You are on page 1of 8

KELESTARIA : KE ARAH PARADIGMA KEJIWAA BA DAR

FIRDAUS AL-SIDDIQ BIN FADZIL

PENGENALAN

Istilah paradigma pada abad 20 dan 21 ini pertamanya digunakan oleh Thomas Kuhn dalam bukunya The Structure of Scientific Revolutions1 di mana beliau mencabar konsep kesinambungan kemajuan "sains biasa" dengan memperkenalkan "revolutionary science" sebagai isian yang membawa sains ke satu bentuk, model atau paradigma lain yang berupaya menjana penyelidikan dan penemuan baru, jauh berbeza dengan kaedah saintifik yang lazimnya mendominasi pola fikir dan pola penghasilan para saintis. Paradigma menjadi benih fahaman yang digunakan untuk mendasari sesuatu idea, dan yang sangat ketara sejak kebelakangan ini ialah untuk menyimpulkan idea kelestarian (sustainability). Dalam mewacanakan isu kelestarian, ahli-ahli intelektual telah memberikan pendapat mereka berdasarkan apa yang telah diterjemahkan dengan penyataan kelestarian tersebut, dan implikasinya adalah bentuk kajian dan prosedur yang telah diterbitkan dan juga dipraktikkan. Pemahaman masyarakat terhadap kelestarian itu digarap dan disesuaikan semula mengikut konsep asal

pembangunan lestari itu sendiri. Timbulnya kefahaman masyarakat tentang ilmu pembangunan lestari itu pada asasnya memerlukan kefahaman tentang sains kelestarian, peranan dan partisipasi mereka sebagai kunci utama dalam menentukan keberjayaan, keberhasilan dan pencapaian kepada dorongan tersebut. Kesejahteraannya sains kelestarian itu adalah hasil komponen (komuniti) dan penggerak. Intergrasi komuniti dan para saintis merupakan tema utama yang dapat diperincikan untuk mewakili persekitaran norma (budaya) dan nilai (fizikal).Sebahagian dari persoalan kelestarian itu harus mengambilkira maklum balas dan kesejahteraan komuniti, di samping pengekalan dan keseimbangan persekitaran dan aturannya (budaya, ekonomi dan sebagainya).Sederhananya, apa yang ingin disampaikan di sini adalah penglibatan komuniti sebagai stakeholder untuk menentukan dasar pembangunan mestilah dihargai dan dihormati.

PARTISIPASI KOMUNITI SEBAGAI KOMPONEN SAINS KELESTARIAN

Dalam bidang perancangan, partisipati komuniti (community participation) itu seringkali dikaitkan dengan perancangan di peringkat bandar (makro) dan peringkat kejiranan (mikro) kerana sesuatu

Thomas Kuhn, 1962, The Structure of Scientific Revolutions, University of Chicago Press.

komuniti itu di anggap terletak pada skala kejiranan. Perbincangan seumpama ini (prinsip-prinsip perancangan) pernah ditunaskan dan barangkali boleh dijadikan panduan dalam maksud ruang komuniti di mana ianya datang dari idea-idea pemikir seperti arkitek Frank Lloyd Wright, Le Corbusier, Clarence stein (Fishman,1982) dan juga beberapa perancang lain.Setiap partisipasi komuniti harus bermula dengan konsepsi pemikiran yang dapat menyokong sistem nilai dan norma serta penilaian kelompok manusia itu yang dapat membantu menjayakan usaha ke arah kelestarian itu. Apakah kaitan perubahan imbangan kajian yang ditimbulkan oleh para saintis atau penyelidik dengan partisipasi komuniti ? Konsep

pemindahan ilmu yang seringkali diperjelaskan menuntut kepada satu pendekatan atau mekanisma yang berupaya membantu para saintis atau penyelidik menyampaikan dan berkongsi penemuan mereka dengan lebih terarah dan tersusun untuk kesejahteraan manusia keseluruhannya. Mengambil contoh isu semasa yang sedang melanda dunia pada masa kini iaitu pemanasan global (global warming). Pendekatan yang ditemui oleh para saintis adalah ukuran bagi memberi nilai kualitatif terhadap maklumat yang di terima oleh komuniti berkaitan dengan pemanasan global tersebut. Sesuatu mekanisma perlu dibangunkan agar maklumat (pemindahan ilmu) memberikan kesan yang lebih jelas. 2 Kemudian komuniti tersebut boleh dan senantiasa mengikuti kemajuan tentang sesuatu isu dan permasalahan persekitaran itu ke arah satu tahap yang lebih baik untuk kesejahteraan yang berterusan. Penjelasannya di sini bahawa penemuan (teoritis) dan pendekatan (praktik) oleh para saintis atau penyelidik itu merupakan satu proses yang keberlanjutanan (sustainability) dan ilmu yang dikembangkan tidak hanya berlegar di alam teoritis dan makmal semata.

