You are on page 1of 165

Arisa Eriza

Prolog
UL, kau jangan tidur lewat sangat. Aku nak tidur dah ni, kau studi betul-betul. Esok boleh guna bluetooth hantar maklumat kat kepala kau masuk dalam kepala aku. He he, ujar Saiful, teman satu bilikku di matrikulasi malam itu. Jam di dinding bilik sudah menunjukkan pukul dua suku pagi. Saiful yang sedang berdiri di sebelah sudah menggeliat penat sambil meletup-letupkan pinggangnya dan menggosok-gosok matanya yang sudah mula kuyu itu. Banyak la bluetooth kau! Dah, kau pergi tidur aje la. Semak aje aku rasa tengok kau tersengih-sengih macam nangka busuk sebelah aku ni. Aku balas dengan nada malas nak layan. Buku nota fizik aku tatap kembali lepas aku tampar lengan Saiful dengan agak kuat. Weh, failed BM kau! Sengih macam kerang busuk la, bukan nangka busuk. Ha ha. Saiful gelak jahat sambil berjalan perlahan dan segera membaringkan badannya di atas katil.

Hero Aku Tomboy

Ah, diam la kau! Aku membalas sambil tersenyum dalam sembunyi. Malu sendiri kaedahnya, hu hu. Tak lama kemudian, suasana kembali sunyi. Sesekali terdengar bunyi desir angin dari luar. Tingkap yang terbuka sedikit itu membolehkan udara dingin di luar berlumba-lumba masuk ke dalam bilik, membuatkan aku terasa seram sejuk. Seram sejuknya terasa lain macam pulak pagi ni. Dum! Kedengaran bunyi pintu almari ditutup kuat di belakang aku secara tiba-tiba. Aku segera memandang ke belakang, di mana kedudukan almari baju kami berada. Tapi tak ada apa-apa yang dapat aku lihat, cuma Saiful yang sudah pun lena diulit mimpi. Aku telan air liur. Siapa pulak yang main pintu almari pagi-pagi buta macam ni? Aku abaikan dengan bersangka baik, mungkin bunyi itu datang dari bilik sebelah. Aku teruskan dengan ulang kaji aku. Tidak sampai dua minit kemudian, telinga aku menangkap pula bunyi sudu dan garpu berlanggaran dan dibuang ke lantai. Bunyi itu betul-betul di belakang aku. Aku terbayang sudu dan garpu Saiful yang disusun di atas rak meja studinya untuk dia makan mi segera tiga kali seminggu. Aku dengan debaran yang kuat di dada, memberanikan diri untuk memandang ke belakang sekali lagi. Tapi keadaan sama aje macam tadi, tak ada apa yang berlaku. Sudu dan garpu itu terletak elok di tempatnya, bukan di atas lantai. Aku mula memikirkan benda bukanbukan, bulu romaku segera menegak. Tiada hantu di dunia ni. Itu semua hanya syaitan dan iblis menjalankan tugas mereka dengan menakutnakutkan manusia supaya manusia takut pada mereka, bukan pada Allah.

Arisa Eriza

Terngiang-ngiang di telingaku suara Ustaz Ramli menerangkan tentang kewujudan hantu di dunia ini. Aku cuba abaikan gangguan tadi dengan fokus kepada acara mengulang kaji aku memandangkan esok merupakan kertas peperiksaan akhir untuk subjek yang agak susah. Sementelah aku masih tidak habis mengulang kaji kerana banyak mainmain di masa lapang. Ayat pelindung aku cuba baca untuk memberi semangat meneruskan pembacaan, sehinggalah kelibat wanita berambut panjang dan kusut-masai melintas di hadapan tingkap aku yang mana aku betul-betul menghadap ke arah tingkap yang terbuka tu! Aduh, serius terkejut! Aku beristighfar kuat. Tanpa membuang masa, aku terus tutup dan cekup buku tadi dan kubawa bersama ke katil. Sebelum itu, aku sempat menutup tingkap, semoga dia tak melintas lagi! Tingkap yang agak jauh dari katilku itu aku pandang sekali-sekala sambil mata membaca dan menganalisis buku nota yang agak tebal dan bertuah tersebut. Hati melonjak hebat ingin melihat gerangan siapa atau apakah yang melintas tadi namun, hajat aku itu aku simpan kukuh dalam hati memandangkan perempuan gila mana nak merayau tengah-tengah malam di kolej lelaki pulak tu! Hati aku kuat mengatakan itulah gangguan makhluk halus apabila tingkap bilikku diketuk perlahan namun, tiada bayangan yang kelihatan dari luar tingkap yang tidak bertirai itu. Oh, aku terlupa sesuatu. Tingkap aku menghadap hutan, bukan koridor untuk orang lalu-lalang! Aku telan air liur. Kali pertama terkena gangguan macam ni, seorang diri pulak tu! Saiful dah selamat lebuh ke alam mimpi. Kalau tak, ada la jugak teman untuk takut bersama.

Hero Aku Tomboy

Aku terus terkasima, kemudian laju-laju tarik selimut dan simpan buku studi di bawah bantal. Dari kejauhan, kedengaran suara wanita mengilai sayup-sayup di telinga. Orang kata, kalau sayup-sayup tu maknanya dia dekat la tu. Memang dekat pun sebabnya tiba-tiba aje dia duduk bertinggung di sebelah pipi kiri aku (atas lantai) sambil tersenyum dengan gigi taring tajam berdarah. Apa benda ni? Aku rasa aku pengsan lepas tu dan teka apa? Aku demam seminggu, he he!

Arisa Eriza

Bab 1
Dari sudut pandangan Khairul. INGGU HALUAN SISWA yang memenatkan aku, sudah pun berlalu. Sudah cukup seminggu aku berada di universiti ini. Pening kepala dengan nak mengisi borang tu, borang ni, serabai gila! Tapi tak apa, sebabnya bukan senang nak dapat masuk universiti ni. Aku antara orang yang terpilih, bak kata PM (Pembantu Mahasiswa) di kolej aku tempoh hari. Kolej ni bagi aku nampak cantik sebabnya sangat unik. Bangunannya diasaskan seperti rumah Melayu lama, yang lain-lainnya hanya diperbuat daripada batu dan simen. Kelilingnya pula hutan, dah macam hutan simpan pun ada. Pagi-pagi memang seronok sebab nyaman dan tenang. Dengan bunyi-bunyi alam seperti cengkerik dan burung, memang aku suka. Tapi tenang tak tenang la jugak, sebabnya ada beberapa kawanan makhluk ciptaan Tuhan daripada spesies beruk dan monyet selalu mengganggu ketenangan awam. Cipan pun aku agak ada dalam hutan ni

Hero Aku Tomboy

cumanya tak menunjukkan diri kepada umum. Errr... pandai pulak aku buat cerita. Aku selalu ternampak pelajar-pelajar perempuan menjerit nyaring bila spesies beruk ni mengejar mereka. Kesnya sebab beruk dan monyet memang pantang nampak beg plastik, nanti haiwan-haiwan ni ingat itu adalah makanan. Dan ayat yang selalu keluar daripada mulut para pelajar yang diganggu ialah: I hate you so much! Tapi pada aku, mereka tak layak dibenci, sebabnya manusia juga yang mula-mula mengganggu tempat tinggal mereka, kan? Petang yang sedang merangkak ke senja itu, aku tolak pintu bilik aku yang tidak berkunci. Kelihatan Am sedang duduk-duduk di atas katilnya sambil teranggukangguk. Telinganya ditutup dengan headphone. Layan lagu rock jiwang lagi la tu, tak pun rock kapak. Tak padan dengan lembutnya. Kasut sukan Nike yang diimport dari Thailand itu aku buka dan aku letak di atas rak kasut di luar bilik yang aku bawa dari rumah tempoh hari. Peluh yang keluar selepas aku penat bersenam tadi aku lap menggunakan tuala kecil yang tersidai pada bahu. Assalamualaikum. Perlahan aku berbisik sejurus melangkahkan kaki ke dalam bilik. Weh, dah maghrib ni. Insaf-insaf la sikit, dengar orang mengaji ke ada jugak faedahnya daripada dengar lagu rock tak tentu hala macam ni, bebel aku kepada Am sambil menarik headphone daripada terus melekat di telinganya. Tapi, macam la aku tak dengar lagu-lagu macam tukan. Aku pun ada dengar jugak tapi berpada-pada la. Ala, kau ni Rul. Dari dulu sampai sekarang asyik membebel aje tak habis-habis. Kau ni memang stok imam kampung betul la. Perli Am dengan muka protes sambil

Arisa Eriza

matanya merenung aku. Headphonenya dibetul-betulkan kedudukannya. Bengang pun ada aku tengok daripada air mukanya. Stok imam ke, stok ayam ke, baik kau tutup lagulagu tu dan solat. Maghrib tak lama ni, nanti tahu-tahu dah isyak. Aku bising lagi, memanjangkan bebelan aku. Sikit pun aku tak hairan dengan komen berbisanya tu. Dia ni memang kena bebel selalu, kalau tak... solat entah ke mana, mengaji entah ke mana. Jemaah dengan aku. Ayat terakhir tu aku tengok Am dah tarik muncung. Kau ingat comel?

RUL, Rul... kau tak dengar ke pasal kolej kita ni? tanya Am dengan penuh semangat. Tapi, mukanya aku tengok tetap serius tak boleh lawan. Kenapa dengan kolej ni? Aku bertanya acuh tak acuh sambil terus membaca komik. Bagus betul! Dah masuk universiti pun boleh nak membaca komik lagi. Aktiviti yang kurang beriman sikit la berbanding membaca buku ilmiah, ehe! Tapi tak apa kut aku rasa, sebabnya kuliah pun belum mula lagi. Selalunya kalau aku pergi kuliah pun sekarang ni, pensyarah akan masuk tapi mereka hanya akan bercakap benda yang ringan-ringan. Tak pun bebel benda yang berfaedah aje. Ye la, pelajar baru ni kena bagi motivasi banyak sikit sebabnya baru nak merasa perubahan suasana dan budaya yang berlainan. Tak sama macam di sekolah dulu. Di universiti, pelajar sendiri yang harus pandai mencari ilmu,

Hero Aku Tomboy

jangan harapkan ilmu yang pensyarah bagi aje. Alamatnya memang rugi la dapat ijazah sarjana muda, tapi ilmu yang dapat tak banyak mana. Rugi masa empat tahun kalau tak digunakan sebaiknya untuk menimba ilmu. Suara Am mematikan khayalan aku. Isy, kau ni memang lambat betul la, Rul! Kolej kita ni berhantu! Am bercerita dengan semangat wira nak naik ke angkasa. Perkataan hantu disebut lantang tak bertapis langsung! Lepas tu baru la nak tergaru-garu kepala dan tutup mulut sendiri. La... kalau ya pun, kenapa? Aku malas nak melayan kerenah Si Am sebenarnya. Bukan betul sangat budak ni. Mereng sikit. Kekadang tu orang cakap lain, dia faham lain. Aku dah masak sangat dengan perangai dia sebabnya bukan baru semalam aku kenal dia, dah lama. Daripada tingkatan satu lagi. Kau tak takut ke, Rul? Muka penuh excitednya memandang ke arah aku. Tangannya pula laju menebar selimut berwarna merah jambu yang sepadan juga dengan warna cadarnya yang bercorak beruang comel berlatarkan warna merah jambu dan ungu. Selimut itu ditebar bagi menutupi badannya hingga ke dada. Teddy bear berwarna krim sebesar bantal dipeluk erat kemudian dicium penuh kasih. Jangan tak tau, ada aje lelaki main teddy bear okey. Contoh terdekatnya ialah Am. Memang tak boleh tidur kalau tak ada teddy bear krim yang dia panggil Manje tu. Uh, nama pun dah gedik semacam aje aku dengar. Pertama kali dia beritahu aku nama beruang dia tu, aku bantai gelak sampai kejang perut dan keluar air mata. Dia pulak tarik muncung panjang sedepa dia tu la, apa lagi... kan?

Arisa Eriza

Kau jangan Rul, ini kekasih hati aku yang bagi, tau. Kau ada? Tak ada, kan? Ala-ala gedik Am membalas bila aku gelak makin kuat. Kena istighfar dan selawat tiga puluh tiga kali baru la gelak aku terhenti masa tu. Sampai sekarang aku akan sengih seorang diri bila teringat hari dia mengheret beruang besar nauzubillah tu masuk dorm di asrama sekolah dulu. Biasa aje. Dah la, kau tidur la. Aku nak pergi bilik air kejap, balasku laju selepas khayalan kisah lama tadi terpadam. Aku tutup komik Pakar Judo dan segera ke tandas. Aku membelek jam di tangan aku yang berbulu tak berapa nak lebat ni. Baru pukul sebelas malam. Awal lagi nak tidur pun. Aku memang kaki tidur lewat. Pukul dua, tiga pagi selalunya baru aku tidur. Apa kelas aku nak tidur awal-awal. Lagipun sejak bermulanya orientasi universiti hari tu, aku sentiasa dilatih tidur lewat dan bangun awal, yang bererti menyengguk bila dengar ceramah. Sampaikan solat subuh berjemaah pun aku boleh pulak tertidur masa tengah sujud! Kritikal gila masa tu. Fasilitator pun sampai naik hairan, aku doa apa dalam sujud sampai tak bangun-bangun. Boleh kalah ustaz lamanya. Sudahnya terkantoi bila aku terbaring tak sedar diri, mengikut cerita Am. Isy, malu seketul! Selepas mengambil wuduk dan memberus gigi, aku menapak ke bilik dan menghampar sejadah untuk solat isyak. Kiblat yang mengarah ke arah matahari terbenam itu menghadap ke arah katil aku. Am dah mula berdengkur di katilnya. Aku geleng kepala saja sebab dia memang senang tidur. Campak aje la dekat mana-mana pun, dengan penuh yakinnya dalam dua, tiga minit kemudian, dia akan tidur dengan dengkuran yang

Hero Aku Tomboy

nyata. Tapi harus ada Manje dia la. Kalau tak, aku pulak yang jadi mangsa bertukar identiti dengan menjadi pengganti Manje dia. Isy, itu la padahnya aku ketawakan Manje dia hari tu. Menyesal gila sampai sekarang! Aku mula mengangkat takbiratul ihram dan mencuba untuk khusyuk. Namun, kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang daripada pandangan ekor mata aku secara tiba-tiba mengganggu solat. Dia tegak duduk di sudut katil aku, merenung dengan tajam. Hati aku segera berdebar kuat, namun aku cuba bertenang. Mungkin cuma khayalan aku. Tapi, lepas aku bangun dari sujud, dia masih kaku di situ! Uh! Allahuakbar! Sengaja aku kuatkan suaraku sebagai percubaan memberi amaran kepadanya dan aku bertawakal. Lantas perlahan-lahan dia hilang daripada pandangan. Berani betul kacau aku, tengah solat pulak tu. Aduhai. Mungkin betul apa yang disebut oleh Am tadi, kolej ni ada penunggu! Selepas solat sunat beberapa rakaat, aku mencapai al-Quran dan mengalunkan ayat-ayatnya dengan merdu. Pertengahan hingga akhir surah al-Hujurat menjadi bacaan aku. Kemudian aku sambung dengan surah al-Mulk yang terkenal sebagai surah yang mampu menjauhkan diri daripada api neraka dan seksa kubur jika diamalkan setiap malam. Aku cuba mengabaikan ingatan kepada gangguan makhluk wanita tadi namun, semakin aku cuba lupakan, semakin kerap bayangannya mengejar. Aku beristighfar. Ayat Kursi aku ulang dekat sepuluh kali. Kemudian, aku letakkan kembali al-Quran tadi di dalam almari lantas ke meja studi dan membuka lap-top. Aku menjadi khayal sejenak, hilang dalam game yang baru aku pasang tadi.

10

Arisa Eriza

Khairul.... Tiba-tiba aku terdengar gemeresik suara memanggil-manggil nama aku. Ah, sudah! Dia datang balik! Mana dia tahu nama aku pun tak tau la. Makin lama makin terasa dekat dengan telinga, tangan pulak dah bergetar lain macam. Aku dengan ragu cuba memberanikan diri memandang kiri, kanan dan belakang, tapi tak ada apa-apa yang kelihatan aneh pun, sama aje macam biasa. Aku telan air liur untuk kesekian kalinya. Dengan segera MP3 bacaan ayat al-Quran aku buka sekuat mungkin untuk menjadi pagar daripada gangguan makhluk ghaib. Game yang ralit aku main tadi terbiar begitu saja tanpa aku pausekan. Seketika, suara yang memanggil aku tadi pun menghilang. Lega gila! Aku tarik nafas dan kembali menatap skrin lap-top. Namun, tak sampai sepuluh minit kemudian telinga aku dapat menangkap satu bunyi ketukan di pintu. Dua kali. Aku yakin telinga aku tidak salah dengar. Aku memandang sekilas jam di tangan. Lima minit menghampiri pukul satu pagi. Siapa pulak mangkuk yang datang bilik aku pagi-pagi buta ni? Aku dengan malasnya bangun dan membuka pintu bilikku tanpa ragu, memikirkan itu mungkin kawan-kawan yang suka datang melepak di bilik. Namun, untuk nasib aku yang kurang baiknya malam tu tak ada sesiapa. Serius tak tipu. Yang ada cuma angin sejuk sepoisepoi bahasa sahaja yang menerpa masuk ke dalam bilik. Bulu roma aku tak tunggu alarm, terus menegak. Bulu ketiak pun tak terkecuali! Ya Allah! Aku cepat-cepat tutup rapat dan kunci pintu bilik, kemudian menuju ke katil sepantas yang boleh. Untuk malam ni, aku give up! Lap-top aku itu aku biar hidup,

11

Hero Aku Tomboy

pandai la dia sleep sendiri nanti, aku fikir. Aku dah sangat la tak gigih nak pergi matikan lap-top yang nampak macam jauh aje untuk dicapai. Yang aku terfikir sekarang ialah nak lari masuk dalam selimut dan selubung sampai kepala! Seram, seram! Aku lompat ke atas katil dan laju-laju aku baring. Selimut pun aku tarik bukan main laju. Semua benda aku buat jadi super laju untuk masa sekarang ni! Aku tutup satu badan dan aku mengerekot kemas di dalamnya. Dalam hati aku membaca ayat-ayat al-Quran sebagai pelindung sebelum tidur. Mulut terkumat-kamit tapi tak ada bunyi. Aku mengambil keputusan untuk tidak menutup lampu. Sejenak kemudian, aku pun tertidur dengan hati yang sedikit tenang selepas aku membaca sebanyak mungkin ayat-ayat pelindung. Tidak sama sekali gangguan macam ni jadi lagi pada diri aku!

GELI. Aku cuba menepis. Kemudian, tanganku seperti diusik lagi. Esh! Kacau betul la! Apa bendanya ni? Aku segera membuka mata dalam keadaan sedikit marah. Pantang betul aku kalau orang kacau aku tidur! Tapi, aku hanya mampu menelan air liur sahaja melihatkan tanganku sedang diusap-usap lembut oleh seorang wanita berambut hitam panjang. Dia duduk bersimpuh di sebelahku di atas lantai. Tak sejuk ke duduk atas lantai? Macam nak tanya, tapi aku tak terdaya nak tanya. Dan dia macam sedang menyanyikan satu lagu klasik nasional yang kedengaran mendayu-dayu dan lunak, tapi macam agak menyeramkan bagi aku.

12

Arisa Eriza

Tak lama kemudiannya, dia sedar yang aku sedang memandang ke arahnya, lalu dia yang sedang asyik bermainmain dengan tanganku tadi segera berpaling memandang ke arahku. Cantik! Cun gila! Dia tersenyum. Manis sangat. Aku rasa terpukau sekejap. Namun, tak lama dia tersenyum, bibir yang berwarna merah saga dan berkilau itu berubah menjadi pucat. Matanya yang redup sepantas kilat membulat dan taringnya dapat kulihat dengan nyata. Uh, hantu malam tadi! Lailahaillallah! Aku menempik kuat apabila dia cuba mencekikku dengan jari kukunya yang tajam. Aku membaca ayat Kursi dalam hati sambil memejamkan mata. Tangan aku pulak dengan gigih cuba menarik tangannya yang sejuk beku itu daripada terus melakukan aksi maut yang sangat la tak bertamadun ni! Seminit lagi dia cekik aku, mati dalam iman la aku alamatnya! Namun, lama-kelamaan cekikan yang agak kuat tadi akhirnya lemah dan kemudian hilang begitu saja. Aku kepenatan kerana bergelut dengannya. Kemudian aku buka mata perlahan-lahan. Harapan termakbul bila dia hilang dan tiada di mana-mana. Dan akhirnya aku tertidur kembali walaupun agak trauma dengan apa yang terjadi.

PAGI esoknya, aku terbangun selepas terdengar bunyi alarm di telefon Am. Kuatnya serupa macam bunyi mercun di malam Tahun Baru Cina. Aku tilik jam di tangan. Pukul enam setengah pagi. Biasa la tu, alarm Am memang pukul enam setengah pagi, alarm aku awal sikit, pukul enam tepat. Tapi aku tak tau pulak kenapa pagi ni aku langsung tak dengar bunyi alarm aku tu. Aku lantas teringat peristiwa aku dicekik

13

Hero Aku Tomboy

malam tadi. Tapi, aku sendiri pun tak pasti sama ada aku bermimpi ataupun tidak. Aku bangun perlahan untuk ke tandas. Aku kembali ke bilik selepas mengambil wuduk. Ya Allah! Spontan aku terjerit. Am yang tercongok di depan pintu bilik dengan mata layu mengganggu pemandangan. Tangannya menggosok-gosok malas mata kirinya. Hilang perasaan mengantuk dan ala-ala insaf mengambil wuduk sebentar tadi. Aku mengurut dada, terkejut. Sekarang ni benda kecil macam ni pun boleh buat aku merana terkejut. Mungkin sebab tertrauma dengan kejadian tengah malam semalam yang agak mengganggu naluri. Esh! Kau ni Am, buat aku terkejut aje la! Nasib tak ada sakit jantung, weh. Kalau tak, kau memang.... Aku buat aksi ala-ala nak menumbuk. Ceh, pagi-pagi dah nak buat lagak hero tak bertempat. Eh, kenapa dengan leher kau, Rul? Siapa cekik kau? Biru semacam aje ni? Serius tak tipu. Mata Am membulat merenung leherku. Ucapan dan aksi mengarut aku tadi dipotong laju. Jarinya mencucukcucuk dan mengusik leherku. Aku tepis tangannya. Wei, sakit la. Yang kau cucuk-cucuk tu siapa suruh? Tapi serius weh aku pun tak tau kenapa. Hantu kut yang cekik aku semalam. Aku menjawab dengan nada bergurau. Sungguh aku tak perasan tentang bengkak biru seperti yang dikatakan oleh Am. Aku percaya dengan katakatanya itu pun kerana terasa keperitan akibat cucukannya tadi. Wajah ayu sang hantu semalam menghiasi mata aku secara tiba-tiba membuatkan hati aku kembali berdebardebar. Aku telan air liur. Trauma datang lagi.

14

Arisa Eriza

Gila kau! Kalau betul macam mana? Am menepis kuat kataku, dengan maksud tersiratnya... aku tak nak ada hantu dalam bilik kita! Takut! Sumpah takut! Tak ada apa-apalah, beb! Dah la, lewat dah ni. Solat! Aku menolak badan Am keluar dari bilik, membiarkannya dengan persoalannya sendiri. Aku merenung leherku di cermin sebentar sebelum ke tikar sembahyang. Betul la, bukan mimpi... fikirku sebelum mengulang niat solat subuh.

15

Hero Aku Tomboy

Bab 2
ARI Khamis padat dengan kuliah membuatkan aku terpaksa melepak di fakultiku sahaja sepanjang hari. Pukul lima sampai tujuh petang merupakan kuliah terakhirku untuk hari ini. Terasa lambat betul nak habisnya. Pensyarahnya pulak jenis strict bukan main, nak jugak tunggu sampai pukul tujuh tepat baru bagi kita orang balik. Pukul tujuh lebih lagi bagus. Prinsip ISO katanya. Tapi, dia sendiri bising katanya ISO tu singkatan bagi Its So Over! Tapi apa jugak yang dapat dibuatnya? Prinsip hidupnya melarang dia melanggar prinsip ISO itu sendiri. Dan aku rasa ungkapan bagi singkatan ISO tu dia sendiri yang buat, dan ISO memang perlu untuk kualiti pembelajaran berdasarkan apa yang aku tahu. Tapi, ISO memang dahsyat, hu hu, tambahan pula untuk pelajar yang tak berapa nak rajin sangat macam aku ni. Woi, Ril! Kau tunggu sekejap, aku nak pergi tandas la. Tak tahan dah ni! Aku menjerit kuat, lantas meletakkan beg sandangku di atas kerusi di luar lalu aku pantas menghilang di sebalik pintu utama tandas itu.

16

Arisa Eriza

Aku selalunya akan pulang bersama-sama dengan Shahril yang membonceng motosikalku ke kolej. Shahril merupakan seorang teman baru yang agak baik dengan aku di fakulti, tambahan pula kami sekelas dan mengambil jurusan yang sama. Okey, aku tunggu dekat luar. Terdengar sayup suara Shahril seakan-akan tiada perasaan dari luar. Dia menunggu di atas kerusi panjang berdekatan dengan tandas di situ. Dia mengetap bibirnya sambil merenung ke arah pintu keluar utama fakulti. Keadaan fakulti itu menjadi semakin lengang apabila hari sudah menginjak ke senja. Ramai pelajar sudah pulang ke rumah atau kolej bagi merehatkan diri setelah penat seharian berada di fakulti. Khairul, lama lagi ke? Ketukan di pintu dan suara yang memanggil aku membuatkan aku bengang. Isy, kacau daun betul la! Baru aje kut aku masuk, takkan dah siap? Memang nak kena luku namanya ni! Sabar la, Ril! Aku baru bukak zip aje ni! jeritku kuat dari dalam tandas. Kemudian aku terdengar derap kaki berjalan sayupsayup ke sebelah bilik tandasku. Pintu tidak kedengaran ditutup namun, terdengar bunyi air paip yang dibuka perlahan bersama bunyi kepala paip dipusing. Siapa tu? Kau ke Ril? Aku bertanya demi menghamburkan rasa hairanku. Dan dengan segera air paip di sebelah ditutup. Eh, di dalam tandas mana boleh bercakap la, makruh! Dahiku berkerut. Aku mula berdebar-debar.

17

Hero Aku Tomboy

Semakin lama semakin kuat dan aku rasa mukaku dah hilang darah. Semuanya tersejat naik ke kepala tak tinggal setitik pun, membuatkan aku rasa pucat semacam! Fikiran aku pula berubah menjadi tidak menentu. Bayangan hantu comel semalam menerpa lagi buat kesekian kalinya. Kenapalah perut aku nak buat hal waktu-waktu senja macam ni jugak? Aku bising dalam hati sebagai tanda satu penyesalan. Tik... tik.... Sedetik kemudian, aku terdengar bunyi air menitik. Aku cuba abaikan dengan gigih walaupun perasaan seram dah mula menguasai diri. Aku cepat-cepat mencuci apa yang patut. Aku nak cepat-cepat lari keluar dari tandas ni. Ya Allah, Kau lindungilah aku. Dalam hati berdoa semoga dijauhkan daripada segala gangguan. Namun, tak sempat aku menzip semula seluar slack hitam aku, aku terasa ada air menitik di pipi. Aku sapu dengan tapak tangan. Bukan air, tapi darah! Masih panas, okey. Aku pandang ke atas dengan rasa ragu. Wanita berbaju putih dan berdarah di perutnya sedang melekat di siling tandas! Rambutnya yang panjang itu meleret sampai ke muka aku! Uh, kenapa dia tak rebonding rambut dia ala-ala hantu Jepun dalam wayang tu, sedap sikit kut sapu muka aku ni! Ini... kasar dan tajam serupa dawai aje aku rasa. Sempat pulak aku membebel dalam hati. Semula jadi! Allahuakbar! Dengan segera dan kuat kalah petir aku menjerit dan cuba membuka pintu tandas dengan gelabah untuk terus keluar. Suara ilaian wanita yang seram jelas kedengaran. Pintu tandasku seakan-akan terkunci dari luar. Ya Allah! Bermacam surah aku cuba baca. Aku rasa surah Yasin dah tercampur dengan ayat Kursi dah! Dugaan apakah ini? Ini

18

Arisa Eriza

kalau aku tak buang air dari awal tadi, aku berani bet la memang akan terburai kat sini punya! Seramnya lain macam! Serius! Hik... hik... hik.... Suaranya kedengaran begitu dekat dengan telinga aku. Aku menoleh dan melihat wanita tadi sudah berada di belakangku, di atas peti pam air! Bila masa pulak dia mendarat kat situ? Isy! Sadis! Dia senyum sekejap, kemudian mukanya berubah menjadi sayu dan hodoh. Matanya mengalirkan darah merah segar menghiasi pipinya yang putih melepak seperti seorang Geisha. Lehernya pula dipusing-pusing ke kiri dan kanan sambil matanya tak lepas merenungku dengan tajam dan dalam. Siap bunyi-bunyi macam tulang dipatah-patahkan. Wah! Ini lagi sadis! Mata aku terkelip-kelip. Kakiku mula ketar dengan sangat nyata. Aku berdoa moga aku pengsan saja di situ daripada menanggung ketakutan yang menggunung di mana keberanian hanya bersisa sedikit sahaja umpama kulit bawang. Tapi, yang peliknya kenapa aku tak boleh nak pengsan?! Ke... ke... na... paaa? Aku tertanya soalan itu kepadanya. Nak jugak tanya kenapa dia asyik kacau dan ikut aku namun, aku tak terdaya nak terus bertanya kepadanya lagi apabila tangannya mula dihulurkan ke arahku dengan kuku panjangnya. Bau yang tidak menyenangkan seperti bau bangkai mula menyinggah di salur pernafasanku. Aku memejam mata serapat mungkin. Dalam hati aku istighfar laju-laju dan mengucap dua kalimah syahadah berkali-kali. Kalau ditakdirkan aku mati di tangan hantu, aku reda. Ye ke reda? Amalan aku tak cukup lagi, kahwin pun

19

Hero Aku Tomboy

belum. Isy, tapi dia ni ayat Kursi pun tak lut, macam mana?! Dan aku yakin, memang dia benda yang sama yang gigih kacau aku dari semalam! Rul! Aku terdengar macam suara Shahril memanggil. Aku buka mata sedikit. Ya Allah! Betul ke ini Shahril? Shahril bin Osman anak keturunan Arab tu? Keraguan di hati tetap ada selepas tanggapan awal aku tadi meleset apabila sang hantu itu aku sangka Shahril. Kuku wanita tadi yang tak sampai satu inci ingin mencecah ke mukaku segera terhenti. Dengan tak menyempatnya, dia melompat ke tandas sebelah dan pintu tandasku terbuka dengan sendiri. Aku menapak keluar dari bilik tandas itu dengan dada berdebar-debar, serupa nak pecah! Kaki dan lutut masih bergetar kuat. Muka pucat aku menunjukkan segalanya membuatkan hati dan benak Shahril mula timbul dengan pelbagai tanda tanya. Rul! Kau okey tak? Shahril bertanya dengan cemas. Namun, aku hanya diam aje. Peristiwa tadi betulbetul mengejutkan aku. Serius kuasa lima! Semalam boleh tahan lagi. Aku cepat-cepat mengambil beg sandang biru aku dan menuju ke arah motor Honda Wave 125 yang aku parkirkan berhadapan dengan pintu utama fakulti. Shahril yang mengekori, aku biarkan dengan seribu pertanyaan walaupun dalam hati aku bersyukur Allah menghantar dia sebagai penyelamat aku tadi. Alhamdulillah, Allah mendengar doa aku walaupun ayat yang aku baca tak menjadi, mungkin sebab dah bercampur baur, itu sebab la gayanya macam tak berapa nak berkesan!

