You are on page 1of 22

BELANJAWAN

PERSOALAN ?
MENGAPA PERANCANGAN DAN KAWALAN ADALAH SUATU AGENDA YANG PENTING BAGI SESEBUAH OPERASI ??????

ANTARA SEBABNYA ADALAH..


Menjadi sebuah operasi yang cekap
Dapat memenuhi motif utama organisasi iaitu memperolehi keuntungan

OLEH YANG DEMIKIAN..


Keuntungan hanya di hasilkan melalui :

jualan barang yang di rancang


Kegiatan di kawal melalui perbezaan antara jumlah pendapatan dengan perbelanjaan sesuatu tempoh

DENGAN ITU WUJUDLAH..

BELANJAWAN
Suatu keperluan dalam perniagaan yang mesti di sediakan setiap tempoh kewangan

TAKRIF BELANJAWAN
Suatu alat yang di gunakan untuk merancang dan mengawal kegiatan perniagaan
Merupakan suatu proses perancangan berbentuk formal Menjadi satu alat yang dapat menolong sesebuah organisasi mencapai objektif

FUNGSI BELANJAWAN
1. BELANJAWAN PERANCANGAN SEBAGAI ALAT

pengurusan cuba melihat satu tempoh pada masa akan datang dan meramalkan apa yang akan berlaku serta menentukan matlamat yang hendak dicapai dan cara bagi mencapainya.

2. BELANJAWAN KAWALAN

SEBAGAI

ALAT

pencapaian sesuatu jabatan/unit dalam sesebuah syarikat dapat di ukur dan di bandingkan dengan tahap yang telah di tetapkan dalam belanjawan.

3.

BELANJAWAN PENYELARAS

SEBAGAI

ALAT

Penyelarasan bermaksud : Aktiviti yang dijalankan membolehkan objektif organisasi tercapai. Tidak ada jabatan/unit menjalankan aktiviti yang sama supaya tidak berlaku pertindanan dan membazirkan sumber. Tidak ada aktiviti yang dijalankan oleh manamana bahagian menghalang pencapaian objektif organisasi

4.

BELANJAWAN SEBAGAI PENDORONG

Matlamat yang ditetapkan boleh mendorong bahagian/kakitangan syarikat untuk mempertingkatkan usaha kepada tahap maksimum Kejayaan hanya akan tercapai sekiranya objektif yang dipilih dan disusun dengan baik dan mencabar.

KEPENTINGAN BELANJAWAN
Pengurus akan membuat perancangan perbelanjaan dan pendapatan untuk mencapai :
berapakah jumlah anggaran pengeluaran barang yang akan diproses? berapakah jumlah anggaran barang yang akan dijual? berapakah jumlah anggaran bahan mentah yang akan digunakan dalam proses pengeluaran barang itu? berapakah jumlah anggaran kos overhed syarikat?

Belanjawan memberi banyak kebaikan kepada perniagaan: Membolehkan seorang pengurus membuat perancangan awal terhadap apa jua keputusan yang akan di buat kemudian. Sebagai panduan membuat jangkaan atau anggaran Menolong pengurus menilai semula dasar dan matlamat syarikat dari semasa ke semasa. Konsep belanjawan akan membentuk sikap berjimat cermat dari segi kos bagi mencapai keberkesanan dan keuntungan.

PENYEDIAAN BELANJAWAN
Terdapat 4 (empat) aspek yang diambil kira semasa menyediakan belanjawan : PEMASAAN Belanjawan di sediakan sebelum bermulanya tahun belanjawan. Contoh : Syarikat Abu menyediakan belanjawan untuk tahun berakhir 31.12.2008 iaitu dari 1.1.2008 hingga 31.12.2008.

PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT

sebahagian besar kerja-kerja penyediaan belanjawan dilaksanakan oleh sekumpulan pegawai-pegawai dalam organisasi berkenaan.
kumpulan tersebut selalunya akan disertai oleh seorang akauntan atau lebih khusus akauntan pengurusan.

KAEDAH Terdapat beberapa cara dan organisasi boleh memilih salah satu cara : Sistem belanjawan prestasi program (PPBS) - Dalam sistem ini organisasi di pecahkan kepada pusat-pusat bertanggungjawab. - Setiap pusat akan merangka perancangan yang akan dilaksanakan dalam tempoh belanjawan. - Mereka akan mengemukakan anggaran perbelanjaan sesuatu program dan akan dikemukan kepada JawatanKuasa Belanjawan.

- Jawatankuasa Belanjawan akan menimbang semua program dari segi kesesuaian dengan objektif dan matlamat syarikat.

- Apabila diluluskan, tiap-tiap bahagian akan menjalankan aktiviti mengikut apa yang telah dirancang.

SISTEM BELANJAWAN SIFAR (ZBBS)

BERASASKAN

Setiap bahagian/unit TIDAK di peruntukkan sebarang sumber dana bagi sesuatu tempoh belanjawan. Setiap unit akan bertanggungjawab merangka aktiviti yang ingin di laksanakan dalam tempoh belanjawan dan menentukan dana yang di perlukan. mesti mengemukakan alasan munasabah mengapa patut di beri sumber kewangan.

SISTEM BELANJAWAN ITEM BARISAN Merupakan kaedah tradisi


Apa yang diperlukan untuk sesuatu tempoh belanjawan disenaraikan mengikut jenis. Jawatankuasa Belanjawan akan mempertimbangkan setiap item yang diminta berasaskan kuantiti dan harga dalam tahun semasa

JENIS PENYEDIAAN BELANJAWAN


1. BELANJAWAN JANGKA PENDEK Meliputi tempoh antara 3, 6 atau 12 bulan. Penetuan Tempoh belanjawan mestilah diselaraskan dengan tempoh perakaunan kewangan syarikat untuk memudahkan perbandingan antara jumlah sebenar kos dengan hasil yang diperolehi.

2. BELANJAWAN INDUK Satu bentuk belanjawan yang menyeluruh, formal dan bersistem yang dijadikan sebagai panduan dan petunjuk kepada perniagaan.

RUMUSAN
1. Belanjawan adalah satu penyata mengenai polisi untuk mencapai objektif yang ditetapkan. 2. Berfungsi sebagai alat perancang, kawalan, penyelaras dan pendorong. 3. Belanjawan bagi sesuatu tempoh disediakan sebelum mulanya tempoh belanjawan berkenan. 4. Pihak yang menyediakan adalah wakilwakil dari semua bahagian dalam organisasi.

5. Kumpulan tersebut disokong oleh akauntan pengurusan. 6. Organisasi akan memilih salah satu cara penyediaan belanjawan 7. Antara kaedah belanjawan : PPBS, ZBBS atau LIBS. 8. Keberkesanan sesuatu belanjawan sebagai alat pengurusan bergantung kepada sikap pengurusan dalam proses penyediaan dan penggunaanya.

You might also like