You are on page 1of 30

SEMINAR UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN 2013

TAJUK:

PENDERMAAN ORGAN DAN ANGGOTA BADAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM

NAMA

: FIRDAUS BIN MAHAMAD : ZULFAQIH BIN LAZIM

(MM123014) (MM123018)

: SURHAN JAMIL BIN HARON (MM111161) UNIVERSITI : UNVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 81310 UTM JOHOR BAHRU JOHOR DARUL TA'ZIM MALAYSIA FAKULTI PENSYARAH : FACULTY OF MECHANICAL ENGINEERING : PROF. MADYA DR. HUSSIN BIN SALAMON

16th May 2013

ii

KANDUNGAN

BAB MUKA DEPAN KANDUNGAN ABSTRAK 1 2 PENGENALAN

TAJUK

MUKA SURAT i ii iv 1 4

KEMUNGKINAN MEMINDAHKAN DAN MENGGUGURKAN HAK ALLAH DAN HAK MANUSIA

3 4

HUKUM PENDONORAN ANGGOTA BADAN SECARA UMUM SYARAT-SYARAT PEMINDAHAN ORGAN 4.1 4.2 Syarat-Syarat Bolehnya Mendonorkan Anggota Badan Manusia Syarat-Syarat Pemindahan Organ Bagi Orang Yang Masih Hidup Ke Atas Pesakit. 4.2.1 Pendermaan organ mesti mendapat keizinan daripada penderma dan penerima. 4.2.2 Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma dan penerima. 4.2.3 4.3 Tiada unsur penjualan dan pembelian organ.

7 9 9 13

13

13

14 14

Syarat-Syarat Pemindahan Organ Bagi Orang Yang Telah Meninggal Ke Atas Pesakit.

4.4

Syarat-Syarat Menurut Aspek Perubatan.

16

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

iii

PANDANGAN SYARAK TERHADAP PEMINDAHAN DAN PENDERMAAN ORGAN MANUSIA 5.1 Pemindahan Organ Manusia Yang Masih Hidup Kepada Pesakit Yang Memerlukan. 5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.2 Pendapat Ulama Silam Pendapat Ulama Muktabar Pada Masa Kini Kesimpulan Bagi Perdapat Yang Terbaik

18

18

18 20 21 22

Pandangan Syarak Terhadap Pendermaan Dan Pemindahan Organ Kadeverik Kepada Pesakit Yang Masih Hidup. 5.2.1 5.2.2 5.2.3 5.2.4 Fatwa Kebangsaan Majma Al-Fiqh Al-Islami Fatwa Dr Yusuf Al-Qaradhawi Kesimpulan

22 23 23 24 25 26

PENUTUP RUJUKAN

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

iv

ABSTRAK

Masalah pesakit buah pinggang dan organ lain adalah satu masalah yang serius, kerana ia melibatkan isu menyelamatkan nyawa manusia. Oleh itu, isu pemindahan organ telah menjadi isu yang dibincangkan oleh para fuqaha Islam dengan terperincinya. Di Malaysia, terdapat pelbagai usaha yang dikendalikan pihak yang bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat, dan meningkatkan keprihatinan mereka akan gentingnya sumbangan organ kepada pesakit-pesakit yang mengalami organ yang gagal berfungsi. Penerimaan organ baru merupakan jalan keluar bagi pesakit-pesakit sedemikian buat masakini. Namun demikian, masalah dan kesukaran yang dihadapi pesakit-pesakit tersebut masih berterusan. Jumlah umat Islam Malaysia yang mengikrarkan organ mereka amat rendah. Ini mengurangkan peluang bagi para pesakit untuk menerima organ baru untuk tujuan merawat penyakit mereka. Di antara sebab utama yang menghalang orang Islam daripada menjadi pengikrar adalah keraguan dan kesamaran yang masih lagi wujud di kalangan sebahagian masyarakat tentang hukum dan konsep pendermaan organ dari kacamata umat Islam. Oleh yang demikian, artikel ini bertujuan memberikan penjelasan yang terperinci tentang pemindahan organ di dalam perspektif Islam.

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

1. PEDAHULUAN Pemindahan organ manusia kepada manusia lain merupakan kaedah baru dalam dunia perubatan dan telah berkembang di abad ke dua puluh. Oleh itu hukum-hukum mengenainya tidak terdapat secara jelas dalam nas-nas al Quran dan al Sunnah dan tidak pernah dibincangkan oleh ulama-ulama terdahulu. Dari perspektif Islam hukumnya adalah harus berdasarkan ijtihad yang dibuat oleh ulama-ulama kontemporari di seluruh dunia. Pemindahan organ adalah satu pembedahan bagi menggantikan organ yang bermasalah atau berpenyakit dengan organ yang baru.[1] Organ yang digunakan datang dari dua sumber iaitu penderma yang masih hidup dan penderma yang telah meninggal dunia. Pendermaan organ pula ialah suatu prosedur pembedahan yang melibatkan pemindahan organ dari penderma kepada penerima organ.[2] Pendermaan organ terdiri dari pendermaan kadaverik atau dari orang yang telah meninggal dunia dan pendermaan organ semasa hidup.[3] Pemindahan organ dari penderma yang masih hidup mempunyai kelebihan berbanding dengan pemindahan organ dari penderma yang telah meninggal dunia. Ia boleh dilakukan pada masa yang sesuai dan pembedahan dapat dilakukan secara elektif di mana penderma dan penerima organ berada pada tahap kesihatan yang sesuai dan pada masa yang sesuai. Organ dari penderma hidup juga berfungsi lebih baik dan lebih lama. Pada kebiasaannya pemindahan organ dari penderma hidup hanya dibenarkan dari ahli keluarga yang ada pertalian darah atau hubungan suami isteri. Seseorang yang masih hidup boleh menderma salah satu dari buah pinggang atau sebahagian hatinya. Di samping kesesuaian organ penderma dengan tubuh penerima, penderma organ juga mestilah seorang yang mempunyai taraf kesihatan yang baik dari segi mental dan fizikal.[4] Pendermaan organ ketika masih hidup mempunyai risiko tertentu akibat pembedahan termasuk kematian dan juga kesan negatif dari segi psikologi. Risiko pembedahan termasuk kesakitan di kawasan pembedahan, jangkitan, pendarahan, darah beku dalam salur pembuluh kaki, komplikasi ubat bius, kecederaan tisu dan organ lain, hernia di kawasan luka dan sebagainya.