20

Arisa Eriza

KHAIRUL... awak di mana? Suara wanita yang begitu syahdu dan gemeresik bak buluh perindu itu terdengar lagi memanggil-manggil namaku. Huh, hantu ni sah dah jatuh cinta dengan aku! Aku abaikan. Rasa takut cuba aku padamkan. Aku berlakon selamba sambil terus mengemas baju-baju untuk pulang ke rumah, menghabiskan cuti hari minggu memandangkan hari Jumaat jadualku kosong untuk masa ni. Baju-baju yang aku bawa pulang kebanyakannya untuk dibasuh dengan menggunakan mesin basuh kerana aku memanglah tak berapa nak rajin membasuh baju sendiri. Jadinya bila dah ada kemudahan, elok la aku gunakan aje kemudahan tu. Tak gitu? Am, aku nak balik rumah ni. Kau kalau ada apaapa hal nak beritahu, telefon aku, okey? Jangan lupa solat dan mengaji. Aku tepuk bahu Am sambil kami bersalaman. Rul, kau jangan balik lama-lama. Sunyi aku nanti. Am bersuara. Riak mukanya toya seakan-akan sedih ditinggalkan bersendirian untuk tiga hari yang akan datang. Aku tersengih. Ala... relaks la, bro. Manje, kan ada temankan kau. Hu hu... lagipun geng lain ramai lagi. Kalau kau sunyi, kau ajak la diorang lepak sini, pujukku menandakan aku mengambil berat tentang perasaannya juga. Mungkin dia masih tak betah tinggal keseorangan di bilik. Tapi, kalau aku tak balik, siapa nak tolong basuhkan baju aku? Tak apa la, nanti senang-senang, aku buat deal dengan Am. Mana tau dia nak tolong masukkan syiling lima puluh sen lima keping dalam mesin basuh dobi dekat tangga tingkat bawah tu. He he... sebagai ganti aku tak payah balik rumah untuk teman dia di sini. Tambah lagi syiling lima

21

Hero Aku Tomboy

puluh sen empat keping untuk dryer sekali. Mak aih, demand pulak aku! Harus la dia kata, tak apa la, Rul. Kau balik aje la. Pergi basuh baju dekat rumah. Hu hu! Aku gelak dalam hati memikirkan betapa teruk dan malangnya Am mempunyai sahabat seperti aku. Emmm... ye la. Kau hati-hati balik. Kirim salam mak dan family. Am bersuara seakan-akan pasrah. Dengan muka siput sedutnya, dia melambai ke arahku selepas aku keluar dari bilik. Okey, kau pun sama. Jaga diri, okey? Assalamualaikum! Aku balas lambaiannya dengan lambaian yang lebih maco berbanding dengan lambaian lembut seakanakan tiada tulang pada tangan Am itu. Sesaat selepas itu, pintu bilik pun ditolak dan bunyi dentuman perlahan kedengaran di samping bunyi bising yang lain. Keadaan di kolej masih meriah dengan ramai pelajar lain yang membuat kerja masing-masing. Ada yang sedang memberus pakaian di dalam tandas, mandi sambil menyanyi dan tak kurang yang menonton filem atau drama beramai-ramai. Kolej hanya akan mula sunyi bermula jam sebelas setengah malam dan ke atas. Itulah yang aku sempat perhati selama lebih kurang tiga minggu aku di sini. Kakiku laju menuju ke arah tempat motorku diparkir. Jam aku tilik. Masih awal lagi, baru pukul Sembilan setengah malam. Aku meletakkan beg balik kampungku yang mempunyai gambar kartun Garfield di dalam raga depan motor dan mula bergerak meninggalkan kolej. Kedengaran sayup bunyi cengkerik dan serangga lain dari arah hutan berdekatan selain bunyi deruan enjin motorku yang perlu

22

Arisa Eriza

diservis. Aku pandang sekilas ke arah hutan tersebut tanpa sebarang perasaan. Namun, dalam hati aku tetap berdoa semoga aku tak ternampak hantu comel duduk-duduk di pokok atau tersengih di sebalik semak. Perjalanan pulang ke rumah biasanya mengambil masa lebih kurang setengah jam melalui lebuh raya. Namun, kali ini aku rasa macam lama la pulak! Rasa semacam aje beratnya motor aku ni! Mungkin dia ikut aku balik sekali kut! Ha... kan dah kata! Daripada cermin sisi, nampak rambut hitam panjang mengerbang ditiup angin. Sesekali, terasa pinggangku digeletek. Hish, main-main pulak engkau ye? Hai, dalam banyak-banyak lelaki, kenapalah kau pilih aku jugak? Sampai di depan flat tempat familiku tinggal, aku mengetap bibir dengan kemas. Berfikir sebentar sambil menenangkan diri. Aku masih tak boleh terima dia dalam hidup aku walaupun boleh kata dia selalu sangat teman aku sekarang ni pergi mana-mana pun. Sebelum turun daripada motor, aku berlakon lagi dengan membuat aksi menyelongkar beg sambil membebelbebel seorang diri. Kononnya nak bagi masa untuk dia turun daripada motor dulu. Tak nak karang tersepak dia ke pulak. Bukan apa, sekali aku turun motor kalau ada orang di belakang, sedap kena penyepak agung aku! Hu hu, kalau la aku tersepak dia, tunggu aje la dia balas dengan penyepak perdana yang teristimewa pulak untuk aku nanti! Cukup la dulu dengan apa yang aku dah dapat semalam dan senja tadi. Kemudian, aku pun turun daripada motor dan berlagak selamba. Buat-buat macam isteri aku ikut aku balik jumpa mak dan bapak mertuanya. Ehem! Aku membimbit

23

Hero Aku Tomboy

beg Garfield dan menuju ke arah pintu lif di bahagian lobi flat. Aku tekan punat lif dan menunggu hingga lif sampai. Sambil menunggu, aku merenung kiri kanan dan atas bawah. Kenapa malam ni terasa sunyi sangat, tak ada langsung manusia yang kelihatan? Yang ada cuma kereta-kereta dan lampu-lampu di dalam rumah yang terpasang. Seingat aku, tak pernah flat rumah aku jadi macam ni. Ke... aku yang nyanyuk? Tak lama kemudian, pintu lif pun terbuka. Bau bunga cempaka, bunga tradisi orang Melayu secara tiba-tiba kuat menusuk ke dalam hidung aku yang bolehlah tahan mancungnya ni. Huh, tak pernah-pernah aku bau bunga ni kat bandar! Dekat kampung dulu-dulu ada la! Air liur yang aku telan terasa pahit seolah-olah menelan air daun hempedu bumi kala ini. Auzubillahi minasy syaitanir rajim. Bismillahirrahmanirrahim! Ambik kau, panjang! Aku masuk ke dalam perut lif itu dengan langkah kanan. Tawakal aje la ni. Nak naik tangga sampai tingkat enam belas, aku rasa dah bermacam fesyen muka dan rambut dia tayang kat aku nanti! Aku cuba berlagak steady, padahal dada terasa nak pecah! Aku telan air liur lagi mendengarkan lif yang aku naik itu seperti diketuk-ketuk kuat. Dari atas, bawah, kiri dan kanan. Berderau darah aku! Seketika kemudian, terdengar pula bunyi seperti gergaji memotong besi, bunyi tiang diketuk-ketuk berselang-seli dengan kaca terhempas. Lampu di dalam lif mula terkelip-kelip. Sekejap terpadam, sekejap menyala. Lif pula bergegar-gegar semacam ada buldozer melanggar dari kiri dan kanan lif. Mak aih! Meriahnya... kalah disko! Apa dah jadi ni? Ini mesti management punya kerja! Aku membebel sendiri.

24

Arisa Eriza

Apa pun, jangan putus pulak tali lif ni. Mahu innalillah aku nanti! Seorang diri di dalam lif, aku terus duduk bercangkung. Telinga dan mata aku tutup serapat yang mungkin. Aku cuba bertenang dan menarik nafas dalamdalam, cuba menghilangkan debaran di dada. Ayat Kursi mula kubaca sekuat hati, menyerahkan semuanya kepada Allah. Sama ada ini kerja management yang tak betul ataupun gangguan makhluk ghaib, semuanya di bawah kuasa Tuhan. Aku yakin dengan pertolongan Allah! Akhirnya keadaan huru-hara tadinya pun kembali tenang. Pintu lif kemudiannya terbuka dengan sendiri. Aku buka mata kananku sedikit-sedikit, kemudian mata kiri. Aku bangun perlahan-lahan dan mendongak. Tingkat enam belas seperti yang tertera pada mesin di pintu lif tersebut aku baca. Alhamdulillah! Aku terus melepaskan nafas lega. Aku pun keluar dengan semangatnya tanpa ragu-ragu sambil menjinjit begku. Tapi kenapa aku rasa macam pelik aje? Bukan macam dekat rumah aku pun? Aku hanya terpaku di depan lif tadi dan istighfar panjang sikit. Pintu lif itu sudah pun tertutup dengan bunyi besi berkarat. Ngilu, beb! Aku pandang ke hadapan, kiri dan kanan. Daripada tadi, memang kerja aku mengusyar aje la tak habis. Gelap. Sunyi. Sepi. Yang ada cuma bunyi deru angin yang kadangkala bertiup ke mukaku. Darahku tersirap laju naik ke wajah bila fikiran aku tersasar jauh lagi dan bila aku mula menyedari dan meyakini satu fakta. Fakta yang sesungguhnya ini bukan flat rumah aku macam dalam fikiran aku! Confirm bukan! Aku tarik nafas panjang. Bibir aku ketap dengan rapat. Baru aje lepas satu rintangan, datang pulak rintangan lain! Ya Allah! Aku terdiam dan hanya berdiri kaku.

25

Hero Aku Tomboy

Tiba-tiba kelihatan seorang wanita berpakaian baju dress putih labuh hingga ke lutut dan berambut panjang mengurai dan bersinar umpama bintang tidak jauh daripadaku. Hish, aurat! Pandang sekali dimaafkan, pandang dua kali dosa! Tapi, mata aku seperti dipukau untuk terus memandang ke arahnya. Ya Allah, tolong ampunkan aku sebab aku tak bermaksud pun, hu hu.... Dalam hati, aku mengagak dan membuat kesimpulan dialah yang selalu mengganggu aku selama ini. Aku kembali mengumpul kekuatan dari dalam. Setelah cukup tinggi tahap motivasiku, perlahan-lahan aku berjalan menghampirinya. Aku dah penat berfikir apakah salah dan sebabnya aku diganggu sedemikian rupa. Apa salahku, kau buatku begini? Lirik lagu Dilema secara tiba-tiba menjengah otak. Isy, mengganggu konsentrasi betul! Orang tengah serius ni! Awak.... Suaranya lembut mendayu memanggilku, agaknya la. Sebabnya aku rasa aku seorang aje yang ada di situ dengan dia. Mukanya tidak memandang ke arahku. Dia seperti sangat tenang memandang ke arah sana. Lembut angin terasa pada tubuhku, bertiupan menerbangkan sedikit lengan bajuku namun, tidak pada dia. Dressnya itu tidak bergerak langsung ditiup angin. Seakan-akan angin tidak langsung menyentuhnya. Sejuk angin malam itu menaikkan bulu romaku. Tegak berdiri. Sejuknya sama seperti angin sepoi-sepoi yang menerpa masuk ketika aku membuka pintu bilik di kolej tempoh hari. Ya.... Lama baru aku menjawab selepas tiada suara lain menjawab seruannya. Kalau ada pun, aku berani bet itu

26

Arisa Eriza

pun bukan manusia jugak! Syukur la tak ada suara lain kedengaran! Saya... nak mintak tolong awak. Dengan penuh sopan dia menyusun kata. Hah, kan senang kalau dia mintak baik-baik macam ni daripada awal dulu. Tak payahlah aku nak sakit jantung terkejut dengan segala cara dia nak mintak tolong daripada aku! Mujur dia pandai pilih orang. Kalau aku ni mamat lemah jantung, tiaptiap malam aku kejar kau, wahai hantu! Maksudnya, lepas aku matilah. He he. Dah kata lemah jantung, kan... haruslah dah lama mati kejung kena sergah dengan macam-macam gaya dia bagi sebelum ni. Eh, tapi tak harus jugak la dia pilih aku. Apa kelebihan yang ada pada aku, aku pun tak pasti. Tolong? Tolong apa? Dia segera berpaling ke arahku selepas aku menjawab persoalan yang berupa permintaannya itu. Wajahnya cantik dan ayu walaupun tanpa sebarang solekan. Serupa amoi Cina. Dan memang serupa jugak dengan hantuhantu yang rajin benar duk kacau aku sebelum ni. Hantu yang sama, yakni hantu comel tu la. Hish! Sekilas senyumannya, serentak dengan itu kepalaku seperti dipukul kuat oleh besi tembaga dan aku pengsan di situ.

27

Hero Aku Tomboy

Bab 3
menyinga.

ANE, kau memang tak ada hati perut! Sanggup kau tikam aku dari belakang, kan? Amy

Bila masa aku tikam kau dari belakang? Alan yang nakkan aku, Amy. Kau jangan nak tuduh sembarangan macam ni. Jane mempertahankan dirinya. Kau dah tahu aku bersama dengan Alan, kenapa kau masih nak dengan dia? Ramai lagi lelaki lain. Kau tak patut rampas dia daripada aku! Aku tak percaya kawan baik aku sanggup buat aku macam ni. Aku tak percaya! Kau pengkhianat! Pengkhianat macam kau memang patut mati aje. Masuk kubur supaya tak menyusahkan hidup orang lain! Amy seperti naik gila memaki Jane di shopping complex petang itu. Pertengkaran mereka menjadi perhatian beberapa mata yang lalu-lalang di situ. Amy, please. Aku tak nak kita bergaduh macam ni. Aku sayangkan kau. Kau kawan baik aku, kan? Aku minta

28

Arisa Eriza

maaf sebab buat kau macam ni. Aku rela tinggalkan Alan kalau itu yang kau mahu. Jom, kita balik dulu. Kita bincang pasal ni di kolej, ya? Jane memujuk Amy selepas rasa bersalah mula melingkari hatinya. Dia cuba untuk menenangkan kawan baiknya itu. Dia turut menyesali perbuatannya yang sanggup menerima Alan, kekasih Amy yang ingin berpaling tadah kerana sikap panas baran Amy. Salah sikit, mula la dia nak memaki hamun dan naik angin. Huh! Aku takkan maafkan kau, Jane. Kau boleh blah pergi masuk neraka! Amy menjerit kuat lalu berlari meninggalkan Jane di situ, di hadapan Parkson Grand. Jane terpinga-pinga seorang diri. Merah juga la pipinya menahan malu akibat perbuatannya sendiri dan akibat panas baran Amy. Lalu, dia melangkah pulang dengan hati yang berkecai. SMS ditaip dan dihantar kepada Alan sambil tubir matanya mula bergenang dengan air mata. Alan, kita putus saja sebab I salah buat keputusan. Tak patut I terima you sebelum you putus dengan Amy. I minta maaf. Mulai sekarang kita dah tak ada apa-apa lagi. Terima kasih atas segalanya. Alan segera menghubungi Jane sejurus SMS diterima namun, tiada balasan. Jane betul-betul nekad dengan keputusannya. Kalau ya pun, Alan tak patut menyunting Jane sebelum dia tinggalkan Amy dan Jane juga tak harus menerima. Kenapa dia baru sedar tentang hal tu, padahal Amy ialah kawan baiknya yang juga merupakan kawan sebiliknya di kolej. Jane

29

Hero Aku Tomboy

serba salah dan dia sangat menyesal dengan apa yang telah berlaku. Malam yang sunyi itu, Jane keseorangan di dalam bilik. Jam di atas meja studinya ditenung. Dia hairan dan risau kenapa Amy masih belum pulang walhal waktu sudah menginjak ke pukul sebelas suku malam. Jarang sekali Amy pulang lewat malam. Kalau lewat balik pun, dia akan beritahu Jane. Mungkin dia amat marah dengan aku, fikir Jane. Kepalanya diletakkan di atas meja, terasa penyesalan menyesakkan dan menyakitkan dadanya. Dia menjadi tidak senang hati dan terasa akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku namun, dia tak mampu meneka apakah perkara buruk itu. Jane menunggu Amy pulang sehingga dia tertidur. Tepat pukul dua pagi, dia terjaga apabila kedengaran bunyi bising kunci di pintu masuk bilik. Terpacul Amy dengan bau arak yang cukup kuat. Mata putihnya kemerahan. Jane yang masih mamai terus terjaga sepenuhnya dan menghampiri Amy untuk membantu. Amy, kau okey tak? Kenapa kau minum? Jane bertanya dengan lembut. Ikut rasa hati, dia memang nak menjauhkan diri daripada Amy kerana rasa serba salah dan rasa malunya, tapi dia tak sanggup memandangkan keadaan Amy begitu disebabkan dirinya. Kau tak payah sibuk dengan hidup aku. Kenapa kau ada dekat sini lagi, hah? Kenapa kau tak pergi masuk... Amy masih ingat kejadian siang hari tadi walaupun dia mabuk. Uwekkk! Amy termuntah kemudiannya. Amy, kenapa ni? Kau buat aku risau la. Kau baring

30

Arisa Eriza

dulu, aku ambilkan kau ubat hilangkan mabuk kau ni, ya? Jane mengambil berat. Bukan direka-reka, dia memang ikhlas. Kau tak payah berlakon baik nak jaga aku. Kau suka tengok aku macam nikan? Dalam hati kau kata biarlah aku mabuk sampai mati, then kau boleh bersama dengan Alan bodoh tukan?! Dalam keadaan terhuyung-hayang Amy membebel. Please, Amy. Aku dah putus dengan dia. Kau boleh tanya dia kalau kau tak percaya. Jane memujuk lagi. Risau melihat keadaan Amy kala ini. Kau jangan harap aku nak percaya lagi kata-kata kau yang hina ni! Kau boleh pergi mati la, Jane! Aku benci kau dengan jantan miang tu. Aku benci! Amy berkata dengan lantang sambil menolak Jane kuat sehingga gadis itu terduduk di atas lantai. Amy, please... bertenang. Aku pergi tandas sekejap, basahkan tuala untuk bersihkan bilik kita ni, ya? Kau, kan tak suka bilik kita kotor? Kau rehat, okey. Jane berkata lagi, lembut walaupun Amy bertindak kasar kepadanya tadi. Dia menyalahkan dirinya sendiri. Disebabkan itulah dia terus memujuk Amy. Amy diam. Keluhan berat dilepaskan kemudian bibirnya diketap kemas. Matanya merenung tajam ke arah Jane, mengikuti dengan teliti segala pergerakan Jane. Jane hairan dan terkejut dengan perlakuan Amy, tapi hatinya tetap bersangka baik kepada sahabatnya itu. Dia tahu Amy sangat baik cuma bersikap panas baran sahaja. Jane kembali ke bilik dengan sehelai tuala dan baldi di tangan. Hatinya berdebar kuat. Terasa Amy ialah makhluk asing yang hodoh rupanya dan dia rasa tak senang hati untuk

31

Hero Aku Tomboy

berjumpa dengan Amy lagi seperti sebelum ni. Masuk saja ke dalam bilik, dia lihat Amy sedang duduk di atas kerusi. Kepalanya ditundukkan dengan rambut berjuntaian menutupi wajahnya. Gaya hantu kak pon pun ada. Jane membisu dan terus meletakkan baldi di atas lantai dan memerah tuala kecil untuk membersihkan lantai bilik. Jane... kan aku dah kata.... Amy bersuara perlahan di belakang Jane. Ya, A... my. Suara Jane yang mula ceria kerana Amy mahu bercakap dengan nada baik dengannya terhenti begitu sahaja apabila dia merasakan satu benda tajam menyucuk perutnya. Tak payah nak jaga aku, kau boleh pergi mati! jerit Amy dengan kuat. Dia betul-betul sudah kerasukan dek syaitan. Dia ketawa kuat melihat perut Jane yang memancut-mancut dengan darah, membasahi lantai. Tikaman demi tikaman ditusuk ke perut Jane sehingga dia puas hati. Amy... aku... min... ta maaf. Kesakitan Jane tidak dapat dibendung lagi. Matanya terpejam selepas telinganya hanya dapat menangkap ketawa kuat daripada mulut Amy sebelum semuanya kabur dan lenyap. Puas hati aku! Jane, kau dengar tak? Puas hati aku! Puas hati aku! Jane! Jane? Jane? Aku cakap dengan kau ni! Jane! Amy menjerit nyaring. Pisau lipat di tangan dibuang ke tepi. Dia cemas. Ya, sangat cemas apabila dia baru menyedari dia sudah menamatkan nyawa sahabat baiknya itu. Jane, cakap dengan aku! Jane, kau jangan mati! Jane! Aku tak berniat! Jane, Jane... jangan pergi. Jane.... Amy terjelepok ke atas lantai, menyesal selepas dia tidak mendapat sebarang reaksi daripada Jane.

32

Arisa Eriza

Kerana cinta yang buta dia sudah membunuh! Membunuh sahabatnya sendiri. Memori bersama mereka berputar dalam kepala. Panas barannya memakan dirinya sendiri. Apa aku nak buat dengan mayat kau? Amy buntu. Jari-jemarinya menarik-narik rambut lurusnya yang sudah pun dibasahi oleh peluh. Lututnya dirapatkan ke muka. Habis hilang segala rasa mabuknya. Ada benda yang lebih penting yang perlu diselesaikan. Dia berfikir, cuma satu jalan sahaja yang terlintas di kepala. Dengan pantas, dia bangun dan mengambil baldi serta tuala pada tangan Jane. Lantas, membersihkan darah yang mengotori lantai dan juga di tubuh Jane. Pisau yang digunakan tadi dilap bersih dan dibuang ke luar tingkap. Hatinya berdebar kuat. Tangan dan kakinya menggigil namun, dia cuba menguatkan semangatnya. Dia tak sanggup dihukum kerana melakukan satu pembunuhan yang didorong oleh perasaan cemburu dan panas baran. Sebolehnya, biarlah dia sahaja yang mengetahui apa yang telah berlaku. Dalam masa sepuluh minit, Amy sudah pun siap menukar pakaiannya dan juga pakaian Jane. Jam menunjukkan pukul tiga suku pagi. Selepas dia menuang air yang sudah bertukar warna kepada warna merah darah itu, dia lekas-lekas memapah mayat Jane keluar bilik. Bilik yang masih berbau hanyir darah walaupun sudah dibersihkan. Dia berjalan selaju yang mungkin sambil tertoleh-toleh ke kiri dan kanan. Nafasnya semput. Tubuh Jane dibalut dengan jaket labuh supaya tidak menimbulkan syak kepada sesiapa yang mungkin terpandang mereka. Namun, nasib tidak menyebelahinya. Pak guard kolej datang menegur tiba-tiba. Kecut perutnya disergah dari belakang sebegitu. Dik, nak pergi mana pagi-pagi ni? Kenapa dengan

33

Hero Aku Tomboy

dia? tanya pak guard itu sambil menunjuk ke arah mayat Jane di sebelah yang dipeluk erat oleh Amy pada pinggangnya. Errr... tak ada apa-apa. Dia mabuk teruk ni, abang. Saya nak hantar dia balik rumah. Amy menjawab, wajib untuk berbohong. Oh, hati-hati. Dah pagi-pagi buta ni, bahaya kamu sorang-sorang. Hantar esok aje tak boleh? tanya pak guard itu. Tak apa, tak perlu risau. Saya dah biasa. Saya kena pergi, dia makin teruk ni. Berat pula tu. Amy berdalih. Dadanya berdegup kuat dan dia berdoa semoga pak guard tu tak menyelak jaket labuh yang menutupi sebahagian besar tubuh Jane, dari kepala hingga ke paha. Pak guard itu tanpa sebarang sangsi bersuara, okey, jaga diri. Amy menarik nafas lega. Dia segera berpaling dan terus mengheret Jane. Kepalanya kekadang ditolehkan ke belakang bagi memastikan pengawal keselamatan tadi tidak memerhatikannya lagi. Mungkin nasibnya agak baik selepas itu kerana bayangan pengawal keselamatan tadi sudah hilang daripada pandangan matanya. Dengan susah payah dia mengheret mayat itu ke seberang kolej, berhampiran dengan hutan dan jalan yang tidak digunakan. Dia mencari tempat yang sesuai untuk dia mengebumikan Jane. Penyodok kecil dikeluarkan daripada poket bajunya selepas matanya menangkap satu tempat yang sesuai. Penyodok itu diambil dari dalam bilik peralatan tukang kebun dan janitor yang tidak berkunci. Tangannya pantas mengorek tanah sambil matanya melilau ke sana sini memerhatikan sebarang pergerakan yang

34

Arisa Eriza

ada di sekelilingnya. Tanah yang dikorek tidak berapa dalam, cukup sekadar dapat menimbuskan tubuh Jane memandangkan tenaganya sudah banyak hilang semasa dia memapah Jane dari bilik mereka tadi. Kemudian, dia tolak mayat Jane ke dalam lubang dan memang nasibnya baik kerana lubang itu cukup-cukup saja muat untuk tubuh Jane. Dia menimbus tanah tersebut dengan hati yang tertekan. Perasaannya bercampur baur. Ketakutan menyelubungi dirinya. Bertemankan bunyi cengkerik dan bulan mengambang penuh, angin sejuk yang bertiup... menaikkan bulu romanya. Namun, dia cuba mengabaikan perasaan itu dan menanganinya secara psikologi supaya ketakutan yang dirasai dapat dihapuskan. Tanah tadi diletakkan dengan batu-batan bagi menutupi bukti bahawa tanah itu pernah dikorek dan seorang manusia ada di bawahnya. Ampunkan aku, Jane. Ampunkan aku, Tuhan. Aku menyesal dengan apa yang aku dah buat. Aku menyesal dan aku nak bertaubat! Jane, aku mohon kau ampunkan aku, bisiknya dan dia menangis sebelum dia meninggalkan tempat itu. Dengan tersedu-sedu dan hati yang berkecamuk, dia terus melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan. Dengan tak semena-mena tubuhnya melayang dilanggar oleh sebuah kereta yang datang dari arah bukit yang agak curam di hadapan kolej. Dia merasai kesakitan itu, dia merasai penyesalan itu, dia merasai kebebasan itu. Semoga Tuhan ampunkan aku. Bisiknya sebelum nyawanya direntap kuat. Hanya Tuhan yang tahu apa pengakhiran hidupnya selepas mati.

35

Hero Aku Tomboy

AKU tersedar dalam keadaan terkejut selepas melihat segala peristiwa yang terjadi, bermula daripada Jane bergaduh sehinggalah Amy dilanggar sehingga mati. Hantu comel pulak terpa aku depan mata! Mak aih, tolong la dear Jane, sang hantu comel... jangan la main sergah-sergah macam tu. Kalau aku mati, siapa yang nak tolong kau nanti? Haaa... siasia aje, bebel hatiku sambil beristighar kuat. Aku urut dada. Astaghfirullah... aku rasa macam masuk wayang aje tadi. Isy, karut gila! Yang hantu comel ni pun cuba la guna cara lembut sikit kalau ya pun nak kejut aku. Ada pulak main terbang melayang gitu, tau-tau menerpa aku untuk beritahu the end! Haiya! Tutup tirai sudah la, aku fahamlah wayang dah habis. Isy, merana aku dekat tiga minit! Aku segera membelek jam di tangan. Pukul enam setengah, seperti yang tertera pada jam tangan aku. Mak aih, kemain terang. Takkan subuh kut, mestilah dah petang! Badanku terasa penat yang amat, berserta otot-ototku yang terasa tegang dan sakit. Aku melihat keliling. Aku berada di bangunan lama dan usang yang tidak berpenghuni. Dua minit berlalu hanya dengan kebilan mata aku sahaja. Tak dapat nak pick-up lagi apa yang patut aku buat. Terjangkit penyakit blur Am yang selalu sangat blur-blur alam tu gamaknya aku sekarang ni. Taklah! Aku memang selalu blur pun, nak salahkan orang lain pulak. Suka hati aje, kan. Kemudiannya aku segera bangun dan berlari-lari anak. Beg Garfield aku, aku tak lupa. Aku galaskannya di bahu dan bergerak sepantas yang mungkin. Rasa sengal otot aku abaikan. Lif semalam terbuka sendiri apabila aku melintas di hadapannya. Wah, lif pun dah pandai automatikautomatik pulak dah sekarang ni, eh? Ala-ala pintu dekat shopping complex pun ya. Dah sah-sah la aku pilih untuk guna tangga. Cukuplah pengalaman semalam di dalam lif

36

Arisa Eriza

yang dah nazak nauzubillah tu. Tunggu masa nak tercabut aje. Aku tak nak nanti silap hari bulan, wayar otak aku pulak yang tercabut. Daun pintu tangga yang sangat usang itu aku tolak dan aku berlari maraton turun tangga. Tak macam di tingkat enam belas pun, sebabnya aku sudah sampai ke tanah dalam masa lima minit! Ini menggunakan kelajuan larian aku yang terpantas. Kalau boleh terjun, rasanya memang dah lama aku terjun! Tak gigih lagi untuk berlama-lamaan di sini! Tambahan pula, aku rasa macam aku ternampak mendiang Jane di setiap tingkat aku turun tangga. Dia berdiri tegak di setiap penjuru dengan rambut panjang menutupi hampir keseluruhan wajahnya. Tangan pulak dia angkat elok aje ke depan. Isy, tradisi hantu Cina dalam televisyen memang macam tu! Tapi aku buat-buat macam tak nampak untuk elak aku brain freeze lagi atau terkena strok. Tak pun, sawan angin! Kalau terlanggar tangan dia secara tak sengaja pun, aku buat-buat tak tahu. Fokus aku hanya satu kini. Motor aku. Motor Honda Wave aku! Tertoleh-toleh bagai nak rak aku mencari selepas aku sampai ke tanah. Aku garu kepala sambil cuba mengingati di mana aku parkir motor aku itu namun, connection failed! Sebabnya semalam aku parkir motor dekat depan flat rumah aku. Ini dah sah bukan flat rumah aku, weh! Mulut masih membebel sendiri, sambil istighfar dan berdoa semoga motor kesayangan aku tu tak hilang. Susah payah aku beli motor tu. Kalau hilang, menangis meraung la aku alamatnya. Oh, itu adalah situasi orang lupa Tuhan, he he.... Aku bersyukur yang amat apabila motorku aku nampak terparkir elok di satu sudut di belakang bangunan. Tangan aku menyeluk poket dan segera mengeluarkan segugus kunci. Tangan aku yang ala-ala bergetaran tu dengan

37

Hero Aku Tomboy

setabah mungkin aku cuba hilangkan ketaran tersebut. Aku menghidupkan enjin motor dan tak tunggu lama untuk memanaskan enjin, aku terus pecut dengan laju. Nasiblah motor kesayangan, aku dah cukup seram ni! Cukup-cukup sudah Cukup sampai di sini saja Daripada batin terseksa Lebih baik kupergi saja! Memang lirik tu kena sangat dengan aku sekarang ni. Alhamdulillah.... Aku panjatkan syukur yang tak terhingga apabila tayar motor aku menjejak jalan raya yang penuh sesak dengan kereta. Jalan raya sesak pada waktu selepas waktu bekerja yang membawa kesesakan sehingga ke malam. Aku sempat menoleh ke belakang, ke arah bangunan tadi. Bangunan itu merupakan sebuah bangunan flat lama yang ditinggalkan yang berada tidak jauh dari universitiku. Flat itu tidak digunakan mungkin atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Aku pernah lalu dekat kawasan flat ni dulu. Tapi, yang semalam aku rasa macam aku balik rumah tu, apa bendanya? Isy, persoalan ni budak IQ tinggi pun belum tentu dapat jawab! Jadi, soalan tu aku reserved untuk budak IQ tinggi. Sekarang ni, aku kena fikirkan tentang mimpi semalam yang mana sedang bermain-main di benak seolaholah ada tayangan video yang dirakam dalam memori otak. Mungkin si amoi Cina itu memberikan petanda untuk aku. Aku berfikir-fikir. Akhirnya aku pun sedar bahawa tempat

38

Arisa Eriza

yang dimaksudkan oleh si hantu itu ialah di dalam hutan di hadapan kolej! Isy, dah terang-terang kut dia tunjuk tempat berlaku dekat mana, yang aku duk blur sorang-sorang ni kenapa? Tiada sesiapa pun yang dibenarkan masuk ke hutan itu. Aku pun tak tahu apa sebabnya jalan ke hutan itu ditutup. Padahal, ada jalan tar yang menuju ke dalam hutan tersebut. Aku segera mengambil keputusan untuk kembali ke kolej. Kalau balik ke rumah pun, belum tentu dia bagi aku balik. Karang dia bawak aku ke flat dekat Sabah sana, siapa nak hantar aku balik Semenanjung? Isy, karut!

SAMPAI di kolej, waktu sudah menginjak ke maghrib. Sayupsayup kedengaran azan maghrib dari pelbagai arah. Perut aku pula berkeriut minta diisi. Laparnya, subhanallah! Terasa macam dah tiga bulan aku tak makan namun, aku gigihkan juga untuk melangkah. Puasa sunat! Boleh ke niat puasa sunat waktu maghrib? Cis, ajaran nenek moyang mana kau cekup ni, Rul? Aku ke surau untuk menunaikan solat dan membersihkan diri seadanya. Waktu solat maghrib itu tak ada sesiapa yang aku kenal, cuma seorang dua aku cam mukanya yang selalu aku lihat semasa minggu orientasi dahulu. Hati aku meronta-ronta untuk menceritakan tentang kejadian misteri yang menimpa aku namun, mulutku terkunci! Nak aje aku cekup seorang abang senior ni, heret dia sekali pergi menyiasat. Bawak geng dia sekali, pun bagus! Geng doa wirid panjang ni haaa, mantap tu! Tapi, itu hanyalah khayalanku semata-mata. Selepas solat fardu berjemaah, aku solat sunat

39

Hero Aku Tomboy

rawatib selepas maghrib dua rakaat dan sunat hajat dua rakaat. Memohon supaya ditabahkan hati aku dan dielakkan daripada sebarang bencana yang tidak diingini. Dalam pukul lapan malam, aku yang sudah menyiapkan diri dengan perisai zikir dan tawakal kepada Allah pun segera menuju ke hutan tersebut dengan berjalan kaki. Fokus baru aku, selesaikan semua masalah kemudian aku nak melantak serupa orang tak jumpa nasi tiga tahun dekat kafe! Nasi apa yang best? Nasi goreng biasa pun bisa buat aku kecur liur sekarang ni! Apa lagi nasi paprik! Tak pun nasi goreng USA. Hish, sabar Rul, sabar! Aku memujuk hati dan perutku supaya bersabar sebentar demi menyelesaikan masalah yang datang bertimpa-timpa ni. Palang yang menutupi jalan tar tersebut aku langkah. Dengan lampu torch light yang agak malap daripada telefon bimbit murah aku ni, aku beranikan diri melangkah ke depan. Sinaran bulan penuh bersama bunyi cengkerik menemaniku. Aku rasa sinaran bulan lagi terang daripada lampu picit kat telefon bimbit aku ni ha! Tapi tak apa la, buat syarat. Ala, macam detektif dalam televisyen tukan harus ada lampu picit kalau buat penyiasatan malam-malam. Bibir aku pula terkumat-kamit berzikir. Di atas, aku nampak si dia melayang-layang menemani aku ke dalam hutan tersebut. Darahnya jatuh setompok demi setompok bersama layangannya itu namun tidak mengenai aku. Mungkin sebab aura zikir aku kut, hu hu. Hantu dan yang seangkatan dengannya takut untuk menghampiri orang yang kuat berzikir, seolah-olah ada satu aura yang boleh menyakitkan mereka andai tersentuh di sekeliling orang yang berzikir tu. Kata ustaz aku la. Harus la betul, kan? Takkan dia nak mereka-reka buat cerekarama tipu anak murid dia kut, kan? Tapi, hantu amoi ni selamba aje dekat dengan aku.

40

Arisa Eriza

Maknanya aku ni tak berapa nak kuat ibadatnya lagi la, dan memang terbukti jugak kut. He he! Tapi, alhamdulillah juga aku masih kuat semangat! Kalau tak kuat, mahu kena sergah sekali, terus ting berpusing da.... Tolong saya.... Tiba-tiba dia berkata dan mendarat di atas tanah di hadapanku selepas aku yang berlagak serupa detektif tak bertauliah ni tercari-cari klu dalam keadaan bengongbengong alam. Kesian aku ni ha, hish! Lapar sangat sampai mimpi yang dia bagi kat aku tu pun aku dah ala-ala lupa. Dan dia ni macam tau-tau aje aku dah lupa. He he! Ye la, mana taknya. Aku duk terpusing-pusing seorang diri dekat atas tanah ni tak ada buat apa-apa. Nampak sangat kut kebengongan aku ni! Dia menunjukkan ke arah tanah yang berbatu-batu sedikit di atasnya. Dalam kesamaran lampu telefon bimbit dan cahaya bulan, aku cuba mengorek sedikit tanah tersebut menggunakan tanganku. Kemudian, aku terjumpa satu tulang yang sudah agak rapuh di situ. Aku menggigit bibir. Yes, klu yang sangat tepat di situ! Secara tiba-tiba bau ayam goreng panas seolah-olah berada di depan hidungku membuatkan perasaan ingin-selesai-cepat membuak-buak dalam hati dan membara di dada. Awak... tunggu kejap ye. Saya lapor pada pak guard. Kekonon aku bercakap dengan dia. Suara aku sekejap perlahan dan kemudiannya kuat pulak. Mungkin nak seimbangkan dengan kekalutan hati yang dipenuhi oleh kesangsian dan kemusykilan bersama dengan kekobaran ingin makan.

