You are on page 1of 11

KEJIWAA BA DAR : SATU SOROTA

FIRDAUS AL-SIDDIQ FADZIL, ABDUL HADI HARMAN SHAH, ABDUL SAMAD HADI & SHAHARUDIN IDRUS

ABSTRAK

Makalah ini membentangkan satu kajian kecil mengenai definisi kejiwaan bandar sebagai indikator dayahuni bandar yang mengalami proses perubahan pembandaran yang cepat dan drastik. Timbulnya ilmu kejiwaan bandar ini apabila pemikiran manusia mula mengajukan pelbagai persoalan tentang sifat bandar yang mengelilinginya. Keadaan alam bandar di renung sebagaimana di renung dirinya manusia itu sendiri. Renungan itu selari dengan perkembangan pemikiran manusia yang hasilnya melahirkan pola kejiwaan bandar sebagai objek dan subjek pemerhatian, suatu metafora dan merupakan perkara yang paling menarik tetapi kompleks. Dalam pola kejiwaan bandar itu terkandunglah dorongan-dorongan hidup, nilai dan norma kehidupan, kelestarian, kekompleksan dan kesejahteraan. Pembentukan dan peneguhan kejiwaan bandar secara fizikal dan sosial adalah suatu gerak kuasa semulajadi antara penghuni (people), prinsip (principle) dan pola ruang (place) bandar tersebut. Gerak kuasa inilah yang membentuk mores dayahuni, yakni, apabila sebuah bandar mengalami perubahan dari segi bentuk (form) dan ruang (space) nya, maka perubahan itu tidak sama sekali mempengaruhi bentuk dan ruang jiwa bandar yang sedia ada. amun, cabaran terbesar dalam

menginterpretasikan erti kejiwaan bandar ini adalah menterjemahkan sifatnya yang abstrak kepada rupa fizikal yang boleh disentuh, dilihat, koheran dan lestari.

Kata Kunci : Kejiwaan Bandar; dayahuni; perubahan bandar; kelestarian

PENGENALAN

Apakah yang diertikan dengan Kejiwaan Bandar (Soul of the city)? Istilahnya kejiwaan itu bukanlah sesuatu yang baru atau janggal di dengar dalam perkembangan ilmu jiwa yang mengkaji dan memahami akan naluri diri manusia ini. Umumnya, ilmu jiwa mempunyai pengertian yang cukup luas dan mendalam maksudnya sehingga lebih difahami manusia. Oleh itu, ianya tidaklah dapat disamakan dengan ilmu psikologi yang hanya merupakan serpihan, terjemahan dan bercorak tertentu.dari keseluruhan ilmu jiwa tersebut. Sederhananya ilmu jiwa meliputi segala pemikiran, pengetahuan, tanggapan, khayalan dan spekulasi mengenai kejiwaan itu. Sejarah perkembangan ilmu jiwa dikatakan berasal dari tamadun Islam sehingga membawa ke dunia barat yang akhirnya mengembangkan kepada pelbagai lapangan bidang psikologi. Dalam pemikiran manusia yang bersifat falsafah dan terbatas, digambarkan jiwa manusia itu sebagai suatu yang tetap, tidak berubah dan dapat dianalisis ke dalam unsur-unsur yang terpisah antara satu sama lain. Pandangan ahli pengkaji ilmu jiwa pada zaman lampau menyatakan ilmu jiwa itu merupakan cabang ilmu falsafah dan belum berdiri sendiri sebagai suatu ilmu pengetahuan yang utuh dan metod penelitian pula turut menggunakan otonom (berdiri sendiri) dalam pengkajiannya. Sehinggalah pada dekad-dekad mutakhir ini telah lahirnya aliran kajian jiwa yang tidak hanya berfalsafah mengenai gejala kejiwaan tetapi juga menelitinya secara empiris dengan menggunakan metod ilmiah sehingga lahirlah kejiwaan bandar. Kejiwaan bandar tidak dapat disamakan dengan ilmu jiwa seperti yang dibawa oleh pemikir Plato dan Aristoteles. Kejiwaan bandar juga bukanlah penelitian ilmu falsafah atau ilmu rohaniah semata tetapi suatu penerokaan ilmu pengetahuan alam yang eksakta (dapat diketahui dan diselidiki). Hal ini

