You are on page 1of 111

Arsha

Bab 1
What? Kau sihat ke tak ni, Afeef? Iffat membulatkan matanya memandang Afeef selepas tersedak dengan air tembikai laici kesukaannya itu. Wait, wait, is it khitbah? Kau mengkhitbah aku? Afeef buat muka pelik. Kening dinaikkan sebelah sebagai tanda tanya dan inginkan penjelasan lanjut daripada Iffat. Yalah khitbah. Kau khitbah aku. Maksud aku, kau lamar aku... jelas Iffat memandangkan Afeef buat muka seposennya. Oh...! Itu sahaja yang terluah dari bibir Afeef. Dia tersenyum. Buat-buat tidak mengerti dengan apa yang diperkatakan oleh Iffat. Sengaja membiarkan gadis di hadapannya itu lebih banyak bercakap. Oh aja? Hmmm keluh Iffat perlahan. Sempat matanya menikam tajam ke mata Afeef yang beriak selamba itu.

EB, kau kahwin ajalah dengan aku... nak tak?

Biar Aku Jadi Penunggu

Kau boleh tak jangan nak buat muka kau macam tu? Sakit hati aku tengok, tahu tak! marah Iffat dengan suara yang tertahan. Takut didengari penghuni kampus lain yang turut ada di kafe tersebut. Afeef ketawa kecil. Lucu melihat wajah Iffat yang merah menahan marah. Aku ajak kahwin pun kau sampai nak marah macam ni. Bukan aku ajak buat benda tak senonoh. Iffat ketap bibir. Geram dengan kata-kata yang terluah di bibir lelaki itu. Kau sebenarnya okey ke tak ni? Kau ni kalau bergurau kadang-kadang tak beragak. Semua benda kau nak buat gurau, kan? Takkanlah benda penting macam ni kau nak buat gurau? Banyak lagi benda lain yang boleh dibuat gurau, Feef lanjut Iffat dengan senyuman kelat bagi menutup rasa debar di hati. Matanya sengaja diliarkan ke sekitar kafe. Kau tengok muka aku macam orang buat kelakar ke? tanya Afeef dengan nada serius. Spontan mata Iffat terhala semula ke wajah Afeef. Ha ha. Tiba-tiba Iffat ketawa. Tak kelakarlah beb. Dia cuba menyembunyikan rasa getar di hatinya walaupun dia tahu Afeef memang serius menuturkannya tadi. Aku cakap betul-betul ni, Fat. Kau kahwin aja dengan aku, eh? Lagipun kau tak pernah couple dengan sesiapa lagi, kan? Dan aku pun tengah solo sekarang ni. Solo sama solo. Dah ngam la tu pujuk Afeef lagi. Oi, no istilah couple dalam kamus hidup aku, okey! Aku tak cari boyfriend, but future husband! tegas Iffat dengan jelingan tajam ke mata Afeef.

Arsha

Afeef tersenyum sinis mendengar kata-kata Iffat. Bukan dia tidak tahu fiil Iffat yang satu itu. Dia memang anti lelaki dan bukan semua lelaki boleh berkawan rapat dengannya melainkan kawan sekolah yang sudah lama dikenali seperti dirinya. Okey... okey. Dah baguslah tu prinsip hidup kau. Dan tak salah, kan kalau kau terima cadangan aku ni? Iffat mencebikkan bibirnya tanda kurang senang dengan kata-kata Afeef. Apa kata kita proceed aja kahwin lepas kau habis study ni. Macam mana? Bersungguh-sungguh kedengaran nada suara Afeef. Kenapa kau tiba-tiba ajak aku kahwin segala ni? Aku tak suka la beb. Dah la kau pakai terjah aja datang macam ni. Mendatar suara Iffat, tidak setegas tadi. Aku... errr aku... sebenarnya... ermmm.... Afeef menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa yang aku... aku... kau ni! gertak Iffat. Afeef tersenyum kelat. Aku bukan baru sehari kenal kau, Feef. Bukan ke kau suka perempuan yang cantik, putih gebu, kurus kering, putih melepak? Ni tiba-tiba ajak aku kahwin apa cerita pulak? Aku mana ada semua tu dan aku sedar aku siapa. Kurus kering tu aku bolehlah. Yang lain-lain tu aku takde. Ingat kita ni main kahwin-kahwin macam budak sekolah tadika ke? bebel Iffat berterusan. Huh, kalau dah dapat membebel dia ni... Joyah pun boleh letak jawatan! Iffat Hamani. Seorang yang bersederhana dalam segala hal, sentiasa menjaga batas-batas pergaulan walaupun perwatakannya sedikit kasar. Mempunyai warna kulit yang tidak seputih Tiz Zaqiyah. Tidak putih tidak gelap walaupun

Biar Aku Jadi Penunggu

ibunya Puan Hasmidah, putih melepak. Iffat lebih mengikut warna kulit abahnya, Encik Abdul Rahim. Errr... Fat, sebenarnya aku ada sebab. Aku dah tak heran dengan semua tu, Fat. Okey macam ni. Sebenarnya aku nak sambung belajar kat UK. Tapi, mama aku letak syarat. Errr... aku belum sempat Afeef menerangkan tujuan sebenarnya, Iffat terus menyampuk. Okey, maknanya, kau ajak aku kahwin sematamata sebab syarat mama kau dan untuk kepentingan kau sendiri! Macam tu? Lepas tu kau nak aku jadi apa? Kain buruk? Yang dah kau guna, lepas tu kau buang macam tu aja.... Macam tu ke Feef? bentak Iffat, geram. Murah sangat maruah aku pada kau, Feef. Patutlah kau beria-ia ajak aku kahwin. Lirih ayat yang dituturkan Iffat selepas mengetahui tujuan sebenar Afeef melamarnya. Afeef bungkam apabila mendengar sendu suara Iffat keluar dari dua ulas bibir yang comel itu. Ya, itulah satusatunya tarikan yang ada pada Iffat. Dia mempunyai bibir yang cantik terbentuk. Bukan... bukan macam tu. Kau dengarlah dulu apa yang aku nak cakap. Aku tak habis cakap lagi, kau dah menyampuk, bidas Afeef. Dia tahu, agak sukar untuk menerangkan duduk perkara yang sebenar. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan masa depan dan perasaan mereka berdua. Okey, macam ni. Sekarang ni kau pun takde siapasiapa, kan? Dan aku pun dah takde apa-apa hubungan dengan Damia. Aku tahu yang family kau pun tengah sibuk cari calon suami untuk kau, kan? Segaris senyuman yang menakutkan dihadiahkan kepada Iffat. Mana kau tahu semua ni? Iffat terkejut dengan penjelasan Afeef memandangkan hanya ahli keluarganya

Arsha

sahaja yang tahu akan perkara tersebut. Ops! Dan seorang lagi, Afia. Eh, teman-teman rapatnya yang dua orang itu juga tahu! Hu hu, ramai juga rupanya. Tapi bukan Afeef! Pasti. Aku tahu la. Mana aku dapat tahu, tu tak penting jawab Afeef bangga. Dengan cara itu sahaja dia dapat membuat Iffat setuju dengan rancangan gilanya. Iffat memandang geram. Kepalanya berdenyutdenyut memikirkan siapa yang membocorkan rahsia tersebut kepada si mulut laser di hadapan dia sekarang ini. Tekaannya hanya abah kerana lelaki yang bernama Muhammad Afeef Adwan ini lebih rapat dengan abah. Sampai hati, abah. Sedih hatinya semakin menggunung apabila Afeef sekali gus mengambil peluang itu untuk kepentingan dirinya sendiri. Iffat terus diam. Melihat Iffat yang diam, Afeef meneruskan katakatanya. Okey, okey.... Back to our topic. Sekarang ni kita fair, kan? Aku ada agenda aku, dan kau pun dapat faedahnya sekali, kan? Aku tolong kau, kau tolong aku. Iffat mengalihkan pandangannya dari merenung muka Afeef yang dia rasakan semakin memualkan hatinya. Sampai hati kau, Afeef... buat aku macam ni! Lagi satu hal. Aku sebenarnya lebih percaya dengan kau daripada aku kahwin dengan orang lain. At least, family aku dah kenal dengan kau. Family kau pun dah kenal dengan aku. Benda ni pun aku dah bincangkan dengan mama aku dan dia dah setuju. Kita nikah sebelum aku berangkat dan masa tu pun kau dah habis belajar, jelas Afeef tenang walaupun dia dapat rasakan sedikit getaran halus di hatinya apabila melihat wajah keruh gadis di hadapannya. Dia sendiri sebenarnya kesal akan syarat yang diberi oleh Hajah Zubaidah apabila dia perlu berkahwin sebelum

Biar Aku Jadi Penunggu

melanjutkan pelajarannya. Kerana mamanya tahu, itu memang yang dicita-citakannya sejak dahulu lagi. Aku sebenarnya kecewa dengan kau, Afeef. Jauh macam ni kau sanggup datang semata-mata nak cakap pasal hal ni. Kau melamar aku dalam keadaan macam ni. Kau tak rasa ke yang rancangan kau ni buat hati orang lain terluka? Kau ingat aku ni perempuan apa? Senang-senang aja kau buat macam ni. Kau ingat aku takde perasaan ke? Ini soal masa depan kita. Kau sedar tak semua tu? Aku nak tanya kau, apa tujuan sebenar perkahwinan? Kau nak aku terangkan ke apa maksud perkahwinan sebenarnya? Kalau tak tahu, sia-sia ajalah kita pergi kursus pra-perkahwinan dulu. Iffat mengingatkan Afeef kembali akan hal perkahwinan memandangkan mereka pernah bersama-sama menghadiri kursus pra-perkahwinan bersama sahabat baik mereka, Luqman dan Hayati yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Afeef tunduk tanpa kata mendengarkan kata-kata Iffat dan mengakui ada benarnya setiap yang diperkatakan. Tetapi Afeef tetap dengan pendiriannya. Kerana cita-cita, dia sanggup lakukan apa sahaja. Dia nekad. Aku pun macam perempuan lain jugak, Afeef. Aku nakkan yang terbaik dalam perkahwinan, sebab itu untuk masa depan aku. Aku nak juga seorang suami yang berkahwin dengan aku kerana cintanya pada aku dan dia terima aku seadanya. Bukan dengan tergesa-gesa macam ni, Afeef. Kau tak rasa ke semua ni salah? Kau.... Iffat kematian kata-kata kerana terlalu kesal dengan apa yang dilakukan oleh Afeef. Tambahan pula Affef kawan baiknya, yang memahaminya sejak dulu. Namun, pada ketika ini dengan keputusan yang dibuat ini, dia seakan-akan tidak mengenali Affef lagi.... Fat, aku rasa dengan cara ni aja yang boleh aku

Arsha

buat untuk sambung belajar. Aku dah takde calon lain lagi yang boleh tolong aku selain kau. Kau aja yang ada sekarang ni. Kalau aku ada calon lain, aku takkan cari kau sejauh ni, Fat. Cuma sekarang ni, problem kau pun boleh selesai pada masa yang sama, kan? Afeef cuba meyakinkan Iffat. Maklumlah, bakal peguam memang pandai bermain dengan kata-kata. Itu kelebihan Afeef sejak di bangku sekolah lagi yang cukup terkenal dengan gelaran pemidato terbaik. Iffat hanya memandang sepi gelas air tembikai laicinya yang telah kosong. Hanya tinggal tiga biji laici terkontang-kanting di dalamnya. Fat, aku dah fikir masak-masak semua ni. Dan aku rasa keputusan aku ni tepat. Aku janji, lepas habis aja study, aku balik, kita bincangkan semula benda ni. Kalau memang ditakdirkan kita hidup sebagai suami isteri, kita teruskan. Kalau tidak, kita berserah aja... ujar Afeef tenang. Namun dalam hati, terasa cukup getar kerana seberani itu dia menabur janji kepada sahabat baiknya selama ini. Tapi sebelum aku berangkat, aku nak kita hidup macam pasangan lain juga. Aku jalankan tanggungjawab aku, dan kau dengan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri. Aku janji, Fat. Aku masih tahu lagi hukum hakam agama, Fat. Aku masih tahu lagi dosa pahala. Bab nafkah batin, kalau kau belum bersedia, aku pun tak kisah. Cuma, buat masa ni, aku memang perlukan pernikahan ni. Lagi satu, aku tak nak family aku dan family kau syak yang kita kahwin bukan atas sebab cinta. Boleh, kan kau tolong aku, Fat? Please, Fat.... Panjang lebar Afeef cuba meyakinkan Iffat agar rancangannya berjaya. Iffat memandang Afeef dengan mata yang berkacakaca. Juga tidak bercahaya. Nanti aku bincang dengan mak dan abah aku dulu.

Biar Aku Jadi Penunggu

Fat, aku dah bincang semua ni dengan mak dan abah kau sebelum aku datang sini. Terpancar cahaya lega dan gembira di wajah Afeef apabila Iffat mula yakin dengan hujahnya. Segaris senyuman berlorek di bibirnya. Mak abah kau dah setuju. Iffat membalas senyuman Afeef. Kelat. Tetapi Afeef tahu maksudnya dan senyuman itu amat menakutkannya. Penuh makna tersirat. Terbaik rancangan kau, kan? Iffat tersenyum sinis. Dia terus berdiri untuk meninggalkan Afeef kerana berasakan dia tidak betah lagi berada di situ memandang Afeef yang semakin menjengkelkan hatinya. Sebelum tembok kesabarannya runtuh dan lahar amarahnya meletus, baiklah dia pergi. Dia takut apabila dia masih di situ, ada pula yang makan penampar sulungnya. Sesuatu yang tidak pernah dihadiahkan kepada teman baiknya ini. Ah, apakah mereka akan terus menjadi teman baik selepas ini? Iffat tidak pasti dan dia tidak mahu lagi memikirkannya. Semak. Iffat terus berlalu untuk pulang ke hostelnya dengan rasa hati yang bercampur baur, ditambah pula dengan kepalanya yang semakin berdenyut-denyut. Afeef pula hanya tenang melihat Iffat berlalu kerana dia tahu Iffat sedang marah. Keakraban mereka sebelum ini menjadikan dia tahu banyak perkara tentang sahabatnya itu. Apa yang disukai dan dibenci oleh temannya itu, juga hanya dengan melihat wajah Iffat yang mencuka sahaja sudah cukup buat dia faham. Tambah lagi perangai Iffat yang akan memintal-mintal hujung tudungnya apabila menahan rasa marah. Afeef tersenyum lagi apabila memikirkan perangai Iffat yang satu itu. Comel. Afeef berasa cukup yakin yang rancangannya mungkin berjaya. Takpe, Afeef. Sabarlah. Ada banyak masa lagi....

Arsha

Bab 2
EMAKIN laju Iffat mengayun langkah kaki. Tujuannya hanya satu, ingin menangis sepuaspuasnya apabila tiba di bilik nanti. Dia tidak menyangka itu tujuan Afeef datang sejauh itu untuk bertemu dengannya. Jangkaan awalnya tadi, tujuan Afeef datang berjumpa dengannya hanyalah kebetulan memandangkan adik perempuannya, Afia Alliyana turut sama belajar di situ. Sungguh tidak disangka kehadirannya malam ini penuh dengan agendanya yang tersendiri. Dia benar-benar kesal dengan apa yang telah diperkatakan oleh Afeef, salah seorang sahabat yang amat dipercayai selama ini. Bilik hostel yang dekat terasa amat jauh. Langkah yang deras diatur tadi terasa makin lemah seiring dengan rasa hati yang cukup kecewa. Air mata yang ditahan sejak berhadapan dengan Afeef tadi, mula mendesak keluar apabila terasa pandangannya sedikit kabur. Dia tidak mempedulikan penghuni hostel lain yang memandang pelik apabila berselisihan dengannya. Sampai sahaja di bilik, terus dihamburkan semua

Biar Aku Jadi Penunggu

kesedihan dan kekecewaan yang dialami. Mujur rakan sebiliknya tiada waktu itu. Mungkin Nurjannah ke bilik Natrah. Iffat menangis sepuas hatinya. Puas menangis, dengan mata yang sedikit bengkak, Iffat bingkas bangun ke bilik air untuk berwuduk kerana itulah rutinnya apabila dilanda kesedihan. Tiada tempat lain lagi untuk mengadu melainkan hanya kepada Yang Maha Esa. Dengan itu sahaja dia akan beroleh ketenangan. Tika asyik dia mengalun ayatayat suci, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Sekilas Iffat memandang telefon di atas meja dan melihat jam loceng di tepi mejanya. Sudah pukul dua belas tiga puluh minit malam. Siapa pula yang menelefonnya selewat ini? Apabila teringatkan Afeef, dia membatalkan niatnya untuk menjawab panggilan tersebut walaupun tidak melihat lagi nama pemanggilnya. Hatinya menjadi sebal apabila teringatkan hal yang berlaku tadi. Sekali lagi telefon bimbitnya menjerit meminta si tuan menjawab panggilan tersebut. Iffat menoleh lagi ke arah telefon bimbitnya, tetapi tiada tanda-tanda yang dia akan menjawab panggilan tersebut. Nada dering lagu For The Rest Of My Life nyanyian Maher Zain sepi sendiri. Iffat meneruskan pembacaannya tadi yang terganggu gara-gara deringan tersebut. Kali ini, sekali lagi Iffat tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi lagi menandakan SMS masuk pula. Sekali lagi jugalah Iffat hanya memandang sepi. Usai mengaji, Iffat bersiap untuk tidur kerana dirasakan sudah terlalu lewat dan sedikit penat kerana menangis untuk hal yang menyesakkan fikirannya. Tatkala itu jugalah terdengar bunyi pintu dikuak dari luar. Terjengul wajah Nurjannah yang comel persis Sharifah Amani. Fat, tadi aku nampak kau dekat kafe dengan sorang mamat. Mamat mana tu? Handsome semacam aja. Nak kata

10

Arsha

boyfriend kau, setahu aku bukan ke kau anti couple? Ke... kau couple senyap-senyap belakang kita orang? Hi hi... usik Nurjannah. Bukan dia tidak nampak apa yang berlaku di kafe tadi sebab dia juga turut berada di kafe bersama sahabatnya yang lain. Mereka nampak apa yang berlaku antara Iffat dan mamat handsome itu tadi. Sengaja ingin mengetahui apa yang berlaku sebenarnya dari bibir comel itu sendiri kerana dia tahu Iffat tidak dalam keadaan baik apabila perasan wajah itu sedikit sembap. Apa la kau ni, Jan. Macamlah kau baru kenal aku semalam. No couple-couple in my life, okay! Iffat menggoyangkan jari telunjuknya di hadapan muka Nurjannah. Segaris senyuman diberi kepada Nurjannah. Apa kau kata tadi? Mamat handsome? Handsome ke? Tak handsome pun aku tengok? Iffat cuba menafikan kebenaran yang dinyatakan oleh Nurjannah. Dia akui, Afeef sememangnya termasuk dalam kategori kacak. Kalau tidak, masakan semua pelajar junior di sekolahnya dulu begitu teruja apabila Afeef naik ke pentas. Dan bukannya dia tidak perasan semasa di kafe tadi, ada sahaja pelajar-pelajar perempuan tertoleh-toleh kepada mereka. Tidak mungkinlah memandang dirinya. Sudah tentulah Si Afeef yang dikata handsome oleh Nurjannah tadi. Yalah, dia sedar diri... antara mereka memang tidak langsung sepadan. Nak kata macam Aaron Aziz dengan Halimah Jongang memang melampaulah, kan! Tu mengutuk diri sendiri namanya tu.... Naik segan juga tadi apabila menjadi tumpuan. Semua sebab Afeef. Dia ketap bibir. Geram! Handsome, beb. Muka dah ala-ala pelakon Jepun aku tengok. Kening tebal yang mahal tu. Hi hi... usik Nurjannah lagi. Eh? Ya ke? Entah. Biasa aja aku tengok, balas

11

Biar Aku Jadi Penunggu

Iffat, tidak bernada kerana dia meluat membayangkan wajah Afeef yang sangat menyakitkan hati. Kau okey ke tak ni, Fat? Lain macam aja suara kau. Ke... itu bakal suami yang mak abah kau carikan untuk kau tu? Kalaulah yang itu, perghhh... aku setuju, Fat. Handsome gila dah. Nurjannah menghampiri Iffat yang duduk di birai katil. Sudah sampai miangnyalah tu! Getus Iffat dalam hati apabila melihat Nurjannah yang tersengih-sengih. Eh, macam kau pulak yang kena kahwin. Ke kau memang nak sangat kahwin ni? Aman dah lamar kau eh? usik Iffat galak apabila melihat senyuman mengusik Nurjannah tadi. Kalau dia dah lamar aku, memang habis study ni aku terus aja nikah dengan dia, beb. Itu kalaulah. Ha ha.... Ceria benar Nurjannah apabila bercakap tentang Aman, buah hatinya. Takde maknanya dia nak lamar aku dalam masa terdekat ni. Dia kata biarlah masing-masing stabil dulu, baru fikir soal kahwin. Ada jodoh tak ke mana, kan? Terangkatangkat kening Nurjannah apabila memperkatakan soal jodohnya dengan Aman, rakan sekampung Nurjannah dan masih juga belajar di universiti negeri bawah bayu sana. Satu perkara yang Iffat bangga dengan hubungan mereka berdua ini, walaupun jauh, bila sesekali bercuti semester, mereka hanya akan berjumpa di kampung sahaja. Itu pun ditemani adik-beradik lain. Kedua-dua keluarga mereka begitu menjaga batas-batas pergaulan. Kepercayaan antara satu sama lain adalah penting untuk memastikan suatu hubungan itu berjaya. Itulah kata-kata Nurjannah yang sangat diingatinya.

