You are on page 1of 5

Aktiviti 10 1.

Nyatakan cara format menyediakan kertas kerja yang sesuai untuk program
pengelolaan suatu kejohanan olahraga tahunan sekolah. PANDUAN RINGKAS MENULIS KERTAS KERJA 01. Tajuk Kertas Kerja Tajuk hendaklah jelas dan menggambarkan matlamat / objektif program. 02. Tujuan Nyatakan dengan jelas tujuan kertas kerja disediakan sama ada; - Kelulusan / Makluman / Perbincangan / Lain-lain. - Untuk siapa dikemukakan. 03. Objektif Nyatakan objektif / matlamat yang ingin dicapai. - Dinyatakan mengikut keutamaan [maksimum 5]. 04. Maklumat Projek - Tarikh / Hari - Masa - Tempat - Kerjasama / Bantuan mana-mana pihak - Tema 05. Penyertaan Nyatakan kumpulan sasar yang akan menyertai program ini sama ada pelajar pengajian tinggi, kakitangan, pelajar sekolah, masyarakat umum atau lain-lain. 06. Jawatan Kuasa Pelaksana / Penganjur - Carta Organisasi - Struktur Organisasi [lengkap dengan nama penuh, No. Pelajar dan Jawatan] - Peranan dan Tugas Ahli Jawatan Kuasa 07. Aturcara Program Nyatakan tentatif program yang terperinci dari awal hingga akhir program termasuk acara Perasmian dan Penutup dengan memasukkan maklumat terperinci, Perasmi dan Jawatan, Penceramah, Tajuk Syarahan dan lain-lain. 08. Penceramah Senaraikan cadangan nama penceramah / pembentang / pengerusi beserta maklumat terperinci seperti alamat, pekerjaan, alamat majikan dan lain-lain. 09. Sokongan Perlu dikemukakan terlebih dahulu kepada Dekan / Pengetua / Penasihat / YDP MPP - mana yang berkenaan bagi tujuan komen / pandangan dan sokongan. 10. Belanjawan - Anggaran Pendapatan - Anggaran Perbelanjaan [Nyatakan dengan terperinci] 11. Penutup

Nyatakan harapan dan terima kasih atas pertimbangan untuk diluluskan / seumpamanya. Tulis nama, jawatan dan tandatangan Pengerusi / Pengarah Program. Catatan: Kertas kerja hendaklah disediakan dalam Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Inggeris hanya untuk program yang berkaitan dengan Bahasa Inggeris sahaja. Kertas kerja hendaklah dijilid kemas dan dibuat salinan serta dikemukakan kepada pihak yang berkenaan serta surat iringan [untuk memohon kelulusan dan sebagainya yang berkenaan]. NOTA: Semua siri panduan mengenai penganjuran program / aktiviti ini berlatar belakangkan IPTA / Universiti. Sila ubah suai mana yang perlu mengikut situasi dan keperluan masing-masing. Harap maklum.

2. Sediakan satu contoh borang masuk kejohanan yang mengandungi semua maklumat yang menggambarkan tentang sesuatu pasukan yang akan mengambil bahagian.

3. Lakarkan susun atur kedudukan empat dan lima kerusi mengikut protokol dan keutamaan tetamu kehormat.
Penyusunan Tempat Duduk - Menggambarkan taraf, susunan keutamaan, kekananan serta pentingnya seseorang itu dalam majlis yang berkenaan Prinsip-prinsip Penyusunan Tempat Duduk - Tetamu yang paling hampir sekali dengan Tetamu Kehormat adalah tetamu yang terkanan sekali. Kekananan bermula dari sebelah kanan Tetamu Kehormat.

Bentuk Susunan Tempat Duduk


Susunan bagi empat tempat duduk

3
-

1 2

2 1

4 3 5

Susunan bagi lima tempat duduk

4.

Huraikan tujuan mesyuarat post mortem diadakan.

Mesyuarat post-mortem di definisikan sebagai satu mesyuarat yang di lakukan selepas satusatu aktiviti (kejohanan olahraga) bagi mengenal pasti masalah, kelemahan dan kekuatan yang timbul di sepanjang kejohanan ini berlangsung. Tujuan mesyuarat post-mortem: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Membentang dapatan dan permasalahan dari unit-unit yang bertugas sebelum, semasa dan selepas kejohanan; Mengenal pasti kekuatan majlis yang boleh di jadikan pertunjuk di masa akan datang; Mengenal pasti kelemahan majlis yang boleh di jadikan sempadan di masa akan datang; Membincang langkah-langkah untuk mengatasi masalah; Membincangkan prestasi atlet sepanjang kejohanan; dan Cadangan penambahbaikan dalam kejohanan yang akan datang.

Secara keseluruhan kita terpaksa melalui dua peringkat mesyuarat post-mortem iaitu peringkat jawatan kuasa kecil dan di peringkat ahli jawatan kuasa induk. Mesyuarat postmortem peringkat jawatan kuasa kecil perlu kita lakukan sebelum mesyuarat post-mortem ahli jawatan kuasa induk program. Mesyuarat postmortem ini perlu dilakukan dengan segera selepas sesuatu program di laksanakan bagi mengelak kehilangan atau kecairan maklumat. Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat post-mortem iaitu peringkat jawatan kuasa kecil ialah perjalanan program serta tugas dan tanggungjawab jawatan kuasa dalam melaksanakan program. Dalam mesyuarat ini biasanya kita lebih memfokuskan kepada pelaksanaan aktiviti, masalah yang di hadapi, cara penyelesaian masalah, pendapat peserta sama ada bertulis atau secara lisan dan beberapa isu lain yang berkaitan dengan aktiviti yang di jalankan. Di akhir mesyuarat setiap jawatan kuasa kecil di minta menyediakan laporan jawatan kuasa secara bertulis yang mengandungi keputusan dan cadangan mesyuarat post-mortem. Keputusan mesyuarat post-mortem iaitu peringkat jawatan kuasa kecil perlu disediakan secara laporan bertulis dan perlu di bentangkan dalam mesyuarat ahli jawatan kuasa program. Mesyuarat jawatan kuasa program akan membincangkan keputusan mesyuarat post-mortem peringkat jawatan kuasa kecil dan laporan jawatan kuasa kecil. Laporan ini di bincangkan dengan teliti bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit dan memberi cadangan bagi menambah baikkan aktiviti program yang akan datang. Setiausaha perlu mencatatkan pandangan, kritikan, cadangan dan sebagainya dari jawatan kuasa yang hadir serta menyediakan laporan keseluruhan. Tujuan mengadakan mesyuarat post-mortem adalah sebagai refleksi kepada kita bagi mengatasi masalah yang di hadapi, meneruskan kekuatan yang ada serta memurnikan aktiviti demi kepentingan bersama.

You might also like