Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword or section
Like this
0Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Cari

Cari

Ratings: (0)|Views: 578|Likes:

More info:

Published by: Penerbitan Kaki Novel on May 17, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/17/2013

pdf

text

original

 
Cempaka Qistina
1
 A 
LUNAN
muzik yang terpasangkuat membingitkan telinga.Selang-seli terdengar suara DJberceloteh menghangatkan lagi suasana. Kerlipan lampudisko memancar mengikut rentak muzik yang rancakmelekakan manusia yang sedang ghairah menari. Ditambahpula dengan bisikan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkananak keturunan Adam. Berpelukan dan bersentuhan antaralelaki dan perempuan menjadi satu kebiasaan.Dania menari sepuasnya, tidak sedikit punmempedulikan orang di sekelilingnya. Seboleh mungkinmahu dihilangkan segala tekanan yang dirasainya. Tanpadisedari, ada mata yang begitu asyik memandang dirinya yangsedang leka menari.Tasya juga leka seperti rakannya, Dania. Tidaksedikit pun terbit rasa segan apabila ada mata yang rakusmemerhati tubuhnya yang hanya dibaluti baju dan
 skirt
yangsendat. Malah, timbul rasa bangga apabila dirinya menjadiperhatian.
Bab
1
 
Dia Yang Kucari
2
Tasya meleretkan senyuman menggodanya apabilasesekali matanya bertembung pandang dengan seorang lelakimuda yang dari tadi tersenyum ke arahnya. Dalam hati, Tasyaketawa penuh keangkuhan. Sangkanya, lelaki tersebut sudahtergoda dengan dirinya. Sayang sekali tidak diketahui olehTasya apa yang tersirat dalam fkiran anak muda tersebut.Penat menari, Dania mengajak Tasya berehatseketika. Ingin dibasahkan tekak yang sudah mulai kering.Tasya hanya menurut. Dia sekadar tersenyumapabila ada suara yang bersiul nakal ke arahnya. Diamahupun Dania, kedua-dua mereka mempunyai daya tarikan yang tersendiri.“Haiqal, kau nampak tak dua orang
 girl 
kat sana tu? Apa kata kita berkenalan dengan
diorang
nak?” Dani bersuarasambil tersengih-sengih. Matanya masih melekat pada duaorang gadis yang sedang leka meneguk minuman. Sengajadicucuk jarum kepada Haiqal agar lelaki itu turut teruja.Haiqal meleretkan senyumannya. Sememangnyadari tadi dia turut memerhatikan dua orang gadis tersebut.Nampaknya, Dani juga sama seperti dirinya. Sejak dari awallagi matanya telah melekat pada dua orang gadis tersebut.Paling menarik perhatian Haiqal ialah gadis seksi yang bajuberwarna merah darah tersarung di tubuhnya. Dari tadi lagigadis itu begitu lincah menari bersama rakannya.
 Happy
kau malam ni. Kejap lagi dapat
 girl 
baru lakau. Yang ke berapa dah ni?” kata Haiqal sambil ketawa.Matanya masih lagi tajam memerhatikan dua orang gadistersebut.Kata-kata Haiqal disambut dengan suara ketawaDani yang agak kuat.“Belum tentu lagi,
bro
. Kena usyar dulu. Mana
 
Cempaka Qistina
3
boleh main redah aje.” Dani tersengih-sengih. Minuman yangberada di tangannya diteguk lagi.“Dari tadi lagi aku tengok kau asyik duk
 
usyar
 girl 
 yang pakai baju merah tu. Ingatkan tadi aku yang nak sambardulu.” Semakin kuat Dani ketawa. Cuma suaranya agaktenggelam dek bunyi muzik yang terpasang.Haiqal tersengih. Tidak sangka perbuatannyadisedari oleh Dani.“Aku bukan apa,
girl 
yang pakai baju merah ni lainsikit. Aura dia semacam aje....” Haiqal meleretkan senyumansinisnya. Keningnya diangkat sebelah sambil matanya tepatmemandang gadis yang diperkatakan. Dalam kepalanya sudahmerangka helah untuk memikat gadis tersebut.“Hai... belum apa-apa lagi, takkan dah sangkut?”usik Dani nakal. Dari tadi lagi dia perasan mata Haiqal tidaklepas-lepas daripada memandang gadis tersebut. “Aku tengokkau macam dah syok gila dekat
 girl 
 yang pakai baju merahtu. Tak dapat
 girl 
 yang pakai baju merah tu, kawan dia punokey. Boleh tahanlah
 jugak
.” Sambung Dani lagi sambilmeleretkan senyumannya.
Well 
... kalau macam tu jom kita jalankan ‘tugas’sekarang. Takkan nak tercegat aje dekat sini. Kau pun macamdah tak sabar-sabar.” Haiqal gelak kuat. Baginya, sebelum ada yang sambar lebih baik mereka bertindak dahulu.Haiqal dan Dani bergerak meninggalkan tempat yang sedang mereka duduki. Dengan penuh yakin, merekamerapati dua orang gadis yang sedang rancak berbual itu.Mereka Sedikit pun tidak menyedari mereka sedang didekati.Dania dan Tasya yang sedang leka berbual, tiba-tibaditegur oleh satu suara garau.“Haiii...” tegur Dani sambil tersengih-sengih

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->