12

Arsha

Gatal betul kau ni, Jan. Aku bagitau perangai sebenar kau pada Aman, baru kau tahu. Terus dia reject kau. Hi hi... gurau Iffat. Eleh, bagitau la. Aman dah tahu aku macam mana. Sikit pun aku tak heran, terang Nurjannah bangga apabila sedikit pun ugutan Iffat tidak menakutkannya. Okey... okey.... Soalan aku pun kau belum jawab lagi, kau jangan nak tukar topik pulak. Siapa mamat handsome tadi tu? Dia nak apa dengan kau? soal Nurjannah, tidak puas hati bila Iffat cuba melepaskan diri dengan menukar topik perbualan. Hmmm... betul la yang kau kata tadi.... Tidak beriak wajah Iffat menuturkan ayat tersebut. Betul? Ayat mana satu yang betul? Boyfriend kau tu? Yang tu ke? Nurjannah memegang bahu Iffat dengan wajah yang teruja ingin tahu perihal yang sebenarnya. Erk! Bukanlah. Bakal suami aku. Sengaja dia menekan sedikit perkataan bakal di hadapan Nurjannah. Nurjannah buat muka pelik. Terasa yang Iffat tidak bergurau. Kau biar betul, beb? Kau kenal ke dia tu? Hmmm.... Balas Iffat malas. Dalam diam, Iffat menyetujui rancangan Afeef. Dia tahu bahawa dia sendiri tiada pilihan lain. Selepas solat tadi, hatinya sedikit tenang dan memikirkan semula apa yang telah diperkatakan oleh Afeef dan menimbangnya secara rasional dengan fikiran yang cukup waras. Dia juga memikirkan kebarangkalian lain seandainya dia menerima calon suami pilihan keluarganya. Perlukan pula adaptasi yang baru untuk mengenal hati budi masing-masing. Kalau dia menerima sahaja cadangan Afeef, kurang sedikit bebannya untuk menerima sebuah keluarga

13

Biar Aku Jadi Penunggu

baru kerana dia sendiri kenal baik ahli keluarga Afeef. Tambahan pula mereka telah lama kenal dan mengenali hati budi masing-masing. Cuma yang menjadi masalahnya sekarang ini adalah dia kena menerima Afeef sebagai imamnya kelak. Jika sebelum ini mereka hanya bersahabat baik, berkongsi suka dan duka... tetapi untuk kali ini, mereka akan terikat antara satu sama lain dan akan mempunyai tanggungjawab yang besar apabila bersama. Segala rahsia luar dan dalam sudah tidak menjadi rahsia di antara mereka. Hmmm.... Terkeluar keluhan berat dari bibir comel itu apabila memikirkan masalah tersebut. Cepat-cepat Iffat beristighfar dalam hati. Teringat pesan Rasulullah, baginda tidak menyukai umatnya mengeluh kerana diibaratkan tidak mensyukuri apa yang telah Allah beri kepadanya. Astaghfirullahalazim.... Oi Fat! Aku dari tadi tanya kau ni... boleh pulak kau termenung. Nurjannah menepuk sedikit paha Iffat apabila soalannya tadi tidak berjawab dan hanya keluhan yang dibalas oleh Iffat. Tepukan itu membuatkan Iffat tersedar daripada khayalan yang tadinya menerawang jauh entah ke mana. Dia tersenyum melihat Nurjannah sudah bercekak pinggang memandangnya. Jan, esok-esoklah aku cerita dengan kau. Aku mengantuk sangat ni. Esok aku ada kelas pagi. Aku janji, aku akan cerita dengan kau, okey? Please, Jan. Iffat melentokkan kepalanya di bahu Nurjannah tanda ingin memujuk memandangkan matanya semakin memberat dan menuntut untuk tidur. Nurjannah merupakan salah seorang sahabat karib yang dipercayai selain Hayati, teman waktu zaman sekolahnya. Apa sahaja yang berlaku dengan dirinya, pasti

14

Arsha

akan diceritakan kepada mereka berdua. Cuma, hal yang berkaitan dengan Afeef sahaja belum diceritakan. Tunggulah. Esok masih ada. Dia tersenyum sendiri apabila memikirkan sahabatnya itu.

15

Biar Aku Jadi Penunggu

Bab 3
ESIBUKAN menghadapi kuliah serta menangani tugasan yang menggunung membuatkan Nurjannah hampir terlupa akan janji Iffat beberapa malam lepas. Tambahan pula mereka kini berada di semester terakhir, maka ruang-ruang kemesraan hanya berputik pada hujung minggu sahaja. Pada hujung minggu barulah mereka berpeluang untuk berbual panjang. Iffat mengajak Nurjannah, Natrah dan Isha pergi berjoging pagi Sabtu itu kerana Natrah dan Isha juga teruja untuk mengetahui apa yang berlaku sebenarnya pada pertemuan Iffat dan mamat handsome seperti yang digelarkan oleh mereka bertiga. Pada hari yang dijanjikan, mereka bertiga telah bersiap lebih awal daripada Iffat kerana begitu teruja untuk mengetahui perihal si mamat handsome. Biasalah, polis pencen.... Selagi tak dapat maklumat yang dikehendaki, selagi itu mereka akan korek cerita sehingga terbongkar. Kalah wartawan CNN.

16

Arsha

Oi! Awalnya korang siap? Baru pukul enam empat puluh lima. Bukan ke kita janji pukul tujuh? Ni belum pukul tujuh lagi korang dah siap. Ke... aku tersalah tengok jam? Iffat memandang pelik muka rakan-rakannya yang awal-awal lagi sudah terpacak di hadapan pintu biliknya. Masing-masing hanya diam sambil membuat iklan ubat gigi. Kura-kura dalam perahu betullah kau ni, Fat... balas Nurjannah sambil tersenyum penuh makna. Dia sendiri lebih awal terjaga berbanding Iffat. Teruja lebih! Iffat mencebikkan bibirnya kerana dia tahu apa sebenarnya yang menuntut mereka bertiga bersemangat luar biasa pagi itu. Kalau tidak, jangan haraplah untuk bangun awal setiap kali cuti hujung minggu. Lagi-lagi Si Isha. Paling liat antara mereka bertiga. Agak lucu apabila melihat Isha yang memang gemar melawa ini memakai pengilat bibir sebelum berjoging. Hanya berjoging aje pun, bukannya nak ke kuliah. Iffat hanya menggeleng melihat perihal rakannya yang seorang itu. Yalah... yalah.... Jomlah gerak sekarang. Lepas joging nanti aku cerita, balas Iffat senada. Bercahaya wajah mereka bertiga mendengar kata-kata Iffat. Bagaikan baru dilamar jejaka kesayangan lagaknya. Uh! Perumpamaan yang jelas melampau! Selepas berlari beberapa pusingan di taman riadah yang disediakan di dalam kampus itu, mereka singgah di kafe untuk membasahkan tekak. Apatah lagi semuanya sudah bising mendesak Iffat untuk mula bercerita. Hu hu... pagipagi begini sudah dipaksa memegang peranan tok selampit. Iffat akur bahawa dia sangat beruntung kerana mempunyai rakan-rakan yang memahami dan sentiasa sedia bersamanya tidak kira dalam susah mahupun senang.

17

Biar Aku Jadi Penunggu

Assalamualaikum guys! May I join? Tika masing-masing sedang bekerjasama melontarkan idea untuk menangani masalah yang dihadapi berkaitan dengan mamat handsome itu, Rafaal, peminat setia Iffat Hamani sejak mereka mula-mula mendaftar masuk dan sama-sama sekuliah, menyapa. Waalaikumussalam... serentak. Duduklah Rafaal, jawab Isha. Teruja kerana dia sememangnya meminati Rafaal dalam diam, biarpun dia sedia mengetahui bahawa Rafaal menaruh perasaan terhadap Iffat. Tak salah, kan meminati seseorang dalam diam? Rasanya tak berdosa pun! Rafaal terus menarik kerusi di meja sebelah dan duduk di penjuru meja di antara Iffat dan Isha. Wah! Tersenyum simpul Si Isha bila Rafaal duduk berhampiran dengannya. Jantung serasa berhenti berdegup seketika. Terhidu aroma minyak wangi Hugo Boss milik lelaki itu yang tampil ringkas dengan baju-T putih bersih berkolar jenama Hush Puppies. Dipadankan pula dengan seluar hitam pendek melepasi lutut, menjadikan Isha serasa sukar hendak bernafas. Iffat yang sedari tadi hanya diam membisu, mengucap syukur dalam hati kerana kehadiran Rafaal ketika dia sudah habis bercerita perihal Afeef yang datang berjumpa dengannya pada beberapa malam yang lepas kepada tiga orang gadis di hadapannya itu. Ada hot story ke? Dari jauh I nampak bukan main serius lagi semua kata Rafaal, memandang ke setiap wajah ayu di hadapannya itu. Dari jauh lagi tadi dia ternampak sekumpulan gadis itu rancak berbual. jawab mereka hampir

18

Arsha

Takde apalah. Saja borak-borak kosong. Bukan senang kita orang nak berkumpul macam ni. Selalu duduk sama mesti buat discussion aja. Bosan jugak, kan. Hari ni hari cuti, otak pun cutilah. Tu yang pergi joging hari ni sahut Nurjannah yang perasan riak tidak selesa Iffat apabila Rafaal menyertai mereka. Tu yang I terkejut tu. Rasanya bukan ke you all susah nak pergi joging cuti-cuti macam ni? Ni mimpi apa malam tadi sampai semua turun pergi joging? usik Rafaal. Bukan dia tidak tahu sekumpulan gadis itu antara pelajar yang jarang dilihatnya bersenam di kawasan kampus. Helo Encik Rafaal. Tolong sikit eh! Bukan susah, tapi sibuk... celah Iffat tiba-tiba. Tidak setuju dengan tuduhan Rafaal. Dia biasa turun berjoging pada setiap hujung minggu walaupun tidak ditemani sahabat-sahabatnya itu. Cuma sejak di semester akhir ini sahaja dia jarang turun untuk berjoging. Kesibukan yang luar biasa semester ini sering membataskannya untuk melakukan aktiviti yang digemarinya ini. Helo, Cik Iffat. Bukan ke I sama kelas dengan you. Apa yang busynya? soal Rafaal kembali. Kembang hatinya bila Iffat mula membuka mulut melawan kata-katanya tadi. Jika tidak, mulut itu hanya tertutup rapat seperti menyimpan emas di dalamnya. Whatever la balas Iffat akhirnya. Malas bersoal jawab lebih panjang kerana tiada gunanya. Apa yang dia tahu, Rafaal tidak perlu tahu apa yang mereka bualkan sebentar tadi. Terasa tidak sabar pula untuk pulang ke hostel saat itu. Dia tahu Rafaal pasti akan menggiatnya lagi. Selepas berbual kosong sambil menghabiskan sekeping roti canai dengan rakan-rakannya termasuklah

19

Biar Aku Jadi Penunggu

tetamu yang tidak diundang tadi, Iffat mengambil keputusan untuk pulang ke bilik kerana berasa semakin kurang selesa dengan Rafaal. Lebih-lebih lagi apabila melihat panahan mata Rafaal yang cukup berlainan apabila pandangan mereka berlaga. Tambahan pula, masih ada lagi kerja lain yang perlu disiapkan. Draf projek tahun akhirnya perlu dihantar kepada Profesor Sabri pada hari Isnin ini sebelum projek tahun akhir itu siap sepenuhnya. Bukan dia seorang sahaja yang perlu siapkan draf tersebut, malah mereka semua juga. Tetapi disebabkan mereka tidak di bawah penyelia projek yang sama, maka masing-masing tidak perlu tergesa-gesa menyiapkan draf projek mereka sepertinya. Semua ini juga bergantung kepada penyelia masing-masing. Maaf ya, kawan-kawan. Aku rasa aku perlu beransur dululah. Draf projek aku tak siap lagi. Korang kalau nak stay, korang stay ajalah eh. Aku nak gerak dulu. Assalamualaikum. Tanpa berlengah lagi, Iffat terus bangun. Eh, dah nak balik ke? Tunggulah sekejap. Duduklah dulu, kita borak-borak lagi. Lagipun esok bukannya ada kelas, kan guys? pujuk Rafaal. Maaflah, Encik Rafaal... I ada kerja lainlah nak kena buat. Draf projek I tak siap lagi. You borak ajalah dengan kawan-kawan I ni. Sorry guys. Maybe next time aku join, okey? terang Iffat sambil tersenyum paksa ke arah temantemannya itu sambil memulakan langkah. Aku pun nak gerak jugaklah. Fat, tunggu aku. Kita balik sekali! laung Nurjannah apabila melihat Iffat semakin menjauh. Iffat memperlahankan langkahnya dan menoleh ke arah suara teman sebiliknya itu. Dia pun sebenarnya kurang

20

Arsha

selesa dengan keadaan badannya yang berpeluh selepas berjoging tadi. Eh, bila pulak kita balik sekali. Bukan ke kita pernah balik banyak kali? Sempat pula Iffat melawak. Nurjannah dihampirinya. menjeling Iffat yang semakin

Ala.. tak syoklah kalau semua nak balik. Aku pun nak baliklah. Jom Isha, kita balik sekali... ajak Natrah pula. Dia perasan yang Isha sudah buat muka kecewa kerana tidak dapat berlamaan dengan Rafaal. Huh, minah ni! Boleh tahan jugak gediknya. Dengan senyuman paksa, Isha menurut kata-kata Natrah. Rafaal, we all balik dulu ya. Next time kita boleh chit-chat lagi. Sorry eh pasal kawan-kawan I. Dia orang memang macam tu. Bye. Assalamualaikum. Isha cepat-cepat memohon diri apabila melihat rakan-rakannya yang lain telah jauh meninggalkannya. Waalaikumussalam. Rafaal tersenyum melihat telatah gadis-gadis itu. Dia akui, masing-masing mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Kalau Isha dengan muka alaala pan-Asia dan manja, Natrah dengan sifatnya yang peramah dan mudah mesra dengan orang lain menyebabkan ramai yang selesa dengannya. Nurjannah pula comel dengan muka ala-ala Sharifah Amaninya. Iffat yang diminati pula, lain daripada yang lain. Sungguhpun kulitnya tidak secerah yang lain-lain, tetapi tetap ada tarikannya yang tersendiri. Wajahnya yang sedikit berisi, memiliki bibir yang cantik terbentuk. Apatah lagi apabila bibir itu menggariskan senyuman. Cukup mahal untuk dilihat kerana bibir itu sukar untuk tersenyum jika

21

Biar Aku Jadi Penunggu

tidak pada tempatnya. Rafaal yakin, gadis yang bertubuh kecil molek itu mempunyai pesonanya yang tersendiri. Dan yang paling dia pasti, Iffat adalah seorang gadis yang pandai menjaga kehormatan diri. Gadis itu tersangat jarang dilihatnya bersama kaum lelaki menyebabkan Rafaal ingin mengenali gadis itu dengan lebih rapat lagi di samping kuranglah saingannya nanti. Padanya, sukar untuk mencari gadis seperti Iffat pada zaman sekarang.

SEPANJANG perjalanan balik ke hostel, mereka berempat hanya mendiamkan diri. Masing-masing melayan emosi sendiri. Tiba-tiba Iffat berhenti mengejut. Mujur mereka tidak berjalan terlalu rapat. Kalau tidak, memang ada yang terjelepoklah di situ kerana berlanggar antara satu sama lain. Iffat dipandang pelik oleh ketiga-tiga pasang mata di hadapannya. Fat, sejak bila dekat sini ada traffic light ni? seloroh Natrah apabila melihat Iffat tiba-tiba terpacak dengan bercekak pinggang di hadapannya ala-ala Mak Dara dalam filem Ibu Mertuaku. Traffic light apa ke bendanya. Aku nak cakap sikit dengan korang semua ni pasal hal yang aku cerita dekat kafe tadi. Aku nak korang janji takkan beritahu sesiapa pun. Kalau perkara ni orang lain tahu, antara kita berempatlah yang membocorkan rahsia. Kalau aku dapat tahu, siap korang. Iffat memberi amaran. Hesy! Apalah kau ni, Fat. Macamlah baru kenal kita orang semalam. Kita orang janji tak beritahu sesiapa pun... jawab Nurjannah. Yalah Fat, jawab Isha dan Natrah serentak.

22

Arsha

Termasuklah Rafaal. Aku tak nak dia pun tahu hal ni. Isha, aku tahulah kau suka dia... tapi kau jangan nak ringan-ringan mulut cerita hal ni. Kalau dia tanya pun, kau jawab aja kau tak tahu. Okey? tuju Iffat kepada Isha yang tersenyum simpul apabila nama Rafaal disebut. Ah, angau sungguh kawan aku sorang ni! Baru sebut nama aje pun, belum aku kata Rafaal syok kat dia lagi.... Langkah kembali diteruskan. Ketika melihat Nurjannah memegang telefonnya, Iffat tiba-tiba teringat sesuatu. Telefon! Dia beristighfar dalam hati. Dia terus mempercepatkan langkahnya kerana baru teringat akan mesej yang diterima daripada Afeef. Sejak peristiwa beberapa malam lalu hinggalah ke malam tadi, tidak jemu-jemu lelaki itu menghantar mesej. Hendak memujuklah katakan! Oi, Fat! Lajunya kau jalan. Kau kejar apa? laung Nurjannah yang tertinggal di belakang bersama Natrah dan Isha. Tanpa mempedulikan laungan temannya itu, Iffat meneruskan perjalanannya tanpa menoleh lagi. Sebenarnya, bukan jauh pun jarak antara kafe dan hostel mereka. Cuma pada pagi itu, masing-masing terlebih melayan perasaan dan langkah kaki pun sengaja dilambat-lambatkan ala-ala lenggang Mak Limah, menjadikan agak lama masa yang diambil untuk sampai ke bilik. Melangkah sahaja ke dalam bilik, telefon bimbit di atas meja belajar dicapai dan dia membaca semula semua mesej yang dihantar oleh Afeef sejak malam tersebut. Fat, maafkan aku. Bukan niat aku nak buat kau sedih. Tapi ini aja cara untuk aku capai cita-citaku. Harap kau faham.

23

Biar Aku Jadi Penunggu

Assalamualaikum. Fat, Im really sorry. Aku bagi masa untuk kau fikir, Fat. Take care, beb! Fat, maafkanlah aku. Aku hanya nak kita kerjasama. Hal-hal lain kita boleh bincang semula. Tu pun kalau kau setujulah dengan rancangan aku ni. Aku harap aku dapat jawapan yang tidak mengecewakan dari kau Setelah penat berfikir dan membuat solat istikharah beberapa malam kebelakangan ini, Iffat yakin akan keputusan yang bakal dibuat. Bersungguh-sungguh dia memohon petunjuk dari-Nya kerana keputusan ini melibatkan masa depannya dan dia amat berharap pilihannya tidak salah. Selepas menaip ringkas di papan kekunci telefon bimbitnya, dengan lafaz bismillah Iffat menekan butang send. Assalamualaikum. Aku setuju. Selang beberapa minit, telefon bimbitnya berbunyi tanda ada pesanan masuk. Iffat membaca dengan tenang. Kita jumpa petang ni. Pukul 5 kat kafe hostel kau. Thanks beb! :-) Iffat mencebikkan bibirnya membayangkan Afeef pastinya sedang terloncat-loncat bahagia apabila kemenangan berpihak kepada dirinya atas keputusan yang diterima.

24

Arsha

Tambahan pula, ada emoticon smile di hujung ayat Afeef tadi. Iffat membaca semula SMS yang dihantar oleh Afeef tadi. Dia mengerutkan dahi. Eh, petang ni? Macam tahu-tahu aja aku nak balas mesej dia hari ni. Wait! Dia ni tak balik rumah ke? Iffat berkata sedirian apabila memikirkan tentang Afeef. Bukan dia tidak tahu jarak antara Kuala Lumpur dan Kelantan. Paling awal pun tidak kurang enam jam perjalanan. Ah, apa ada hal sama ada Afeef balik rumah ataupun tidak. Sudah pasti Afeef mampu naik kapal terbang untuk sampai ke sini dengan sekelip mata. Fat! Aku beri salam pun kau tak dengar. Apalah yang kau bebelkan dari tadi tu? bebel Nurjannah apabila salamnya tidak disambut ketika dia masuk ke bilik itu. Iffat hanya menayang gigi apabila disindir oleh Nurjannah. Memang salahnya kerana terlalu melayan perasaan akan hal Afeef itu. Jan, petang ni Afeef nak datang sini. Kita orang nak discuss pasal rancangan tu, terang Iffat. Hmmm... baguslah tu, Fat. Lagi cepat lagi bagus kau selesaikan masalah kau ni. Sekarang ni pun kita dah semakin sibuk... dengan projek lagi.... Better settle awal hal ni sebab takut pulak terganggu study kau. Dah dekat hujung semester dah ni. Kau dah tanya parents kau belum? tanya Nurjannah. Hmmm... dah. Semalam abah aku telefon. Dia kata memang Afeef ada datang rumah. Yang paling aku tak sangka, bukan Afeef datang sorang. Tapi, mama dengan ayah dia datang sekali tanya hal aku. Dah kira macam merisik jugaklah. Benda tu yang buat aku lagi sakit hati dengan Afeef ni. Dia buat ikut kepala dia aja. Tak bincang langsung dengan

25

Biar Aku Jadi Penunggu

aku. Sedih aku, Jan. Matanya mula berkaca-kaca apabila mengenangkan nasib hidupnya selepas bernikah dengan Afeef nanti. Walaupun dia telah lama mengenali Afeef, tetapi dia masih kurang yakin dengan tujuan sebenar Afeef ingin mengahwininya. Bukannya tiada wanita lain di muka bumi ini. Itu satu perkara yang masih membuatkannya tertanyatanya. Sabarlah, Fat. Ada hikmah semuanya ni. Apa yang berlaku mesti ada sebab yang Allah dah janjikan. Cuma kita aja yang tak tahu. Berdoalah Fat, supaya benda ni semua mendatangkan kebaikan pada masa depan kau nanti. Nurjannah menenangkan Iffat yang kelihatan sugul apabila bercerita tentang masalah yang dihadapi. Betapa beratnya beban yang dipikul oleh sahabatnya yang seorang ini. Terima kasih, Jan. Sahut Iffat lantas memeluk Nurjannah.

26

Arsha

Bab 4
dengan senyuman di bibir.

ARI jauh Iffat sudah nampak kelibat Afeef yang melambailambaikan tangan kepadanya

Sukalah tu! bisik Iffat pada dirinya. Kelihatan juga seorang gadis di sebelah Afeef. Adik perempuannya, Afia Alliayana. Assalamualaikum. Pia pun ada sekali? sapa Iffat seraya menyambut huluran tangan Pia. Sempat lagi Iffat menjeling ke sekeliling kafe itu untuk memastikan tiada rakan-rakan sekuliah yang mengenalinya di situ. Waalaikumussalam... jawab dua beradik itu hampir serentak dengan riak ceria yang terpamer di wajah masing-masing. Iffat, aku pergi beli air dulu. Pia, nak air apa? tanya Afeef sebelum ke kaunter membeli air minuman. Dia tidak bertanya kepada Iffat kerana tahu air kegemaran gadis yang bakal menjadi isterinya itu.