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

Gejala psikologi yang negatif pula boleh berlaku semasa atau selepas pendermaan dilakukan seperti penyesalan, dendam dan kemarahan sebab pembedahan yang dilakukan. Organ yang didermakan juga berkemungkinan tidak berfungsi sebagaimana yang diharapkan oleh penerima di samping parut luka pembedahan boleh menjejaskan penampilan penderma.[5] Rawatan yang diperlukan untuk mengatasi kesan-kesan ini memerlukan masa yang lama di samping kemungkinan menerima kesan sampingan dari ubat-ubatan yang diambil. Walau bagaimanapun risiko adalah berbeza di antara penderma dan juga bergantung kepada organ yang didermakan. Pemindahan organ dari penderma kadaverik pula dilakukan selepas penderma meninggal dunia dengan mendapat keizinan dari waris atau ahli keluarga sekiranya si mati tidak membuat ikrar derma organ. Organ yang boleh didermakan setelah mati termasuklah buah pinggang, hati, jantung, paru-paru dan juga tisu iaitu kornea (mata), kulit, injap jantung dan tulang.[6] Terdapat beberapa kaedah fiqh yang boleh diguna pakai dalam menentukan keharusan hukum mengenai isu pemindahan dan pendermaan organ kepada pesakit yang mengalami kegagalan fungsi organ peringkat akhir ini. Tujuan utamanya ialah untuk memenuhi salah satu tuntutan maqasid syariyyah iaitu menjaga nyawa manusia disamping mempertingkatkan kualiti hidup penerimanya. Antara kaedah fiqh yang dikenal pasti dalam mengharuskan pemindahan dan pendermaan organ adalah, Kaedah Maslahah Al-Mursalah iaitu mendatangkan segala bentuk kemanfaatan atau menolak segala kemungkinan kemudharatan yang merosak. Kemaslahatan ialah perkara yang mendatangkan kebaikan yang tidak didukung oleh dalil syariat atau nas yang terperinci, namun ia mendapat sokongan kuat dari makna secara tersirat sejumlah nas yang ada. Ianya juga termasuk dalam Maqasid Syariyyah iaitu maslahah yang dikehendaki Allah S.W.T untuk hambanya yang terdiri daripada memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta secara mutlak. Oleh itu maslahah ini adalah satu keadaan di mana tiada dalil khusus daripada syara yang menerangkannya dan tidak ada hukum yang telah dinaskan oleh syara yang menyerupainya, yang mana boleh dihubungkan hukumnya melalui dalil Qiyas. Tetapi pada perkara tersebut terdapat satu sifat yang munasabah untuk diletakkan hukum tertentu kepadanya kerana ia mendatangkan maslahah atau menolak mafsadah (perkara yang mendatangkan kerosakan).

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

Menurut perspektif Islam, perbuatan mendermakan organ merupakan satu perbuatan yang terpuji dan menurut ulama kontemporari terkenal, Syeikh Dr. Yusof al-Qaradhawi, pendermaan organ merupakan antara tiga amalan yang akan memberikan pahala berterusan selepas seseorang itu meninggal dunia. Beliau mengkategorikan perbuatan menderma organ sebagai sedekah jariah dan ulama hebat berkenaan juga berhujah mengenai keharusan pendermaan organ dengan mengatakan bahawa daripada dibiarkan jasad dimamah tanah selepas kematian, adalah lebih baik organ yang boleh digunakan itu didermakan bagi tujuan menyelamatkan nyawa orang lain.

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

2. KEMUNGKINAN MEMINDAHKAN DAN MENGGUGURKAN HAK ALLAH DAN HAK MANUSIA Kebanyakan ulama Islam menyatakan, bahawa hak Allah dan hak manusia berbeza dari segi kemungkinan keduanya untuk digugurkan dan dipindahkan. Maka mereka menetapkan bahawa asal dari hak manusia adalah kebaikan yang menyangkut dirinya sendiri yang boleh dipindah dan digugurkan atau diperlakukan dengan perlakuan lainnya. Sedangkan hukum asal dari hak Allah (hak jamaah) tidak boleh dipindah dan digugurkan kecuali ditetapkan berdasarkan kaidah-kaidah syariat tertentu. Dalam menetapkan kedua dasar ini, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah berkata, Hak itu ada dua macam, hak Allah dan hak manusia. Hak Allah tidaak boleh ditolak-ansur, sedangkan hak manusia boleh ditolak-ansur, digugur dan diganti. Asy-Syathibi berkata, Hak Allah yang dipahami dari syariat, tidak membawa kebaikan kepada mukallaf (orang yang diletakkan beban syariat) secara individu, baik secara logic ahupun tanpa logic. Di tempat lain dia berkata, Setiap hak Allah tidak membawa kebaikan bagi mukallaf secara langsung, sedangkan hak manusia akan membawa kebaikan untuk dirinya sendiri Al-Qarafi berkata, Yang kami maksud dengan hak manusia yang khusus adalah hak yang apabia digugurkan dia boleh gugur, jika tidak dapat digugurkan, maka itu bukan hak manusia melainkan hak Allah, iaitu perintah-Nya untuk menyampaikan hak itu kepada orang yang berhak menerimanya. Hal itu boleh diketahui melalui boeh atau tidak digugurkan. Semua hak yang berkaitaan dengan manusia boleh digugurkan dan itulah yang saya sebut dengan hak manusia dan segala hak yang tidak dapat digugurkan adalah hak Allah Setiap dasar hukum dari kedua dasar hukum ini memiliki pengecualian, kadang ada hak manusia yang tidak boleh dipindahkan dan digugurkan, dan kadang pula hak Allah boleh dipindahkan dan digugurkan.

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

Adapun pengecualian yang berkaitan dengan hak manusia yang tidak boleh dipindahkan dan digugurkan, dasarnya dikembalikan kepada alasan bahawa hak-menurut pandangan Islam-adalah pemberian dari Allah kepada manusia, maa hak itu tidak kuat kecuali ditetapkan dengan syariat. Allah mensyariatkan hak dan mengharuskan manusia untuk menempuh jalan khusus daalam menggunakan hak terebut. Jika hak khusus itu digunakan untuk sesuatu yang bertentangan dengan jalan yang ditetapkan, maka perlakuan itu haram hukumnya. Al-Izz bin Abdissalam berkata, Tidak ada hak manusia yang gugur atau digugurkan kecuali kerana adanya hak Allah untuk dilaksanakan dan ditaati Allah, yang menetapkan jalan itu, melarang manusia untuk terlalu berlebihan dalam membela haknya sehingga membahayakan orang lain dan menghilangkan hak mereka. Berdasarkan kaedah ini, diharamkan bagi pemilik hak untuk menggugurkan atau memindahkannya jika itu menyebabkan gugurnya hak orang lain atau membahayakannya, baik orang yang dirugikan itu jumlahnya sedikit ataupun banyak. Maka tidak digalakkan bagi suatu masyarakat menggunakan apa yang dimilikinya yang dapat menyakiti masyarakat itu, umpama usahawan tidak boleh melakukan sesuatu yang membahayakan usahawan lain, umpama suami tidak boleh memindahkan haknya kepada orang lain untuk bersenang-lenang dengan isterinya, kerana hal itu bertentangan dengan hak jamaah untuk menjaga nasab dan keturunan. Masih banyak contoh-contoh lain yang serupa dengan contoh-contoh lain yang serupa dengan contohcontoh tersebut. Adapun jika seseorang mengggunakan haknya sesuai dengan jalan yang ditetapkan oleh syariat, maka pada dasarnya kebaikannya akan kembali kepadanya dan tidak ada sesuatu yang dapat mengganggu haknya. Adapun pengecualian yang berkenaan dengan hak Allah untuk dipindahkan dan digugurkan itu terjadi ketika ada pertentangan hak dan bertemunya kelebihan dan kemudaratan. Maka tidak ada jalan keluarnya, kecuali dengan memindahkan atau menggugurkannnya sesuai dengan kaedahkaedah tertentu yang disimpulkan oleh para ulama dari nas-nas syariat dan hukum-hukumnya. Di antara kaedah yang paling jelas adalah mencari risiko yang paling kecil dari dua bahaya untuk menolak bahaya yang lebih besar, atau mengorbankan kelebihan yang kecil untuk mendapatkan kelebihan yang lebih besar

