You are on page 1of 18

PENDAHULUAN

Pembangunan sosial menjadi agenda utama dalam era globalisasi agar manusia dapat mengenali dirinya sebagai pemain dalam dunia sains dan teknologi. Sains dan teknologi itu, adalah satu alat sebagai pengantara manusia memahami ciri-ciri pembangunan tamadun sejajar dengan keadaan semasa.

Manakala ilmu agama merupakan satu disiplin tamadun untuk mengenali diri sebagai media dalam memurnikan kehidupan dan juga mendekatkan diri kepada zat yang Maha Pencipta.

Menepati kehendak fitrah manusia memperlihatkan bahawa tuntutan pembangunan dan kemajuan tamadun Islam adalah bertepatan dengan kehendak naluri manusia yang menitikberatkan spiritual, emosional dan moral berbanding fisikal dan material. Tamadun yang dibangunkan secara lahiriah dan menitikberatkan aspek material berbanding spiritual hanya dapat memenuhi tuntutan hawa nafsu dan tidak berlandaskan ilmu dan ilham.

Kewujudan globalisasi atau dunia tanpa sempadan menghalalkan kebebasan menyalurkan pembangunan sosial ala Barat sebagai satu agenda yang mengkufurkan kesucian beragama. Tidak dapat dinafikan bahawa globalisasi mempunyai manfaat kepada pembangunan ekonomi sejagat kerana mewujudkan unsur kerjasama, iaitu falsafah yang menggunakan konsep perkongsian pintar.

Sistem ekonomi global hari ini bukan lagi suatu rangkaian ringkas kesan sehala, tetapi suatu jaringan perhubungan respons yang kompleks. Perkongsian pintar adalah tentang perkonsian secara adil dan saksama.

1|Page

Walaubagaimanapun setiap yang baik itu tidak semuanya mempunyai manfaat kepada pembangunan manusia. Bagi satu pihak ia mempunyai agendanya yang berunsur positif namun di pihak lain pula ia dapat mengambil kesempatan untuk turut sama melakarkan satu senario pembangunan kehidupan yang amat negatif iaitu mengkufurkan kesucian beragama.

Dunia tanpa sempadan atau globalisasi yang diwujudkan oleh manusia sejagat sebenar mempunyai misi dalam melahirkan ukhuwah kemanusiaan. Walaubagaimanapun, oleh sebab pihak dalam perlaksanaan agenda tersebut terdiri daripada manusia sejagat yang mempunyai kepentingan diri masing-masing sesuai dengan pembangunan negaranya sendiri, maka amatlah penting kepada pihak-pihak lain di seluruh dunia, mempunyai disiplin diri untuk memahami faktor-faktor yang disediakan oleh budaya tersebut, ada kesuaian kepada pembaangunan manusia.

Kemajuan sains dan teknologi telah mengubah cara pembanguan moral yang ditetapkan oleh agama. Manusia telah menumpuka pemikirannya kepada keunggulam sains dan teknologi dan membelakangi ketakwaan kepada Allah S.W.T.. Misi pemikiran manusia tertumpu kepada tamadun yang menyediakan ilmu materialistik dan duniawi.

Semuanya bergantung kepada pendekatan mesin dan peralatan yang digunakan oleh manusia. Sebenarnya ia merupakan senjata bermata dua. Ia boleh digunakan untuk perkara yang baik dan juga dapat digunakan untuk perkara yang buruk. Kesan yang amat membahayakan daripada tamadun hari ini ialah terungkainya ikatan akhlak yang dibawa oleh agama.

2|Page

Agenda yang dibawa oleh budaya globalisai kebanyakkannya mempunyai ciri-ciri yang merosakkan pembangunan rohani atau dalam erti kata lain meruntuhkan pembangnan moral manusia mukmin. Dalam hal yang demikian menjadi tanggungjawab setiap insan untuk menjaga dan memelihara kepentingan bermoral yang akan membina masyarakat manusia yang berdisiplin dan berakhlak mulia yang wajar ada kepada makluk manusia.

