Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
89Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
SIMPULAN BAHASA

SIMPULAN BAHASA

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 32,079|Likes:
Published by miss iera

More info:

Categories:Types, Research
Published by: miss iera on Apr 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

05/12/2013

pdf

text

original

 
1.0PENGENALAN
Mengikut Za’ba, peribahasa ialah susunan cakap yang pendek, yang telah melekat dimulut orang ramai sejak zaman-berzaman. Sebabnya demikian adalah kerana ungkapan-ungkapan ini sedap didengar serta dalam maknanya, digunakan oleh orang sebagai bandingan, teladan dan bahan pengajaran. Peribahasa merupakan sebahagian daripadakhazanah sastera orang Melayu, yang tergolong dalam sastera lisan. Keindahan dankebijaksanaannya terpakai sekian lama, sehingga sekarang kekal popular. Sebagaisebahagian daripada sastera raakyat, peribahasa tidak diketahui penciptanya, keranadalam masyarakat lampau individu tidak dipentingkan dan sesebuah karya menjadi hak milik kekal masyarakat itu sendiri. Mengikut Za’ba, penerbitan ungkapan sesuatu peribahasa adalah asalnya dari individu atau sekumpulan manusia. Bentuknya ringkas,tepat dengan maksud yang hendak dicapai dan mengandungi kebenaran, terbit daripada pengalaman sendiri atau yang telah diperhatikan berlaku pada orang lain. Kemudian,apabila bentuk itu digemari orang lain, mereka pula menggunakannya berulang-ulang dantersebar kepada orang lain. Akhirnya, ia menjadi terkenal dan diwarisi secara turun-temurun. Contoh peribahasa Melayu adalah seperti berikut:1.Bidalan2.Pepatah3.Perbilangan4.Perumpamaan5.Kiasan6.Kata Hikmat7.Simpulan BahasaTerdapat pihak yang mengklasifikasikan peribahasa seperti berikut:a) Peribahasa
 selapis
yang terdiri daripada
 pepatah, bidalan
dan
 perbilangan (pepatah).
 b) Peribahasa
berlapis
, iaitu
 perumpamaan
c)
 Lidah pendeta
1
 
Kajian saya adalah mengenai simpulan bahasa. Simpulan bahasa ialah ungkapanyang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan tersebut. Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat. Penggunaan simpulan bahasayang tepat amat digalakkan terutamanya dalam penulisan. Hal ini demikian keranasesuatu hasil penulisan yang memuatkan simpulan bahasa akan menjadi lebih menarik dan indah gaya bahasanya. Simpulan bahasa dapat digunakan untuk menggambarkan ciri-ciri, sikap atau tabiat seseorang. Simpulan bahasa adalah gabungan dua perkataan biasayang digunakan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu untuk menggambarkan sifat-sifat, tingkahlaku, situasi dan perangai spontan manusia dalam menjalani kehidupanharian mereka. Sejak dahulu lagi simpulan bahasa sangat penting dalam menyampaikanhasrat dan menyampaikan hajat di hati samada bermaksud baik atau tidak.Manakala menurut Kamus Dewan, simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiridaripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya. Misalnya,
kaki ayam
, yang bererti ”tidak  berkasut” dan
 panjang tangan
yang bererti suka mencuri’. Simpulan bahasa merupakanungkapan yang telah mantap dan mempunyai maksud yang khusus. Ia mempunyaimaksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-kata dalam ungkapan. Menurut Za'ba,terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan berdasarkan empat perkara iaitu:(a) Daripada perbandingan atau kiasan dengan
cerita yang masyhur 
.Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.(b) Daripada benda atau
kejadian yang berlaku di sekelilingnya
.Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.(c) Daripada
kepercayaan orang ramai 
Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya.2
 
(d) Daripada kebiasaan atau
resaman bahasa.
Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.
2.0KEGUNAAN
Penggunaan simpulan bahasa dalam sesuatu penulisan dan pengucapan adalah digalakkankerana ia mempunyai ciri-ciri keindahan dan memaparkan kehalusan santun kata orangMelayu. Simpulan bahasa digunakan bagi menggantikan sesuatu perkataan yang kasar, bertujuan untuk menegur tetapi dalam erti kata yang halus. Simpulan bahasa digunakanuntuk menyampaikan apa yang terbuku di hati kepada orang lain dengan bahasa yanglebih halus dan indah supaya tidak nampak kasar dan menghina orang lain. Denganmenggunakan perkataan-perkataan yang lain, maksud sebenar tidak hilang malah lebihmenampakkan kelembutan tutur kata orang-orang Melayu dahulu menyampaikan sesuatumaksud dengan perkataan yang lain. Orang boleh mengatakan sesuatu kepada orang lainsecara berterus-terang, tetapi menggunakan simpulan bahasa, pernyataan tersebutkelihatan tersembunyi tetapi orang tetap mengerti dan memahami. Dalam erti kata lain,dengan menggunakan simpulan bahasa, ia dapat menyampaikan hasrat atau hajat kepadaseseorang dengan bahasa yang lebih indah dan maksud yang disampaikan kelihatan lebih baik dan menyenangkan.Antara tujuan penggunaan simpulan bahasa ialah, ia sinonim yang memperkayagaya tulisan. Contohnya "anak tunggal" untuk menggantikan seorang anak, "iri hati"untuk dengki dan "berat tulang" untuk si malas. Dalam menghasilkan sesuatu penulisan.Penggunaan simpulan bahasa dapat menggantikan perkataan yang sudah biasa didengari.Contohnya, bagi memberikan gambaran mengenai seseorang yang malas, kita bolehmenggantikannya dengan berat tulang” agar ia lebih sedap didengar danmemperkayakan kosa kata dalam Bahasa Melayu.Selain itu, simpulan bahasa membungai gaya penulisan. Contoh: "bunting padi","cupak hanyut", dan "bunga bangsa". Kata-kata yang indah memberikan gambaran secarahalus mengenai kelakukan manusia yang tidak elok. Kita tidak terikat dengan perkataanyang sederhana bagi mengambarkan sesuatu. Ini bermakna, apabila menggunakansimpulan bahasa, gaya penulisan yang kreatif jelas tergambar dan menunjukkan bahawa3

Activity (89)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Michelle liked this
tt8181 liked this
Afira Mustafar liked this
Afira Mustafar liked this
Afira Mustafar liked this
AreNeefBai liked this
Apple Yap liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->