disebabkan jiwa manusia itu bukan hanya merupakan suatu rohaniah yang terlepas dari raga manusia yang jasmaniah. Sederhananya jiwa manusia itu dengan raganya tidaklah dapat dipisahkan begitu juga ilmu kejiwaan bandar dalam erti kata adalah suatu ilmu jiwa raga yang menterjemahkan alam sekeliling yang bersifat konkrit yang boleh dilihat, disentuh, diketahui dan diselidiki berdasarkan kajian serta dapat dibuktikan dengan pasti.

KEJIWAAN : SEJARAH, MAKNA DAN BAHASA

Dalam sejarah ilmu perkembangan jiwa atau kejiwaan ini pada umumnya dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, sejarah ilmu jiwa yang ketikanya masih dilihat sebagai cabang ilmu pengetahuan yang bersandarkan kepada falsafah atau abstrak sifatnya. Dalam pemikiran manusia yang bersifat falsafah itu mendasari pengetahuan dan penyelidikan dengan akal budi mengenai sesuatu hakikat segala yang ada, sebabnya dan hukumnya. Oleh itu, ilmu jiwa yang dibenihkan pada zaman ini adalah berakarkan logika, estetika, metafisika dan

epistimologi.Kedua adalah sejarah ilmu jiwa yang ketikanya sudah menjadi pengetahuan utuh yang berdiri sendiri dan menjadi satu disiplin ilmu. Lahir pada abad ke-19 dan antara cabang ilmu yang tumbuh dari ilmu jiwa pada zaman ini adalah psikologi, sosiologi, fisiologi dan antropologi.

Secara etimologis kejiwaan bererti ilmu tentang jiwa, roh, sukma, kekal atau nafas hidup. Dalam memaknai kejiwaan ini terdapat beberapa konfigurasi tentang penggunaan istilah ilmu jiwa atau mengertikan kejiwaan itu sebagai ilmu tentang jiwa iaitu :

1. Konfigurasi pertama adalah apabila istilah kejiwaan digunakan lalu timbul pertanyaan apakah ilmu jiwa sama halnya jika digunakan dengan istilah ilmu alam dan seterusnya timbul lagi pertanyaan apakah yang dimaksudkan dengan alam itu? Jawapannya adalah subjektif tetapi tidak terlalu sukar untuk difahami kerana alam masih boleh diamati secara langsung, disentuh, dilihat dan sebagainya.Tetapi untuk memberi jawapan apakah jiwa itu adalah suatu yang sukar kerana jiwa tidak dapat diamati secara langsung, tidak dapat disentuh dan tidak diketahui bentuk dan warnanya.

2. Konfigurasi kedua adalah penggunaan istilah jiwa yang merupakan sebahagian daripada manusia, salah satu aspek pada kehidupan seseorang adalah jiwa yang hidup disebalik fizikal atau jasadnya. Oleh sebab itu dapat diertikan juga dalam mempelajari kejiwaan ini bukanlah hanya pada jiwanya (rohani) tetapi juga jasad (fizikal) yang merupakan kesatuan jasmani rohani yang tidak dapat di belah bahagi atau dipecahkan.

Dalam menelusuri makna kejiwaan ini, secara definisi konfigurasi kedua dilihat lebih mudah untuk diterjemahkan ke dalam kajian jiwa bandar kerana ia merupakan ilmu pengetahuan yang mampu mempelajari kegiatan atau tingkah laku dalam berinteraksi dengan alam lingkungannya. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi oleh ahli yang mengkaji ilmu jiwa seperti Woodworth dan Marquis (1957), Sartain (1958), Crow dan Crow (1980), dan Ernest Hilgart (1987). Menurut mereka pengkajian tentang kejiwaan ini tidak hanya terbatas pada manusia sahaja tetapi juga pada alam lingkungannya seperti haiwan, tumbuhan, bangunan, jalanraya dan sebagainya namun bukanlah tujuan akhir melainkan untuk memahami kegiatan seseorang atau komuniti pada sesuatu ruang itu.