27

Biar Aku Jadi Penunggu

Pia nak air teh O laicilah, abang! Manja lagak Afia menjawab pertanyaan satu-satunya abang yang dia miliki. Erk? Laici jugak! Afeef menggeleng kepala apabila adiknya juga turut meminati laici tetapi berkolaborasi dengan air teh pula. Pelik sungguh dia dengan dua gadis di hadapannya yang meminati buah laici. Iffat pun kadangkadang memilih air teh O bercampur laici. Tetapi tidak baginya yang lebih meminati minuman panas. Dan kalau air buah pun, biasanya jus oren yang menjadi pilihan. Sementara menunggu Afeef membeli minuman, Iffat sempat bertanya akan perihalnya dengan Afeef kepada Afia. Pia... Pia tahu hal kami? Tahu, kak. Last week Pia balik rumah, mama yang cerita kat Pia. Kenapa kak? tanya Pia semula. Hmmm... takde apalah. Akak ingat Pia tak tahu. Ermmm Pia tak kisah ke kalau akak jadi kakak ipar Pia? soal Iffat kepada gadis comel itu. Dia agak rapat dengan Afia semenjak gadis itu turut melangkah ke kampus yang sama dengannya itu. Disebabkan Iffat ada di situ juga, maka segala hal yang berkaitan dengan Afia, Iffat dahulu yang akan ambil tahu. Tambahan pula, Afia masih baru di kampus itu. Kenapa pulak nak kisah. Lagi Pia suka adalah. Lantas tangan Afia menggenggam erat tangan Iffat yang berada di atas meja. Ingin menyalurkan sedikit semangat barangkali kerana dia mengetahui masalah yang dihadapi oleh Iffat dan abangnya. Sedikit tenang perasaan Iffat apabila dia diterima baik oleh adik kesayangan Afeef yang seorang ini. Namun, dia teringat pula akan penerimaan kakak dan seorang lagi adik perempuan Afeef, Afia Afwan dan Afia Akma. Mama dan ayah Afeef tidak menjadi masalah kepadanya kerana memang Iffat

28

Arsha

kenal baik dengan mereka berdua itu. Malah sudah dianggap seperti ibu bapanya sendiri. Yang meresahkannya sekarang ini adalah penerimaan Kak Afwan dan Akma. Dia pernah berjumpa dengan kedua-duanya. Cuma, tidak serapat hubungan dia dengan Afia. Afia ini seorang yang manja, lebih-lebih lagi dengan Afeef. Kalau Afwan, dia pernah juga duduk berbual dengan kakak sulung Afeef itu. Tetapi adik bongsu Afeef yang bersekolah di asrama dan jarang dijumpainya itu sahaja yang tidak dapat dipastikan perihal penerimaan terhadap dirinya. Sedikit sebanyak, ia turut meresahkan hatinya. Kak Hamani, akak okey ke tak? Macam tak sihat aja Pia tengok ni? tegur Afia apabila Iffat mendiamkan diri. Termenung, lebih tepat lagi. Dia risau melihat bakal kakak iparnya yang seorang itu. Sedari tadi dahi Iffat asyik berkerut seakan-akan sedang memikirkan masalah negara sahaja lagaknya. Hamani? Ya, hanya Afia dan ahli keluarga Iffat sahaja yang gemar memanggilnya Hamani. Kata Afia, lebih lembut macam orangnya berbanding panggilan Fat yang digunakan oleh rakan-rakan yang mengenalinya. Eh, tak ada apa-apalah, Pia. Akak sihat aja ni. Pia pulak yang risau ni kenapa? Bakal kakak ipar Pia ni kuat lagi tahu! Dihadiahkan senyuman manis kepada Afia bagi mengelakkan Afia dapat mengesan riak resah di hatinya memikirkan masalah yang bakal dihadapi. Senyumlah kau, kak. Pia tahu akak tengah susah hati... bisik hati Afia apabila melihat senyuman manis Iffat yang kelihatan kurang ikhlas. Sememangnya Iffat seorang gadis yang sukar untuk menghadiahkan senyumannya. Sangat mahal walaupun senyuman itu satu sedekah.

29

Biar Aku Jadi Penunggu

Assalamualaikum. Hai! Rancak berbual? sapa Rafaal yang tiba-tiba mendekati. Mengucap panjang Iffat dalam hati melihat Rafaal yang tiba-tiba muncul, tidak tahu dari mana. Dia rasa serba salah apabila Rafaal dengan tanpa rasa bersalahnya duduk di kerusi kosong sebelah Iffat berhadapan dengan tempat duduk Afeef tadi. Ah, sudah! Mamat ni datang sini buat apa? Dari kejauhan dia nampak Afeef memandang ke arah mereka dengan pandangan yang menakutkan. Dia risau jika Rafaal mengetahui perkara yang ingin disembunyikannya. Dia tidak mahu lelaki itu mengetahuinya. Cukuplah rakanrakan yang rapat dengannya sahaja yang tahu. Waalaikumussalam. Abang Rafaal... jawab Afia mesra. Afia perasan riak wajah Iffat yang mula berubah. Sepantas itu juga dia melihat abangnya merenung tajam ke meja yang mereka duduki. Iffat pula sudah tersenyum kelat. Serba tak kena jadinya dengan kedatangan Rafaal yang tidak disangka itu. Risau dengan tanggapan Afeef apabila melihat Rafaal duduk bersama mereka. Iffat mengeluh perlahan. Kenapalah timetime macam ni kau datang, Raf. Iffat hanya membuang pandang ke sekitar kafe. Sesekali singgah ke tempat Afeef berdiri. Apabila mata mereka bertemu, cepat-cepat Iffat melarikan wajah. Dia faham akan maksud pandangan mata Afeef, ditambah pula dengan wajah yang mula menegang. Jarak mereka tidaklah jauh mana hingga dia dapat mengesan riak kurang senang di wajah itu dengan kedatangan Rafaal. Rafaal berbual mesra dengan Afia yang memang peramah itu. Hanya sesekali sahaja dia akan menyampuk walaupun dia sedar mata Rafaal sering sahaja memandang ke wajahnya.

30

Arsha

Iffat, tak sihat ke? Pucat aja muka tu? soal Rafaal membuatkan Iffat sedikit kalut. Errr I okey aje, jawab Iffat pendek dengan senyuman kelat. Belum sempat lagi Rafaal bertanya lanjut, Afeef sudah berdiri di hadapan mereka. Assalamualaikum, sapa Afeef sambil menghulurkan tangan kepada Rafaal yang ketika itu terkejut dengan kehadirannya. Rafaal yang termangu-mangu, segera menyambut huluran salam itu. Dalam kepalanya tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki ini di sisi Iffat. Ingin sekali dia mengetahui status hubungan mereka berdua tetapi tidak tahu ingin memulakan dari mana. Tidak menyangka lelaki yang dilihat bersama Iffat beberapa malam yang lepas, muncul lagi pada petang Sabtu itu. Errr Rafaal, ini Afeef... abang Afia, terang Iffat kepada Rafaal. Afeef, ini Rafaal coursemate aku, perkenal Iffat pula kepada Afeef yang jelas tegang wajahnya. Saya Afeef Adwan, bakal suami Iffat Hamani... jelas Afeef dan sengaja dia menekan sedikit perkataan bakal suami kepada Rafaal yang jelas terkejut apabila mendengar pengakuan Afeef. Iffat membulatkan matanya memandang Afeef apabila lelaki itu membuat pengakuan berani mati akan status mereka. Afia hanya melihat babak yang berlaku di hadapannya. Tidak mahu masuk campur apa jua masalah yang sedang menular antara Iffat dan abangnya.

31

Biar Aku Jadi Penunggu

Aku lagi nak sorok, dia lagi sewenang-wenangnya bocor rahsia. Cisss! Nanti kau, Afeef! Marah Iffat dalam hati. Oh! Saya Rafaal Haziq, kawan kuliah Iffat. Ringkas balas Rafaal. Tetapi dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu. Dia paksa diri untuk senyum memandang Iffat yang senyap memerhati. Tanpa membuang masa, dia meminta diri kerana berasa tidak selesa dengan keadaan yang dialaminya kini. Lebih-lebih lagi apabila melihat wajah Afeef yang kelat itu. Dia tahu lelaki itu sedang menahan marah. Kini sudah terlerailah persoalan yang sentiasa berlegar-legar di kepalanya sejak beberapa malam lalu. Dia tidak menyangka gadis yang diminati sejak semester pertama di kampus itu bakal menjadi isteri orang. Belum sempat dia memulakan langkah, terpaksa berundur pula. Apa lagi yang boleh dia lakukan selain reda dengan ketentuan Allah. Iffat Hamani memang bukan jodohnya. Takpelah, Rafaal Haziq. Bunga bukan sekuntum. Bukan jodoh kau... katanya kepada diri sendiri, sekadar untuk menenangkan hatinya yang kecewa dengan kebenaran yang baru diketahui. Iffat hanya mendiamkan diri, memandang sekitar kafe yang sedikit lengang itu daripada memandang wajah Afeef yang duduk berhadapan dengannya. Sakit hatinya dengan pengakuan Afeef tadi. Fat, kenapa kau diam aja ni? tanya Afeef memulakan bicara sambil memandang adiknya yang sibuk membelek telefon bimbitnya. Entah dengan siapa dia berbalas mesej, budak sorang ni. Yang sorang lagi ni pulak, tak nampak ke aku tercongok depan dia ni? Desis hatinya. Hmmm? balas Iffat ringkas kerana terkejut dengan teguran Afeef saat itu.

32

Arsha

Kau ni kenapa? Kan ke kita jumpa ni nak bincang masalah kita. Kau diam aja kenapa? Kan aku dah ada depan mata kau ni. Takkanlah kau teringat mamat tadi tu. Siapa namanya tadi? Raff... Rafaal? ejek Afeef kerana geram dengan Iffat yang hanya mendiamkan diri sedari tadi. Kau ni kalau cakap tak menyakitkan hati aku tak boleh ke? Masalah kita belum selesai, kau tak payahlah nak tambah pulak dengan masalah baru! marah Iffat kerana dituduh perkara yang bukan-bukan. Afia yang sedari tadi khusyuk berbalas mesej, terkejut dengan kata-kata Iffat yang sedikit keras terhadap abangnya. Padan muka abang! Hi hi... kan dah kena marah dengan Kak Hamani! Kutuknya dalam hati kerana masalah ini memang berpunca daripada abangnya sejak awal lagi. Relaxlah Fat. Aku gurau ajalah. Manalah tahu kalau betul. Kau ada apa-apa ke dengan Rafaal? Lain macam aja aku tengok cara dia pandang kau tadi. Dia suka kau, eh? Afeef memprovokasi kerana dia lebih senang melihat Iffat berkata-kata daripada menjadi patung yang diam membisu di hadapannya. Iffat menjeling tajam apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut si bakal suami itu. Haaa... tak baik jeling-jeling bakal suami macam tu, Fat. Berdosa... giat Afeef sambil menghadiahkan senyuman manisnya kepada Iffat. Afia yang sedari tadi jadi pemerhati, tergelak melihat gelagat kedua-dua insan di hadapannya kini. Iffat memandangnya geram. Sah adik-beradik... desis hati Iffat apabila dilihat Afeef mula ketawa bersama Afia. Tadi bukan main sentap lagi muka tu nampak aku dengan Rafaal, ni gelak pulak! Marahnya lagi dalam hati.

33

Biar Aku Jadi Penunggu

Dah, dah. Jangan nak gelak aja. Ada hal apa sebenarnya kau datang nak jumpa aku ni? Jawapan aku dah bagi, apa lagi nak cakap? Sukalah kau, kan? tegas Iffat tanpa sabar menghamburkan rasa tidak puas hatinya kepada Afeef. Afia yang tergelak tadi cepat sahaja mematikan tawanya apabila mendengar suara Iffat yang tegas itu. Langsung buru-buru dia mencelah. Abang, Kak Hamani, Pia balik hostel dululah. Macam ada perbincangan serius aja abang dengan kakak. Pia gerak dululah, eh? Terus dia bangun dan menyalami kedua-duanya. Sempat lagi dia mengusap belakang tubuh Iffat agar gadis itu bersabar. Iffat hanya tersenyum dengan perilaku Afia. Sungguh dia amat menyayangi gadis manja itu kerana dia sendiri tidak mempunyai adik-beradik perempuan yang lain. Sebelum Afia melangkah, abangnya sempat berpesan. Pia, kalau ada apa-apa hal... jangan lupa telefon abang. Tak pun cari aja Cik Iffat Hamani kusayang ni. Afeef tersengih selepas memberi pesan kepada adiknya itu. Membulat mata Iffat memandang Afeef. Geram apabila mendengar pesanan tersebut. Geram betul aku dengan mamat sorang ni. Kalau dah nikah nanti, entah apa pulak dia buat nak kenakan aku... gerutunya di dalam hati. Hish! Aku ni. Asyik nak mengumpat dia dalam hati aja. Menambah dosa kering betul! Astaghfirullahalazim Iffat beristighfar perlahan kerana menyesali apa yang dilakukan. Haaa... ni kenapa tiba-tiba beristighfar pulak ni? Mengumpat aku dalam hatilah tu teka Afeef, tepat terkena batang hidung Iffat yang sedang menahan marahnya. Afeef, kita serius boleh tak? kata Iffat, namun tidak setegas tadi.

34

Arsha

Haaa... macam tulah kalau bercakap dengan suami, gurau Afeef lagi. Ada yang tercekik gelas pulak ni nanti! marahnya lagi, semakin geram dengan perilaku Afeef. Kau jangan nak main-main boleh tak? Aku balik bilik nanti...! ugut Iffat kerana semakin bosan dengan lawak Afeef yang sedikit pun tidak mencuit hatinya. Serasa seakan tembok kesabarannya kian menipis menghadapi lelaki ini. Okey, okey. Aku serius ni. Aku sebenarnya nak bincang pasal perkara-perkara yang berkaitan dengan pernikahan kita... terang Afeef yang mula serius. Hmmm... memahami. balas Iffat pendek, tanda dia

Kalau pasal majlis, kau jangan risau. Memandangkan lagi dua bulan kau dah nak habis ni, semua hal aku yang uruskan. Sebab lepas aja kau habis nanti, dua minggu lepas tu aku dah kena fly, terang Afeef. Cepatnya? spontan Iffat membalas. Haah. Tu pasal aku sanggup datang sejauh ni untuk dapatkan persetujuan kau secepat mungkin supaya semuanya nanti dapat dirancang awal. Takdelah kelam-kabut nanti. Lagi satu, majlis kita nanti kita buat sekali aja. Maksud aku, kita buat kat dewan aja. Takde majlis kat rumah kau, dan takde majlis kat rumah aku. Kita buat sekali aja. Jimat masa, jimat belanja... terang Afeef dan Iffat hanya mengangguk faham. Iffat merasakan tiada gunanya majlis besar-besaran pun sebab dia sendiri tidak merasai kebahagiaannya. Tidak seperti pasangan lain yang berkahwin. Tapi, kenapa aku tengok muka dia ni excited lain macam? Oh, yalah. Mana tak excited. Cita-citanya hampir tercapai. Aku aja yang jadi

35

Biar Aku Jadi Penunggu

mangsa... bisiknya di dalam hati. Sedih? Tipulah kalau dia kata tak.... Fat, macam yang aku dah beritahu hari tu, aku nak kita hidup macam pasangan suami isteri lain. Kau jalankan tanggungjawab kau dan aku jalankan tanggungjawab aku sebelum aku berangkat. Kau faham, kan? Mama dan ayah aku tahu keadaan kita ni. Macam tu juga dengan mak abah kau. Aku dah beritahu perkara sebenar dengan orang tua kita dan diorang pun dapat terima. Cuma sekarang ni, terpulang kepada kita nak jalankan tanggungjawab masing-masing... kata Afeef panjang lebar. Iffat hanya diam mendengar dan sesekali dia menganggukkan kepalanya. Satu hal lagi. Aku tahu, mesti kau tertanya-tanya kenapa aku pilih kau dan kenapa tak perempuan lain untuk jadi wife aku, kan? tanya Afeef. Iffat hanya tersenyum kelat memandang ke wajah Afeef. Macam tahu-tahu aja apa yang berlegar dalam kepala aku ni... kata Iffat sendiri. Ermmm... sebenarnya aku lebih percaya dengan kau buat masa ni. Lagi pulak, kau dah kenal dengan family aku, kan? Mama aku pun bukan suka dengan pilihan yang aku ada sebelum ni. Katanya tak macam kau. Dia nak yang macam kau. Tu yang aku rasa kaulah calon yang terbaik walaupun aku langsung tak cintakan kau... terang Afeef lagi. Begitu berterus terang dan telus sehingga langsung tidak mengambil kira perasaan bakal isterinya yang mendengar. Egonya dia...! Iffat sedikit terusik dengan ayat yang terakhir yang dituturkan Afeef tu. Sebagai manusia yang juga punya hati dan jiwa, hatinya tetap terasa walaupun awalnya tadi dia rasa

36

Arsha

sangat terharu dengan mama Afeef yang amat menyanjungnya sehingga inginkan menantu juga persis dirinya. Bohonglah kalau dia kata dia tak apa-apa tatkala mendengar kata-kata selamba badak Afeef itu. Barangkali mama sukakan aku kerana layanan aku kepada keluarganya. Nak kata aku pandai masak, rasanya belum pernah aku masak makanan hantar ke rumah Afeef. Hmmm... apalah agaknya yang buatkan mama Afeef begitu sekali inginkan menantu macam aku, ya? Hmmm... Iffat bermonolog lagi di dalam hatinya. Keluhan halus terlepas juga dari bibirnya apabila mendengar pengakuan Afeef tadi. Dirasakan ada air jernih mula bertakung di hujung matanya. Seboleh mungkin ditahannya agar tidak terburai, sekurang-kurangnya di sini, ketika ini. Hal-hal lain yang berkaitan dengan hati dan perasaan kita, mungkin kita boleh bincang lepas aku habis study nanti. Maafkan aku, Fat... sebab libatkan kau dalam hal aku ni. Aku tahu aku takde hak untuk tentukan hala tuju hidup kau. Tapi, kali ni memang aku amat perlukan bantuan kau. Harap kau faham... sambung Afeef lagi. Hmmm... aku tak tahulah nak cakap macam mana, Feef. Keputusan semua kau dah buat tanpa pengetahuan aku, kan? Apa lagi yang aku boleh kata. Semuanya dah dirancangkan. Aku ikut ajalah. Itu aja yang mampu aku buat. Cuma sekarang ni, apa yang meragukan aku pasal masa depan aku nanti lepas kita nikah. Kau kat sana, aku kat sini. Dalam tempoh kau kat sana, macam mana aku kat sini? balas Iffat lemah kerana dia tahu, dia sememangnya tiada pilihan lain lagi selain menuruti semua yang telah dirancang oleh lelaki yang bernama Muhammad Afeef Adwan ini.

37

Biar Aku Jadi Penunggu

Macam yang aku kata tadi, hal yang libatkan hati dan perasaan kita, kau tunggu aku balik dari sana, then kita discuss semula. Bunyi macam kejamkan aku ni? Ikat kau tanpa sebab. Hmmm... keluh Afeef kerana terasa bersalah dengan apa yang dirancangkannya ini. Oh! Ada hati jugak kau ni, Feef! sindir hatinya sendiri. Tu aku tahu. Maksud aku, macam mana kehidupan aku kat sini nanti? Aku nak tinggal dekat mana? Macam mana batas-batas aku sebagai seorang isteri nanti? jelas Iffat. Okey, macam ni. Aku sebenarnya dah bincang jugak hal ni dengan mama and family kau. Mama cadangkan kau duduk aja kat rumah family aku sementara aku kat sana. Tapi kalau kau rasa tak selesa, kau boleh duduk rumah family kau sementara rumah kita renovate... terang Afeef. Rumah kita? Berkerut dahi Iffat mendengar pernyataan itu. Yup. Rumah kita. Ayah aku ada rumah sewa dekat Shah Alam. Sebab rumah tu memang dah lama kosong, ayah hadiahkan rumah tu pada aku selepas aku nikah nanti. Rumah biasa aja la. Takdelah besar sangat. Tapi kalau setakat nak duduk sepuluh orang, muat lagi rasanya. Takdelah jauh dari rumah family aku. Apa-apa hal nanti, senanglah... kata Afeef sambil tersenyum. Semudah itu Afeef sudah merencana masa depan mereka. Kalau pasal batas-batas kau sebagai isteri, sepanjang aku takde, aku takkan sekat ke mana saja kau nak pergi. Aku izinkan. Kau bebas nak lakukan apa saja, janji kau tahu macam mana nak jaga nama aku dengan family kita nanti. Kau faham, kan? pesan Afeef. Iffat hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju. Hmmm... Fat, ada apa-apa lagi kau nak tanya aku,

38

Arsha

kau tanya la. Aku tak nak lepas ni ada lagi benda-benda yang kau tak puas hati dengan aku, ujar Afeef. Hmmm... ikutkan hati aku ni, aku memang tak setuju langsung dengan apa yang kau buat ni. Sebab kau buat aku macam orang takde perasaan aja, kan? Aku bukan salahkan takdir Allah, kalau dah sememangnya jodoh aku dengan kau. Cuma aku belum dapat terima semua ni berlaku dengan aku. Biasanya dalam cerita novel aja yang jadi bendabenda macam ni. Rupanya jadi pulak dalam hidup aku. Sayu suara Iffat meluahkan rasa hatinya. Aku takut apa yang kita buat ni sebenarnya akan menyusahkan diri masing-masing pada masa depan, Feef. Kita mana tahu apa yang akan jadi tiga tahun lagi. Aku risau kalau kita nikah, then... lepas kau balik nanti aku terus dapat status baru. Macam mana tu, Feef? Kau lelaki, orang tak kisah sangat, tapi aku? Macam mana dengan aku, Feef? Lemah suara Iffat menerangkannya. Itu salah satu perkara yang difikirkan sejak tadi. Iffat mengalih pandangannya daripada menentang wajah Afeef. Dia lebih rela melihat gelagat penghuni kampus lain di kafe itu daripada menatap wajah bakal suaminya. Fat, kau jangan ingat aku pun suka buat rancangan gila ni. Aku terpaksalah, Fat. Aku dah takde cara lain lagi dah. Kau aja yang dapat tolong aku... balas Afeef. Hmmm... memang soal hati dan perasaan aku dah tolak tepi sebab aku rasa dah tak penting lagi. Tapi, sampai bila aku dapat bertahan, Feef? Aku bukan kuat sangat nak lalui semua ni, Feef. Semakin lemah suara Iffat. Maafkan aku, Fat. Dalam hal ni, memang aku macam pentingkan diri sendiri. Tapi, aku takde pilihan, Fat. Maafkan aku. Aku tahu cinta tu penting dalam memupuk

39

Biar Aku Jadi Penunggu

kasih sayang antara suami dan isteri. Kalau hal itu yang merisaukan kau, aku janji... aku akan belajar untuk menerima kau dan aku pun nak kau belajar untuk terima aku andai memang kita ditakdirkan bersama. Cuma buat masa ni, kau fahamlah situasi aku, Fat... pinta Afeef. Wajahnya amat selamba. Aku ajalah yang kena faham perasaan kau, faham situasi kau.... Yang kau tak payah nak faham aku, perasaan aku, masa depan aku? Inilah lelaki, mudah sangat menabur janji yang tak pasti... marah Iffat dalam hati. Dia melihat wajah tenang di hadapannya itu untuk mencari sedikit garis keikhlasan. Namun, tidak diketemuinya. Hampa. Gagal meneka rencana lelaki di hadapannya itu. Tak perlulah kau nak mintak maaf dengan aku, Feef. Aku pun dah setuju. Takde apa lagi yang boleh diubah, kan? Kita proceed aja kalau itu yang membahagiakan kau... balas Iffat lemah. Thanks, Fat. Thanks a lot. Aku takkan lupa pengorbanan yang kau dah buat untuk aku ni... tutur Afeef seraya menghadiahkan senyuman manis kepada Iffat. Iffat reda dengan apa yang telah dirancangkan untuknya. Afeef akan cuba menerima dirinya. Mungkinkah Afeef dapat menerima dirinya yang sejak dulu hanya dianggap sebagai kawan? Tetapi dirinya pula bagaimana? Ya, memang sejak mengenali Afeef lagi dia meminati jejaka itu. Tetapi hanya dipendam sahaja perasaan itu kerana mengetahui akan setiap kegemaran dan ciri-ciri wanita yang diminati oleh lelaki bernama Afeef Adwan ini. Dia tiada langsung dalam senarai cita rasa Affef itu. Iffat sedih apabila memikirkan perkara yang tidak mungkin terjadi itu. Tambahan pula, dia tahu Afeef bercinta

40

Arsha

dengan Damia Hani selama ini. Gadis yang menjadi kegilaan ramai di sekolah dulu. Tidak menyangka Afeef yang berjaya merebut cinta gadis itu. Cuma beberapa malam lalu, bila Afeef katakan yang dia tidak lagi bersama Damia, Iffat sedikit terkejut tetapi tidak pula ditanya apa yang berlaku antara mereka. Dia malas ingin mengambil tahu perihal cinta mereka kerana selebihnya dia sendiri yang akan menjeruk perasaan. Fat, kenapa kau diam aja ni? Kau dah takde apaapa lagi nak cakap ke? Maksud aku, kau takde nak buat apaapa special request ke? Yalah manalah tahu kalau kau tibatiba nak naik kereta kuda ke sebelum kita nikah. Hi hi.... Sempat lagi Afeef melawak. Sedikit pun tidak perasan riak sedih di wajah mulus itu. Ha ha.... Sengaja Iffat buat-buat gelak. Lawak peringkat kampus kau tak kelakarlah, Afeef. Benda macam ni kau ambik mudah aja, kan? Oh... memanglah, sebab aku jadi mangsa dan kau bahagia sebab dapat apa yang kau nak, kan? serang Iffat, mematikan terus gelak Afeef. Fat, kau dari tadi sindir aku. Kau sebenarnya setuju ke tak ni? Kalau kau tak setuju, kau cakap aja. Aku boleh cari perempuan lain. Kau terima ajalah pilihan family kau tu.... Sengaja Afeef uji walhal dia tahu jika Iffat sudah membuat suatu keputusan, sukar menarik balik apa yang telah diputuskan. Kau ni nak aku cakap bahasa apa, eh? Jawa ke? Iffat mengeluh lagi. Afeef pula tersenyum senang. Aku ada satu benda nak kau janji dengan aku, pinta Iffat tiba-tiba. Apa dia? balas Afeef menunggu.