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

Di antara contoh yang mereka gunakan did ala penerapan kaedah ini adalah; boleh memakan mayat ketika dalam keadaan terpaksa, boleh minum khamr untuk hilangkan dahaga, boleh mengatakan kata-kata kafir kerana terpaksa-menurut sekelompok fuqaha-, boleh memakan daging manusia mati kerana terpaksa, boleh membayarkan harta orang Islam kepada orang kair jika mereka dikepung dan tidak ada jalan lain untuk menolaknya kecuali jalan itu, atau membayar wang untuk membebaskan orang-orang Islam yang ditawan, boleh memotong tangan yang sakit untuk menyelamatkan roh dan sebagainya. Para fuqaha tidak berselisih mengenai sahnya penggunaan kaedah ini dari segi teori, walaupun dalam praktikalnya mereka berselisih pendapat. Secara amnya, sebab-sebab perbezaan mereka itu kembali kepada penetapan conto kejadian dan syarat-syarat yang digunakan untuk mengaplikasi kaedah, seperti memotong salah satu dari dua kerosakkan yang lebih besar dan memotong kerana tidak ada jalan keluar ain untuk menolak kedua bahaya itu [7].

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

3. HUKUM PENDONORAN ANGGOTA BADAN SECARA UMUM Pendonoran anggota badan manusia mengharuskan untuk memindahkan hak Allah dan hak manusia yang berkaitan dengan anggota badan yang dipindahkan tersebut. Tidak diperkenankan bagi seseorang untuk melaksanakan haknya bila itu berkaitan atau bertentangan dengan hak Allah, kecuali jika izin seseorang untuk memindahkan haknya itu tidak bertentangan dengan apa yang diperkenankan oleh syariat dan hak Allah terhadap anggota badan yangdipindahkan. Diperkenankan oleh syariat adalah supaya perlakuan itu boleh menjadi jalan untuk menghidupkan hak Allah yang lebih besar pada anggota badan yang dipindahkan. Mendonorkan anggota badan haram hukumnya jika menjadi sebab kematian pendonor walaupun itu membawa kemaslahatan bagi orang yang didonori. Kerana kemaslahatan yang diperolehi dari pendonoran itu tidak lebih besar daripada kerusakan yang ditimbulkannya walaupun kehidupan orang yang didonori lebih baik. Kemaslahatan yang diperoleh sama dengan kemaslahatan yang ditinggalkan atau bahkan mungkin lebih sedikit, kerana meletakkan anggota badan pada asal penciptaannya lebih baik daripada meletakkannya kepada penciptaan yang baru, apalagi jika pelaksanaannya donor itu menyebabkan kerosakan-kerosakan yang lain. Pendonoran anggota badan itu harus sesuai dengan syariat jika diyakini bahawa pendonoran itu dapat menyelamatkan pengguna dari kematian dan tidak menyebabkan pendonornya mati atau menderita sakit parah hingga mati. Kerana untuk menjaga roh harus juga menjaga semua hak Allah yang berkaitan dengan jasad pemilik roh tersebut dan kemaslahatan untuk menjaga hak-hak tersebut lebih besar daripada menjaga kemaslahatan hak Allah pada jasad pendonor apalagi pada orang orang yang didonor. Donor digalakkan jika membawa manfaat bagi pendonor dan orang yang didonor atau tidak meninggalkan pengaruh bahaya apa pun bagi keselamatan pendonor dan membawa manfaat bagi kesehatan orang yang didonor.

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

Ini harus dilakukan dalam menimbang antara kerosakan dan kemaslahatan yang diakibatkan oleh pendonoran, iaitu bahawa yang diletakkan pada kedua sisi timbangan adalah yang berkaitan dengan aspek keselamatan tanpa melihat kepada makna-makna lain pada sisi pendonoran. Maka tidak diperbolehkan untuk diletakkan pada sisi timbangan itu makna fakir, miskin, pandai, bodoh, laki-laki, perempuan, kecil, besar dan sebagainya. Kerana hak dalam keselamatan jasad sama pada manusia menurut hukum syariat dan tidak dibezakan di antara mereka berdasarkan makna-makna tersebut. Akan tetapi, yang dimaksudkan disini adalah jika pendonornya kehilangan jaminan hidupnya sehingga dua meninggal dunia kerana pendonoran itu. Jadi, keselamatan pendonor harus masuk perhitungan dalam pelaksanaan pendonoran, begitu juga haknya untuk tidak dianiaya dan disakiti. Sebahagian kelompok fuqaha memperhatikan makna ini sehingga mereka membolehkan membunuh orang yang halal darahnya lalu memakan dagingnya untuk menyelamatkan dirinya dari kematian [7].

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

4. SYARAT-SYARAT PEMINDAHAN ORGAN Disebalik definisi pemindahan organ manusia, turut terdapat syarat-syarat yang membolehkan sesuatu pemindahan organ itu dilakukan. Syarat-syarat ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertamanya melibatkan orang yang masih hidup terhadap pesakit dan keduanya orang yang telah meninggal terhadap pesakit yang memerlukan. 4.1 Syarat-Syarat Bolehnya Mendonorkan Anggota Badan Manusia Kerana kaedah syariat yang dijadikan dasar bagi bolehnya mendonorkan anggota badan manusia adalah kaedah mencari kemudharatan yang lebih kecil untuk menolak kemudharatan yang lebih besar, maka syarat-syarat umum yang harus dipenuhi dalam menjalankan kaedah ini adalah [7]: a. Kemungkinan bahaya yang dapat dicegah secara pasti. b. Kemungkinan bahaya yang terjadi jika dilakukan. c. Perbezaan antara bahaya yang dapat dicegah dan bahaya yang diakibatkan boleh diperbandingkan secara jelas dan pasti. d. Secara reality, tidak mungkin mencegah kedua bahaya itu secara bersama-sama. Dari beberapa syarat umum untuk merealisasikan kaedah diatas, maka dapat ditarik untuk menetapkan syarat-syarat pembolehan mendonorkan anggota badan manusia, iaitu: a. Kemampuan para ahli kedoktoran untuk mengagak predict terhadap kemudharatan yang akan menimpa pendonor akibat pemotongan anggota badannya. b. Kemampuan para ahli kedoktoran untuk mengagak dengan tepat terhadap kemudharatan yang akan menimpa orang yang didonor, dengan melihat keadaan sakitnya, berdasarkan ukuran-ukuran ilmiah yang tepat. c. Kemampuan para ahli kedoktoran untuk mengagak kemaslahatan yang akan terjadi pada pendonor setelah dilakukan pemindahan anggota badannya kepada yang didonor, berdasarkan ukuran-ukuran ilmiah yang tepat. Ketiga syarat diatas penting untuk diketahui supaya boleh dibandingkan antara kerosakan dan kemaslahatan yang diakibatkan oleh pemotongan dan pemindahan anggota badan itu, serta kerosakan dan kemaslahatannya bila tidak dilakukan pendonoran. Ini semua merupakan perkara yang boleh dilakukan kerana adanya kemajuan ilmiah di dalam dunia kedoktoran, yang aplikasinya berbeza antara satu anggota badan dengan anggota lainnya.