Rajah 1 : Partisipasi Komuniti Partisipasi komuniti sekiranya dapat di lihat sebagai suatu komponen sains kelestarian antara para saintis dan komuniti perlu diteliti kembali menerusi beberapa penekanan terbaru dalam pembangunan lestari. Ini termasuk menggemblengkan penggunaan pelbagai media dan rekabentuk fizikal dengan melibatkan peningkatan penglibatan komuniti dengan apa jua proses perancangan. Demikianlah sesebuah komuniti

Abdul Samad Hadi, Shaharuddin Idrus dan Abdul Hadi Harman Shah, 2004, Persekitaran Bandar Lestari Untuk Kesejahteraan Komuniti, Malaysian Journal Of Environmental Management 5 (2004) :3-29

itu berpeluang terlibat dalam menentukan sesuatu hala tuju, soalnya bagaimana dapat penghayatan ini dipupuk?

KEJIWAAN : SATU PENGHAYATAN HATI DAN PEMIKIRAN

Usaha ke arah mencapai kelestarian memerlukan pendekatan atau mekanisma pelbagai bentuk yang melibatkan prestasi dan penyesuaian. Hal inilah yang memerlukan penghayatan pada setiap peringkat pelaksanaan terutamanya pada peringkat aktor dan komuniti yang menjadi agen penerima pemindahan ilmu. Persoalan bagaimana dapat penghayatan ini di pupuk di sinilah timbulnya istilah menjiwai yang merupakan instrumen sangat efektif dalam menggerakkan kefahaman, sekaligus memperluas pilihan dan peluang dalam mengembangkan segenap potensi komuniti yang dimiliki. Secara teoritis, kejiwaan dapat menciptakan dan memurnikan pembangunan lestari yang ditandai oleh nilai dan norma manusia (fitrah) seperti yang tercermin pada sesuatu komuniti. Sederhananya, pembangunan tidak mungkin dapat terlaksana dengan baik tanpa adanya kejiwaaan pada aktornya bagi mempraktikkan ilmu (kelestarian) itu betul pada masa,tempat dan ruangnya.

Kejiwaan, salah satu bidang ilmu dan pengetahuan yang ingin dihujahkan dalam penulisan ini. Barangkali istilah kejiwaan sesuatu yang baru atau janggal di dengar dalam perkembangan ilmu yang mengkaji dan memahami akan naluri diri manusia ini. Umumnya, ilmu jiwa di alam nusantara ini sudah lama bertapak malah dibincangkan dalam pelbagai pembelajaran dan lapangan keilmuan. Bahasanya "jiwa" itu sudah cukup membuktikan bahawa pengetahuan tentangnya sudah di bahas lama dalam kitab-kitab terdahulu yang di terjemah, di tafsir dan dikembangkan dari kitab suci Al-Quran al-karim. Sehinggalah timbulnya istilah yang dinamakan psychology (psikologi) yang berasal dari bahasa Yunani lama yang hari ini lebih terkenal sebutannya dalam masyarakat dunia walaupun kedua-duanya dikatakan punya benih dan niat yang hampir sama iaitu pengkajian ilmu tentang roh atau jiwa atau ilmu jiwa. Demikianlah, istilah psikologi itu sendiri yang berakar kata dari dua perkataan iaitu Psyche yang bermakna roh, jiwa, dan fikiran manakala logos bermaksud ilmu atau pengetahuan. Ringkasnya, psikologi berkembang sebagai satu disiplin sains bermula pada akhir abad ke-18. Timbulnya kejiwaan apabila pemikiran manusia mula mengajukan pelbagai persoalan tentang sifat alam sejagat yang mengelilinginya. Keadaan alam sekitar di renung sebagaimana di renung dirinya manusia itu sendiri.Renungan itu selari dengan perkembangan pemikiran manusia yang hasilnya melahirkan ilmu jiwa sebagai objek pemerhatian dan merupakan perkara yang paling menarik tetapi kompleks.