Dalam kajian kejiwaan bandar ini, kegiatan seseorang atau komuniti dapat dikelompokkan dalam beberapa jenis kegiatan antaranya adalah :

1. Kegiatan yang berbentuk gerakan atau perbuatan jasmani misalnya berjalan, berinteraksi, duduk dan sebagainya. Kegiatan itu adalah yang disedari kerana merupakan kegiatan yang refleksi daripada perubahan sekeliling.

2. Kegiatan yang berhubungan dengan dorongan dari dunia luar. Contohnya mengamati, mendengar, menghidu, mengingat, menghayal dan sebagainya.

3. Kegiatan yang memiliki interaksi dengan motif untuk mencapai sesuatu tujuan atau hasrat. Contohnya keinginan, cita-cita, tujuan hidup, kemahuan dan sebagainya.

4. Kegiatan yang menyatakan emosi, naluri atau perasaan tertentu misalnya bersedih, gembira, marah, tertekan dan sebagainya.

5. Kegiatan yang disedari seperti belajar, bersosial dan membeli belah serta kegiatan yang tidak disedari seperti salah cakap, salah baca, salah jalan dan sebagainya.

Oleh itu, kegiatan manusia dalam sesuatu ruang menjadi satu objek ilmu pengetahuan dalam kajian kejiwaan bandar ini di mana kegiatan manusia bukan hanya diterokai seumpama ilmu
4

psikologi tetapi juga menggunakan serpihan keilmuan dari antropologi, sosiologi, sejarah dan sebagainya.Contohnya antropologi fizik digunakan bagi memahami sifat-sifat alamiah dari kelompok-kelompok ras dalam bandar manakala antropologi budaya digunakan bagi mempelajari kebudayaan penghuni bandar dan pengaruhnya terhadap keperibadian bandar tersebut. Sejarah pembandaran pula dimanfaatkan untuk meneliti kegiatan manusia dari zaman lampau sehingga zaman ini.

Bahasanya "jiwa" itu sudah cukup membuktikan bahawa pengetahuan tentangnya sudah di bahas lama dalam kitab-kitab terdahulu yang di terjemah, di tafsir dan dikembangkan dari pelbagai sudut pandang agama, falsafah, bangsa dan sebagainya. Dalam bahasa Arab istilah jiwa (Othman, 1967) ialah nafs (jiwa), qalb (hati), roh dan aql (akal). Seandainya dikupas katanya nafs (Mohd. Jawad Mughniyah, 1973) itu menunjukkan zat dalam keseluruhan. Ia merupakan kata umum yang meliputi kemanusiaan seluruhnya. Nicholson (1935) menyatakan qalb pula selalunya digunakan berkaitan dengan emosi dan akal manusia. Penggunaannya lebih khusus daripada nafs. Kata roh digunakan dalam bahasa arab dengan bermacam-macam makna. Ia digunakan sebagai pemberian hidup dan juga menunjukkan seumpama sebuah wahyu dan malaikat yang membawanya. Kata aql sebagai kata, menunjukkan unsur pemikiran pada

manusia. Ia adalah salah satu kekuatan atau fungsinya nafs yang berfikir dan dibahagikan kepada dua bentuk iaitu 'aql praktis dan 'aql teoritis.

