You are on page 1of 119

PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Cetakan 2012 Hak Cipta Lembaga Peperiksaan Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pengarah Peperiksaan berhak mengubah mana-mana maklumat yang terkandung dalam buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Segala pertanyaan berkaitan dalam buku Panduan Berasaskan Sekolah (PBS) ini hendaklah dirujuk kepada: PENGARAH PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN MELALUI PENGARAH PELAJARAN JABATAN PELAJARAN NEGERI Pengurusan Pentaksiran

KANDUNGAN

HALAMAN AKRONIM PRAKATA BAB 1 DASAR DAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 BAB 2 Dasar Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Punca Kuasa Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah Peraturan-Peraturan Am Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dokumen Rujukan 2 2 4 9 13 vi ix

PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2.0 2.1 Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah - Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia - Peringkat Negeri - Peringkat Daerah - Peringkat Sekolah Jadual Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah Penjaminan Kualiti - Pementoran - Penyelarasan - Pemantauan - Pengesanan Pengurusan Evidens Pentaksiran Berasaskan Sekolah Definisi Evidens Evidens Pentaksiran Sekolah Evidens Pentaksiran Pusat Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Evidens Pentaksiran Psikometrik 16 16

2.2 2.3

23 24

2.4

39

ii

BAB 3

PENTAKSIRAN SEKOLAH 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 Pentaksiran Sekolah Mata Pelajaran Pentaksiran Sekolah Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah Rendah Pentaksiran Rujukan Standard Standard Prestasi Kerangka Standard Prestasi Penggunaan Standard Prestasi Dalam Pentaksiran Sekolah
-

52 53 55 56 57 59 61

Instrumen Pentaksiran Jenis-jenis Instrumen Prosedur Pembinaan Instrumen Pentaksiran

3.7

Kaedah Perekodan dan Pelaporan Perekodan Pelaporan

62

BAB 4

PENTAKSIRAN PUSAT 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 Pentaksiran Pusat Objektif Pentaksiran Pusat Mata Pelajaran Pentaksiran Pusat Peringkat Sekolah Rendah dan Peringkat Menengah Rendah Prinsip Pentaksiran Pusat Jenis Instrumen Tugasan Pentaksiran Pusat Pelaksanaan Pentaksiran Pusat Peranan Pihak yang Terlibat 64 64 65 67 68 69 71 73

iii

BAB 5

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM 5.0 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Komponen Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran SEGAK Pentaksiran BMI Pentaksiran Sukan Dan Kokurikulum Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum Borang - Borang PAJSK 76 76 77 78 79 81 82

BAB 6

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK 6.0 6.1 6.2 6.3 Pentaksiran Psikometrik Komponen Pentaksiran Psikometrik Ujian Aptitud Khusus Ujian Personaliti 88 88 89 90

BAB 7

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) 7.0 Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

iv

LAMPIRAN LAMPIRAN 1 Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1 Tahun 2011 : Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Mulai Tahun 2011 KP.LP.003.07.14 (3) Bertarikh 22 Febuari 2011 Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012 KP.LP.003.07.14 (2) Bertarikh 14 Febuari 2011 Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah Dan Menengah Rendah KP.LP.003.07.14.05 (1) Bertarikh 29 Julai 2011 Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2011: Penggunaan Buku Pengurusan Dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah KP.LP.003.07.14.05 (3) Bertarikh 15 September 2011

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 3

LAMPIRAN 4

AKRONIM

ADD ADHA BMI BPK BPKhas BPSH BTP DSP FPK FPM FS GKMP HEM ICT IPGM JERI JK PBS JNJK JPN KSSR KBSM

: : : : : : : : : : : : : : : : : : : : :

Attention Deficit Disorder Attention Deficit Hyperactivity Disorder Body Mass Index Bahagian Pembangunan Kurikulum Bahagian Pendidikan Khas Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Teknologi Pendidikan Dokumen Standard Prestasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Fail Perkembangan Murid Fail Showcase Guru Kanan Mata Pelajaran Hal Ehwal Murid Informasi Komunikasi dan Teknologi Institusi Pendidikan Guru Malaysia Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Kurikulum Standard Sekolah Rendah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

vi

KSSM KPM LD LP OKU P&P PAJSK PBS PIBG PK PMR PP PPD PPsi PS SABK SEGAK SMAN SMAR SPP SPPBS SPPK

: : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : :

Kurikulum Standard Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia Learning Disabilities Lembaga Peperiksaan Orang Kurang Upaya Pengajaran dan Pembelajaran Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurkulum Pentaksiran Berasaskan Sekolah Persatuan Ibu Bapa dan Guru Penjaminan Kualiti Penilaian Menengah Rendah Pentaksiran Pusat Pejabat Pelajaran Daerah Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Sekolah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Sekolah Menengah Agama Negeri Sekolah Menengah Agama Rakyat Sektor Penilaian dan Peperiksaan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan

Vii

TJPg TJPk UPSR YDP

: : : :

Tugasan Jangka Panjang Tugasan Jangka Pendek Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Yang Dipertua

viii

PRAKATA Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dapat menerbitkan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan penerbitan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Penghasilan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini ialah usaha Lembaga Peperiksaan untuk memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang terdiri daripada 4 Komponen PBS iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 67, Seksyen 68, Seksyen 69 dan PeraturanPeraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dapat dilaksanakan mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan demi keadilan kepada calon serta menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran. Dokumen ini juga dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu pentadbir sekolah dan guru-guru sebagai pentaksir, pegawai-pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang menjalankan tugas penataran dan pemeriksaan. Manakala ibu bapa boleh menggunakan dokumen ini sebagai rujukan. Kejayaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah amat bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak. Kerjasama dan komitmen ini amat diperlukan bagi mempertingkatkan tahap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah demi menjaga integriti negara di mata dunia. Saya berharap budaya kerja ini berterusan demi merealisasikan moto Lembaga Peperiksaan iaitu Adil, Sahih dan Amanah.

Terima kasih.

DR. NAIMAH BINTI ISHAK Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia

vi ix

BAB 1 DASAR DAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 1

1.0

DASAR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Empat perkara asas kepada dasar pelaksanaan PBS ialah: 1.1 1.2 1.3 1.4 1.1 Punca Kuasa Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah Peraturan-Peraturan Am Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dokumen Rujukan PUNCA KUASA

Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sekolah rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012 berdasarkan: 1.1.1 Akta Pendidikan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 yang menggariskan fungsi Lembaga Peperiksaan adalah: a. b. c. Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah; Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturanperaturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 1

1.1.2 Mesyuarat Jemaah Menteri Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dilaksanakan dengan memberikan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Selaras dengan arahan itu, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan: a. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Mulai Tahun 2011 - KP.LP.003.07.14 (3) bertarikh 22 Februari 2011. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012 - KP.LP.003.07.14 (2) bertarikh 14 Februari 2011. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah Rendah KP.LP.003.07.14.05 (1) bertarikh 29 Julai 2011. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2011: Penggunaan Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (3) Bertarikh 15 September 2011.

b.

c.

d.

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 1

1.2

KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

AKADEMIK

BUKAN AKADEMIK

Pentaksiran Pusat

Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Pentaksiran Psikometrik

Rajah 1: Komponen PBS

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 1

1.2.1 Pentaksiran Sekolah Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan. a. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan dan tahun.

b.

PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). 1.2.2 Pentaksiran Pusat Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran dan penggredan dikeluarkan oleh LP dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pelaporan dikeluarkan LP. 1.2.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Body Mass Index (BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid. 1.2.4 Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan / atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 1

1.2.5 Jadual Pelaksanaan Komponen PBS PBS dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Jadual di bawah menunjukkan komponen PBS yang perlu dilaksanakan di peringkat rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012. Jadual 1 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3).
BIL a. KOMPONEN PBS Pentaksiran Sekolah PERKARA Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut : Pendidikan Seni Visual Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Pendidikan Muzik Bahasa Cina Dunia Sains dan Teknologi Bahasa Tamil Bahasa Arab Matematik Bahasa Cina SK Pendidikan Jasmani Bahasa Tamil SK Pendidikan Kesihatan Bahasa Kadazandusun Pendidikan Islam Bahasa Iban Pendidikan Moral Bahasa Melayu SJK Bahasa Inggeris SJK Tiada Tiada Tiada

b. c. d.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Pusat

Jadual 1 : Pelaksanaan Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3)

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 1

Jadual 2 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6).
BIL a. KOMPONEN PBS Pentaksiran Sekolah PERKARA Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut : Pendidikan Muzik Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Pendidikan Seni Visual Bahasa Cina Pendidikan Islam Bahasa Tamil Pendidikan Moral Matematik Sejarah Sains Bahasa Arab Reka Bentuk dan Bahasa Cina SK Teknologi Bahasa Tamil SK Teknologi Maklumat dan Bahasa Kadazandusun Komunikasi Bahasa Iban Pendidikan Jasmani Bahasa Semai Pendidikan Kesihatan Aktiviti Jasmani, Sukan, Kokurikulum dan Ekstrakurikulum Ujian Aptitud Am dan Ujian Personaliti Dilaksanakan bagi mata pelajaran yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

b. c. d.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Pusat

Jadual 2 : Pelaksanaan pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6)

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 1

Jadual 3 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tingkatan 1, 2 dan 3.


