You are on page 1of 6

CARA MEMBALAS JASA GURU 1.

Menjaga tutur kata dan adab ketika berhadapan dengan guru guru merupakan lubuk akal lautan ilmu budi bahasa amalan terpuji - perlulah sentiasa bermuka manis sambil mengucapkan selamat sejahtera atau memberi salam ketika berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengirakeadaan - tidak membuat bising sehingga mengganggu guru menjalankan tugasnya di dalam kelas - memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang bertanya dan berbincang tentang pelajaran - perlu menjaga tatasusila, tidak meninggikan suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra 2. Berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah - sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah - berpakaian seragam dengan kemas dengan rambut bersisir rapi - memudahkan tugas guru untuk mengajar seterusnya mendidik pelajar agar berjaya dengan cemerlang - kerjasama erat antara guru dengan pelajar dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan pasti menjadi pemangkin kecemerlangan akademik serta sahsiah pelajar (bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat) - mematuhi disiplin mencerminkan penghormatan pelajar kepada guru 3. Prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru - mengingati dan menghargai jasa guru walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar - meraikan sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei - memberikan hadiah kepada guru yang mengajar kita sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan - hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas - jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru. 4. Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit - guru juga menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan seperti ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya - perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya - membawa buah tangan sebagai tanda kita bersimpati terhadap mereka - mengutip derma bagi meringankan beban yang mereka tanggung

- frasa guru, jasamu dikenang, budimu disanjung bukanlah sekadar omongan kosong kerana pengorbanan guru sentiasa dikenang oleh para pelajar. 5. Mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik kita - Mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah - mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya - mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dengan sempurna - jika mereka yang telah meninggal dunia, kita perlulah mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh --------------------------------------------------------------------------------------------------Guru ialah insan mulia yang mengajar dan mendidik kita tanpa mengira masa , tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat lilin yang membakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada pelajar. Tanpa usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang Lantaran itu, sewajarnya kita menghargai guru jasa dan pengorbanan para guru. Budi bahasa dan adab sopan amalan yang mulia. Pelajar yang menjaga tutur kata dan adab ketika berhadapan dengan guru merupakan antara cara kita menghargai jasa guru. Para pelajar perlulah sentiasa bermuka manis sambil mengucapkan selamat sejahtera atau memberi salam ketika berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan. Semasa di dalam kelas, pelajar yang menghormati guru tidak sesekali membuat bising sehingga mengganggu guru menjalankan tugasnya. Mereka sewajarnya memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang bertanya dan berbincang tentang pelajaran. Ketika mengadakan sesi perbincangan di kelas, pelajar perlu menjaga tata susila, tidak meninggikan suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra. Bukankah guru merupakan lubuk akal lautan ilmu? Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan amalan terpuji bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita. Selain itu, berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga cara menghargai jasa d guru. Antara ciri-ciri pelajar berdisiplin ialah mereka sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Selain itu, pelajar berpakaian seragam dengan kemas dengan rambut bersisir rapi. Amalan seumpama ini, memupuk disiplin pelajar untuk bersedia belajar seterusnya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jika disiplin terkawal sudah tentu memudahkan tugas guru untuk mengajar seterusnya mendidik pelajar agar berjaya dengan cemerlang.

Peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat,membuktikan kerjasama erat antara guru dan pelajar dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan pasti menjadi pemangkin kecemerlangan akademik serta sahsiah pelajar. Jelaslah, mematuhi disiplin mencerminkan penghormatan pelajar kepada guru. Di samping itu, pelajar perlu prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. Amalan mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan yang mulia. Para guru akan merasakan bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar lagi. Kita boleh menghargai jasa guru dengan meraikan sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei. Pada hari ini juga,kita boleh memberikan hadiah kepada guru yang mengajar kita sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan. Hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Barang yang murah akan menjadi tanda mata yang sangat berharga jika pemberian tersebut dengan hati penuh ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru. Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga cara kita menghargai jasa para guru. Sebagai manusia tentunya para guru menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Misalnya guru mungkin ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya. Sebagai murid, kita perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, kita perlulah membawa buah tangan sebagai tanda kita bersimpati terhadap mereka. Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam, kita perlu mengutip derma bagi meringankan beban yang mereka tanggung. Jelaslah bahawa frasa guru, jasamu dikenang, budimu disanjung bukanlah sekadar omongan kosong kerana pengorbanan guru sentiasa dikenang oleh para pelajar. Selain itu,kita juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik kita. Mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Kita perlulah mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dengan sempurna. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, kita perlulah mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang, manusia mati

meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa. Sudah terang lagi bersuluh, jasa dan pengorbanan seseorang guru itu sukar untuk dibalas walau dengan segunung intan. Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Justeru, marilah kita bersama-sama menghargai jasa guru agar ilmu yang kita perolehi daripadanya mendapat keberkatan daripada tuhan. Renungilah bait puisi di bawah. Guru, kau ibarat dian yang membakar diri melahirkan insan yang lestari tanpa mengira waktu dan hari segala ilmu dicurah dan diberi kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri. TEMA : PEMBENTUKAN DISIPLIN ANAK-ANAK SOALAN : PERANAN IBU BAPA AT: * Isu keruntuhan / kebejatan akhlak anak-anak semakin meruncing * disiplin diri yang tidak mantap kerana baru berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang * ibu bapa lebih dominan dalam usaha mendisiplinkan anak-anak * berkait rapat dengan hadis Nabi yang berbunyi anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang perlu mencorakkannya AA * ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam pembentukan disiplin anakanak ISI 1: AI Memberikan didikan agama dan ajaran moral yang teguh AH: * perlu menitikberatkan ajaran agama kepada anak-anak sejak kecil melentur buluh biarlah dari rebungnya

* merupakan elemen yang maslahat dalam memperkukuh keimanan anak-anak demi mengekang hati dan perasaan yang ingin melanggar tatasusila * anak-anak bijak dalam membezakan antara hak dengan batil / benar dengan salah/ batu dengan permata / intan dengan kaca * tidak mudah terpengaruh oleh anasir-anasir negatif yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan AC: * ibu bapa perlu menitikberatkan ajaran agama seperti tidak mengabaikan solat kerana solat itu dapat mencegah daripada kemungkaran AKI: Dengan didikan dan ajaran agama yang mantap, anak-anak dapat didisiplinkan dan dibentuk menjadimodal insan yang berketerampilan dan berwibawa. ISI 2: AI AH: Memberikan teguran yang membina

* menjadi suri teladan kepada anak-anak bagi mengelakkan mereka terjebak dalam kancah negative * mempamerkan disiplin yang tinggi ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi * anak-anak tidak akan melakukan perkara yang menyalahi peraturan atau undang-undang AC: * membuang sampah ke dalam tong sampah AKI: * menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri yang berjalan sengetdapat membantu dalam membentuk disiplin anak-anak ISI 4: AI melahirkan keluarga yang harmoni, aman dan bahagia AH: * Pakar motivasi, Dr. Hassan Ali kesejahteraan bermula dari rumah * menjadikan rumah seperti syurga yang dapat memberikan ketenangan dan kebahagiaan kepada anak-anak * konsep Rumahku Syurgaku perlu dititikberatkan oleh setiap keluarga * anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia akan sentiasa lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan yang boleh mencemarkan maruah ibu bapa mereka AC: * kajian 50 peratus kes salah laku remaja berpunca daripada keluarga yang porak peranda AKI: * Keiltizaman ibu bapa yang tinggi untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia mampu membentuk disiplin anak-anak yang jitu. ISI 5: AI : Menghukum anak-anak

* merupakan insan yang berpengaruh dalam kehidupan anak-anak * perlu lebih bijak dan berhemah ketika memberi teguran kepada anak-anak apabila mereka melakukan kesalahan supaya hati mereka tidak terguris - ibarat menarik rambut dalam tepung * anak-anak akan menjadi lembut hati dan akan lebih berdisiplin * Hadis Nabi berbunyi bahawa tiada pemberian yang lebih baik daripada ibu bapa kepada anak-anak melainkan peribadi yang teratur. AC: * menegur sikap anak-anak yang tidak menyiapkan tugasan sekolah dan kurang beradab dengan penuh kasih saying AKI * teguran insan yang banyak menabur bakti kepada anak-anak akan mendatangkan impak yang besar dalam proses mendisiplinkan anak-anak ISI 3: AI menjadi contoh teladan AH: * bertindak sebagai agen pertama dalam pembentukan disiplin anak-anak

AH: * ibu bapa pada zaman globalisasi ini berbeza dengan ibu bapa pada zaman dahulu dari segi memberikan kesedaran kepada anak-anak sejak kempen antirotan diperluas * anak-anak dahulu kerap dipukul / dirotan untuk menyedarkan mereka