Kata-kata pujangga: Ones mans meet is another mans poison yang bermaksud sesuatu perkara itu adalah keuntungan atau bermanfaat kepada satu pihak tetapi tidak semestinya bermanfaat kepada pihak lain. Kehadiran televisyen dalam era sains dan teknologi mendapat pengikhtirafan dan sanjungan daripada masyarakat remaja tetapi tidak dapat diterima oleh masyarakat mukmin kerana agenda dalam kehadiran tersebut membentuk manusia yang menganggap dunia adalah syurga bagi mereka.

Moral masyarakat remaja kini sudah di ambang kerosakan dan kemudaratan. Kemudahan internet telah mendidik para remaja sukar menerima hakikat kemanusiaan sebagai hamba Allah. Kemudahankemudahan tersebut memaparkan satu senario kehidupan yang menggairahkan manusia supaya melayani nafsu yang akan mengkufuri kehidupan sebagai umat Islam. Akibatnya telah meruntuhkan moral yang telah sedia ada dan mewarnainya dengan sifat berlawanan dengan kehendak Islam.

3|Page

PENGENALAN Globalisasi mempunyai pelbagai dimensi; ekonomi, budaya, teknologi, sosial, dan lain-lain. Dalam bidang ekonomi, misalnya; mekanismenya termasuklah Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia, Protokol Tariff Perdagangan Antarabangsa dan lain-lain. Antara agenda mereka yang lain adalah untuk memperluas sistem ekonomi yang berasaskan riba, seperti; Memungkinkan penguasaan sistem ini dalam sistem ekonomi nasional. Mengikat perekonomian negara mundur dengan mekanisme ekonomi negara kapitalis. Memastikan syarikat-syarikat besar tertentu menguasai arah alir ekonomi dalam negara berkenaan. Menenggelamkan negara-negara yang berpotensi menjadi lawan politik dengan beban hutang yang kian bertambahtambah sehingga ia tidak mampu lagi bersaing dengan negaranegara kaya. Dengan demikian negara tersebut mudah diarah dan menurut telunjuk negara berkuasa besar. Globalisasi budaya berperanan membentuk cara berfikir, tatakelakuan dan gaya hidup yang sejajar dengan cara hidup Barat. Pola hidup liberal dan bebas dianggap pola hidup yang paling bertamadun. Pola hidup ini hendak dipaksakan kepada negara-negara dan bangsa dunia ketiga.

4|Page

Melalui sidang dan rumusan konferens antarabangsa, mereka mahu mengharuskan perhubungan seks sebelum berumahtangga, menghalalkan pengguguran di samping memberi penghormatan kepada golongan mak nyah atau golongan homoseksual. Mereka mahu menghalalkan atau memudahkan perzinaan berlaku dalam masyarakat, merubah pengertian dan struktur keluarga sehingga merangkumi bentuk dan struktur yang diharamkan oleh syara. Melalui media, jentera pendidikan mereka mengelirukan masyarakat terhadap agama agar terbentuk kekeliruan dan membenci pengamal agama dan simbol-simbol agama. Dengan demikian, terbentuklah sikap dan budaya warga dunia yang bersifat anti agama dan sekular.

Globalisasi Politik pula adalah bentuk atau dimensi globalisasi yang bertujuan memaksa perlaksanaan sistem politik Barat kepada negaranegara lain. Walaupun demokrasi - dalam batas yang bersesuaian dengan tuntutan agama serta memenuhi kehendak rakyat memang diperlukan dan menjadi asas perjuangan namun itu tidak bermakna masyarakat akur kepada keseluruhan sistem liberal dan politik yang dijalankan di Barat. Kaedah hidup bermuafakat, syura dan sebagainya adalah kaedah warisan dan nilai peradaban Islam yang unggul tetap relevan dengan kehidupan manusia yang bertamadun masa kini. Usaha untuk menafikan sistem judiciary Islam atau tempatan yang baik adalah suatu bentuk penjajahan

5|Page

ISI KANDUNGAN

DEFINISI

1.1 Pengertian globalisasi mengikut Kamus Dewan

Globalisasi membawa maksud fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber.