BIL a. KOMPONEN PBS Pentaksiran Sekolah PERKARA Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut : Bahasa Melayu Pendidikan Muzik Bahasa Inggeris Pendidikan Sivik dan Bahasa Arab Kewarganegaraan Bahasa Cina Pendidikan Jasmani dan Bahasa Tamil Kesihatan Bahasa Iban Kemahiran Hidup Bahasa Kadazandusun Bersepadu Kemahiran Mathematics Teknikal Science Kemahiran Hidup Pendidikan Islam Bersepadu Ekonomi Pendidikan Moral Rumah Tangga Sejarah Kemahiran Hidup Geografi Bersepadu Pertanian Pendidikan Seni Visual Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan Mulai tingkatan 1 tahun 2012 Ujian Aptitud Khusus dan Ujian Personaliti Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut pada tingkatan 2 dan tingkatan 3 : Bahasa Melayu Pendidikan Muzik Bahasa Inggeris Pendidikan Sivik dan Bahasa Arab Kewarganegaraan Bahasa Cina Pendidikan Jasmani dan Bahasa Tamil Kesihatan Bahasa Iban Kemahiran Hidup Bahasa Kadazandusun Bersepadu Kemahiran Mathematics Teknikal Science Kemahiran Hidup Pendidikan Islam Bersepadu Ekonomi Pendidikan Moral Rumah Tangga Sejarah Kemahiran Hidup Geografi Bersepadu Pertanian Pendidikan Seni Visual Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan

b. c. d.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Pusat

Jadual 3 : Pelaksanaan PBS Tingkatan 1, 2 dan 3

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 1

1.3

PERATURAN-PERATURAN AM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

1.3.1 Syarat Pelaksanaan


a. b.

Semua murid di sekolah kebangsaan / sekolah jenis kebangsaan / sekolah swasta hendaklah melaksanakan PBS di sekolah rendah. Semua murid sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) / sekolah di bawah agensi kerajaan / Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM hendaklah melaksanakan PBS di peringkat menengah rendah. Semua murid hendaklah didaftarkan dalam Sistem Pengurusan PBS (SPPBS).

c.

1.3.2 Pengurusan Kes Khas Pihak sekolah hendaklah membuka fail Kes Khas Sekolah. Fail ini hendaklah mengandungi maklumat berkaitan semua jenis kes khas. a. Kes Disiplin (ponteng dan buang sekolah). Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. memfailkan senarai nama murid beserta dengan surat amaran dan laporan tindakan dari unit disiplin sekolah dan keputusan JK PBS sekolah berkaitan kes dalam fail Kes Khas Sekolah. melaksanakan PBS sepanjang murid hadir di sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah. memastikan skor bagi komponen PBS direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.

ii.

iii. iv.

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 1

b.

Murid tidak hadir ke sekolah dalam tempoh masa yang panjang atas sebab kesihatan. Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. ii. iii. memfailkan semua kes, laporan perubatan dan keputusan JK PBS berkaitan kes dalam fail Kes Khas Sekolah. memastikan semua kes disokong dengan laporan perubatan yang mengesahkan murid berkenaan sakit. melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah. memastikan skor bagi komponen PBS direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.

iv. v.

c.

Murid Orang Kurang Upaya (OKU). Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. mengenal pasti kategori murid dari golongan OKU. Kategori murid OKU adalah seperti berikut: Terencat Akal / Sindrom Down Buta Pelbagai Kecacatan / Ketidakupayaan lain / Disleksia / Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) / Attention Deficit Disorder (ADD) / Autisme / Learning Disabilities (LD) Bisu Pekak Rabun Spastik/Cerebral Palsy ii. mendapatkan dokumen rasmi sebelum mengkategorikan murid sebagai OKU. Murid perlu mengemukakan satu daripada dokumen berikut: Laporan Perubatan yang mengesahkan murid adalah OKU; atau Kad OKU bagi murid yang telah mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai OKU iii. memfailkan semua kes, laporan perubatan/Kad OKU dan keputusan JK PBS berkaitan kes dalam fail Kes Khas Sekolah.

10

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 1

iv.

mematuhi prosedur permohonan keperluan khas berikut: Memastikan murid yang tidak dapat melaksanakan PBS seperti murid biasa membuat permohonan kepada pihak sekolah. Murid yang tidak membuat permohonan akan dianggap sebagai murid biasa. Mengemukakan salinan dengan menggunakan Borang Maklumat Murid Dari Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang disediakan oleh LP berserta dokumen sokongan seperti laporan perubatan atau kad OKU kepada Pengarah Pelajaran Negeri untuk kelulusan melaksanakan PBS menggunakan mekanisme yang ditetapkan untuk calon OKU.

v.

melaksanakan PBS kepada semua murid OKU kerana tiada sebarang pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah. menyediakan keperluan khas yang diperlukan oleh murid berkenaan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pentaksiran PBS.

vi. vii

d.

Murid bertukar sekolah. Pentadbir sekolah asal hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. ii. iii. mengemas kini skor PBS murid berkenaan dalam SPPBS sebelum proses perpindahan tersebut. memaklumkan pertukaran tersebut kepada Pegawai PBS PPD dan Pegawai PBS JPN. memastikan evidens PBS murid berkenaan diserahkan kepada sekolah baharu.

Pentadbir sekolah baharu hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. ii. iii. memastikan evidens murid dari sekolah asal diterima. mendapatkan surat rasmi dari sekolah asal murid sekiranya dia tidak melaksanakan PBS sebelum berpindah ke sekolah baharu. melaksanakan PBS untuk murid berkenaan bagi komponen PS, PP, PAJSK dan PPsi sepanjang tempoh murid berada di sekolah baharu. Bagi komponen PP, sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PP.

11

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 1

e.

Murid di bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri Masyarakat.

dan Jabatan Kebajikan

Pentadbir sekolah berkenaan hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. memastikan semua murid melaksanakan PBS kerana tiada sebarang pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah. merujuk kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat dan tindakan selanjutnya bagi melaksanakan PP untuk murid berkenaan.

ii. iii.

f.

Atlet yang terlibat dalam kejohanan peringkat negeri dan / atau kebangsaan / antarabangsa. Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. memastikan PBS dilaksanakan sepanjang murid hadir di sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah. merujuk kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat dan tindakan selanjutnya bagi melaksanakan PP untuk murid berkenaan.

ii. iii. g.

Murid baru pulang dari bermastautin di luar negara. Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. ii. memastikan PBS hanya dilaksanakan semasa murid hadir di sekolah. Pelaksanaan PBS hanya dilakukan semasa murid berada di sekolah. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.

12

Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 1

1.4

DOKUMEN RUJUKAN

Pelaksanaan PBS hendaklah berpandukan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Dokumen Standard Prestasi (DSP) dan Manual SPPBS yang disediakan oleh LP. a. Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) i. ii. iii. LP menghantar buku kepada JPN / PPD. JPN / PPD mengedarkan buku ke sekolah. Pihak sekolah memperbanyakkan dan mengedarkan buku kepada semua guru yang terlibat dalam PBS. Sebuah naskhah hendaklah disimpan di Bilik Pengetua / Guru Besar. b. Dokumen Standard Prestasi (DSP) i. ii. LP menghasilkan DSP. Pihak sekolah memperbanyakkan dan mengedarkan DSP kepada guru mata pelajaran yang terlibat dalam PBS. Guru mata pelajaran mesti memiliki dan menggunakan DSP yang disediakan oleh LP. Pelaksanaan pentaksiran hendaklah mematuhi sepenuhnya kandungan DSP. Sebuah naskhah hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar. iii. c. DSP boleh dimuat turun dari laman sesawang LP.

Manual Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) i. ii. LP menyediakan Manual SPPBS. Pihak sekolah memuat turun Manual SPPBS dari laman sesawang LP dan mengedarkan kepada guru-guru. Sebuah naskhah hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar.

13

BAB 2 PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

2.0

PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Empat perkara asas pengoperasian PBS ialah: 2.1 2.2 2.3 2.4 2.1 Jawatankuasa PBS Jadual Pelaksanaan PBS Penjaminan Kualiti PBS Penyimpanan Evidens PBS JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

2.1.1 Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia a. Senarai Jawatankuasa Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Ahli : : : : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Pengarah Lembaga Peperiksaan Pengarah Bahagian Buku Teks Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta Pengarah Bahagian Pendididkan Teknik dan Vokasional Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Pengarah Bahagian Psikologi dan Kaunseling Pengarah Bahagian Sukan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Pengarah Institut Aminuddin Baki Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

16

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

b. Senarai Tugas i. ii. iii. iv. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat kementerian; Mengadakan mesyuarat penataran peringkat kementerian; Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat kementerian untuk dihantar kepada Menteri Pelajaran.

2.1.2 Peringkat Negeri a. Senarai Jawatankuasa Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Ahli : : : : Pengarah Pelajaran Negeri Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP), JPN Semua Ketua Sektor JPN Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri (JNJK) Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Semua Ketua Penolong Pengarah, JPN Semua Pegawai Pelajaran Daerah YDP Majlis Pengetua YDP Majlis Guru Besar YDP Majlis Guru Cemerlang

b. Senarai Tugas i. ii. iii. iii. iv. Memastikan pengoperasian PBS di negeri mengikut garis panduan yang ditetapkan. Mengadakan empat kali mesyuarat jawatankuasa peringkat negeri; Mengadakan mesyuarat penataran peringkat negeri; Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat negeri untuk dihantar kepada LP dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

17

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

2.1.3 Peringkat Daerah a. Senarai Jawatankuasa Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Ahli : : : : Pegawai Pelajaran Daerah Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Penolong PPD (Peperiksaan / PBS) Semua Pengetua Semua Guru Besar Semua Penolong PPD Semua Penyelaras Pusat Kegiatan Guru

b. Senarai Tugas i. ii. iii. iv. v. Memastikan pengoperasian PBS di daerah mengikut garis panduan yang ditetapkan. Mengadakan empat kali mesyuarat jawatankuasa peringkat daerah; Mengadakan mesyuarat penataran peringkat daerah; Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat daerah untuk dihantar ke JPN.

18

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

2.1.4 Peringkat Sekolah a. Senarai Jawatankuasa Induk PBS i. Sekolah Rendah : : Guru Besar Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP) Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS) Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK) Penyelia Petang (jika berkenaan) Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan) Setiausaha Peperiksaan / Setiausaha PBS Ketua Panitia yang dilantik (Latihan / Penataran) Ketua Panitia yang dilantik (Penyelarasan) Ketua Panitia yang dilantik (Pementoran) Ketua Panitia yang dilantik (Pemantauan) Ketua Panitia yang dilantik (Pengesanan) Ketua Panitia yang dilantik (PS dan PP) Guru Cemerlang Guru Disiplin Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi) Guru Penolong yang dilantik (PAJSK) Jurulatih Utama (Setiap mata pelajaran)

Pengerusi Naib Pengerusi

Setiausaha Ahli

: :

ii.