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

10

d. Hasil dari perbandingan antara kemaslahatan dan kerosakan yang diakibatkan oleh praktik pendonoran dan keadaan apabila dibiarkan apa adanya itu, boleh diketahui dengan jelas tingkat perbezaannya, bahawa kemshalahatan pendonoran lebih besar daripada kemaslahatan apabila dibiarkan. Perlu diperhatikan disini bahawa proses perbandingan dalam masalah-masalah yang hanya bersandarkan pada perhitungan matematik yang menjadikan kita yakin bahawa kemaslahatan dari pendorongan ini lebih besar daripada kerosakan dan dibiarkan tetap dalam keadaan aslinya. Semua ini harus jelas bagi para ahli kedoktoran dan jangan sampai kemaslahatan dan mudhratnya sama atau hamper sama besarnya. Jika tidak, maka mengorbankan kemaslahatan pendonor tidak diperkenankan jika hanya untuk mencari kemaslahatan yang sepadan atau lebih besar sedikit darinya atau kemslahatan yang masih diragukan.Untuk merealisasikan pensyratan ini dalam praktik, maka para doctor harus membentuk panitia khusus, di mana para doctor ahli berkumpul untuk menetapkan hokum dalam masalah ini. e. Hendaknya, pendonoran anggota badan menjadi satu-satunya jalan untuk menyelamatkan orang yang didonori dari kerosakan apabila dibiarkan. Jika ada cara lain maka pendonoran tidak digalakkan. Demikian itu kerana menjalankan kaedah mencari kerosakan yang lebih ringan dari dua kerosakan tidak sah dalam syariat jika ada kemungkinan untuk mencegahnya secara bersam-sama. Al-Izz bin Abdissalam berkata, Jika kemaslahatan dan kerosakan berkumpul jika memungkinkan untuk menghasilkan kemaslahatan dan menolak kerosakan itu tanpa menghiraukan hilangnya kemaslahatan. Berdasarkan pada syarat diatas, maka tidak boleh mendonorkan anggota badan manusia jika para doktor belum menentukan bahawa penyakit penderita tidak boleh disembuhkan kecuali dengan mencangkokkan anggota badan penderita yang sakit itu, baik dengan anggota badan buatan, atau anggota badan haiwan dan sebagainya. Tidak boleh mendonorkan anggota badan orang yang hidup, jika ada kemungkinan untuk mengambil donor dari orang yang sudah mati, kerana kerosakan yang diakibatkan mengambil anggota badan mayat jauh lebih ringan dari kerosakan yang diakibatkan dari mengambil anggota badan orang hidup.

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

11

f. Disyaratkan bagi bolehnya pendonoran anggota badan manusia ini, jangan sampai pendonoran ini menghilangkan hak Allah atas anggota badan-badan pendonor ini. Seperti jika pendonoran itu mengakibatkan rosaknya masyarakat atau rosaknya akhlak yang bertentangan dengan tujuan syariat. Misalnya, mendonorkan air mani. Kerana hal ini menyebabkan wujudnya percampuran nasab dan ini merosak masyarakat yang ditentang oleh syariat, sehingga syariat mengharamkan factor-faktornya, walaupun orang yang didonor itu memerlukan anak g. Orang yang didonor itu haruslah orang yang terjaga darahnya secara syariat, mereka adalah orang-orang islam atau orang kafir dzimmi. Tidak boleh mendonorkan anggota badan kepada orang murtad. Tidak boleh pula kepada penzina muhshan yang harus dihukum rejam, kepada perompak, dan kepada pembunuh secara sengaja yang harus diqishash, yang tidak boleh digugurkan hukumnya dengan cara apa pun. h. Pendonoran itu tidak boleh menyebabkan adanya pelecehan terhadap kehormatan manusia. Pelecehan terhadap kehormatan manusia itu terjadi jika pendonornya beranggapan bahawa anggota badannya boleh dijual untuk mendapatkan keuntungan, kerana adanya orang sakit yang memerlukannya. Demikian itu kerana anggota badan manusia tidak boleh dibeli dengan wang. Bukan kerana dia tidak bermanfaat jika dilepas dari badan seperti yang dinyatakan oleh para fuqaha [7],[8] melainkan manfaatnya sangat besar setelah para doctor boleh melakukan pentukaran, akan tetapi tidak diperbolehkan kerana memlibatkan kehormatan manusia. i. Penderma haruslah orang yang mengetahui tentang pendermaan anggota badan ketika dia menderma dan proses pembedahan dilaksakan. Kerana dalam pendermaan, kurangnya pengetahuan penderma dianggap tidak sah. Sebelum pemedahan dijalankan, penderma harus diminta untuk mempertimbangkan kembali tentang kesediaanya untuk menderma, jika penderma menjadi gila sebelum pemedahan, maka izinnya diragukan, kerana jika dia sihat pasti akan mempertimbangkan kembali keputusannya.