1.2 Pengertian globalisasi mengikut Ilmuan Islam

Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat: "Adapun globalisasi, kami melihat - berdasarkan seruannya sehingga ke hari ini - ia adalah pemaksaan penguasaan politik, ekonomi, budaya dan sosial daripada Amerika Syarikat terhadap dunia, khususnya dunia timur dan dunia ketiga, bahkan secara lebih khusus, dunia Islam."

6|Page

Bolehlah disimpulkan di sini bahawa globalisasi merupakan salah satu daripada penjajahan baru yang lebih merbahaya dan licik daripada Amerika Syarikat untuk menguasasi dunia dalam segala aspek, sama ada ekonomi, sosial, budaya dan politik. Justeru, tidak hairanlah ada gerakan dari barat sendiri, secara khususnya di negara-negara Eropah yang menentang globalisasi. Beberapa sesi tunjuk perasaan telah mereka buat di bandar-bandar besar dunia untuk mengkritik globalisasi dan mengajak penduduk dunia menentangnya.

1.3 Pengertian globalisasi mengikut Ilmuan Barat

Cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yg lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi.

Globalisasi dalam erti literal adalah sebuah perubahan sosial, berupa bertambahnya keterkaitan di antara masyarakat dan elemen-elemennya yang terjadi akibat transkulturasi dan perkembangan teknologi dalam bidang transportasi dan komunikasi yang memfasilitasi pertukaran budaya dan ekonomi internasional. Istilah globalisasi dapat diterapkan dalam pelbagai konteks sosial, budaya, ekonomi dan sebagainya. Misalnya, globalisasi dapat diertikan sebagai:
7|Page

pembentukan desa global (global village) - yang bererti konteks yang lebih erat antara pelbagai pelosok dunia, meningkatnya interaksi personal, saling kerja sama dan persahabatan antara penduduk dunia. globalisasi ekonomi - meningkatnya perdagangan bebas dan meningkatnya hubungan antara pelaku ekonomi di pelbagai negara.

Dalam banyak hal, globalisasi mempunyai banyak karakteristik yang sama dengan internasionalisasi, dan istilah ini sering dipertukarkan. Sebahagian pihak sering menggunakan istilah globalisasi yang dikaitkan dengan berkurangnya peranan negara atau batas-batas negara. Orang-orang Perancis menggunakan perkataan "Mondialisation" dalam menerangkan globalisasi. Manakala orang-orang Amerika dan Inggeris pula menggunakan perkataan Inggeris "Globalization" yang mula-mula muncul di Amerika Syarikat. Ia membawa maksud mengumumkan sesuatu dan meluaskan kawasannya agar merangkumi semua.

8|Page

2 SEJARAH GLOBALISASI

Telah menjadi tabiat manusia, mereka berkeinginan untuk menguasai pihak yang lain. Keinginan untuk berkuasa ini bukan sahaja berbentuk peribadi, bahkan ia juga berbentuk kelompok. Dengan kata lain, keinginan tersebut dimiliki oleh sesuatu bangsa atau umat untuk menguasai bangsa dan umat yang lain. Memandangkan manusia telah dianugerahkan oleh Allah kemampuan untuk berfikir, maka pertelingkahan dan peperangan yang berlaku untuk memuaskan keinginan tersebut berlaku dalam pelbagai bentuk. Kalau dahulu mereka berperang dengan hanya menggunakan senjata kuno seperti pisau, pedang dan lembing, namun kini mereka menggunakan peralatan yang lebih canggih seperti senapang, bom dan sebagainya.

Dalam menerangkan perkara ini, seorang pengkaji berkata:

"Peperangan dan bentuk-bentuknya semakin maju dengan majunya akal manusia. Persenjataan juga semakin maju bermula dengan penggunaan besi dan api hingga berakhir dengan senjata nuklear di penghujung perang dunia yang disaksikan oleh umat manusia pada tahun 1945 yang menandakan munculnya kuasa baru dunia iaitu Amerika Syarikat"

Memandangkan peperangan sedemikian rupa memerlukan kepada modal yang tinggi dan meninggalkan kesan yang sangat negatif dari apsek harta dan moral, maka manusia berfikir cara baru dalam mencari kekuasaan. Berkaitan perkara ini, berkata Dr. Mustafa Abdul Ghani:

9|Page

"Sebelum sempat Kuasa Perikatan bersedia untuk keluar daripada Perang Dunia Kedua dengan kemenangan, Amerika Syarikat telah cuba memperkukuhkan peranan imperialisnya yang baru. Kita tahu bahawa Persidangan Bretton Woods yang berlangsung pada 1/7/1944 hingga 22/7/1944 adalah dianjurkan oleh Amerika. Dalam persidangan tersebut bermulalah kisah pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang digunakan oleh Amerika Syarikat untuk memperkuat cengkamannya terhadap negara-negara yang lain. Dalam persidangan itu juga, dua perjanjian telah berjaya dibentuk iaitu tabung wang dan bank dunia. Selepas itu, Perjanjian Am Mengenai Taarif Dan Perdagangan telah dibuat. Secara zahir pada awalnya, ia hanyalah sebagai badan sementara berkaitan perdagangan."

Justeru, di sinilah bermulanya sejarah globalisasi yang ada pada hari ini. Pertubuhan-pertubuhan dunia yang ditubuhkan tersebut akhirnya digunakan oleh kuasa-kuasa besar, secara khususnya Amerika Syarikat, untuk menguasai dunia keseluruhannya. Pengusaan Amerika ini semakin kukuh apabila GATT bertukar kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Ia tidak lain tidak bukan hanyalah dibuat untuk menjaga kepentingan negara perindustrian maju, khasnya Amerika Syarikat.

Begitu jugalah, globalisasi sebenarnya adalah sistem kapitalisme lama yang berwajah baru. Sejarah membuktikan, pada kurun ke 19, negaranegara kapitalis menunjukkan belangnya dengan menjajah negara-negara lain dan mengaut sebanyak mungkin hasil buminya, tanpa mengambil kira dimensi sosial ketika mereka menjajah. Dengan kata lain, mereka menzalimi rakyat negara yang mereka jajahi. Sebagai tindak balas daripada gejala ini, sistem sosialisme yang lebih mengambil kira dimensi sosial diterima oleh golongan yang dizalimi ini.

10 | P a g e

Kesannya, berlakulah sistem dua kuasa dunia atau dua kutub. Kutub pertama diwakili oleh Amerika Syarikat yang merupakan negara kapitalisme dan kedua diwakili oleh Kesatuan Soviet yang merupakan negara sosialisme. Justeru, berlakulah perang dingin di antara kedua-dua kutub tersebut sekitar kurun ke 20. Pada ketika itu, kapitalisme tidak mampu menunjukkan belangnya dan berselindung di belakang tabir dimensi sosial.

Namun, apabila Kesatuan Soviet runtuh sekitar tahun 90an, mereka tidak segan silu untuk menunjukkan wajah lamanya yang sebenar. Apa yang berlaku di Afghanistan dan Iraq membuktikan perkara ini. Inilah yang disebut sebagai globalisasi.

11 | P a g e

3 IMPAK-IMPAK GLOBALISASI TERHADAP UMAT ISLAM

Banyak pihak di dunia telah menilai baik buruknya globalisasi, terutamanya globalisasi ekonomi. Chandra Muzaffar telah menyenaraikan lapan kebaikan dan 13 keburukan globalisasi.

Menurut Chandra, globalisasi mendatangkan lebih banyak keburukan kepada umat manusia seluruh dunia daripada kebaikan. Antara lapan aspek positif globalisasi ialah :

peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara. peningkatan mobiliti sosial pengukuhan kelas menengah. Komunikasi yang jauh lebih mudah dan juga murah. peluang yang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa keperimanusiaan mereka terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh dunia. penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia. peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan melalui teknologi baru komunikasi dan maklumat penonjolan hak-hak asasi wanita. peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbegai-bagai kumpulan etnik, budaya agama berinteraksi.