Sekolah Menengah (Gred A) : : Pengetua Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP) Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS) Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK) Penyelia Petang (jika berkenaan) Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan) Setiausaha Peperiksaan / Setiausaha PBS Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) yang dilantik (Latihan / Penataran) GKMP yang dilantik (Penyelarasan) GKMP yang dilantik (Pementoran) GKMP yang dilantik (Pemantauan) GKMP yang dilantik (Pengesanan) Semua Ketua Panitia (PS dan PP) Guru Cemerlang Guru Disiplin Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi) Guru Penolong yang dilantik (PAJSK) Jurulatih Utama (Setiap mata pelajaran)

Pengerusi Naib Pengerusi

Setiausaha Ahli

: :

19

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

iii. Sekolah Menengah (Gred B) Pengerusi Naib Pengerusi : : Pengetua Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP) Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS) Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK) Penyelia Petang (jika berkenaan) Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan) Setiausaha Peperiksaan / Setiausaha PBS GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Latihan / Penataran) GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Penyelarasan) GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Pementoran) GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Pemantauan) GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Pengesanan) Semua Ketua Panitia (PS dan PP) Guru Cemerlang Guru Disiplin Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi) Guru Penolong yang dilantik (PAJSK) Jurulatih Utama (Setiap mata pelajaran)

Setiausaha Ahli

: :

Nota: Pelantikan JK PBS ini tertakluk kepada keperluan sekolah dan bergantung kepada keperluan pihak lain. Seorang guru boleh memegang lebih daripada satu portfolio. b. Senarai Tugas i. ii. Memastikan pengoperasian PBS di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan. Mengadakan mesyuarat sekurang- kurangnya empat kali setahun. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: Agenda Mesyuarat Pertama (Awal Tahun): Menjelaskan konsep, dasar pelaksanaan dan komponen PBS. Menyediakan agihan tugas jawatankuasa dan carta organisasi JK PBS. Melantik Pentaksir Sekolah. Menetapkan sistem fail PBS. Mengedarkan surat pekeliling / surat siaran pelaksanaan PBS. Memaklumkan peraturan-peraturan am pelaksanaan PBS.

20

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

Menetapkan Jadual Kerja Pelaksanaan (Carta Gantt) PS / PP / PAJSK / PPsi Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan Jaringan) Latihan / Penataran Penyelarasan Pementoran Pemantauan Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS

Pengurusan evidens di tempat yang selamat dan bersistematik. Pengurusan pelaksanaan PBS bagi kes-kes khas. Hal-hal lain.

Agenda Mesyuarat Kedua (Suku Tahun Pertama): Pengesahan Minit Mesyuarat Pertama. Isu-Isu Pelaksanaan dan kes-kes khas PBS. Laporan Jawatankuasa PBS: PS / PP / PAJSK / PPsi Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan Jaringan) Latihan / Penataran Penyelarasan Pementoran Pemantauan Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS Hal-hal lain.

Agenda Mesyuarat Ketiga (Suku Tahun Kedua): Pengesahan Minit Mesyuarat Kedua. Isu-Isu Pelaksanaan dan Kes-kes Khas PBS. Laporan Jawatankuasa PBS: PS / PP / PAJSK / PPsi Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan Jaringan) Latihan / Penataran Penyelarasan Pementoran Pemantauan Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS Hal-hal lain.
21

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

Agenda Mesyuarat Keempat (Post Mortem) Pengesahan Minit Mesyuarat Ketiga. Post Mortem Pelaksanaan PBS. Tindakan Susulan dan Penambahbaikan Pelaksanaan PBS. Perancangan Pelaksanaan PBS Tahun Hadapan. Hal-hal lain.

iii. iv.

Semua keputusan mesyuarat hendaklah diminitkan dan menjadi dasar atau punca kuasa kepada pengoperasian / pelaksanaan PBS di sekolah. Pentadbir sekolah bertanggungjawab mengeluarkan surat pelantikan pentaksir sekolah, login dan kata laluan SPPBS.

22

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

2.2 a. b.

JADUAL PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Pelaksanaan PBS hendaklah mematuhi Jadual Pengoperasian PBS yang disediakan oleh LP. Semua isu berkaitan pengoperasian PBS hendaklah dijadikan agenda Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum peringkat negeri, daerah dan sekolah.

Jadual 4 menunjukkan jadual pengoperasian PBS yang perlu dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012. BIL i. ii. iii. PERKARA Mengedarkan Surat Pekeliling ke JPN. Mengedarkan Surat Pekeliling ke PPD dan Sekolah. Mengedarkan Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke JPN. Mengedarkan Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke PPD dan Sekolah. Mesyuarat Jawatankuasa PBS TEMPOH Mengikut Keperluan Mengikut Keperluan Disember LP JPN LP TINDAKAN

iv.

Disember

JPN

v.

Januari - Mac, April - Jun, Julai - September Oktober - Disember Januari - Februari

JPN / PPD / Sekolah

vi. vii.

Pendaftaran SPPBS. Tempoh pelaksanaan PBS.

Sekolah

Mengikut jadual Sekolah yang ditetapkan oleh LP Sepanjang tahun mengikut keperluan Sekolah / PPD / JPN / LP / Bahagian KPM Sekolah

viii.

Penjaminan Kualiti: Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan.

ix.

Pengumpulan penguasaan murid dalam SPPBS.

Sehingga hari terakhir sesi persekolahan tahun semasa Mengikut keperluan

x.

Pelaporan murid.

Sekolah

Jadual 4 : Jadual Pengoperasian PBS

23

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

2.3

PENJAMINAN KUALITI

Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran ialah kesahan dan kebolehpercayaan skor, kebolehtadbiran instrumen dan keadilan kepada calon. Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui: 2.3.1 Pementoran 2.3.2 Penyelarasan 2.3.3 Pemantauan 2.3.4 Pengesanan 2.3.1 Pementoran Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru. Pementoran dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu proses yang dijalankan untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. a. Tempoh Pelaksanaan: Aktiviti pementoran dijalankan sebelum, semasa dan / atau selepas pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. b. Objektif Pementoran: i. ii. iii. iv. v. Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan pengurusan PBS. Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang dibimbing.

24

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

c.

Jenis Pementoran: i. Formal Pementoran formal dijalankan oleh JK PBS secara berjadual dalam mesyuarat atau sesi peningkatan profesionalisme guru. ii. Informal Pementoran informal dijalankan oleh JK PBS sebelum, semasa atau selepas pelaksanaan PBS tanpa jadual yang ditetapkan.

d.

Mentor: i. Mentor dalaman terdiri daripada: ii. GKMP / Ketua Bidang Ketua Panitia Guru Cemerlang Jurulatih Utama Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS

Mentor luaran terdiri daripada: Petugas yang dilantik oleh LP Petugas yang dilantik oleh JPN Petugas yang dilantik oleh PPD

e.

Peranan Mentor: i. ii. iii. iv. v. vi. Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi SPPBS. Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran. Memberi pendedahan pelbagai jenis instrumen pentaksiran. Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan P&P. Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran. Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing.

25

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

Rajah 2 menunjukkan carta alir pementoran.


MULA

JK PBS merancang pelaksanaan pementoran

Memberi bimbingan

Menjalankan pementoran

Tidak

Guru faham mengenai pelaksanaan PBS

Ya Menghantar laporan pementoran kepada JK PBS PPD/JPN/LP

TAMAT

Rajah 2 : Carta Alir Pementoran

26

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

2.3.2 Penyelarasan Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran. a. Tempoh Pelaksanaan: Kekerapan aktiviti penyelarasan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS. b. Objektif Penyelarasan: i. ii. Menyeragamkan kefahaman terhadap kehendak tugasan dan kriteria penskoran. Menyeragamkan skor pentaksiran sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi. Menyeragamkan skor pentaksiran pusat yang diberikan oleh berdasarkan kriteria penskoran sesuatu tugasan yang ditetapkan. guru

iii. iv. v. vi. vii. c.

Menyeragamkan alat, bahan dan situasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk menghasilkan skor yang terlaras. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah. Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan dan prestasi murid. Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid.

Jenis Penyelarasan: i. Penyelarasan dalaman dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran dalam sekolah yang sama. Penyelarasan luaran dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran di seluruh negara.

ii.

27

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

d.

Personal i. Penyelaras dalaman ii. GKMP Guru Cemerlang Ketua Panitia Jurulatih Utama Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS

Penyelaras luaran Petugas yang dilantik oleh LP Petugas yang dilantik oleh JPN Petugas yang dilantik oleh PPD

e.

Pelaksanaan Penyelarasan: i. Sebelum Penyelarasan: JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah menentukan tarikh, tempat dan masa penyelarasan. Mengadakan perbincangan mengenai

ii.

Kefahaman tentang standard prestasi atau tugasan. Kesesuaian instrumen yang digunakan. Kefahaman tentang penskoran. Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor.

Semasa Penyelarasan: Memilih evidens murid mengikut aras pencapaian. Membanding skor yang diberikan oleh guru. Menyelaras pemberian skor.

iii.

Selepas Penyelarasan: Menyediakan laporan penyelarasan. Menyelaras skor murid, jika perlu.
28

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

Rajah 3 menunjukkan carta alir penyelarasan dalaman.

MULA

Pengetua / Guru Besar Melantik Penyelaras

Mengadakan Taklimat Penyelarasan

Guru menilai semula hasil kerja murid

Menjalankan penyelarasan bersama guru mata pelajaran

Menyelaraskan skor guru dengan skor yang telah ditetapkan oleh LP

Tidak

Skor yang dberikan oleh guru selaras dengan skor LP Ya JK PBS mengesahkan skor

Setiausaha Peperiksaan menghantar skor ke LP

JK PBS menyediakan laporan penyelarasan

TAMAT

Rajah 3: Carta Alir Penyelarasan Dalaman


29

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

Rajah 4 menunjukkan carta alir penyelarasan luaran.