41

Hero Aku Tomboy

Kemudian aku segera berlari ke arah pondok guard di kolej. Tak ada orang. Eh, mana pulak pak guard ni? Tapi, memang selalu tak ada orang pun dekat bilik kecil yang dijadikan pondok khas untuk para pengawal keselamatan ini berjaga. Alahai, abang guardku yang hensem, (agak aje la hensem) di manakah lokasi engkau sekarang? Menjelmalah dikau! Aku berjalan laju ke sana ke sini sehinggalah aku terserempak dengan seorang lelaki berbaju uniform biru dan perutnya buncit ke depan. Tahulah aku itulah lelaki yang boleh membantu aku malam ini, harapnya. Bang! Saya jumpa tulang manusia dekat dalam hutan tu! Aku segera meluru ke arah lelaki itu. Dengan pantasnya aku bersuara laju, kalah bullet train di Jepun. Abang pengawal itu tercengang namun, segera kembali ke alam nyata selepas aku menyuluh mukanya dengan lampu telefonku. Huh, macam mana kamu boleh jumpa? Situ, kan kawasan larangan? Abang pengawal itu bertanya dengan nada yang sinis. Mulutnya yang menganga luas tadi cuba dicover sebaik mungkin. Mungkin menyerang aku dengan soalan maut begitu boleh menghilangkan perasaan malu yang dirasainya ketika ini. Itu bukan persoalannya. Persoalannya, abang tolong la percayakan saya dan ikut saya dulu. Saya akan buktikan. Saya tak tipu! Aku cakap bersungguh-sungguh dengan mata yang bulat. Suara aku menarik perhatian beberapa pelajar lain yang kebetulan melalui kawasan itu. Wajah aku yang cekung sebab tak makan ni ditenung oleh mereka. Aku kalau duduk sebelah hantu amoi tu aku rasa dah boleh jadi pasangan bagai

42

Arisa Eriza

pinang dibelah dua dah ni ha. Kelaparan aku membuatkan sifat sabar aku hilang sedikit. Okey. Kalau macam tu, abang percaya. Tapi kalau tak betul, tunggu kamu abang luku. Abang pengawal itu pun dengan segera menghubungi beberapa rakannya dengan menggunakan walkie-talkie yang sentiasa diletakkan di tali pinggangnya itu. Mujur dia mempercayai aku walaupun keraguan sangat jelas ketara pada wajahnya. Aku duduk di atas pembahagi jalan di hadapan pintu pagar kolej sambil menunggu rakan-rakannya yang lain tiba selepas aku berjalan bersama dengannya ke sana. Tidak lama kemudian, datang dua orang pengawal keselamatan yang lain sambil tergesa-gesa turun daripada motor dan diparkir di kawasan berhampiran. Selepas bercakap sedikit, kami beramai-ramai ke tempat tadi. Aku perasan dia mengiringi kami, melayanglayang di atas. Namun, aku sahaja yang perasan kerana ketiga-tiga pak guard tu nampak macam steady aje. Mungkin jugak mereka dah biasa melihat benda macam tu kat sini, sebab tu mereka tak hairan walaupun mungkin mereka nampak. Sini, bang. Cuba abang tengok. Aku menunjukkan tempatnya sambil bernafas laju dan agak mengah ditambah pula dengan sang hantu comel yang baru sahaja bertenggek sambil melunjur kaki di atas dahan pokok berdekatan sambil memerhatikan kami semua. Aku bukan tak cuba buat-buat berani, tapi... huh, aku pun tak tahu kenapa dia buat aku kecut perut walaupun boleh kata tiap masa dia teman aku selama ni.

43

Hero Aku Tomboy

Man, kena guna cangkul kut? ujar salah seorang pengawal keselamatan itu. Tapi tulang-tulang ni dah lama, dah rapuh. Takut hancur pulak kalau guna cangkul. Kita korek guna tangan la. Cadang pengawal keselamatan yang pertama tadi dengan bersemangat. Aku telefon polis kejap. Dia menjauhi kami yang sibuk menggali dan mengorek tanah yang terdaya kami lakukan sementara menunggu kes itu diselesaikan oleh pihak polis.

AKHIRNYA, tulang-tulang itu pun dikumpul oleh polis pada malam itu juga dan dikebumikan dengan sempurna di tanah perkuburan yang berdekatan. Sedikit tulang yang ada disimpan untuk dibuat analisa bagi mencari bukti dan pemiliknya. Aku juga disoal siasat oleh polis. Aku cerita secara rambang, namun siapalah yang nak percaya aku diberi vision untuk melihat hantu comel tu dan diminta tolong pulak tu. Namun, aku dah cukup bersyukur sebab mereka tak tahan aku menyatakan aku pulak yang membunuh. Wah, kejadian yang sangat gila dan naya kalau betul-betul jadi! Alhamdulillah. Aku sangat lega kemudiannya selepas para polis beransur pergi. Gamat juga la kawasan kolej dan sekitarnya. Popular sekejap aku! Tapi, popular tak popular, perut aku siapa nak tolong isi? Wei, kau nak pergi mana? Aku tak habis tanya lagi ni! jerit seorang teman sekelasku penuh perasaan melihat aku yang tiba-tiba aje berlari selepas menjawab soalannya dengan ala kadar.

44

Arisa Eriza

Nanti aje la aku cerita. Aku nak mati dah ni, lapar gila siot! Aku menjawab dengan kuat, lebih pada menjerit sambil kakiku laju berlari menuju ke arah tangga yang menuju ke kafe. Perutku yang bergendang kuat bertambah kuat bunyinya apabila melihat pelbagai makanan yang sedang dinikmati oleh orang-orang di kafe. Aku laju menuju ke sebuah kaunter yang menyediakan masakan panas dan memesan nasi goreng Thai. Kemudian, aku mengambil tempat duduk di sebuah meja bulat yang kosong yang tersedia di situ selepas aku membeli sebotol air 100 PLUS sejuk. Lima minit kemudian, nasi goreng aku siap. Aku dengan semangat sateria zaman dahulu kala segera bangun dan mengambil pinggan nasi berkenaan selepas membayar harga nasi tersebut. Duduk aje, aku terus melantak sampai lupa nak baca doa sebelum makan. Isy, teruk betul! Aku segera membaca doa jika terlupa membaca doa makan seperti yang diajar oleh Nabi S.A.W. Bismillahi awwaluhu wa akhiruh. Dengan nama Allah pada awalnya dan akhirnya. Kemudian, aku terus menyumbat makanan ke dalam mulut. Aku dah tak kisah orang yang memandang. Nasib la. Korang tahu ke aku tak makan semalaman? Tak, kan? Aku makan dengan gelojoh sehinggalah aku tersedak dengan kehadirannya secara tiba-tiba duduk di atas kerusi di sebelahku. Huh, serius! Aku ingat dia dah selamat dalam kubur dah tadi! Isy... kalut, kalut! Aku tahu aku seorang aje yang nampak sebab yang lain-lain aku tengok tak kisah pun siapa dekat sebelah aku sekarang ni! Dah la tiba-tiba aje muncul, kan? Kalau orang lain boleh nampak, insya-Allah dah pengsan menjerit.

45

Hero Aku Tomboy

Dia datang dengan skirt putih dan muka yang bersih, namun tetap berkelibat seperti kabus. Alhamdulillah dia tak pakai kostum kak pon dia tu, hah. Aku urut dada dalam diam. Dia senyum kepadaku. Uhuk! Nyaris nak tersedak lagi. Aku senyum nipis serupa tak boleh nak senyum tu. Aduhai, kenapa kau datang lagi? Aku seram wahai hantuku sayang! Ambik kau, sayang sekali aku bagi. Dia mendekatiku. Semerbak bau wangi bunga cempaka menerpa hidung. Aku tahan nafas, mata kututup separuh, jaga-jaga kalau dia nak cekik, tapi dia... Chu.... Dia cium pipi aku! Wah, aku kena cium dengan hantu! Kena cium dengan hantu, aku ulang! Sikit lagi aku nak kena asma dan pengsan. Hantu amoi pulak tu. Haiya, bukan muhrim mana boleh cium-cium, Jane. He he! Gabra dan excited lebih pulak dah. Dan aku perasan aku la hero kacak penyelamat hantu sekalian lepas dia cium tu, melayang sekejap. Isy, kena cium dengan hantu pun nak perasan. Susah ni! Aku usap-usap pipi aku yang terasa dingin dan sejuk disapa oleh bibir mungil Jane. Malu pulak kalau orang perasan aku duk terkedu sorang-sorang, lepas tu sengih tak tentu hala dengan pipi merah. Malu kaedahnya kena cium walaupun dengan hantu! Isy, sadiskah? Atau, comelkah? Hu hu. Kalau la kan, dia datang cium aku tiap malam, insya-Allah malam ketujuh tu orang hantar aku pergi hospital sakit jiwa dekat Tanjung Rambutan sebab duk asyik tersengih. Dia bisik di telingaku kemudiannya. Terima kasih, Khairul. Selepas itu, dia senyum semula sebelum hilang begitu sahaja. Oh, begitukah? Cara dia ucap terima kasih tu

46

Arisa Eriza

macam terlebih istimewa la pulak! Jane, cukup la dengan perkataan terima kasih tu, aku tak harap banyak pun. He he! Walhal dalam hati suka. Isy, astaghfirullah! Tak harus, tak harus! Aku geleng kepala sorang-sorang. Aku kembali memegang suduku yang terlepas secara semula jadinya tadi sebab terkejutkan si hantu yang muncul tiba-tiba dan mula menikmati nasi gorengku kembali. Tapi satu ciuman tadi dah cukup buat aku kenyang. Alahai, gila bayang dengan hantukah? Ops, tidak! Tidak dan tidak! Aku segera menghabiskan nasi gorengku yang semakin sejuk itu kerana jam juga sudah menunjukkan hampir dua belas tengah malam. Kemudian, aku menapak ke bilik. Kulihat Am sudah pun tidur berpelukan dengan Manjenya. Aku betulkan selimutnya yang terselak sedikit dan menggeleng kepala. Tidur tak pernah nak sopan dia ni. Aku mengambil bekas toiletries yang kuletak di bawah meja studi dan menuju ke tandas untuk melaksanakan rutin harianku. Sedang aku memberus gigi, datang dua orang rakan sekelasku yang agak nakal dan glamor dengan perangai mereka yang suka membuli sedari awal-awal masuk kelas dulu. Weh, tengok siapa tengah gosok gigi tu? Hero kita, wei! Esok mesti masuk surat khabar, kau boleh bercakap dengan hantu! Wah, hebat betul kau, eh? Jeffry memerliku sambil menepuk perlahan tak perlahanlah di belakang badanku. Aku segera menghabiskan aktiviti menggosok gigi dan berkumur untuk mengelakkan daripada terus sakit hati dengan mereka berdua. Haah, gila la! First time aku dengar benda ni! Kau

47

Hero Aku Tomboy

biar betul, beb? Aku macam tak percaya gila. Aku pun nak nampak jugak la, boleh aku glamor macam kau nanti! sambung Rijal sambil ketawa kuat, menambahkan lagi kegamatan di dalam bilik air itu. Aku cuma diam, malas mahu berbalah dengan mereka yang memang hobinya suka mempermain-mainkan orang. Habis dah berus gigi? Cepat betul. Kenapa? Kau nampak hantu lagi ke dalam cermin tu? Ha ha ha! Mulut cabul Jeffry membuatkan aku bertambah bengang. Aku mencebik dan terus keluar tanpa mempedulikan mereka. Biarlah diorang nak kata aku pondan ke, aku terjangkit dengan kelembutan Am ke apa ke, aku tak kisah. Asalkan aku tak cari gaduh dan cari penyakit. Lagipun, bila dah jumpa makhluk tu dalam erti kata sebenar, baru boleh nilai apa perasaan aku sebenarnya. Mulut cabul macam tu selalunya memang takkan hidup tenang, omelku dalam hati. Rasa sebal aku cuba padamkan dengan zikrullah dan istighfar. Semoga Allah melindungiku.

48

Arisa Eriza

Bab 4
IJAL! Aku masuk bilik dulu, malas la aku nak tunggu kau. Kau tu kalau mandi kalah pengantin perempuan! jerit Jeffry selepas Rijal masuk ke dalam bilik mandi dengan tuala berbunga warna-warninya itu untuk mandi tengah malam. Panasnya lain macam pula malam tu, menyebabkan Rijal tak tahan dan memutuskan untuk mandi terus bagi menghilangkan peluh-peluh dan rasa gatal pada badan. Ha, ye la. Suka hati kau, aku tak kisah pun! jeritnya lantang dari dalam bilik mandi itu. Bunyi pancuran air kedengaran dibuka. Dia mula membasahkan badannya selepas derap kaki Jeffry hilang daripada deria pendengarannya. Uh, selesa gila, bisiknya seorang diri sambil meratakan air ke seluruh tubuh. Tidak lama kemudian, kedengaran pula derap kaki masuk ke dalam bilik mandi di sebelahnya dan pintu ditutup perlahan seakan-akan langsung tidak dapat didengari. Bunyi

49

Hero Aku Tomboy

paip air pancur dipulas menghiasi telinganya seiring dengan bunyi air pancur seperti hujan. Dia abaikan sahaja, malahan bergembira kerana ada yang menemaninya mandi kala itu. Tangannya yang sedang menyabun tubuhnya yang tinggi bergerak laju sambil mulutnya menyanyi-nyanyi riang dan boleh tahan la sumbangnya lagu Ukays yang sangat popular pada zaman sembilan puluhan dahulu. Biarpun lenaku panjang, tiada mimpi bertanda. Menghitung... Tak sempat dia nak tarik panjang lirik lagu tersebut, kedengaran suara lain mencelah. Biarpun leherku panjang, tiada badan ku punya. Tiba-tiba aje suara wanita yang garau menghiasi tandas yang sunyi tanpa sebarang bunyi itu kecuali bunyi pancuran air yang dibuka. Rijal yang mendengar jelas suara nyanyian bersama melodi dan pitchingnya yang agak lari itu segera kecut perut. Air liurnya ditelan. Terus dia pandang ke sebelah atas kanannya, ke arah dinding yang menjadi penghadang dengan bilik air di sebelah sehingga dia akhirnya keluar dari bilik mandi tersebut dengan kain basahnya, berlari laju sambil menjerit. Tolong! Hantu! Penanggal! Betul ke namanya penanggal? Bantai aje la! Sebabnya aku sendiri tak kenal hantu tu apa namanya. Bisik hati Rijal. Sabun yang sedang dipegang dibaling ke belakang sambil laju berlari menuju ke biliknya. Dilihat Jeffry berada di luar bilik mereka. Riuh tingkat bawah kolej itu dengan bunyi suara orang yang keluar dari bilik selepas terdengar jeritan Rijal itu. Masing-masing bertanya sesama sendiri apa yang terjadi namun, mereka tidak keluar dari bilik mereka. Sekadar berada di depan pintu bilik sahaja, langkah keselamatan

50

Arisa Eriza

supaya senang cepat-cepat lari masuk ke bilik kalau ada apaapa benda yang tiba-tiba menerpa. Senior yang ada di situ pula hanya mengetap bibir dan mengerutkan dahi memandang ke arah Rijal yang sedang gelabah. Ri... jal. K... ka... kau... dari... mana? soal Jeffry dengan suara bergetaran yang nyata. Muka dah cuak gila. Apa kes? Aku dari tandas la, bahlul! Gila la wei! Aku jum... aku jumpa penanggal! Aku jumpa... wei... aku jumpa! Rijal menjerit dengan suara antara dengar dan tidak. Tersekatsekat, sumpah tak cukup nafas. Mana? Mana? Jeffry bertanya dalam riak ketakutan yang bertambah-tambah. Mukanya juga kelihatan pucat tiada darah. Tadi, dalam tandas. Wei, aku nak masuk bilik, kenapa kau tak masuk? Benda tu kejar aku tadi! Kau jangan, wei... seram aku! Huh! jerit Rijal kuat sambil menolak Jeffry yang sedang kebingungan di depan pintu bilik. Jangan masuk, wei! Jangan! Ada... dalam tu.... Jeffry bercakap perlahan menahan Rijal daripada masuk ke dalam bilik mereka. Namun, Rijal pula mengalami kejutan untuk kali keduanya pada malam itu. Mari, masuk. He he he! Bunyi suara garau bersama ketawa mengerikan kedengaran nyata di telinga. Bilik mereka dipenuhi oleh tompokan darah di merata tempat dan baunya sangat meloyakan tekak. Seorang wanita yang mana sedang berusaha keluar

51

Hero Aku Tomboy

dari skrin komputer di bilik mereka sedang tersenyum memandang ke arah Rijal. Rambutnya yang panjang mengingatkan Rijal tentang kisah seram yang pernah ditontonnya dahulu. Matanya pula tiada mata hitam, bersama dengan bibir biru dan muka pucat tiada darah. Rijal terpanar lagi. Dah rupa macam terkena renjatan elektrik. Kepala hantu wanita tadi menyenget ke sebelah kiri, terkehel seperti leher yang patah. Mulutnya menitikkan darah dan dengan tidak semena-mena menghamburkan tompokan darah merah sehingga terpercik ke muka Rijal yang sedang tercegat berdiri di situ. Rijal terkejut yang amat sehingga terkaku. Wanita itu sudah hampir separuh badannya keluar dengan tangan pucat berurat selirat sana sini. Dia gigih menapak menggunakan tapak tangannya bersama bunyi menderam yang mengerikan. Darah melurut turun dari celah rambutnya ke atas kerusi yang kini menjadi tempat tapak tangannya mendarat. Wei, lari la. Blah!!! Jeffry menarik tangan Rijal yang tidak mampu lagi untuk bergerak tanpa sebarang dorongan. Jeffry yang menutup mukanya tadi untuk tidak melihat lagi ke dalam bilik mereka yang tiba-tiba menjadi gelap dan suram itu kini mendapat semangatnya kembali untuk menarik Rijal keluar. Dia pun tak tahu dari mana semangat itu datang. Namun, ternyata Rijal tak cukup kuat untuk menghadapi kejutan kali kedua dalam masa yang begitu singkat.

52

Arisa Eriza

RUL! Rul! Bukak pintu, Rul! Kedengaran seseorang mengetuk kuat pintu bilikku sehingga mengejutkan Am yang sedang lena tidur. Aku yang sedang sibuk melayan kisah drama komedi Korea di lap-top segera menanggalkan headphone selepas bunyi ketukan yang luar biasa kuatnya itu mengganggu-gugat fokus aku pada cerita tadi. Eh, aku pun layan cerita Korea apa. Jangan ingat kaum hawa aje, he he. Tapi, aku layan pun berpada la. Tak ada la duk melayan sampai lupa dunia yang fana ni. Siapa pulak ni ya? Sekejap! Aku segera membuka pintu. Muka Jeffry yang berpeluh bersama Rijal yang pucat terpampang di ruang mata. Kenapa ni, Jeff, Rijal? Aku kerut dahi memandang mereka berdua. Yang paling dahsyat, Rijal la sebab rupanya semacam orang yang terkena sampuk kala itu. Matanya tertumpu ke depan sahaja. Pandang apa aku pun tak tau. Bagi kami masuk dulu, boleh? Kalut Jeffry berkata sambil matanya melilau ke kiri kanannya. Aku meluaskan bukaan pintu bagi memberi mereka ruang untuk masuk. Jeffry memimpin Rijal dengan kasar dan menolak rakannya itu laju ke atas katilku, menyuruh Rijal duduk sementara dia kalut mengarah aku menutup pintu dengan secepat mungkin. Aku bengong-bengong lagi sebab tak tahu apa biji buahnya sampai macam tu sekali kalutnya Jeffry malam ni. Rul! Kau kena tolong aku, Rul! Jeffry memulakan bicara selepas aku mengunci pintu bilik dan duduk di atas katil berhampiran mereka berdua. Am yang terjaga tadi sudah kembali tidur selepas

53

Hero Aku Tomboy

bebelan ringkas dan meraban terdengar keluar daripada mulutnya. Aku kena ganggu. Rijal pulak lagi teruk sebab dia dua kali terkena malam ni. Tu sebab dia jadi macam ni. Dia terkejut yang amat. Jeffry bercerita. Dia kata dia jumpa penanggal dalam tandas tadi. Lepas tu dia lari balik bilik, dia nampak pulak hantu The Ring macam yang aku nampak dulu sebelum dia! Aku telan air liur mendengar. Aku ketap bibir memikir. Huh, hantu lagi! Hantu The Ring? Aku tanya kemudian dengan riak hairan bersama dahi berkerut. Mulut yang sedikit menganga tadi aku gigih tutup. Serius tak sempat nak bernafas lagi ni. Hantu perempuan keluar dari skrin komputer! Bezanya kalau dalam The Ring, dia keluar dari televisyen! Kenapa la expert sangat benda-benda macam tu sekarang ni. Ya Allah! Jeffry memegang dan menarik rambutnya tanda kesal tak sudah. Dia terus membebel sendiri, tak sangka wujud rupanya hantu macam tu, ingatkan dalam filem aje! Sesungguhnya dia berani bersumpah, kalaulah dia tahu hantu tu sebenarnya mendatangkan sakit otak dan jiwa, memang dia takkan sebut walaupun sekali untuk berjumpa dengan mereka! Aku pulak istighfar tiga kali mendengar pernyataan Jeffry. Isy, itulah tak ada penyakit cari penyakit. Ini mesti kes mulut cabul dioranglah ni yang tak semena-mena memanggil benda bukan-bukan macam tu. Aku berbisik dalam hati. Bibir kuketap dan aku cuba berfikir dengan pantas bagaimana untuk membantu mereka semampu yang boleh. Kita kena bawa Rijal jumpa ustaz. Aku pun tak

54

Arisa Eriza

tahu apa yang aku boleh buat untuk tolong dia. Cuba kau baca ayat Kursi dan hembus dekat dia sementara aku telefon Ustaz Azam. Aku berkata dengan yakin lalu dengan lajunya aku bangun ke meja studi untuk mengambil telefon bimbit selepas aku blur selama setengah minit. Aduh, aku tak ingat langsung macam mana ayat Kursi, Rul! Aku tak boleh fokus! Aku risau gila dengan Rijal ni! Jeffry membalas. Aku segera memberinya telefon bimbitku yang sudah aku dail nombor Ustaz Azam, lantas duduk di sebelah Rijal yang sedang bersandar di dinding. Matanya seolah-olah dipukau sesuatu. Kain basahnya sudah mula mengering sedikit namun tetap membasahkan tilam nipis aku tu. Kesian.... Istighfar, Jeff. Kau tolong cakap dengan ustaz, minta ustaz datang sini. Cakap kecemasan, dia akan faham. Aku berkata perlahan. Aku duduk bersila di depan Rijal, mula menutup mata dan membaca surah al-Fatihah serta ayat Kursi. Tangan kutadah sehingga cukup tujuh kali aku baca kedua-dua surah al-Fatihah dan ayat Kursi itu, lalu aku raup ke muka Rijal. Dia seolah-olah tersedar dan mula meracau-racau tak tentu hala. Lailahaillallah! Mengucap, Rijal! Lailahaillallah! Aku menjerit kuat dan memegang pergelangan tangannya selepas aku membuka mata. Bila ustaz boleh datang? tanyaku agak cemas sambil memandang ke arah Jeffry yang kembali kalut melihat keadaan Rijal. Secepat mungkin! jawab Jeffry sepantas kilat.

55

Hero Aku Tomboy

Telefon bimbit Cokia aku tu dia campak ke atas lantai. Tercampak gamaknya sebab terkejutkan Si Rijal yang tiba-tiba meracau tak tentu hala. Tak apa la, aku maafkan aje keterlanjuran kau tu, Jeff. Sempat lagi aku berbisik sendiri dalam hati walaupun ada la jugak perasaan risau kalau-kalau rosak telefon Cokia aku tu, siapa nak ganti? Terpaksalah aku korek tabung adik di rumah sana. He he he... Nanti ada masa abang ganti balik, ye dik? Oh, terlebih bebel pulak di masa puncak ni! Tolong aku pegang tangan dia! Aku meminta bantuan Jeffry selepas Rijal mula meronta-ronta kuat hendak melepaskan diri. Jeffry yang berbadan besar itu lebih kuat fizikalnya berbanding aku yang ada rupa seperti makhluk tak cukup zat ni! La hau la wala quwata illa billahil aliyul azim! Aku lafazkan sekuat hati, dah macam tak ada hari esok. Hu hu hu, ambik kau! Rijal memberi respons dengan menjerit segila lembu terkena sakit sawan dan merenung aku dengan renungan paling tajam di dunia. Ayu sangat ke aku? Errr... aku abaikan dan aku sambung pulak dengan azan yang tak berlagu. Mati la nak berlagu bagai, kan di saat genting macam ni! Rijal terus meronta-ronta macam sakit bila mendengarkan azan yang aku laungkan. Berani kau?! Kau cabar aku?! Tiba-tiba satu suara garau keluar daripada mulut Rijal, suara yang lebih dalam daripada suara Rijal yang sebenarnya. Jeff, baca ayat Kursi dengan aku. Kuat-kuat! Jeffry mengangguk. Mungkin memori dia dah

56

Arisa Eriza

kembali. Kemudian kami mula membaca dengan kuat. Sumpah memang kuat. Semakin kuat bacaan kami, semakin kuat rontaan Rijal yang mula menyepak-nyepak angin dan berhajat ingin menyepak aku dan Jeffry, supaya dia dapat melarikan diri dari bilik aku. Ha ha ha, korang memang failed! Baca ayat Kursi pun salah! Tiba-tiba sahaja Rijal terdiam daripada aktiviti rontaannya tadi dan terus ketawa nyaring yang menaikkan bulu romaku. Jeffry aku tengok mula pucat balik dan terdiam mendengar ucapan dan ketawa Rijal yang berdekah-dekah. Ini mesti dia nak buat helah sebab dia tak dapat lari. Jangan hiraukan dia! Dia nak mainkan kita, Jeff! Teruskan baca! Aku berkata dengan yakin gila. Syaitan dan jin kafir memang sebaik-baik penipu daya dan pemutar belit. Apa dia kata, sepatah haram pun tak boleh percaya! Aku teruskan membaca ayat Kursi sambil merenung tajam ke arah Jeffry yang masih terdiam membisu di depan aku. Dah macam dia pulak yang hantunya. Tak lama kemudian, dia kembali sedar dan ikut membaca sekali bersama aku walaupun suaranya tidak sekuat awal tadi. Kau ingat kau dah cukup bijak? Kau akan hangus terbakar dengan aku jugak dalam neraka nanti. Ha ha ha! Suara Rijal bergema lagi kemudiannya. Isy, kalut la kau, Rijal! Suka hati nenek moyang dia aje, kan nak cakap macam tu. Nak aje aku ramas mulut celopar bersama pakej hidung dia sekarang ni! Dah la badan bersabun bagai, berkilat macam cermin! Peluh yang lebat menitik dari dahinya membasahkan kembali badannya itu dan melicinkan kulit tubuhnya.

57

Hero Aku Tomboy

Ya Allah! Apa dah jadi ni?! Am terjaga kembali selepas keriuhan kedengaran dengan nyata di dalam bilik kami ketika itu. Dia bangun dengan tiba-tiba dan menjerit sambil memegang hujung kain batiknya dan menutup mulut melihatkan keadaan Rijal yang sedang terbuntang matanya itu. Orang dah lama berperang, dia baru nak jaga! Aku bisik sendiri. Mendengarkan suara Am, Rijal yang kerasukan itu tersenyum lagi sambil memandang ke arahnya. Am apa lagi, terus kecut perut. Dada pulak dah mula berombak bagai. Ketar lutut tak usah sebut, boleh kalah penyanyi rock kat atas pentas! Kau nak ikut kami tak, Ismail Ammar? Ha ha ha! Jom buat rombongan Cik Kiah, go to the hell! Lagi bergetar lutut serupa nak pengsan Am mendengar pertanyaan Rijal. Siap sebut nama panjang, wah, expert benar, weh! Lepas tu siap speaking orang putih pulak tu. Tak boleh blah betul, memang tabik hot spring la kau! Rul! Rul! Aaa... aku... taa... kut! Am terjerit kuat. Am terus bereaksi gerun melihat pada Rijal kala itu. Gayanya ada rupa nak datang dekat dengan aku, tapi dalam masa yang sama, macam nak menjauhi pun ada aku tengok. Am, tolong bukak pintu. Ustaz dah datang tu! Tiba-tiba aku mengarah Am selepas kedengaran ketukan dan salam yang agak tegas dari luar. Am yang aku agak dah meremang segala bulu romanya itu segera melintasi kami dengan tak banyak bicara dan membuka pintu selaju mungkin. Muka dah pucat nauzubillah. Dia terus keluar dan membuat keputusan untuk

58

Arisa Eriza

menunggu di luar saja. Badan lembutnya mula menggedik tak tentu arah. Tak berani dia nak masuk lagi, seram! Dia menjerit dengan kuatnya sekali lagi, sebagai acara untuk menarik perhatian orang sekeliling dan mencapai publisiti bulanan. Ustaz Azamuddin datang bersama dengan seorang warden kolej, Encik Amir. Mukanya berkerut dalam ketenangan. Astaghfirullahalazim.... Ustaz Azamuddin bersuara kemudiannya selepas melihat Rijal yang kelihatan sangat kasihan itu. Luar bilik aku tengok dah mula meriah dengan pelajar-pelajar lain yang datang melihat dan meninjau apakah berita sensasi yang sedang ke udara. Rijal pulak semakin mengganas. Mata putihnya semakin memerah, menimbulkan urat dan kapilari darah. Kuat dan degil benar benda yang merasuk dalam badan dia ni! Kau! Dari mana kau muncul? Tiba-tiba aje, kau terjun dari langit ke, hah Azamuddin?! Muka Rijal kelihatan sedikit takut dengan kehadiran Ustaz Azamuddin. Ya, baru kau tau langit tinggi ke rendah! Aku terus beristighfar dalam hati dan aku sangat bersyukur Allah menghantar bantuan yang tinggi level ilmunya daripada aku yang hanya tau baca ayat Kursi, zikir dengan al-Fatihah aje untuk membantu Rijal. Errr... ilmu tak cukup lagi! Kamu tolong pegang kaki dia, kuat-kuat! Ustaz Azamuddin menyuruh dua pelajar lain yang menyibukkan diri di situ untuk membantu kami. Padan muka! Siapa suruh menyibuk sangat, kan?

59

Hero Aku Tomboy

Mulut Ustaz Azamuddin mula terkumat-kamit membaca sesuatu selepas dia duduk menggantikan Jeffry. Aku tawarkan Islam kepadamu. Peluklah Islam supaya kau mengenali Allah, Tuhan sekalian alam! Aku tak mahu! Aku tak mahu! Kau pergi, kau pergi sekarang! Aku sakitlah, bodoh! Rijal menjerit membalas kata-kata Ustaz Azamuddin. Wajahnya berkerut kerana sakit dipegang oleh Ustaz Azamuddin yang tidak putus-putus membaca ayat al-Quran. Ayat apa aku pun tak pasti tapi wajiblah ayat tu amat power sebab dia bagi respons positif. Tak macam tadi, sempat gelakkan dan main-mainkan kita orang lagi tu! Isy, mana datang tak tau dia ni! Aku tawarkan Islam kepadamu. Jika kau enggan, aku terpaksa membunuh kau! kata Ustaz Azamuddin dengan tegas sambil memegang leher Rijal selepas tiga kali tawarannya itu disebut. Ha ha ha, Azamuddin... Azamuddin. Aku dah lama hidup, tapi tak pernah pun sesiapa yang mampu matikan aku. Kau ingat aku tak tahu kau berhelah, hah?! soal Rijal begitu angkuh sambil kepalanya tergeleng-geleng dan tersenyum bangga. Kesakitannya tadi seolah-olah telah hilang. Pergh, jin kafir ni... hebat betul berpura-pura. Sombong dan bongkak. Padan la kena campak keluar dari syurga pun. Dah tu nak ajak manusia masuk neraka bersama. Aiseh! Dan memang diorang dah berjanji dengan Allah untuk melakukan tipu daya sehabis baik bagi menipu manusia. Lepas tu masuk ke neraka bergerombolan bersama-sama selepas puas bergelumang dengan dosa di dunia yang nampak indah belaka. Indah tu pun kerana dibaluti dengan gula-gula

60

Arisa Eriza

bisikan dan senyuman penuh kedengkian para syaitan terkutuk. Pandai dia sapu mentega bersama strawberi pada wanita, supaya nampak manis dan menggoda pada pandangan para adam. Dan kemudian akan bermulalah segala macam maksiat-maksiat yang boleh membuat mereka bertepuk tangan. Sesungguhnya para wanita adalah senjata paling ampuh buat syaitan. Diorang jugalah yang jadi batu api dengan menyatakan buat la apa pun, kau akan masuk syurga juga dengan rahmat Allah selepas masuk ke neraka. Dengan syarat kau tak mensyirikkan Dia. Dosa-dosa lain buat pun tak apa. Huh, betul-betul mulut manis! Tapi, masuk neraka tu bukan macam kau main celup-celup jari kaki dalam kolam hot spring. Dan jangka masanya tak sama dengan jangka masa di dunia. Tahan ke kulit terbakar sampai hangus, otak menggelegak dan minum air nanah dan besi panas selama beratus-ratus tahun? Tak tersanggup nak bayang, nauzubillah! Apa nasib aku di sana nanti, aku sendiri pun tak pasti. Semoga Allah melindungi aku daripada azab seksa api neraka-Nya. Sesungguhnya kuasa Allah tiada apa dan siapa yang mampu melawan. Walaupun kau! Ustaz Azam menengking menghilangkan lamunan aku. Fuh, ganas, ganas. Aku teruskan membaca ayat Kursi dalam hati. Aku mungkin tak mampu. Tapi kalau Allah sebut Kun Fayakun, walaupun kau yang hidup beribu tahun ni akan hancur lebur sekelip mata. Ustaz Azamuddin menyambung kata. Kenapa kau nak paksa aku? Kata al-Quran, Islam tak memaksa! Rijal bersuara dalam ketakutan diancam

61

Hero Aku Tomboy

sedemikian. Namun, egonya tetap tinggi untuk tidak terus mengalah dengan ancaman ustaz tersebut. Siap bagi dalil alQuran. Ini Rijal ke atau jin kafir ni? Isy, confuse tiga saat! Jawab soalan aku. Kau nak terima Islam, atau kau nak mati? Kuat suara Ustaz Azamuddin, menggemakan satu blok. Rasanya blok sebelah pun boleh dengar. Aku terkejut dan tersentak sekali lagi apabila mendengar suara Ustaz Azamuddin yang dah macam pakai mikrofon menjerit di depan aku! Ceh, mengada gila nak tersentak-sentak pulak, kan. Tapi, lepas ni memang aku kena berguru dengan Ustaz Azamuddin. Serius... sebab sekejap aje dia mampu tundukkan jin tu. Alhamdulillah dengan pertolongan dan izin Allah jugak sebenarnya. Aku tak nak mati. Kau takkan tak tau?! Rijal menjawab selepas bibirnya diketap kuat menahan kesakitan manakala kakinya pula meronta dengan perlahan. Muka pulak dah pucat dan berkerut. Sakit sungguh rasanya kut. Yalah. Ayat al-Quran, siapa yang boleh lawan? Ayat Tuhan pencipta seluruh alam. Aku mengakui kehebatannya dari dulu lagi. Jadi, aku sarankan kau terima Islam... kalau kau tak nak mati. Tenang Ustaz Azamuddin melafazkan pernyataan itu namun, tetap tegas. Ya, ya, aku terima! Tolong jangan seksa aku lagi. Aku sakit! Aku sakit! Rontaan Rijal akhirnya mati. Dah cukup lemah dan tak larat untuk menunjukkan kekuatannya lagi. Betul ke ni, ataupun sekadar lakonan semata-mata macam tadi? Bukan boleh kira sangat. Alhamdulillah. Ikut aku mengucap kalimah syahadah. Asy haduallaa ilaa haillallah, wa asy hadu anna muhammadur rasulullah.