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

12

Pendermaan organ tidak diterima dari anak kecil, orang gila, dan lumpuh, walaupun izin itu diberikan oleh wali atau pengasuhnya. Kerana perwakilan hukum haruslah berkaitan dengan sesuatu yang membawa kemaslahatan bagi anak kecil dan orang gila itu. Para fuqaha sepakat bahwa wali atau pengasuh tidak boleh menyedekahkan harta anak kecil dan orang gila atau hak milik mereka yang lain, apalagi mendonorkan anggota badannya pada saat dia masih hidup. Sedangkan mayat jika dia berwasiat untuk mendermakan anggota badannya maka wasiat itu boleh dijadikan pegangan dan boleh dilaksanakan setelah kematiannya dan dia harus mempertimbangkannya kembali sebelum menginggal dunia, seperti yang diketahui dalam fikih Islam. Akan tetapi bolehkah ahli warisnya untuk mendonorkan atau mengizinkan agar mayat keluarganya dipotong untuk diambil anggota badannya, padahal mayat itu tidak berwasiat sebelumnya? Majoriti fuqaha dan pembahas dalam masalah yang membolehkan berwasiat untuk mendermakan anggota badan berpendapat bahwa izin ahli waris boleh menjadi pertimbangan dan sama kedudukannya dengan wasiat mayat sendiri. Sebagian dari mereka beralasan bahawa ahli waris berhak untuk memberi maaf kepada orang yang pernah menuduh mayat itu berbuat zina. Menurut jumhur ulama, bahwa segala hak mayat ketika dia masih hidup menjadi hak pewarisnya setelah dia mati. Maka pendermaan anggota badan dan berwasiat tentangnya merupakan hak bagi pemiliknya sebelum mati dan sesudahnya, juga menjadi hak ahli warisnya setelah dia meninggal. Analogi para jumhur ulama mengqiyaskan hak ahli waris untuk mendonorkan anggota badan mayat yang haknya untuk memberi maaf kepada orang yang telah menuduhnya berzina ketika masih hidup adalah qiyas yang cacat. Kerana seseorang yang akan meninggal itu untuk menderma anggota tubuhnya boleh ditanyakan sebelum kematiannya dan dia berhak membatalkannya sebelum kematiannya. Seperti halnya hak dia untuk memberi maaf kepada orang yang telah menuduhnya berzina dari hukuman dera. Jika dia memaafkannya sebelum dia mati, maka gugurlah hukuman dera baginya di dunia dan tetapnya dosa tuduhan di akhirat, kerana melanggar khusus dosanya akan hapus dari pelakunya jika mendapatkan maaf dari korban secara langsung. Jika orang yang dituduh itu mati sebelum memberikan maaf kepada penuduhnya, maka bagi ahli warisnya berhak untuk menuntut hukuman di dunia dan

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

13

memberinya maaf menurut jumhur fuqaha. Akan tetapi tidak ada pengaruhnya pemberian maaf mereka dalam dosa di akhirat. 4.2 Syarat-Syarat Pemindahan Organ Bagi Orang Yang Masih Hidup Ke Atas Pesakit. 4.2.1 Pendermaan organ mesti mendapat keizinan daripada penderma dan penerima. Sebagaimana yang kita ketahui, badan manusia tertakluk kepada dua hak, iaitu merupakan hak Allah dan hak manusia itu sendiri. Hak Allah terasas pada konsep memudahkan. Manakala hak manusia pula diasaskan atas prinsip yang ketat. Oleh hal yang demikian, keadaan darurat tidak membatalkan hak-hak orang lain. Sekiranya telah dipastikan anggota-anggota badan tertentu insan tersebut menjadi satu-satunya penawar terhadap pesakit. Namun, suasana darurat yang menghimpit keadaan tersebut tidak mengharuskannya untuk meneruskan niat memindahkan bahagian-bahagian badan selagi mana belum mendapat keizinan syariat penderma.Keizinan penderma dan penerima penting dalam menjadi syarat terhadap proses ini. 4.2.2 Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma dan penerima. Tujuan pengambilan anggota adalah untuk meraikan maslahah kesihatan kepada pesakit yang menerima organ disamping memelihara maslahah kesihatan terhadap penderma itu sendiri. Ini kerana objektif perubatan tidak mengharuskan pemindahan organ yangmana belum dapat dipastikan bagaimana kesan bahaya yang bakal menimpa atau kemudaratan terhadap penderma dan penerima akibat dari proses tersebut. Proses pemindahan organ ini tidak boleh dijalankan sekiranya telah diketahui melalui kajian dan bukti-bukti yang melibatkan kesan kemudaratan yang bakal menimpa akibat dari proses pemindahan ini. Selain itu juga, haram sama sekali memotong mana-mana organ penderma, sekiranya membawa kepada kematian penderma itu sendiri. Contohnya pemindahan jantung, walaupun mendapat persetujuan penderma itu sekalipun. Tidak boleh dilakukan proses pemindahan kerana manusia tidak mempunyai hak mutlak ke atas diri sewaktu hidupnya tanpa keizinan dari syarak sepertimana membunuh diri yang tidak berdosa secara sengaja.

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

14

Berlainan dengan isu yang melibatkan organ-organ yang mana memotongnya tidak membawa kepada kematian kepada pihak penderma, organorgan ini perlu dibezakan. Sebagaimana contoh kulit dan darah dalam badan manusia merupakan bahagian badan yang boleh membina semula disamping tidak menghalang manusia dari melaksanakan pekerjaannya. Perkara ini berbeza dengan organ-organ yang tidak boleh membina semula. Ianya melibatkan organ tunggal ataupun berpasangan. Jika organ itu tunggal, tidak harus memotongnya kerana akan menghilangkan fungsi organ tersebut daripada penderma. Begitu juga dengan organ organ berpasangan, tetap tidak harus didermakan sekiranya melibatkan anggotaanggota seperti tangan dan kaki kerana mengakibatkan kecacatan anggota zahir dan mencacatkan rupa penderma. Kes ini, keperluan penderma lebih diutamakan 4.2.3 Tiada unsur penjualan dan pembelian organ. Proses pemindahan organ ini juga tidak boleh terlibat dengan urusan jual beli. Ini kerana, ijmak para fuqaha telah memutuskan bahawa bahagian-bahagian badan insan tidak boleh dijual beli [9]. Dengan kata lain, keharusan memperdagangkan bahagian-bahagian badan insan menyebabkan kemuliaan nilai-nilai kemanusiaan bakal menjadi medan pertumpahan darah. Selain itu, dagangan dan jual beli hanya akan mengundang perbuatan khianat yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada doktordoktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan. 4.3 Syarat-Syarat Pemindahan Organ Bagi Orang Yang Telah Meninggal Ke Atas Pesakit Sebagaimana syarat-syarat terhadap orang yang masih hidup kepada pesakit, syarat- syarat pemindahan organ bagi orang yang telah meninggal dunia juga mempunyai beberapa syarat. Antaranya : a. Keizinan penderma sebelum meninggal dunia. Keizinan daripada penderma (kadaverik) semasa hayatnya menjadi syarat utama dalam proses pendermaan organ. Syarat ini secara jelas dan bukannya melalui paksaan mana-mana pihak. Oleh itu, tidak timbul isu di mana penderma organ (kadaverik) tidak mengetahui organ beliau akan diserahkan kepada orang lain selepas meninggal.