12 | P a g e

Dari segi keburukan globalisasi pula, tiga belas perkara yang disenaraikan oleh Chandra ialah :

kualiti alam sekitar yang semakin merosot sebagai akibat terlalu mementingkan faktor keuntungan. Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi. Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara terutamanya negara-negara Selatan. Modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran seperti kilat sebagai akibat amalan baru yang menjadikan wang sendiri sebagai komoditi keuntungan. Pengangguran yang semakin memburuk dan jurang perbezaan pendapatan yang semakin melebar di negara-negara Utara sendiri. Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai-nilai kerohanian dan moral yang murni dan merendahkan martabat keinsanan manusia. Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya global yang homogen menerusi peranan yang dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media komunikasi global. Penyebaran budaya pop Amerika yang menyegarkan pancaindera dan mematikan roh. Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan. Pembanjiran maklumat yang tidak berguna. Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah memanipulasikan isuisu demokrasi dan hak-hak asasi manusia untuk mendominasikan politik dunia. Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung. Pengantarabangsaan penyakit.

13 | P a g e

3.1 Gangguan Sosial Kerosakan yang ditinggalkan oleh globalisasi bentuk ini amat besar dan mendalam dalam pelbagai kelompok masyarakat. Penaja globalisasi Yahudi inilah di balik penyebaran pemikiran mulhid dan falsafah sekular. Merka juga dalam pengasas dan pemaju kelab-kelab malam yang menyembah syaitan yang ada di dunia ini. Mereka penyangak di sebalik kejatuhan mata wang dan ekonomi serta kerja pemiskinan yang berencana terhadap bangsa dan negara-negara di dunia.

3.2 Sosio-Budaya Globalisasi budaya berperanan membentuk cara berfikir, tatakelakuan, dan gaya hidup yang sejajar dengan cara hidup Barat. Pola hidup liberal dan bebas dianggap pola yang paling bertamadun. Pola hidup ini hendak dipaksakan kepada negara-negara dan bangsa dunia ketiga. Melalui sidang dan rumusan koferentasi antarabangsa mereka mahu menghalalkan atau memudahkan perzinaan berlaku dalam masyarakat, merubah pengertian dan struktur keluarga sehingga merangkumi bentuk dan struktur yang diharamkan oleh syara.

3.3 Percaturan Politik Globalisasi politik adalah bentuk globalisasi yang bertujuan memaksa pelaksanaan sistem politik barat kepada negara-negara lain. Walaupun dalam atas yang bersesuaian dengan tuntutan agama serta kehendak rakyat memang diperlukan dan menjadi asas perjuangan namun itu tidak bermakna kita akur kepada keseluruhan sistem liberal dan politik yang dijalankan di barat.

14 | P a g e

3.4 Gugatan terhadap kesucian Islam Antara golongan yang paling jelas terpengaruh dengan aliran ini adalah puak Muktazilah yang memiliki gagasan pemikiran berteraskan keutamaan akal dan mensekunderkan teks-teks al-Quran dan al-Hadis. Ini ditambah pula dengan kepesatan ahli-ahli falsafah Islam yang mentafsirkan dalil-dalil agama mengikut pendekatan akal dan falsafah.

Selain itu, wujud aliran-aliran pemikiran teologi Islam yang jelas terpesong daripada akidah sebenar Islam seumpama golongan Khawarij, Murjiah, Jabariyah, Qadariyah dan Syiah.

3.5 Cengkaman Zionis Cengkaman ini bergerak untuk mengukuhkan kedudukan Yahudi. Dengan cara itu, mereka dapat memulas kendali dunia baik dalam aspek budaya mahupun ekonomi. Umpamanya melalui campur tangan langsung terhadap pasaran saham antarabangsa dan memiliki syarikat terbesar dunia seperti Rockefeller.

Sebenarnya beberapa fasal dalam Protocol of the Older Zionist menegaskan terang-terang tentang keperluan menzioniskan matawang dunia. Pasal 15 menegaskan Dollar wajib menjadi matawang dunia dalam masa 100 tahun akan datang. Memang tidak ada keraguan lagi bahawa Dollar adalah hasil ciptaan Yahudi walaupun pada zahirnya nampak seperti produk Amerika.

Pasal 20 pula menerangkan sesengguhnya melalui penguasaan kita terhadap kekayaan dunia melalui penguasaan saham-saham dan bon-bon akan memaksa kerajaan memohon pinjaman daripada kita.