41

Biar Aku Jadi Penunggu

Aku nak kau jujur dengan setiap apa yang kau buat dengan aku sepanjang kita hidup sebagai suami isteri, boleh? And, no istilah tipu sunat! Full stop! Mak abah aku tak pernah ajar aku menipu, jelas Iffat. Hmmm... itu aja ke? tanya Afeef kembali sambil mengukir senyum penuh makna. Yalah. Kau nak aku letak syarat banyak-banyak ke? Nanti tak tertunai pulak. Tak pasal-pasal kau tak terjawab soalan dalam kubur nanti. Aku tak boleh nak tolong. Pedas Iffat membalas. Hmmm... yalah, yalah. Aku tahu tu. Fat, dah nak maghrib ni. Aku rasa eloklah aku balik dulu. Bas aku pukul sepuluh malam ni. Anyway, thanks Fat sebab setuju dengan semua ni. Kaulah satu-satunya kawan dunia akhirat aku... tambah Afeef memuji. Namun, di dalam hati tetap terusik dengan apa yang diungkapkan oleh bakal isterinya itu. Hmmm... yalah. Aku ingat kau tak reti nak balik dah dekat-dekat maghrib ni. Kau take care balik nanti. Jangan lupa SMS aku kalau dah sampai, balas Iffat yang sempat lagi menyindir. Wah! Sayang jugak kau kat aku, eh. Afeef senyum. Eleh... perasan! Aku cuma tak naklah nikah dengan orang sakit esok-esok. Sekali lagi Iffat mengenakan Afeef. Padahal hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang dia rasa. Memang dia sentiasa mengambil tahu akan perihal Afeef. Walau selesema sekalipun, Afeef selalu mengadu kepadanya, inikan pula perjalanan jauh yang dia tidak tahu apa yang akan terjadi di perjalanan nanti. Tambahan pula kini Afeef adalah bakal suaminya. Sekasar-kasar dia, hatinya tetap seorang perempuan yang dijadikan Allah sebagai makhluk yang lembut dan penyayang.

42

Arsha

Okeylah, Fat. Aku gerak dulu. Dah sampai nanti aku SMS kau. Kau pun jaga diri. Tengok-tengokkan jugak Pia untuk aku, eh. Assalamualaikum... kata Afeef sambil memulakan langkah ke parkiran motosikal yang dipinjam daripada rakannya yang tinggal berhampiran situ. Waalaikumussalam, balas Iffat sebaris sambil memerhati sehingga kelibat Afeef hilang daripada pandangan.

43

Biar Aku Jadi Penunggu

Bab 5
AMANI, kamu betul ke setuju dengan apa yang dah dirancang ni? Kalau tak setuju, nanti mak bincang dengan abah semula. Lagipun, kita tak jadi buat majlis besar, majlis nikah aja. Jemput sedara dekat-dekat aja, tanya Puan Hasmidah pada suatu petang, seminggu sebelum majlis pernikahan dijalankan. Boleh ke mak, kalau Hamani batalkan? tanya Iffat lurus. Kalau tau dek budak Afeef ni, mahu putus kawan aku ni... desis hatinya. Kamu betul nak batalkan ke? soal Puan Hasmidah terkejut. Dah mak tanya macam tu, Hamani ingat betullah boleh terang Iffat sambil tersenyum kelat. Dia tahu Puan Hasmidah hanya bertanya kerana sejak keputusan untuk bernikah sudah dibuat, dia tidak lagi ceria seperti selalu. Ibu mana yang tidak risau melihat anaknya tidak gembira. Lebihlebih anak tunggal perempuan yang seorang ini.

44

Arsha

Sebenarnya, mak risau tengok kamu ni. Monyok memanjang aja muka tu. Tu yang mak tanya kalau kamu tak setuju dengan pernikahan ni... jawab Puan Hasmidah. Hamani, janganlah risaukan mak tengok Hamani masam macam ni. Mak risau kalau pernikahan ni nanti tak datangkan kebahagiaan pada kamu berdua. Lagi susah macam tu. Lembut si ibu memujuk. Mak janganlah cakap macam tu. Walaupun kami tak pernah bercinta sebelum ni, cukuplah mak, abah dengan keluarga Afeef sayangkan Hamani. Ni pun kan untuk kebaikan kami berdua. Lagipun, lagi baik Hamani kahwin dengan Afeef dari Hamani kahwin dengan pilihan mak dengan abah. Hi hi. Afeefkan Hamani dah lama kenal. Kalau Hamani ikut pilihan mak, kan susah...! Nak buat sesi suai kenal pulak. Sengaja Iffat berseloroh dengan Puan Hasmidah untuk menutup rasa hatinya yang tidak senang dengan pernikahan yang bakal berlangsung dalam masa seminggu itu. Lagipun, kan keluarga Afeef memang dapat terima Hamani seadanya. Tu yang lagi penting sekarang ni, mak. Masalah kita orang nanti, lepas Afeef balik sini boleh bincang semula. Itu mak jangan risau. Tahulah nanti Hamani dengan Afeef nak buat macam mana. Mak jangan risau, okey? tambah Iffat lagi bagi menenangkan Puan Hasmidah yang kelihatan risau akan masa depan rumah tangganya dengan Afeef. Sungguhpun payah untuk dilalui, Iffat sentiasa berdoa supaya akan terbit rasa cinta antara dia dan Afeef. Itu tekadnya di dalam hati. Dia tidak akan putus berdoa. Puan Hasmidah memeluk anak tunggal perempuannya erat untuk menyalurkan semangat kepada Iffat. Segala ilmu untuk menjadi seorang isteri yang baik telah diperturunkan kepada Iffat. Katanya untuk menjamin

45

Biar Aku Jadi Penunggu

keharmonian rumah tangga agar kekal bahagia. Iffat ikutkan sahaja kerana dia tahu mak dan abah lebih tahu. Bukan Puan Hasmidah sahaja perturunkan ilmu, Hajah Zubaidah juga dengan rela hati memberi ilmu menjadi seorang isteri yang solehah kepada Iffat. Selepas Puan Hasmidah meninggalkan Iffat keseorangan di ruang tamu, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada SMS. Dilihat tertera nama Hubby di skrin telefonnya. Siapa lagi kalau bukan Afeef yang memandai tukar namanya sendiri kepada Hubby di telefonnya. Katanya biar nampak mesra. Entah apa pula nama panggilannya yang digunakan oleh Afeef. Tidak pula dia pernah bertanya. Dah siap ke belum bakal isteriku? Siap? Siap nak pergi mana pulak mamat ni? soalnya sendirian. Ouch! Baru dia teringat, dia sudah berjanji dengan Afeef untuk mengambil baju pernikahan mereka pada minggu hadapan. Terkocoh-kocoh dia berlalu ke bilik dan menukar pakaian sebab dia tahu Afeef memang paling tidak suka menunggu. Tambahan pula, jarak rumah mereka bukannya jauh. Hanya dua puluh minit perjalanan sahaja. Belum sempat dia memakai tudung, terdengar suara ibunya memanggil dari luar. Hamani, Afeef dah tunggu dekat luar ni. Iya... iya. Dah siaplah ni... balas Hamani, padahal dia baru sahaja ingin memakai tudung. Tunggulah kau, Afeef. Ha ha... gelaknya di dalam hati. Faham-faham sahajalah kalau perempuan bersiap. Sebelum melangkah keluar, sempat lagi Iffat membelek

46

Arsha

wajahnya di cermin selepas mengoles sedikit pelembap bibir. Setelah berpuas hati, baru dia melangkah keluar. Afeef yang duduk di sebuah pangkin buruk di bawah pohon jambu di hadapan rumahnya, merenung Iffat tajam. Kau ni, lambat betul siap. Marah Afeef. Dalam hati sempat lagi memuji penampilan ringkas Iffat yang serba hitam kecuali tudungnya sahaja yang berwarna biru muda mengikut warna bunga sulam di kedua-dua hujung lengannya. Nasib baik kau comel, Fat! Desis hatinya, memuji tanpa sedar. Iffat hanya tersenyum melihat muka tegang Afeef sebelum mereka sama-sama masuk ke dalam kereta. Padan muka kau, Afeef... ha ha... kutuk Iffat di dalam hati kemudian cepat-cepat dia beristighfar kerana orang yang dia umpat itu bakal suaminya. Maaf, bakal suamiku!

FAT, kau tak nak try dulu ke baju ni? Manalah tahu kalau kau tak selesa pakai, sempat lagi nak betulkan... tanya Afeef apabila melihat Iffat seakan endah tak endah sahaja dengan baju yang telah ditempah sebulan lalu saat ditunjukkan oleh pembantu butik itu kepada mereka. Hmmm... tak payahlah. Lagipun aku pakai sekali aja, kan. Okeylah ni, kut. Komen Iffat ringkas sambil hujung jarinya menyentuh hiasan manik pada baju. Dalam hati, dia sudah memuji-muji baju itu kerana bertepatan seperti yang diinginkan. Pada awalnya, Afeef memang tidak bersetuju apabila dia memilih warna coklat gelap untuk dijadikan baju nikah kerana Afeef lebih meminati warna putih. Katanya, lebih sesuai dengan warna kulitnya yang tidak berapa cerah dan tidak berapa gelap itu.

47

Biar Aku Jadi Penunggu

Tetapi Iffat tetap juga bertegas inginkan warna kegemarannya itu. Biarpun bukan majlis besar, tetapi dia inginkan kepuasan dalam majlis itu nanti. Jika pada rancangan awalnya mereka ingin melakukan majlis pernikahan di sebuah dewan, Iffat tiba-tiba mengubah fikiran sebulan yang lalu. Dia tidak menginginkan majlis sebesar itu, sebaliknya cukup dengan majlis pernikahan di kediaman kedua-dua orang tuanya dan menjemput rakan-rakan dan keluarga terdekat sahaja. Ikut kaulah. Kalau kau merungut-rungut minggu depan, kau jangan salahkan aku... bidas Afeef membalas. Yalah. Kau tak payah risau. Baju aku, aku yang pakai, kan? jawab Iffat, tidak mengalah. Hmmm... Afeef, kita ambil barang-barang ni aja, kan? Lepas ni dah takde apa-apa lagi, kan? Kalau takde apaapa, jomlah kita balik. Aku dah janji dengan mak aku nak masak malam ni... lanjut Iffat. Hmmm yalah, yalah. Jom balik! jawab Afeef berserta keluhan. Dia hairan dengan kelakuan Iffat yang seperti tidak peduli dengan majlis mereka yang semakin hampir. Namun, dia terpaksa mengikut sahaja kehendak gadis itu kerana risau dengan rancangan yang telah dibuat menjadi kacau-bilau. Selepas membuat pembayaran penuh atas semua barang-barang perkahwinan yang telah ditempah, Afeef berjalan mendahului Iffat kerana ingin membuka boot kereta. Iffat yang sedang leka membelek telefon bimbitnya sambil melangkah ke pintu butik, tidak perasan akan seorang lelaki yang turut sama melangkah masuk menyebabkan berlaku perlanggaran kecil antara mereka. Jatuh berderai telefon Nokia C3nya ke lantai kerana tidak sempat mengelak

48

Arsha

memandangkan sebelah lagi tangannya membawa baju pengantinnya. Alamak! Tak pasal-pasal kena beli telefon baru. Aduhhh keluh Iffat sendirian sehingga didengari lelaki tadi. Dengan wajah masam mencuka, cepat-cepat Iffat mengutip komponen telefonnya yang terburai. Lelaki tadi hanya memandang pelik gadis yang membongkok di hadapannya. Wajah itu seperti biasa di matanya. Belum sempat Iffat melihat siapa yang melanggarnya tadi, lelaki itu terlebih dahulu menegurnya. Iffat Hamani? tegur Rafaal yang memerhati Iffat berdiri semula usai mengutip komponen telefon yang terburai. Ya. Kita kenal ke? tanya Iffat tanpa memandang empunya suara. Leka dengan telefonnya lagi. Kemudian baru memandang ke wajah empunya diri. Eh, pantang betul aku orang cakap dengan aku pakai cermin mata hitam. Bukaklah cermin mata tu mamat oi! bebelnya di dalam hati. Fat, you tak kenal I ke? Rafaallah, terang Rafaal apabila melihat Iffat tidak perasan akan dirinya. Lantas dia membuka cermin mata hitam yang tersarung. Haaa. Barulah aku nampak, kata Iffat spontan apabila melihat Rafaal membuka cermin matanya. Apa yang you nampak? tanya Rafaal pelik. Eh... eh... takde apa-apalah. Maksud I, I baru perasan you... kata Iffat tergagap. You apa khabar? Sorry I tak nampak you tadi. Tu yang sampai terlanggar. Iffat menghadiahkan senyuman

49

Biar Aku Jadi Penunggu

kepada Rafaal. Dia perasan dengan perubahan pada penampilan Rafaal. Cukup menarik pada mata yang memandang walaupun hanya mengenakan baju-T tanpa kolar bersama jaket kulit. Afeef pula yang melihat babak berlanggar tadi hanya merenung tajam Iffat dari tempat parkir. Dia perasan akan lelaki yang sedang berbual mesra dengan bakal isterinya itu. Macam mana you sampai tak kenal I, Fat? Oh yalah mana nak ingat. Orang tukan dah nak kahwin usik Rafaal dengan debaran di dada tatkala menatap wajah yang sudah lama menjadi penghuni hatinya. Ada pulak macam tu. Sorrylah. Tadi I sibuk layan SMS Jannah balas Iffat berserta senyuman tawar. I pun mintak maaf jugaklah. I tadi pakai jalan aja sampai tak perasan you nak keluar. Telefon you tu nanti I ganti yang baru, jawab Rafaal dengan senyuman tidak lekang di bibirnya. Terubat rindu di hati apabila melihat wajah itu selepas mereka tamat pengajian minggu lalu. Sebenarnya, dia sedikit terkejut berjumpa dengan Iffat di situ. Selepas sahaja menamatkan pengajian seminggu yang lepas, dia tidak lagi berjumpa dan berhubung dengan Iffat. Malah selepas dia mendapat tahu yang Iffat akan berkahwin, dia sendiri cuba mengelakkan diri daripada berjumpa mahupun bertembung dengan Iffat walaupun mereka sekuliah. Kalau sebelum ini mereka sering bertegur sapa apabila berjumpa di dalam kelas, terus dia menjauhkan diri dan kebetulan juga dia sering sibuk dengan jadual latihan ragbinya menyebabkan dia pun jarang menghadiri kuliah kerana mendapat pelepasan. Dan hari ini pula, dia bertemu dengan Iffat secara tidak sengaja. Errr... eh, takpelah. You jangan susah-susah. I pun

50

Arsha

salah jugak. You sebenarnya buat apa kat sini, Raf? tanya Iffat sekali gus menukar topik perbualan. Tidak mahu membiarkan Rafaal membayar ganti rugi telefon bimbitnya yang rosak. Errr I datang nak ambik baju yang umi I tempah. Lagipun, ni butik aunty I. Terang Rafaal dalam kekalutan. Kekok pula berbual dengan gadis yang menjadi pilihan hati, tetapi bakal dimiliki oleh orang lain. Dalam pada itu, sempat lagi pandangannya jatuh pada baju pengantin yang dipegang oleh Iffat dan dia faham, sudah tentulah baju pengantin gadis itu. Oh... I see... balas Iffat ringkas. Nasiblah kau, Iffat. Belum pun result exam keluar, kau dah nak kena kahwin... keluh Iffat pada dirinya apabila mengenangkan nasibnya tidak seperti sahabat yang lain. Mesti mereka akan membina kerjaya dahulu sebelum memikirkan soal kahwin. Afeef yang sedari tadi berdiri di sisi kereta semakin panas hati apabila Iffat seakan-akan terlupa dengan dirinya yang sedang menunggu dengan hati yang semakin tidak sabar. Penat menjadi penunggu setia, lekas-lekas dia bergegas mendapatkan Iffat. Tak boleh jadi ni! bisik Afeef sambil mengayun langkah ke arah Iffat dan Rafaal. Pada masa yang sama dia melihat ada seorang wanita berumur menghampiri mereka berdua. Abang! Lamanya. Penat umi tunggu dalam kereta sorang-sorang, tegur Datin Suraya di belakang Rafaal. Panggilan abang memang dari kecil digunakan untuk memanggil Rafaal. Eh, umi. Sorry... sorry. Berbual dengan kawan uni

51

Biar Aku Jadi Penunggu

ni, terlupa pulak umi tunggu... jawab Rafaal yang sudah menayangkan barisan giginya. Fat, kenapa lambat sangat? celah Afeef pula yang tiba-tiba muncul dengan pandangan tajam dihadiahkan kepada Iffat dan Rafaal, seperti ingin ditelan kedua-duanya. Ditambah pula dengan perut yang mula menyanyi riang kerana belum makan tengah hari lagi walaupun waktu sudah lama menginjak ke petang. Ops! Sorry, Afeef. Errr Afeef, kau kenalkan ni siapa. Kau dah jumpa masa dekat kafe dulu... jelas Iffat tergagap-gagap apabila Afeef muncul dengan tiba-tiba. Aunty, kenalkan... ni bakal suami Iffat. Perkenal Iffat kepada Datin Suraya. Dia pernah beberapa kali bertemu dan berbual dengan ibu Rafaal itu. Afeef hanya tunduk sedikit tanda hormat dan melemparkan senyuman kepada wanita yang masih jelas kecantikannya walaupun sudah berusia. Apa khabar, aunty? sapa Afeef mesra. Tanpa berlengah lagi, Afeef meminta diri apabila merasakan mata Rafaal sedari tadi tidak lepas memandang ke wajah Iffat. Dia kurang senang melihat. Maklumlah, yang dipandang oleh lelaki itu adalah bakal isterinya. Errr... Iffat, tadi kata nak balik awalkan? lanjut Afeef, ditujukan kepada Iffat. Errr haah balas Iffat yang faham dengan maksud pandangan Afeef kepadanya. Aunty, Rafaal... kami beransur dululah, ya. Dah lambat ni. Ada lagi hal lain lepas ni. Jemputlah datang minggu depan ke majlis kami. Buat majlis kecil-kecil aja... pelawa Afeef kepada dua beranak itu seraya menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Rafaal.

52

Arsha

Iffat mengerutkan dahi apabila melihat Afeef yang begitu ramah menjemput kedua-dua beranak di hadapannya itu. Bukan dia tidak sedar dengan maksud pandangan Afeef kepadanya dan Rafaal tadi. Kami balik dulu ya, aunty. Jangan lupa datang. Raf tahu rumah I, kan? kata Iffat sambil bersalaman dengan Datin Suraya. Matanya pula sempat singgah ke wajah Rafaal yang tersenyum. Iyalah, iyalah. Insya-Allah. Kalau takde aral melintang, kami datang. Hati-hati jalan... balas Datin Suraya pula. Rafaal hanya tersenyum melihat uminya begitu menyenangi pasangan itu. Dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu betapa pedih hatinya apabila melihat pasangan itu bergandingan. Memang jelas sepadan. Datin Suraya mengukir senyum penuh makna apabila melihat anaknya tidak lepas memandang ke arah Iffat dan Afeef. Pada mulanya Datin Suraya menyangka anak terunanya itu berjumpa dengan calon isteri seperti yang dijanjikan Rafaal untuk dibawa berjumpa dengannya. Tetapi jangkaannya meleset sama sekali apabila melihat gadis tersebut bakal berkahwin. Dia pernah bertemu dengan gadis itu sebelum ini, tetapi tidak sempat berbual lama. Daripada tutur bicaranya, dia cukup berkenan dengan Iffat. Abang, umi ingat tu calon menantu umi. Suka umi tengok. Lembut aja walaupun tak macam model kat luar tu. Sopan aja umi tengok. Ingat tadi dah boleh jadi menantu umi. Senyum Datin Suraya kepada Rafaal apabila melihat anak terunanya itu tadi begitu teruja memandang Iffat. Mesti ada sesuatu dia sembunyikan daripada aku

53

Biar Aku Jadi Penunggu

ni... bisik hati meyakinkannya.

Datin

Suraya.

