini tidak menyampaikan maksud yang lengkap kepada pendengar atau pembaca. Contohnya seperti yang telah dijelaskan oleh pensyarah semasa di dalam kelas ialah perkataan, Wanita vs Perempuan Ini menimbulkan ketaksaan atau kekaburan makna kerana kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama tetapi pada hakikatnya kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang berlainan. Antara contoh-contoh lain ialah seperti: Kolam vs Tasik

Habuk vs Debu

You might also like