Jiwa seandainya di kupas dari maknanya bahasa Arab itu mempunyai empat pecahan istilah iaitu roh, qalb (hati), nafs dan 'aql (akal) 3. Dalam pembahasannya, ahli falsafah bersetuju bahawa jiwa atau psyche ini adalah sesuatu yang menyebabkan manusia itu dapat hidup. Ada antara mereka yang menggunakan kata-kata tersebut dengan satu makna.Contohnya ahli falsafah Plato menterjemahkan jiwa itu dengan satu makna.Tidak kurang juga ada yang menggunakannya dengan makna yang berbeza-beza. Terdapat juga ahli falsafah Islam yang sama bersetuju dengan pendapat ahli falsafah Yunani yang menganggap al-Nafs al-Natiqah (jiwa yang berfikir) itu bersamaan dengan katanya roh. Dibahaskan juga bahawa Nafs sebelum berhubung dengan badan boleh digambarkan sebagai roh (al-Aqqad,1962) dan apabila telah berhubung dengan badan barulah adanya nafs itu. Kata qalb (hati) pula sedikit sekali digunakan dalam menterjemahkan jiwa.Tentang penggunaan kata 'aql pula adalah salah satu kekuatan atau fungsinya nafs yang berfikir dan dibahagikan kepada dua bentuk iaitu 'aql praktis dan 'aql teoritis.

Demikianlah, kejiwaan dan tingkah laku manusia kini menjadi tema sentral dalam wacana perbahasan mengenai isu-isu pembangunan lestari. Dalam konteks ini, kejiwaan memfokuskan komuniti sebagai pusat segala perhatian yang bertujuan bukan sahaja meningkatkan kefahaman tentang apa itu kelestarian malah mendidik aktornya sentiasa memegang amanah dan bertanggungjawab dalam memelihara dan melestarikan alam ini. Proses kejiwaan ini di lihat sebagai satu keperluan untuk peningkatan sosial dalam governan dan partisipasi komuniti yang lebih efektif, dan institusi yang lebih baik untuk memastikan pengurusan, koordinasi dan rangkaian yang lebih cekap. Apabila di lihat dari sudut umum ini, perkara seumpama ini begitu diperlukan dalam governan iaitu penglibatan komuniti secara menyeluruh selain daripada keterbukaan pihak pemerintah terhadap penglibatan masyarakat dan galakan bagi kemunculan kegiatan sukarela dari badan bukan kerajaan4.Hanya mereka yang menjiwai ini (kelestarian) yang boleh bersama-sama pihak intelektual dan pentadbir membangun, memurni dan lengkap-melengkapi usaha membina keadaan yang selesa untuk semua pihak. Idea penghasilan paradigma kejiwaan ini (rajah 2) merupakan cadangan, pandangan dan teoritis yang dibincangkan bersama-sama Prof.Madya Abdul Hadi Harman Shah berdasarkan pengalaman luas beliau bersama-sama beberapa penyelidik lain di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah banyak meneroka, mengkaji dan menelusuri perkembangan pemikiran dan strategi kelestarian di alam nusantara ini.

Hassan Langgulung, 1996, Perspektif Baru dalam Perkembangan Psikologi Moden: Sumbangan Islam. Sains Sosial dari Perspektif Islam,Penerbit UKM. Abdul Samad Hadi, Shaharuddin Idrus dan Abdul Hadi Harman Shah, Persekitaran Bandar Lestari Untuk Kesejahteraan Komuniti, Malaysian Journal Of Environmental Management 5 (2004) :3-29
4

Rajah 2 : Idea Penghasilan Paradigma Kejiwaan LAHIRNYA PARADIGMA KEJIWAAN BANDAR

Proses pembangunan bandar pada hari ini boleh digambarkan sebagai gabungan manusia, tempat dan undang-undang atau segala yang mencakup pratik hidup dan berkehidupan di dalam sesebuah ruang yang disusun untuk mengupayakan interaksi sosial. Malah terdapat juga beberapa pembangunan perbandaran di dunia yang didirikan mempunyai konsep tersendiri seperti bandar ekonomi, bandar kedutaan, bandar ketenteraan, bandar peribadatan dan sebagainya. Di Malaysia contohnya, boleh dapati beberapa bandar yang dibangunkan mempunyai konsep yang tersendiri seperti Putrajaya (Bandar Pentadbiran), Proton City (Bandar Industri), Cyberjaya (Bandar Cyber) dan pelbagai lagi. Menurut Madanipour (1996), rupa bentuk bandar merupakan (rancangan) kumpulan berbagai bangunan dan artifak (yang membentuk urban setting) serta menyediakan ruang dan tempat untuk berhubungan sosial di antara penggunanya5.