Naluri

seorang

ibu,

Apalah umi ni. Dia dah nak jadi isteri orang tu, umi. Anak umi ni yang melepas... kata Rafaal, tetapi ayat yang hujung itu seperti antara dengar dengan tidak sahaja dituturkan untuk mengelak daripada uminya mengetahui perkara yang sebenar. Yalah... umi tahu. Bilalah agaknya anak bujang umi ni nak bawak calon suri hatinya datang jumpa umi. Kalau tak, takdelah susah-susah nak buat appointment dengan anak sendiri. Perli Datin Suraya apabila memikirkan perihal Rafaal. Selepas sahaja menamatkan pengajiannya seminggu yang lalu, Rafaal terus pula bergiat aktif dalam bidang modeling yang pernah menjadi kerjaya sambilannya tika di universiti dulu. Tamat sahaja belajar, semakin mudah untuk Rafaal menerima tawaran. Katanya hanya untuk sementara waktu sahaja sebelum dia mendapat kerja tetap. Lagipun dia juga baru sahaja menamatkan pengajiannya. Keputusan peperiksaan pun belum keluar lagi. Pada masa yang sama juga, Rafaal telah dirisik oleh pihak universitinya dahulu untuk melantik Rafaal sebagai penolong jurulatih bagi bekas pasukan ragbinya memandangkan Rafaal merupakan salah seorang pemainnya dahulu. Kebetulan pula, jurulatih pasukan tersebut memang kenal baik dengan Rafaal. Cuma dia sahaja yang belum memberi kata putus lagi. Walidnya, Datuk Ehsan bukan tidak membantunya untuk mendapatkan kerja tetap dan lebih terjamin. Kalau tidak, sia-sialah anak terunanya itu mempunyai segulung ijazah dalam bidang pengurusan. Datuk Ehsan orang yang berpengaruh, malah mempunyai syarikat kontraktor sendiri yang telah diusahakan selepas beliau bersara sebagai ketua

54

Arsha

pengarah di salah sebuah badan berkanun di Malaysia ini. Mudah baginya untuk dapatkan satu posisi buat Rafaal memandangkan Datuk Ehsan mempunyai ramai kenalan. Tetapi Rafaal sendiri yang menolak. Katanya, biarlah dia mendapat kerja dengan usahanya sendiri. Nantilah dulu, umi. Abang tak sedia lagilah. Tunggulah setahun dua lagi bila abang dah dapat kerja tetap. Abang janji, bila dah dapat aja kerja nanti, abang terus cari calon isteri bawak jumpa umi. Nanti, takdelah susah-susah umi buat appointment lagi, kan? Boleh teman umi jalanjalan, pergi shopping. Lepas tu, terus lupakan aja anak teruna umi yang sorang ni... usik Rafaal apabila Datin Suraya menimbulkan soal calon isteri dan merungut dengan kesibukannya yang sedang galak menerima tawaran menjadi model iklan dan produk penjagaan diri. Yalah tu. Malaslah umi layan kamu ni. Susahsusah sangat, biar aja umi yang carikan. Hari tu umi nak kenalkan dengan anak kawan umi, abang tak mahu. Jeling Datin Suraya kepada Rafaal yang sengaja mengusiknya tadi. Tersenyum pembantu butik itu apabila mendengar perbualan dua beranak itu seraya menyerahkan baju yang telah ditempah minggu lepas. Ala... umi ni. Entah siapa entah yang umi nak kenalkan. Umi pun belum lagi tengokkan macam mana rupa anak kawan umi tu? balas Rafaal. Memanglah umi belum tengok. Tapi kalau dah ibunya cantik, mestilah anaknya pun cantik juga. Kamu tu aja yang banyak sangat alasan. Anak kawan umi tu pun dah nak kahwin dah. Abang banyak sangat alasan. Dah la, cakap dengan abang ni memang selalu aja banyak hal. Umi nak jumpa Aunty Suri dekat dalam kejap. Abang tunggu aja dekat sini. Lantas Datin Suraya meninggalkan anaknya di ruangan

55

Biar Aku Jadi Penunggu

menunggu itu keseorangan kerana malas berlawan cakap dengan anak terunanya yang seorang itu. Banyak sangat alasannya kalau cerita bab kahwin.

DALAM perjalanan pulang, Afeef hanya mendiamkan diri. Sebenarnya dia sedikit terasa hati dengan Iffat yang berbual dengan Rafaal tadi sehingga terlupa akan dirinya yang menanti di kereta. Iffat pula sudah buat muka pelik apabila melihat Afeef hanya mendiamkan diri. Tidak seperti selalu. Pasti ada sahaja yang hendak dicelotehkan. Tambahan pula lelaki itu memandu agak laju. Iffat faham, apabila Afeef memandu laju, mesti ada benda yang dimarahkannya. Dia mengerling sekilas ke wajah Afeef yang sedikit tegang. Entah apa yang dimarahkannya. Ni yang drive laju-laju, kenapa pulak ni? Dah tak sayang nyawa ke? tanya Iffat, malas melayan apabila dia mula berasa bosan akan perangai Afeef yang satu ini. Bila marah, mulalah tunjuk protes. Kan kau kata tadi nak balik rumah cepat, kan? balas Afeef dingin. Kau berhenti sekarang! Biar aku balik naik teksi aja. Aku belum lagi nak kena soal dalam kubur tu. Amal aku tak cukup lagi nak cover semua dosa aku! balas Iffat pedas. Sejujurnya, dia sedikit gerun dengan keadaan Afeef yang memandu laju. Kata-katanya memang ditujukan buat peringatan kepada Afeef dan dirinya sendiri. Selalu dia memohon agar diberi lagi kesempatan untuk berbuat amal dan menebus dosa-dosa lalu.

56

Arsha

Afeef memandang wajah Iffat yang masam mencuka dan sepantas itu juga dia menyalakan lampu sisi untuk berhenti seperti yang dipinta oleh Iffat. Mujur tidak banyak kenderaan ketika itu. Ahhh... sudah...! Betul-betul ke dia nak tinggalkan aku dekat sini? desis hati Iffat apabila Afeef betul-betul memberhentikan keretanya di tepi jalan. Awalnya tadi dia sengaja ingin menakutkan Afeef sahaja sebab Afeef buat endah tak endah sahaja akan tegurannya. Afeef memandang tajam wajah Iffat dengan mata yang mula memerah tanda dia menahan marah, tinggal untuk dihamburkan sahaja. Padahal, perkara kecil sahaja. Rasa sakit hati dia yang lebih apabila melihat Iffat berbual mesra dengan lelaki lain. Dengan dia, Iffat tidak pula semesra itu. Terutamanya lelaki yang bernama Rafaal. Bertambah sakit hatinya apabila mendapat tahu Rafaal ada menaruh perasaan terhadap Iffat. Itu pun selepas adiknya terlepas cakap apabila dia bertanya akan perihal Rafaal sebulan yang lalu. Dia menyangka tidak akan lagi berjumpa dengan Rafaal. Namun, jangkaannya meleset sama sekali. Jika sebulan lalu dia berasa cukup yakin yang Iffat juga tidak menaruh perasaan yang sama terhadap Rafaal, tetapi hari ini keraguan itu mula menjentik perdu hatinya pula. Afeef mencapai telefon bimbitnya lantas menekan kuat ke butang-butang di papan kekunci telefon itu sebagai tanda melepas rasa marah yang tertahan. Iffat sudah memeluk tubuh. Pandangan pula dibuang ke luar. Ladang kelapa sawit yang saujana mata memandang menghias pandangannya ketika itu. Assalamualaikum, mak cik. Afeef ni. Mak cik, hari ini Affef nak bawak Iffat makan dekat luar. Lupa tadi nak

57

Biar Aku Jadi Penunggu

mintak izin dengan mak cik. Maaf ya, mak cik. Tapi Affef janji akan hantar Iffat balik awal nanti. Lembut tutur Afeef, tidak seperti wajahnya yang masam mencuka. Afeef memang seorang yang sangat menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Tiap tutur katanya sentiasa dijaga. Itu salah satu sifat Afeef yang memang tidak boleh disangkal lagi. Erk? Iffat semakin hairan dengan Afeef. Muka masam macam mangga tidak cukup masak. Tetapi cara bercakapnya tidak seiring dengan apa yang terlukis di wajah. Tahulah dia yang Afeef menelefon maknya di rumah dan sekali gus membatalkan rancangannya ingin memasak makan malam hari ini. Kesian mak dapat menantu pelik macam ni. Dia sudah berhutang janji dengan maknya untuk memasak makan malam ni. Ni semua menantu kesayangan mak punya pasal, marah Iffat dalam hatinya. Selepas beberapa minit berbual dengan Puan Hasmidah, Afeef mula merenung Iffat dengan rasa tidak puas hatinya yang dikurung sedari tadi. Ingin sahaja dia memekik di telinga gadis itu dengan sekuat hati supaya jauhkan diri dari Rafaal biar puas hatinya. Tetapi dia tahu, jika dia berbuat demikian, Iffat mungkin akan membatalkan rancangan untuk bernikah dengannya. Punahlah harapannya untuk menyambung pelajaran ke luar negara, sekali gus satu lagi perancangan yang telah dibuat tanpa pengetahuan sesiapa pun. Haaa sekarang ni kenapa pulak tenung aku macam nak telan ni? Kau betul nak suruh aku turun dekat sini ke apa? kata Iffat takut-takut apabila melihat keadaan Afeef sebegitu. Seingatnya, belum pernah Afeef berkeadaan seperti itu sepanjang mereka bersahabat.

58

Arsha

Ha ha.... Tiba-tiba Afeef tergelak kuat. Tahu takut! Tadi bukan memang kau yang nak turun sangat ke? Turunlah. Apa yang kau tunggu lagi? ejek Afeef. Lucu dia melihat wajah Iffat yang terkulat-kulat apabila dia merenung tajam wajah itu. Baru kau tahu takut! Tadi bukan main lagi kau takut kena soal segala. Sekarang takut pulak kalau aku suruh turun. Senyum jahat Afeef dalam hatinya melihat Iffat serba tak kena membuang pandang ke luar tingkap kereta. Apalah nasib aku lepas nikah dengan dia ni... rungut Iffat dalam hatinya. Pelik dengan perubahan perangai Afeef yang tidak menentu. Semuanya di luar jangkaan. Iffat, kau boleh tak jangan buat benda-benda yang menduga kesabaran aku? ujar Afeef selepas tawanya reda. Apa benda yang aku dah duga kau? Bukan kau yang banyak menduga aku, ke? soal Iffat kembali berbaur sinis. Ada aja jawapan kau, kan? balas Afeef sambil membuang pandang ke luar tingkap. Matahari semakin hilang sinarnya tanda memberi laluan kepada bulan mengambil tempat. Iffat pula diam tidak menjawab. Malas melayan angin Afeef yang tidak menentu itu. Ada sahaja yang salah di mata lelaki itu. Dah nak masuk maghrib ni, takkan nak solat maghrib dekat sini... lanjut Iffat mendatar selepas beberapa ketika masing-masing hanya mendiamkan diri. Boleh aja kalau kau nak balas Afeef, tidak mahu kalah seraya menghidupkan semula enjin kereta. Namun tiada tanda-tanda Afeef akan kembali ke

59

Biar Aku Jadi Penunggu

jalan raya. Sebaliknya terus membelokkan keretanya ke lorong berhampiran. Baru dia perasan yang mereka rupanya berhenti hampir dengan sebuah surau. Fat, aku nak tanya personal ni, dan aku nak kau jujur dengan aku. Kita sama-sama dah janji nak jujur antara satu sama lain, kan? ujar Afeef tenang selepas mematikan enjin kereta. Kereta diparkir di hadapan surau. Iffat hanya diam mendengar. Menanti Afeef meneruskan kata. Kau sebenarnya ada apa-apa ke dengan Rafaal tu? Aku tak suka betul cara dia pandang kau tadi. Bukan tadi aja dari kali pertama aku jumpa dia masa dekat kafe hostel kau dulu lagi jelas Afeef, ingin mengetahui apa sebenarnya yang tersirat di hati gadis yang bakal menjadi isterinya dalam masa seminggu lagi itu. Ada apa-apa apa maksud kau ni? tanya Iffat tidak faham. Kau ni memang tak faham atau buat-buat tak faham, Fat? Takkan kau tak tahu dia suka kau? Pertanyaan Iffat dibalas dengan soalan juga oleh Afeef. Lurus betul budak Iffat ni. Memang senanglah orang nak ambik kesempatan atas kau, Iffat Hamani! Termasuklah aku. Maafkan aku, Fat. Kata Afeef kepada dirinya sendiri apabila melihat Iffat seakan-akan sangat naif dalam mentafsir hati dan perasaan orang lain terhadapnya. Nyata Iffat tidak mengetahui akan hal tersebut. Dia sendiri tidak menyangka telahannya selama ini benar belaka. Lebih-lebih lagi apabila teringat akan perilaku Rafaal kepadanya yang agak pelik pada pemerhatiannya. Cuma hati dia sahaja yang sekeras-kerasnya cuba menafikan tanggapan tersebut.

60

Arsha

Hah? Mana kau tahu pulak ni? tanya Iffat berserta kerutan di dahi. Kesian betul kau ni, Fat. Kau lupa ke aku lelaki dia pun lelaki? Bukannya susah sangat nak tengok kalau orang dah jatuh cinta. Bukan main bersinar-sinar lagi mata dia tadi bila pandang kau. Mata aku pulak yang naik juling tengok dia, ejek Afeef dengan perangai buat-buat tidak tahu Iffat itu. Suka hati kaulah nak cakap apa, Feef. Itu masalah dia kalau dia nak suka aku ke apa ke! Yang kau sibuk-sibuk, kenapa? Tak payahlah kau sibuk hal dia. Yang penting aku memang tak tahu langsung pun yang dia suka kat aku. Lagipun, bukannya akan effect pada majlis nikah kita pun, kan? So, tak payahlah kau penat-penat fikir. Baik kita fikir masalah kita ni aja. Aku dengan dia memang tak pernah ada apa-apa hubungan perasaan. Kami kawan sekelas aja. Full stop! tegas Iffat menandakan dia tidak mahu lagi membincangkan hal tersebut, sekali gus untuk menenangkan hatinya yang sedikit resah apabila memikirkan telahannya selama ini benar belaka. Tambahan pula Afeef sudah mengetahui hal tersebut. Apa ada hal kalau Afeef tahu. Bukannya Afeef sayangkan aku.... Yang dia nak marah tak tentu hala pasal Rafaal ni kenapa pulak? Takkan Afeef...? Hmmm... tak mungkin. Agaknya dia risau aku batalkan pernikahan ni then pergi dekat Rafaal. Lantaklah! Malas aku nak fikir. Iffat bermonolog sendiri di dalam hati. Kau nikan Fat, kalau bercakap selalu aja nak sindir-sindir aku, kan? balas Afeef geram bila Iffat sengaja ingin mematikan perbualan tersebut. Belum sempat Afeef menambah panjang lebar lagi, azan maghrib berkumandang dan terus mematahkan niatnya

61

Biar Aku Jadi Penunggu

untuk terus membalas kata-kata Iffat. Kuasa Allah, hatinya yang cukup panas mendengar kata-kata Iffat tadi terus tenang seperti dingin salju apabila mendengar laungan azan. Teringat akan pesan ayahnya yang selalu mengingatkan agar sentiasa kawal amarah kerana manusia lagi mudah mengalami kerosakan semasa marah. Pada waktu itulah syaitan sangat gemar menambahkan lagi perisa ke dalam hati kita supaya berlaku kerosakan yang lain pula. Afeef beristighfar berulang kali di dalam hati. Sebaik sahaja azan tamat, kedua-duanya keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing. Iffat ke tempat solat wanita apabila terlihat ada tiga orang wanita yang mungkin penduduk berhampiran berjalan ke arah yang sama. Afeef pula terus ke tempat wuduk kaum lelaki.

62

Arsha

Bab 6
Laaa... tunggu apa lagi ni? Kenapa kau tak makan, Fat? Takkan kau nak aku suapkan pulak? tanya Afeef apabila melihat Iffat hanya memerhatikan sahaja dia menyuap makanan ke dalam mulut. Aku ada lagi tangan. Tak payah nak suap-suap, marah Iffat. Dah tu... kenapa yang kau tenung nasi tu? Nasi tu tak berjalan sendiri masuk mulut kau tu, Fat kata Afeef sinis. Kau ni memang suka buat keputusan ikut suka kau, kan? Langsung tak kisah pendapat orang lain... rungut Iffat apabila melihat tiga jenis lauk yang dipesan oleh Afeef, semua kegemaran lelaki itu. Langsung tidak menepati seleranya. Semuanya pedas. Apa jenis perut betul mamat ni. Order sup pun suruh pedas. Apa hal! marahnya dalam hati.

MINNN... ucap Iffat perlahan selepas Afeef selesai membaca doa makan.

63

Biar Aku Jadi Penunggu

Laaa... apa pulak hal lagi ni? tanya Afeef tidak faham. Tu... Iffat memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah lauk-lauk di hadapannya. Kenapa pulak dengan lauk-lauk membelek satu per satu lauk di hadapannya. ni? Afeef

Apa yang tak kena? Aku tengok okey aja. Sedap aja aku rasa, jawab Afeef lagi. Kau ni, kan... semua lauk ikut tekak kau aja, kan? Dah la semua pedas. Sup pun pedas. Apasal kau tak mintak aja air tembikai pun pedas! gerutu Iffat dengan suara tertahan. Risau pula mereka menjadi tumpuan di situ. Ohhh... sedap apa, pedas. Cuba kau rasa ni! Afeef buat-buat tidak faham. Iffat memang tidak menggemari makanan pedas. Dia pula memang sengaja memesan makanan pedas kerana ingin menyakiti hati gadis itu sebab dia tidak sempat membalas semula kata-kata Iffat sebelum maghrib tadi. Rasakan! Ha ha gelak ketawa Afeef di dalam hati apabila melihat wajah Iffat masam mencuka. Tanpa menunggu, Afeef terus menyuap lagi makanan dan membiarkan Iffat memandangnya geram. Apa punya bakal suamilah. Bukan dia tak tahu aku tak makan pedas. Hampeh betul! rungut Iffat. Makan hati betul dengan perangai Afeef yang sengaja menyakitkan hatinya. Sudahlah dia memang lapar sebab sebiji nasi pun belum masuk ke dalam perutnya hari ini kerana rancangannya tadi ingin makan malam bersama keluarga selepas memasak seperti yang dijanjikan dengan Puan Hasmidah. Kejam betul kau, Afeef! bentaknya dalam hati.

64

Arsha

Iffat membatalkan niatnya untuk memesan menu lain apabila melihat kedai makan tersebut sudah dipenuhi oleh pelanggan lain. Akhirnya, dia hanya melihat Afeef makan dengan penuh selera sementara dia sekadar minum air tembikai laici yang dipesan tadi. Semakin sakit hatinya bila Afeef hanya tersenyum lebar apabila dia menjeling tajam. Afeef sedikit pun tidak menghiraukan Iffat yang hanya memandang seperti hendak menelannya. Dia tahu Iffat marah, tetapi sengaja dia tidak ambil peduli. Selepas menghabiskan lauk-lauk kegemarannya itu, Afeef terus membuat pembayaran di kaunter. Iffat pula telah menunggu di pintu kereta sementara Afeef membuat pembayaran. Di dalam kereta, Iffat hanya memandang ke luar tingkap walaupun dia tahu hanya kegelapan malam yang menyapu pemandangan sepanjang perjalanan itu. Cuma sesekali disinari lampu jalan. Afeef pula hanya mendiamkan diri dan melayan bunyi-bunyi yang keluar dari radio. Afeef tahu Iffat memarahinya, tetapi dia malas mahu melayan. Dia pun ada egonya sendiri. Jangan harap hendak menuturkan maaf! Akhirnya sunyi sepi berlarutan di antara mereka sehingga tiba di rumah Iffat. Tanpa bertangguh sedikit pun, Iffat membuka pintu kereta dan menapak masuk ke dalam rumah. Afeef yang melihat hanya menjeling. Tunjuk proteslah tu! kutuknya dalam hati. Esok-esok dah nak jadi bini orang pun merajuk macam budak kecik, kata Afeef perlahan selepas Iffat keluar dari keretanya. Iffat yang baru masuk ke dalam rumah tidak sampai lima minit, tiba-tiba keluar semula dan melangkah terus ke arah kereta abangnya, Luthfi tanpa mempedulikan Afeef yang

65

Biar Aku Jadi Penunggu

sedang mengeluarkan baju dan barang-barang pengantin keluar dari kereta. Padan muka kena angkat! sempat hatinya mengutuk apabila melihat Afeef yang terkial-kial mengangkat semua barang keluar dari perut kereta. Dari dalam kereta dia melihat abang dan maknya mendekati Afeef. Kemudian dilihatnya Abang Luthfi dan Puan Hasmidah memandang tepat ke arahnya pula sebelum dia menghidupkan enjin kereta. Entah apa pulaklah mamat ni dah goreng kat abang dengan mak aku ni! omel Iffat sendiri apabila sampai macam tu sekali Luthfi dan Puan Hasmidah melihatnya. Sepantas itu juga dia memandu keluar Satria Neo kesayangan abangnya itu. Takut pula nanti dia disoal siasat.

FAT! panggil satu suara di belakangnya. Iffat menoleh. Dilihat Rafaal menggamitnya supaya menghampiri. Alamak! Apa hal pulak mamat ni ada dekat sini? Time aku nak datang sini, kau pun nak datang sini. Datanglah hari lain yang aku tak datang marah Iffat di dalam hati. Dia tidak selesa untuk berjumpa dengan Rafaal, lebih-lebih lagi setelah dia mengetahui lelaki itu menaruh perasaan terhadapnya. Kalau Afeef nampak, kes naya aja ni... tambahnya lagi. Eh, Rafaal. Jawab Iffat ringkas bila Rafaal datang menghampirinya tika dia masih terpacak di sisi pintu keretanya, berkira-kira ingin terus pulang ke rumah selepas membeli set makanan segera. Dia tahu itu bukan set kegemarannya apatah lagi memang semua makanan segera bukan menjadi pilihan. Cuma malam ini dia sengaja ingin

66

Arsha

mencuba set itu kerana ia merupakan salah satu makanan kegemaran Afeef. Dia sendiri tidak tahu kenapa mulutnya begitu ringan memesan set itu di kaunter tadi. Makan burger aja? tanya Rafaal memulakan bicara. Comelnya kau, Fat. Sempat dia memuji dalam hati apabila melihat Iffat tersenyum kepadanya tadi. Haah. Balas Iffat pendek. Tiba-tiba teringin pulak. Kau datang dengan siapa? tanya Iffat pula sambil tertinjau-tinjau ke sekeliling. Manalah tahu kalau Rafaal datang dengan kekasih hatinya, tiadalah yang makan hati kalau nampak mereka berdua. Sebenarnya dia sengaja menukar topik sebab tidak mahu bersoal jawab tentang makanan segera itu. Takkan pula dia mahu bercerita yang Afeef membulinya hari ini. Buat malu diri sendiri pula nanti. Sejak bersetuju dengan rancangan gila Afeef, dia perlu menjaga maruah lelaki itu juga. Dari kejauhan pula, memang sudah ada yang makan hati. Tanpa Iffat sedari, Afeef menjadi pemerhati dari jauh. Pada awalnya tadi dia memang malas hendak berhenti, tetapi disebabkan sudah berjanji dengan mak dan abang Iffat, dia turutkan juga. Tetapi tidak pula menyangka ada yang menemani Iffat ke situ. Panas hatinya apabila melihat Iffat berbual mesra dengan Rafaal. Tanpa membuang masa, Afeef terus meninggalkan kawasan tersebut, memecut keretanya pulang ke rumah dengan perasaan marah yang tertahan di dada. Dia tidak faham kenapa perlu dia rasa marah setiap kali melihat Iffat berbual mesra dengan lelaki lain. Terutamanya Rafaal. Padahal dia sendiri akui yang dia tidak pernah mencintai Iffat. Sesekali dia menghentak stereng kereta dengan

67

Biar Aku Jadi Penunggu

tangannya untuk melepaskan rasa marah apabila teringat akan kemesraan Iffat dengan Rafaal. Pada waktu itu jugalah ada bisikan halus menyatakan yang Iffat memang ada hubungan dengan Rafaal. Tetapi cepat-cepat Afeef menggelengkan kepalanya sendiri. Selagi boleh dia cuba menafikan bisikan itu. Kuat hatinya menyatakan Iffat bukan perempuan seperti itu yang sanggup ada hubungan dengan lelaki lain sedangkan dia bakal menjadi isteri orang. Afeef beristighfar berulang kali untuk menenangkan hatinya yang tidak tenang itu. Rafaal, aku kena balik dululah. Dah lewat sangat ni. Aku dah janji dengan mak aku nak balik awal. Maaf ya, Rafaal. Jangan lupa datang majlis nikah aku nanti dengan aunty sekali, eh. Iffat meminta diri apabila melihat tiada tanda-tanda Rafaal ingin beredar dan seperti sengaja ingin mengajaknya berbual panjang. Dia tidak selesa andai ada mata-mata yang melihat kemesraan mereka berdua. Tidak mahu ada yang salah faham dengan kemesraan mereka. Dengan itu, cepat sahaja Iffat menghidupkan enjin kereta, ingin berlalu. Okey, Fat. Insya-Allah. Kau hati-hati drive, pesan Rafaal. Dia tahu yang Iffat tidak selesa berbual dengannya berdua begitu. Iffat dari tadi gelisah dan kerap melihat jam di pergelangan tangan. Dia tidak bodoh mentafsir reaksi Iffat itu. Tetapi memang dia sengaja ingin berlamaan dengan Iffat sebab bukan selalu mereka dapat berjumpa berduaan begitu walaupun di tempat awam. Peluang yang ada di hadapan mata, tidak akan disia-siakan walaupun mengetahui hakikat sebenar yang Iffat bakal menjadi hak milik Afeef Adwan. Sementara Iffat belum menjadi milik orang, tiada salahnya kalau dia hanya berbual kosong sebagai seorang sahabat. Dia

68

Arsha

tiada niat lain. Rafaal hanya memerhati sehingga bayang Satria Neo itu hilang daripada pandangan.