Ahli falsafah bersetuju bahawa jiwa atau psyche ini adalah sesuatu yang menyebabkan manusia itu dapat hidup. Sehinggalah timbulnya istilah yang dinamakan psychology (psikologi) yang berasal dari bahasa Yunani lama yang hari ini lebih terkenal sebutannya dalam masyarakat dunia walaupun kedua-duanya dikatakan punya kaedah yang hampir sama iaitu pengkajian ilmu tentang roh atau jiwa atau ilmu jiwa. Ada antara mereka yang menggunakan kata-kata tersebut dengan satu makna.Contohnya ahli falsafah Plato menterjemahkan jiwa itu dengan satu makna.Tidak kurang juga ada yang menggunakannya dengan makna yang berbeza-beza. Terdapat juga ahli falsafah Islam yang sama bersetuju dengan pendapat ahli falsafah Yunani yang menganggap al- afs al- atiqah (jiwa yang berfikir) itu bersamaan dengan katanya roh.

Berlainan pula dalam bahasa Sanskrit, perkataan Jiva ( ) daripada ejaan asalnya jiwa itu mempunyai beberapa maksud yang berlainan berdasarkan keilmuan dan falsafah Vedik. Merujuk kitab-kitab Sanskrit lama, Jiva didefinisikan sebagai makhluk yang hidup atau lebih khusus, suatu intipati abadi bagi organisma yang hidup (manusia, haiwan, ikan atau tumbuhan dan lainlain) dan bertahan sebelum kematian fizikalnya penggunaan yang sangat serupa dengan Atma atau kosmik diri yang menunjukkan satu entiti hidup bagi individu atau hidup yang khusus.

Dalam konteks kajian kejiwaan bandar ini, ruang lingkup pengertian bahasa jiwa yang ingin diinterpretasikan adalah bermaksud sesuatu yang terus hidup, tidak berubah dan kekal (lestari).Bukan sesuatu yang abstrak tetapi berbentuk fizikal yang boleh di sentuh, di lihat, koheren (mengikat) dan sejahtera sifatnya. Usaha ke arah mencapai matlamat kejiwaan bandar ini memerlukan pendekatan atau mekanisma pelbagai bentuk yang melibatkan prestasi, cabaran dan penyesuaian. Hal inilah yang memerlukan penghayatan sejarah, makna dan bahasa pada setiap peringkat pelaksanaan terutamanya pada peringkat aktor dan komuniti yang menjadi faktor pembentuk jiwa pada sesebuah bandar itu.

HUBUNGAN ONTOLOGI, EPISTIMOLOGI DAN AKSIOLOGI DALAM KEJIWAAN BANDAR

Kejiwaan bandar ini pada asasnya adalah diperkembangkan daripada perspektif Kejiwaan Sosial dengan memfokuskan kepada wacana pembangunan berdayahuni (H.M Dahlan, 1997). Ianya adalah satu ilmu pengetahuan yang mengkaji tentang dimensi pembandaran yang terbentuk daripada perubahan pembandaran yang berkembang secara cepat dan drastik. Perubahan pembandaran yang cepat dan drastik tersebut telah muncul pelbagai pembaharuan, dan pemodenan dalam pelbagai aspek kehidupan manusia seperti kepelbagaian aktiviti sosioekonomi, penghijrahan penduduk, pemodenan dan perindustrian, pertumbuhan sistem pengangkutan dan telekomunikasi serta media, pembangunan fizikal perumahan dan sebagainya. Tersirat dalam perubahan proses pembandaran tersebut adalah usaha untuk menghidupkan bandar yang mampu diinterpretasikan sebagai berdayahuni iaitu memiliki ciri-ciri menarik secara fizikalnya bagi semua kaum, terbuka dan mesra dengan ekonominya yang maju, sihat, tenang

dan aman serta bebas dari perasaan curiga tentang keselamatan diri, rumah dan kelestarian kehidupan.
ONTOLOGI JIWA BANDAR

Ontologi adalah pembahasan tentang hakikat sesuatu ilmu pengetahuan. Hubungan ontologi terhadap kajian Kejiwaan Bandar antara lain adalah bagi memperjelaskan bagaimana wujudnya hakikat jiwa bandar dan objek apakah yang cuba ditelaah dan diteroka dalam kejiwaan bandar ini ?