62

Arisa Eriza

Jin yang merasuk Rijal itu perlahan-lahan mengikuti ucapan Ustaz Azamuddin sambil nafasnya tersekat di kerongkong. Aku panjatkan rasa syukur yang tak terhingga mendengarkan syahadahnya itu. Alhamdulillah! Kuasa Allah memberi hidayah. Dan pada aku, jin ni tak berapa liat dan degil sangat, sebab bukan senang jin nak terpedaya dengan ugutan yang macam aku selalu dengar sebelum ni. Moga dia betul-betul insaf dan terbuka hati. Amin.... Dengan masuknya engkau ke dalam agama Allah ini, aku mahu engkau bersumpah dengan nama Allah, Tuhan sekalian alam, yang mana tiada Tuhan selain Dia, bahawa engkau tidak akan mengganggu kehidupan manusia lagi, di samping engkau akan menunaikan segala kewajipan engkau sebagai seorang Muslim. Mempelajari hukum-hakam Islam di masjid golongan engkau, atau engkau akan mati dalam kemurkaan Allah... nauzubillah! Aku bermohon kepada Allah supaya Dia melindungi engkau dan kami daripada seksa api neraka-Nya.

HAH? Mulut Am menganga seluasnya. Okey, aku dah biasa dengan aksi dia yang sebegini. Se... se... rius ke... ke ni? tanya Am tergagap-gagap sambil meneguk air liurnya tiga kali. Aku angguk perlahan. Kenapa kau tak beritahu aku, Rul? tanya Am lagi selepas aku diam, no comment sambil memandang siling bilik kami yang sudah mula bersawang sikit dengan posisi duduk sambil menyandar ke dinding.

63

Hero Aku Tomboy

Aku terus bangun. Pantang betul aku kalau nampak sawang ni! Kaki aku bergerak ke arah penyapu. Aku membuang sawang yang ada selepas aku naik ke atas kerusi dan turun dengan leher yang agak sakit sebab mendongak secara serius dan lupa dunia. Am aku tengok masih dengan wajah kelat dan pucat lesinya. Am, what do you expect, huh? Aku bukannya baru kenal kau semalam, weh. Dah berabad aku kenal kau. Kalau aku beritahu kau pasal hantu tu, aku berani bet la, sejengkal pun kau takkan bagi aku bergerak ke mana-mana. Macam aku dah lupa dulu, aku sampai tak boleh tidur kau duk peluk aku sampai tercekik sebab budak dorm sebelah nampak benda. Huh, nightmare gila! Aku tak tidur sampai pagi, kau tau? jawab aku kuat dengan nada memerli. Aku kembali ke katil. Kenangan terindah bersama hantu rambut panjang tu bermain di mata selepas aku terpaksa menceritakan tentang dia kepada Am. Itu pun sebab Si Am ni semangat sungguh-sungguh suruh aku cerita. Dah cerita, dia jugak yang seram sendiri. Cerita pasal polis dan lain-lain tu dia tak sempat dengar sebab dah tertidur awal tadi. Tapi, betul la... maksudnya, kolej kita ni... haunted? Am bersuara takut-takut sambil memandang kiri kanannya. Seram bulu tengkuk kalau apa yang jadi dekat Rijal dan Jeffry jadi pada aku pulak, jeritnya perlahan. Tak sedar tangan dah kalut cari benda untuk dipeluk. Tu dia, tu dia! Dia buat pulak dah! Aku mengetap bibir sambil menggeleng perlahan. Betul la kut, kau nak tengok bukti? Boleh aje. Nanti kalau ada, aku beritahu. Aku berkata dengan angkuh.

64

Arisa Eriza

Ceh, baru jumpa dan tolong seekor, ke seorang hantu? Dah berlagak gila. Astaghfirullah! Niat di hati sengaja nak cabar Si Am ni hah, bagi semangat sikit. Ini, harap badan aje semangat, tapi jiwa tak pernahnya nak kental kalau babbab paranormal ni! Errr... aku pun tak la sekental mana pun. Ehe he, banyak pulak kompelin, kan? Syyy... syyy! Kau jangan, Rul! Tak tidur aku nanti, siapa nak jawab? balas Am meminta pengertian. Aku tidur dengan kau boleh malam ni? Eh, eh. Tak sempat pun aku jawab soalan dia, tautau aje dia dah bawak selimut dan teddy bear dia datang ke katil aku! Laju pulak tu! Aduh! Aku tepuk dahi. Itulah, lain kali janganlah nak gertak-gertak Si Am dengan bab-bab paranormal ni. Harus dia akan lari! Lari kat aku pulak tu! Aduhai... tapi aku sendiri pun lama jugak ambil masa baru boleh betul-betul berani berdepan dengan hantu tu walaupun ala-ala comel hantunya. Itu pun tetap jugak hati aku berdebar bagai nak rak bersama pakej ketakutan berganda, yakni kaki dan tangan yang bergetaran. Aku ingat kau dah berubah jadi gentleman dah sekarang lepas masuk matrik. Hari tu masa kau tanya aku pasal kolej ni, kau relaks aje aku tengok? Tak ada gaya macam seram pun. Aku tanya Am dengan riak hairan. Masa tu aku malas nak ambik pusing sangat, asalkan aku tak nampak sudah. Tapi, dah kau pun nampak... huh, tak mau, weh. Tak mau! Aku takut! Am segera bersembunyi di dalam selimutnya. Aku pula masih duduk di hujung katil. Am ambil ruang yang agak kecil sebab posisi dia sekarang ni posisi tidur mengerekot. Biasa la tukan, action gaya-gaya dia tengah takut.

65

Hero Aku Tomboy

Rul... Rul... kau, mana kau? Kedengaran suara Am yang sengaja dihalus dan dilembutkan, siap dengan lenggok suara serupa cacing kepanasan kena tembak. Suara dia bercakap memang macam tu, cover habis. Aku dah lali dah. Awal-awal kenal dulu, agak jugak la aku meremang dengar suara dan gaya dia bercakap. Tapi, dengan Am ni senang. Walaupun dia ala-ala lembut macam tu, tetap ada kelebihan dia yang tersendiri. Sifat dia yang peramah tu buat kami rapat tak sampai seminggu pun lepas kenal dulu. Satu aje yang aku tak boleh blah, perangai dia yang excited semacam. Ha ha ha, tapi kadang-kadang yang excited tu la yang comel! Eh?! Aha ha, tidak, tidak! Am dan aku normal, okey? Tap, tap.... Am yang duduk tak diam dalam selimutnya tadi terus membatu. Mesti dah membayangkan benda yang bukan-bukan, aku berfikir sendiri. Aku terus tepuk tilam yang mengeluarkan bunyi seperti orang berjalan perlahan-lahan. Bunyi boleh tahan la seram, ahaks! Rul, Rul, bunyi apa tu, Rul? Kau kat mana? Weh, jangan tinggal aku sorang-sorang! Khairul Ezzairy! Khairul! jerit Am sambil mencuri pandang dari lubang kecil yang terbentuk dari selakan selimutnya. Aku diam aje mendengar suaranya memanggil aku dengan gaya yang lemah lembut tu sambil aku duk tahan nak ketawa kuat. Hah! Aku mengejutkannya dari arah tepi, dari arah yang dia tidak dapat melihat aku dari lubang kecil selakan selimutnya itu. Mak kau mamak dari Afrika terbang dari Eropah

66

Arisa Eriza

pergi Amerika! Ya Allah, Khairul! Kau! Kau memang, nyah! Kau memang! Ketawaku terburai kuat mendengarkan latahnya yang mengalahkan mak nenek. Dia pula mula memukulmukul manja badanku dengan muncung panjang kalah anak tenuk terencat. Mulutnya pulak tak henti-henti membebel memarahiku. Weh, weh. Okey, okey. Aku give up! Sorry, Am. Aku tak sengaja pun nak usik kau tadi. Aku niat nak bergurau aje. Sorry, okey. Dah, dah, kau pergi tidur. Dah lewat ni. Sebelum tidur, baca al-Fatihah, istighfar, ayat Kursi dan tiga Qul, okey? Aku ada projek nak kena selesai ni. Aku menyerah kalah disebabkan rasa perit dipukulnya. Pukul manja pun, sekali kena dengan tangan besar dia tu... wei, mahu lebam biru jugak badan aku tiga hari dua malam! Kau kejam, Rul! Kejam! Malas layan kau, aku nak merajuk! jeritnya lagi tanda protes lalu segera menarik selimutnya menutupi satu badan. Aku tepuk-tepuk lengannya yang sedap gila kalau menggusti orang tu. Saja nak mengusik lagi. Hu hu hu, kelakar bila dia bergerak-gerak di dalam selimut sambil membuat bunyi protes yang manja. Ala, dia merajuk sekejap aje tu. Esok okey la. Aku geleng-geleng sambil tersenyum lalu menuju ke arah lap-top untuk menyambung assignment yang baru aku siapkan suku itu. Tarikh akhir hantar Isnin minggu depan. Profesor garang tu memang suka bagi banyak-banyak assignment, nak latih kita orang supaya pandai mencari bahan dan membuat kajian, terangnya. Tapi sebenarnya bagus jugak. Untuk masa depan yang lebih cerah, kena la bersusah payah dulu supaya berbaloi

67

Hero Aku Tomboy

datang ke sini untuk belajar. Kata pepatah Melayu, berakitrakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Tak rugi menuntut ilmu yang ada selagi boleh. Itu kan syahid kecil. Lagipun, tak sama darjat orang yang berilmu dan tak berilmu. Allah ada berfirman di dalam al-Quran. Dan juga banyak di dalam hadis-hadis. Antaranya, riwayat Abu Darda. Siapa yang berjalan di suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan dari jalan-jalan syurga. Aku rindukan syurga Allah. Semoga ada ruang untuk aku di sana, insya-Allah.

ESOKNYA satu universiti kecoh dengan cerita aku yang menyelamatkan hantu. Dengan cerita Rijal dan Jeffry, bermacam-macam tokok tambah aku dengar. Rijal dan Jeffry pula memohon cuti selama seminggu untuk menenangkan diri kerana trauma. Yang ini aku dengar sendiri daripada mulut pensyarah. Aku pula relaks dan steady aje. Bukanlah nak sombong berlagak berani apatah lagi nak menceritakan ke seluruh alam ciptaan Allah ni bahawa aku dah jumpa seekor hantu dan menyelamatkannya, konon. Kalau diberi pilihan, aku tak akan menerima pemberian Tuhan yang sejenis ini kepada aku. Bukan senang untuk aku hilangkan rasa debar di hati dan ketar di lutut bila ternampak makhluk-makhluk halus ni.

68

Arisa Eriza

Aku pun tak pernah mengharap untuk mendapatkan publisiti dengan cara ni. Aku bukan hero Supernatural. Kalau hensem kalah hero Dean dan Sam dalam drama orang putih tu, tak apa jugak dan yang paling penting, mereka berdua tu tak takut nampak hantu macam aku ni! Dah namanya pun berlakon, haruslah tak takut. Aku mencari talian Internet di fakulti. Aku duduk di satu kerusi panjang dan menggunakan khidmat enjin carian Google lalu menaip, cara-cara untuk menghilangkan rasa takut dan ayat-ayat pelindung yang boleh aku amalkan. Aku jumpa ayat-ayat Ruqyah. Aku yakin dengan sepenuh hati hanya Allah yang mampu menghilangkan rasa ketar dan debar ni, sambil tak lupa untuk bertawakal dan menyematkan di hati. Semua yang berlaku ialah kuasa Allah, dan tiada kuasa lain yang mampu menandingi kuasa-Nya. Kita cuma perlu meminta dan insyaAllah dengan izin-Nya, apa pun boleh berlaku walaupun benda tu nampak macam mustahil. Kemudian aku terbaca pula tentang asal usul api di dunia ini. Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W pernah menceritakan tentang asalnya kejadian api di dunia ini. Selepas Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan, maka Allah SWT telah memerintahkan malaikat Jibril supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Nabi Adam. Maka Jibril pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka, iaitu Zabaniah. Jibril : Wahai Zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar

69

Hero Aku Tomboy

ke dunia bagi kegunaan Adam. Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu? Jibril : Sebesar kurma. Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa, nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya. Jibril : Kalau begitu, berilah aku sebesar separuh dari buah kurma. Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia, nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti. Memandangkan keadaan yang rumit ini maka, Jibril pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar zarah sahaja daripada api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka Jibril pun mengambil api neraka sebesar zarah daripada Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan, api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak tujuh puluh kali ke dalam tujuh puluh sungai di syurga. Selepas itu Jibril pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas sebuah bukit yang tinggi. Sejurus selepas diletakkan api tersebut, tiba-tiba bukit itu terus mencair. Cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula

70

Arisa Eriza

api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisasisanya saja yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya. Terpegun aku membaca dan Allah Maha Berkuasa atas segalanya.

71

Hero Aku Tomboy

Bab 5
AWA, cepat la turun! Kau ni terhegeh-hegeh betul la, penat aku tunggu! Kau tau tak kalau ada mikrofon sekarang ni, satu dunia boleh dengar perut aku nyanyi lagu Exists! Tolong la cepat sikit, wei! Faz menjerit lantang dari atas tanah, memanggil kawannya yang berada di tingkat dua di blok B itu. Boleh kata satu kolej mendengar jeritannya di tengah hari yang agak panas dan berhaba itu. Najwa yang mesra dengan panggilan Wawa itu menjengukkan mukanya di koridor, memandang dengan muka sedikit bersalah apabila terlihatkan Faz yang sedang bercekak pinggang di bawah. Sorry, Faz! Sekejap tau, aku baru nak pakai tudung ni, ujar Najwa dengan nada yang perlahan sedikit daripada suara Faz sebentar tadi. Aduh, mesti kena bebel lagi dahsyat sekejap lagi! Najwa menggigit bibir sambil berbisik perlahan dalam hati. Weh, kau janji pukul satu tepat. Sekarang dah satu

72

Arisa Eriza

sepuluh dah, kau baru nak pakai tudung. Nanti kau jenguk lagi, kau kata pulak kau nak pakai lipstick, lepas tu lip ice, lepas tu lip gloss pulak! Haiya! Macam ni baik aku ajak beruk-beruk ni aje teman aku makan kat kafe, senang! Tak payah tunggu diorang pakai mekap bagai macam kau, Wa! Tu dia, ambik kau kena bebel panjang berjela! Najwa tersengih lagi di dalam bilik mendengar suara Faz. Ini bukan satu kolej aje dengar, satu universiti pun boleh dengar episod bebelan berangkai dia tu! Kau belanja aku sebagai balasan aku duk tercongok bertemankan beruk-beruk kesayangan menunggu kau kat sini! putus Faz. Bengangnya dah tahap awan menunggu Si Najwa bersiap. Dah macam nak masuk televisyen. Dia sepak sebiji batu yang agak besar yang ada di situ ke tepi. Cubaan untuk membuang masa. Bukan baru hari ni aje dia membebel, tapi boleh dikatakan setiap hari dia bising kerana terpaksa menunggu rakannya itu untuk turun ke kafe makan bersama. Tinggal karang, baru tau. Masa tu la dia nak sibuk duk menangis menyanyi lagu Jangan Tinggal Daku tiga kali. Masa orang duk tunggu dia tak pandai nak hargai, cis! Sambung Faz, masih membebel dalam hati. Nak jerit dah tak larat sebab tekak dah kering menjerit tengah-tengah hari buta begitu.

Dari Sudut Pandangan Khairul AKU pulang dari fakulti dengan rasa mengantuk dan mata yang layu tak terkata. Hari ni aku tak tahu la hantu mana

73

Hero Aku Tomboy

yang merasuk sampaikan aku tertidur di dalam kelas empat jam berturut-turut tadi. Setiap sejam kuliah, aku tidur dua puluh minit. Ditambah lima minit menyengguk sebelum aku terus letak kepala kat atas meja. Kalau ada pensyarah bising dekat aku pun, aku memang buat tak peduli aje. Sebabnya tahap mengantuk aku dah sampai tingkat lima belas dah. Tak dapat nak cover lagi, weh! Jarang aku keteguran sampai macam ni sekali. Shahril tak mahu ikut aku pulang ke kolej tengah hari ni. Aku terpaksa balik untuk mandi dan menyegarkan badan aku supaya tak la aku tertidur lagi di dalam kelas pukul tiga sampai lima petang nanti. Sambil aku melayan blues atas motor, tanpa aku sedar, aku dah tersodok seseorang yang tengah berjalan di depan motor aku. Apa kes! Celah kangkangnya elok berada di atas muncung motor aku! Ahhh! jeritnya kuat. Aku pulak terjerit dalam hati. Bibir aku ketap kemas, serta-merta rasa mengantuk tadi hilang. Kedua-dua tangannya memegang kemas cermin sisi motor aku. Muka pulak aku tengok kalah aku terkejut nampak hantu, tapi betul-betul amat dekat dengan aku. Motor aku mula melencong ke kiri ke kanan disebabkan usahanya nak turun dari motor aku dan juga disebabkan motor aku tak dapat menampung berat badannya itu. Wei! Dia menjerit kuat. Isy, sejak bila aku jadi penyodok manusia tak rasmi ni. Aiseh! Bengong! Brek la, wei! Kau ingat ini... aduh! Dia menjerit kuat selepas aku membrek motor aku dengan automatik apabila mendengarkan arahannya itu. Dia terjatuh ke depan dengan punggungnya paling awal mencium

74

Arisa Eriza

jalan tar yang hangat itu. Siapa suruh jalan tengah-tengah jalan? Lepas tu suruh pulak aku brek, memang melambung tak ingatlah alamatnya! Tapi, pelik jugak macam mana dia boleh kena sodok dengan aku tadi? Wei, mangkuk! Kau ni bawak motor, kau letak mata dekat mana, ha? Atas langit?! Orang yang aku langgar itu menepis tangan yang aku hulurkan untuk membantunya selepas aku cepat-cepat turun dari motor. Aku berdiri di sebelahnya selepas aku tolak dan parkirkan motor aku ke tepi. Dibuatnya ada pulak malaun yang melamun tengah-tengah hari macam aku tadi langgar motor aku pulak, kes naya namanya tu! Mintak maaf, saya tak sengaja. Betul-betul tak perasan awak lalu depan saya tadi. Aku berkata perlahan dengan riak muka serba salah yang amat. Dia bangun dengan susah payah dan merangkak duduk di atas simen penghadang jalan yang ada di situ. Apa kau ingat kau mintak maaf, sakit aku ni boleh hilang? Jauh KL dari UK, la bengong! Dengan kasar dia menjerit kuat sambil memegang pinggang dan punggungnya yang terasa perit. Bahang matahari terik mecucuk-cucuk ke arahnya membuatkan amarahnya semakin memuncak. Bro, saya minta maaf sungguh-sungguh ni. Saya tak sengaja terlanggar bro tadi. Lagipun, takkan bro tak nampak motor saya yang besar ni kut. Panggilan bro aku gelarkan kepadanya disebabkan aku tak pernah pulak nampak mamat ni masa orientasi. Tak pun sebab aku tak terperasankan dia. Tapi, sebagai langkah keselamatan, lebih baik aku panggil dengan panggilan bro, mana tahu dia ni senior aku ke, kan?

75

Hero Aku Tomboy

Kau jangan nak mengharap aku maafkan kau, kau faham? Kau yang langgar aku, kau nak salahkan aku pulak. Banyak lawa hidung kau! Memang hidung aku lawa pun. Matanya yang bersinar dengan api kemarahan itu aku tengok merenung aku dengan tajam. Beberapa pelajar lain yang lalu di situ hanya memandang ke arahnya yang bersuara kalah petir itu. Faz, apa dah jadi ni? Kau okey tak? Seorang gadis tiba-tiba berlari dengan kalut ke arah kami. Muka Faz yang sedang masam mencuka direnungnya dengan riak risau. Mamat ni nama Faz rupa-rupanya... desis hatiku. Wawa, kau tanya la mamat suku tiang ni apa dia dah buat dekat aku! ujar Faz sambil jari telunjuknya semangat menunjuk ke arahku. Tangan sebelah kirinya pula memicit-micit pinggangnya. Wawa pula dengan segera memandang ke arah aku. Duh, publisiti datang bertimpa-timpa! Bro, agak-agak la bro nak panggil saya macam tu. Saya ni normal tau tak, bukannya sewel... suku tiang ke apa. Aku mempertahankan diri. Sakit hati jugak la dapat panggilan macam tu! Orang normal takkan nak langgar orang tak tentu hala macam ni. Got it? Faz mula menyinga sambil memandang ke arahku. Aku tepuk dahi. Kenapa dia tak nak faham yang aku bukan sengaja? Takkan la aku nak menyodok dia suka-suki? Kuasa pulak aku nak buat kerja macam tu! Saya minta maaf, ulang aku lagi, mengharapkan pengertiannya yang aku benar-benar ikhlas meminta maaf.

76

Arisa Eriza

Kau memang tak faham bahasa, kan mamat suku tiang? Kau tulis sejuta kali maaf atas awan pun, belum tentu aku akan maafkan kau, kau faham? Wa, tolong aku, weh. Tulang aku dah patah ni. Adei la, adei la. Faz menghulurkan tangannya kepada Wawa selepas dia memarahi aku lagi. Aku rasa aku cuma buat muka seposen aje kat dia bila dia kata macam tu, patut la tak laku pun. Faz berlalu dengan bantuan temannya itu. Tangannya dipaut pada bahu Wawa dan Wawa pula menyokong pinggangnya yang sibuk dikecohkan ke seluruh alam dengan menyatakan pinggangnya sudah patah. Action Kame betul mamat ni! Aku menyumpah dalam hati. Dah la tak malu main peluk-peluk dengan perempuan! Wui, advance sungguh manusia zaman sekarang ni bercinta! Alhamdulillah la aku tak terlibat dalam cinta sebelum kahwin. Kalau ada pun, cinta monyet dahulukala. Itu pun aku pendam sampai sekarang. Minah tu pun aku tak tahu wujud lagi tak kat dunia ni. Betul-betul la cinta monyet, alahai.... Aku yang ala-ala zombie Kampung Pisang tadi dah segar secara semula jadinya walaupun tanpa perlu mandi. Pertama kali kejadian macam tu terjadi pada diri aku. Amatlah kesian Si Faz tu sebab kedekut nak bagi kemaafan kepada aku. Huh, berlagak gila! Tau la muka hensem, tapi harus ke kau nak berlagak dengan aku, beb? Cis! Aku pulak yang emo lebih, apa kes? Tadi tak nak emo-emo depan dia, dah nak balik bilik baru nak sibuk, gila apa.

AKU melangkah ke bilik. Azan yang berkumandang dari masjid berdekatan sayup-sayup kedengaran. Agak-agak Am

77

Hero Aku Tomboy

ada tak kat bilik? Dialah mangsa paling afdal untuk aku ajak jemaah sekali. Tunggu kau, Am. Jangan nak memuncung pulak tengah-tengah hari ni! Aku sebolehnya memang akan cuba untuk solat berjemaah walaupun cuma ada seorang imam dan seorang makmum kerana kelebihan yang berganda-ganda seperti dalam hadis yang selalu ustaz-ustaz tekankan masa sekolah dulu iaitu hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim: solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat atau dua puluh tujuh kali ganda. Dan aku yakin tak rugi aku berlumba untuk dapatkan darjat yang tinggi di sisi Allah. Darjat di sisi Allah tak sama dengan di sisi manusia. Tubuh badan cantik dan wajah lawa, suara sedap dan semua yang nampak baik pada lahiriah tu yang jadi ukuran manusia. Ada tapi jarang-jarang la orang akan memilih yang cantik dari sudut rohaniah semata, termasuk la aku jugak kut. Errr... memang azali manusia suka benda yang cantik, kan? Ceh, alasan! Tapi, kecantikan bukan ukuran di sisi Allah. Di sisi Allah, yang paling tinggi darjatnya adalah orang yang paling bertakwa. Biarlah gelap dan buruk mana pun, tapi kalau dia bertakwa, wajah itu yang akan bangkit dengan nur dan berseri-seri di sana nanti. Semoga aku dan semua umat Islam tergolong dalam golongan orang yang demikian, insyaAllah... bangkit dengan kejayaan yang berkekalan.

78

Arisa Eriza

Bab 6
AU tau tak dia sodok aku dengan muncung motor dia? Aku tengah duk elok aje layan blues tengah jalan tunggu kau, tau-tau aje dia langgar aku! Mujur aku tak ada strok, kalau tak dah lama aku innalillah kat situ! Kau pun satu hal. Kalau kau tak lambat macam siput babi, tak ada la aku kena langgar sampai patahpatah pinggang ni, siot! Faz membebel di kafe kemudian menumbuk meja dengan kuat. Seleranya macam dah mati walaupun perutnya masuk empat kali ulang dikir barat lagu Anak Tupai Cari Makan. Ala, kau ni Faz... over acting pulak. Takkan la kena sodok macam tu pun sampai nak patah-patah pinggang? Nonsense la, mate. Lagi satu, siapa suruh kau pergi duk tengah-tengah jalan? Memang padan la dengan muka kau. Nasib baik bukan kereta yang sodok kau, balas Najwa dengan muka tiada perasaan sambil menunggu pesanan nasi goreng Patayanya siap. Huh, blah la kau! Kau tak kena, mana kau tau? Kau memang tak sayang kawan langsung!

79

Hero Aku Tomboy

Faz bengang apabila dia dicap bercakap benda tak guna. Padahal itu la hakikatnya. Pinggangnya patah! Punggungnya senget ke kiri sebab jatuh tadi, tulang rusuk pun dah lari daripada soket! Eh, betul la kut aku over acting tengah-tengah hari ni.... Faz berbisik sendiri menyesali sikap tak sabar dan panas barannya itu. Poyo pun ya jugak, proud of your own! Bajet bagus aje selalu. Hu hu... gila teruk perangai aku ni rupanya, sambungnya lagi. Macam la tak biasa jatuh motor, kan. Ceh! Najwa di sebelah geleng-geleng sambil tersengih geli hati. Tak habis-habisnya dengan tabiat semula jadi dia tu. Apa kau sengih? Mana nasi paprik aku? Kau dah dikira janji nak belanja aku tadi semenjak kau biar aku tunggu kau di tengah panas tadi sampai berjam-jam, ugut Faz sambil merenung penuh makna ke arah Najwa. Yes, tenung sampai dia rasa bersalah! Ye la, ye la! Kau kalau tak buli aku sehari tak sah, kan? Harap aje anak orang kaya, sibuk nak aku.... Ops! Cut it off, please dear. Aku lapar nasi sekarang, bukan lapar bebelan lima kilo kau tu, okey sayang? Paprik satu, thank you! Faz sengih sambil membetulkan duduknya. Perit pinggangnya sudah beransur hilang. Najwa bangun, seakan-akan faham bahawa Faz memintanya atau lebih kepada mengugutnya ke kaunter untuk membuat pesanan. Eh, kau tak perasan ke mamat tadi yang langgar kau tu? Dia la hero U kita ni! Najwa bersuara dengan semangat waja pemain bola sepak selepas dia kembali duduk di sebelah Faz.

80

Arisa Eriza

Hero apa kebendanya kau ni, hah? Faz bertanya dengan nada yang malas. Sakit hatinya mengingat kejadian tadi. Buat malu aku aje la mamat tu, hish! Aku tak tahu la macam mana rupa aku kena sodok dengan motor dia tadi. Aku agak dah serupa beruk mak yeh melekat dekat pokok! Dia sambung bebel dalam hati. Dia la yang jumpa mayat orang yang hilang dulu tu. Diorang kata dia boleh nampak dan bercakap dengan hantu. Ala, takkan kau tak dengar yang budak-budak kelas kita duk sibuk kecohkan tu... dia la orangnya! Hu hu, boleh tahan jugak ye hensem dia tu. Kenapa la dia tak langgar aku aje, kan? Boleh aku mintak nombor telefon dia, angan Najwa dengan tangan yang digenggam dan mata memandang ke atas. Faz memandang dengan riak meluat. Pantang hensem sikit, semua dia nak. Kau sanggup kena langgar untuk dapatkan nombor telefon mamat suku tiang tu? Isy, kau ingat sedap sangat ke kena langgar, ha? ujarnya tak puas hati. Huh, memang padan sangat la kau dengan dia. Geng mereng. Faz menyedut air Sarsi aisnya dengan gelojoh selepas puas hati dia mengutuk Najwa dan hero baharunya itu. Sedap mulut kau mengutuk, eh? Aku tak rasa dia mereng. Kau ye la kut mereng, kepala tak betul. Laju Najwa mengata Faz. Faz menjeling tajam ke arah Najwa sambil laju tangannya bergerak untuk mencubit Najwa namun, Najwa sempat mengelak lantas bangun selepas mendengar loceng ditekan bersama suara seorang lelaki menyebut nasi goreng

81

Hero Aku Tomboy

Pataya. Dia gelak kuat dan menjelir suku lidahnya ke arah Faz, tanda dia berjaya mengenakan kawan baiknya itu. Dan dia cukup berpuas hati melihat muka bengang Faz. Eh, tapi serius aku minat dia la. Khairul Ezzairy... nama pun cantik. Dan tak sangka dia lagi kacak dekat luar daripada dalam gambar! Dengan mata bersinar, Najwa bersorak suka selepas dia kembali ke meja bersama nasi gorengnya itu. Gambar mana pulak ni? Aduhai! Aku kalau bab gosip ni sila tolak ke tepi, aku tak layan gosip, okey? Bisik hati Faz. Wei, nak muntah aku dengar. Kau suka dekat dia, kau pergi cakap dengan dia. Yang kau duk kecoh-kecoh dekat aku... apa kes, beb? Faz membalas sambil tangannya laju menyuap nasi goreng Najwa ke dalam mulutnya. Kau sila la sibuk mengelamun lagi ya Wawa, sini aku tolong makankan nasi kau. Ha ha ha! Dia boleh nampak benda yang kita tak Nampak. Wah... excitednya aku rasa! Najwa tepuk lengan Faz. Tak sedar lagi tu nasi dia dah masuk dekat separuh ke dalam perut Faz. Ala, kau ni. Takat nampak hantu aje pun, itu pun kau nak excited. Apa kau ingat nampak hantu tu seronok sangat? Ketar lutut ni, beb! ujar Faz sambil menepuk dan mengangkat sedikit lutut kakinya. Macam la aku pernah tengok! Dalam televisyen pun tutup muka dengan buku kalau nak tengok. Jeling-jeling sikit, sudah. Karang jeling maut, mahu dia ikut masuk mimpi! Hish, boleh gila aku kalau macam tu! Faz bising dalam hati. Faz, kau jangan. Kawan-kawan dia yang perlekeh dia dah pernah kena usik. Lepas tu, kau nak kena jugak? Tak

82

Arisa Eriza

baik cakap besar tau. Najwa gigih mempertahan hero kesayangannya itu. Patutlah dia diam aje tadi lepas aku tunjuk siapa yang langgar aku. Rupa-rupanya sebab dah jatuh minat, mak aih! Bisik hati Faz lagi. Namun, hatinya mula kecut mendengar kata-kata Najwa itu. Jumpa hantu? Isy, tak mau la, tak mau! Minta la dijauhkan! Tapi, mana kau tahu itu budak Ghost Whisperer tu? Kau pasti ke itu dia? soal Faz, mengalih perhatian Najwa supaya kanak-kanak Ribena yang riang tak tentu masa tu tak perasan nasi gorengnya yang sikit aje lagi nak licin. Dia ada pakai name tag dia tadi, harus la aku yakin itu dia. Tambah lagi tengok muka dia pun aku dah dapat cam! jawab Najwa dengan bangga. Berbunga-bunga hatinya menyedari hakikat yang dia sangatlah sharp dalam kes memerhatikan orang. Ceh! Wei, nasi goreng aku! Najwa menjerit kuat sambil membuat muncung tanda bengang dan merajuk apabila terperasankan pinggan nasi goreng bersama sudunya berada di tangan Faz. Faz pulak sedap mengunyah tak hengat. Baru perasan ke, yang oi? Gelak Faz dalam hati selepas lengannya ditepuk kuat oleh Najwa. Nasib kau la. Siapa suruh kau duk berangan depan rezeki? Tu sebab orang tua-tua kata tak elok termenung depan rezeki, kan dah kena. Burppp, alhamdulillah, ucap Faz dengan senang-lenangnya sambil bangun ke kaunter untuk mengambil nasi papriknya pula. Hantu makan betul la kau ni! bising Najwa, tanda protes selepas Faz kembali duduk di meja mereka. Dahinya berkerut seribu.

83

Hero Aku Tomboy

Okey la, okey. Jom share. Faz berkata perlahan, mengalah. Kesian jugak nasi dia tinggal suku pinggan, habis semua aku telan. He he he, monolog Faz dalam hati sambil menarik pinggan Najwa dan memindahkan sedikit nasi dan lauk paprik campur ke dalamnya. Kedekut tahi hidung masin betul kau! Gila sikit kau bagi! Najwa menambah tahap protesnya apabila Faz hanya memindahkan tiga sudu nasi putih bersama satu sudu lauk papriknya. Ha ha ha! Okay, fine. Malam nanti aku belanja kau KFC, okey? Aku lapar tahap cipan dah ni. Sorry la, Wa sebab tadi aku rasa daripada aku dengar kau cerita pasal lelaki, baik aku makan. Ada jugak faedahnya, perut pun kenyang. Dengar cerita kau, apa pun tak dapat. Telinga berbulu dapat la, sambung Faz penuh dengan kata perli, kemudian kembali menikmati hidangan tengah harinya dengan gelojoh hanya Tuhan yang tahu. Emmm... ye la. Demi KFC, aku relakan aje la, ujar Najwa dengan muka pasrah tak boleh blah. Faz cuma tersenyum puas. Buli-membuli? Kau hanya mangsa aku, Najwa. Ha ha ha! Taiko buli, sila jangan mimpi. Itu gelaran, aku yang punya! Faz berbisik seorang diri dalam hati.

