You are on page 1of 3

PENDIDIKAN

ARKIB : 01/01/2011

Murid tahun satu kini lebih berani, cerdik


SEREMBAN 31 Dis. - Murid tahun satu yang mula mendaftar masuk sekolah hari ini lebih berani, malahan tidak langsung menunjukkan perasaan takut mahupun gementar.
bersemangat memulakan persekolahan pada sesi pertama di Sebaliknya, rata-rata yang SK Ampangan, Seremban, semalam. ditemuiUtusan Malaysia menyatakan rasa tidak sabar untuk memulakan musim persekolahan pada Isnin depan dan ada juga yang telah pun mendapat kawan baru dalam sekelip mata. Sebahagian murid tahun satu yang baru mendaftar kelihatan

Perkembangan itu nyata memberikan harapan baru ketika Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang akan diimplimentasikan pada sesi persekolahan Isnin ini bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), mencapai kehendaknya. Sesi suai kenal dan daftar masuk murid tahun satu di seluruh sekolah di negeri ini hari ini juga memperlihatkan peluang cuti umum sempena kejayaan pasukan bola sepak negara muncul juara Piala Suzuki AFF 2010 digunakan ibu bapa untuk bersama-sama anak mereka. Bagi murid, Mohd. Hijaz Khairul Amir, 7, dia tidak berasa takut untuk datang ke sekolah, sebaliknya sudah bersiap awal untuk bersama-sama rakan baru hari ini.

''Saya pernah belajar di tadika di Taman Tasik Jaya dan rasa takut itu sudah lama hilang. ''Tidak sabar hendak menunggu pada hari Isnin, tentu lagi seronok," katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Ampangan dekat sini hari ini. Rakannya, Ilham Agusman, 7, berkata, hari pertama daftar masuk sekolah ini, dia telah pun mendapat ramai kawan baru. ''Semuanya baik. Seronok pula rasanya. Tetapi hari ini kami semua balik awal dan tidak sempat keluar ke kantin bersama-sama. ''Tunggulah hari Isnin nanti, tentu lebih meriah. Saya mahu segera ke sekolah dan belajar dengan cemerlang," katanya. Ilham yang pernah belajar di tadika berkata, apabila sudah masuk ke sekolah aliran perdana ini, semuanya kita perlu buat sendiri. ''Di tadika, ada guru yang tolong kita, makan pun ada yang disuapkan tetapi di sekolah ini, kita kenalah bijak dan berkawan. Kalau kita susah, kawan boleh tolong. Kalau kita tidak tahu, guru pun boleh bantu," katanya. Dalam pada itu, menurut Nor Aina Jazmeera Johaniza, 7, semangatnya sentiasa meninggi untuk ke sekolah. ''Semuanya tiada masalah. Kami gembira, buat apa menangis. Inikan sekolah, tempat kita belajar dan menimba ilmu," katanya. Namun begitu, bagi Anis Nurehan Sholehan, 7, hari pertama mendaftar masuk ke sekolah sedikit mendebarkan, maklumlah ia pengalaman baru. ''Ini hari pertama saya ke sekolah. Bangunannya pun besar dan luas, kawan-kawan pula ramai. Semuanya belum saya kenali. Jadi saya takutlah. ''Tapi, guru di sini semuanya baik dan menenangkan saya. Mungkin pada hari Isnin nanti, saya sudah bersedia," katanya.

Sementara itu, seorang bapa, Md. Ayob Zainan, 34, berkata, dia gembira kerana anaknya, Mohd. Danish Haikal, 7, tidak menangis kerana sudah biasa dengan alam persekolahan. ''Mungkin juga kerana pengalaman di tadika membuatkan dia lebih bersedia untuk ke sekolah. Lagipun anak-anak sekarang semakin berani, cerdik dan sentiasa mahu berjaya," ujarnya.

You might also like