Hakikat Kejiwaan Bandar Kejiwaan Bandar adalah keilmuan bercorak interdisiplin, bererti tersusun oleh banyak disiplin ilmu yang saling terkait. Ilmu jiwa, ilmu dayahuni bandar (urban livability), ilmu kelestarian (sustainability), ilmu arkitektur, dan ilmu-ilmu lainnya yang saling berintegrasi dan berhubungkait untuk membahas setiap persoalan Kejiwaan Bandar. Bagi menerokai dan meneliti jiwa di dalam bandar itu, diperlukan berbagai kegiatan yang dilandasi dengan ilmu jiwa, ilmu dayahuni bandar, ilmu kelestarian untuk menjiwai bandar, menjiwai penghuni bandar dan seterusnya. Beberapa konteks yang terkait dengan Kejiwaan Bandar adalah seperti berikut :

a. Pemaju/Organisasi Perancang Bandar Pemaju atau perancang bandar adalah suatu organisasi yang mempunyai pengaruh yang kuat keatas kehidupan manusia. Ia mempunyai kaitan langsung dengan keadaan, keselesaan, kesejahteraan serta kualiti hidup manusia secara keseluruhannya. Kesemua faktor ini pula sangat mempengaruhi perasaan, sikap dan tindakan manusia dalam menjalani kehidupan manusia.(Noor Sharifah & Abu Salehek,1998). Pemaju atau perancang bandar mempunyai cara tersendiri dalam mengatasi masalah pembandaran dan berperanan dalam memperkukuh, memantap,

menggalakkan dan menyokong hubungan antara elemen-elemen yang mampu menghidupkan sesebuah bandar. Selain berpegang kepada falsafah perancangan bandar negara, pemaju bandar di lihat berkemampuan menentukan skop atau perancangan dalam bandar yang perlu diberikan tumpuan. Selaras dengan doktrin perancangan bandar yang dijadikan panduan, pemaju bandar di lihat mempunyai kebolehan teknikal yang berwibawa di samping mempunyai nilai-nilai murni sepertimana yang diharapkan oleh penghuni bandar.

a. Penghuni Bandar Penghijrahan penduduk dari desa ke bandar telah merombak struktur pekerjaan, pendapatan dan struktur kelas dan gaya hidup penghuni bandar. Kesan besar dari keseluruhan proses tersebut adalah berlakunya perubahan ke atas stratifikasi sosial dengan kemunculan kelas-kelas baru dalam masyarakat disamping kemunuculan cara hidup baru yang dinamakan sebagai gaya hidup bandar. Kebanyakkan penghuni bandar di Malaysia adalah terdiri daripada masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan ini mencorakkan lagi kedinamikan bentuk dan ruang yang wujud secara tidak langsung di bandar. Oleh itu, penghuni di bandar di lihat sebagai agen perubahan dan berperanan penting dalam membentuk sejarah, imej dan keunikan pada sesebuah bandar di mana wujudnya kehidupan sosial yang dipandu oleh nilai-nilai yang datang dari kepelbagaian adat, budaya dan keagamaan yang berbeza.

Objek telaah Kejiwaan Bandar Perubahan pembandaran secara langsung atau tidak telah mewujudkan apa yang disebut sebagai elemenelemen jiwa bandar yang bersifat tetap, kekal, tidak berubah dan menjadi faktor pembentuk bandar. Faktor pembentuk bandar ini dilihat mampu menjadikan sesebuah bandar itu dapat terus hidup berkembang dan menjadi matang. Oleh kerana itu, elemen-elemen jiwa bandar ini hendaknya diteliti, dikenalpasti dan dikategori dalam proses perubahan konurbasi pembandaran yang cepat dan drastik pada masa kini. Objek Kejiwaan Bandar bukanlah terfokus dalam mencari identiti bandar seperti arkitektur berbudaya, landskap yang bersimbolik atau fungsional ruang dan bentuk yang bersifat abstrak. Namun objek jiwa bandar itu lebih diarahkan pada bentuk fizikal yang boleh disentuh, dilihat, koheran,komprehensif dan rasional.Orientasi elemen jiwa bandar pula mengarah pada perubahan pembandaran yang positif. Sesuatu elemen jiwa bandar yang berdayahuni akan mampu menjadikan ia terus kekal dan tidak berubah walaupun perubahan sesebuah pembandaran itu mengambil ruang dan waktu yang panjang.