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

15

Paksaan juga tidak boleh timbul melalui nilai tukaran wang ringgit atau memperoleh keistimewaan tertentu kepada penderma (kadaverik) sebagai upah terhadap kesudian dan kesediaannya untuk mendermakan organ [10]. Jika sekiranya penderma sewakktu hidupnya tidak menginginkan organnya diambil. Maka, keputusan ini hendaklah dihormati dan tidak seorangpun boleh mencabul kehormatannya itu. Selain itu, dari aspek wasiat pula. Penderma yang mewasiatkan organnya untuk didermakan selepas kematiannya disyaratkan menepati syaratsyarat pewasiatan seperti akil dan baligh. Oleh itu, bagi mereka yang belum baligh meskipun telah mumayyiz tidak diterima pewasiatannya berdasarkan syarat-syarat wasiat yang telah termaktub dalam syariat. Dengan itu, jelaslah bahawa tidak sah bagi orang yang gila, berada dalam keadaan tidak sedar, mabuk kerana tidak mempunyai keahlian untuk berbuat demikian. b. Memperoleh persetujuan keluarga. Mendapat persetujuan daripada kaum kerabat simati menjadi syarat seterusnya dalam kes pendermaan dan pemindahan organ insan yang telah meninggal dunia. Kaum keluarga mempunyai hak ke atas si mati sebagai menjaga moral dan kehormatan hak terhadap ahli kerabat mereka. Ini bermakna, kegagalan mendapatkan hak ini membawa maksud telah berlakunya pencerobohan terhadap hak-hak kehormatan keluarga tersebut. Walaubagaimanapun, hak keluarga ke atas seseorang ahli keluarga mereka bukanlah pemilikan secara mutlak. Pemilikan ini hanyalah bersifat moral atas dasar pertalian darah dan hubungan keluarga yang mengikut seluruh ahli kerabat. Isu mengenai hak ini tidak timbul sewaktu penderma masih lagi hidup. Isu ini hanya akan timbul apabila insan itu telah meninggal dan hak ke atas organnya berpindah kepada ahli keluarganya samada untuk mengambil atau tidak bahagian-bahagian organ insan tersebut.

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

16

4.4 Syarat-Syarat Menurut Aspek Perubatan. Dalam melibatkan perkara ini. Terdapat dua syarat utama menurut aspek perubatan. Pertamanya melibatkan syarat terhadap penderma organ dan keduanya syarat terhadap penerima. a) Syarat-syarat terhadap penderma organ Menurut Dato Dr. Zaki Murad4, terdapat beberapa syarat dalam mengkelaskan kategori Penderma dan penerima organ. Bagi kategori penderma, penderma hendaklah berada dalam keadaan sihat sejahtera. Ia tidak menghadapi masalah tekanan darah dan bukan pembawa penyakit yang melibatkan organ-organ dalaman seperti hepatitis B, batuk kering, AIDS, dan lain-lain. Dari segi umur pula penderma mestilah berusia kurang dari 60 tahun. Penderma juga tidak dihinggapi penyakit kanser dan penyakit berbahaya yang lain di peringkat awal. Penderma tidak menghadapi masalah buah pinggang dan sistem kencingnya dalam keadaan baik. Dengan perkataan lain buah pinggang penderma tidak mengalami jangkitan (pieconafritis) , batu karang (nefrolitiasis), kegagalan buah pinggang untuk berfungsi ,tiada radangan pada saluran yang mengalir air kencing daripada pundi kencing (uretris) dan tidak menghidap kencing manis ( Diabetes Mellitus). Selain itu, pendermatidak mengandung bagi perempuan. Penderma juga hendaklah mempunyai darah yang sama atau sesuai dengan pesakit serta bersih dari jangkitan penyakit anemia. Seterusnya, tisu-tisu penderma hendaklah sesuai dengan tisu-tisu penerima. Jika tidak sesuai, pemindahan organ tidak dapat diteruskan.

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

17

b) Syarat-syarat terhadap penerima organ Pertamanya, penerima mestilah bersetuju terlebih dahulu untuk menerima rawatan pemindahan organ. Seterusnya, penerima bersetuju menjalani kesemua

pemeriksaan kedoktoran yang berkaitan dengan dirinya. Persetujuan ini hendaklah dilakukan secara bertulis. Selain itu,persetujuan penerima hendaklah disaksikan oleh dua orangsaksi atau lebih.Penerima juga telah mendapatkan keterangan yang jelas tentang segala yang berkaitan dengan prosiding pemindahan organ ,sejauh mana kejayaan dan kemungkinan kemudaratan akan timbul supayapenerima berpuas hati. Dari segi organ pula, tisu-tisu dan jenis darah penerima hendaklah sama dengan tisu dan jenis besar kepada penerima. Selain itu, penerima tidak menghadapi sebarang penyakit berbahaya lain yang difikirkan bakal menimbulkan komplikasi ketika proses pembedahan dijalankan.

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

18

5. PANDANGAN SYARAK TERHADAP PEMINDAHAN DAN PENDERMAAN ORGAN MANUSIA

5.1 Pemindahan Organ Manusia Yang Masih Hidup Kepada Pesakit Yang Memerlukan 5.1.1 Pendapat Ulama Silam

a. Pandangan Ulama Hanafiah Kebanyakkan daripada ulama Hanafiah berpandangan bahawa hukum pemindahan organ daripada manusia yang masih hidup kepada pesakit yang memerlukannya adalah tidak harus. Ia dapat dilihat berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Sulaiman dalam bukunya yang bertajuk Majmuk alAnwar Syarh Muntaqa al-Abhur. Menurut beliau hukum menggunakan tulang

temulang atau sebarang organ daripada badan manusia atau haiwan seperti khinzir dalam proses perubatan adalah haram secara mutlak [11]. Hal tersebut adalah disebabkan oleh mereka beranggapan bahawa manusia adalah makhluk ciptaan Allah s.w.t. yang paling mulia dan bukannya bahan yang boleh dipersia-siakan. Perkara sedemikian juga turut disokong oleh Muhammad Amin Ibnu Umar Ibnu Abidin berdasarkan sumber yang dinyatakan oleh Abul Fadl dalam bukunya [12], iaitu manusia adalah makhluk Allah yang paling mulia walaupun mereka adalah orang yang kafir. Oleh demikian, proses yang melibatkan pemindahan anggota tubuh badan manusia kepada manusia yang lain atau digunakan untuk sebarang aktiviti lain adalah tidak harus sama sekali. Selain itu, Basri Ibrahim juga turut memuatkan dalam bukunya tentang beberapa kenyataan yang dipetik daripada kitab Tabyin al-Haqaiq yang menyatakan bahawa hukum menggunakan anggota badan manusia dalam apa tujuan sekalipun adalah haram. Hal tersebut disandarkan kepada hukum membunuh diri sendiri yang sememangnya telah jelas diharamkan oleh Allah s.w.t.. Bagi penulis, hal seperti ini dapat dilihat berdasarkan kepada firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud Jangan Kamu Campakkan diri kamu ke lembah kebinasaan.