15 | P a g e

KESIMPULAN Memang tidak dapat disangkal lagi, pengaruh globalisasi sangat besar dalam masyarakat dunia pada zaman ini. Ia merangkumi segala bentuk aspek seperti sosial, ekonomi, budaya dan politik.

Jika perkara ini terus berterusan, ini memungkinkan kesucian umat Islam akan tercemar dan tidak dihormati sebagaimana diketahui ianya adalah agama Allah S.W.T. yang wajib dipertahankan. Oleh yang demikian, langkah-langkah bagi mengatasi masalah globalisasi ini harus dijalankan agar tidak menular dalam kehidupan seharian masyarakat Islam sedunia. Antara langkahnya yang dicadangkan ialah seperti :

Mendalami ilmu-ilmu Islam Kajian-kajian lebih mendalam perlu diusahakan lagi bagi membuktikan kebenaran ajaran Islam. Ia bertujuan memperkukuhkan pandangan umat Islam terhadap Islam dan menarik bukan Islam memeluk atau membuatkan mereka berpandangan positif terhadap Islam. Abu Ala al-Mawdudi telah membincangkan aspek pengajaran Islam secara menarik dalam bukunya Towards Understanding Islam. Ajaran dapat difahami dan diyakini jika diketahui secara mendalam aspek-aspek yang berkaitan pertanggungjawabannya. Para ulama dan cendikiawan Islam atau bukan Islam digembelengkan. Sebagai contohnya, kajian saintifik yang dibuat terhadap pergerakan dalam solat menunjukkan ianya memberi kebaikan terhadap manusia yang melaksanakannya.

Mengelakkan Konfrontasi Umat Islam mestilah mengelakkan diri daripada ters berkonfrontasi dengan barat. Pada masa yang sama, kita mesti memperhebat usaha-usaha dakwah berkaitan hal dan dialog antara agama. Ini kerana dakwah sahajalah yang dapat mengembangkan Islam dan mnghalang globalisasi.
16 | P a g e

Mengawasi Media Luar Pihak kerajaan mestilah mengawasi limpahan maklumat dari luar agar globalisasi tidak menimbulkan ancaman terhadap kestabilan pegangan akidah umat Islam. Umat Islam sepatutnya mewujudkan agensi media Islam sendiri bertujuan menyelaras laporan dan maklumat. Sekarang umat Islam terpaksa menerima bahan berita yang disampaikan oleh orang-orang Yahudi yang sememangnya anti-Islam.

Menyemarakkan semangat Kekitaan Ibnu Khaldun dalam kitab agungnya Muqaddimah menekankan kepentingan semangat kekitaan sebagai prasyarat untuk bangun sebagai suatu bangsa yang kuat dan berpengaruh. Ujarnya : Kuasa raja dan kekuasaan sesebuah dinasti secara meluas hanya boleh ditegakkan melalui usahasesuatu kumpulan dan perasaan kekitaan. Akibat badai globalisasi yang melanda dunia pada hari ini, dunia Islam menderitai perpecahan yang parah.Semangat kekitaan yang berdasarkan persaudaraan Islam semakin lumpuh. Pertubuhan NegaraNegara Islam (OIC) yang antara tujuannya menyatukan umat, telah merosot peranannya sekadar tempat meluahkan perasaan. Demi menyelamatkan kesucian akidah dan syariat terutama dalam kalangan generasi muda yang akan mewarisi masa hadapan Islam, kita hendaklah beriman kukuh dengan al-Quran yang telah diturunkan Allah dan al-Sunnah sebagai dua sumber utama yang pasti dapat menyelamatkan kehidupan.

17 | P a g e

RUJUKAN

Globalisasi .Perkongsian Pintar dan Kerajaan. (2003). Utusan Publication Distributors Sdn. Bhd.. (Hashim Makaruddin)

Globalisasi di Malaysia. (2003). Utusan Publication Distributors Sdn. Bhd.. (Lukman Z. Mohamad, Azmi Abd. Manaf)

Globalisasi : Peranan Ekonomi dan Kewangan Islam.(1999). Institut Kefahaaman Islam Malaysia.. (Dr. Hakimi Ibrahim)

Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam.(2009). Pusat Penerbitan Universiti.. (Zulkifli Dahalan)

18 | P a g e

You might also like