* perspektif orang tua-tua setiap sebatan dan hukuman yang diterima dapat memberikan keinsafan kepada anak-anak yang melakukan kesalahan * kata orang tua-tua, sayang isteri ditinggal-tinggalkan, sayang anak ditangantangankan kerana tiada harimau yang membahamkan anaknya AC * merotan anak bukan tujuan mendera tetapi adalah untuk memberikan keinsafan kepada mereka jangan menyakiti tubuh badan mereka AKI: * Dengan pendisiplinan yang kukuh dan ketegasan yang bertempat, anak-anak akan berfikir dua kali sebelum melakukan kesalahan PENUTUP AR: * pembentukan disiplin anak-anak memerlukan komitmen yang jitu daripada ibu bapa * perlu menyedari hakikat bahawa masa depan anak ditentukan oleh disiplin diri yang tinggi * dapat mencapai kejayaan akademik dan kokurikulum yang cemerlang sekali gus dapat menjadi warganegara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. ACd: * ibu bapa perlu memikul tanggungjawab mereka dalam pembentukan disiplin anak-anak agar tidak menyesal pada kemudian hari sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya lantaran terjerumusnya anak-anak dalam kancah kebejatan sosial. AHrp: Kebobrokan sikap anak-anak mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam daging masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk menggapai impian Wawasan 2020.

Pembentukan disiplin diri anak-anak bermula di rumah bukannya di sekolah sebagai mana tanggapan sesetengah pihak. Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak mereka. Anak-anak diibaratkan seperti kain putih. Jika diwarnakan biru, maka birulah kain tersebut.jika diwarnakan merah, maka merahlah kain tersebut. Terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkanya. Hasil yang telah dicorakkan dapat dilihat setelah anak-anak menginjak ke alam remaja. Sejak dalam kandungan ibu, anak-anak telah mula mendapat didikan ibu bapanya.Setelah membuka mata melihat dunia, ibu bapalah orang pertama yang dilihatnya.Selama bertahun-tahun zaman kanak-kanak ibu bapalah yang bertanggung jawab membentuk akhlak dan disiplin anak-anak.Jelaslah bahawa pembentukan disiplin anak-anak bermula di rumah bukannya di sekolah. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam melakukan anjakan paradigm bagi membentuk disiplin anak-anak mereka. Ibu bapa sayogianya melengkapkan anak-anak dengan didikan agama yang sempurna. Roh agama yang disemai ke dalam diri anak-anak akan menerbitkan peribadi yang mulia.. Sebagai contohnya, membiasakan diri mereka dengan memberi salam dan menghormati orang tua. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud didiklah anak -anakmu mendirikan solat sedari umur tujuh tahun. Solat merupakan asas agama yang paling penting yang perlu diterapkan dalam diri anak-anak. Hal ini kerana solat merupakan tiang agama.Analoginya, sesebuah rumah tidak akan dapat didirikan tanpa tiang. Solat dapat mencegah daripada melakukan perbuatan mungkar. Anak-anak seharusnya dilatih menjaga solat sejak kecil agar mereka lebih mudah dibentuk untuk menjaga disiplin diri. Hal ini kerana, solat memerlukan disiplin diri yang tinggi dan istiqamah. Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal, Dr. H.M.Tuah Iskandar, seribu mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegelapan, namun cahaya keimanan dapat menyuluh ke jalan kebahgiaan. Oleh itu, didikan agama yang sempurna amat penting dalam pembentukan disiplin anak-anak. Selain itu, ibu bapa perlu menitipkan kasih sayang secukupnya tanpa membezabezakan antara anak-anak. Tidak boleh ibu bapa bersikap seperti enau dalam

belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Hal ini bagi mengelakkan timbul rasa iri hati antara anak-anak.Ibu bapa perlu bersikap adil sesama anak-anak agar tiada antara mereka berasa tersisih atai disisihkan. Sebagai contohnya, jika membeli keperluan di pasar raya, berlaku adil dengan membelikan baranagn yang sama dan bersesuaian kepada nak-anak. Sekiranya ingin memuji atau member teguran, hendaklah dengan adil agar tiada antara mereka berasa kecil hati dan rendah diri. Justeru kasih sayang ibu bapa seputih salju selembut sutera membentuk ikatan kekeluargan yang ampuh sekali gus memudahkan anak-anak mendengar nasihat.Jelaslah bahawa kasihan sayang ibu bapa dapat membentuk didiplin anak-anak. Jika dilihat dari perspektif yang berbeza, anak-anak juga tidak seharusnya terlalu dimanjakan.kemanjaan yang keterlaluan akan memusnahkan anakanak.Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu mengamalkan toleransi dan ketegasan dalam sesuatu situasi atau keadaan. Tamsilannya, sekiranya anakanak melakukan kesilapan atau kesalahan, berikanlah hukuman yang setimpal.Sebai-baiknya hukuman itu diiringi dengan tunjuk ajar dan nasihat agar anak-anak memahami mengapa mereka dihukum. Selain dapat menerima hukuman tersebut, anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan yang sama kerana mereka memahami bahawa perbuatan mereka itu sebenarnya salah. Mereka juga memahami bahawa hukuman itu merupakan keperihatian ibu bapa terhadap mereka.Oleh itu benarlah bahawa toleransi dan ketegasan akan membentuk disiplin diri anak-anak. Ibu bapa sayogianya perlu menyedari bahawa mereka menjadi suri teladan kepada anak-anak.Setiap tutur kata dan perilaku ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak. Sebagai contohnya, sekiranya berlaku perselisihan faham antara suami isteri, mereka perlu menyembunyikan dari anak-anak. Pertengkaran antara mereka tidak harus menjadi tontonan anak-anak.Hal ini akan dapat memembentuk anak-anak yang rasional, tolenrasi, dan bijaksana mengatasi sesuatu masalah. Selain itu, tunjukkanlah perilaku teladan yang baik di hadapan anak-anak. Sebagai contohnya, mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah. Sekiranya berada di tempat-tempat awam, mereka tidak membuang sampah merata-rata.Malahan ketika berada dalam kereta mereka tidak boleh membuang sampah melalui tingkap kereta. Oleh itu, anak-anak akan terbentuk peribadi mulia

melalui teladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. Sudah terang lagi bersuluh bahawa teladan yang ditiru oleh ibu bapa akan membentuk disiplin dalam diri anak-anak. Langkah terakhir ialah ibu bapa perlu mengambil berat tentang kehidupan sosial anak-anak. Tamsilannya, memantau dengan siapa anak-anak berkawan dan ke mana hala tuju mereka selepas keluar dari rumah. Hal ini bertujuan mengelakkan anak-anak terlibat dengan gejala sosial seperti merempit, merokok, dan pergaulan bebas yang semakin meruncing dewasa ini. Ibu bapa perlu melarang anak-anak mereka berkawan dengan mereka yang rosak akhlaknya. Masa berada di luar rumah bersama-sama rakan sebaya perlu dihadkan. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan disiplin mereka. Memetik kata-kata Alex Gordon, lampu alladin tidak akan menyala dengan sendiri, tetapi ia menyala sebaik Alladin menggosoknya. Hal ini memberi makna bahawa membentuk disiplin dalam diri anak-anak tidak berlaku dengan keajaiban. Ibu bapalah yang menentukan akhlak dan disiplin anak-anak mereka. Deduksinya, ibu bapa memberi impak yang besar dalam membentuk disiplin anak-anak. Mereka Mereka haruslah berkorban tenaga,masa,dan wang ringgit untuk melahirkan generasi yang berwawasan bagi memimpin negara pada masa akan datang.Memetik kata-kata Imam Ghazali, jika ingin melihat masa depan negara tersebut, lihatlah keadaan remajanya pada hari ini.Jelaslah bahawa anak-anak yang berdisiplin hasil didikan ibu bapanya akan meneruskan kelangsungan pembangunan negara. Anda akan menyertai pertandingan syarahan yang diadakan pada peringkat sekolah.Tajuk syarahan yang dipilih ialah Pembentukan Disiplin Anak -anak bermula dari Rumah. Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, delegasi kehakiman terhormat, penjaga masa yang patuh akan setiap detik waktunya,seterusnya hadirin-hadirat warga dewan berdedikasi sekalian, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.Tegaknya angsana di dalm rimba keran pautan akar yang utuh, tegaknya saya pada hari ini adalah untuk mengupas,menghuraikan dan menyajikan kepada semua mengenai rajah pembentukan disiplin anak-anak bermula dari rumah. Hadirin-hadirat warga budiman sekalian,