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

19

b. Pandangan Ulama Malikiah Menurut sebahagian daripada ulama Maliki, mereka juga berpendapat bahawa hukum memindahkan organ daripada manusia yang masih hidup kepada pesakit yang memerlukan adalah tidak harus untuk dilaksanakan. Hal sedemikian telah dibincangkan oleh Basri Ibrahim berdasarkan sumber yang dipetik daripada kitab Bugyah al-Salik Li Arabi al-Masalik, iaitu Tidak harus menggunakan anggota badan manusia dalam apa jua urusan, sama ada semasa hidup atau mati [13]. Pendapat inilah yang dipegang oleh kebanyakkan ulama Maliki dalam menyatakan pendapat mereka. Selain itu, dalam al-Qawanin al-Ahkam al- Syariyyah turut menjelaskan bahawa Tidak harus berubat dengan menggunakan perkara perkara yang dilarang sebagaimana tidak harus memakan tubuh anak Adam dalam apa jua keadaan sekalipun. c. Pandangan Ulama Syafiiyyah Abul Fadl (2001) menerangkan dalam bukunya bahawa sebahagian daripada ulama Mazhab Syafie menjatuhkan hukum haram secara qatie terhadap mana-mana individu yang memotong anggota tubuh badannya untuk diberikan kepada orang lain walaupun mereka amat memerlukannya [14]. Begitu juga dengan sumber yang dipetik daripada Majmuk Syarh al- Muhadhdhab yang menjelaskan bahawa para ulama telah bersepakat untuk tidak mengharuskan proses pemindahan organ dalam kalangan manusia hidup kepada pesakit yang memerlukannya. Hal sedemikian telah diqiaskan oleh sebahagian ulama mazhab Syafie kepada satu kenyataan iaitu Tidak harus kepada seseorang memakan daging pahanya sendiri walaupun ia berada dalam keadaan darurat. Selain itu diharamkan juga kepada seseorang memotong sebahagian daging badannya untuk diberikan kepada orang-orang yang berada dalam keadaan terpaksa, melainkan orang yang hendak diselamatkan itu adalah seorang Nabi.

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

20

d. Pandangan Ulama Hanabilah Seperti mana pandangan yang dikemukakan oleh ulama-ulama mazhab lain, sebahagian daripada ulama Mazhab Hanbali juga turut mengharamkan sebarang bentuk pemindahan organ. Basri Ibrahim (1999) menerangkan dalam bukunya bahawa ulama Hanabilah berpendapat Tidak harus berubat dengan menggunakan sesuatu yang haram atau dengan sesuatu yang mengandungi unsur-unsur yang haram seperti susu keldai dan berubat dengan daging sesuatu yang diharamkan atau dengan meminum arak. Dalam hal ini, mereka telah menggunakan dalil yang diambil daripada hadis Nabi s.a.w. iaitu: Janganlah anda berubat dengan sesuatu yang haram. 5.1.2 Pendapat Ulama Muktabar Pada Masa Kini

a. Fatwa Dr. Yusof al-Qaradhawi Menurut pandangan yang dikemukakan oleh Dr. Yusof al-Qaradhawi, hukum memindahkan organ dalam kalangan orang yang masih hidup kepada pesakit yang memerlukan adalah harus untuk dijalankan. Hal tersebut dijelaskan oleh beliau berdasarkan hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud Sesiapa yang memberi rahmat di bumi akan menerima rahmat dari Yang (Allah) berada di langit. Berdasarkan kepada hadis ini, beliau telah berfatwa bahawa tiada sebarang halangan dari sudut syarak bagi sesiapa yang terlibat dalam proses pemindahan organ kepada pesakit yang memerlukannya untuk mengubati penyakitnya. Menurut beliau lagi, proses pemindahan organ merupakan satu amal ibadah dan akan memperoleh ganjaran daripada Allah s.w.t. sekiranya ia diniatkan dengan niat sedekah. Sedekah tersebut pula dianggap sebagai sedekah jariah yang berkekalan dan berterusan ganjarannya selagi mana si penerima mendapat manfaat daripadanya. b. Fatwa Dr. Muhammad Syed al-Tantawi Seperti mana pandangan Dr. Yusof al-Qaradhawi, Dr. Muhammad Syed al-Tantawi juga telah mengeluarkan sebuah fatwa pada 5 Febuari 1989 mengenai keharusan untuk menjalankan proses pemindahan organ kepada pesakit yang memerlukan. Fatwa tersebut adalah sebagaimana berikut Sesungguhnya hukum mendermakan organ orang yang masih hidup adalah harus menurut jumhur ulama fiqh, tanpa dikira sama ada ia didermakan kepada saudara terdekat ataupun kepada orang luar, selagi mana ia dianggap sebagai sesuatu yang bermanfaat dari pihak doktor yang dipercayai.

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

21

c. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan bahawa hukum pemindahan organ seperti mata dan jantung adalah dibenarkan dalam Islam. Namun begitu, proses pemindahan yang dilakukan mestilah mematuhi beberapa perkara yang telah ditetapkan. Antaranya adalah: i. Proses pemindahan organ mestilah dijalankan dalam keadaan pesakit benar-benar memerlukannya. ii. Sekiranya ia melibatkan proses pemindahan jantung, doktor hendaklah terlebih dahulu mengesahkan bahawa penderma telah meninggal dunia. iii. Langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil oleh setiap pihak yang terlibat dalam proses pemindahan organ supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kes bunuh dan pemerdagangan organ. 5.1.3 Kesimpulan Bagi Perdapat Yang Terbaik Secara keseluruhan, para ulama telah memberikan pendapat yang pelbagai dalam menentukan hakikat sebenar hukum pemindahan organ dalam kalangan orang yang masih hidup kepada pesakit yang memerlukan. Tidak dinafikan bahawa mereka telah berhujah berdasarkan dalil-dalil yang mampu menguatkan pendapat mereka. Walaubagaimanapun, setiap pandangan dan dalil yang digunakan pasti ada kelebihan dan kekurangan masingmasing. Wujudnya khilaf dalam permasalahan ini merupakan satu rahmat bagi umat islam disamping dapat memperluaskan lagi pengetahuan tentang ilmu agama secara mendalam dan terperinci terutamanya dalam bab yang telah dibincangkan. Dapat disimpulkan, bahawa pendapat yang dipilih adalah pendapat yang dikemukakan oleh golongan yang kedua yang mengatakan bahawa hukum mendermakan atau memindahkan organ dalam kalangan orang yang masih hidup kepada pesakit yang memerlukan adalah harus. Hal tersebut disebabkan oleh pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh golongan ulama pada masa kini lebih releven dengan situasi dan suasana persekitaran umah pada zaman sekarang. Keadaan alam sekitar dan kekangan kerja menyebabkan kita semua sering terdedah kepada pelbagai jenis penyakit sehingga boleh membahayakan kesihatan.