MULA

LP/JPN melantik Penyelaras

Mengadakan Taklimat Penyelarasan

Guru menilai semula hasil kerja murid

Menjalankan penyelarasan bersama guru mata pelajaran

Menyelaraskan skor guru dengan skor yang telah ditetapkan oleh LP

Tidak

Skor yang dberikan oleh guru selaras dengan skor LP Ya Penyelaras Luaran mengesahkan skor

Setiausaha Peperiksaan menghantar skor ke LP

Penyelaras Luaran menyediakan laporan penyelarasan unuk dihantar kepada LP

TAMAT

Rajah 4 : Carta Alir Penyelarasan Luaran


30

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

2.3.3 Pemantauan Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP. Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS. a. Objektif Pemantauan : i. ii. Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.

iiii. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru. iv. v. b. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.

Pemantau: i. Pemantau dalaman: Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pemantau dalaman ialah : ii. Pengetua / Guru Besar Guru Penolong Kanan GKMP Guru Cemerlang Ketua Panitia Jurulatih Utama

Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar Pemantau luaran : Pemantauan luaran dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN, LP dan pegawai dari bahagian-bahagian lain dalam KPM. Pemantau luaran ialah: Pegawai LP Pegawai JPN Pegawai PPD Pegawai dari Bahagian-bahagian lain Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN dan LP

31

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

c.

Pelaksanaan Pemantauan: i. Sebelum Pemantauan: ii. JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah merancang pemantauan PBS. Menyediakan instrumen pemantauan.

Semasa pemantauan: Menyemak bahan dan maklumat yang dipantau. Membuat pemerhatian pelaksanaan PBS. Menggunakan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan untuk memberi khidmat nasihat.

iii.

Selepas pemantauan: Melaporkan dapatan pemantauan. Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pelaksanaan PBS. Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS.

32

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

Rajah 5 menunjukkan carta alir pemantauan dalaman.

MULA

Pengetua / Guru Besar melantik Pemantau

Mengadakan Taklimat Pemantauan

Memberi bimbingan

Menjalankan Pemantauan PBS

Menyediakan laporan Pemantauan

Tidak

PBS dilaksanakan mengikut prosedur LP

Ya Pengetua / Guru Besar menghantar laporan pemantauan sekolah ke PPD

PPD menghantar laporan pemantauan daerah ke JPN

JPN menghantar laporan pemantauan negeri ke LP

TAMAT

Rajah 5: Carta Alir Pemantauan Dalaman


33

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

Rajah 6 menunjukkan carta alir pemantauan luaran.


MULA

LP/JPN/PPD menyediakan jadual pemantauan

Memberi bimbingan

Menjalankan pemantauan di sekolah

Menyemak dokumen pelaksanaan PBS

Menyediakan laporan pemantauan

Membincangkan hasil dapatan dengan Pengetua/Guru Besar

Tidak

PBS dilaksanakan mengikut prosedur LP

Ya Membuat analisis dan laporan dapatan pemantauan

Menghantar laporan pemantauan ke LP

TAMAT

Rajah 6: Carta Alir Pemantauan Luaran


34

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

2.3.4 Pengesanan Pengesanan ialah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan instrumen pentaksiran yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai. Oleh kerana PBS ialah satu proses pentaksiran yang dilakukan secara berterusan maka kekerapan aktiviti pengesanan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS. a. Objektif Pengesanan : i. ii. iii. iv. b. Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran. Memastikan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran. Mencadangkan kepelbagaian instrumen pentaksiran

Pengesanan: i. Pengesanan Dalaman Pengesanan dalaman dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PS untuk mendapatkan evidens tentang penguasaan murid. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang diberikan oleh guru untuk mentaksir murid. Pegawai pengesanan dalaman: ii. GKMP Guru Cemerlang Ketua Panitia Jurulatih Utama Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru besar / JK PBS

Pengesanan Luar Pengesanan luar dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PP. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang dibina oleh Lembaga Peperiksaan. Pegawai pengesanan luaran: Petugas yang dilantik oleh LP

35

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

c.

Pelaksanaan Pengesanan: i. Sebelum pengesanan: ii. Pegawai LP menentukan tarikh, tempat, masa pengesanan. Menyemak Dokumen Standard Prestasi dan instrumen pentaksiran pusat yang berkenaan.

Semasa pengesanan: Menyenaraikan pentaksiran. isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen

Mencadangkan penyelesaian.

iii.

Selepas pengesanan: Memastikan cadangan penyelesaian dilaksanakan. Membuat penambaikan instrumen pentaksiran. Melaksanakan program pengesanan semula.

36

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

Rajah 7 menunjukkan carta alir pengesanan.


MULA

LP Melantik Pegawai Pengesanan

Mengadakan Taklimat Pengesanan

Penambahbaikan instrumen

Menjalankan pengesanan instrumen

Tidak

Instrumen disediakan mengikut prinsip pembinaan instrumen LP

Ya
Menyediakan laporan

TAMAT

Menghantar laporan : - Pengesanan dalaman Pegawai Pengesanan kepada Pengetua / Guru Besar - Pengesanan Luaran Pegawai Pengesanan kepada Pengarah Peperiksaan LP

Rajah 7 : Carta Alir Pengesanan

37

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

Jadual 5 dibawah menunjukkan jadual kerja Penjaminan Kualiti dalam pelaksanaan PBS. Aspek Penjaminan Kualiti Pementoran Tempoh Mengikut keperluan Pentaksiran Sekolah: Sepanjang tempoh pelaksanaan PBS mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS Pentaksiran Pusat: Setelah murid selesai melaksanakan tugasan. Tindakan JPN / PPD / Sekolah

Penyelarasan

LP/JPN / PPD / Sekolah

Pemantauan

Sepanjang tempoh pelaksanaan PBS mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.

JPN / PPD / Sekolah

Pengesanan

Semasa dan / atau selepas satu kitaran pelaksanaan PBS.

JPN / PPD

Jadual 5 : Jadual Kerja Penjaminan Kualiti Pelaksanaan PBS

38

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

2.4 PENGURUSAN EVIDENS PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2.4.1 Definisi Evidens Evidens ialah bahan bukti yang perlu diuruskan secara sistematik mengikut keputusan JK PBS. Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan. Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh buat secara lisan atau perlakuan. Evidens bahan merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens bahan boleh disediakan secara individu atau berkumpulan. Ciri-ciri evidens adalah: a. b. c. d. e. Sah Autentik Kecukupan Semasa Tekal - evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan / pencapaian standard yang telah ditetapkan. - murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri. - evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan murid. - evidens dapat membuktikan murid dapat membuat tugasan mengikut piawaian semasa. - evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan.

39

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

2.4.2 Evidens Pentaksiran Sekolah a. Jenis-jenis Evidens PS i. Penulisan ii. Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat. Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan.

Bahan cetakan Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.

iii.

Persembahan Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui pelbagai aktiviti. Catatan : Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan juga adalah satu evidens murid.

iv.

Foto Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.

v.

Grafik Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna. Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.

vi.

Artifak Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama. Bahan yang dihasilkan seperti arca.

vii.

Laporan Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.

viii.

Model Bentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar.


40

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

xi.

Produk Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.

x.

Rakaman Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual.

xi.

Bahan Informasi Komunikasi dan Teknologi (ICT) Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT.

xii.

Proses Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.

41

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

Penyimpanan dan pelupusan evidens i. Penyimpanan Evidens murid disimpan dalam dua jenis fail seperti berikut: . Fail Perkembangan Murid Fail Perkembangan Murid (FPM) ialah fail yang menyimpan evidens perkembangan pembelajaran murid. Seorang murid mempunyai satu FPM yang mengandungi evidens semua mata pelajaran. Setiap evidens hendaklah direkodkan dalam Rekod Perkembangan Murid (RPM). RPM diletakkan dihadapan evidens setiap mata pelajaran. Fail ini menyimpan evidens terkini bagi setiap deskriptor dan evidens terdahulu dikembalikan kepada murid.

. Fail Showcase Fail Showcase (FS) ialah fail yang menyimpan setiap evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk semua mata pelajaran. FS hendaklah dijadikan rujukan piawaian evidens. FS hendaklah disediakan mengikut tahun/tingkatan atau kelas.

Nota: Pihak sekolah dikehendaki menyediakan FPM dan FS seperti di atas. Kaedah penyediaan tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah. ii. Pelupusan Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi SPPBS. Evidens yang tidak dituntut oleh murid boleh dilupuskan selepas dua minggu daripada tempoh direkod dalam aplikasi SPPBS.

42

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

Rajah 8 menunjukkan carta alir FPM.


MULA

Guru menyediakan intrumen pentaksiran

Murid mengulangi semula

Guru mentaksir murid

Guru memeriksa evidens murid

Tidak

Evidens murid mencapai tahap penguasaan Ya Guru merekodkan penguasaan murid dalam SPPBS / Rekod Perkembangan Murid

Guru menyimpan evidens terkini bagi setiap deskriptor dan evidens terdahulu dikembalikan kepada murid.

TAMAT

Rajah 8 : Carta Alir Fail Perkembangan Murid

43

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

Rajah 9 menunjukkan carta alir FS.