EPISTEMOLOGI JIWA BANDAR

Epistemologi adalah pembahasan mengenai metod yang digunakan untuk mendapatkan pengetahuan. Hubungan epistemologi terhadap kajian Kejiwaaan Bandar adalah melihat bagaimana proses atau kaedah pengkajian Kejiwaan Bandar tersebut dan bagaimana elemen-elemen jiwa bandar akan diperoleh? Kajian

ini akan menggunakan kaedah kualitatif untuk pengumpulan maklumat dan data. Untuk tujuan tersebut, tiga teknik akan digunakan iaitu analisis isi (content analysis), temubual secara mendalam (in-dept interview) dan kajian visual (visual survey). Pengumpulan data tentang pola
8

fikir dan pengalaman pemaju dalam penerapan elemen-elemen jiwa semasa merancang bandar akan menggunakan analisis isi dan temubual secara mendalam yang dilakukan kepada beberapa organisasi pemaju yang telah berjaya membangunkan bandar yang akan di pilih. Data mengenai fungsi dinamika penghuni bandar pula akan diperolehi juga melalui kajian berbentuk temubual mendalam yang akan mengambil 10 hingga ke 15 informan yang terdiri daripada lelaki dan wanita yang berusia 30 hingga 70 tahun yang telah menghuni di bandar lebih daripada 10 tahun dan ke atas. Pemilihan informan akan dibuat secara teliti, bertapis dan berperingkat iaitu berdasarkan hierarki dalam masyarakat bermula pada komuniti awam yang umum hinggalah pada kelompok penghuni bandar yang berjawatan khusus tanpa mengira agama, bahasa dan bangsanya. Kajian jangkamasa 10 tahun dan ke atas ditetapkan terhadap penghuni yang telah menetap di bandar adalah kerana rasionalnya ia dilihat sebagai tempoh yang matang dalam perkembangan seorang manusia bagi mempelajari keterampilan menggunakan pengalamannya dalam melihat atau mengamati, mendengar, mengeksplorasi dan berkomunikasi serta berkehidupan dalam masyarakat.

Pemerhatian terlibat juga akan dilakukan secara berterusan terhadap pelbagai dimensi kehidupan bandar dalam 30 tahun terakhir ini dengan menggunakan kaedah fotografik iaitu melihat

elemen-elemen bandar yang dari dahulu hingga ke hari ini yang tidak berubah contohnya papan tanda (signboard), tipologi bangunan, pengangkutan awam dan sebagainya. Selain itu, gambaran makro dan mikro mengenai perubahan pembandaran akan diperolehi daripada data statistik rasmi dan data sekunder lain melalui kajian perpustakaan yang turut dijalankan.

AKSIOLOGI JIWA BANDAR

Aksiologi adalah pembahasan mengenai nilai moral pengetahuan. Hubungan aksiologi terhadap kajian Kejiwaaan Bandar adalah bagi menjawab pertanyaan untuk apa pengetahuan jiwa bandar itu digunakan disamping melihat bagaimana bentuk hubungan yang wujud diantara proses perubahan konurbasi pembandaran dengan fungsi dan norma pemaju dan penghuni dalam bandar tersebut. Elemen-elemen bandar yang wujud secara langsung atau tidak merupakan jiwa yang dapat menghidupkan sesebuah bandar. Oleh kerana itu sekiranya elemen-elemen jiwa bandar itu berjaya dikenalpasti, dayahuni pada bandar tersebut selanjutnya akan dapat dilestarikan dalam konteks perkembangan pembandaran secara keseluruhannya. Pola kejiwaan bandar dalam konurbasi bandar utama di Malaysia 9 menjadi sangat