Bandar adalah sebagai rangka peningkatan kualiti hidup di wilayah perbandaran yang mencakupi cara hidup manusia (orang yang menetap di bandar), peraturan (hukum, sistem, adat dan budaya) serta tempat (ruang, tanah atau tapak) yang terkandung didalamnya. Justeru, suatu daya usaha diperlukan untuk mempertahan dan memperkembangkan kawasan-kawasan yang didiami. Refleksi daripada perkembangan ruang wilayah sesebuah perbandaran, bermakna manusia dan perilakunya semakin diperhitungkan dalam proses perancangan yang melahirkan satu pemahaman atau paradigma yang disebut Kejiwaan Bandar.

Madanipour, A, 1996, Design of Urban Space, Y: John Wiley & Sons

Kejiwaan bandar adalah suatu bidang ilmu yang memerhati, menganalisis pengaruh penataan dan konsep ruang bandar terhadap faktor kejiwaan penghuninya atau bagaimana melihat bandar dari aspek kejiwaan penghuninya. Hal ini tidak boleh dianggap remeh kerana kegagalan memahami konsep bandar secara keseluruhan menyebabkan penduduknya mempunyai potensi seperti berperilaku tidak menyenangkan, tidak efisien, banyak melakukan kesalahan, jenayah berleluasa, membazir waktu dan tenaga, timbul perasaan tidak puas hati, merasa marah, tertekan dan sebagainya. (Hershberger,1977).

Oleh itu, manusia mempunyai kemampuan beradaptasi terhadap perencanaan dan pengaturan ruang yang di reka di dalam lingkungannya. Dalam konteks ini, semua masyarakat di dunia melihat fenomena yang sama dari perspektif yang berbeza. Ruang lingkup kejiwaan bandar tidak hanya pada bentuk atau pada persekitaran binaannya (built environment) sahaja, akan tetapi ia boleh dispesifikasikan kajiannya pada nodus dan laluan, landskap, fasilitis awam atau sesuatu yang kompleks yang terdiri dari beberapa perencanaan fizikal seperti di mana seseorang tinggal, berinteraksi dan beraktiviti (riadah). Memahami aspek tingkah laku kemanusiaan terhadap idea dan konsep dalam perancangan reka bentuk bandar adalah satu cabang keilmuan yang melihat bahawa kejiwaan bandar memberi perhatian serta mempelajari dimensi terhadap cara hidup manusia, tempat serta perilaku dan pengalaman-pengalaman manusia yang sebenarnya menjadi tujuan utama akibat dari perencanaan dan pengembangan idea dan konsep sebuah bandar. Secara sederhana, kejiwaan bandar memfokuskan hubungan di antara manusia dengan persekitarannya dan adakalanya dapat disebut ia sebagai dikotomi (pembahagian kelompok yang saling bertentangan). Contohnya bagi seorang manusia yang dalam jiwanya secara fitrah memiliki sifat yang saling berlawanan iaitu berkeinginan membuat makruf (kebaikan) atau tidak mahu membuat mungkar (kejahatan).

Dalam merencanakan sebuah bandar yang bersifat dan bermatlamatkan kelestarian itu, persoalan tentang kelestarian jiwa manusia yang menghuninya merupakan perkara pokok yang perlu dirungkaikan. Kejiwaan bandar sudah tentunya melibatkan penyusunan nilai dan pembentukan sikap serta mentaliti kelestarian (sustainability). Dalam erti kata lain, sesebuah pembangunan bandar mestilah bersifat kemanusiaan kerana istilahnya pembangunan, pada esensinya tidak akan langsung bererti sekiranya tidak disediakan ruang dan keperluan yang aman dan selesa bagi manusia sebagai warga yang hidup dan kehidupannya dalam lingkungan binaan kebudayaan. Dalam semangat paradigma ini, Prof H.M Dahlan, UKM telah meletakkan satu batu asas tentang peri pentingnya ilmu kejiwaan dan pembangunan ini yang harus dikembangkan. Dalam pembinaan dan pembentukan paradigma tersebut telah diterangkan beliau dalam bukunya yang bertajuk Urbanisasi, Alam Kejiwaan Sosial dan Pembangunan (1997) yang

menyentuh soal potensi kejiwaan bandar seperti dalam penyataannya iaitu : 6

persepsi dan evaluasi penghuni bandar terhadap situasi bandar memprojeksikan suatu konfigurasi mental yang telah menanamkan suatu pola kejiwaan yang dominan di kalangan penduduk tersebut.