BELUM sempat pun Iffat melangkahkan kaki keluar dari kereta, telefon bimbitnya berbunyi. Dia lantas melihat nama si pemanggil. Sakit hatinya muncul kembali apabila melihat nama Hubby tertera di skrin telefonnya. Apa yang mamat ni nak lagi? Tak puas lagi ke sakitkan hati aku dia ni! rungut Iffat sendirian. Dengan malas, dia tetap menekan butang hijau tetapi tidak seperti kebiasaannya apabila mengangkat telefon yang didahului dengan salam. Dia masih marah dengan lelaki itu. Waalaikumussalam, jawab Iffat sepatah. Kau dah sampai rumah belum ni? tanya lelaki itu tidak bernada. Dah, balas Iffat pendek. Tanya sepatah, dia hanya jawab sepatah. Malas mahu bercakap lama dengan Afeef. Kejamkah dia buat bakal suami seperti itu? Seronok ada orang teman ya? Patutlah tak nak makan tadi. Sanggup pergi beli burger semata-mata nak jumpa kekasih hati, kan? sindir lelaki itu pedas menyebabkan dia ketap bibir. Geram! Apa kau cakap ni? Iffat mula berang apabila dia dituduh melulu tanpa usul periksa. Kau ingat aku tak nampak ke, Fat? Dia dengar suara Afeef yang mula meninggi. Kau nampak apa pulak ni? balas Iffat geram bila Afeef sengaja ingin menambah sakit hatinya lagi.

69

Biar Aku Jadi Penunggu

Dah la aku tengah lapar ni. Nanti ada pulak yang tertelan telefon ni nanti, bentaknya dalam hati. Rafaal temankan kau tadi, kan? giat suara itu lagi. Erk? balas Iffat spontan. Macam mana pulaklah mamat ni tahu aku jumpa dengan Rafaal tadi. Ops! Bukan jumpa, terjumpa. Siapalah mulut jahat pergi bagi tahu mamat laser ni, marah Iffat dalam hatinya. Dah, kau jangan nak buat-buat tak tahu pulak. Bukan main lagi kau, kan? Tadi aku suruh makan, kau banyak pulak alasan kata lauk pedaslah, apalah. Rupanya sengaja nak makan dengan Rafaal, kan? Kau cakap dengan aku, kau takde apa-apa hubungan dengan dia. Ni siap teman kau lagi, apa cerita pulak Fat? Afeef memuntahkan kata-kata sakit hatinya apabila dirasakan Iffat sengaja buat tidak faham. Kesabarannya sampai ke kemuncak. Kena settle malam ni jugak! Stop it Afeef! Kau jangan nak main tuduh-tuduh aja kalau kau tak tahu! Mana kau tahu semua ni? marah Iffat bila Afeef menuduhnya tanpa mengetahui hal yang sebenar. Tak payah kau nak sibuk aku tahu dari mana. Tu tak penting. Sekarang ni aku nak kau mengaku aja. Susah sangat ke? Kalau kau betul ada hubungan dengan Rafaal, kau terus terang aja dengan aku. Aku tak nak kau menipu kat belakang aku, Fat. Kau dah lupa ke janji yang kau buat? Nak jujur konon! Tak sangka pulak kau yang langgar janji tu. Lain kali kau tak payahlah suka hati nak berjanji kalau kau sendiri tak boleh nak ikut janji tu! marah suara itu lagi. Iffat gigit bibirnya sendiri. Dadanya turun naik menahan perasaan marah terhadap Afeef yang menuduhnya yang bukan-bukan. Malah dikatakan dirinya mungkir janji. Terasa pula ada air panas mula bertakung di tubir mata.

70

Arsha

Dah habis cakap dah? Puas dah hati kau? Okey, sekarang aku dah mengantuk, nak masuk tidur. Dan terima kasih dengan tuduhan-tuduhan yang kau dah bagi dekat aku tu! Assalamualaikum, balas Iffat senafas dengan suara yang dibuat-buat tenang. Padahal ingin dihamburkan kesedihan apabila dimarahi Afeef begitu. Tanpa menunggu Afeef membalas, Iffat terus menekan butang merah pada telefon bimbitnya. Terasa seperti disiat-siat hatinya apabila lelaki yang bakal dinikahi dalam tempoh seminggu itu menuduhnya yang bukanbukan. Apa Afeef selama ni memang tak percayakan aku ke? rintih Iffat apabila dituduh dengan perkara-perkara yang tidak dilakukan. Dirasakan pernikahan yang bakal berlangsung itu hanya sia-sia sahaja. Tetapi, memang pun pernikahan yang bakal berlangsung itu tidak memberi apaapa makna kepada dirinya mahupun Afeef. Semakin dekat majlis pernikahannya, semakin kerap pula mereka bertengkar. Lantas Iffat menaip ringkas di papan kekunci telefonnya sebelum menekan butang send. Begitu dalam maksud yang cuba disampaikan oleh Iffat kepada Afeef. Dia malas memikirkan masalah yang diciptakan oleh Afeef sendiri. Apa yang pasti, dia tahu apa yang dia lakukan dan kebenaran berada di pihaknya. Terpulang kepada Afeef untuk menilai. Mata banyak menipu, Feef. Kita jangan mudah tertipu dengan pandangan mata kita sendiri. Dan jangan pula terlalu mempercayai dengan apa yang mata kita nampak. Afeef membaca perlahan SMS yang dihantar oleh

71

Biar Aku Jadi Penunggu

Iffat berserta keluhan berat. Dia tahu yang dia terlalu ikutkan perasaan marahnya sehingga tidak memikirkan perasaan Iffat. Afeef meramas rambutnya perlahan apabila memikirkan keterlanjurannya dalam berkata-kata tadi. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Iffat itu. Afeef beristighfar di dalam hati kerana menyesali apa yang telah dilakukan terhadap Iffat sepanjang hari ini. Padahal, gadis itu tidak bersalah dan tiada satu pun sebenarnya kesalahan yang dilakukan. Hanya Afeef sahaja yang terlalu mengikutkan rasa sakit hatinya. Maafkan aku, Fat! katanya sendiri. Iffat menghempaskan tubuhnya ke katil. Terlalu letih badannya hari ini melayan kerenah Afeef. Ditambah pula dengan sakit hatinya kepada Afeef yang sengaja menyakitkan hatinya dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Bertambah letih seluruh badannya apabila memikirkan masalah antara dia dan Afeef. Iffat terpandang baju pengantin yang tergantung di pintu almari. Pasti baju itu telah digantung oleh maknya selepas dia keluar tadi. Burger yang dibelinya tadi telah diberi kepada Luthfi. Hilang selera makannya selepas bertengkar dengan Afeef. Semasa menyerahkan burger ke tangan Abang Luthfi tadi, sempat juga dia disoal siasat oleh abang dan maknya. Tetapi satu pun tidak dijawab. Hanya keluhan yang dihadiahkan. Sebenarnya dia tidak mahu abang dan maknya syak yang bukan-bukan antara dia dan Afeef. Cukup hanya mereka sahaja yang memahami situasi yang sebenar. Apalah nasib kau ni, Fat... kena kahwin dengan orang yang kepala angin macam Afeef tu, kata Iffat kepada dirinya sendiri. Kecewa apabila teringatkan kata-kata Afeef tadi. Iffat bingkas apabila teringat yang dia belum menunaikan solat isyak. Baru sahaja dia mencapai tuala di

72

Arsha

hujung katil, telefonnya berbunyi tanda SMS masuk. Dia mencapai telefonnya dan dilihat sekali lagi nama Hubby tertera. Apa lagilah mamat ni nak? Dia tak tahu ke aku nak rehat! bebel Iffat sendiri. Assalamualaikum. Fat, aku mintak maaf. Maaf? Senang sangat mulut tu mintak maaf kalau dah buat salah! rungut Iffat apabila membaca SMS yang diterima daripada Afeef itu. Dalam tidak mahu, dia membalas juga. Aku memang sentiasa maafkan kau. Balas Iffat juga pendek. Malas dia mahu memanjangkan lagi cerita tentang hal tadi. Cuma, dia tidak pasti sama ada hatinya ikhlas atau tidak bila menzahirkan ayat tersebut kepada Afeef. Seboleh-bolehnya dia mengikhlaskan hati untuk memaafkan Afeef walaupun hatinya masih sakit dan biarlah dia sendiri yang mencari penawarnya. Dia tahu Allah sentiasa di sisinya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi lagi. Tetapi kali ini meminta si empunya telefon mengangkat. Sekali lagi tertera nama Hubby di skrin kecil itu. Iffat hanya memandang sepi sehingga bunyinya mati sendiri. Dia tiada hati ingin bercakap dengan Afeef pada malam itu. Cukuplah dia telah mendengar kata-kata yang menyakitkan hatinya keluar dari mulut Afeef sepanjang hari. Tidak mahu ditambah lagi pada malam ini. Iffat terus melangkah keluar bilik untuk meneruskan niatnya tadi.

73

Biar Aku Jadi Penunggu

Sejak dia membuat keputusan untuk bernikah dengan Afeef, dia telah bersedia untuk menghadapi apa jua rintangan dan dugaan yang datang sekali gus mengajar dirinya agar sentiasa bersabar dengan perangai Afeef yang sejak dulu lagi telah dia kenali. Biarlah dia banyak mengalah bagi memastikan orang yang disayangi bahagia. Itu janjinya.

74

Arsha

Bab 7
EHARI sebelum majlis pernikahan, abahnya telah menjemput keluarga Afeef untuk makan malam bersama. Semua ahli keluarga Afeef ada bersama kecuali adiknya yang bongsu tidak menyertai mereka. Kata Hajah Zubaidah, anak bongsunya yang bersekolah asrama itu tidak dapat pulang pada majlis pernikahan Afeef dan Iffat kerana sedang menjalani peperiksaan percubaan. Minggu Afeef berangkat UK baru dia akan pulang. Pada waktu itu juga, baru Iffat perasaan bahawa terlalu banyak persamaan antara dia dan Afeef - dari bilangan adik-beradik, turutan dalam adik-beradik sehinggalah kepada hobi mereka yang gemar membaca. Belum lagi termasuk dengan perangai mereka yang suka membuat suatu keputusan ikut kepala sendiri. Itu pun Iffat ketahui setelah Hajah Zubaidah bercerita tentang Afeef pada malam itu. Habis semua rahsia Afeef dibocorkan oleh mamanya. Tergelak Iffat apabila mendengar celoteh dari mulut bakal ibu mertuanya itu. Dia perasan yang Afeef sesekali tersenyum malu apabila Puan Zubaidah bercerita perihal dirinya. Satu

75

Biar Aku Jadi Penunggu

perangai yang diwarisi oleh Afeef daripada mamanya adalah banyak cakap! Namun mereka berdua amat berbeza dari segi pendapat. Memang diakui yang dia sering berselisih pendapat dengan Afeef walaupun hanya perkara kecil sejak zaman sekolah lagi. Antara mereka, Iffatlah yang selalu mengalah kerana tidak mahu pertengkaran menjadi lebih panjang. Pada malam itu juga, hanya ibu bapa mereka sahaja yang banyak berbual akan perihal keluarga masing-masing kerana mereka juga memang sudah lama kenal. Adik-beradik Iffat yang lain pun tiada masalah untuk berbual mesra dengan Kak Afwan dan Afia. Dia juga tidak menyangka yang Kak Afwan dapat menerima baik dirinya untuk menjadi salah seorang ahli keluarga. Kak Afwan, kakak sulung Afeef pernah berkahwin setahun lalu tetapi telah kehilangan suami yang pada ketika itu sedang berkhidmat sebagai tentera udara kerana terlibat dalam suatu kemalangan udara semasa melakukan ujian penerbangan. Lebih menyedihkan apabila mereka tidak berpeluang untuk memperoleh cahaya mata semasa hayat suaminya masih ada. Kak Afwan yang kebetulan sebaya dengan Abang Luthfi dan pernah sekolah bersama suatu ketika dahulu, tidak janggal untuk berbual mesra. Namun Iffat perasan bahawa Affef lebih banyak mendiamkan diri sejak sampai ke rumahnya tadi. Hanya sesekali dia menjawab apabila ditanya oleh Abang Luthfi dan abah. Dia tahu, Afeef malu dengannya kerana hal seminggu yang lalu. Sejak itu, Afeef langsung tidak menghubunginya dan berjumpa untuk berbincang hal perkahwinan mereka seperti selalu. Hanya Hajah Zubaidah dan Kak Afwan yang sering bertanya akan hal-hal demikian kepadanya.

76

Arsha

Iffat perasan juga yang abangnya sudah banyak kali memberi isyarat mata supaya dia menegur Afeef. Tetapi Iffat sendiri masih canggung untuk berhadapan dengan Afeef selepas dia dituduh yang bukan-bukan oleh lelaki itu. Hal itu pun sebenarnya masih belum diselesaikan dan Afeef masih tidak mengetahui kebenarannya. Dilihat Afeef bangun dari duduknya dan berjalan ke luar rumah. Abang Luthfi sekali lagi memberi isyarat kepadanya supaya mengekori Afeef. Dengan rasa getar di hati, Iffat hanya menuruti. Dia melihat Afeef hanya duduk termenung di pangkin buruk bawah pokok jambu di hadapan rumahnya itu. Iffat memberanikan diri untuk mendekati Afeef yang sedang leka mendongak ke langit. Entah apa yang menarik sampai begitu sekali Afeef melihat. Iffat pun memandang ke arah yang sama untuk melihat apa yang sangat menarik perhatian Afeef itu. Hanya kepulan awan gelap yang menutupi bulan yang separa tu. Gelap-gelita langit malam itu tanpa sebutir bintang pun. Iffat pula yang leka mendongak ke langit sambil berdiri tidak jauh dari Afeef, tanpa sedar menjadi perhatian. Ehem.... Afeef sengaja berdeham untuk mengejutkan Iffat yang terleka tu. Termalu sendiri Iffat apabila Afeef yang menegurnya dahulu. Errr... kenapa duduk dekat luar? Tergagap Iffat memulakan bicara. Hmmm.... Saja tengok keindahan langit. Afeef beralasan kerana dia tidak betah duduk di dalam lama-lama kerana Luthfi asyik memerhatikan dia sahaja. Oh... ingat tak sudi nak duduk dalam rumah papan aku yang buruk tu. Maklumlah, bukan rumah batu macam rumah kau. Sengaja Iffat mengumpan dengan ayat yang

77

Biar Aku Jadi Penunggu

sinis begitu agar Afeef berkata-kata dengan lebih banyak. Itu lebih baik daripada dia diam membatu. Afeef memandang Iffat tajam. Kalau aku tak suka, dari awal lagi aku tak datang. Afeef sedikit terasa dengan kata-kata Iffat. Terus dia mendongakkan semula kepala melihat panorama langit yang gelap-gelita itu. Ermmm... kau duduklah dekat sini. Aku masuk dulu. Malas Iffat melayan Afeef yang seakan sengaja tidak mahu bercakap dengannya. Baru sahaja dia melangkah setapak, Afeef memanggil namanya. Fat! Aku mintak maaf pasal hari tu. Lantas Afeef berjalan mendapatkan Iffat. Iffat hanya mendiamkan diri sahaja dan terpaku di tempat dia berdiri. Aku sentiasa akan maafkan kau, balas Iffat ringkas tanpa memandang wajah Afeef yang sudah berdiri di belakangnya. Terima kasih jugak sebab kau sudi nak jadi isteri aku semata-mata kerana cita-cita aku, sambung Afeef lemah apabila memikirkan betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh Iffat terhadapnya atas nama sahabat. Hmmm... balas Iffat pendek. Kalau kau maafkan aku, takkan sampai dah tak nak tengok muka aku. Jawab Afeef perlahan bila Iffat masih tidak memandangnya. Ala esok pun aku boleh tengok muka kau. Tadi pun aku dah tengok muka kau apa? jawab Iffat dengan suara yang tertahan. Sebenarnya dia cuba mengusir rasa detak hatinya yang tidak seirama itu apabila Afeef berdiri hampir dengannya. Iffat terus membuka langkah untuk meninggalkan Afeef sendirian di situ.

78

Arsha

Kalau kau tak sempat tengok esok macam mana? balas Afeef, sengaja ingin memancing supaya Iffat menoleh ke arahnya apabila dia perasan gadis itu mula melangkah. Berderau darah Iffat apabila Afeef berkata demikian. Pada waktu itu juga dia mematikan langkah, serta-merta menoleh ke arah Afeef. Afeef pula mengekek ketawa melihat Iffat memusingkan tubuh sekelip mata apabila mendengar katakatanya tadi. Umpannya mengena. Iffat pula membulatkan matanya apabila melihat Afeef tergelak sakan mentertawakannya. Cisss, saja nak kenakan aku mamat ni! marah Iffat di dalam hati apabila melihat Afeef membuat pula aksi flying kiss ke arahnya. Iffat hanya membalas dengan jelingan maut sebelum terus melangkah ke dalam rumah. Malas mahu melayan perangai gila lelaki bernama Afeef Adwan itu. Maksud nama aja yang tenang, yang bersederhana. Tapi dia tu cepat sangat nak mengamuk. Tak sesuai betul! Bentak hatinya sendiri.

79

Biar Aku Jadi Penunggu

Bab 8
AT, aku mintak maaf sebab tak dapat nak sediakan apa yang sepatutnya. Rumah yang aku janjikan tu pun belum siap renovate lagi. Aku mintak maaf sangat-sangat. Terima kasih banyak-banyak sebab sanggup berkorban demi cita-cita aku ni. Aku akan ingat sampai bila-bila, Fat. Tu janji aku. Cuma, lepas aku balik nanti, kita bincang pasal masa depan hubungan kita ni semula. Kita pun dah janji nak cuba belajar bercinta, kan? kata Afeef seraya tersenyum mengusik. Iffat pula membulatkan matanya apabila mendengar ayat belajar bercinta itu. Eh dia ni! Sempat lagi nak bergurau masa ni... rungut hati Iffat melihat perangai Afeef yang sempat lagi untuk membuat lawak dalam keadaan yang tidak berapa menggembirakan hatinya itu. Apa jua keputusan nanti, kau boleh tunggu sampai aku habis belajar, kan? ujar Afeef perlahan, jauh dari pendengaran ahli keluarga lain yang turut sama berada di

80

Arsha

ruangan menunggu sebelum dia berlepas di lapangan terbang itu. Selama seminggu selepas bergelar suami isteri, tiada apa-apa perubahan ketara antara hubungan Afeef dan Iffat. Apa yang berbeza adalah dari segi tanggungjawab masing-masing. Kecuali bab tanggungjawab sebenar masing-masing yang belum ditunaikan. Afeef pula tidak pernah menuntut akan haknya yang satu itu kerana memahami akan keadaan sebenar hubungan mereka. Waktu tidur pula, Afeef dengan rela hati tidur di bawah dengan beralaskan comforter sepanjang mereka bergelar suami isteri. Iffat pada awalnya menegah, malah dengan rela hati juga menawarkan untuk mereka berkongsi katil. Tetapi Afeef yang menolak untuk berbuat demikian. Disebabkan rumah mereka masih di dalam proses ubah suai, Afeef mengambil keputusan untuk tinggal sahaja di rumah ibu bapanya memandangkan dia telah mempercepatkan tarikh untuk berlepas ke UK. Seminggu selepas hari pernikahan mereka. Katanya untuk membuat persiapan awal sebelum memulakan pengajian. Iffat pula tidak melarang. Cuma selepas Afeef berangkat, Iffat akan tinggal bersama keluarganya kembali. Dia tidak selesa lagi untuk tinggal bersama keluarga Afeef walaupun dia tahu, keluarga mertuanya itu menerima baik kedatangan Iffat sebagai ahli keluarga baharu. Panggilan aku dan kau? Mereka masih menggunakannya apabila berduaan sahaja dan secara automatik bertukar kepada panggilan nama Iffat dan Afeef apabila bersama dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin bunyinya agak pelik, tetapi mereka telah membuat keputusan sedemikian bagi mengelakkan ibu bapa mereka salah faham dengan hubungan yang terjalin itu. Walaupun ditegur

81

Biar Aku Jadi Penunggu

berkali-kali oleh ahli keluarga lain, Iffat dan Afeef tetap dengan pendirian mereka kerana sering kali juga mereka tersasul dengan panggilan aku kau apabila bersama ahli keluarga yang lain. Mujur ahli keluarga yang lain faham akan keadaan mereka berdua yang tidak seperti pasangan suami isteri lain. Hmmm... yalah. Aku tahu tu. Tapi, satu aja aku nak mintak izin dengan kau. Izinkan aku bekerja, Feef. Boleh, kan? balas Iffat lemah kerana dalam hatinya cukup sedih apabila memikirkan yang dia hanya akan bertemu semula dengan Afeef selepas tiga tahun dari sekarang. Bertambah kerisauan hatinya jika Afeef akan melupakan segala janji yang ditaburkan sebelum ini. Aku izinkan, Fat. Aku izinkan apa aja yang kau nak buat dan pergi ke mana pun. Kau tak payah susah hati. Aku halalkan semuanya, balas Afeef seraya menghadiahkan segaris senyuman. Boy, dah announce tu! laung Afwan, memanggil Afeef satu-satunya adik lelaki yang dia ada dengan panggilan manja itu. Hanya Afwan yang memanggilnya begitu. Sudah-sudahlah tu, Feef. Tahulah nak pergi jauh. Jangan lupa pulak bini kat sini bila dah sampai sana... kata Luthfi pula, sengaja mengusik Afeef yang tersenyum tawar. Setelah bersalaman dengan semua ahli keluarganya, dia mendekati Iffat. Lama mereka saling berpandangan dan Afeef menghulurkan tangan kepada Iffat. Iffat menyambut seraya mencium tangan Afeef dengan getar di dada. Sama seperti yang dirasakan ketika usai upacara pernikahan mereka seminggu lalu. Afeef pula mengucup lembut dahi Iffat. Jelas muka Iffat berubah dengan tindakan Afeef yang tidak disangka itu.

