P. 1
SEPANYOL DI FILIPINA..

SEPANYOL DI FILIPINA..

Ratings: (0)|Views: 13,399|Likes:
Published by miss iera

More info:

Published by: miss iera on Apr 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/07/2013

pdf

text

original

 
1.0 Pengenalan
Fokus utama kehendak soalan adalah menganalisakan hubungan sosial-politik antara Sepanyol dan Filipina pada kurun ke-19. Menganalisa merujuk kepada sesuatu perkara yang perlu dihuraikan seperti keadaan, masalah, persoalanan untuk mengetahui pelbagai aspek secara terperinci.
1
Di sini kami lebih memberi penekanan tentang bagaimana sistem sosial masyarakat Filipina telah dipengaruhi dengan sistem yangdilaksanakan oleh Sepanyol. Seterusnya ia turut membentuk satu sistem politik yangtelah berasimilasi dengan pentadbiran penjajah dan tempatan iaitu sistem pentadbiranSepanyol dan Filipina. Struktur politik ini berubah akibat daripada sosial masyarakatnya.Fenomena ini berlaku apabila Sepanyol ingin menyebarkan agama Kristian di Filipina.Republik Filipina ialah sebuah gugusan pulau-pulau yang luasnya lebih kurang115,600 batu persegi.
2
Dalam abad ke-16 gugusan kepulauan ini telah mengalami perluasan kuasa politik dan perluasan kebudayaan Eropah di Asia Tenggara. Sepanyolmerupakan kuasa pertama yang menjalankan perluasan kuasa ini di Filipina, hal inikerana orang Sepanyol datang dari Timur melalui kedua-dua benua Amerika maka padamasa itu Filipinalah yang menjadi pintu masuk ke kawasan ini. Seterusnya jalan tersebutdiikuti oleh Amerika untuk menjajah Filipina. 
3
Di sinilah berlakunya perubahan dalamhubungan sosial-politik antara Sepanyol dan Filipina pada abad ke-19. Hubungan initerjadi kesan daripada penjajahan Sepanyol ke atas Filipina pada 1565 sehingga 1898,
1
Hajah Noresah bt. Baharom,
 Kamus Dewan Edisi Ketiga
, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor : 1970.
2
Sejarah pembukaan Filipina terjadi apabila Ferdinand Magellan mendarat di Filipina pada tahun 1521.Mula-mulanya dia mendarat di Pulau Samar dan kemudiaanya berlayar ke Cebu dan Mactan di mana diaterbunuh. Kemudian pada tahun 1542 Raja Charles V dari Sepanyol menghantar sebuah angkatan penjelajah di bawah Ruy Lopez de Vilalobos ke Filipina untuk mendapatkan perdagangan. Angkatannyatidak mendatangkan apa-apa hasil, lalu di beri nama Filipina sempena nama anak maharaja Charles V,Philip.
3
Onofre D. Corfuz,
The Phillippines
, Prentice-Hall, Inc Englewood Cliffs, New Jersey : 1965, hlm 4.
1
 
iaitu kira-kira 233 tahun. Nama Filipina diambil sebagai menghormati anak MaharajaCharles V yang bernama Philip yang bakal mewarisi takhta kerajaan Sepanyol.
4
Penjajahan Sepanyol di FilipinaPeta Negara Filipina
Proses penjajahan Sepanyol ke atas Filipina bermula sejak abad ke-16 lagi dan pada abad ke-17. Filipina merupakan sebuah negara Asia Tenggara yang jatidiri sosio- budayanya berbeza dari negara-negara keindiaan dan kecinaan di rantau Asia Tenggara.Hanya di selatan kepulauan Sulu sahaja yang masih mengekalkan sosio-budaya Islam,satu perkembangan yang Filipina berkongsi dengan dunia Nusantara sebelum kedatangan penjajah Sepanyol. Sebelum kedatangan Sepanyol ke Filipina ini, orang-orang dikepulauan ini mempunyai identiti tersendiri berbanding bangsa-bangsa lain di kawasan
4
D.G.E. Hall,
Sejarah Asia Tenggara,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor : 1981, hlm, 297.
2
 
Asia Tenggara yang lain. Hal ini kerana mereka tidak menerima sebarang bentuk agamasama ada agama Hindu atau Buddha, sebaliknya mereka bepegang teguh kepadakepercayaan animisme.Sejarah kedatangan Sepanyol di Filipina berdasarkan Persetiaan Saragossa yangditandatangani di antara Sepanyol dengan Portugal pada tahun 1529 iaitu menjadikangarisan tujuh belas darjah ke timur Pulau Maluku sebagai sempadan kawasan-kawasan pengaruh Sepanyol dengan Portugis. Penaklukan Filipina oleh Sepanyol dicapai tanpa pertumpahan darah. Salah satu sebabnya ialah Philip II tidak mahu pertumpahan darahyang berlaku dalam penaklukan Mexico dan Peru diulangi di Filipina, sebab yang lain pula ialah kecuali dalam kalangan orang Moro di Mindano tidak terdapat kuasa politik yang sebenar-benarnya. Satu badan politik yang ada hanyalah yang dipanggil
barangay
,tetapi ini adalah satu kumpulan keluarga yang terkecil sahaja. Oleh itu tentangan yangterdapat hanya berlaku pada satu tempat sahaja.
5
Ada tiga tujuan utama yang mendorong Sepanyol bagi menjajah Filipina iaitu, pertama untuk memperoleh bahagian dalam perdagangan rempah-rempahan denganmenyaingi Portugis, kedua untuk memperolehi pangkalan bagi kegiatan keagamaan dinegeri China dan Jepun dan yang ketiga untuk mengkristiankan orang-orang Filipina. Namun begitu hanya agenda yang ketiga sahaja yang berjaya dilaksanakan. Ini keranaagenda pertama iaitu untuk menguasai perdagangan rempah sudah dimonopoli olehBelanda di Kepulauan rempah. Manakala agenda kedua gagal kerana Jepun dan Chinasudah mempunyai pegangan agama yang kuat. Tujuan utama penjajahan Sepanyol diFilipina adalah untuk menyebarkan agama Kristian. Ini disahkan oleh surat wasiatterakhir Ratu Isabella (1474-1504) yang berbunyi:
5
D.G.E. Hall;
Sejarah Asia Tenggara
, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor : 1981, hlm, 296-297.
3

Activity (66)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nadia Hanif liked this
Datz New Wave liked this
Cik Bie liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->