KESIMPULAN

Berlandaskan kepada keterangan yang telah di kupas, jelasnya menjiwai sesuatu perkara itu memerlukan kejiwaan bukan sahaja menjelmakan suatu bentuk ruang yang ideal, tetapi merangkumi suatu hierarki nilai dan penilaian yang seharusnya dimiliki manusia yang jiwanya juga ideal. Berdasarkan cadangan model ketergantungan sains kelestarian, untuk menghasilkan jiwa manusia yang ideal, perlunya ada tempat (persekitaran) dan aturan (sistem) yang juga ideal supaya dapat dijadikan benih fahaman (paradigma) yang mampu dikembangkan untuk menterjemahkan maksud pembangunan lestari itu dan seterusnya mampu dijadikan bekalan untuk generasi yang selanjutnya. Partisipasi komuniti sebagai komponen sains kelestarian adalah sangat mustahak bagi membenihkan proses pembangunan ilmu supaya terus berlaku seperti yang tertera pada rajah 1 bahawa perlu wujud budaya salingkebergantungan dan pemindahan ilmu di antara saintis atau penyelidik dengan komuniti (penggerak). Bagi merealisasikan hasrat ini, satu penghayatan yang bertunjangkan hati dan pemikiran dengan kaedah menjiwai di lihat mampu menggerakkan kefahaman kelestarian tersebut dan apa pun namanya pembangunan pastilah dapat di pacu dengan sempurna betul pada masa, ruang dan tempatnya. Berakar penghayatan jiwa inilah memunculkan satu pemahaman atau paradigma Kejiwaan Bandar yang merangkumkan manusia, persekitaran dan aturan (sistem) yang sesuai pada kondisi dan zamannya.

RUJUKAN

1. Abdul Hadi Harman Shah, Abdul Samad Hadi, Shaharuddin Idrus & Ahmad Fariz Mohamed. Kelestarian Bandar sebagai Habitat Manusia. Sari-International Journal of Malay World and Civilisation 28(2)(2010) :175-194 2. Abdul Rahman Embong. Memikir Semula Persoalan Pembangunan Manusia : Antara Teori dengan Realiti. Akademika 64 (Januari) 2004 :15-26 3. Abdul Samad Hadi, Shaharuddin Idrus, Abdul Hadi Harman Shah. Persekitaran Bandar Lestari Untuk Kesejahteraan Komuniti. Malaysian Journal Of Environmental Management5 (2004) :3-29 4. Arthur Erikson.2000. Speech to McGill University School of Architecture, McGill University, Montreal, Quebec, Canada. October 21, 2000. www.arthurerickson.com/sp_mcgill.html 5. Brundtland. 1987. Report Our Common Future, Report of the World Commission on Environment and Development, World Commission on Environment and Development. Published as Annex to General Assembly document A/42/427, Development and International Cooperation: Environment August 2, 1987. 6. Gahegan,M., Wachowcz,.,Harroer,M. &rhyne,T.M.2001. The Integration of Geographic Visualization with Knowledge Discovery in Database and Geocomputation. Cartography and Geographic Information Systems (special issue on the ICA research agenda) 28(1):29-44 7. Hassan Langgulung.1996.Perspektif Baru dalam Perkembangan Psikologi Moden: Sumbangan Islam. Sains Sosial dari Perspektif Islam.Penerbit UKM. 8. H.M.Dahlan. 1997. Urbanisasi, Alam Kejiwaan Sosial dan Pembangunan.Penerbit UKM. 9. Madanipour, A.1996. Design of Urban Space, Y: John Wiley & Sons. 10. Muhammad Rizal Razman & Jamaluddin Md Jahi. Kelestarian dalam Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala : Sudut Pandangan Malaysia. Malaysian Journal of Environmental Management 11(2)(2010):33-34 11. Shaharuddin Idrus, Abdul Samad Hadi, Abdul Hadi Harman Shah & Ahmad Fariz Mohamed. Kerja Lapangan Berterusan: Merungkai Pembandaran Lestari. Akademika 71 (Julai) 2007 :3-30 12. Thomas Kuhn, 1962, The Structure of Scientific Revolutions, University of Chicago Press.

You might also like