penting khususnya implikasinya bagi perubahan bandar yang berlaku cepat dan drastik berguna untuk membentuk satu penjurusan hasil kajian yang terkait antara satu dengan yang lain dan berkesan untuk kegunaan akademik dan masyarakat umum. Hal yang perlu difahami bahawa kejiwaan bandar juga akan selalu terkait erat dengan fungsi dan norma pemaju dan penghuni bandar kerana nilai-nilai yang terkandung dalam kejiwaan bandar itu adalah benih pembentuk utama bandar secara keseluruhannya.

KESIMPULAN

Kejiwaan Bandar merupakan suatu disiplin ilmu kelestarian bandar yang secara khusus memperhatikan, menelaah dan mengenalpasti elemen-elemen bandar yang dilihat sebagai faktor pembentuk bandar yang mampu menjadikan sesebuah bandar itu dapat terus hidup berkembang dan menjadi matang. Sebagai rumpun keilmuan, kejiwaan bandar dapat difahami dalam konteks sejarah, makna dan bahasa serta memiliki kerangka ontologis, epistimologis, dan aksiologis yang merupakan dasar suatu ilmu. Kajian Kejiwaan Bandar ini meneliti satu dimensi pembandaran yang terbentuk daripada perubahan pembandaran yang berkembang secara cepat dan drastik sehingga kini. Dalam perubahan pembandaran yang drastik itu, ada sesuatu yang tetap, kekal dan menjadi sebahagian dari identiti bandar dan juga menjadi inti dayahuni sesebuah bandar itu. Dengan adanya makalah ini semoga dapat memberikan manfaat, penjelasan dan ilmu pada sesiapa untuk memahami kajian Kejiwaan Bandar secara menyeluruh.

10

RUJUKAN

1. Abdul Hadi Harman Shah, Abdul Samad Hadi, Shaharuddin Idrus & Ahmad Fariz Mohamed. Kelestarian Bandar sebagai Habitat Manusia. Sari-International Journal of Malay World and Civilisation 28(2)(2010) :175-194 2. Abdul Rahman Embong. Memikir Semula Persoalan Pembangunan Manusia : Antara Teori dengan Realiti. Akademika 64 (Januari) 2004 :15-26 3. Abdul Samad Hadi, Shaharuddin Idrus, Abdul Hadi Harman Shah. Persekitaran Bandar Lestari Untuk Kesejahteraan Komuniti. Malaysian Journal Of Environmental Management5 (2004) :3-29 4. Asmady Idris, Balakrishnan Parasuraman, Dullah Mulok, Paul Porodong & Rosazman Hussin.2000. Globalisasi : Beberapa Pendekatan Sains Sosial. Dewan Bahasa dan Pustaka 5. Avip Nurfita, Eli Fatmawati, Havida Fitri M, Puput Dwi C & Yussi Aprilia A. 2010. Ontologi, Epistimologi dan Aksiologi Dalam Pengetahuan Filsafat. Jakarta : Bumu Aksara 6. Hassan Langgulung.1996.Perspektif Baru dalam Perkembangan Psikologi Moden: Sumbangan Islam. Sains Sosial dari Perspektif Islam.Penerbit UKM. 7. H.M.Dahlan. 1997. Urbanisasi, Alam Kejiwaan Sosial dan Pembangunan.Penerbit UKM. 8. Shaharuddin Idrus, Abdul Samad Hadi & Abdul Hadi Harman Shah. Dayahuni Bandar: Hubungkaitan Bentuk Fizikal Bandar dan Dayahuni Setempat. Akademika 79 (MeiOgos) 2010 :19-42

11

You might also like