84

Arisa Eriza

Bab 7
ALAM. Wei, Am! Aku lambat sikit balik malam ni. Kau jangan kunci pintu pulak! Tidur bawah jambatan aku nanti! Aku menjerit kuat di hujung talian. Oh, kenapa kau balik lambat? Kedengaran suara Am menyapa, suara ala-ala lemau dan serak semacam. Kesian pulak budak ni. Mesti dah tidur. Ye la, dia bukan kaki tidur lewat macam aku. Dia ni kaki tidur ye la, kerja tidur aje tak tentu masa. Tapi, semenjak kes aku jumpa benda bukan-bukan tu, kurang sikit la penyakit hantu tidurnya tu. Ini kalau dia tidur pun, entahentah dah tidur di bilik kawan dia. Selalunya macam tu la. Tak pun dia cekup buang seorang dua kawan dia bawak tidur sekali dalam bilik, tak berani tidur seorang diri dah katanya. Hujan, beb! Aku tak boleh redah la. Lebat gila ni! Okey la, aku cau dulu... salam. Secepat mungkin aku bercakap. Malas nak kacau dia lama-lama, sebab kalau aku pun orang kacau aku tidur, ada yang nak kena hempuk dengan Kamus Dewan Edisi Keempat.

85

Hero Aku Tomboy

Aku segera menekan butang merah pada telefon bimbit. Sebenarnya nak simpan kredit telefon jugak. Aku senyum puas hati melihat pada masa aku menelefonnya tadi, elok-elok dua puluh tujuh saat aje. Baru lapan sen kena tolak. Okeylah tukan, he he he! Nak tambah nilai a.k.a top up tiap masa, kerinting la janggut ciput aku ni. Kesian mak ayah kalau aku boros. Adik-adik pun ramai lagi tak habis sekolah. Bantuan kewangan dan biasiswa aku pun, aku bagi pada keluarga lepas aku bayar semua yuran. Aku rela tahan perut tak makan daripada biar adik-adik aku tak pergi sekolah sebab tak cukup duit belanja. Nak kerja sambil belajar ayah pulak tak bagi, tak nak studi aku terganggu katanya. Kemudian, telefon bimbit aku yang ala-ala bengong sikit tu selepas Jeffry tercampakkan dia tempoh hari, aku letakkan kembali ke dalam poket. Sekilas mata aku merenung ke arah jam di tangan. Sebelas dua puluh tiga minit malam. Aku mula resah dan tak senang duduk. Aku bertawaf pendek di depan kerusi panjang yang tersedia di situ. Isy, siot betul. Lambat gila dah ni! Dah la assignment berlambak lagi tak siap, ini mesyuarat karut tu la punya pasal! Ada pulak suruh datang malam-malam macam ni? Dua puluh empat jam tu ada dua belas jam siang, matahari memancar. Kenapa la timing gelap bulan mengambang jugak yang dipilih? Hairan jugak la aku! Dah tu sembang benda bukan-bukan dan tak patut. Dah melambatkan acara pulak! Angin malam menerpa ke tubuh membuatkan aku terasa seram sejuk. Di dewan luas depan fakulti, aku segera duduk di atas kerusi panjang tadi sambil merenung ke luar. Hujan tak nampak gaya mahu reda, ditambah pula

86

Arisa Eriza

dengan kilat yang memancar dan guruh yang berdentum tak berhenti. Hui, hebat gila aku bersendirian keseorangan dan kesepian dekat sini! Aku toleh-toleh juga ke sana sini. Serius tak ada orang lain walaupun seorang. Tak ada yang senasib dengan aku. Kalau tak, ada juga yang boleh aku cekup buat teman bersembang ke... kan? Hai! sapa seorang mamat yang agak comel, yang kehadirannya langsung tidak aku sedari. Tiba-tiba aje muncul dengan baju dan seluruh badannya yang basah kuyup. Daripada ekor mata aku, aku congak dan agak-agak rambutnya yang pendek dan basah itu membuatkannya nampak agak smart dan menarik pada pandangan aku. Aku terus mengangkat muka yang sedari tadi merenung ke arah kasut aku ni aje. Nampak la pecah-pecah sikit dekat hujung kasut. Dah bertahun kasut hitam ni aku pakai. Jangan tak tau, ini la satu-satunya kasut yang aku pakai dari masa aku jadi pengawas sekolah menengah dulu! Hebat, kan aku jaga kasut ni sampai boleh tahan hingga sekarang, ahaks! Ceh! Ye la. Aku nak membaca pun buku tak ada, itu aje la kerja yang paling mudah dan paling membosankan yang boleh dibuat pun. Sambil-sambil tu aku beristighfar dan berzikir sebagai usaha cuba menghapuskan dosa-dosa kecil yang aku terbuat tanpa sedar ataupun secara sedar. Lebat, kan hujan malam ni? Mamat tadi dengan selamba badaknya melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Suaranya mematikan lamunan aku. Bajunya yang basah itu menyentuh sedikit kulit aku, membuatkan aku bertambah sejuk. Lalu aku pun menjauhkan sedikit tubuh aku daripadanya. Sejuklah! Kau jangan, ketar lutut aku tak pasal-pasal nanti, he he he.

87

Hero Aku Tomboy

Haah. Agak lebat. Lambat baru aku menjawab sapaan dia. Blur-blur alam, sebab dengan tak semenamenanya dia ada dekat sini. Tambah lagi malam-malam dan hujan lebat macam ni. Apa malaun bertuah ni nak buat dekat sini, kan? Tapi, mungkin jugak la dia datang bermesyuarat bagai macam aku tadi. Awak buat apa sorang-sorang dekat sini? Baru aje aku duk fikir nak tanya dia, dia dah tanya aku dulu. Mamat itu mula ajak aku bersembang dengan ala mesranya, membuatkan aku tak senang duduk. Aku merenung ke arahnya yang sedang memerah hujung kemeja kuning airnya yang basah dengan penuh semangat, ala-ala semangat pelari pecut seratus meter. Air tersebut menitis dan mengalir di atas lantai. Aku hairan. Basah kuyup sampai macam tu sekali ke? Sedar akan renungan pelik aku tu, lelaki itu mengalihkan pandangannya dan melemparkan sebuah senyum comel khas buat aku. Errr... apa kes? Hantu pondan mau ngorat aku ke ni? Lelaki normal, selalunya jarang guna saya-awak kalau nak cakap dengan lelaki lain kecuali dengan lelaki yang lebih tua atau yang dihormati. Selalu main terjah kau-aku aje. Dan dia ni, pandangan dan aura dia lain macam sikit la aku rasa. Pelik. Adakah dia...? Aishhh! Tidak, tidak! Aku cuba nafikan fikiran buruk yang mula hadir ke dalam fikiran. Saya Ray. Nice to meet you! Senyum comel masih tak lekang daripada bibirnya, diiring pulak dengan tangannya yang menghulur minta disambut, membuatkan aku mula serba salah. Akhirnya aku pun menyambut tangan lelaki itu dengan wajah pucat. Sejuk benar tangan. Duh, aku tak bersedia lagi nak jumpa hantu

88

Arisa Eriza

baru ni, beb! Baru seminggu lebih aku tenang tanpa gangguan, bagi la aku rehat buang sebulan dua dulu! Aku mengeluh sendiri dalam hati. Fikiran buruk tadi datang kembali. Saya nak balik kolej tapi tersekat kat sini, hujan lebat. Biasa la kan, student... mana ada duit nak beli kereta, ujar Ray dengan ceria kemudiannya. Sembang baik dia ni. Rupa memang tak nampak ala-ala hantu pun. Ye la, hantu mana ada nak main sembangsembang, jumpa aje terus mencekik! Mungkin betul la kut dia ni orang, kan? Aku cuba mengambus perasaan tadi yang semakin kuat dalam hati, yang mengatakan lelaki ni bukan manusia sebenar. Ooo... saya pun sama. Datang mesyuarat persatuan tadi. Diorang yang lain naik kereta, tinggal saya dengan motor kapcai terkulat sampai berkulat sorang-sorang dekat sini, he he! Laju dan macam best pulak aku guna perkataan saya dengan Ray ni. Isy... pelik jugaklah, kan sikit... tapi, tak la pelik sangat pun. Aku, kan budak nerd. Ha ha ha! He he... biasa la tu, awak. Manusia ni kalau dia nak dapatkan apa yang dia nak, tak fikir perasaan orang lain dah, kan? Main redah aje, betul tak? Ray membalas dengan membawa beribu maksud tersirat. Aku ketawa aje, memikirkan yang Ray cuba nak bergurau. Kami pun bersembang panjang sambil menunggu hujan berhenti turun.

WEI, nyah! Bila masa kau balik? Aku tak sedar pun?

89

Hero Aku Tomboy

Aku yang sedap berlingkar di dalam selimut pagi subuh itu terasa ada gegaran yang nyata. Sejak bila Malaysia ada gempa bumi ni? Seketika, muka bulat Am terpampang di ruang mata. Kemudian, aku segera bangun dan memegang kepala yang terasa berat. Haah. Bila masa aku balik dan tidur? Serius, aku tak ingat langsung! Semalam yang aku ingat, aku sembang dengan Ray sampai tengah malam. Lepas tu? Apa jadi? Isy! Macam mana aku boleh tak ingat ni? Aku cuba mengingat kembali tapi memang tak daya nak ingat! Kehilangan memori sementara. Entah. Aku pun tak tau la macam mana. Dah la. Kau pergi la solat sana. Aku penat ni, nak tidur. Am menggeleng-gelengkan kepalanya. Serupa mamat dadah aje Si Rul ni, apa kes? Am berbisik perlahan dan kemudiannya dia berlalu ke tandas dengan kelajuan siput babi. Aku merebahkan kembali badan yang terasa amat penat serupa tak tidur seminggu. Aku cuba berfikir-fikir lagi, namun tiga minit kemudiannya aku berusaha bangun kembali kerana memikirkan waktu subuh yang tidak berapa panjang itu dengan aku yang masih tidak menunaikan solat lagi.

PUKUL tujuh empat puluh lima pagi itu, aku terkocoh-kocoh lari menuju ke tempat parkir motor. Lambat gila dah ni! Kelas pukul lapan. Itu la lepas subuh tidur balik, memang bersejarahlah lambatnya! Dengan nak mandi lagi. Tapi hari ni aku mandi ala-ala P. Ramlee dalam Seniman Bujang Lapuk, he he he. Syyy, diam-diam sudah.

90

Arisa Eriza

Tapi, aku tetap la berus gigi dan cuci muka di samping membasahkan sedikit badanku dengan air menggunakan tangan. Mandi kerbau la kesimpulan mudahnya. Ye ke? Tapi, nak kata mandi P. Ramlee pun tak kut, sebab mandi P. Ramlee tu takat celup jari basuh mata. Itu pun hujung mata aje. Hu hu hu, comel. Aku tak la kronik sampai macam tu lagi kut, he he! Aku segera menuju ke tempat biasa motor aku diparkir, tapi macam mana boleh tak ada pulak motor bertuah aku ni? Mak aih! Takkan la Ray sebenarnya adalah seorang pencuri motor yang berlagak baik? Hampeh betul kalau ya! Aku menumbuk tiang besi di situ. Aduh, sakit yang amat! Tangan yang mula memerah itu aku sapu dan tiup-tiup perlahan. Nak tunjuk bengang cara maco katanya walaupun tak ada la maco mana pun. Tapi, diri sendiri yang sakit. Padan la dengan muka sendiri, Khairul Ezzairy! Ye la. Secara logiknya la kan, semalam aku dengan dia. Kalau bukan dia, siapa lagi? Tapi, tak baik buruk sangka pulak. Takkan la dia sanggup curi motor yang sangat hodoh keadaannya tu kalau ya pun! Motor lain banyak lagi yang canggih-canggih, beb! Isy... ke mana la motor aku ni, Ya Allah? Asyik hilang motor aje, apa kena? Aku berlari-lari sambil mencari motor aku di kawasan parkir, tapi memang sumpah tak ada! Dan aku sesungguhnya sangat hairan ke mana motor aku menghilangkan diri dan macam mana aku balik ke kolej semalam? Dah tu elok pulak aku tidur atas katil. Tapi semua tentang semalam, aku memang betul-betul tak ingat! Aduh, dah macam orang mabuk aje bunyinya. Aku garu kepala sambil mengerutkan dahi. Seekor beruk tiba-tiba berlari ke arah aku dan terlompat-lompat ceria. Apa kau ingat aku ni spesies kau ke, hah? Tahu la aku

91

Hero Aku Tomboy

tak mandi, lepas tu duk tercongok dan terlari-lari ke sana sini pulak. Suka la kau, eh? Aku mengecilkan mataku ke arahnya dan berlalu. Dia terloncat-loncat lagi kemudiannya sambil mengikut aku separuh jalan sebelum terhenti. Rupanya macam gembira sangat, apa kes pun aku tak tau. Semua benda sangat-sangat menghairankan aku bermula dari semalam selepas aku terjumpa Ray. Kemudian aku segera berlari ke depan kolej untuk menunggu bas. Masa dah tak cukup untuk dibuang begitu saja dan dah sampai masa untuk aku berhenti mencari buat masa ni. Ilmu lebih penting kepada aku. Aku menyesal kenapa aku tertidur selepas solat subuh tadi. Aku berdiri sambil menunggu. Aku pun tak pasti pukul berapa bas akan tiba. Selalunya bas akan sampai pada masa-masa tertentu dan tepat pada waktunya. Dari kejauhan, mata aku yang masih ala-ala mengantuk ni dapat menangkap kelibat tubuh manusia yang sedang tergantung di pokok besar dengan darah menitis keluar daripada hidung dan matanya yang tertutup. Tali yang terikat pada lehernya kelihatan begitu lusuh. Baju dan seluarnya juga sudah koyakrabak dan kotor dengan kesan hitam sana sini. Tak tunggu lagi, dada aku mula bergetar laju. Mahu taknya? Tiba-tiba aje muncul, weh! Aku segera toleh ke kiri dan kanan. Aku sapu mata aku. Aku tengok pelajar lain nampak relaks semacam aje. Takkanlah diorang tak nampak? Siap ada lagi yang duduk elok menunggu bas di bawah makhluk berkenaan. Aisehmen.... Kehadiran bas yang kuat bunyi enjinnya mengganggu tumpuan aku. Pelbagai persoalan timbul di dalam benak. Sambil kaki berjalan menaiki tangga bas, aku

92

Arisa Eriza

merenung ke arah manusia yang bergantungan itu. Mulut terkunci, tak daya nak bercakap. Cuma istighfar dalam hati saja. Tenung punya tenung, bas pun mula bergerak. Seiring dengan itu, manusia yang tergantung tadi membuka mata dan bibir pucatnya tersenyum nipis ke arah aku. Sumpah! Itulah senyuman yang paling seram dan meremangkan bulu roma yang aku pernah tengok! Dia senyum sambil matanya mengikut pergerakan aku di dalam bas yang sedang bergerak perlahan mendaki bukit. Aku telan air liur dengan susah payah, terasa pahitnya di tekak. Aku baru kembali ke alam nyata apabila pak cik pemandu bas menegur aku dengan nada yang agak kasar. Buat apa di tangga tu?! Duduk cepat! Budak ni...! Ahah, ya. Ketar suara aku menyambut. Masih terkejut dengan makhluk gantung tadi, ditambah dengan sergahan pak cik pemandu ni membuatkan dada aku berdebar semakin kuat. Aku pandang pak cik itu. Pak cik itu perasan yang aku memandangnya, kemudian dia pun memberikan aku seulas senyuman juga. Perasaan aku mula bercampur baur selepas melihat senyumannya itu. Senyum ada makna tu. Hati aku pula tak putus-putus membaca ayat pelindung. Kau tau tak sejak bila pak cik bawak bas ni? Pak cik bas itu bertanya selepas aku duduk di kerusi hadapan yang berhampiran dengannya. Sebelah aku tiada sesiapa. Pelajar di dalam bas masa itu pun tidak berapa ramai. Dalam tiga, empat orang yang aku nampak dan sempat aku kiralah. Aku pun pelik kenapa dalam ramai-ramai pelajar yang menunggu tadi, aku seorang saja yang naik bas ni? Pelik, kan?

93

Hero Aku Tomboy

Emmm... tak, pak cik. Dah berapa lama? Aku berbasa-basi demi menjaga hati orang tua itu walaupun hati aku masih tak tenteram. Dari tahun 1965. Pak cik itu menjawab. Mukanya memandang ke depan, tegak dan tekun dia memandu bas. Sesekali matanya memandang ke luar dan ke belakang melalui cermin. Oh, ye ke pak cik? Aku angguk kepala. Aku mula mengira dalam hati. Dah teramat la lamanya tu. 1965. Mak aku pun baru aje lahir. Ayah pulak tahun tu baru nak masuk tiga tahun. Mesti dia dah tua, fikir aku. Tapi, tak nampak pulak yang dia dah tua. Awet muda kut. Lelaki, kan makin tua makin bergaya. Macam aku la, he he he. Aku sempat lagi perasan yang aku ni lelaki yang bergaya di situ. Hishhh! Sunyi seketika. Yang kedengaran hanya bunyi bising deruan enjin bas yang tidak mempunyai penghawa dingin itu. Yang ada cuma tingkap-tingkap yang memberi ruang untuk angin masuk ke dalam. Kadangkala bas itu terbatuk-batuk ketika mendaki bukit di situ. Kenapa la universiti ni masih guna bas tahun enam puluhan ni lagi? Tukar aje la bas baru, bebelku dalam hati. Selama aku berada di universiti, cuma sekali sahaja aku menaiki bas zaman Pop Yeh-Yeh ni. Itu pun masa minggu orientasi. Selain daripada itu, memang tak ada. Kebetulan betul masa aku naik bas, bas ni jugak yang aku naik. Kau tau tak, kami semua ni sebenarnya dah lama mati. Masa bas ni jatuh ke dalam gaung depan tu. Ha ha ha! gelak pak cik itu kuat sambil menjeling ke arahku yang sudah pun menelan air liur yang makin menjadi-jadi rasa pahitnya. Aku terfikir kenapa nasib aku betul-betul kurang

94

Arisa Eriza

baiknya hari ni? Aku terus rasa terlebih suspens apabila mendengar kenyataannya itu. Buat lawak ke pak cik ni? Aku tak boleh terima lawak tu, serius! Dan kemudian, kalau mata aku tak silaplah... matanya yang elok tadi aku tengok tiba-tiba sahaja dah hilang sebelah. Mukanya pula berkedut yang amat, berdarah sana sini berserta nanah dan berulat putih. Segera aku terpanar. Tangannya pula hanya sebelah kanan sahaja yang ada dan digunakan untuk memegang stereng. Tangan kirinya pula sudah tiada. Cuma kelihatan tulang bersama lengan baju yang koyak dan lusuh berlumuran darah. Oh, tidak! Aku ternampak tangan kirinya yang tercabut tu ada kat atas tangga bas, huwaaa! Dia senyum di sebalik bibir yang mengalir darah pekat. Aku terus terkejut lagi. Tahap adrenalin aku dah sampai ke kemuncak! Mahu kena heart attack macam ni! Seriuslah, tadi dia okey. Tak ada cacat cela yang amat macam sekarang ni! Aku tak tipu, weh! Aku menjerit kuat dalam hati. Muka pucat aku memberitahu segala isi hati aku kala itu. Aku angkat punggung sedikit dan laju memandang ke bahagian belakang bas. Adakah aku berkhayal? Khayalan yang amat dahsyat aku rasa bila semua yang aku tengok macam manusia biasa tadi dah berubah rupa. Ada yang tangan kudung, kepala pecah sehingga menampakkan otak dan mata terjojol keluar. Yang tengah pegang kaki dia pun ada! Ya Allah! Aku mengucap panjang sambil menutup mulut. Tapi, errr... pada pendapat aku la, tak payah kut dia pegang kaki yang dah tercabut tu. Dan aku dapat simpulkan di sini, semuanya sangatlah cun-cun belaka dan yang paling penting, diorang dah pun bangun dan tenung aku bersama-sama sekuntum senyuman! Senyuman termahal tu di abad ni! Senyuman

95

Hero Aku Tomboy

hantu beramai-ramai. Alahai! Aku ni comel sangat ke sampai diorang nak tenung-tenung dan senyum-senyum bagai kat aku macam ni? Stres gila kut! Dan jadinya, memang benarlah apa yang pak cik ni kata. Benar, benar dan benar belaka! Segalanya benar, tiada tipu daya! Dan sesungguhnya aku berani berkata yang aku tak berkhayal ataupun berhalusinasi. Aku menganggukangguk kecil dan kembali memandang ke depan dengan gerakan seperti kartun slow motion. Bibir aku ketap dengan riak wajah risau. Bau hanyir tiba-tiba sahaja menyergah hidung aku. Hidung aku ni selalunya lambat sikit nak bereaksi. Aku tahan nafas tanpa menutup hidung. Aku baru perasan darah merah dan segar dah pun memenuhi segenap ruang yang ada di dalam bas, pada tingkap, kerusi dan lantai. Aku tengah pijak darah sekarang ni, okey! Aduh, dahsyat gila kemalangan ni. Sumpah! Aku mula bangun perlahan-lahan sambil memandang sekilas ke belakang. Aku senyum cover macho, sempat lagi tu! Atau cover takutlah dalam erti kata sebenar. Kemudian, aku segera toleh kembali ke depan, berjalan perlahan-lahan, dengan cubaan nak lari diam-diam kononya. Tak tahu la menjadi ke tidak cubaan aku ni. Harapnya diorang tak perasan la, kan. Harapan setinggi awan ni! Kau nak ke mana tu? Oh, dah tertangkap ke? Cepatnya! Cubaan aku nyata gagal! Suara garau pak cik bas itu menerkam kasar gegendang telingaku. Aku ketap bibir lagi. Oh, Ya Allah, apakah semua ni?! He he he.... Aku buat-buat gelak antara dengar dan tidak. Aku kalau dah blur, macam ni la jadinya. Gelak

96

Arisa Eriza

perasan comel perlahan-lahan dengan perasaan tak bersalah. Kakiku terasa melekat pada lantai bas. Aku terdiam di situ. Kenapa pulak ni? Aduhai... sadis, sadis! Tak sampai sepuluh saat kemudiannya, dengan tibatiba aje lagi, terasa bahu aku dicuit perlahan dari belakang. Tanpa berfikir panjang, ditambah pula dengan perasaanku yang sangat tidak keruan, aku elok aje berpaling ke belakang. Well, refleks. Dan terpapar imej seorang gadis berlumuran darah pada leher dan kepala, terpalit juga darah pada pakaiannya yang mana pada ketika ini dia memakai skirt labuh hingga lutut berwarna hijau tua dan blouse biru tuck-in. Gaya zaman nenek aku cun lagi. Dia tersenyum kepadaku dan dengan tidak semena-mena dia mencabut kepalanya. Darah laju memancut-mancut keluar. Aku terkejut bukan kepalang melihat dan terkejut lagi bila dia nak bagi kepala dia tu pada aku. Wuargh, wuargh! Aku nak jerit penuh histeria sekarang ni sambil berlari keliling bas tapi aku bertahan! Aku tak gila lagi buat masa ni! Ambik la, kata kepala itu yang kini berada di atas tangan kanan wanita tersebut. Apa kes aku nak ambil? Buat hiasan dalam bilik? Fuh, mati hidup balik pun aku tak sanggup, weh! Errr... tak apa. Terima kasih! Aku jerit lantas terus terjun keluar dari bas berhantu tersebut. Entah mana kuasa aku dapat pun aku tak tau! Aksi Superman aku tu boleh la diterima sebab aku terjun dengan eloknya mendarat ke dalam semak. Bas yang sangat kotor, hodoh dan pecah sana sini itu aku tengok menghilang begitu sahaja selepas kedengaran suara gelak tawa garau bersama jeritan yang membuatkan

97

Hero Aku Tomboy

bulu roma aku meremang. Aku istighfar beribu kali sebelum aku berjaya bangun dan keluar dari semak tersebut. Pergh, nightmare pun tak sedahsyat ni! Aku jadi bingung sebentar, hilang tujuan hidup sementara. Kemudian, jam di tangan aku tilik. Dah pukul lapan empat puluh satu pagi. Dah lewat sangat aku nak ke kuliah pun. Ada mood lagi ke nak pergi kuliah kalau dah macam ni rupanya? Mahu demam seminggu kalau tak kena gaya! Hish, tak boleh jadi! Aku berusaha menapak turun dari bukit yang agak curam itu untuk kembali ke arah kolej. Sempat aku kerling sebentar ke belakang, melihat ke arah gaung yang disebut oleh pak cik itu tadi dari kejauhan. Memang gaung di situ teramatlah dalamnya. Kalau jatuh memang insya-Allah, tak hidup! Gaung itu cuma dihadang dengan penghadang besi. Mujur pak cik bas tu tak bawak aku terjun gaung dengan bas-bas dia sekali. Sikit aje lagi tadi. Kalau tak, memang tak tengok dunia dah rasanya aku sekarang ni. Aku nak ke mana sebenarnya? Aku garu tangan yang sedikit gatal, mungkin terkena miang semak tadi sambil berfikir, agak-agak orang bergantungan tadi tu ada lagi tak dekat situ? Aiseh. Sila serius dan fokus, apa aku nak buat sekarang ni? Okay, cool bro, relaks. Apa nak takut? Ini kes hantu nak mintak tolong lagi la ni. Wa ha ha ha! Hensem sangatkah aku sampai rajin benar para hantu nak mintak tolong dengan aku? Minta tolong dengan cara baik tak apa la jugak. Ini, dah macam nak bagi aku meninggal ada la! Tak pun, diorang semua dah buat mesyuarat tergempar kalau nak mintak tolong, sila cari aku di talian yang tertera! Erk! Im single but not really available for now. Not available exactly for ghosts? Benar?

98

Arisa Eriza

Isy, apa aku mengarut ni? Tapi, apa sebenarnya yang nak disampaikan oleh pak cik bas hantu dan hantu bergantungan tu? Tak ada klu yang aku dapat fikir. Atau diorang sengaja nak bergurau senda ala manja dengan aku, mana la tau, kan? Hu hu, bergurau manja? Memang tak la! Itu gurau meremang namanya! Aku berjalan lagi, menapak perlahan menuju ke arah kolej. Aku pandang pokok tadi. Oh, manusia tu dah tak ada! Fuh, alhamdulillah syukur, selamat! Aku jadi semangat nak terus berjalan. Tak lama aku semangat, aku kecut perut balik. Dalam sekelip mata aje, dia muncul balik dekat situ! Mak aih! Confirm kau memang hantu! Kali ni dia dah tak senyum, serius semacam. Dia seolah-olah nak bercakap dengan aku. Dalam kesamaran suaranya aku dengar dia berkata, ta... sik. Renungannya dengan mata berdarah menggigilkan kaki namun, aku cuba untuk tabah. Aku balas tenungannya itu sambil mengetap bibir dan mengangguk perlahan kemudiannya. Aku mengambil keputusan untuk melintas jalan raya tersebut selepas itu untuk ke seberang. Ini adalah cara untuk aku melarikan diri dengan lagak macam tak takut, padahal... hish! Yelah, takkan aku nak lalu bawah dia pulak, kan? Agak-agak la! Aku steadykan jalan, berlagak maco depan hantu berkenaan tapi serupa kena kejar hantu. Tak lama lepas tu aku terus lari tak cukup tanah! Siapa tak seram, beb. Jumpa hantu siang-siang! Hish, kalau comel macam Sammy Cheng ke, Lisa Surihani ke tak apa jugak! Ini... Tuhan aje yang tahu betapa cantik rupanya! Aku berlari sejauh yang mungkin sehingga aku terasa penat. Otot kakiku pula mula terasa cekang. Mahu taknya, kalau aku ikut acara lari pecut ni, Watson Nyambek pun ada harapan kalah dengan aku!

99

Hero Aku Tomboy

Aku terhenti di bahu jalan, cukup jauh aku kira dari lokasi hantu bergantungan itu berada. Aku duduk menyandar di sebatang pokok yang agak rendang sambil menyeka peluh dengan sapu tanganku. Botol air besar berukuran 1.5 liter di sisi beg aku capai dan dengan bismillah aku menghirup sedikit air tersebut yang masih penuh. Sambil itu, mataku tajam menjeling-jeling ke arah pokok bersejarah tadi. Tidak lama kemudian, aku nampak kelibat dan terdengar deruan bunyi bising bas shuttle dari kejauhan. Bas baru dua tingkat berwarna putih dan biru tua, cantik. Pertama kali aku nampak. Pihak universiti baru beli bas baru gamaknya. Namun, dengan segera bas hantu tadi menyergah ke ingatan. Huh, itu la lain kali nak naik bas tu tengok betulbetul bas apa, baca doa apa yang patut. Tadi duk asyik sangat merenung sang hantu bergantungan tu siapa suruh? Aku tak nak pun renung sebenarnya tapi macam ada satu kuasa yang suruh aku renung. Seram aje, kan bunyinya? Cukup sadis! Fuh, betul-betul taubat nasuha. Aku tak nak naik dah bas edisi lama tu lepas ni! Aku terjerit dalam hati, serik gila nak mati! Bagi la sejuta dirham pun, insya-Allah aku minta masa sebulan untuk aku fikir dulu. Tapi, banyak juga sejuta dirham tu, he he he. Tapi kalau nyawa aku yang jadi taruhan, aku lebih sayangkan nyawa aku! Aku tergaru-garu kepala sambil merenung ke arah bas yang berhenti tidak jauh dari tempat aku. Harus naik bas ke? Aku memerah otak, berfikir. Dahiku mula berkerut, boleh kalah kerutan masa aku baca teori fizik. Tasik universiti jauh la pulak kalau nak berjalan kaki, mahu berkurangan lima peratus lemak aku yang memang dah tak berapa nak cukup ni. Hari pun dah hampir nak terik. Aku merenung ke langit. Aku berkira-kira sendiri sampai la akhirnya bas itu pun dah bergerak pergi meninggalkan aku. Aku memandang bas itu

100

Arisa Eriza

dengan pandangan sepi. Hilangnya bas daripada pandangan, kawasan berhampiran kembali sunyi. Tiada orang langsung yang berhampiran dengan aku. Aku mula melangkah kembali untuk menuju ke tasik. Pada aku secara jujurnya, aku tak la nak percaya sangat dengan kata-kata hantu gantung tu. Dan betul ke tasik yang dia maksudkan tu tasik universiti? Kalau tasik lain, macam mana? Tapi, aku kena juga berusaha meleraikan kekusutan ini sementelah aku asyik terganggu dek benda ni. Lepas satu, satu. Dan kalau betullah, tasik universiti itu adalah satu-satunya klu! Walaupun susah untuk aku terima menggunakan logik akal aku, tapi... Per... caya! Aku terkejut sikit lagi nak gila bila hantu gantung tadi muncul balik. Oh, kali ni dia dah tak tergantung dah, tapi dia mengekor aku pulak! Duh! Dari ekor mata aku, aku nampak elok aje dia berjalan di sebelah. Aku dah boleh cam muka dia. Padan la kalau aku cam pun sebab dari awal lagi aku duk merenung dia. Tapi, apa kes kau boleh baca pulak apa yang aku fikir ni? Aiya, boleh mati kering gua macam ni! Aku terus berjalan walaupun dada dah rasa macam nak pecah dan kepala lutut ketar semacam. Aku buat-buat serupa aku tak dengar apa dia cakap. Bukan aku tak dengar, aku dengar. Tapi aku seram nak tengok kau lagi, kau faham tak? Tadi pun, aku terkejut dengar macam ada orang bisik di sebelah telingaku ala-ala jeritan yang buat aku terpandang ke arah dia. Secara tak sengaja aje pun. Tapi, dia tak puas hati bila aku buat tak layan dia dan aku tunduk aje sambil terus berjalan laju. Dia ikut sama menyaingi langkah aku. Boleh tahan jugak sang hantu ni! Amacam, nak lawan maraton? Aku okey, tak ada hal! Dah

101

Hero Aku Tomboy

alang-alang dia macam boleh baca fikiran aku, kan, kita tengok siapa yang lagi hebat! Agaknya lepas dia dah penat nak mengekor aku berjalan ala-ala joging tu, (dah kata nak buat acara merentas desa), kan dia terus bertindak ganas! Ambik kau, Rul! Hah, baru kau tau langit tinggi rendah! Kau... per... caya! Dia rentap bahu aku dengan kasar ke arah sebelah kanan aku, untuk bagi aku menghadap muka dia, merenung tanpa rela ke arah matanya yang tiada mata hitam dan mengalir darah itu. Darah yang hampir kering. Aku telan air liur dan aku angguk bila aku dah tak cukup kuat lagi dah nak berhadapan dengan dia yang berkulit pucat kebiruan itu dan jauhnya yang hanya seinci setengah dari hidung aku. Aku alih pandangan ke arah lain kemudiannya walaupun muka aku terasa macam ada sesuatu yang memaksa aku untuk terus memandang ke arahnya. Kuasa yang sama macam tadi. Ya... saya per... caya. Dia segera menghilang selepas aku berkata begitu. Ya Allah, leganya hati aku hanya Tuhan yang tahu! Aku terus menghiasi bibir dan membasahkan lidah dengan istighfar dan zikir, bagi menghilangkan rasa terkejut aku yang dah kali keberapa untuk pagi ni saja. Dua persen aje lagi aku dah boleh sampai tahap gila sawan! Tapi agaknya dia tak ada rasa karen-karen ke tadi bila pegang aku? Ceh, aku perasan aku kuat agama la pulak sampai boleh berkaren-karen bila hantu sentuh aku! Tapi serius la, takkan tak ada rasa langsung, kan? Tak pun... dia buat-buat aje okey, padahal dah nak hangit dah. He he! Ye la, zikir dan ayat al-Quran kuasanya bukan biasa-biasa, tapi luar biasa!