MULA

JK PBS sekolah membuat penetapan kaedah pengurusan FS

Panitia membuat pemilihan evidens yang terbaik bagi setiap deskriptor dalam semua band

Panitia menyimpan setiap evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk semua mata pelajaran

TAMAT

Rajah 9 : Carta Alir Fail Showcase

44

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

PENTAKSIRAN SEKOLAH REKOD PERKEMBANGAN MURID TAHUN/TINGKATAN MATA PELAJARAN

BAND 1

DESKRIPTOR 1

EVIDENS 1 2
Buku Latihan

4
Lisan

45

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

CONTOH MATRIK DESKRIPTOR DAN EVIDENS TAHUN 1 BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. MATA PELAJARAN Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Matematik Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pendidikan Islam Pendidikan Moral Dunia Seni Visual Dunia Muzik Dunia Sains & Teknologi Bahasa Arab Bahasa Cina SK Bahasa Tamil SK Bahasa Kadazandusun Bahasa Iban Bahasa Malaysia SJK Bahasa Malaysia SJK JUMLAH 335 509 213 255 19 12 25 48 84 28 16 28 25 28 24 37 52 93 81 66 28 38 1 22 12 41 0 20 55 0 26 29 5 29 11 93 8 0 28 12 TAWAR DESKRIPTOR 21 29 EVIDENS 32 30 BACA/ LISAN 15 21 TULIS 17 23

46

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

2.4.3 Evidens Pentaksiran Pusat a. Jenis-jenis Evidens PP: i. Penulisan ii. Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat. Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan.

Bahan cetakan Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.

iii.

Persembahan Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui pelbagai aktiviti.

iv.

Foto Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.

v.

Grafik Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna. Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.

vi.

Artifak Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama. Bahan yang dihasilkan seperti arca.

vii.

Laporan Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.

viii.

Produk Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.

ix.

Rakaman Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual.


47

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

x.

Bahan Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT) Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT.

xii.

Proses Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.

b.

Penyimpanan dan Pelupusan Evidens i. Penyimpanan. ii. Evidens disimpan dalam bentuk hardcopy, softcopy atau dalam bentuk apa sekalipun sebagai bahan bukti. Evidens disimpan di tempat yang selamat, bersistematik dan mematuhi prosedur keselamatan sebagai bahan bukti bagi tujuan penjaminan kualiti.

Pelupusan Evidens diserahkan kepada murid selepas enam minggu dari tarikh tamat pelaksanaan tugasan. Evidens yang tidak dituntut oleh calon boleh dilupuskan selepas dua minggu daripada tempoh penyimpanan tamat.

2.4.4 Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum a. Evidens PAJSK adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. b. Borang Rekod SEGAK dan BMI Borang Rekod Kehadiran Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum Borang Rumusan Aktiviti Ekstrakurikulum

Penyimpanan dan pelupusan evidens : i. Penyimpanan ii. Evidens murid disimpan dalam Fail Perkembangan Murid sebelum direkod dalam aplikasi SPPBS.

Pelupusan Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi SPPBS. Evidens yang tidak dituntut oleh murid boleh dilupuskan selepas dua minggu daripada tempoh direkod dalam aplikasi SPPBS

48

Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

BAB 2

2.4.5 Evidens Pentaksiran Psikometrik a. b. Evidens PPsi adalah Borang Profil Psikometrik (BPP) murid. Penyimpanan dan pelupusan evidens : i. Penyimpanan ii. BPP adalah TERHAD. Evidens murid disimpan dalam Fail Pentaksiran Psikometrik oleh guru bimbingan dan kaunseling. Fail disimpan di tempat yang selamat secara sistematik mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh LP.

Pelupusan Evidens murid yang telah direkodkan boleh dilupuskan selepas dua minggu.

49

BAB 3 PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Sekolah

BAB 3

3.0

PENTAKSIRAN SEKOLAH

PS ialah komponen utama dalam proses P&P kerana pentaksiran ini berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses P&P. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). PS mempunyai ciri-ciri berikut: a. b. c. d. Holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid. Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.

PS dilaksanakan secara: a. b. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun.

52

Pentaksiran Sekolah

BAB 3

3.1

Mata Pelajaran Pentaksiran Sekolah Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah Rendah

Jadual 6 menunjukkan mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 MATA PELAJARAN Bahasa Malaysia SK Bahasa Malaysia SJK Bahasa Inggeris SK Bahasa Inggeris SJK Bahasa Arab Bahasa Cina SK Bahasa Cina SJK Bahasa Tamil SK Bahasa Tamil SJK Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Matematik Dunia Sains Dan Teknologi Pendidikan Islam Pendidikan Moral Dunia Seni Visual Dunia Muzik Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Jadual 6 : Mata Pelajaran KSSR

53

Pentaksiran Sekolah

BAB 3

Jadual 7 menunjukkan mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) . BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 MATA PELAJARAN Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Mathematics Science Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah Geografi Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan Jadual 7 : Mata Pelajaran KBSM

54

Pentaksiran Sekolah

BAB 3

3.2

Pentaksiran Rujukan Standard

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran. Dalam pentaksiran ini, standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Dalam hal ini, pentaksiran berperanan sebagai proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi. Pernyataan standard prestasi ini ditetapkan mengikut tahap-tahap penguasaan seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu. Ini bertujuan untuk membolehkan semua pihak yang berkepentingan mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik mereka sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembinaan negara bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Rajah 10 menunjukkan hubung kait antara dokumen kurikulum dengan dokumen standard prestasi.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

DOKUMEN KURIKULUM

DOKUMEN STANDARD PRESTASI

Matlamat Objektif Standard Kandungan Standard Pembelajaran

PENTAKSIRAN

Pernyataan Standard Deskriptor Evidens

Hasil Pembelajaran

Laporan Penguasaan Murid

Rajah 10 : Hubung Kait antara Dokumen Kurikulum dengan Dokumen Standard Prestasi

55

Pentaksiran Sekolah

BAB 3

Dokumen kurikulum dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM. Dokumen ini mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses P&P. Dokumen Standard Prestasi (DSP) dibangunkan oleh LP. Dokumen ini mengandungi panduan untuk mentaksir dan melapor penguasaan murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. 3.3 Standard Prestasi

Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap penguasaan seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang dipelajari. Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark) yang terdapat dalam standard prestasi. Guru menggunakan standard prestasi sebagai rujukan untuk menentukan aktiviti pentaksiran dilaksanakan secara adil dan berfokus. Standard Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan. Dengan menggunakan Standard Prestasi: a. b. c. d. Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran. Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid. Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu. Pihak yang berkepentingan tahu matlamat kurikulum dan kualiti murid yang melalui sistem pendidikan negara.

Selain itu, standard prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan tahap dan standard pendidikan negara berbanding negara lain.

56

Pentaksiran Sekolah

BAB 3

3.4

Kerangka Standard Prestasi

Pernyataan Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik atau umum tentang tahap pertumbuhan dan penguasaan murid dalam pembelajaran. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut band iaitu Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut hierarki. Pernyataan Standard ini diperjelaskan lagi dengan deskriptor yang menyatakan tentang tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran Jadual 8 menunjukkan kerangka utama Pernyataan Standard. BAND 6 5 4 3 2 1 STANDARD Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu dan Faham Tahu Jadual 8 : Kerangka Utama Pernyataan Standard Jadual 9 menunjukkan penerangan terperinci tentang kerangka Pernyataan Standard. BAND 6 STANDARD Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Jadual 9 : Penerangan Terperinci tentang Kerangka Pernyataan Standard

5 4 3 2 1

57

Pentaksiran Sekolah

BAB 3

Jadual 10 menunjukkan pernyataan dalam Standard Prestasi dan tafsirannya. PERNYATAAN Band TAFSIRAN Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan tahap penguasaan murid. Satu penyataan tentang suatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran secara holistik tentang tahap penguasaan murid. Pernyataan Standard bagi sesuatu mata pelajaran diguna pakai sepanjang tempoh peringkat pembelajaran (Sekolah rendah : Tahun 1 hingga Tahun 6 dan Sekolah menengah rendah : Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3) dan digubal berdasarkan Objektif Mata Pelajaran berkenaan. Deskriptor merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat berdasarkan standard pembelajaran yang diterakan dalam Standard Kurikulum bagi mata pelajaran berkenaan. Deskriptor setiap pernyataan standard adalah berbeza bagi setiap tahun pembelajaran. Pernyataan yang menerangkan bagaimana murid menunjukkan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan sesuatu deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses.

Standard

Pernyataan Standard

Deskriptor

Evidens (murid) Evidens (bahan)

Jadual 10 : Pernyataan dalam Standard Prestasi dan Tafsirannya Jadual 11 menunjukkan hubung kait antara Pernyataan Standard, Deskriptor dan Evidens. BAND

6 5 4 3 2 1

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

Penerangan generik / umum APA yang murid tahu BAGAIMANA murid tentang tahap kemajuan dan boleh buat menunjukkan apa pembelajaran yang mereka tahu dan boleh buat
Jadual 11 : Hubung Kait antara Pernyataan Standard, Deskriptor dan Evidens

58

Pentaksiran Sekolah

BAB 3

3.5

Penggunaan Standard Prestasi Dalam Pentaksiran Sekolah

a. b.

Guru memilih tajuk dan merancang perkara yang akan diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam dokumen kurikulum. Guru akan menentukan kaedah pengajaran serta mengenalpasti kaedah pentaksiran. Guru menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikan kandungan mata pelajaran tersebut kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi mengikut kreativiti guru. Guru seterusnya akan mentaksir tahap penguasaan murid tentang perkara yang diajar. Pentaksiran boleh dilaksanakan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian bagi perkara yang ditaksir berdasarkan DSP. Guru juga boleh melakukan pentaksiran secara formal atau tidak formal. Guru menilai prestasi murid. Guru akan merujuk DSP untuk melaporkan tahap prestasi murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu sendiri. Murid yang tidak menguasai standard yang ditetapkan, guru akan menjalankan sesi pemulihan untuk membimbing dan membantu murid tersebut dengan menentukan strategi pengajaran yang sesuai Murid yang telah menguasai standard kurikulum yang ditetapkan, guru akan merekod dan melaporkan tahap penguasaan murid serta meneruskan P&P yang berikutnya berdasarkan pemeringkatan dalam dokumen kurikulum. Guru memilih tajuk untuk pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

c.

d.

e.

f.

g.