Frasa rumah sememangnya lazim dalam usaha membentuk jati diri dan integriti sesuatu bangsa yang khususnya terdiri daripada anak-anak yang juga merupakan belia negara yang bakal menggerakkan nadi pentadbiran negara suatu masa kelak.Masing-masing antara kita sudah terdedah dengan senario ini dan saya pasti ramai antara kita yang acapkali mendengar bahawa ibu bapa merupakan faktor dominan dalam pembentukan keperibadian anak-anak. Pertama,ibu bapa yang juga bertindak sebagai katalis yang terpenting perlulah menunjukkan teladan yang baik dan mulia kepada anak-anak mereka,itulah,saya menyeru penerimaan anda semua akan kata-kata seorang pujangga kita pada marcapada ini 'anak yang baik lahirnya daripada baka yang berkualiti'. Jika ibu bapa itu sendiri berani menerapkan budaya-budaya kamil terhadap anakanak,mungkin sekaligus mendorong jauh pelajar tersebut daripada menghampiri gejala yang melibatkan penerapan budaya kuning dan cara hidup yang terlalu bebas atau secara hedonisme tanpa mengira baik buruknya yang akhirnya dapat meruntuhkan dan mencacatkan disiplin pelajar tersebut.Tamsilnya, sekarang ini masalah melepak dalam kalangan remaja kian meniti dari bibir ke bibir setiap masyarakat di negara kita,maka apabila ibu bapa langsung tidak mengekang anak mereka daripada menghampiri gejala sakit tersebut, maka tidak menjadi sebarang masalah untuk turut serta menjerumuskan diri mereka ke dalam lembah kerugian sekaligus sedikit demi sedikit menghakis disiplin pelajar tersebut. Perspektif saya yang kedua pula,dalam usaha menongkah era pascamerdeka dan modenisasi serta abad liberalisasi kita yang terlampau sekarang ini, keteguhan iman seseorang pelajar tersebut itu mampu goyah dan tercabar, maka apbila kekangan ini disangkut pautkan dengan peranan mendalam oleh ibu bapa dan akibat tusukan kuat daripadan masalah ini, ibu bapa perlu memperkasakan lagi nilai keimanan dalam diri anak-anak dengan cara menghantar anak-anak ke kelas agama atau kelas bertunjangkan penerapan akhlak islamiah yang holistik. Sememangnya,apabila kita terjah dari satu sudut, peranan mendalam ibu bapa sudah memadai untuk mengiring pelajar tersebut bagi meningkatkan disiplin dalam diri mereka, tetapi jika diperhatikan daripada perspektif yang lain,penerapan daripada pengaruh lain juga amat diperlukan dan dimestikan bagi mencapai keteguhan iman dalam diri yang sememangnya mantap. Analoginya iaitu satu peristiwa hitam yang sudah sebati dalam diri masyarakat dan mengaburi mata banyak pihak serta sedikit sebanyak menghakis ketamadunan melayu,tidak lain tidak bukan kes pembuangan bayi yang semakin popular dan kian menular dalam diri pelajar yang bergelar belia sekarang ini. Bedasarkan statistik yang dikeluarkan kerajaan baru-baru ini, kes salah laku ini banyak datangnya daripada kurangnya keimanan dan kurang penerapan aspek agama bagi mengenal dosa pahala melakukan perkara terkutuk tersebut sehingga melahirkan kain-kain putih yang bersih yang tidak berdosa.

Hadirin yang saya hormati sekalian, Ibu bapa hendaklah menyuruh anak-anak mereka bersifat dengan sifat yang mulia dan murni iaitu sifat-sifat mahmudah. Mereka juga mesti melarang anak-anak dari melakukan perkara-perkara keji dan tidak elok iaitu sifat-sifat mazmumah. Oleh yang yang demikian, ibu bapa mestilah terlebih dahulu memiliki sifat-sifat mahmudah dan kemudian hendaklah diterapkan kepada anak-anak mereka. Setelah remaja, ajaran-ajaran agama Islam yang berkaitan dalam bidang syariah, aqidah dan akhlak perlu diajar secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat menghayatinya. Seterusnya perkara-perkara baik dan betul tersebut dapat diimplementasikan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dengan demikian mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyelewen, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul. Natijahnya, setelah diteliti hingga ke akar umbi, dapat saya simpulkan peranan orang rumah tersebut ditambah dengan prakarsa yang lain mampu untuk menjana dan membentuk anak-anak yang berdisiplin diibaratkan anak sebagai sebatang pohon yang utuh menggenggam tanah dirimbuni dedaunan hijau dan diwarnai buah lebat, tatkala dibaling batu maka dibalas dengan buah, sekian terima kasih.

You might also like