102

Arisa Eriza

Keluhan ringan aku lepaskan sebab tak puas hati dengan apa yang dah jadi pagi ni sambil kaki berjalan laju menuju ke tasik. Jauh lagi nak sampai ke tasik tu, weh! Peluh mula merenik lalu turun dengan laju membasahi sedikit bajuku. Aku menyeka peluh yang membuat badan aku terasa tak selesa dengan sapu tangan tadi yang berwarna kelabu berkotak biru. Aku membuat keputusan untuk menahan teksi bila kaki aku dah penat berjalan. Selama aku berjalan ni, tak ada bas lain lagi yang lalu. Terpaksa la tahan teksi, nak buat macam mana. Harapnya ini bukanlah hantu jugak. Karang dia kata dia hantu mati tahun tujuh puluhan pulak, naya la aku asyik nak buat aksi Superman aje! Bismillah... kalau kau hantu, tolong jangan mengaku kau hantu okey, apek! Apek tu senyum tanpa kata lepas aku kata tasik. Dia terus memandu dengan hati yang senang sambil bersiul-siul kecil. Lagu opera Cina daripada corong radionya dibuka kuat namun, aku abaikan walaupun niat di hati ada nak minta dia perlahankan sikit suara radionya itu. Satu saat lepas tu, radio dengan lagu operanya tadi terus terdiam. Hatiku dipagut rasa tak tenang. Apa kes tiba-tiba aje, kan? Rosak kut. Radio tu pun nampak daif semacam aje. Aku membuat telahan sendiri sambil sekilas aku pandang ke arah radio tersebut. Tunggu hali hujan, ujar apek itu dengan pelatnya yang pekat. Aku kerut dahi sambil memandang ke arahnya. Eh? Tanganku pula laju meraba poket, mencari duit tambang untuk dibayar. Wa bagi lu flee (free) tambang, asal lu tolong itu budak. Manyak kasihan wooo.... Wa mau tolong tara boleh, sebab wa sula mati.

103

Hero Aku Tomboy

Aku terus cakap terima kasih. Apa lagi, aku blahlah. Aduh, hantu teksi la pulak! Kenapa semua yang dah mati pulak tu yang aku jumpa ni? Aiseh! Dan siapa pulak budak yang dia sebut tu? Tapi, aku dapat rasakan bahawa semua hantu yang aku jumpa tadi mempunyai satu misi dan matlamat yang sama, iaitu untuk bawa aku jumpa seseorang....

DI tasik, aku tercari-cari klu lain. Dalam kepala ligat berfikir. Kenapa di tasik, masa hari hujan? Ini teori geografi ke apa ni? Aku mendongak, merenung ke arah langit di bumi Allah ini. Cerah, tiada tanda nak hujan. Takkan nak buat solat sunat minta hujan turun kat sini pulak kut? Insya-Allah, memang tak akan dimakbulkan la sebab bukan kes darurat. Tapi, aku tetap berdoa semoga hujan cepat turun, supaya bolehlah aku selesaikan kes ni secepat mungkin sebab aku kena pergi kuliah dan tutorial jugak. Matlamat aku datang ke universiti ni bukan nak cari hantu! Errr.... Aku duduk berteduh di bawah sebuah pondok wakaf yang tersedia di situ sambil menghadap ke arah tasik yang kelihatan tenang dan mendamaikan. Beberapa ekor burung camar berwarna putih kelihatan berterbangan ke sana sini. Kalau ada orang tanya aku apa aku buat duk tercongok seorang diri dekat situ, harus la aku jawab, sedang menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Seketika kemudian, aku mengeluarkan buku nota untuk membaca sambil membunuh masa yang ada. Seingat aku semalam hujan. Insya-Allah, hari ni akan hujan jugak. Cuma masa bila nak hujan tu yang buat aku confused sikit. Aku selak bahagian belakang buku tersebut untuk

104

Arisa Eriza

melihat jadual kelas. Mujur jugalah jadual aku tak berapa padat sangat hari ni. Aku mengeluh sendiri, kecewa sikit la kerana tertinggal waktu belajar di kelas. Okey, tak apa la. Kurang-kurang diorang menjelma siang-siang. Kalau malam-malam, lagi la bertambah efek keseramannya! Lagi la kesian kat aku! Penat aku menunggu sehingga tertidur. Aku terjaga apabila terasa ada cuitan sejuk pada lenganku. Terdengar bunyi rintik hujan samar-samar menyapa bumbung wakaf. Ya Allah, dah hujan. Alhamdulillah. Aku senyum sendiri dalam mamai sehingga terlupa sebabnya aku menunggu hujan. Hati aku mula menjadi sedikit kecut apabila teringat kembali motif aku berada di situ. Dan aku cuba bertenang untuk berjumpa sang hantu yang seronok sangat hantar geng-geng hantu dia itu kepada aku. Adakah sehodoh geng-gengnya jugak? Harapnya tak la, kan. Aku terdiam membatu seketika sebelum kedengaran satu suara yang menyapa telinga tiba-tiba. Awak... ingat saya lagi? Huh, Ray? Apa awak buat kat sini? Aku bertanya dengan nada perlahan akibat suara aku yang semacam nak tak nak aje keluarnya. Mamai aku pun masih belum hilang sepenuhnya. Mata aku tenyeh dan muka aku raup selepas aku membetulkan rambut yang kusut yang mana boleh menurunkan peratusan kekacakan aku. Ceh! Tolong saya. Boleh, kan? ucap Ray dengan wajah yang mengharap. A... awak ke yang apek teksi maksudkan tadi? Dalam ketar aku bersuara. Kenapa ketar tiba-tiba? Kau ni, kalut betul la! Aduh, hilang la segala maco aku macam ni. He he!

105

Hero Aku Tomboy

Ray pula mengangguk dalam senyum. Mujur kau senyum, wahai hantu. Geng-geng dia pun kerjanya senyum aje kat aku. Hish, geng hantu senyum agaknya! Namun, aku masih tidak dapat menerima yang Ray sebenarnya adalah makhluk comel yang bukan manusia. Dulu, saya ada kawan lelaki. Katanya dia suka dekat saya, kemudian dia ajak saya bercinta. Tapi saya tolak. Ray mula bercerita sementelah dia melihat aku bereaksi dengan muka kelat bersatu dengan rasa hairan. Sebab awak bukan gay? Laju pertanyaanku meluncur keluar. Kau ni suka sangat berfikiran negatif, kan Khairul? He he! Aku garu kepala sambil merenung Ray, mengharap jawapannya. Ray tergelak mendengar soalan aku. Tak, sebab saya tak nak bercinta masa belajar. Awak nak tahu? Sebenarnya saya ni perempuan, bukan lelaki, beritahu Ray sambil tangannya memerah lagi baju kemeja kuningnya seperti peristiwa semalam. Hairannya, hujan tak la lebat mana pun sampai nak kena perah-perah baju bagai. Kalau gaya hujan macam semalam tu, boleh percaya lagi. Ini, takat hujan rintik-rintik, air bergelombang ni... tak adanya boleh kau nak perah beriaia baju tu. Eh? Bukan lelaki? Oh, hantu tomboy ke? Sebab rupa dia macam lelaki tapi sebenarnya perempuan. Ini dah cukup membuktikan yang aku ni suka berfikiran negatif. Isy, aku ni bukan apa... selalu kalau aku fikir positif, hasilnya mesti negatif kalau berkait dengan hantu-hantu ni. Itu pasal la kut aku jadi macam ni! Ceh, alasan semata. Seketika kemudian aku masih terdiam, masih cuba untuk mencerna perkataan yang keluar daripada mulut Ray.

106

Arisa Eriza

Ada rupanya hantu tomboy. Tak tau pulak aku! Aku ingat hantu ni ada dua aje, kalau tak lelaki, perempuan. Tak perempuan, lelaki la kan. Ada logiknya la juga kenapa dia bersaya-awak dengan aku. Tomboy lemah lembut katanya, hu hu. Lagi sekali, ada ke tomboy lemah lembut? Ada la tu. Habis, depan aku ni apa benda kalau bukan tomboy lemah lembut? Tomboy sesat kut, he he. Lepas tu apa jadi? Aku bertanya selepas berjaya mencentrekan otak sendiri. Lagak sembang dengan kawankawan di kedai mamak aku beraksi selepas aku berjaya mendapatkan konklusi tentang hakikat siapa Ray. Lepas tu, satu malam tu... dia minta saya datang sini. Dia ajak studi sekali sebab esoknya ada kuiz. Saya ingat lagi, malam tu malam Jumaat. Dia bagi saya sebotol air mineral. Saya tak fikir apa-apa masa tu, terus minum dan saya pengsan. Sebenarnya, dia bagi saya ubat pelali dalam botol air mineral tu, sambung Ray panjang. Oh.... Aku mendengar dengan penuh teliti. Sesekali belakang telinga yang tidak gatal aku usik. Dia psiko. Dia rogol saya, lepas tu tikam saya banyak kali dalam semak dan buang badan saya kat dalam tasik tu, sambungnya lagi sambil jarinya menunjuk ke arah tasik di hadapan. Malangnya, tak ada sesiapa yang datang bantu masa tu. Tak ada orang lain sebab malam tu hujan. Hujan renyai-renyai menambahkan keindahan tasik itu pada pandangan mata, namun tiada sesiapa yang tahu sejarah sebenar tasik tersebut. Aku telan air liur, seram dengan kejadian tersebut dan menyesali mengapa manusia kini begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tapi, awak tak nampak macam hantu pun? Cis, gigih pulak aku bertanya soalan macam tu. Kau

107

Hero Aku Tomboy

nak mati awal, Khairul? Isy, mulut aku ni memang kalah mak nenek, dari awal-awal lagi aku duk fikir dan tanya benda bukan-bukan dekat dia. Ye la. Awal pertemuan aku dengan dia, sumpah aku ingat dia lelaki dan seorang manusia. Dah tu rupa pun comel macam tu, walaupun aku dapat rasa aura dia lain macam. Tapi sebab dia nampak comel dan baik, tu sebab aku menafikan bulat-bulat yang dia ni sebenarnya bukan orang. Nak tengok rupa saya yang sebenar? soal Ray sambil tersenyum lagi. Hantu baik, asyik senyum aje, he he! Nasib baik, mahunya dia buat aksi cekik-mencekik, siapa yang naya? Aku jugak! No, no, its okay. Serius tak apa. Aku senyum kembali kepadanya sambil garu kepala. Elok sangat la dia tak tunjuk muka dia yang sebenar. Kalau tak... insya-Allah, aku tak dapat nak tolong dia sebab dah meninggal sakit jantung dulu! Sungguh aku rasa, kalau ada kejutan lagi dalam masa terdekat ni, memang aku terus mati kejung! Tolong kebumikan saya, ya awak. Saya mintak tolong sangat. Dia buang saya dekat situ, ujar Ray sambil menunjukkan ke arah tepi tasik di situ. Rumput dan lalang panjang yang tumbuh subur dari dalam air memenuhi kawasan tepi tasik itu, seolah-olah menjadi tanda bagi kuburan Ray. Insya-Allah. Kaki aku laju menuju ke tepi tasik. Ray kulihat mengiringi langkahku. Wajahnya kelihatan sedih dan kecewa walaupun cuba diselindungkan di sebalik senyuman ikhlasnya itu. Waktu hujan begini tak ramai yang berada di tasik.

108

Arisa Eriza

Tambahan pula hari sudah menginjak ke waktu makan tengah hari. Hanya bunyi deruan enjin kenderaan dari jalan raya berhampiran menyaingi melodi lebatnya hujan yang berlumba-lumba turun menyuburkan bumi. Jam satu enam minit tengah hari itu, aku masih berkira-kira. Nak terjun ke? Atau terus beritahu pak guard? Ray di sebelah hanya tersenyum manis melihat aku yang sedang terjenguk-jenguk ke dalam air tasik itu. Macam la aku boleh nampak apa benda yang ada kat dalam tu. Bukan apa, aku dengar-dengar, katanya air tasik ni bercampur dengan air kumbahan dari mana entah. Isy, bunyi pun dah menakutkan. Tapi tak tahu la sejauh mana kebenarannya, mungkin juga hanya rekaan semata-mata untuk buat gosip. Tak ada kerja sangat dah, kan asyik nak bergosip aje. Akhirnya, aku terjun selepas membuka T-shirt berkolar biru muda yang aku pakai tadi. Walaupun T-shirt itu sudah basah dimamah oleh air hujan, aku tetap berhajat untuk membukanya. Motifnya, keluar dari tasik nanti tak perlu la aku memerah baju macam hobi Si Ray ni setiap kali aku jumpa dia. Aku membuat keputusan untuk mengambil langkah selamat. Kalau kesnya aku tersalah bagi maklumat dekat pak guard, tak ada la aku kena kejar nanti! Dan mujur la air tasik ni tak berapa nak dalam, boleh jejak dek kaki. Aku yang kurang reti berenang ni boleh jadi trauma jugak kalau air dalam.

THANKS, bro. Saya sangat-sangat menghargai bantuan awak, ucap Ray dengan ikhlas.

109

Hero Aku Tomboy

Lelaki tu? Aku masih tertanya-tanya. Bagaikan begitu banyak persoalan yang ingin aku tanya kepadanya namun, aku tidak mempunyai masa yang cukup. Nanti-nanti la. Kalau ada masa terluang, boleh la kut aku buat temu ramah bersama hantuhantu di universiti ni. Tajuk utamanya, Berkenalan Dengan Hantu-Hantu Universiti. Tu pun kalau diorang ada lagi la. Kut dah selamat di alam barzakh, siapa yang tahu. Dia jadi gila sebab tiap-tiap hari saya kacau dia tidur. Kemudian, mintak tolong jugak dekat apek teksi, pak cik bas dan lain-lain. Terima kasih, awak, kata Ray, kemudian dia menghilang daripada pandangan. Aku tersentak daripada tidur malam itu selepas aku berjaya menjumpai tulang-tulang Ray yang dimaksudkan siang hari tadi. Mimpi rupanya. Aku tertidur selepas maghrib tadi kerana terasa penat lain macam. Agaknya siapa la lelaki yang sanggup buat khianat macam tu kepada dia. Aku masih menyimpan berjuta rasa simpati kepada Ray dan juga kepada Jane. Selepas itu, bagai ada yang memanggil... aku keluar ke beranda bilik, memandang ke arah langit yang masih hujan. Melodi titisan hujan tanda kasih sayang Tuhan itu begitu menenangkan sanubariku. Dari kejauhan, aku lihat motorku elok terparkir di tepi jalan, manakala di sebelahnya lelaki berbaju kemeja kuning melambai kepadaku sambil tersenyum sebelum menghilang daripada pandangan mata. Kau yang sembunyi motor aku rupanya. Patut la hilang! Ray, Ray.... Aku berbisik sendiri sambil menggelengkan kepala memikirkan rancangan Ray yang begitu teliti untuk membawaku ke tasik tanpa sedikit pun

110

Arisa Eriza

syak tentangnya hadir. Aku meleretkan senyuman pula mengenangkan hantu Ray yang begitu baik dan mesra alam itu. Kalau la awak hidup lagi, entah-entah saya akan risik awak jadi bakal isteri saya. He he, awak sanggup tak? (Bunyinya macam gatal aje, kan?) Lagi la aku tersengih geli hati mengenangkan aku yang boleh pulak nak jatuh suka pada hantu-hantu yang aku jumpa. Tapi pengecualian la kepada pak cik bas, hantu gantung dan apek teksi, he he he. Moga esok tak ada dah hantu bergantungan, pak cik bas serta apek teksi senyum kat aku lagi.

111

Hero Aku Tomboy

Bab 8
ALAM itu selepas aku pulang dari bilik studi, aku terus menuju ke bilik. Aku rasa nak tidur, nak rehatkan otak yang penat berfikir sepanjang hari ni. Aku tolak pintu bilik. Selipar Am tiada. Selalunya kalau dia tak ada tapi pintu tak berkunci, haruslah dia ke tandas atau ke bilik kawan, melepak kat sana. Selepas salam kuberi, aku melangkah masuk ke dalam bilikku yang teratur kemas. Am dah tahu dan masak sangat dengan perangai aku yang tak boleh tengok barang bersepah walaupun sikit, sampai la dia dah pandai mengemas sendiri tanpa perlu dengar khutbah agung aku. Aku tersenyum seorang diri memikirkan hal tersebut. Kebersihan, kan sebahagian daripada iman. Hadis nabi lagi tu yang sebut tentang kebersihan ni. Eh, ada orang la. Siapa ni agaknya? Kawan Am kut. Nak kata ini Am, keringnya lain macam la pulak. Isy, kesian betul kat budak ni, ha. Ditinggalnya sorang-sorang dalam bilik. Yang Am ni pun satu. Kalau ya pun, tak perlu la tinggalkan kawan ni sorang-sorang.

112

Arisa Eriza

Aku cuba belek budak yang sedang tidur dengan amat lena itu. Tapi, aku tak dapat nak tengok wajahnya sebab dia tidur mengiring ke dinding. Aku malas nak ambil pusing, tambah lagi budak ni dah sedap tidur siap berselimut dengan comforter di atas katil Am. Serupa nak tidur sampai esok pagi. Jadinya, biarkan aje la. Kesian la orang tengah tidur aku nak kacau-kacau. Aku baring sebentar di atas katil, bagi menghilangkan peluh yang merenik pada badan dan muka sebelum ke tandas memberus gigi, berwuduk dan mencuci muka. Dah jadi rutin aku untuk tidur dalam keadaan berwuduk. Dan solat isyak aku awal malam ni, jemaah di surau. Senang kalau jadi apa-apa, sekurang-kurangnya aku dah solat, taklah tertinggal rukun Islam yang wajib tu. Selepas lima belas minit yang ditemani oleh bunyi dengkuran member yang sedang tidur di atas katil Am itu, aku lantas bangun dan menukar seluar kepada tuala untuk ke tandas. Elok aje aku nak buka pintu, pintu bilikku diketuk dan kedengaran suara lelaki yang lantang dari luar memberi salam. Aku dengan laju dan senang hatinya membuka pintu tersebut. Kami dari Majlis Agama. Kami terima aduan menyatakan yang encik sedang berdua-duaan dengan seorang gadis. Boleh kami masuk? soal seorang pak cik berkopiah ditemani oleh tiga orang temannya. Aku hanya mampu menganga. Apa??? Aku berduaduaan dengan seorang gadis?! Biar benar pak cik ni? Aku nganga lagi luas kemudiannya, aku rasa kucing menguap pun tak menganga seluas aku sekarang ni. Daun pintu aku biar terbuka selepas ditolak oleh orang dari Majlis Agama bagi memberikan laluan untuk mereka masuk walaupun bukan itu yang aku nak buat! Okey, aku dah blur!

113

Hero Aku Tomboy

Errr... tapi tuan, saya tak buat benda macam tu, tuan! Aku cuba mempertahan diri. Aku memandang wajah lelaki seramai empat orang itu silih berganti. Semuanya boleh dikatakan dalam lingkungan akhir empat puluhan. Ya, saya juga harap macam tu. Tapi, kami tetap perlukan bukti yang awak tak menipu. Diharap awak boleh beri kerjasama. Seorang daripada mereka bercakap dengan tegas sambil membetulkan kopiahnya. Aku gelisah. Tapi, kenapa aku nak gelisah sebabnya aku memang tak buat salah langsung pun. Aku tak boleh nak berlagak tak bersalah walaupun orang kata orang yang menipu boleh dilihat daripada riak muka mereka. Awak berdua dah kahwin? Sila beri I.C, tanya seorang pegawai suloh itu dan jawapan yang diterimanya hanyalah gelenganku bersama I.Cku yang kuambil dari dalam poket slackku yang tergantung di dalam almari. Huh, apa bising-bising ni? Member yang berdengkur tadi bangun dan bertanya dalam keadaan mamai. Matanya yang ala-ala tak boleh nak dibuka itu dipaksa dengan gigih untuk dibuka juga kerana dalam samar-samar penglihatan matanya, kelihatan begitu ramai makhluk bernama Adam sedang mengelilinginya. Awak berdua disyaki berdua-duaan dan berkhalwat di dalam bilik ini, ya cik. Kalau tadi aku yang menganga, tapi kali ni budak tu pulak yang menganga luas. Eh, macam aku pernah nampak la muka ni... tapi siapa dan di mana ye? Huh? Aaa... a... ku berkhalwat? Tergagap dia bertanya dan dengan pantas dia bangun dari katil untuk berdiri. Masih tak centre sebab terkejut daripada tidur dengan tiba-tiba. Panggg!

114

Arisa Eriza

Aduh! Siot la katil ni! Budak itu terjerit sakit akibat terlanggar palang bawah katil double-decker Am sambil memegang dahinya menahan pedih. Matanya dikecilkan. Biul sekejap. Aku hanya ketap bibir melihat. Aku faham macam mana rasa sakit dan peritnya. Aku dan Am sendiri hairan kenapa ada tiga buah katil di dalam bilik ni, walhal cuma dua orang saja penduduk tetap di dalam bilik. Mungkin kolej dah mengurangkan pengambilan pelajar untuk tahun ni. Dan mungkin jugak katil ketiga di atas katil Am ni digunakan sebagai cover untuk menampung pelajar yang baru mendaftar masuk untuk pengambilan kedua ataupun pindah kolej. Kemungkinannya banyak dalam fikiran aku. Kejap, kejap. Macam mana aku boleh ada dekat sini? Dekat mana ni? Dia lalu bangun menghadap pegawai Majlis Agama itu dengan seluar pendek paras lututnya dan baju jersi hitam lengan pendek bertulisan Samsung berwarna hijau. Isy, takkan terlanggar katil sikit aje terus hilang ingatan? perli seorang pegawai suloh yang berkenaan dengan agak sinis. Untuk pengetahuan, cik berada di blok A, kawasan asrama putera kolej. Tolong pakai selimut untuk tutup aurat awak ni, sambungnya lagi. Budak tadi yang mendengar arahan itu segera membulatkan pipinya dengan angin sambil mengambil selimut di atas katil Am dengan riak muka aku tak tahu apaapa, aku tak buat salah walaupun ada rupa sebal pada wajahnya. Eh, bro! Bro ingat tak hari tu saya yang langgar

115

Hero Aku Tomboy

bro? Tuan, dia ni lelaki. Takkan la tuan nak tangkap kami berdua-duaan kut? Kita bukan gay, kan? ujarku (selepas aku berjaya mengecam) sambil meletakkan tanganku pada bahu bro tadi, yakni Faz yang aku terlanggar tempoh hari. Memang aku bukan gay, sebab aku perempuan! Isy, sibuk aje la! jawabnya kuat sambil menolak tanganku yang sedang melingkar pada bahunya. Dahinya yang sudah mula membengkak sedikit itu diusap perlahan. Dengan air muka yang keruh, dia menarik nafas dan menghembuskannya kuat. Selimut yang dipegang tadi diselimutkan ke atas kepalanya kemudian melilit kain selimut tebal itu pada pinggangnya bagi menutup bahagian kakinya yang terdedah. Hah? Aku macam tak percaya macam mana boleh ada perempuan dalam bilik aku! Aku ingatkan member ni lelaki. Aku laju menutup mulut tanda terkejut. Am tiba-tiba muncul entah dari mana. Keadaan di luar bilik agak kecoh dengan para pelajar lelaki yang mula mengerumuni bilik kami. Kecoh sebab pasangan kekasih tertangkap sedang bercengkerama di dalam bilik, seperti yang sedang digembar-gemburkan waktu itu. Apa dah jadi ni? Am bertanya dengan kecoh. Dia memandang mukaku dan muka semua yang berada di dalam bilik itu silih berganti. Pegawai suloh pula kulihat sedang berpusingpusing di dalam bilik sempit itu mencari apa-apa bahan yang boleh dijadikan bukti sambil berbincang sesama sendiri. Mereka berdua ditangkap dalam keadaan yang kurang mencurigakan walaupun berada di dalam bilik yang sama. Tetapi, kemungkinan mereka melakukan hubungan jenis

116

Arisa Eriza

sebelum tertangkap tetap ada kerana memang terbukti mereka berdua-duaan. Weh, kau kenal tak mamat ni, Am? Beritahu la kat aku, beritahu yang dia ni lelaki, bukan perempuan! Aku bersuara kalut selepas Am tiba. Am terus blur diterjah sebegitu. Kalau tak blur, tu memang bukan Am! Aku pegang hujung dahi. Tiba-tiba aku diperangkap dalam sesuatu kes yang amat berat di sisi agama. Berkhalwat dengan wanita! Tak pernah terfikir aku nak buat benda sebegitu. Dah tu tuduhan berzina, lagi la aku tak boleh terima. Aduhai, Ya Allah... tolong la aku, hambaMu yang lemah lagi daif ini. Arghhh! Macam mana aku boleh berjalan sampai ke sini? Faz tiba-tiba menjerit kuat, mengembalikan aku ke alam fana dunia ni. Kemudian disambung pula jeritannya dengan makian dan segala benda yang boleh disebutnya dengan lantang dalam bahasa Inggeris selepas dia berjaya mencari sebab-musabab kenapa dia boleh berada di situ. Dia tepuk dahi dan melurut rambutnya ke belakang. Mamat celup betul dia ni. English pekat gila, sedap pulak aku dengar dia maki-maki macam orang putih tu, wei. Terdengar bisik-bisik dari luar. Gila apa diorang ni? Serabut la! Lelaki pun boleh tahan bergosip, sama aje dengan perempuan. Aku mencebik sebelum kembali kelibut sendiri dan menghadap Faz. Apa maksud awak, awak berjalan... sampai ke sini. Tapi awak tak tau macam mana? Aku tambah power kalut aku bertanya daripada kalutnya pertanyaan awal tadi selepas Am tidak menjawab persoalanku.

117

Hero Aku Tomboy

Am duduk terkedu seorang diri di sebelahku sambil membelek sakan wajah Faz. Mungkin Am kenal, tapi nak tunggu dia ingat tu insya-Allah, memang lama la. Faz yang sedar dirinya diperhati segera membetulkan selimut pink Am yang sudah melurut jatuh menampakkan rambut ala-ala lalangnya itu. Aku pula diterjah dengan persoalan siapa, kenapa dan bagaimana dia boleh berada di sini. Semuanya penuh menyumbat ke dalam kepalaku. Sangat menyesakkan! Aku istighfar perlahan kemudian... cuba bertenang. Aku ada penyakit berjalan dalam tidur la, bengong! Sebelum ni aku berjalan pun, paling dahsyat tidur dalam tandas. Kali ni... huh, stres gila! Keriuhan yang timbul tadi semakin meriah selepas sampai ke pengetahuan para hadirin yang tidak dijemput itu, bahawasanya budak tomboy itu dengan tidak sengaja berjalan dalam tidur (kalau dah berjalan dalam tidur, terang-terang la tak sengaja). Jumpa kau aje, bala datang! Bala datang aje, ada aje kau! Kau ni memang stok... sambungnya lagi memarahi aku. Aik? Aku pulak yang bersalah? Tolong diam semua! Kamu berdua ditangkap dan perkara ini akan saya lapor kepada pihak keluarga saudara dan saudari, dengan saksi empat orang, yang kamu berdua telah berdua-duaan dalam keadaan yang boleh membawa fitnah tanpa ikatan perkahwinan. Kamu berdua boleh membela diri di mahkamah. Buat masa sekarang, sila ikut kami ke balai untuk buat laporan. Sebelum tu, boleh saya tengok I.C kamu, cik? ujar salah seorang daripada pegawai yang datang itu dengan muka serius.

118

Arisa Eriza

Aku terduduk di atas katil, terkedu mendengar arahan tersebut. Si Faz pula aku tengok dah semangat tarik-tarik rambut pendeknya, manakala mukanya merah menahan amarah, malu dan sedih barangkali. Mulutnya dimuncungkan dengan muka tak puas hati sambil memeluk tubuhnya. Cik, kami perlukan I.C cik dalam kadar segera, tegur pegawai itu lagi, selepas Faz kelihatan seperti tidak mendengar permintaannya tadi. I.C apanya? Aku datang sini bawak badan aje! Isy, kalut la kau, pak cik! Tunggu la aku balik bilik aku. Aku dah kata, kan aku berjalan dalam tidur! bentak Faz yang geram. Aku menjeling ke arahnya, tajam. Amboi, budak ni! Memang nak makan bebelan sejati aku kut. Serius, aku pantang betul dengan orang yang kurang adab dengan orang lebih tua macam Faz ni. Awak, tolong hormat orang yang lebih tua. Aku menegur perlahan selepas aku lihat muka pegawai itu mula kemerahan. Suka hati mak bapak dia aje, kan nak marahmarah macam tu. Hei, kau siapa nak tegur-tegur aku? Bapak aku? Datuk aku? Tak, kan? Bukan, kan? So, please just shut your mouth up! Kau tak layak nak tegur aku dan aku tak suka orang tegur aku tiba-tiba macam ni. Do you got it? Huh, panas la aku duk lama-lama kat sini! Faz semakin bengang. Berani mati tu dia sound aku balik! Aku bajet kalau dia duduk sebulan dengan aku, innalillah terus kena bebel dengan aku tiap hari! Tolong senyap, semua! Cik, sila berpakaian lengkap dan ikut kami ke balai. Dengan secepat mungkin. Pegawai yang merupakan ketua kepada pasukan itu bersuara.

119

Hero Aku Tomboy

Dua orang daripada pegawai kami akan mengiringi cik ke asrama. Sila beri laluan, katanya lagi meminta para pelajar lain yang memenuhkan ruang di hadapan bilik itu untuk beralih ke tepi. Faz keluar dengan wajah cemberutnya. Selimut yang dipakai tadi dilempar kasar ke tempat asalnya. Terdengar bisikan nakal di telinga. Betul ke dia ni perempuan? Aku rasa dia ni kategori dua alam la, khunsa. Ye ke? Tapi, aku memang tak boleh blah la, comel kut dia ni. Aku sanggup jadi gay kalau dia lelaki! Uish, statement gila namanya tu! Wei, aku ni perempuan la. Jahanam betul! Kenapa korang tak faham bahasa, hah? Eee... geramnya aku! Hesy, sumpah aku geram! Kepala lelaki yang menyatakan dia comel itu disekehnya kuat. Aduh! Sakit la, gila! Ha... tau pun sakit! Lain kali, fikir dulu sebelum cakap. Faham? Go to heaven la, wei! Ujar Faz kuat lalu terus berjalan dengan berkaki ayam sepertimana dia datang tadi. Aku hanya menggeleng dari jauh. Dahsyat betul minah ni! Minah ke? Errr....

FAZ mengisi borang tersebut dengan malas. Nampak gaya macam dia main conteng-conteng aje kertas tu. Agaknya kalau letak kertas dia tu sebelah kertas tulisan budak tadika pun, cun lagi budak tadika tu punya tulisan. Muka sebal Faz aku jeling. Dia jeling balik pada aku di sebelahnya.

120

Arisa Eriza

Apa kau pandang? Tak pernah nampak aku? Apa kau ingat aku ni spesies anak alien hijau dari Marikh ke, hah? Sampai kau nak pandang-pandang bagai? Aku ni manusia macam kau, nampak? Hesy, mendatangkan marah betul. Faz bising lagi mencari pasal dengan aku. Aku terus tertunduk malu sambil mencebik. Terasa darah naik ke muka. Tak tau pulak aku kenapa aku duk asyik jeling-jeling dia. Hesy, karut! Kemudiannya, mulutnya mula pot pet-pot pet tak berhenti bercakap seorang diri sambil mengisi borang. Cara dia duduk isi borang tu kalah cara aku duduk! Dengan kaki sebelah diangkat ke atas kerusi... Ya Allah! Kalau la mak aku nampak, sumpah dia kena bebel sampai tengah hari esok. Dah hubungi sesiapa untuk datang ikat jamin? soal pegawai yang menguruskan kisah kami berdua. Aku geleng. Mak ayah aku balik kampung di Johor sana, takkan la nak telefon suruh datang ikat jamin aku pulak kut. Kalau tak dapat ikat jamin, terpaksa bermalam di dalam lokap, sambungnya. Aku dah contact, jawab Faz dengan kasar. Dengan orang yang lagi tua pun dia berkau-aku. Tak belajar kosa kata saya, encik atau tuan gamaknya dia ni! Rambutnya yang dibasahkan itu kelihatan tegak berdiri di atas kepalanya dengan seluar jeans hitam dipadankan bersama T-shirt hitam tebal memang boleh membuatkan orang sanggup menjadi gay kerana dia. Kalau betul dia lelaki! Gila hensem! He he he, sejak bila aku dapat simptomsimptom gay ni? Faz, apa dah jadi ni? Kamu ni tak ada kerja lain, asyik nak malukan papa aje, kan?

121

Hero Aku Tomboy

Tiba-tiba datang seorang lelaki dalam lingkungan lima puluhan menerjah masuk ke balai polis tersebut dan menyoal Faz dengan kadar tak menyempatnya. Seorang wanita di sisi kanannya melangkah masuk bersama. Apa pulak papa, bukan salah Faz pun! Dengan kadar yang sama dengan orang tua yang aku dengar ialah bapanya, Faz menjawab dalam posisi berdiri selepas dia habis mengisi borang tersebut. Salah tak salah, kamu tetap memalukan papa! Isy, berapa yang perlu untuk saya ikat jamin budak tak betul ni, encik? tanya papa Faz kepada pegawai di situ. Aku hanya menjadi pemerhati sebab kehadiran aku di situ macam tak ada orang yang nak hairan pun. Agaknya, hantu mana bagi jubah halimunan dia kat aku, eh? Papa! Sampai hati panggil anak sendiri tak betul! Mama, tengok la papa ni, rengek Faz dengan manja sambil mendekati mamanya yang cuma tersenyum tenang. Relaks betul mak cik ni! Gaya macam dah biasa sangat datang melakukan aktiviti mengikat jamin anak sendiri. Tak mustahil memang dia biasa melakukan aktiviti tersebut. RM 1,000.00, tuan. Budak yang kena tangkap sekali dengan Si Faz ni yang mana satu? sambungnya lagi. Dia, tuan, tunjuk pegawai bernama Yasni itu kepadaku. Oh, aku mampu dilihat oleh mata kasar akhirnya! Errr... ya saya, tuan. Aku angkat tangan kanan sedikit tinggi dengan dahi berkerut, lagak ada sikit la serupa aku bersalah walhal tak pun.