59

Pentaksiran Sekolah

BAB 3

Rajah 11 menunjukkan penggunaan Standard Prestasi dalam PS.

MULA

Guru memilih tajuk yang perlu diajar

Guru merancang pengajaran, pembelajaran dan menyediakan kaedah pentaksiran

Pemulihan Murid belum menguasai tahap penguasaan Murid menguasai tahap penguasaan

Guru melaksanakan pengajaran dan pentaksiran

Guru menilai prestasi murid

Guru merekod dan melapor tahap penguasaan murid berdasarkan evidens

Guru memilih tajuk untuk pengajaran yang seterusnya

TAMAT

Rajah 11 : Penggunaan Standard Prestasi dalam PS.

60

Pentaksiran Sekolah

BAB 3

3.6

Instrumen Pentaksiran

3.6.1 Jenis-Jenis Instrumen Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran yang digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah : a. Pemerhatian Instrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan. Soal Jawab Pensil dan kertas / Ujian Bertulis Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif Persembahan Instrumen yang bersifat lebih fleksibel melibatkan tugasan menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dan amali. Projek Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang ditentukan melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan. Instrumen ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Pelaksanaan instrumen ini membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan. Produk Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau membuat atau menghasilkan satu produk berdasarkan tugasan yang diberikan. Amali Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori. Lembaran Kerja Tugasan bertulis / Karya Penulisan Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan laporan /dokumen /karya kreativiti dalam bentuk penulisan mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan berpandukan kepada tugasan yang diberi. Kuiz Senarai semak Tugasan rumah

b. c. d.

e.

f.

g.

h. i.

j. k. l.

61

Pentaksiran Sekolah

BAB 3

3.6.2 Prosedur Pembinaan Instrumen Pentaksiran a. b. c. d. 3.7 3.7.1 Guru merujuk kandungan fakta dalam dokumen kurikulum. Guru merujuk evidens dalam DSP. Guru bina instrumen pentaksiran mengikut evidens. Guru menilai instrumen dari aspek sistem 9-poin. Kaedah Perekodan dan Pelaporan Perekodan

Guru mata pelajaran perlu merekodkan setiap evidens yang dikuasai oleh murid dalam sistem aplikasi SPPBS pada bila-bila masa mengikut kesesuaian. 3.7.2 Pelaporan

Pelaporan ialah proses guru menentukan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran yang diajar berdasarkan deskriptor dan evidens yang terdapat dalam DSP. Pelaporan boleh dilakukan secara formatif dan kumulatif. a. Pelaporan Formatif Evidens murid atau evidens bahan yang digunakan sebagai bukti pentaksiran tentang penguasaan murid. b. Pelaporan Kumulatif Pernyataan deskriptor yang digunakan sebagai pelaporan yang menunjukkan prestasi murid.

62

BAB 4 PENTAKSIRAN PUSAT

Pentaksiran Pusat

BAB 4

4.0

PENTAKSIRAN PUSAT

Pentaksiran Pusat (PP) adalah satu daripada komponen yang terdapat dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan ianya penting bagi menilai pengetahuan dan kemahiran murid secara menyeluruh dalam satu-satu peringkat pembelajaran. PP merupakan suatu pentaksiran yang dilaksanakan oleh sekolah di mana instrumen pentaksiran, tugasan, peraturan pentaksiran, garis panduan, peraturan penskoran, penggredan dan pelaporan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). Dalam pelaksanaan PP, ianya dijalankan secara one-off sahaja, di mana pentaksiran semula tidak dibenarkan. Pelaksanaannya berdasarkan Jadual Pentaksiran Pusat yang dikeluarkan oleh LP. PP bagi peringkat sekolah rendah dilaksanakan pada Tahap 2 manakala PP bagi peringkat menengah rendah dilaksanakan di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Dalam melaksanakan PP di sekolah, ianya bermula selepas guru memuat turun arahan tugasan dan pelaksanaan yang dikeluarkan oleh LP. Seterusnya pihak sekolah dikehendaki menjalankan aktiviti merancang, melaksana dan menskor mengikut jadual yang ditetapkan. 4.1 a. b. c. OBJEKTIF PENTAKSIRAN PUSAT PP menentusahkan pencapaian akademik murid dalam PS. PP mengukur penguasaan pengetahuan dan kemahiran murid secara autentik. PP mengukur kemahiran berfikir aras tinggi dan sahsiah dengan kepelbagaian instrumen.

64

Pentaksiran Pusat

BAB 4

4.2

MATA PELAJARAN PENTAKSIRAN PUSAT PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAN PERINGKAT MENENGAH RENDAH

Jadual 12 menunjukkan mata pelajaran KSSR yang melaksanakan PP pada Tahap 2. BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 MATA PELAJARAN Bahasa Malaysia SK Bahasa Malaysia SJK Bahasa Inggeris SK Bahasa Inggeris SJK Bahasa Cina Bahasa Cina SK Bahasa Tamil Bahasa Tamil SK Matematik Sains Reka Bentuk Dan Teknologi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pendidikan Muzik Pendidikan Seni Visual Pendidikan Islam Pendidikan Moral Bahasa Arab Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Jadual 12 : Mata Pelajaran KSSR

65

Pentaksiran Pusat

BAB 4

Jadual 13 menunjukkan mata pelajaran KBSM yang melaksanakan PP di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 MATA PELAJARAN Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Mathematics Science Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah Geografi Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan Jadual 13 : Mata Pelajaran KBSM

66

Pentaksiran Pusat

BAB 4

4.3

PRINSIP PENTAKSIRAN PUSAT

PP bagi peringkat sekolah rendah dan peringkat menengah rendah adalah berdasarkan kepada prinsip yang dibangunkan oleh LP. Prinsip PP dibangunkan adalah untuk memastikan pelaksanaan PP mengikut garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan oleh LP. Rajah 12 menunjukkan prinsip PP. PRINSIP PENTAKSIRAN PUSAT

Format dan tugasan disediakan oleh LP

Dilaksanakan di sekolah

Pelaporan ditentukan oleh LP

Tugasan berbeza setiap tahun

Ditaksir oleh pihak sekolah

Penjaminan Kualiti dan Standard dilaksanakan di pelbagai peringkat

Tempoh pelaksanaan ditentukan oleh LP

Penskoran berdasarkan tugasan yang diberi

Rajah 12: Prinsip Pentaksiran Pusat

67

Pentaksiran Pusat

BAB 4

4.4

JENIS INSTRUMEN

Pelbagai instrumen pentaksiran boleh digunakan dalam mentaksir PP bagi sesuatu mata pelajaran mengikut kesesuaian dan kebolehlaksanaan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah ; a. Tugasan bertulis Tugasan yang memerlukan murid membuat laporan atau dokumen mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan, menghasilkan karya kreatif, ciptaan, gubahan dalam bentuk tulisan. Kerja amali Tugasan yang memerlukan murid melakukan suatu proses kerja dan / atau menghasilkan sesuatu produk. Projek Tugasan yang memerlukan murid menghasilkan produk dan membuat pelaporan tentang produk yang dihasilkan. Pemerhatian Tugasan yang memerlukan murid memerhati atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan. Persembahan Tugasan yang memerlukan murid menunjukkan / melakukan / beraksi / mempraktikkan sesuatu aktiviti yang mempamerkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap secara lisan dan bukan lisan. Demonstrasi Tugasan yang memerlukan murid menunjuk cara dengan melakukan sesuatu aktiviti yang memberi kefahaman tentang sesuatu perkara secara lisan. Kajian lapangan Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian di luar bilik darjah atau di makmal untuk mendapatkan data dan maklumat. Kajian kes Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian berdasarkan data dan / atau maklumat yang diperoleh. Ujian bertulis Tugasan yang memerlukan murid memberikan respons secara bertulis kepada instrumen ujian objektif atau subjektif. Ujian lisan Tugasan yang memerlukan murid memberi respons secara lisan. Kuiz Tugasan yang menguji pengetahuan murid dengan mengemukakan soalansoalan untuk dijawab secara lisan atau bertulis dalam satu sesi khusus yang dirancang.

b.

c.

d.

e.

f.

g.

h.

i.

j. k.

68

Pentaksiran Pusat

BAB 4

4.5 a.

TUGASAN PENTAKSIRAN PUSAT Skop Tugasan Skop tugasan PP merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk peringkat sekolah rendah dan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) untuk peringkat menengah rendah.

b.

Jenis Tugasan Jenis tugasan PP terdiri daripada Tugasan Jangka Pendek (TJPk) dan Tugasan Jangka Panjang (TJPg)

JENIS TUGASAN

Tugasan Jangka Pendek (Tidak melebihi satu minggu)

Tugasan Jangka Panjang (Tidak melebihi tiga minggu)

Rajah 13 : Jenis Tugasan Pentaksiran Pusat i. TJPk TJPk ialah tugasan yang dibangunkan oleh LP berdasarkan DSK / HSP mengikut tahun / tingkatan dan dilaksanakan di sekolah dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu tidak melebihi satu minggu. Konstruk yang ditaksir ialah pengetahuan, kemahiran dan nilai. TJPk disediakan lengkap dengan peraturan penskoran bagi membolehkan guru melaksanakan penskoran. Kaedah penskoran bergantung kepada tugasan yang diberi dan prestasi murid boleh dilaporkan dalam bentuk markah atau gred. Penskoran juga boleh dilaksanakan merujuk rubrik yang dibekalkan. Tugasan mengambil kira kebolehlaksanaan dan kebolehtadbiran di sekolah. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan. Tugasan ini dilaksanakan secara individu. ii. TJPg TJPg ialah tugasan yang dibangunkan oleh LP berdasarkan DSK / HSP mengikut tahun / tingkatan dan dilaksanakan di sekolah dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu tidak melebihi tiga minggu. Konstruk yang ditaksir ialah pengetahuan, kemahiran dan nilai. TJPg juga mengandungi peraturan penskoran bagi membolehkan guru membuat penskoran. Kaedah penskoran bergantung kepada tugasan yang diberi dan prestasi murid boleh dilaporkan dalam bentuk markah atau gred. Penskoran juga boleh dilaksanakan merujuk rubrik yang akan dikeluarkan oleh LP. Tugasan mengambil kira kebolehlaksanaan dan kebolehtadbiran di sekolah. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan. Tugasan ini boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan. Jika secara berkumpulan penskoran akan diberi secara individu.
69

Pentaksiran Pusat

BAB 4

c.