82

Arsha

Lebih-lebih lagi di hadapan ahli keluarganya yang lain. Kali kedua Afeef mengucup dahinya selepas pernikahan mereka minggu lalu. Jaga diri... pesan Afeef sebelum melangkah ke balai perlepasan dan melambaikan tangan setelah melepasi tempat pemeriksaan. Iffat terasa air matanya ingin menitis apabila melihat Afeef tersenyum kepadanya sebelum hilang daripada pandangan. Panjang umur kita jumpa lagi, bisik hati Iffat. Kak Hamani, kita singgah kedai coklat dulu sebelum balik, eh? kata Afia semasa dalam perjalanan mereka ke tempat parkir. Bukan dia tidak tahu perangai Afia yang memang pantang nampak kedai coklat. Sudah jadi kewajipannya untuk membeli. Okey balas Iffat ringkas dengan suara yang sengaja dibuat ceria sambil menghadiahkan senyuman kepada adik iparnya yang seorang itu. Tidak mahu Afia mengesan riak sedihnya selepas Afeef berangkat tadi. Ahli keluarga yang lain sudah meneruskan perjalanan masing-masing. Dia dan Afia tadi datang dengan kereta Afeef. Kalau pergi tadi Afeef sendiri yang memandu, balik nanti terpaksa dia memandu kereta Vios kesayangan Afeef itu. Afeef sendiri telah memberi kebenaran kepadanya untuk menggunakan kereta itu sepanjang ketiadaannya nanti. Katanya senang jika ingin ke mana-mana dan untuk dia pergi bekerja nanti. Ibu bapa mertuanya pula tidak membantah. Cuma Iffat yang berasa kurang selesa untuk menggunakan barang yang bukan haknya walaupun sebenarnya dia mempunyai hak tersebut. Afwan pula menaiki kereta Luthfi. Iffat perasan yang sejak makan malam di rumahnya itu, Luthfi dan Afwan

83

Biar Aku Jadi Penunggu

dilihat kerap berhubung. Jika tidak Luthfi yang menghubungi, pasti Afwan pula yang mencari abangnya itu. Dilihat masa berjalan beriringan pun tidak ubah seperti pasangan yang sedang hangat bercinta. Afeef juga perasan akan hal itu kerana pernah juga dia bertanya akan perihal Luthfi dan Afwan kepadanya. Adik bongsu Afeef, Afia Akma pula bersama mama dan ayahnya. Gadis itu tidak banyak bercakap dengannya sepanjang Iffat tinggal bersama. Mungkin tidak biasa dengan kehadiran orang baru dalam keluarga. Itu sahaja yang ditanamkan oleh Iffat dalam hatinya bagi mengelakkan berprasangka buruk terhadap Akma yang tidak menyukai dirinya berkahwin dengan Afeef. Sering kali dia beristighfar untuk menenangkan hatinya daripada beranggapan begitu. Sementara menunggu Afia memilih coklat kegemarannya, Iffat hanya berdiri bersandar di satu tiang besar berhadapan kedai coklat sambil membaca majalah Dara kepunyaan Afia. Sesekali dia menoleh ke arah orang yang lalu-lalang di hadapannya. Tiba-tiba dia ternampak seseorang yang seperti dikenalinya. Errr Atikah! Ragu-ragu Iffat memanggil seraya gadis itu menoleh ke arahnya. Iffat melemparkan senyuman dan terus mendapatkan gadis itu. Dia hampir tidak mengenali Atikah kerana penampilan gadis itu sudah jauh berbeza. Pandai bergaya mengikut perkembangan fesyen terkini. Buat apa kat sini? tanya Iffat. Eh, Fat! Lama kita tak jumpa. Apa khabar? Errr... aku hantar kawan, jawab Atikah sambil meninjau ke sekeliling kalau-kalau Iffat bersama dengan orang lain yang dikenalinya. Oh iya ke...? Alhamdulillah. Aku yang macam kau

84

Arsha

tengok ni, la. Ermmm... kau hantar siapa? tanya Iffat mesra apabila melihat Atikah seperti teragak-agak menjawab pertanyaannya tadi. Aku hantar Damia. Dia sambung study, balas Atikah pendek. Oh... alhamdulillah. Iffat tahu yang Atikah memang berkawan baik dengan Damia sejak di bangku sekolah lagi. Ke mana sahaja, pasti bersama. Walaupun mereka dan Iffat bukan sekelas, tetapi dia masih boleh bertegur sapa kalau berjumpa. Belum sempat lagi Iffat bertanya lanjut akan destinasi Damia, Afia sudah menggamitnya dari dalam kedai coklat. Atikah, aku kena gerak dululah. Lain kali kita berbual lagi. Tu Pia dah panggil aku tu! kata Iffat seraya membalas lambaian Afia dari dalam kedai. Atikah turut menoleh ke arah yang sama. Okey. Insya-Allah, balas Atikah. Sebelum Iffat beredar, sempat lagi mereka bertukar nombor telefon. Kak Hamani, cakap dengan siapa tadi? tanya Afia apabila kakak iparnya itu menghampirinya yang sedang membelek sekotak coklat kegemarannya. Oh, tu kawan sekolah akak dulu. Abang Afeef pun kenal dia, jawab Iffat. Abang Afeef! Tersenyum sendiri Iffat apabila dia dengan lancar pula menyebut perkataan itu. Tidak terlintas pun mahu gelarkan Afeef begitu di hadapan Afia. Kalau Afeef dengar, sudah pasti dia ditertawakan oleh suaminya itu. Buk! Ouch! Tiba-tiba ada orang terlanggar bahu Iffat yang turut sama memilih coklat di sebelah Afia.

85

Biar Aku Jadi Penunggu

Bab 9
Adoi! Terduduk Iffat di pasir dengan tidak semenamena apabila terasa ada objek melantun ke kepalanya tadi. Aunty Fat! Terdengar suara kanak-kanak lelaki yang berlari ke arahnya, lantas mengusap-usap kepala Iffat tanda prihatin akan kesalahan yang telah dilakukan. Sakit ke aunty? Sorry, sorry. Aan ingat aunty sempat elak. Aunty okey? tanya kanak-kanak itu lagi bila melihat Iffat masih memegang kepalanya. Fat! Kau okey ke tak ni? Kau ni biar betul! Sampai tak perasan bola tu tadi.... Jauh sangat kau termenung sampai tak sempat nak elak? Haha.... Gelak satu suara pula. Hah, gelak! Gelaklah banyak-banyak biar baby dalam perut kau tu pun gelak sama! marah Iffat apabila melihat dua beranak tu sama-sama menggelakkannya kerana tidak sempat mengelak daripada terkena bola yang dibaling oleh Farhan. Farhan anak sulung Hayati dan Luqman yang

UK!

86

Arsha

berkahwin selepas Afeef berangkat ke UK, tiga tahun lalu. Kini Hayati bakal menambah seorang lagi cahaya mata. Bahagia sungguh pasangan itu sekarang. Sering kali juga dia cemburu melihat kebahagiaan anak-beranak itu. Okey, okey... tak gelak dah, balas Hayati seraya memegang perutnya yang mula senak itu kerana terlebih ketawa melihat Iffat yang masih terduduk di pasir. Fat, apa yang kau fikir sampai macam tu sekali aku tengok kau termenung? tanya Hayati sambil membantu Iffat berdiri semula. Errr... takde apalah. Saja imbas memori lama, balas Iffat pendek untuk mengelak daripada Hayati bertanya lanjut. Eleh. Yalah tu! Macamlah aku tak tahu. Kau memang sibuk fikir pasal Afeef, kan? Mengaku ajalah, Fat. Serkap jarang Hayati apabila Iffat tergagap menjawab pertanyaannya tadi. Erk? Fikir pasal dia? Buat apa? Buang masa aku ajalah... nafi Iffat lalu duduk di kerusi rehat yang disediakan di tepi pantai itu. Hayati hanya mengekori. Farhan pula terus mendapatkan Luqman yang berdiri tidak jauh dari mereka. Yalah kau. Macamlah aku tak tahu kau tu. Manalah tahu kalau tiba-tiba dia dah sampai KL masa ni. Mesti kau tak sabar-sabar nak jumpa dia lepas kita balik KL nanti... giat Hayati, sengaja memancing Iffat supaya bercerita lebih lanjut. Erk? Sikit pun tak. Entah-entah dia dah lupa nak balik Malaysia dah. Syok sangat duduk sana. Kan minah salih ramai. Lagi cantik, lagi seksi daripada aku. Agaknya dia dah lupa dekat aku ni... jawab Iffat lirih apabila memikirkan soal Afeef yang langsung tidak menghubunginya selepas berangkat

87

Biar Aku Jadi Penunggu

dahulu. Hanya sekali sahaja Afeef menghubunginya. Itu pun sekadar memberitahu bahawa dia sudah tiba di sana. Selepas itu, langsung tidak dengar khabar berita. Kejam kau, Afeef! Penipu! marah Iffat di dalam hati. Bukan dia sahaja berasa pelik, tetapi ahli keluarganya yang lain pun sering tertanya-tanya kenapa Afeef berbuat demikian. Mana janji-janjinya dulu sebelum meninggalkan bumi Malaysia ini, Iffat sendiri tidak tahu. Jika dia tidak dihubungi, Iffat boleh bersabar lagi. Tetapi mama dan ayahnya sendiri turut dilupakan. Itu yang menambah kekecewaan Iffat kepada Afeef. Jauh berubah Afeef yang dikenali dulu berbanding sekarang. Dia tidak menyangka sungguh tega Afeef berbuat demikian kepada orang tua yang begitu menyayanginya. Sampai hati kau, Afeef keluhnya sendiri di dalam hati. Sungguhpun Iffat tidak tinggal bersama keluarga mertuanya itu, dia tidak lupa untuk menjenguk keadaan mereka. Setiap hujung minggu pasti Iffat akan datang menziarahi dan sesekali akan tidur semalam dua. Selain itu, Iffat juga tidak lupa menghulurkan wang kepada mertuanya itu walaupun sering kali Hajah Zubaidah menolak. Iffat juga tahu yang keluarga mereka lebih daripada mampu dan tidak perlu menerima sebarang wang tambahan daripada Iffat. Alasannya hanya satu, iaitu dengan menyatakan wang itu daripada kiriman Afeef setiap bulan kepadanya. Jika tidak, Hajah Zubaidah dan Haji Ramlee pasti akan menolak. Padahal, wang itu daripada titik peluhnya sendiri. Walaupun ia bukanlah dalam jumlah yang besar, tetapi sama rata dengan jumlah yang diberikan kepada Puan Hasmidah dan Encik Abdul Rahim. Telah dianggap keluarga mertuanya itu seperti keluarganya sendiri. Tambahan pula, keluarga mertuanya itu terlalu baik dengannya sepanjang ketiadaan

88

Arsha

Afeef. Hubungan mereka sangat mesra. Mak dan abahnya juga tidak pernah menghalang untuk dia berbuat demikian. Cuma, kebenaran tentang wang itu tidak pernah diceritakan kepada sesiapa. Biarlah menjadi rahsia peribadinya. Hmmm... terzahir keluhan berat di bibir comel itu apabila teringat kembali semua peristiwa yang menyebabkan dia terikat dalam keadaan begitu. Kalau berdasarkan undang-undang, Iffat sudah boleh menuntut fasakh daripada Afeef. Tetapi dia sendiri tidak tahu kenapa berasa berat untuk berbuat demikian. Cinta? Ya, sebab cintanya terhadap Afeef tidak pernah luntur walaupun bibirnya sentiasa menyatakan benci di atas perlakuan Afeef terhadapnya. Ada satu perkara yang Afeef tidak lupa lakukan hingga sekarang selepas bergelar suami kepada Iffat Hamani. Nafkah. Setiap bulan akaun Iffat akan terisi dengan sejumlah wang dan pastinya memang daripada Afeef. Itu satu-satunya janji yang ditunaikan oleh Afeef sebelum dia berangkat. Tetapi, belum pernah satu sen pun yang Iffat gunakan untuk perbelanjaan hariannya sepanjang bergelar isteri. Sebelum bekerja dulu pun, abahnya yang sering memberikan wang perbelanjaan walaupun Iffat tidak pernah meminta kerana dia masih mempunyai wang simpanannya sendiri. Abah juga melarang dia menggunakan duit pemberian Afeef. Katanya, biar sebagai simpanan untuk perbelanjaan dia dan Afeef selepas suaminya itu balik nanti. Begitu besar harapan keluarga Iffat kepada Afeef kerana sanggup menanggung makan pakai Iffat walaupun dia telah berkahwin. Tetapi tidak selepas Iffat bekerja. Dia sendiri tidak mahu membebani kedua-dua orang tuanya menanggung perbelanjaan keperluannya. Kerana dia tahu, banyak manalah hasil kebun kelapa sawit yang diusahakan oleh abahnya

89

Biar Aku Jadi Penunggu

selepas bersara itu. Tambahan pula kedua-dua adiknya masih lagi belajar. Mujur Luthfi juga banyak membantu. Agak senang keadaan keluarga mereka kini. Hayati turut bersimpati dengan nasib yang menimpa sahabatnya itu. Segala masalah yang dihadapi antara Iffat dan Afeef, dia dan Luqman tahu. Luqman memang berkawan baik dengan Afeef, begitu juga dengan dirinya yang begitu akrab dengan Iffat. Cuma sejak pemergian Afeef, sahabatnya itu sentiasa memendam rasa mengenangkan apa yang berlaku dalam hidupnya kini tidak seperti yang diharapkan. Hmmm... tak baik kau cakap macam tu, Fat. Dia still husband kau, kan? Sabarlah Fat. Apa lagi yang aku boleh kata. Itu aja yang kita mampu buat. Berdoa kepada-Nya supaya dipermudahkan segala urusan kau dengan Afeef. Aku dengan Luqman pun selalu doakan kebahagiaan kau orang berdua. Insya-Allah... pujuk Hayati apabila melihat Iffat hanya tertunduk memandang pasir. Dia jelas melihat mata itu mula berkaca-kaca. Thanks, Yat. Kau selalu bagi aku semangat, balas Iffat seraya memeluk erat sahabatnya yang sedang berbadan dua itu. Most welcome, beb. Insya-Allah. Aku dengan Luqman akan tolong kau mana yang mampu. Sabarlah... kata Hayati membalas pelukan Iffat. Pada waktu itu, Luqman datang menghampiri dengan Farhan yang dalam dukungan ayahnya itu. Sayang, dah la tu. Dekat maghrib dah ni. Jom kita mandi, solat dulu. Then, nanti boleh sambung sesi pelukpeluk ni. Majliskan mula lepas maghrib. Nanti terlambat pulak. Dah la korang berdua ni kalau bersiap, boleh sempat

90

Arsha

masak lemang! gurau Luqman sekadar untuk meredakan keadaan Iffat yang kelihatan sedih sejak tiba di Teluk Batik tengah hari tadi. Farhan pula sudah mengekek ketawa apabila pantas sahaja tangan Hayati mencubit perut suaminya itu. Amboi abang...! Bukan main lagi nak mengutuk orang, ya balas Hayati geram. Iffat sudah tersenyum melihat gelagat keluarga bahagia itu. Farhan turut mendapat habuan cubitan manja daripada ibunya di kedua-dua pipi gebu tu. Ibu ni... sikit-sikit cubit pipi Aan. Sakitlah bu! celoteh mulut anak kecil itu memarahi ibunya. Sungguhpun usianya belum pun menginjak tiga tahun, tetapi setiap patah perkataannya tidak lagi seperti kanak-kanak seusia dengannya. Sayang ni. Tangan tu kalau tak jalan tak boleh ke? Habis lebam-lebam badan abang sayang cubit... adu Luqman pula akan perangai isterinya yang satu itu. Lain kali buatlah lagi! balas Hayati pula sambil mencubit lagi pipi anak terunanya itu. Dah la, Yat. Merah pipi budak tu. Dah tu. Jomlah balik bilik. Nanti lambat pulak... kata Iffat seraya memulakan langkah pulang ke chalet masing-masing yang telah ditempah oleh pengarah program reunion mereka. Kebetulan pula pada waktu cuti sekolah, tiga hari dua malam mereka menginap di situ. Ini kali kedua mereka mengadakan reunion bersama rakan-rakan sekolah. Dan yang menyeronokkan, ia dilakukan di tempat yang sama pada kali pertama selepas

91

Biar Aku Jadi Penunggu

mereka tamat tingkatan lima dahulu dan ketika itu masingmasing masih belum berkeluarga. Afeef juga turut serta pada waktu itu. Sekarang masing-masing datang dengan keluarga. Riuh-rendah jadinya dengan ilai tawa dan tangisan kanakkanak. Hanya Iffat sahaja yang datang bersendirian tanpa ditemani sesiapa. Kalau dulu mereka hanya bercamping sahaja, tetapi kali ini pantai tersebut telah banyak berubah. Banyak kemudahan lain yang telah disediakan untuk pelancong yang datang, termasuklah beberapa buah chalet yang baru dibuka. Pada awalnya, Iffat menolak untuk menyertai reunion tersebut. Tetapi didesak oleh Luqman dan Hayati supaya turut serta. Kata mereka, bukan selalu program seperti itu diadakan. Tambahan pula, dia juga sudah lama tidak bercuti dan peluang ini diambil untuk merehatkan kepala dan hatinya yang sentiasa tidak tenang apabila teringat akan peristiwa lalu.

92

Arsha

Bab 10
yang berdiri di luar pintu itu.

AMA! Ayah! Kakak! jerit Afia berulang kali apabila melihat susuk tubuh lelaki

Apa yang kecoh sangat ni, Pia? Akak baru nak tidur. Terperanjat tau! marah Afwan apabila mendengar adiknya memekik dengan tiba-tiba. Haji Ramlee dan Hajah Zubaidah juga turut keluar melihat apa yang dikecohkan oleh Afia malam-malam itu. Selepas makan malam tadi, semua telah masuk ke bilik masing-masing dan hanya tinggal Afia seorang sahaja menonton TV di ruang tamu. Tiba-tiba dia terdengar suara orang memberi salam dan sepantas itu juga Afia bergegas untuk membuka pintu. Dilihatnya Afeef sedang tercegat di hadapan pintu. Terperanjat bukan sedikit apabila dia seakan tidak percaya melihat susuk tubuh abangnya. Gembira bukan kepalang apabila melihat wajah yang dirindui seisi keluarga sekian lama. Pia, kenapa jerit macam tu? Dah malam-malam ni.

93

Biar Aku Jadi Penunggu

Malu jiran dengar! tegur Haji Ramlee lembut, tetapi tegas dengan tingkah laku Afia. Abang... kata Hajah Zubaidah perlahan lantas memaut lengan Haji Ramlee, kuat. Belum sempat Haji Ramlee melihat siapa yang datang, dia menoleh ke arah isterinya di sisi yang pucat dengan tiba-tiba. Subhanallah... kenapa pulak ni, Idah? tanya Haji Ramlee sambil mengusap pipi Hajah Zubaidah. Afeef... jawab Hajah Zubaidah lemah. Dia hampir terjelepok apabila melihat susuk tubuh yang berdiri di hadapan pintu itu. Melihat wajah yang dirindui saban malam dan waktu. Haji Ramlee menoleh ke arah yang sama dan tiada kata-kata yang terzahir dari mulutnya apabila mata tua itu bertentang mata dengan anak lelakinya. Afia dan Afwan pula sudah tersedu-sedu menahan tangis kegembiraan melihat kepulangan Afeef yang memang mereka nanti-nantikan. Cukuplah mereka menangis pada setiap pagi raya lepas yang disambut tanpa kehadiran Afeef. Amat tidak bermakna Hari Raya mereka tanpa Afeef Adwan, satu-satunya anak lelaki tunggal keluarga. Subhanallah.... Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Haji Ramlee. Afeef yang sedari tadi berdiri, terus meluru mendapatkan kedua-dua orang tuanya. Jelas dia melihat wajah sedih kedua-dua orang tuanya itu yang semakin dimamah usia. Menambah lagi rasa bersalah dalam dirinya di atas apa yang telah dilakukan. Afeef memeluk erat keduaduanya. Tiada kata yang terucap selain tangisan halus keluarga itu menyambut kepulangan Afeef. Haji Ramlee meleraikan pelukan untuk melihat

94

Arsha

wajah anak lelaki tunggalnya itu. Banyak yang sudah berubah pada wajah itu. Jika dahulu sebelum berlepas ke bumi asing itu, Afeef tidak berkaca mata dan tiada langsung kumis nipis dan janggut di dagunya, anaknya kini kelihatan lebih matang dan berkeyakinan tetapi jelas juga wajah itu sedikit cengkung. Keletihan barangkali dengan perjalanan jauhnya. Makin segak rupanya anak ayah ni... puji Haji Ramlee dalam hatinya. Ayah, mama... maafkan Afeef dari hujung rambut, sampai hujung kaki. Maafkan Afeef ma, ayah. Afeef banyak dosa dengan mama, dengan ayah, dengan Iffat. Maafkan Afeef... kata Afeef berulang kali kepada kedua-dua orang tuanya itu. Teresak-esak Afeef menuturkan kata-kata maaf dan pada waktu itu juga dia tidak lagi mempedulikan air mata lelakinya dengan murah tumpah kerana kesalahan yang dilakukan. Dia sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan keampunan daripada kedua-duanya. Sungguh dia rasa bersalah dengan apa yang telah dilakukan sepanjang dia berada di negara orang. Tangan Haji Ramlee dan Hajah Zubaidah digenggam erat, dikucup berulang kali kerana rasa bersalah yang ditanggung. Sungguh dia tidak tenteram sepanjang berada di sana. Keadaan yang memaksa untuk dia tidak menghubungi kedua-dua orang tuanya. Syyy... dah tu, sayang. Mama dengan ayah dah lama maafkan Afeef... kata Hajah Zubaidah dalam sisa tangisnya. Hatinya sudah cukup gembira melihat anak lelaki tunggalnya itu dalam keadaan sihat pulang ke pangkuan keluarga. Dicium bertalu-talu wajah Afeef yang dirindui. Haji Ramlee hanya melihat dua beranak itu melepas rindu. Bukan dia tidak rindukan Afeef, tetapi dia tahu

95

Biar Aku Jadi Penunggu

isterinya lebih menanggung rindu akan anak kesayangan mereka itu. Feef, ayah syukur sangat Afeef dah balik semula ke rumah ni. Itu dah cukup, Feef. Cukup buat semua gembira. Afeef jangan risau, kami semua tak pernah marahkan Afeef. Yang sudah tu, sudahlah. Kita lupakan. Kita mulakan yang baru, Feef... tutur Haji Ramlee tenang seraya menepuk perlahan bahu si anak. Memang selayaknya dia dijadikan contoh oleh anakanaknya. Haji Ramlee seorang yang tenang dan tidak pernah meninggi suara apatah lagi mengangkat tangan memberi hukuman sekiranya anak-anak melakukan kesalahan. Tetapi setiap pesanan dan teguran yang keluar dari mulut Haji Ramlee, sentiasa tegas yang menjadikan anak-anak mudah mengikut kata dan amat menghormati dirinya. Boy! Sampai hati Boy buat kita orang semua macam ni. Boy tak sayangkan kita orang semua ke...? giliran Afwan pula menghamburkan kesedihannya kepada Afeef. Kak, Boy mintak maaf, kak. Boy sayang semua, kak. Maafkan Boy, kak sebab buat semua orang sedih... balas Afeef lantas memeluk erat satu-satunya kakak yang dia ada. Tumpah lagi air matanya. Pia... panggil Afeef perlahan selepas meleraikan pelukan Afwan. Dia perasan yang adiknya yang seorang itu menangis teresak-esak lebih daripada yang lain. Sebab dia tahu, pasti Afia paling terasa dengan apa yang telah dilakukan. Afia yang paling rapat dengannya berbanding Akma dan Afwan. Afia hanya diam membisu. Hanya terdengar sendu tangisnya. Afeef lantas mendapatkan Afia yang masih tercegat di tepi pintu sedari tadi. Dipeluk erat gadis yang amat disayangi itu.