122

Arisa Eriza

Oh, ya. Apa nama, anak? Papa Faz ni bertanya mesra serupa dia kenal ayah aku. Aku berbisik sendiri. Khairul Ezzairy, tuan. Aku menjawab dengan penuh hormat. Tak payah la bertuan-tuan dengan pak cik. Panggil pak cik aje, okey? Pak Cik Mohammad. Mana ayah kamu? Raut wajahnya sangat mesra, jauh benar bezanya dengan anaknya yang seorang ni. Aku tunduk menyalaminya manakala Faz aku lihat sedang menguis-nguiskan kakinya ke lantai dengan muka bosan. Apa motifnya, aku pun tak pasti. Dia tak datang... kut, pak cik, sambut aku lambatlambat. Oh, jadi siapa nak ikat jamin Khairul kalau macam tu? Biar aje dia tidur dalam lokap, pa. Baru padan dengan muka dia, sampuk Faz tiba-tiba, dengan tak bersalamnya. Amboi, budak ni! Memang mental disorder betul! Macam la aku yang angkut dia masuk dalam bilik aku pulak, kan? Nak kena cepukan perdana aku kut Si Faz ni! Dari tadi lagi aku dah lama bersabar dengan mulut dia tu. Mulut macam bertih jagung. Kalau manis macam pop corn tak apa jugak. Ini... alahai, geram sampai tahap nak cium aje aku rasa! Opsss, terlebih pulak. Sila istighfar banyak sikit, ye Khairul. Tak, tak apa. Saya tidur dalam lokap aje, pak cik. Aku berkata pasrah sambil tertunduk malu. Aku juga tidak berniat untuk menyusahkan ibu bapa aku malam-malam buta

123

Hero Aku Tomboy

macam ni. Kalaulah jauhnya sekentut aje Johor dengan Kuala Lumpur tak apa jugak. Dan takkan aku nak terima bantuan papa Faz tiba-tiba, padahal aku baru aje kenal dia malam ni. Segan la, beb. No, biar pak cik bayar. Eh, tak apa pak cik. Tak apa.... Papa, anak papa ke dia ni? Sampaikan dengan secara tak bertauliahnya papa nak bayarkan untuk dia pulak? Faz menyampuk, kemudian menjeling ke arahku tak puas hati. Faz, just shut up. Kamu bunyi sikit lagi, papa potong elaun kamu sebagai duit untuk ikat jamin kamu, faham? Mana boleh macam... Faz, Im serious, potong papa Faz laju. Mukanya ketat merenung anaknya itu. Oh, anak bertih jagung nya lebih afdal kut. Bisikku memberi gelaran baru untuk Faz tanpa pengetahuannya. Baiklah, surat mahkamah akan sampai dalam masa yang tertentu. Encik dan cik berdua perlu hadir pada tarikh yang ditentukan. Sila tulis surat jika salah seorang daripada kamu tidak dapat hadir bersama dengan sebab yang munasabah. Terima kasih. Drama malam itu berakhir beberapa ketika kemudian selepas Pak Cik Mohammad membayar wang tunai untuk mengikat jamin aku dan Faz. Aku dah boleh agak keluarga Faz adalah keluarga yang agak berada.

124

Arisa Eriza

PAK CIK nak kamu kahwin dengan anak pak cik, ujar Pak cik Mohammad kepadaku di sebuah restoran yang agak mewah selepas selesai kes di balai tadi. Mampu dan cukup baik untuk meluruhkan jantung. Standard macam dalam drama la pulak, kan. Ayatnya dengar macam relaks aje, tapi sangatlah mendalam maknanya. Apa? Papa! Mana boleh macam ni! Faz seperti biasa, membangkang laju dengan mata bulatnya siap tepuk meja. Pitching suara tak usah sebut, komponen mikrofon pun boleh rosak kalau dia bercakap pakai mikrofon! Tapi pak cik, kami berdua masih studi lagi, dan... saya tak pernah kenal dengan anak pak cik. Macam mana saya nak kahwin dengan dia? Aku dah terkedu dan agak terkejut dengan permintaan papa Faz itu. Harus la terkejut, dah tu dengan secara tiba-tiba sangat kut. Isy... kahwin bukan perkara main-main yang boleh petik jari macam tu aje. Banyak tanggungjawab kena pikul. Aku memang dari awal-awal tadi dah ada rasa yang perkara ni mungkin akan terjadi, tapi tak la pulak aku jangka benar-benar berlaku. Pak cik perlu jaga maruah keluarga pak cik, bisnes pak cik. Kami dulu-dulu pun kahwin dengan orang yang kami tak kenal jugak. Alhamdulillah, bahagia dan tahan sampai sekarang. Khairul, benda ni dah terlanjur berlaku. Walaupun kedua-duanya tak bersalah, ehem, salah pada Si Faz ni jugak sebab ada penyakit berjalan dalam tidur, ucap papa Faz bernada kesal. Pak cik harap Khairul dapat pertimbangkan. Penyakit papa la ni! Lepas tu nak suruh Faz kahwin dengan mamat suku tiang ni. Papa, please! Faz tak nak kahwin paksa macam ni, pa! Lagipun, Faz nak tumpu pada

125

Hero Aku Tomboy

studi dulu. Kalau dah kahwin ada anak bagai, siapa nak jaga nanti? Faz yang masih tercengang dengan muka bengang tak boleh blahnya tadi mula kembali bersuara mempertahankan diri. Bagus! Teruskan usaha mulia anda, Faz! Aku sokong dari belakang. Aku berbisik dalam hati sambil merenungnya. Pertama kali kau buat benda yang betul! Papa tak suruh kamu berdua kahwin untuk buat anak. Pandai-pandai la rancang keluarga. Lagipun harta papa banyak, kamu nak beranak dua puluh orang pun papa tak kisah. Papa boleh carikan orang gaji untuk jaga. Melopong baek aku mendengar bicara papa Faz itu. Mak aih, senangnya dia bercakap! Keadaan tak semudah yang disangka, pak cik! Tapi, kenapa aku boleh pulak duduk diam blur seorang diri macam ni? Jangan mengaku kalah, Rul! Takkan kau tiba-tiba nak jadi kambing hitam tak tentu hala kut? Ah, serabut! Papa... tolong la, pa. Faz yang serupa kanak-kanak Ribena ungu bulat-bulat dan tak cukup umur ni mana boleh kahwin, pa. Nak-nak pulak dengan lelaki suku... Suku tak suku, papa nak kamu berdua kahwin! Siapa yang nakkan kamu kalau mereka tahu kamu ni pernah ditangkap khalwat?! sangkal papa Faz, kuat. Isy, pak cik ni boleh bertukar menjadi sesuatu yang menakutkan. Kecut perut aku! Tapi papa, Khairul ni dah ada girlfriend la! Laju Faz memotong ayat papanya itu yang mana ayatnya itu membuatkan aku lagi la terlopong luas. Aku agak kalau mama dan papa dia tengok reaksi aku pun dah boleh tahu aku terkejut, dan boleh baca dengan mudahnya yang aku memang tak ada kekasih!

126

Arisa Eriza

Betul ke, Khairul? Kamu dah ada buah hati? soal papa Faz dengan riak wajah yang serius. Errr... emmm.... Aku gigit bibir bawah, Semua mata merenung aku. Paling tak boleh blah mata Si Faz la. Aku tengok mata dia bersinar-sinar umpama bulan purnama mengambang merenung aku. Maknanya serupa memberi isyarat menyuruh aku mengaku aje apa yang dia kata tu betul. Isy, kenapa dia calonkan nama aku pulak ni? Cari nahas betul la! Errr... buah hati tak ada, pak cik. Girlfriend ada la, tapi tak rapat pun. Kawan-kawan kelas aje semuanya. Aku bersuara selepas lama aku diam. Dengan lurus bendulnya pulak tu aku menjawab. Mata Faz yang mengharap tadi aku tengok dah mengecil, musnah dan punah harapannya. Dia segera memandang ke arah lain. Tak boleh harap betul la mamat ni. Lurus bendul macam tiang elektrik! Bisingnya dalam hati. Dan aku mampu melihat kekecewaannya tu. Faz, sorry la. Aku memang tak boleh la kalau kau nak mintak aku berbohong sunat dekat sini, serius aku tak boleh! Aku berbisik dalam hati mengharap dia boleh membaca kata hatiku. Tak boleh nak manipulate jugak la sebab kalau girlfriend boleh la aku manipulate maksudnya. Sebab maksudnya kawan perempuan kan, (walaupun orang Melayu selalu guna dengan maksudnya lebih kepada buah hati), ramai aje kawan perempuan sekelas aku tu. Tapi kalau buah hati emmm... boleh jugak kut aku kata buah hati aku mak aku dekat rumah sana nun. Tapi kenapa sekarang baru nak terfikir? Dah tak berguna dah!

127

Hero Aku Tomboy

Isy, itu la kau! Si Faz dah bagi jalan, kau buat jujur sangat. Ha, padan la muka dua-dua. Hish, ini la akibatnya budak blur tambah pakej lurus bendul sangat macam aku ni. Nak selamatkan diri sendiri pun tak lepas! Faz, lain kali kau nak buat benda macam ni, bagi la kertas kerja dulu. Jangan main terjah macam tu aje. Memang tak la aku nak dapat pusing statement kau tu tadi sebab on the spot macam tu, aku mana boleh! Aku bukan kaki belit punya orang. Aku kena fikir lama-lama dulu, baru ada kemungkinan untuk aku ubah makna ayat a.k.a berdalih! Aku bebel dalam hati. Penyesalan tetap ada mengganggu perasaan. Pandai-pandai aje, kan kamu buat cerita, ye Faz? Kalau kamu ada kekasih pun... Khairul, pak cik yakin dia tak akan senang-senang nak terima kenyataan tu! Dan jangan ingat orang mudah nak terima kamu kalau kamu ada sejarah buruk, tahu? Papa Faz sudah kurang sabar untuk berbincang dengan baik. Tapi, kami tak ada buat apa-apa jugak, papa. Wei! Betul, kan? Faz ketap bibir sambil menyepak kaki aku dari bawah meja dan merenung aku dengan tajam. Weh, sakit la! Dahiku berkerut membalas renungannya sebentar sambil mengurut kakiku yang perit disepaknya. Aku angguk kemudiannya walaupun terdiam seribu bahasa, serupa merelakan aje semua yang dibincangkan. Kenapa aku macam rela aje nak menjadi pak sanggup? Dah tu mengharapkan Faz seratus peratus menjadi hero untuk malam ni pulak tu. Tapi, kalau dia nak harapkan aku untuk pertahankan diri kami daripada dikahwinkan, memang forever and ever la ia akan menjadi misi yang sangat mustahil! Tadi dah terbukti pun aku sendiri yang memusnahkan cubaan Faz untuk menghalang daripada kami

128

Arisa Eriza

dikahwinkan. Aiseh, Khairul! Apa kena dengan kau ni? Isy, sangat sadis dan begitu menyedihkan keadaan kau di saatsaat genting macam ni! Ughhh! Aku terasa satu tekanan perasaan yang tak dapat aku elak dan sangat membebankan fikiran kerana aku tak dapat berbuat apa-apa. Yang penting, kamu berdua tahu apa yang berlaku. Orang lain takkan senang-senang nak percaya sebab manusia memang penuh dengan sangka buruk. Jadi, pandai-pandai la uruskan rumah tangga kamu nanti! Siap sedia, esok lepas subuh kamu berdua papa akad nikahkan! Papa! Faz protes dalam kesayuan kerana pujukan dan usahanya tak menjadi. Mamanya di sebelah diam dari tadi, tiada sepatah pun perkataan yang keluar daripada mulutnya yang disapu dengan gincu merah gelap itu. Cuma senyuman nipis yang terhias di bibirnya sambil tekun menghirup air lemon dengan madunya. Pak cik.... Aku pula bersuara lemah, dalam dilema bersama hati yang berbelah bahagi. Tangguhkan dulu la papa, tak boleh? Mata Faz aku tengok dah terkelip-kelip meminta simpati daripada papanya sambil tangannya menggosokgosok lengan ayahnya yang berkemeja lengan panjang itu. Riak muka yang comellah kononnya terpapar pada wajah gebunya itu. Bila cara kasar tak laku, dia cuba cara lembut dan manja la pulak. Boleh tahan hebat lakonan dia ni. Tolonglah simpati kepada kami berdua, pak cik. Aku turut berdoa dalam hati supaya dilembutkan hati orang tua ni, supaya dilambatkan perkahwinan, ataupun batalkan terus lagi bagus! Ada pulaknya nak suruh aku kahwin dengan budak tomboy ni. Mati muda la aku alamatnya nanti! Dah la

129

Hero Aku Tomboy

rupa ada ala-ala Jeff Hardy dalam WWE. Huh, gay sungguh aku nak jatuh hati dengan dia, weh! Padan la dengan muka kau. Siapa suruh kau pergi suka sangat dengan Ray si hantu hari tu? Sekali kau dapat versi bukan hantu punya ni, baru lega. Tapi, ini bukan tomboy lemah lembut macam Si Ray tu. Gaya aje yang macam lelaki, tapi perangai tetap lembut macam perempuan. Ini dah macam seratus peratus bertukar jadi lelaki dah ni! Aku ni lagi lemah lembut daripada dia aku rasa! Isy! Tapi tak tau la kut-kut lepas dia jadi hantu, terus dia jadi baik macam Ray. Itu aku tak dapat jamin la. Aku membebel sendiri dalam hati. Keputusan papa muktamad. Tak ada tolak ansur atau dalih-dalih lagi, faham? Papa Faz berkata dengan tegas. Tiada kompromi walaupun anaknya itu telah berusaha keras untuk melembutkan hatinya itu. Aku yang mendengar dengan setia semenjak tadi mengetap bibir. Menakutkan jugak la untuk aku buka mulut. Tak pasal diserangnya aku pulak nanti. Isy, seram... seram! Tiba-tiba aje menjadi garang. Garangnya nauzubillah pulak tu! Lagipun, baru sangat aku kenal orang tua ni malam ni. Takkan tiba-tiba aje aku nak berbalah dengan dia, kan? Itu bukan aku, tambah lagi dia dah mempertaruhkan wang dia untuk lepaskan aku daripada dimasukkan ke dalam lokap tadi. Lagi la berbelah bahagi aku jadinya! Mama, tolong la pujuk papa. Faz tak nak kahwin, ma. Faz baru Sembilan belas tahun lebih sikit, takkan dah nak menghambakan diri pada lelaki. Nonsense, ma. Please, ma. Please.... Tak dapat pujuk si papa, Faz beralih pula memujuk

130

Arisa Eriza

mamaya yang masih berdiam diri semenjak tadi, hanya memerhatikan semua yang berlaku. Mungkin juga terkejut dengan kejadian yang berlaku dan tindakan drastik suaminya yang ingin mengahwinkan anak mereka secepat itu namun, dia tetap teguh dengan trademarknya. Diam dan senyum. Siapa yang ajar kata kahwin tu memperhambakan diri pada lelaki? Kahwin tu sunnah Nabi, Faz. Jangan memperlekeh perkahwinan! Jawapan papa Faz yang lebih kepada tengkingan itu menimbulkan ketidaksenangan hati Faz dan mengundang beberapa mata memandang ke arah mereka. Faz kerut dahi dan mencebik sambil memeluk tubuhnya sendiri. Huh! Hatinya berubah menjadi panas, dia segera menyandarkan badannya ke kerusi dan menghirup jus orennya tanda dia dah mengalah untuk meneruskan upacara pujuk-memujuk itu. Aku pulak hanya mampu telan air liur. Takut jugak nak masuk campur urusan keluarga ni. Tapi aku tetap watak utama dalam hal ni! Adui la, Ya Allah... tolong la datangkan idea untuk membantu aku! Tapi pak cik, mas kahwin dan hantaran, macam mana? Saya ni nak hidup sendiri pun tak lepas, pak cik. Saya anak orang biasa-biasa aje, tak padan dengan keluarga pak cik. Tiba-tiba idea duit hantaran laju keluar daripada mulut aku dan aku datang daripada keluarga susah tu memang idea yang terasa agak bernas la jugak! Selalunya orang sekarang ni takut nak kahwin sebab tak cukup duit untuk hantaran. Tambah lagi anak orang kaya macam Faz ni, duit hantaran paling kurang RM15,000.00, bukan 15 ribu bhat Thailand! (Ini pun belum tentu aku mampu). Tambah lagi, aku datang daripada keluarga yang susah, mungkin ayah Faz akan menimbang

131

Hero Aku Tomboy

balik keputusan dia. Aku tengok muka Faz bersinar kembali mendengar pernyataan aku. Bangga jugak la aku rasa, berjaya menjadi hero sementara, kut. Semua tu biar pak cik tanggung. Kalau segan, nanti lepas kerja bayar balik pada pak cik. Pak cik tak kisah keadaan keluarga kamu macam mana. Pak cik percaya kamu budak yang baik. Tu dah cukup untuk menjadi menantu pak cik. Dan pak cik bukan jenis kedekut harta, kamu nak kikis pun tak apa. Tapi jawab sendiri dengan Tuhan nanti, ya, Khairul, jawab papa Faz dengan tenang. Nyata, rancangan tak rasmi aku dengan Faz dah musnah seratus peratus! Aku yang bermuka ala-ala excited tadi terus menunduk. Hampalah, apa lagi. Cakap apa pun tak makan. Tak lut dengan pujukan betul. Faz, ikut papa dan mama balik. Nanti berjalan tidur bilik siapa-siapa pulak. Hesy, menyusahkan betul! sambung papa Faz yang menguasai perbualan malam itu. Faz mencebik dengan mengeluh berat. Aku memandangnya sekilas, bakal isteri aku esok pagi. Errr.... Abangnya, bukan salah diorang dua. Khairul, mak cik harap Khairul dapat bersedia esok. Jangan risau. Faz ni baik walaupun mulut dia jahat sikit. Mak cik pun tahu Khairul seorang yang sangat baik dan mampu jaga dia. Mak cik minta maaf sebab terpaksa libatkan Khairul dalam masalah ni. Mak cik harap dan yakin Khairul dapat bahagiakan Faz. Ya Allah, sumpah kalaulah bukan mama Faz yang perlu aku hormat yang cakap macam tu, dah lama agaknya aku buat aksi termuntah hijau dekat sini! Aduhai, Tuhanku...

132

Arisa Eriza

Kau ampunkanlah aku. Kenapa aku harus mengalami saatsaat yang macam ni? Isy, mama ni ada pulak cakap macam tu. Mama tak nampak ke yang dia ni nak termuntah dah dekat situ dengar ayat mama? Dah la pa, jom la kita balik. Esok nak tenung muka dia ni lagi. Perlahan Faz menuturkan ayat terakhir itu. Seakan-akan terpaksa pasrahkan dirinya untuk acara esok hari. Bukan kau seorang aje, aku pun kena jugak, wei. Aku ni yang lagi kesian, tau! Protes aku dalam hati. Ingat aku terhegeh sangat nak kat kau? Memang tak la! Abangnya, hantar Si Khairul ni balik sekalilah, senang sikit. Kesian dia nak tunggu teksi pulak nanti. Mama Faz yang agak baik dengan aku itu bersuara, seakan-akan memahami yang aku sedang kekurangan kupang dan ringgit di dalam dompet. Emmm... ye la. Jom cepat, esok kena bangun awal lagi. Malam tu abang kena berangkat ke Birmigham pulak, kalau awak lupa, kata papa Faz yang aku sendiri tak pasti sama ada dia mempunyai gelaran Datuk ataupun tidak. Tapi, gaya dia memang macam seorang Datuk yang sangat kaya. Kereta aje dah meremang bulu ketiak aku tengok. Rumah tak tentu la meremang bulu apa kalau aku tengok. Agaknya gugur terus bulu ketiak aku! Kami sampai di kolej dengan menaiki kereta Mercedes Benz Kompressor itu (pertama kali aku naik). Aku turun selepas menyalami papa Faz yang bakal menjadi bapa mentua aku esok! Ya Rabbi, aku rasa kalau tulang ayam tersekat kat kerongkong pun, taklah seperit rasanya aku nak menyatakan yang aku akan berkahwin esok pagi! Tak pernah terfikir dek aku untuk berkahwin secepat ni dengan seorang

133

Hero Aku Tomboy

budak tomboy dan dipaksa kahwin pulak tu! Hish, berat, berat.... Esok pak cik minta driver datang ambil. Make sure pukul sembilan pagi dah terpacak dekat rumah pak cik. Maklumkan pada famili kamu sekali, boleh? pesan papa Faz yang masih kacak itu. Dia turun bersama untuk memesan beberapa benda penting kepadaku, agaknya la. Aku angguk dan ketap bibir. Apa reaksi keluargaku nanti? Terimakah, atau menolak? Tapi, nak menolak pun dah terlambat. Aku dah berjanji dengan tanpa relanya tadi. Kau terpaksa, aku dipaksa. Isy... dugaan apa ni? Aku rela berdepan dengan hantu-hantu sekalian daripada berdepan dengan perkara semacam ni! Oh, sebelum terlupa. Baju Melayu ada tak? Warna putih atau krim pun okey, soal papa Faz lagi. Eh, rasanya aku dah kena mula membiasakan lidah aku dengan panggilan papa kepadanya. Papa? He he! Kenapa rasa kelat semacam aje lidah aku ni? Rasa tergulung pun ya jugak. Segala kepenatan aku awal-awal tadi hilang disapu habis dek pak cik Majlis Agama tu yang akhirnya membawa aku ke kancah tuah ataupun malang, hanya Allah yang tahu. Errr tak ada pulak baju Melayu warna putih atau krim. Hijau dengan kelabu asap aje yang saya ada sekarang, pak cik, jawabku sambil menggaru belakang kepala dan membuat muka tak bersalah sambil memandang ke bawah. Aku pun tak tahu macam mana nak bereaksi lagi. Terasa canggung benar dan terasing berdepan dengan situasi begini. Okey, tak apa. Esok pak cik mintak Pak Rahman ambil kamu awal sikit. Kamu pergi butik dengan dia cari baju yang padan dengan kamu. Pak cik akan telefon butik tu minta dia buka awal sikit esok, rancang papa Faz dengan teliti.

134

Arisa Eriza

Tak hairanlah kalau dia boleh jadi orang kaya. Bab rancang-merancang benda, dia memang peka dan expert walaupun bab kahwin ni orang lain ambil masa merancang paling kurang sebulan, ini suku malam pun tak sampai! Eh, aku terperli bakal bapak mentua pulak. Sorry, pak cik! Pak cik balik dulu. Insya-Allah, pak cik. Assalamualaikum. Laju aku cakap, lagi laju aku melambai selepas papa Faz masuk ke dalam kereta. Segan bila aku rasa macam alien sesat aje berada di situ. Waalaikumussalam warahmatullah.... Aku pandang muka mama Faz dari luar sebelum kereta mewah itu bergerak meninggalkan aku. Dia nampak macam begitu bahagia dan gembira ingin bermenantukan aku esok pagi. Aku jadi tenang dan terharu sekejap. Pandang pulak muka Si Faz yang sedang termenung dan mencuka, hish, muka ni bakal mendatangkan bala atau mendatangkan bahagia? Terus aku menjauhi kereta tersebut dan menarik nafas panjang sambil memaksa diri untuk terus tersenyum sehingga kereta mewah itu hilang daripada pandangan. Lega! Tapi, aku tahu takkan lama lega aku ni! Aku menapak lemah menuju ke bilik selepas aku beristighfar panjang, bagaikan aku menyesali segala takdir Allah. Tapi aku tetap percaya, semua yang berlaku ni ada hikmahnya yang memang aku tak nampak. Berdosa aku menyalahkan takdir Tuhan. Aku cuma hamba-Nya yang kerdil, sikit pun aku tak berhak untuk mempersoalkan semua ni. Dan aku cuma mampu berdoa semoga dengan apa yang terjadi ni, di sana nanti akan ada bunga-bunga pahala yang wangi menunggu untuk aku petik, amin....

135

Hero Aku Tomboy

Bab 9
AMA, tolong la pujuk papa, ma. Faz muda lagi ni, masak pun tak reti. Macam mana nak kahwin, ma, ujar Faz di dapur selepas mereka sampai di rumah. Mamanya, Datin Rosalina sedang meneguk air Life Enzyme untuk kesihatan sepanjang hayat, katanya. Dengar tak dengar mamanya memberi respons. Ma, please, please, please... kita orang ni kena aniaya, ma. Bukan salah kita orang pun, ma, kata Faz lambat-lambat sambil mengusap-usap lengan mamanya, dengan mata blink-blink yang selalu dibuat apabila dia ingin memujuk mamanya itu. Fazzy, mama tak boleh buat apa-apa, sayang. Semuanya papa dah rancang. Nasi dah jadi bubur. Papa dah buat keputusan. Fazzy pun tahu, kan papa macam mana. Kalau nak gali kubur sendiri, Fazzy cakap la lagi sekali dengan papa, mama tak nak campur. Faz mencebik kemudian mengeluh.

136

Arisa Eriza

Mamanya bangun ke singki untuk membasuh bekas airnya tadi dengan muka selamba. Faz yang dipanggil dengan Fazzy itu hanya merenung tanpa bicara, merenung penuh penyesalan dan kesakitan. Huh, kenapa nasib aku begini teruk?! Jeritnya kuat dalam hati. Wajahnya melambangkan ketidaksenangan hati. Lagipun, mama suka Khairul. Orang macam dia satu dalam sejuta, Fazzy, sambung mama Faz seolah-olah bersyukur dengan rancangan takdir. Mungkin ini pertolongan Tuhan yang dihantar untuk mengubah anak perempuannya. Dah lama sangat Faz hidup menyusahkan hatinya dan suami disebabkan perangainya yang tak kenal erti takut atau bahaya. Dah berapa puluh kali jugak dia pergi ke balai polis untuk ikat jamin. Disebabkan suaminya orang berpengaruh aje yang tak menyebabkan Faz dihantar ke sekolah budak rosak akhlak. Apa lagi yang dia tak buat? Boleh kata semua cara dia dah buat untuk mengubah perangai budak tu tapi tak pernah berjaya. Hati dia macam dah betul-betul keras untuk mendengar sebarang pujukan ataupun ugutan. Cuma sekarang ni aje dia dah jarang buat hal. Tapi potensi untuk dia jadi balik macam dulu tetap ada. Paling dia risau anaknya yang berperangai tak ubah seperti lelaki dan malas nak solat dan buat ibadah-ibadah wajib yang lain. Dia bukan muda lagi untuk abaikan semua tu. Dapat buat yang wajib pun dah cukup, kalau dapat buat yang sunat-sunat tu kira bonus selampuk la. Mama suka dia, mama aje la kahwin dengan dia. Buat apa suruh Faz pulak yang kahwin dengan dia? Huh, ujar Faz sambil membaling bantal kecil yang disusun di atas sofa berhampiran sebagai hiasan.

137

Hero Aku Tomboy

Lamunan Datin Rosalina terbang mendengar suara anaknya. Faz baling sebiji bantal, kemudian sebiji lagi sampai penuh bantal-bantal kecil tersebut di atas lantai dengan muka protes tak boleh terima. Sayang, kalau mama kahwin dengan Khairul, papa tu nak poskan ke mana, emmm? Somalia? Sudah, pergi naik tidur. Esok kena bangun awal, nak urus baju dan make-up lagi, ujar mama Faz dengan lembut, sambil menyentuh dagu anaknya dengan senyuman penuh seri. Baby mama dah nak jadi pengantin, tahniah sayang. Semoga berbahagia. Sambung mama Faz dengan mood yang masih ceria kemudian terus berlalu ke tangga. Pengantin?! Faz menggeliat kegelian mendengarkan perkataan mamanya itu. Hesy, geli, geli! Sungguh aku geli mendengar perkataan tu! Kenapa mesti ada perkataan seperti tu kat dunia ni?! Ya Allah, Ya Karim! Itukah dia mamaku yang pernah berjanji memberi cinta untukku sepenuh hati? Lagu Axls bermain di dalam otak. Lirik itu mula berlagu di hati sambil matanya menghantar kelibat mamanya yang sudah pun hilang di sebalik tangga. Kenapa aku kena berjalan masuk ke dalam bilik Khairul tu? Dan kenapa masa aku ke sana, masa tu jugak ada pegawai agama yang nak datang tangkap aku dengan dia? Kenapa? Huh, takdir aku kali ni sangat menyakitkan! Faz mengetap bibir menyalahkan takdir. Aiseh, parah, parah! Muka suci mamat Khairul tu pun asyik menyemak aje dalam kepala aku ni. Apa kes kau, beb?! Kau tolong blah, boleh? Isy, perlu buat solat hajat ke doa bagi si mamat suku tiang tu mati sakit jantung malam ni? Tak pun kena strok sampai meninggal. Isy, kejam sangat.

138

Arisa Eriza

Doa bagi dia jatuh longkang aje la esok masa nak pergi ambik baju nikah. Okey sikit, kan? Tapi, tak baik la pulak doa keburukan untuk orang lain, bakal suami sendiri pulak tu. (Eh, sejak bila aku jadi budak baik ni?) Siap nak solat hajat bagai, solat wajib pun jarang-jarang, weh! Memang alamatnya takkan termakbul la! Tinggal harapan aje la.... Habis tu, nak doa untuk diri sendiri? Ha ha, naknya kau tempang lepas masuk longkang, siapa nak tolong jaga lepas tu? Wooo, sadis beb! Baik la kau mensyukuri nikmat yang Tuhan beri, Faz. Eh, lupa... solat sunat hajat pun tak pernah tau macam mana, berangan pulak nak buat. Faz menggeleng seorang diri sambil kakinya pula berat melangkah menuju ke bilik. Atau, haruskah aku lari dari rumah? Tapi, aku nak ke mana? Belajar pun tak habis lagi, nanti siapa yang nak tanggung aku pulak? Kerja dengan lulusan SPM? Tak laku aku rasa. Dah la makan nak sedap dan banyak sepanjang zaman. Hish... atau adakah aku perlu balik ke dunia yang dulu? Boleh, tapi kenapa aku rasa macam berat hati? Faz menggeleng lagi dan mengeluh selepas tiada jalan keluar yang dapat difikir untuknya dan Khairul. Cuma Allah sahaja yang dapat membantunya esok hari, fikirnya yang kecewa.

KAU kena paksa kahwin, Rul? Dengan budak tadi?! Melepas aku, he he.... Melepas apa kau, aku ni yang nak gila tau tak? Kalau kau nak budak tu, kau aje la gantikan aku esok, cakap

139

Hero Aku Tomboy

pengantin lelaki lari. Aku bercakap dengan nada bosan bila Am seolah-olah mempermainkan aku. Bukan dia tak tahu, betapa merananya kalau kena paksa kahwin. Ini pun mujur la aku tak pernah cari sesiapa untuk aku cinta sebelum ni. Kalau tak, lagi la cukup syarat meroyan sepanjang musim. Gila apa? Kau dapat kahwin free, kan? Okey la tu. Tak ada hal punyalah wa cakap lu! Kalau kau tak nak, kenapa kau tak cakap aje yang kau tak nak? Habis cerita. Kau cakap senang la, Am. Aku ni yang menanggung, tau? Aku tak sampai hati nak tolak. Papa dan mama dia baik walaupun papanya garang. Lepas tu sanggup pulak ikat jamin aku. Lagipun, aku sendiri tak nak bisnes dia lingkup sebab aku dengan anak dia kena tangkap khalwat lepas tu tak kahwin. Berita sensasi macam tu cepat tersebar dan memang boleh jatuhkan populariti dan kepercayaan orang, beb! Aku tak cerita betapa susah payahnya aku dan Faz mempertahankan diri tadi. Kalau Am tau, tak pasal jadi gosip berantai pulak nanti! Habis tu, kenapa kau nak frust menonggeng pulak? Ala, lagipun budak tu comel aje aku tengok. Padan la dengan kau, serasi bersama! Bukan senang nak kahwin orang sponsor macam ni. Aku ni dah lama nak kahwin, tak dapatdapat sebab tak mampu, he he he. Kau anggap aje la kau murah rezeki. Hesy, serabut la aku rasa. Wei, kau tolong la fikirkan jalan keluar. Aku serius ni. Aku menekup muka. Ayat dia tadi tetap aku tak boleh terima. Okey, okey. Aku serius, aku fokus, katanya sambil segera duduk dan menunduk manakala jari telunjuk bersama jari hantunya memegang hujung dahi, lagak profesor cerdik memikirkan idea.

140

Arisa Eriza

Tapi, kau bukannya ada kekasih pun, kan? Kenapa kau nak pening-pening fikir? Lagipun budak tukan anak Datuk, pemilik banyak hotel dekat Malaysia ni! Bukan hotel aje, banyak lagi bisnes lain dia buat. Mana kau tau? Aku angkat kepala, sedikit terkejut sebenarnya dengan kenyataan Am. Tak sangka papa Faz sekaya itu. Harus la aku tau. Datuk Mohammad tukan ada datang sini hari tu, dermakan cek RM20,000.00 untuk kolej kita. Siap suruh tumpu untuk infrastruktur surau lagi. Am menjawab dengan nada lebih pada pertanyaan. Aku baru ingat orang pernah sebut pasal Faz tu, anak Datuk yang agak spoil. Sebab tu tadi aku rasa macam pernah nampak dia. Eh, serius gila, aku tak tahu pun! Mana kau dapat tahu pasal ni, Am? Aku terus menjadi Khairul yang bersemangat untuk mencari gali fakta selepas mendengar ayat yang keluar daripada mulut Am. Tak sangka aku dah terjumpa dan berjodoh dengan orang ternama. Lebih kesian, aku langsung tak tahu apa-apa tentang bakal isteri aku tu padahal orang lain semua dah tahu! Dan kekayaan keluarga dia lebih membuatkan aku jadi berbelah bahagi dan takut. Gosip, nyah, gosip! Tapi, berita tu memang tak dihebohkan sebab Datuk tu tak nak orang tahu dia nak buat amal. Macam kata-kata yang masyhur tu... tangan kanan menghulur, tangan kiri tak tahu. Dan Faz memang glamor dengan kedudukan dia, wajah yang menarik dan gangsterisme. Hu hu, bertuah betul kawan aku ni. Am bercerita dengan serius dan semangat sambil menepuk-nepuk bahu aku. Dan pertama kali aku melayan gosipnya secara serius, sebab tu la dia bertambah semangat. Sebelum ni,

141

Hero Aku Tomboy

selalunya aku buat-buat tak dengar aje dengan apa yang dia sebut bila masuk bab-bab gosip ni. Dah namanya pun gosip, khabar angin yang belum tentu sahihnya. Sebab tu aku malas nak ambil pusing benda-benda macam tu. Tak pasalnya nanti jadi fitnah pulak. Fitnah tukan lebih buruk daripada membunuh. Pesan Allah dalam al-Quran lagi, kerana Dia dah tahu disebabkan fitnah ni kesan dia lebih buruk daripada membunuh. Boleh memecahbelahkan umat, membuatkan orang yang tak bersalah pun nampak macam bersalah, dah jadi kecelaruan emosi pulak. Paling teruk dosa la jadi berlipat-lipat ganda kena tanggung, nauzubillah! Oh.... Lama baru aku menjawab selepas terkedu mendengar apa yang dibicarakan oleh Am dan aku mula berfikir. Tapi, aku serius tak kisah dan aku suka dengan famili dia. Nak-nak lagi mama dia yang nampak sangat baik dan lembut tu. Papanya pun sama, walaupun agak garang aku tengok, mungkin tegas la lebih sesuai dan sangatlah pemurah. Tapi bab nak kahwin dengan anaknya yang mulut laser nauzubillah tu, Ya Allah... tambah pulak dengan rambut cacak siap dada leper, aduhai, menyimpang jauh daripada ciri-ciri isteri impian aku! Aku dah cukup bersedia ke nak mendidik dia? Aku teringat kata-kata dia sound aku malam tadi. Hish, memang confirm la aku yang dia takkan boleh menjadi isteri impian aku selamanya dan kenyataan Am yang dia glamor dengan gangsterisme tu lagi la seriau aku mendengar. Macam mana untuk aku tolak pernikahan ni dan macam mana untuk aku beritahu keluarga aku yang aku bakal berkahwin dengan seorang tomboy yang gengster tahap cipan?