Skor Skor yang diberi bergantung kepada tugasan dan berbeza bagi setiap tahun. Skor yang diperoleh murid bagi sesuatu tugasan menunjukkan prestasi murid untuk sama ada TJPk atau TJPg. Pemberian skor adalah berdasarkan kepada pencapaian individu walaupun tugasan yang dilaksanakan adalah secara berkumpulan. Penskoran Prestasi i. Markah Angka yang diberi untuk menunjukkan prestasi murid dalam sesuatu mata pelajaran selepas sesuatu ujian atau pentaksiran dilaksanakan. ii. Gred Huruf atau angka atau kombinasi huruf dan angka bagi menunjukkan ukuran prestasi murid yang telah dirumuskan berdasarkan markah yang diperoleh.

Jadual 14 menunjukkan istilah dan tafsiran yang digunakan dalam PP. ISTILAH Penskoran Pelaporan Pentaksiran semula Autentik Menentusahkan Rubrik TAFSIRAN Pemberian markah atau gred kepada perkara yang ditaksir berdasarkan prestasi individu merujuk kepada skema atau peraturan tertentu. Rumusan prestasi individu dalam bentuk gred atau deskriptif. Proses melaksanakan pentaksiran kali kedua dan seterusnya. Bukti atau evidens yang tulen yang dihasilkan dalam situasi sebenar. Mengesahkan / pembuktian kebenaran dan ketepatan sesuatu pencapaian atau penguasaan. Rubrik ialah alat penskoran yang secara terang menunjukkan prestasi yang diharapkan untuk sesuatu tugasan atau sesuatu kerja. Ia mengandungi set kriteria dan skor yang perlu dicapai. Jadual 14 : Istilah dan Tafsiran yang digunakan dalam PP

70

Pentaksiran Pusat

BAB 4

4.6

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PUSAT

Pelaksanaan PP melibatkan aktiviti merancang, melaksana dan menskor di peringkat sekolah manakala penggredan dan pelaporan di LP. Rajah 14 menunjukkan aktiviti pelaksanaan PP.

MERANCANG
Guru menerima arahan tugasan daripada LP, menyediakan jadual pelaksanaan dan bahan

MELAKSANA
Murid melakukan tugasan berdasarkan jadual yang ditetapkan

MENSKOR
Guru mentaksir pencapaian murid berdasarkan peraturan penskoran yang dibekalkan oleh LP

Rajah 14 : Aktiviti Pelaksanaan PP a. Merancang Merupakan aktiviti utama dalam pelaksanaan PP. Ia bermula selepas LP mengeluarkan surat siaran tentang tarikh muat turun tugasan dan jadual pelaksanaan PP bagi tahun itu untuk setiap mata pelajaran. Pihak sekolah dikehendaki memuat turun tugasan dan menyediakan jadual pelaksanaan PP. Pihak sekolah juga dikehendaki menyediakan peralatan, bahan dan tempat bagi tujuan pentaksiran serta memperbanyakkan salinan tugasan untuk diedarkan kepada setiap murid. Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan tempat penyimpanan evidens yang dihasilkan oleh murid. b. Melaksana Guru memberi taklimat atau penerangan kepada murid tentang tarikh, tempoh pelaksanaan, perkara yang ditaksir, peralatan yang digunakan, persediaan bahan dan aspek keselamatan sebelum murid melaksanakan tugasan yang diberi. Guru memastikan pelaksanaan PP merujuk kepada jadual pelaksanaan yang ditetapkan dan aktiviti pentaksiran. c. Menskor Guru melaksanakan penskoran berdasarkan skema atau peraturan tertentu yang dikeluarkan oleh LP dalam tempoh yang ditetapkan. Guru dikehendaki menggunakan borang yang standard (jika ada) supaya keselarasan dapat diwujudkan antara pentaksir.

71

Pentaksiran Pusat

BAB 4

Rajah 15 menunjukkan carta alir pelaksanaan PP di sekolah. MULA Guru menerima arahan tugasan dari LP

Penyelarasan tugasan

Guru menyediakan jadual pelaksanaan dan bahan

Murid melaksanakan tugasan

Guru memberi skor hasil kerja murid Penskoran tidak menepati peraturan penskoran Penyelarasan Skor Penskoran menepati peraturan penskoran Guru merekod prestasi murid berdasarkan skor

TAMAT

Rajah 15 : Carta Alir Pelaksanaan PP di sekolah

72

Pentaksiran Pusat

BAB 4

4.7

PERANAN PIHAK YANG TERLIBAT

PP memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa dan pihak yang berkepentingan. a. Pentadbir Sekolah i. ii. iii. iv. v. b. Guru i. ii. iii. c. Murid i. ii. iii. Mengetahui dan memahami tugasan. Melaksanakan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan / dijadualkan. Menghasilkan evidens. Melaksanakan pentaksiran. Memberi skor. Mengumpul rekod dan data pencapaian murid. Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PP. Merancang pelaksanaan PP. Menyediakan peralatan, bahan dan jadual pelaksanaan PP. Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PP. Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan evidens.

d.

Ibu Bapa i. ii. Mengetahui dan memahami sistem pentaksiran. Menggalakkan anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan.

e.

Pihak yang berkepentingan contoh PIBG i. ii. Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran. Memberi komitmen terhadap usaha bagi menjayakan PP.

73

BAB 5 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

BAB 5

5.0

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM

PAJSK adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. PAJSK dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 5.1 KOMPONEN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM

PAJSK merangkumi lima komponen; SEGAK, BMI, sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum seperti dalam Rajah 16. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum

SEGAK

Kokurikulum

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) Mengukur tahap kecergasan

Sukan / Permainan

Kelab / Persatuan

Unit Uniform

Ektrakurikulum

BMI

Body Mass Index (BMI) Merekodkan tentang ketinggian dan berat badan bagi menentukan tahap jisim badan

Penyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam sukan dan permainan: -Sekolah -Daerah / Zon -Negeri -Negara -Antarabangsa

Penyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam kelab dan persatuan: -Sekolah -Daerah / Zon -Negeri -Negara -Antarabangsa

Penyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam unit uniform: -Sekolah -Daerah / Zon -Negeri -Negara -Antarabangsa

Penyertaan dan penglibatan secara sukarela di sekolah / di luar sekolah / luar negara / dalam negara

Rajah 16 : Komponen PAJSK

76

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

BAB 5

5.2

PENTAKSIRAN SEGAK

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur". a. b. Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid. Konstruk yang diukur: i. ii. iii. c. Perkembangan fizikal murid Kecergasan Senaman

Pelaksanaan Pentaksiran SEGAK: i. ii. SEGAK dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa. Kemasukan skor SEGAK boleh dilakukan bermula dari awal Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan dari awal April sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua. Semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah diwajibkan terlibat dalam pentaksiran ini. Guru Pendidikan Jasmani akan merekod skor murid semasa melaksanakan aktiviti SEGAK dan guru kelas akan memasukkan skor dalam aplikasi PAJSK SPPBS yang disediakan oleh LP. Guru kelas mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK SPPBS.

iii. iv.

v.

77

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

BAB 5

5.3

PENTAKSIRAN BMI

BMI dalam PAJSK tertumpu kepada mengukur berat badan dan ketinggian seseorang murid menggunakan piawaian ukuran BMI. a. Objektif Pentaksiran BMI: i. ii. b. Mengukur BMI murid. Menentukan tahap keseimbangan lemak badan dengan ukuran ketinggian dan berat badan seseorang murid.

Konstruk yang diukur: i. ii. iii. Tinggi Berat Tafsiran BMI

c.

Pelaksanaan Pentaksiran BMI: i. ii. Pentaksiran BMI dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa. Kemasukan skor BMI boleh dilakukan bermula dari awal Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan dari awal April sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua. Semua murid sekolah rendah Tahap 2 diwajibkan terlibat dan peringkat menengah rendah

iii. iv.

Guru Pendidikan Jasmani merekod berat badan dan ketinggian murid serta guru kelas merekod skor BMI dalam aplikasi PAJSK SPPBS yang disediakan oleh LP. Guru kelas mencetak pelaporan tafsiran BMI yang dijana oleh aplikasi PAJSK SPPBS.

v.

78

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

BAB 5

5.4

PENTAKSIRAN SUKAN DAN KOKURIKULUM

Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK adalah untuk mengukur aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh KPM yang bertujuan untuk membangunkan modal insan dalam usaha memupuk nilai, sahsiah serta pembangunan diri seseorang murid. Konstruk dan pelaksanaan pentaksiran sukan dan pentaksiran kokurikulum dalam PAJSK adalah serupa. Aktiviti sukan merangkumi aktiviti permainan dan pertandingan di peringkat sekolah, daerah / zon, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam persatuan, kelab dan pasukan beruniform di peringkat sekolah, daerah / zon, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. (Rajah 16 menunjukkan komponen PAJSK) a. Objektif Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum ialah memberi skor kepada aktiviti sukan dan kokurikulum murid. Konstruk yang diukur: i. ii. iii. b. Penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. Pencapaian atau prestasi murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

Pelaksanaan Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum: iv. Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dilaksanakan secara berterusan bagi setiap aktiviti mengikut perancangan dan pelaksanaan yang ditetapkan oleh sekolah, PPD atau JPN. Semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan diwajibkan terlibat. peringkat menengah rendah

v. vi.