96

Arsha

Agaknya, dengan siapalah budak ni mengadu kalau dia ada masalah... desis Afeef dalam hatinya apabila mengenangkan Afia semasa ketiadaannya. Jika dulu, dialah tempat mengadu sekira adiknya itu mempunyai masalah. Memang tidak pernah ada rahsia antara mereka. Abang balas Afia perlahan dalam esak tangisnya. Membalas erat pelukan Afeef. Sungguh dia amat merindui lelaki itu. Sayang, abang mintak maaf. Im really sorry, Pia... jawab Afeef, tidak tertahan bila melihat wajah sendu adik kesayangannya berair mata. Afia sekadar menganggukkan kepalanya tanda dia memang sedia memaafkan apa jua kesalahan yang telah abangnya lakukan. Afeef meleraikan pelukan seraya menyapu wajah basah di hadapannya itu dengan jari kasarnya. Cengeng sangat adik abang ni, usik Afeef lalu mencuit hidung Afia apabila melihat adiknya itu tidak berhenti lagi menangis. Akma dekat mana sekarang, Pia? Afeef bertanya pula akan perihal adik bongsunya. Afia tidak menjawab kerana sibuk mengelap cecair yang keluar dari hidungnya kerana terlalu banyak menangis. Akma dah study dekat USM, Feef. Last week dia baru balik. Maybe, cuti semester nanti baru dia balik lagi. Nak mama call dia ke? jawab Hajah Zubaidah seraya menawar diri untuk menghubungi anak bongsunya. Oh... hmmm... takpe, nanti Afeef sendiri call adik, balas Afeef ringkas. Errr ma, Iffat mana, ma? tanya Afeef tergagap tentang seorang wanita yang masih sah menjadi isterinya.

97

Biar Aku Jadi Penunggu

Sememangnya dia tidak pernah melupakan Iffat sepanjang dia di sana. Seorang sahabat dan juga isteri yang ditinggalkan demi mengejar impiannya. Iffat Hamani. Satu-satunya wanita yang telah banyak berkorban demi dirinya. Iffat sekarang dekat Perak. Katanya ada reunion sekolah... beritahu Hajah Zubaidah tentang satu-satunya menantu perempuan yang dia ada. Afeef sudah duduk di sebelah mamanya. Semua diam dan hanya mata sahaja berfokus kepada Afeef yang sedang meliar matanya melihat keadaan dalam rumah yang telah tiga tahun ditinggalkan. Tiada banyak perubahan. Susun atur barang-barang masih sama seperti sebelum dia meninggalkan rumah itu. Feef, mana beg baju semua? Takkan lenggang kangkung aja balik? tegur Haji Ramlee apabila melihat anaknya itu langsung tidak membawa apa-apa ketika melangkah masuk ke dalam rumah. Errr... lupa.... Ada dalam teksi dekat luar. Sekejap, Afeef ambik. Jawab Afeef apabila baru teringat akan barangbarangnya yang masih di dalam teksi di luar rumah. Afeef terus menapak ke luar rumah dengan getar di dada yang masih lagi belum reda selepas berhadapan dengan keluarga yang dilupakan selama tiga tahun itu. Ada satu lagi perkara penting yang harus dikhabarkan kepada keluarganya. Afia yang sememangnya berdiri di tepi pintu sedari tadi terus mengekori langkah Afeef ke arah teksi yang dimaksudkan. Kesian anak papa tidur.... Penat ya sayang...? bisik Afeef kepada anak comel yang sedang lena tidur di dalam teksi itu. Terlupa sebentar akan kewujudan si comel yang baru berusia setahun enam bulan itu. Selesai sahaja Afeef mengeluarkan barang dan membayar tambang teksi itu,

98

Arsha

cepat dia menggendong si comel yang sedang nyenyak tidur. Dia tidak perasan akan Afia yang sedari tadi sudah lama berdiri tidak jauh darinya. Dia nampak adiknya itu menutup mulut dengan kedua-dua tapak tangannya. Jelas benar riak terkejut di wajah itu. Cuma gadis itu tidak pula menjerit seperti mula-mula dia melihatnya berdiri di muka pintu tadi. Pia.... Itu sahaja yang terkeluar dari mulut Afeef apabila terpandangkan Afia yang berdiri tegak memandangnya. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau bantulah hambaMu yang lemah ini berhadapan dengan ahli keluargaku, Ya Allah.... Doa Afeef di dalam hati. Pia panggil Afeef lemah kepada adiknya itu. Abang... balas Afia sambil mendekati Afeef dan si comel yang lena dalam pelukan papanya. Belum lagi hilang rasa hati yang masih terkejut akan kepulangan Afeef, sekali lagi dia dikejutkan dengan kewujudan si comel di dalam pelukan abangnya. Diusap perlahan pipi mulus si comel. Subhanallah, comelnya dia... desis hati Afia. Jatuh kasih apabila melihat wajah mulus si comel yang sedang lena itu. Satu yang jelas terlihat di wajah mulus itu adalah iras abangnya. Afia memandang abangnya dengan penuh tanda tanya. Abang, bagi Pia bawak baby ni... pinta Afia tibatiba apabila abangnya hanya mendiamkan diri. Terus sahaja Afia mengambil si comel daripada pelukan Afeef dan dibawa masuk ke dalam rumah. Afwan pula sedari tadi sudah menunggu di muka pintu. Niatnya tadi ingin membantu Afeef mengangkat beg yang dibawa. Tetapi dia sendiri terpegun apabila melihat Afia menggendong si kecil yang sedang lena tidur. Baru sahaja dia ingin bertanya, Afia menunjukkan isyarat senyap kepada

99

Biar Aku Jadi Penunggu

Afwan dan memuncungkan mulutnya ke arah Afeef yang berjalan di belakangnya sambil menarik sebuah beg besar dan sebuah lagi beg sandang di bahu. Terlalu banyak tanda soal di dalam kepala apabila melihat kewujudan si comel yang tidak dikenalinya itu. Pia, anak siapa pulak Pia ambik ni? tanya Hajah Zubaidah, sedikit terkejut apabila Afia masuk ke dalam rumah dan duduk di hadapannya sambil memangku anak kecil. Pia... panggil Haji Ramlee pula apabila Afia leka mengusap rambut si kecil di pangkuannya. Afia membalas pandangan kedua-dua orang tuanya lalu menunjuk ke arah Afeef yang sudah berdiri di tepinya. Afwan pula sudah duduk di sebelah Afia kerana dia juga cukup teruja melihat si comel yang sedang lena itu. Sungguh, memang dari dulu lagi dia inginkan cahaya mata tetapi tidak kesampaian. Pia, bagi akak pegang baby ni... pinta Afwan pula apabila dia terasa ingin memeluk dan mencium si kecil itu. Terlalu menggebu naluri keibuannya apabila melihat wajah mulus itu. Hajah Zubaidah hanya memerhati kedua-dua anak perempuannya yang begitu asyik dengan si kecil. Terganggu sedikit tidur si kecil apabila Afwan mengambilnya dari pangkuan Afia. Feef, anything you want to explain? tanya Haji Ramlee lembut apabila melihat Afeef hanya tunduk seperti pesalah. Memang pun dia sudah berbuat salah apabila menjalin cinta dengan Damia Hani semasa di bumi asing itu tanpa pengetahuan mama dan ayahnya. Juga kepada wanita yang telah banyak berkorban demi dirinya. Iffat Hamani.

100

Arsha

Ayah, mama... I can explain. But, give me a chance to meet my wife first, ma lirih Afeef menuturkan kata apabila melihat ayah dan mamanya mempamerkan riak wajah tanda tanya kepadanya. Feef apa lagi yang Afeef dah buat ni...? tanya Hajah Zubaidah lembut. Sebenarnya dia memang terkejut dengan kehadiran si kecil itu. Tetapi apa yang dia pasti, si kecil itu mesti ada pertalian darah dengannya apabila melihat kening lebat si kecil cantik terbentuk seperti Afeef dan anakanaknya yang lain. Satu ciri yang diwarisi daripada suaminya. Haji Ramlee hanya diam tanpa kata untuk memberi ruang kepada anak lelakinya itu menerangkan perkara yang sepatutnya diterangkan kepada semua ahli keluarga yang menantinya selama ini. Ayah, mama errr... ni sebenarnya anak Afeef dengan Damia... jawab Afeef lemah. Faham dengan maksud pandangan ayah dan mamanya kepada si kecil. Hampir menitis air matanya apabila menyebut nama Damia. Satusatunya perempuan yang dicintai sepenuh hati sehingga dia sendiri lupa akan keluarganya dan seorang wanita yang bergelar isteri di tanah air sendiri. Astaghfirullahalazim.... Beristighfar Hajah Zubaidah apabila mendengar nama Damia meniti di bibir anaknya. Haji Ramlee hanya diam mendengar. Ma, jangan salah faham, ma. Kami... sebenarnya... dah nikah dekat sana, ma... jawab Afeef lemah apabila melihat riak terkejut mamanya apabila dia menyebut nama Damia. Kerana dia tahu, memang sejak dulu lagi Hajah Zubaidah tidak berkenan jika dia bernikah dengan Damia. Cadangannya untuk bernikah dengan Damia demi memenuhi permintaan mamanya dulu, ditolak oleh Hajah Zubaidah

101

Biar Aku Jadi Penunggu

kerana kurang menyenangi sikap wanita itu yang dilihat sedikit liar. Ia jelas daripada cara berpakaian Damia yang seksi dan cara bercakap yang manja melampau. Sungguh Hajah Zubaidah tidak berkenan menyebabkan Afeef mengambil keputusan untuk bernikah dengan Iffat. Astaghfirullahalazim... Afeef.... Sekali lagi terdengar mamanya beristighfar untuk menenangkan hati dengan pengakuan Afeef. Dilihat ayahnya hanya menggelengkan kepala. Sungguh kecewa hati si ibu apabila anak yang amat disayanginya bernikah dengan wanita yang tidak disenanginya tanpa pengetahuan keluarga. Bertakung lagi air jernih di tubir mata Hajah Zubaidah. Kecewa dengan apa yang telah Afeef lakukan. Idah, sabarlah.... Semuanya dah jadi.... Takde apa lagi yang perlu dipersoalkan. Afeef pun dah balikkan...? Haji Ramlee membuka mulut menenangkan isterinya yang sudah mula mengesat air mata. Sungguh tergores hati si ibu diperlakukan oleh Afeef. Ma... maafkan Afeef, ma.... Afeef sudah melutut di hadapan mamanya yang mula tersedu-sedu menangis. Hajah Zubaidah hanya mendiamkan diri. Memang hatinya begitu terasa dengan apa yang telah dilakukan oleh Afeef. Kesian Iffat... desis hati tuanya apabila teringatkan menantu yang seorang itu. Teringatkan nasib Iffat yang membuatkan Hajah Zubaidah bertambah sedih. Hajah Zubaidah memegang kepala Afeef dan menegakkan wajah yang menunduk di hadapannya itu. Dia mengucup lembut wajah Afeef lalu mendakapnya erat. Diusap bahu si anak perlahan. Sungguh dia terlalu sayang dan merindui anak itu.

102

Arsha

Afeef tak kesian ke dengan Iffat...? bisik Hajah Zubaidah lembut ke telinga Afeef. Sengaja ingin menyedarkan Afeef akan kewujudan seorang wanita yang menunggunya saban hari. Terasa begitu menusuk di hati Afeef apabila mamanya menyebut nama Iffat. Ya, sungguh! Dia memang rasa bersalah yang teramat dengan wanita itu kerana melanggar janji yang telah ditabur kepada Iffat dahulu. Maafkan Afeef sekali lagi, ma... balas Afeef lembut seraya meleraikan pelukan. Dikucup lembut wajah mamanya itu. Sudahlah Feef... benda dah jadi, Afeef. Yang sudah tu, sudahlah... kata Haji Ramlee pula apabila melihat dua beranak itu kembali tenang. Haji Ramlee memang bukan jenis yang suka memarahi anak-anak apatah lagi memusuhi mereka jika ada perlakuan anak-anak yang tidak disenanginya. Sejak dulu lagi, begitulah sikapnya. Sikap yang satu ini menyebabkan dia rapat dengan anak-anaknya malah ramai kenalannya juga begitu menghormatinya kerana sikap yang satu itu. Wajah itu sentiasa tenang. Afwan dan Afia hanya mendiamkan diri sedari tadi, tidak mahu campur tangan akan permasalahan yang dihadapi oleh Afeef kerana mereka tahu bahawa Afeef pasti akan menerangkan perkara sebenar apa yang telah berlaku menyebabkan dia langsung tidak mengirim khabar kepada keluarganya selama tiga tahun itu. Hajah Zubaidah mengalih pandang kepada si kecil yang lena di pangkuan Afwan. Comelnya cucu mama ni, Feef... desis hati tuanya melihat si kecil itu. Dalam diam dia menerima kehadiran si

103

Biar Aku Jadi Penunggu

kecil itu. Kerana dia tahu, memang tiada salahnya si kecil itu. Kenapa tidak dia menerima baik kehadirannya? Darahnya juga turut mengalir di dalam tubuh si kecil yang lena. Malangnya, si ibu bayi itu bukan pilihan hatinya. Apa lagi yang ingin dikesalkan. Semuanya telah berlaku. Dia berjanji akan menerima baik kehadiran Damia dalam keluarganya. Cuma, masalahnya sekarang adalah Iffat. Dapatkah wanita itu menerima keadaan Afeef yang kini telah banyak berubah? Malah telah bergelar papa kepada si kecil itu tanpa pengetahuannya. Feef, mana Damia? tanya Haji Ramlee apabila sedari tadi persoalan akan ibu kepada si kecil itu sentiasa berlegar-legar di dalam kepalanya. Errr... sebenarnya kami dah bercerai, ayah... bulan lepas... terang Afeef perlahan. Dia hanya melihat si kecil yang sedang lena itu telah bertukar ke pangkuan mamanya. Dalam hatinya memanjat rasa syukur yang teramat kepada Allah apabila si kecil itu diterima baik dalam keluarganya. Laaa, abang... kenapa pulak? tanya Afia yang sedari tadi hanya diam, menyampuk dengan tiba-tiba. Matanya tidak lepas memandang wajah si comel itu. Feef, siapa nama cucu mama ni? Belum sempat Afeef menjawab soalan Afia, mamanya telah menyampuk bertanya akan nama si kecil itu. Muhammad Aqil Irfan, ma... jawab Afeef seraya tersenyum melihat kakaknya yang asyik mengusap rambut anaknya yang sedang lena itu. Ermmm... Pia, mama, ayah... Afeef akan cerita kemudianlah hal tu. Buat masa ni, Afeef ingat Afeef nak cari Iffat dulu. Banyak perkara yang Afeef kena bincang dengan dia, sambung Afeef lagi.

104

Arsha

Hmmm, yalah... ayah tak kisah, Feef. Benda dah berlalu, kan? Sekarang ni, hal Iffat. Harap Afeef dapat selesaikan secepat mungkin. Ayah tak nak Afeef seksa Iffat terikat macam tu. Kalau Afeef memang tak nak dia, lepaskan cara baik. Jangan diseksa anak orang yang tak bersalah tu, balas Haji Ramlee, sengaja ingin menguji kesungguhan Afeef kepada menantunya itu. Dia tahu Iffat memang sayang dan cintakan Afeef dengan ikhlas. Ia jelas apabila melihat kesungguhan Iffat yang sentiasa mengambil berat akan keadaan keluarganya dan sering bertanya akan perihal Afeef kepadanya. Jelas kelihatan sinar cinta yang suci di mata menantunya itu. Teringat juga dia akan wajah Iffat yang cukup berseri pada pandangannya semasa hari pernikahan tiga tahun lalu. Afeef pula telan liur mendengar kata-kata ayahnya. Sedikit tersentap hatinya apabila mendengar perkataan lepaskan dari mulut ayahnya sendiri. Sungguh, langsung tiada niat di hati untuk melepaskan Iffat. Kepulangannya ini pun ingin menunaikan semua janji yang pernah dilafazkan kepada Iffat dulu. Dia ingin menebus semula kesalahannya yang lalu. Itu tekadnya untuk berjumpa dengan Iffat. Ayah, takde niat pun Afeef nak lepaskan dia. Afeef nak dia kekal jadi isteri Afeef... jelas Afeef lirih apabila dia sedikit terasa dengan kata-kata ayahnya tadi. Hajah Zubaidah dan yang lain-lain hanya diam mendengar pengakuan Afeef itu. Abang, kesian Kak Hamani... sampuk Afia pula, sengaja memancing perhatian abangnya. Hanya keluhan berat yang terbit daripada bibirnya. Sungguh, rasa bersalah begitu menggunung di dalam hatinya apabila teringatkan wajah wanita itu.

105

Biar Aku Jadi Penunggu

Feef, biar mama telefon Iffat kejap bagi tahu Afeef dah balik, ya... kata mamanya seraya menyerahkan si kecil itu ke pangkuan Haji Ramlee. Haji Ramlee menyambut lalu mencium pipi mulus si kecil itu. Cucu atuk, desis hati lelakinya melihat si kecil dalam pangkuannya lena tidak berkutik langsung apabila Hajah Zubaidah menyerahkan kepadanya. Letih sungguh gayanya. Hajah Zubaidah sudah melangkah ke meja telefon dan Afeef tidak pula menghalang. Beberapa ketika kemudian, Hajah Zubaidah kembali ke tempat duduknya. Feef, Iffat kata lusa baru dia balik. Dua malam reunion dia orang... terang Hajah Zubaidah, memahami akan pandangan mata Afeef yang penuh berharap untuk mengetahui akan keadaan menantunya itu. Errr... Afeef ingat Afeef nak pergi sana ajalah malam ni, balas Afeef perlahan. Sesungguhnya dia tidak dapat lagi menanggung rasa bersalah di dalam hati dan ingin segera diluahkan kepada Iffat. Empat pasang mata tertumpu kepadanya apabila dia menyuarakan keinginannya untuk berjumpa dengan Iffat pada malam itu juga. Boy ni biar betul! Dah pukul berapa ni? Tak penat ke? celah Afwan akan hasrat Afeef itu. Errr... takdelah penat sangat. Bukan jauh pun Teluk Batik tu. Afeef larat lagi nak drive... balas Afeef bersungguh. Ala abang ni... tunggu ajalah Kak Hamani balik Ahad ni. Abang bukan nak balik UK semula, kan...? kata Afia pula apabila abangnya hendak buat kerja gila lewat malam begitu. Terkejut beruk pula kakak iparnya itu nanti apabila tiba-tiba melihat Afeef muncul di hadapannya.

106

Arsha

Ikut Afeeflah. Ayah dengan mama tak halang. Kalau Afeef rasa itu yang perlu Afeef buat, Afeef buatlah. Cuma satu aja ayah pesan, jangan nak bergaduh pulak kalau dah jumpa Iffat tu nanti. Cakap elok-elok dengan dia. Kalau dah dua-dua berangin nanti, satu pun tak jadi apa... pesan Haji Ramlee tegas akan keputusan yang dibuat oleh Afeef. Dia tidak menghalang keputusan anak lelakinya itu kerana tahu yang Afeef takkan mengubah sebarang keputusan yang telah dibuat. Sikapnya yang satu itu memang tidak pernah berubah sejak dulu lagi. Afeef, malam ni mama bawak Aqil tidur dengan mama ajalah, ya. Afeef nanti tidur sana, kan? kata Hajah Zubaidah pula. Sebenarnya dia sudah jatuh sayang kepada si kecil itu. Afwan dan Afia serentak memandang mamanya. Ala mama... baru ingat nak bawak Aqil tidur dengan Afwan... rungut Afwan apabila mama dan ayahnya sudah tersengih. Afeef hanya tersenyum memandang Afwan dan Afia yang sudah memuncung. Alaaa... Pia pun... tambah Afia pula yang turut sama kecewa. Alah... kamu berdua bukan tahu jaga baby. Biar malam ni ayah dengan mama yang jaga, gurau Haji Ramlee pula, sengaja mengusik kedua-dua anak perempuannya itu. Hajah Zubaidah pula hanya tersenyum mendengar kata-kata suaminya. Afia hanya mencebikkan bibirnya bila mendengar usikan ayahnya. Memang pun dia tidak tahu menjaga budak-budak. Dia geram melihat pipi mungil Aqil yang sedang lena itu. Pia, malam ni Pia teman abang pergi sana nak

107

Biar Aku Jadi Penunggu

tak? pinta Afeef apabila melihat wajah Afia yang sudah masam mencuka itu. Hah! Kenapa pulak Pia kena teman? Tadi bukan ke abang yang kata abang larat lagi nak drive? sindir adiknya. Sengaja ingin mengusik abangnya itu. Alaaa... boleh la.... Manalah tahu kalau abang tertidur ke masa drive nanti. Dah Aqil jadi anak yatim pulak. Esokkan hari Sabtu. Tak kerja, kan...? kata Afeef lemah, sengaja ingin menagih simpati adiknya itu. Dia tahu kelemahan Afia yang satu itu. Tidak boleh jika ada orang yang meraih simpati. Pasti akan dituruti segalanya. Afeef pula sudah sembunyi senyum. Dia tahu adiknya itu tidak akan menolak permintaannya.

108

No. ISBN:- 978-967-0448-31-2 Jumlah muka surat:- 1,136 Harga Runcit:- S/M: RM37, S/S: RM40 Harga Ahli:- S/M: RM33, S/S: RM36 Sinopsis:Iffat Hamani dan Afeef Adwan bersahabat sejak di bangku sekolah. Namun, persahabatan yang terjalin disalah guna oleh Afeef apabila menggunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai impian yang sudah lama dirancang. Iffat yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Afeef, menerima lamaran Afeef dengan harapan mereka punya peluang untuk hidup bahagia atas janji yang ditabur oleh Afeef sebaik sahaja lelaki itu pulang semula ke tanah air. Namun, dua tahun yang dijanjikan akhirnya berlanjutan hingga tiga tahun. Lelaki itu mendiamkan diri tanpa sebarang berita. Tetapi Iffat masih berpegang pada janji dan sanggup menunggu lelaki itu walaupun hati sendiri terluka. Selepas tiga tahun tanpa khabar berita, Afeef muncul kembali bersama si comel. Kebenaran terbongkar apabila si comel itu merupakan anak Afeef bersama Damia.

Mereka berkahwin atas nama cinta. Namun, hubungan itu tidak berpanjangan apabila Damia curang hanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang ada. Afeef kembali dengan harapan baru dan ingin menunaikan segala janjinya dahulu kepada Iffat. Iffat yang benar-benar terluka atas apa yang dilakukan tidak mampu berbuat apa. Kehadiran si comel diterima dengan hati yang terbuka kerana sememangnya naluri keibuannya begitu menggebu dan sudah menjadi impiannya sebaik sahaja bergelar isteri. Tetapi kesalahan yang dilakukan oleh Afeef membuatkan dia ragu-ragu untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dia tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini. Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati. Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.

Di mana janji kerana hati, andai ada hati yang disakiti? Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan BIAR AKU JADI PENUNGGU di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 31-1, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 5337 Faks:- 03-4149 1196

You might also like