142

Arisa Eriza

Kau kahwin aje la... mana tau dia memang jodoh kau dunia akhirat, sambut Am selepas aku terdiam lama. Aku tak rasa apa yang aku dengar tadi hanya gosip tak laku sebab aku sendiri dah tengok sendiri. Dan aku percaya kalau dia memang seorang gengster sebelum ni dan mungkin jugak masih tetap menjadi gengster buat masa sekarang ni. Lagipun, aku rasa dia comel kut. Aku bukan apa... dia tu yang masalah, wei. Comel tak comel tu belakang kira. Kau tengok aje la macam mana penampilan dia, cara dia cakap. Ish, aku rasa macam nak sedekah penampar aje tau! Aku semakin serabut bila memikirkan segalanya. Ya la, aku bakal berkahwin dengan seorang gengster, okey?! Gengster yang macam mana tu lagi la aku tak sanggup nak dengar. Kau buat la syarat. Sekali dia sakitkan hati kau, sekali kau bagi penampar. Keh keh keh! Am gelak kuat. Tak pun, nak lebih lomantis katanya, kau cium aje dia. Nak hardcore lagi, kau tarik dia masuk bilik, ha ha ha! Gelak Am terus bergema satu kolej. Wei, lucah la, lucah! Kau ni, sejak bila kau jadi lucah ni? Aiseh! Aku tepuk pahanya dengan kuat tanda suruh dia behave sikit. Betul la. Okey, serius la, nyah. Mungkin Allah takdirkan dia dengan kau, untuk kau didik dia jadi wanita solehah gitu. Kita tak tau perancangan Allah, kan? Betul tak? Lagipun, aku percaya, perancangan Tuhan lebih baik daripada perancangan manusia. Am menarik tirai penutup pada perbincangan serius tak serius kami malam itu. Ada betul dan bernasnya juga kata-kata Am itu. Aku terpaksa bersetuju dalam diam.

143

Hero Aku Tomboy

Emmm... betul juga kata kau tu, Am. Lama baru aku mengangguk perlahan sambil nafas aku tarik dan satu keluhan berat aku lemparkan. Aku beransur dari meja studi ke katil selepas aku padamkan lampu dan memasang lampu tidur yang berada di sudut. Lampu tidur yang Am bawa dari rumahnya. Aku terpaksa lelap awal malam ni sebab esok ada acara penting yang bakal mengubah hidup aku. Adakah aku sudah sedia? Faz, kau... kenapa kau? Bukan orang lain? Siapa nak make upkan kau esok? Aku boleh tolong kalau tak ada orang, he he! Am yang sudah lama berbaring di katilnya tiba-tiba menjengukkan kepala, bertanya. Chait, aku ingatkan dia dah tidur! Tapi upah kena lebih la. Kau, kan menantu Datuk... ha ha ha! Am menyambung sambil ketawanya memecah kesunyian malam lagi sekali. Blah la, kau! Bukan ada kenduri pun esok, akad nikah aje! Dah la, tidur! Dah lewat ni. Kau tu bukan boleh tidur lewat, esok kalah beruk malas bangun subuh! bebelku. Aku pula mula menarik selimut, cuba untuk tidur. Eh, beruk bangun subuh la, mak. Kau aje yang tak tau! balas Am tak mahu kalah. Okey la, okey. Beruk bangun subuh, kataku mengalah. Siling kutenung, seolah-olah merenung masa depanku yang masih kelabu. Masih samar untuk aku duga satu per satu. Kita merancang, Allah merancang... tapi perancangan Allah yang Maha Baik. Dan aku masih berfikir dan menimbang sendiri, mampukah dan bersediakah aku untuk menjadi seorang suami yang mampu membimbing keluarga aku ke jalan yang benar? Aku teringat ayat al-Quran yang menyebut, peliharalah

144

Arisa Eriza

dirimu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka. Tugas ni sumpah, amat berat untuk aku tanggung! Malam pun berlalu dengan aku yang langsung tak mampu untuk tidur kerana tak berjaya untuk bertenang apabila memikirkan tanggungjawab yang bakal aku pikul bermula esok.

145

Hero Aku Tomboy

Bab 10
SSALAMUALAIKUM, mak. Khairul ada berita nak beritahu mak, tapi mak jangan marah dan jangan terkejut pulak. Tarik nafas panjangpanjang dulu. Aku menghubungi ibuku selepas acara bersejarah pagi itu selesai. Waalaikumussalam. Berita apa tu, Khairul? Macam saspens aje bunyinya. Ibuku menyambut dengan tenang di talian. Aku menarik nafas panjang. Kredit telefonku sudah aku top upkan tadi. Nanti dah tengah saspens-saspens, terputus pulak. Habis la hilang segala saspensnya. Penat aje mereka ayat penyekat arteri darah untuk ke jantung. Ceh! Khairul dah kahwin, mak. Ya Allah, kahwin? Biaq betoi ni, nak oi?! Ayahnya, Khairul dah kahwin! Khairul dah kahwin! Kedengaran gamatnya satu rumah dengan jeritan ibuku itu. Aku dah jauhkan telefon awal-awal dari telinga supaya tak terkena sindrom telinga pekak sebelah untuk

146

Arisa Eriza

seminggu. Kedengaran bunyi telefon bimbit itu beralih tangan seiring dengan mulutnya membebel tidak ketahuan hujung pangkalnya. Ya Allah! Ha, ha, helo... Khairul. Apa cerita sebenarnya ni? Macam mana boleh kahwin tiba-tiba? Main terjah macam tu aje pulak tu? Tak tanya kami pun? Ayahku pula bertanya bertubi-tubi soalan dan suaranya kedengaran kesal di hujung talian selepas telefon itu beralih ke tangannya. Khairul minta maaf, yah. Khairul tak nak susahkan hati mak dan ayah, sebab tu Khairul diam sampai sekarang baru Khairul berani nak beritahu ayah. Aku bersuara perlahan, mengharap semoga ayahku itu memahami. Ayah aku ni kalau tak kena gaya memang haru-biru bertambah ungu warna dunia. Bila kamu kahwin? Kahwin dekat mana? Jangan kata kahwin lari dekat Siam sana pulak. Suaranya cuba ditenangkan. Ya, aku tahu dia terkejut. Aku sendiri pun terkejut tak habis lagi dengan apa yang jadi ni, takkan la famili aku boleh bertenang tiba-tiba, kan? Isy, ayah ni. Tak ada la sampai macam tu sekali. Habis tu, macam mana tiba-tiba aje boleh bernikah? Tak ada kisah, tak ada berita, tup-tup aje telefon beritahu dah kahwin. Kamu mengandungkan anak dara orang ke, Khairul?! Astaghfirullah... ayah ni. Ada ke situ pulak perginya. Baru aje tadi Khairul akad nikah. Khairul takut nak beritahu ayah dengan mak. Aku mula menceritakan semua kejadian yang berlaku kepada ayah bagi meleraikan kekalutan yang ada. Nanti makin lama, makin banyak pula telahan yang bukan-bukan keluar.

147

Hero Aku Tomboy

Okeylah kalau macam tu. Hujung minggu ni bawak la menantu ayah tu balik rumah. Ayahku berkata tenang, mungkin dah boleh menerima walaupun masih terkejut. Isy, mudanya aku dah ada menantu, sambungnya lagi. Aku dapat mengagak daripada cara dia bercakap yang dia sedang tersenyum simpul di sebelah sana. Anak paling kecil pun baru nak masuk darjah dua, esok lusa dapat cucu pulak! Alhamdulillah! ujarnya kemudian. Insya-Allah, ayah. Khairul letak dulu, kirim salam kat semua. Assalamualaikum. Aku mematikan talian telefon. Makan masa jugak la, dan harusnya memakan duit kredit aku. Tapi tak apa, berdepan dalam telefon lebih ajaib daripada berdepan mata dengan mata. Dalam talian telefon ni, kurang-kurang aku tak nampak kalau-kalau ayah dah pegang penyapu nak kejar aku. Dan alhamdulillah, mereka semua masih di kampung, he he. Dan oleh kerana tak ada kenduri, aku dengan gaya memaksa cara lembut meminta famili aku supaya duduk di kampung lama sikit, luangkan masa dengan orang tua-tua di sana. Apa salahnya, kan? Lagipun dah alangalang balik dan alang-alang cuti sekolah. Hu hu... bertuah, kan diorang dapat anak macam aku ni, sangat memahami. Padahal.... Weh, mangkuk retak menanti belah! Jom makan dulu sebelum kau balik. Kedengaran suara kasar seseorang memanggilku dari belakang. Faz muncul dengan seluar jean putih dan

148

Arisa Eriza

T-shirt lengan pendek berkolar biru gelap. Aku tengok semua tetamu dan saudara terdekat dah pun pulang selepas jamuan ala kadar tadi. Lagipun, tengah hari nanti nak solat Jumaat pulak. Hari orang kerja, jadinya tak berapa ramai tetamu yang datang, tambah pula sangat terburu-buru. Lagi la semakin kurang tetamu yang hadir. Faz mengangkat keningnya merenung aku sebelum angkat kaki ingin berlalu ke dalam. Tadi elok aje aku tengok dia pakai baju kurung dengan tudung. Walaupun dia cuma bersolek nipis namun, masa tu aku tetap rasa macam akulah lelaki paling bertuah di dunia ni dapat mengahwini seorang jelitawan seperti Faz. Tapi sekarang, errr... entah! No comment bak kata artis. Oh, okey. Aku menyambut dan berjalan laju mengikutinya dari belakang. Fazzy, panggil la Khairul elok-elok sikit. Siapa ajar panggil orang macam tu? Mama menegur Faz. Mungkin dia terdengar cara Faz memanggil aku tadi. Tapi suara dan cara mama memang tak payah harap la Faz nak mendengar dan mengambil iktibar. Kirim salam aje la. Kalau aku yang tegur, agaknya dia kirim salam tampar dah kut. TV kut, ma. Faz pun lupa siapa yang ajar, yang penting bukan mama dan papa la. Aku mendengar lantang suara isteri aku itu menjawab. Penuh dengan loyar buruk dan kereknya bukan main. Aku menggeleng perlahan. Apa yang aku tau la, jenis gengster memang kebanyakannya macam ni. Tapi, ini gengster pakej mahal. Semua ciri dia ada. Cara dia aje dah nampak gengster bukan main dan kalau dah nama gengster tu harus la pandai seni Kungfu Panda. Tak pun silat batang

149

Hero Aku Tomboy

pinang, kan? Harapnya dia takkan buat preview Kungfu Panda dia tu kat aku. Aku tak sanggup nak menghadapinya, weh! Aku jeling-jeling bahunya yang kelihatan tegap di sebalik baju yang dipakai. Pergh, kalah aku! Aku masih tertanya-tanya kenapa Faz boleh jadi gengster? Kalau gengster universiti atau sekolah, boleh la aku terima lagi. Ini, gengster KL! KL, okey! Aku teringat apa yang Am sebut bila aku tanya kenapa, dia kata dia pun tak tau tentang fakta kenapa Faz jadi gengster. Tak sampai lagi gosip tu pada dia, dan dia suruh aku tanya sendiri nanti. Aduh, tengok la macam mana keadaan. Am dah balik bersama tetamu-tetamu yang hadir. Dia sibuk dengan kerja katanya. Kebetulan dia ada kelas petang pukul tiga nanti. Kau nak makan apa? Kau bubuh sendiri aje la. Aku dah lapar ni, tak sempat nak serve kau, kata Faz endah tak endah sambil tangannya laju menyuap nasi ke dalam mulut yang berlaukkan sambal udang petai, ketam masak lemak cili api dan ulam-ulaman bersama sambal belacan. Matanya pula tertumpu pada televisyen yang terpasang di depan. Duduk, Khairul. Jangan la segan-segan. Kalau segan, laparlah, kata mak mertua aku itu lembut. Hati aku yang masih tak boleh terima dengan kejantanan isteri aku tu mula cair dengan layanan baik daripada mak mertua. Hairan betul, mana Si Faz ni dapat perangai kasar kalah datuk aku ni pun aku tak tau la. Hish! Aku mengeluh sendiri. Tapi malangnya, dia dah pun jadi isteri aku. Aku nak menyesal pun dah tak guna. Sekarang ni aku kena belajar terima dia seadanya, sebab aku tahu gengster mana pun, jahat mana pun, kebaikan dan kelebihannya tetap akan ada di

150

Arisa Eriza

mana-mana. Tercicir tak sempat kutip di sebalik kelemahan yang tersedia. Khairul tak ada kuliah hari ni? Lamunanku terhenti mendengar pertanyaan mama. He he, mama okey, bukan mak cik lagi. Emmm... hari ni memang tak ada kuliah, ma... ma. Aku menjawab sambil membetulkan duduk. Huh, segan pulak tiba-tiba. Aku tergaru-garu pipi sendiri. Ek eleh, kau ni nak blushing-blushing pulak panggil mak aku mama, apa kes? Tak biasa lagi kut. Aku beriak positif walaupun geram dengan mulut Si Faz ni. Tak habis lagi tu dengan mulut bertih jagungnya. Aku pergi borong bertih jagung dekat pasar malam sumbat dalam mulut kau nanti, nak?! Aduh, dah kata gengster, weh! Sabar, sabar.... Apa bertih-bertih jagung? Kau ingat aku tak tau kau duk mengata aku? soal Faz sambil menjeling aku. Aku tengok pinggannya dah habis licin, tak ada sebiji pun nasi yang tertinggal. Manakala aku baru nak menyenduk nasi ke pinggan. Gila baik punya laju dia makan! Ini bela hantu raya punya fesyen ke ni? Siap boleh tahu aku kata apa, ini memang masalah. Eh, bertih jagung apa? Makan, mama. Aku mempelawa mama makan sebagai mengcover keseganan aku dek terkantoi dengan Faz. Bertambah-tambah segan aku yang memang dah segan pun tadi. Aha ha. Tapi tipu la, kan isteri aku ni bela hantu raya pulak. Dia sengaja nak kenakan aku la tu. Dan elok pulak dia tembak, memang betul tekaan dia nak mengenakan aku balik. Aku diam. Mengecilkan diri di situ.

151

Hero Aku Tomboy

Makan, Khairul. Sedap tak udang tu? Fresh lagi, kan? tanya mama dengan mesra. Mama, tak payah baik sangat dengan dia ni. Konon boleh nampak hantu, entah-entah dia yang bela hantu. Tu pasal la boleh nampak hantu semua tu, ma. Tak sempat aku balas, Faz menuduh aku dengan lantang dan sangat tiba-tiba. Ya, sangat tiba-tiba. Dia ingat aku mintak ke nak nampak benda bukan-bukan ni? Mintak simpang ada la! Huh, mulut dia ni kena sampuk dengan jembalang mana aku pun tak berani nak kata! Hish! Fazzy, tak baik la cakap macam tu. Khairul ni dah jadi suami Fazzy. Fazzy kena hormat dia, tau tak? Mama menegur. Dengan cara yang sama macam tadi. Apa benda kau tenung? Nampak hantu? Dia tegur aku, terus jadi tak lalu makan disebabkan dia. Nasib baik aku senduk semua serba sedikit. Diet di hari akad nikah sebab tak berapa nak lalu untuk makan. Orang yang terkejut dan terkena culture shock macam aku ni memang akan jadi macam ni untuk beberapa hari. Haah, dekat aje dengan awak tu. Aku balas. Test sikit mamat gengster ni. Gengster tahap mana, kan? Hah? Mana, mana? Mama, hantu, ma. Tak nak, Faz takut! Ha ha ha! Aku gelak dalam hati. Badan dah serius tough, muka dah memang smart, sekali sebut hantu terus lari peluk mama. Harusnya kau peluk aku la, Faz. Ceh, tak harus la aku nak menggatal dengan dia! Silap hari bulan, meninggal aku kena lempar keluar tingkap. Ahaks. Naya! Betul ke, Khairul? Besar ke hantunya? Mak mentua aku bertanya sambil memandang ke arahku.

152

Arisa Eriza

Ye, ma. Besar jugak, telinga pulak capang sikit. Aku mengiakan. Tinggi ni. Aku mengangkat tanganku tinggi bak mengukur angin untuk membayangkan tingginya si hantu tersebut. Mata Faz membulat. Mama berkerut sikit, rasa terancam jugak tapi dia cuba berlagak tenang. Mungkin dia fikir, tak nampak dan tak mengacau tak apa, boleh tahan lagi. Jangan nampak, sudah. Weh, mana, mana? Dia ikut aku tak? Mana, beritahu la aku cepat! Faz datang dekat menepuk-nepuk lenganku dengan semangat sambil memandang ke kiri dan kanannya. Riak muka dah seram gila. He he, ni hah. Depan ni aje. Aku menjawab endah tak endah. Saja nak bagi dia kelam-kabut macam tu, nampak comel la sikit daripada muka dia yang selalunya beriak tak ada perasaan dan perasan maco tu. Mana? Beritahu betul-betul koordinat dia, weh! Aku nak hembus ni! Kedengaran suaranya membaca surah al-Ikhlas dengan laju sambil menutup mata. Aku tahan ketawa menengok mukanya. Nampak benar dia percaya dengan kata-kata aku tadi. Isy, isy, tak sangka hari pertama nikah dah kena buli dengan suami sendiri. Tu la... siapa suruh mulut tu tak reti nak duk diam? Kan dah kena. Muka tak ada perasaan dan perasan maco tu okey la, aku boleh terima lagi. Tapi ayat-ayat yang keluar daripada mulut dia memang tak boleh blah! Sembang baik tak apa, ini sembang nak cari pasal, apa cerita, kan? Sini kita sembang

153

Hero Aku Tomboy

drama terbaik! Dan aku dah dapat tahu kelemahannya di sebalik aura kegengsteran dan kemacoan yang selalu ditunjukkannya sebelum ni. Nak hembus apa bendanya? Awak tu la hantunya! Mama tergelak kuat mendengar jawapanku. Dia gelak sampai merah pipi. Aku pun tak tunggu lama terus ketawa mengalahkan tuan rumah. Maklum la dari tadi aku tahan, ha ha ha. Ingat seronok ke tahan gelak ni? Seksa jugak tapi sebab ada niat yang tak berapa nak jahat ni terpaksalah aku berlakon jugak! Hesy, kau ni! Bazir masa aku aje la! Faz mengangkat tangannya nak ketuk kepala aku. Tak pun nak sekeh macam yang budak kolej aku kena hari tu. Tapi segera diturunkan kembali selepas ditegur oleh mama. Aku doa kau tercekik kejap lagi, ucapnya dengan selamba sambil terus berlalu untuk naik ke atas. Amboi, macam tu aje? Ingat dia nak terkam aku la tadi. Mana tau kut nak buat cakar harimau ke, kan? Ha ha ha, angan-angan tinggi betul. Mujur sangat tak kena, aku tersangat bersyukur. Alhamdulillah! Kalau tak, insya-Allah ada planet warna biru besar telur ayam gred A kat kepala aku nanti! Apa yang gamat sangat ni, sayang, Khairul? Papa Faz tiba-tiba muncul dari luar. Mungkin baru habis bersembang dengan rakan-rakannya yang hadir sebentar tadi. Papa ada sebut yang kenduri besar-besaran akan diadakan selepas kami berdua tamat universiti, insya-Allah. Sempat ke nak tahan ikatan ni sampai aku habis studi, aku sendiri pun ragu-ragu. Si Fazzy tu ha, degil sangat abangnya. Sama la macam abang.

154

Arisa Eriza

Amboi, sedapnya perli abang ya? jawab papa sambil mencubit manja pipi si isteri. Aku yang terpandang ni pulak yang jadi tersipusipu malu. He he, jarang la aku tengok aksi-aksi manja dan romantik ni depan mata. Heh, kalah anak dara pulak pemalunya aku ni! Ye la, mak dengan ayah tak ada beraksi macam ni depan aku. Mana aku tak segan, live depan mata. Abang ni, malu la. Ada Si Khairul ni, ha, balas mama sambil tersenyum simpul. Ye, sayang, abang tau. Chu.... Alahai, tiba-tiba boleh pulak papa cium pipi mama depan aku. Aku rasa gamaknya doa Faz tadi dah termakbul! Aku rasa tercekik dan segera tersedak kuat. Kamu okey tak, Khairul? soal papa sambil terus mengurut-urut belakangku. Aku segera menghirup jus oren di sebelahku dengan gaya tak menyempatnya sampai naik pening kepala, sikit lagi nak juling mata. Lepas lega sikit aku rasa, aku terus mengangguk. Papa tersenyum kembali, penuh mesra. Okey, papa. Terkejut sikit aje. Aku menyambut sambil ketawa perlahan. Itu la abangnya, bukan nak segan depan anak menantu sendiri. Eee... apa la, tegur mama dengan manja. Ala, dia dah kahwin. Nanti dia faham la. Kan Khairul? He he he, akan fahamkah aku? Errr... akan faham la kut. Ha ha ha! Ye la kan.... Aku berlakon gelak dengan kuatnya kerana mahu menghilangkan rasa segan mendengar

155

Hero Aku Tomboy

ucapan bapa mertuaku itu di samping menunjukkan penghormatan aku kepadanya. Akhirnya, aku jadi lagi segan daripada awal tadi. Kemudian belakang kepala aku usap perlahan menggunakan tangan kiri, pipi aku boleh pulak nak terasa panas tiba-tiba. Agaknya mesti dah merah. Ceh, perasan putih melepak la pulak aku ni. Kau tu coklat muda. Jangan nak perasan lebih, marah aku dalam hati. Ini, papa nak ke luar negara dah malam nanti. Papa tinggalkan Si Faz tu dengan kamu, ya. Dia dah jadi tanggungjawab kamu. Jaga la dia baik-baik. Papa percaya kamu boleh jaga dia. Sekali pesan dah macam nak tinggal wasiat pulak. Papa tepuk-tepuk bahu aku. Errr... insya-Allah, papa. Aku teruskan makan yang terasa macam sebulan lamanya makan tak habis-habis. Padahal aku rasa ciput aje makan tengah hari aku hari ni. Oh, ya. Papa nak minta nombor telefon ayah kamu, Khairul. Nak say hi pada besan kita ni, sayang, kata papa dengan riang sambil melabuhkan punggung ke atas kerusi berhampiran mama. Mama juga tersenyum gembira mendengar katakata suami tercinta. Wah, bahagia dan cerianya papa dengan mama. Baik, papa. Nanti saya hantarkan bussines card pada papa. Aku balas sambil tersenyum. Cepat makan. Nanti dah nak zuhur ni, terlepas khutbah Jumaat. Sia-sia aje solat Jumaat kamu nanti. Papa menegurku selepas dilihat aku masih mengira nasi di pinggan! Aku gugup dan terus mengangguk laju. Tiba-

156

Arisa Eriza

tiba boleh pulak terlupa yang hari ni hari Jumaat! Penghulu segala hari dan hari yang mulia. Moga-moga direstui pernikahan aku dengan Faz. Amin....

MAMA, saya nak balik kolej dah sekejap lagi, beritahuku kepada mama selepas aku pulang daripada solat Jumaat bersama bapa mertuaku. He he he! Lawak pulak aku mudamuda ni dah ada bapa mertua. Kau ada? Eh, kenapa awal sangat? Balik la lewat sikit. Nak tidur sini pun tak ada masalah, Khairul. Mama membalas lembut. Matanya yang tadi tertumpu pada kaca televisyen home theatre di hadapannya itu beralih memandang aku sambil tersenyum. Papa dah berlalu ke atas untuk mengemas apa-apa yang patut. Mama kata papa suka kemas baju sendiri, tak suka susahkan mama. Wah, gentleman sangat aku rasa. Tapi, kalau sekali-sekala isteri kemaskan... sweet jugak, he he! Tak apalah, mama. Saya ada kerja banyak yang nak kena siapkan ni. Insya-Allah, ada masa terluang, saya singgah sini lagi nanti ya, mama. Emmm... yalah kalau dah macam tu. Nak buat macam mana, kan? Cuba tanya Fazzy, mana tau dia nak ikut Khairul balik sekali ke. Mama menyambung. Dia... emmm.... Aku terasa blur tiba-tiba bila dengar kata-kata mama. Bilik dia di atas, dekat pintu ada dia letak signboard Faz The One And Only. Mama memahami yang aku blur dan cepat aje dia memberitahu. Tapi aku blur sebab aku tahu yang mesti Faz takkan

157

Hero Aku Tomboy

nak balik dengan aku. Aku berani bet la, confirm seratus lima puluh tiga peratus, beb! Penat aje aku bazirkan tenaga, masa dan peluh aku pergi tanya dia. Tak percaya tengok la nanti! Tapi tak apa la. Nak jaga hati mama, aku pun bergerak ke tangga. Tangga yang dibaluti tiles persis kaca itu aku pijak. Tingkap ataupun pintu (aku pun dah tak kenal) yang amat besar dan tinggi elok terletak di sebelah tepi tangga, berhias dengan curtain baldu biru gelap, diikat bagi menampakkan dekorasi landskap yang amat indah di luar. Aku terpesona lagi. Pagi tadi dah terpesona jugak. Mahu taknya... rumah yang amat luas, cantik dan dihiasi dengan barangan yang mahal dan unik, ditambah pula dengan rekaan rumah yang diperbuat daripada kayu bermutu tinggi ala-ala di Bali. Wah, aku sangat terpegun dan terkejut! Kalau nak dibanding dengan rumah aku, rumah pangsa mak ayah aku tu sekecil kuman aje aku rasa. Aku terasa rendah diri di situ sebelum kakiku melangkah ke dalam pagi tadi. Namun, melihat kebaikan dan kemesraan yang diberikan oleh ahli rumah ni (kecuali isteri aku itu, ehem!), aku mula mencari titik baru untukku menyesuaikan diri di sini. Sampai di tingkat atas, aku terasa angin sepoi-sepoi berhembus perlahan menyapu muka. Bunyi burung berkicau kadangkala menyapa halwa telinga, sangat merdu dan tenang. Aku terpandang suatu ruang yang dipisahkan dengan pintu gelangsar yang dibuka, yang mana di situ ada suatu ruang untuk bersantai. Aku segera menapak ke situ. Aku teruja! Sangat-sangatlah teruja sampai kalah rusa masuk kampung tahap terujanya.

158

Arisa Eriza

Kakiku laju berjalan memijak permaidani lembut untuk duduk di atas kerusi kayu cengal di situ sambil menghirup udara yang segar. Ruang yang terbuka itu sangat mengasyikkan. Aku duduk sebentar sambil tersenyumsenyum. Orang yang sederhana nak ke tingkat miskin macam aku ni mana la pernah datang dan duduk bersantai-santai kat tempat yang macam ni. Sungguh, aku rasa damai! Terlupa sebentar pada kerja kursus yang berlambak di kolej. Lima ke sepuluh minit aku duduk di situ, segera aku teringat motifku naik ke tingkat atas. Aku cepat-cepat mencari bilik Faz The One And Only katanya itu. Aku tersengih sendiri di depan pintu membaca tulisan the one and only itu. Bajet bagus betul budak ni! Ha ha ha! Aku mengutuk tanpa sedar. Kemudian aku ketuk pintu biliknya yang kedengaran kuat dengan bunyi kartun bercakap dari dalam bersama-sama bunyi latar yang agak membingitkan telinga. Aku ketuk sampai naik lenguh tangan tapi batang hidung dia pun aku tak nampak lagi. Terpaksalah aku mencadangkan kepada mama supaya meletakkan loceng pintu macam di hotel tu untuk bilik Si Faz ni. Wei, apehal kau? Tiba-tiba duk terketuk-ketuk depan pintu bilik aku ni? Lega aku rasa bila terdengar suara Faz. Kau tau tak, merah tangan aku nak ke biru tua dah ni duk mengetuk pintu bilik kau. Aku tarik nafas memandang kepada Faz yang sedang memegang PSP di tangannya. Kalau bukan sebab mama, tak adanya aku nak naik dan aku ketuk pintu tiga kali aje. Kalau dia tak bukak, kira habis la... kan? Sebab sabda Nabi S.A.W:

159

Hero Aku Tomboy

Jika seorang daripada kamu meminta izin sebanyak tiga kali dan tidak diizinkan, maka hendaklah dia pulang. (Riwayat Abu Daud). Kan? Tapi rasanya aku dah ketuk lebih tiga puluh tiga kali. Elok pulak tu ini bukan rumah orang lain, rumah isteri aku. Jadinya, macam mana? Terpaksa la ketuk sampai dia bukak pintu. Dan aku rasa nak sujud syukur kat sini lepas dia bukak pintu yang berkeramat gila ni! Kau cakap cepat sikit boleh tak? Aku busy ni, kau tak nampak ke? soal Faz lagi dengan suaranya yang dikuatkan bagi melawan kuatnya suara di saluran Cartoon Network yang terpasang di TV plasmanya itu. Busy buat apa? Main game? Yang tiba-tiba aku jadi busybody ni kenapa, aku pun tak tau! Ah, kau tak payah sibuk! Cepat la cakap. Kalau tak, aku tutup pintu ni biar terkepit jari kau. Baru padan muka! Bapak kejam ayat! Aku segera menarik tanganku yang aku parking elok pada pintu biliknya itu. Mencegah lebih baik daripada mengubati! Pucat sekejap dengar ayat ugutan dia tu. Saya nak tanya, emmm... mak... eh, mama yang suruh tanya. Awak nak ikut saya balik tak? Balik mana? Pluto? Balik kolej la. Saya ni ada rupa alien Pluto ke? Nampak sangat tipunya. Aku balas. Tipu tak tipu, tapi kau ni memang ada rupa spesies alien Pluto. Awak pernah jumpa ke alien tu? Pernah. Ni depan aku ni la alien Pluto... untuk pengetahuan kau.

160

Arisa Eriza

Oh ya ke? Alien Pluto warna coklat rupanya... baru saya tahu hari ni. Bagus la, dah bertambah sikit pengetahuan am kau pasal alien Pluto, kan? Oh, kau ajak aku balik dengan kau, kan? Naik motor kau yang kau guna untuk langgar aku hari tu? Cakap dekat mama, aku tak nak balik dengan kau. Sekian harap maklum, terima kasih. Jaga diri, alien Pluto! Dummm! Sekali dia tutup pintu daaa.... Sikit aje lagi nak kena hidung aku. Mujur juga aku dah tarik tangan aku awal-awal, kalau tak... insya-Allah, hilang kuku jari aku dengan cara dia tutup pintu tadi. Bukan kuku aje aku rasa, entah-entah lima-lima jari aku ni hilang bersama, mak aih! Isy, macam ni kau layan suami kau, Faz? Isy, isy. Kejam, kejam. Dah la sedap mengecap aku sebagai alien Pluto yang entah bertamadun ke tidak tu! Hai, anak siapa la budak nikan? Aku membebel sendiri sambil melangkah perlahan menuruni tangga. Memikirkan nasib yang menimpa diri. Oh, tak payah la nak emosional sangat. Kalau aku yang wanitanya tak apa la nak emosional bagai. Ini... aku yang lelakinya. Malu la nak emosional tak tentu hala. Aku sengih kepada mama dan menyalaminya dan papa sebelum pulang ke kolej.

FAZ, kau tengok la tu. Suami kau la, Khairul Ezzairy. Alahai... hensemnya dia! Bersinar-sinar mata Wawa. Wei, kau gila ke? Suami orang pun kau sibuk nak usyar-usyar. Faz malas nak layan Wawa. Waaa... kau cemburu ke aku usyar-usyar dia? Pertama kali ni aku dengar. Selalu kau kutuk dia.

161

Hero Aku Tomboy

Wawaku sayang, tak ada maknanya aku nak cemburu buta. Suami aku tak apa lagi kau nak usyar, jangan suami orang lain sudah. Tapi perlu ke dia sama kelas dengan kita? Menyemak lagi depan mata aku. Macam dah tak ada tempat lain dia nak pergi, kan? bebel Faz sambil menjeling jam di tangan. Lima minit lagi kuliah keusahawanan akan bermula. Malang betul satu fakulti dengan dia, nasib baik tak sama kursus. Bisiknya mencebik. Ruang dewan itu dirasakan sempit dan panas dengan kehadiran lelaki itu.

162

No. ISBN:- 978-967-0448-32-9 Jumlah muka surat:- 672 Harga Runcit:- S/M: RM24, S/S: RM27 Harga Ahli:- S/M: RM20, S/S: RM23 Sinopsis:Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa-biasa saja itu telah berubah setelah bertembung dengan Faz. Kejadian yang tidak dijangka telah membawa mereka ke alam perkahwinan tanpa rela. Faz yang terkenal dengan gangsterisme dan ego, ada rupa dan kaya memang sangat membenci statusnya yang telah berkahwin apatah lagi dengan si nerd Khairul Ezzairy. Perhubungan Khairul yang baik dengan keluarga Faz akhirnya berjaya

membuatkan Faz menerima Khairul walaupun bukan sebagai seorang suami, tetapi sebagai seorang kawan sehingga suatu insiden berlaku semasa 'bulan madu' pertama mereka. Semenjak itu, Khairul yang sudah awal-awal lagi jatuh hati dengan Faz walaupun dengan perwatakan Faz yang tomboy itu semakin menyayangi Faz. Faz pula tetap dengan pendiriannya menepis perasaan yang tidak disedari tumbuh itu kerana kebenciannya kepada lelaki 'cinta pertama'nya dahulu. Kepulangan cinta pertamanya untuk menagih kembali kasihnya membuatkan dia semakin stres dan akhirnya mengakui dalam diam yang dia mencintai Khairul tambahan pula apabila mereka hidup sebumbung. Kehadiran orang baru pula tanpa disedari membuatkan hubungan mereka semakin goyah. Ada yang sayang pada Khairul, ada yang cinta pada Faz. Hubungan mereka bertambah parah selepas perwatakan tomboy Faz yang sering dilindungi daripada keluarga Khairul terbongkar. Masalah demi masalah muncul dan adakah jodoh mereka masih panjang? Berjayakah Khairul menyelamatkan rumah tangga mereka? Ataupun memang mereka tidak ditakdirkan untuk bersama hingga ke syurga? Apa kau pandang, kau ingat kau dah cukup comel? Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan HERO AKU TOMBOY di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami.

Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 31-1, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 5337 Faks:- 03-4149 1196

You might also like