Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Mengapa Al-Shafi’i Mewajibkan Zakat Pada Harta Anak Yatim

Mengapa Al-Shafi’i Mewajibkan Zakat Pada Harta Anak Yatim

Ratings: (0)|Views: 11 |Likes:
Published by darulkautsar
Adakah dikenakan zakat pada harta anak kecil atau anak yatim apabila cukup nisab dan tempoh setahunnya? Ulama berbeza pendapat berhubung perkara ini. Golongan majoriti ulama mewajibkan zakat pada harta kanak-kanak. Mereka ialah al-Shafi’i, Malik dan Ahmad. Namun Abu Hanifah mengatakan tidak dikenakan zakat padanya. Mengikut beliau, hanya dikenakan ‘ushur pada tanaman milik mereka. Imam al-Tirmidhi menukilkan khilaf yang berlaku di kalangan ulama berhubung dengan masalah ini
Adakah dikenakan zakat pada harta anak kecil atau anak yatim apabila cukup nisab dan tempoh setahunnya? Ulama berbeza pendapat berhubung perkara ini. Golongan majoriti ulama mewajibkan zakat pada harta kanak-kanak. Mereka ialah al-Shafi’i, Malik dan Ahmad. Namun Abu Hanifah mengatakan tidak dikenakan zakat padanya. Mengikut beliau, hanya dikenakan ‘ushur pada tanaman milik mereka. Imam al-Tirmidhi menukilkan khilaf yang berlaku di kalangan ulama berhubung dengan masalah ini

More info:

Categories:Types, Research
Published by: darulkautsar on May 16, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/14/2014

pdf

text

original

 
Muhammad Hanief Awang Yahaya,www.darulkautsar.net Adakah dikenakan zakat pada harta anak kecil atau anak yatim apabila cukup nisab dan tempohsetahunnya? Ulama berbeza pendapat berhubung perkara ini. Golongan majoriti ulamamewajibkan zakat pada harta kanak-kanak. Mereka ialah al-Shafi’i, Malik dan Ahmad. Namun Abu Hanifah mengatakan tidak dikenakan zakat padanya. Mengikut beliau, hanya dikenakan‘ushur pada tanaman milik mereka. Imam al-Tirmidhi menukilkan khilaf yang berlaku di kalanganulama berhubung dengan masalah ini. Kata beliau: 
 Ahli ilmu berselisih pendapat berhubung perkara ini, beberapa orang sahabat Nabi s.a.w berpendapat harta anak yatim itu dikenakan zakat, mereka ialah ‘Umar, ‘Ali, ‘A`ishah dan IbnuUmar, dan itulah pendapat Malik, Shafi’i, Ahmad dan Ishaq.
 Sementara segolongan ahli ilmu yang lain pula berpendapat: Tidak dikenakan zakat pada anakyatim, dan itulah pegangan Sufyan al-Thawri dan Abdullah Ibnu al-Mubarak dan Abu Hanifah. Hujah utama majoriti ulama yang terdiri daripada Malik, al-Shafi’i dan Ahmad ialah umum ayat al-Qur`an. Imam al-Shafi’i mengatakan bahawa ayat
: “Ambillah (sebahagian) dari harta merekamenjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) danmensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)” 
menjelaskan bahawa setiap pemilik harta, yangsempurna milik dan merdeka, maka padanya dikenakan zakat sama ada baligh, kanak-kanak,sihat atau ma’tuh (tidak cerdik). Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak dikenakan zakat pada hartayang kurang daripada 5 wasaq. Dengan ini ia menunjukkan kepada kita jika harta itu kepunyaanseorang muslim yang merdeka maka wajib zakat pada harta itu sendiri bukan (melihat kepada)pemilik.
(al-Shafi Sharh Musnad al-Shafi’i, jil. 3, hal. 100)
Allah s.w.t. berfirman:
“Ambilah(sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau
 
membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)” 
(al-Tawbah: 103) Ayat ini ditujukan secara umum kepada semua orang yang memiliki harta. Demikian juga hadisal-Bukhari dan Muslim
“beritahulah kepada merekabahawa Allah telah memfardukan atas mereka zakat dari harta mereka”.
Dalil kedua: Daripada ‘Amar bin Shu’ayb daripada ayahnya daripada datuknya bahawa Rasulullah s.a.wberucap di hadapan para sahabat: “Ingatlah! Sesiapa yang menjaga anak yatim yang mempunyaiharta hendaklah dia memperniagakan harta itu dan jangan dibiarkan sampai dimakan olehzakat”.  Al-Baji berkata, ini merupakan keizinan supaya menyuburkan harta itu. Ini disebabkan penjagaanak yatim itu sama seperti ayah. Antara hukumnya ialah menyuburkannya dan menjadikannyamemperolehi hasil untuk anak yatim itu bukan untuk dirinya sendiri kerana pada waktu itu diatidak menjaganya untuk anak yatim tetapi untuk dirinya sendiri. Sesiapa yang mampu boleh diamengusahakan dengan memanfaatkan harta itu untuk anak yatim. Jika tidak hendaklah diamenyerahkan kepada seseorang yang boleh dipercayai untuk diusahakan dengan caramudarabah di mana keuntungan dibahagikan antaranya dan sekalian anak yatim. (al-MuntaqaSharh al-Muwatta`)Disebutkan makan kerana ia akan mengurangkannya atau menjadikannya habis. Ibn Malikberkata, ya’ni zakat akan diambil daripada hartanya dan ia menjadi kurang sedikit demi sedikit.Hadis ini menjadi dalil kepada ulama yang mewajibkan zakat pada harta kanak-kanak. Ketiga: Riwayat mursal oleh Imam al-Shafi’i daripada Yusuf bin Mahak:
:
 
 
 Carilah (keuntungan dengan perniagaan) pada harta anak yatim atau harta anak-anak yatim janganlah sampai ia habis dimakan zakat. Keempat: Dari segi qiyas, zakat itu terikat dengan sebabnya, ia berkait dengan harta itu sendiri.Walaupun ia berkaitan dengan dhimmah, diri yang memiliki harta, namun sebab harta itu lebihkuat. Zakat ini bukan sahaja ibadat tetapi berkait dengan hak maliy, ia berbeza dengansembahyang dan puasa kerana kedua-duanya ibadat yang tulen, tidak berkait dengan harta. Ibn Qudamah berkata: Zakat diwajibkan pada harta anak kecil kerana terhimpun tiga sharat:merdeka, Islam dan sempurna milik. 
Khilaf 
 Abu Hanifah, Sufyan al-Thawri dan Abdullah Ibnu al-Mubarak berpendapat bahawa tidakdikenakan zakat pada harta anak yatim. Hujah mereka ialah penyucian yang tersebut dalam ayat merujuk kepada dosa dan kanak-kanaktidak perlu kepada penyucian itu. Mereka berdalilkan “hadis diangkat pena” yang diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa`i, Abu Dawud,ibn Majah, dan Ibn Hibban; 
,
 
,
 Perbincangan terhadap dalil mereka, (1) maksud penyucian bukan terbatas kepada dosa yangada pada mukallaf tetapi merangkumi pendidikan akhlak kanak-kanak, melatih mereka bersifatdengan sifat terpuji seperti dermawan dan tidak cinta kepada harta. (2) Hadis diangkat pena bermaksud diangkat pena dari ditulis dosa, ya’ni tidak diwajibkan atasdiri mereka, tetapi zakat itu wajib pada harta. Walaupun dari segi taklif belum sempurna namunkanak-kanak memikul juga tanggungjawab untuk membayar ganti rugi jika dia merosakkan hartaorang lain. Oleh itu diangkat pena tidak merangkumi hak kehartaan dan zakat itu sendiri hakkehartaan untuk faqir miskin. 

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->