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

22

Tambahan pula, kehidupan pada masa kini sudah dilengkapi dengan pelbagai alatan perubatan yang canggih untuk membantu dalam proses pemindahan organ dan sekali gus menjamin keselamatan pihak yang menjalani proses tersebut. 5.2 Pandangan Syarak Terhadap Pendermaan Dan Pemindahan Organ Kadeverik Kepada Pesakit Yang Masih Hidup Pendermaan dan pemindahan organ kadeverik adalah pendermaan dan pemindahan organ orang yang telah meninggal dunia. Pendermaan dan pemindahan ini adalah digalakkan dan diutamakan di Negara kita. Malah ia tidak memberikan risiko kepada penderma. Penderma kadeverik terbahagi kepada dua jenis iaitu: i. Kematian Otak ii. Kematian Jantung Berhenti Berdegup 5.2.1 Fatwa Kebangsaan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada tahun 1970 telah memutuskan bahawa hukum pemindahan organ mata dan jantung orang yang telah mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan didalam Islam, hal ini berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan seperti berikut : a. Di dalam keadaan mendesak dan mustahak yang menyebabkan nyawa penerima bergantung kepada pemindahan organ tersebut dan ianya dianggap berjaya. b. Ketika pemindahan jantung, dimana si penderma disahkan meninggal terlebih dahulu sebelum jantungnya dipindahkan. c. Tindakan-tindakan yang sewajarnya perlu diambil berat supaya tidak ada kes mengenai pembunuhan manusia dan perdagangkan anggotaanggotanya. d. Kebenaran penderma perlu diperolehi sebelum pemindahan sebarang anggota tubuh badan di dalam kematian biasa ataupun akibat kemalangan dari kaum kerabat dan keluarganya.

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

23

5.2.2

Majma Al-Fiqh Al-Islami Menurut pandangan ini, pemindahan organ insan yang telah mati kepada insan yang hidup adalah dibolehkan kerana kehidupan penerima bergantung kepada penerimaan anggota tersebut. Hal ini hendaklah melalui keizinan si mati ataupun warisnya, sekiranya si mati tidak dikenali atau tidak mempunyai waris, maka pemindahan tersebut mestilah melalui persetujuan masyarakat Islam.

5.2.3

Fatwa Dr Yusuf Al-Qaradhawi Menurut fatwanya, apabila seseorang berusaha untuk menghilangkan kemudaratan yang dialami oleh insan yang hidup seperti pemindahan jantung si mati kepada insan yang hidup, malah tiada larangan daripada mendermakan organ atau anggota mayat kepada pesakit yang memerlukannya untuk mengubati penyakitnya, dan menggantikan organnya yang tidak berfungsi. Perbuatan ini dianggap sedekah jariah yang berkekalan dan berterusan ganjaranya selagi si penerima mendapat manfaat daripada organ si mati itu. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang mengatakan bahawa sesiapa yang memberi rahmat di bumi akan menerima rahmat di akhirat nanti [15].

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

24

5.2.4

Kesimpulan Berdasarkan kepada kaedah ini, para fuqaha mengharuskannya, seperti mengambil mata insan yang mati, walaupun terpaksa menceroboh kehormatan si mati, namun bagi menyelamatkan mata-mata insan yang masih hidup diutamakan daripada memudaratkan buta dan penyakit kronik. Secara umumnya kaedah seperti ini seringkali dipakai iaitu hajat menduduki tempat darurat, baik secara umum ataupun secara khusus. Hal ini adalah kerana keperluan insan hidup dan dapat membendung kemudaratan penyakit dan bahayanya sekiranya diabaikan. Sesungguhnya kita ketahui bahawa Agama itu sangat mudah dan tiada kesukaran. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: dan ia tidak menjadikan bagi kamu pada agama itu sebarang kesukaran. (surah Al-Haj:78) Oleh itu, sekiranya membiarkan kemudaratan mata insan yang hidup itu akan menghilangkan ketajaman penglihatannya dan menyebabkan kemudaratan yang lebih besar lagi yang akan dihadapi oleh insan hidup apabila tidak dibendung. Sesungguhnya memudaratkan mayat lebih ringan daripada memudaratkan insan yang hidup. Justeru itu, tidak syak lagi bahawa pangambilan organ si mati adalah diharuskan oleh syarak berdasarkan kepada kadar yang diperlukan oleh darurat.

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

25

6. PENUTUP Ibn Qayyim al-Jawziyyah meletakkan pengorbanan jiwa raga pada peringkat yang tertinggi sekali daripada sepuluh jenis pengorbanan yang beliau sebutkan dalam Madarij al-Salikin. Penderma organ boleh dikategorikan di bawah pengorbanan jiwa raga seperti yang dinyatakan oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah ini. Ini kerana penderma sanggup menderma organnya kepada pesakit yang memerlukannya dengan syaratsyarat yang ditetapkan. Menyelamatkan nyawa manusia ialah salah satu daripada tumpuan penjagaan syarak dalam Islam. Pendermaan organ juga melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk membantu satu sama lain tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, pangkat dan harta. Islam sememangnya amat menggalakkan sifat taawun atau bantu-membantu seperti dalam ayat al-Quran yang bermaksud: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya). (Surah al-Maidah (5): 2)

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Pendermaan Organ Dan Anggota Badan Dalam Perspektif Islam

26

RUJUKAN

1. 2. 3. 4. 5.

Al-Quranul Karim dan terjemahannya. Asma Hanim Mahmood (2012). Wanita Ramai Ikrar Derma Organ. Utusan Malaysia. Hizbut Tahrir Malaysia (2007). Hukum Derma Organ. www.mykhilafah.com. http://mohamadsofee.blogspot.com/2011/05/realiti-derma-organ.html Ismail Hj Ibrahim, Dr. Mohamed Ali Albar, Dr. Zaki Morad b. Mohd. Zaher, Dr. Abdul Monir bin Yaacob dan Mohd Fauzi bin Mustaffa (2010). Islam dan Pemindahan Organ. Ed. 2. Institut Kefahaman Islam Malaysia: Kuala Lumpur.

6.

Jabatan Mufti Negeri Selangor (2011). Pendermaan Organ dari Perspek tif Islam. MAIS News Disember 2011.

7. 8. 9.

Dr. M. Nu`aim Yasin (2006). Fikih Kedokteran. Pusaka Al- Kautsar. Halaman: 157 -168. Al-Mughni wa Asy-Syarh Al-Kabir, Juz IV. Halaman: 304 Basri Ibrahim (1999). Perubatan Moden Menurut Perspektif Islam. Darul Numan. Cetakan Pertama Cetakan. Halaman: 209.

10.

Basri Ibrahim (1999). Perubatan Moden Menurut Perspektif Islam. Darul Numan. Cetakan Pertama. Hal 190.

11.

Abul Fadl Mohsin Ebrahim (2001). Organ Trasnplantation, Euthanasia, Cloning and Animal Experimentation an Islamic View. The Islamic Faundation. Halaman: 49.

12. 13. 14. 15.

Abul Fadl Mohsin Ebrahim. 2001. Op.cit. Halaman: 49. Basri Ibrahim (1999). Op.cit. Halaman: 199. Abul Fadl Mohsin Ebrahim (2001). Op.cit. Halaman: 50. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.Fataawa Muasarah.Cetakan ketiga. Halaman 532 dan 537.

UHW6023-FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

You might also like