Guru penasihat aktiviti sukan dan guru penasihat kokurikulum merekod setiap aktiviti sukan dan kokurikulum menggunakan Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum dan guru kelas akan memasukkan skor dalam aplikasi PAJSK SPPBS yang disediakan oleh LP. Guru kelas mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK SPPBS apabila diperlukan. Pemberatan wajaran aktiviti sukan dan kokurikulum adalah berdasarkan tiga aspek seperti dalam Jadual 15.

vii. viii.

79

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

BAB 5

Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum seperti dalam Jadual 15. Aspek (110 Markah) Penglibatan (50 Markah) Elemen Jawatan Peringkat Khidmat Komitmen Sumbangan Penyertaan (40 Markah) Elemen Kehadiran Nilai Skor 10 40 Prestasi (20 Markah) Elemen Pencapaian Nilai Skor 20

Nilai Skor 10 20 10

Jadual 15 : Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum

80

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

BAB 5

5.5

PENTAKSIRAN AKTIVITI EKSTRAKURIKULUM

Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum merupakan satu usaha untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan memberi skor untuk aktiviti bermanfaat yang dijalankan sama ada di sekolah atau di luar waktu persekolahan dan mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga dan pengesahan pihak sekolah. Aktiviti ekstrakurikulum merupakan aktiviti yang boleh membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang baik, mendorong melakukan kerja amal untuk kepentingan masyarakat setempat dan umum. a. b. Objektif Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum adalah untuk mengumpul maklumat dan memberi skor kepada aktiviti ekstrakurikulum murid. Konstruk yang diukur: i. ii. iii. iv. c. Perkhidmatan Anugerah daripada badan-badan lain Khidmat masyarakat Program NILAM

Pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum: i. ii. Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun semasa dan pada bila-bila masa di luar waktu persekolahan. Penglibatan murid adalah secara sukarela. Penyertaan dan keselamatan murid dalam aktiviti ekstrakurikulum adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa, waris atau penjaga. Pengesahan aktiviti ekstrakurikulum tandatangan dan cap penganjur. murid hendaklah dibuat melalui

iii. iv.

Guru kelas merekod aktiviti ekstrakurikulum menggunakan Borang Rumusan Aktiviti Ekstrakurikulum dan memasukkan skor dalam aplikasi PAJSK SPPBS yang disediakan oleh LP di hujung persekolahan. Guru kelas mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK SPPBS apabila diperlukan. Pemberatan wajaran aktiviti ekstrakurikulum adalah berdasarkan empat aspek iaitu perkhidmatan, anugerah daripada badan-badan lain, khidmat masyarakat dan program NILAM.

v. vi.

81

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

BAB 5

Aspek penglibatan murid merangkumi empat elemen seperti dalam Jadual 16. Aspek Perkhidmatan Anugerah Khidmat Masyarakat NILAM Jawatan Rujuk Dokumen Anugerah Komitmen Rujuk Dokumen NILAM Elemen Skor 10 10 10 10

Jadual 16 : Jadual Elemen Berdasarkan Aspek Ekstrakurikulum 5.6 BORANG-BORANG PAJSK

5.6.1 Borang Rekod SEGAK dan BMI 5.6.2 Borang Rekod Kehadiran 5.6.3 Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum 5.6.4 Borang Rumusan Aktiviti Ekstrakurikulum

82

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Kokurikulum Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan dan Kokurikulum BAB 5BAB 5

(BORANG HENDAKLAH HENDAKLAH DIISI OLEH GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN (BORANG DIISI OLEH GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI) JASMANI)

BORANG REKOD SEGAK DAN BMI BORANG REKOD SEGAK DAN BMI

NAMA MURID PERKARA


PERKARA

NAMA MURID

KELAS PENGGAL 1
BERAT

KELAS
BERAT

PENGGAL 1

PENGGAL 2

PENGGAL 2

BODY MASS INDEX BODY MASS INDEX (BMI)

(BMI)

BADAN (kg) Tarikh:

BERAT

BADAN (kg)
Tarikh:

BADAN (kg)

BERAT BADAN (kg)

Tarikh:

Tarikh:

UJIAN NAIK TURUN BANGKU Tarikh:

UJIAN NAIK TURUN BANGKU Tarikh:

UJIAN NAIK TURUN BANGKU Tarikh:

UJIAN NAIK TURUN BANGKU Tarikh:

UJIAN TEKAN TUBI Tarikh:

UJIAN TEKAN TUBI Tarikh:

UJIAN TEKAN TUBI Tarikh:

UJIAN TEKAN TUBI Tarikh:

SEGAK

SEGAK

UJIAN RINGKUK TUBI SEPARA Tarikh: SEPARA

UJIAN RINGKUK TUBI SEPARA Tarikh: SEPARA

UJIAN RINGKUK TUBI

UJIAN RINGKUK TUBI

UJIAN JANGKAUAN Tarikh: MELUNJUR

UJIAN JANGKAUAN Tarikh: MELUNJUR

UJIAN JANGKAUAN Tarikh: MELUNJUR Tarikh:

UJIAN JANGKAUAN Tarikh: MELUNJUR Tarikh:

.................................................. Tanda tangan murid ( )

............................................................... Pengesahan Guru Mata Pelajaran Jasmani

Pendidikan

.................................................. Nama Murid Tanda tangan murid ( * sila tanda jika berkenaan Nama Murid
Catatan: *Murid berkeperluan khas

( ) ............................................................... Nama dan Cap Guru dikecualikan 83

Pengesahan Jasmani

Guru

Mata Pelajaran )

Pendidikan

( Nama dan Cap Guru

* sila tanda jika berkenaan

Catatan: *Murid berkeperluan khas

dikecualikan 83

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

BAB 5

BAB 5

BORANG REKOD KEHADIRAN / PENYERTAAN UNTUK SUKAN / KOKURIKULUM / EKSTRAKURIKULUM TAHUN.


NAMA SEKOLAH TAHUN.

BORANG REKOD KEHADIRAN / PENYERTAAN UNTUK SUKAN / KOKURIKULUM / EKSTRAKURIKULUM

NAMA SEKOLAH KATEGORI KATEGORI KEGIATAN KEGIATAN JAWATAN JAWATAN


NAMA MURID TINGKATAN/KELAS Aktiviti T.T.Guru TINGKATAN/KELAS Tarikh Penasihat / T.T.Guru Penganjur

NAMA MURID
Bil 1 2 3 4 5 6 7 8

Bil 1 2 3 4 5 6

Aktiviti

Tarikh

Penasihat / Penganjur

9 11 10 12 11 13 12 14 13 15 14 16 15 17 16 18 17 19 18 19
NAMA GURU PENASIHAT

7 9 8 10

1 2 3 4 5

NAMA GURU PENASIHAT 1 2 3 4 5


84

84 84

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

BAB 5

85

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

BAB 5

86

BAB 6 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

Pentaksiran Psikometrik

BAB 6

6.0

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

PPsi ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi. Tret psikologi yang diukur merangkumi aptitud dan personaliti murid. Hasil dapatan PPsi dapat digunakan untuk membantu mempertingkatkan pembelajaran murid. PPsi menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. PPsi mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran. Manual Pentaksiran Psikometrik diedarkan kepada sekolah sebagai panduan melaksanakan PPsi. 6.1 KOMPONEN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

Komponen PPsi yang diuji di peringkat menengah rendah terdiri daripada Ujian Aptitud dan Ujian Personaliti seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 17. Pentaksiran Psikometrik

Aptitud

Personaliti

Aptitud Am

Aptitud Khusus

Tret

Minat Kerjaya

Rajah 17: Komponen dalam Pentaksiran Psikometrik

88

Pentaksiran Psikometrik

BAB 6

6.2

UJIAN APTITUD KHUSUS

Ujian Aptitud Khusus ialah instrumen untuk mendapatkan maklumat khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid. a. Objektif Ujian Aptitud Khusus: i. Mengenal pasti potensi murid pada peringkat umur tertentu. ii. Membantu guru mengenal pasti strategi, kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. iii. Membantu murid mengenal potensi diri. iv. Meramalkan kejayaan murid dalam alam pembelajaran dan kerjaya. b. Konstruk Ujian Aptitud Khusus: i. Verbal Linguistik (pintar perkataan): keupayaan seseorang individu menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons dalam pelbagai bentuk set komunikasi. ii. Visual Ruang Bukan Verbal (pintar visual dan ruang): keupayaan seseorang individu mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang. iii. Logik Matematik (pintar nombor): keupayaan seseorang individu menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesaian secara logikal. iv. Muzik (pintar muzik): keupayaan seseorang individu menghargai, menghayati dan menggubah muzik. v. Naturalis (pintar alam semulajadi): keupayaan mengenalpasti, menghargai alam semulajadi. seseorang individu

vi. Kinestatik Jasmani (pintar jasmani): keupayaan seseorang individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh. vii. Interpersonal (pintar sosial): keupayaan seseorang individu berkomunikasi, berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain. viii. Intrapersonal (pintar kendiri): keupayaan seseorang individu memahami dan menilai kekuatan, kelemahan, bakat dan minat kendiri. ix. Existential (pintar kewujudan) : peka dan berkebolehan membincangkan hal-hal kewujudan seperti mencari makna dalam kehidupan. c. Pelaksanaan Ujian Aptitud Khusus: i. Ujian ini dilaksanakan kepada murid Tingkatan Tiga.

89

Pentaksiran Psikometrik

BAB 6

ii. Instrumen Ujian Aptitud Khusus disediakan oleh LP. iii. Pelaporan akan disediakan oleh pihak sekolah. 6.3 UJIAN PERSONALITI

Ujian Personaliti ialah instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang sahsiah unik setiap murid. Ujian personaliti terbahagi kepada dua inventori iaitu inventori tret personaliti dan inventori minat kerjaya. a. Objektif Ujian Personaliti: i. Membantu guru mengenal pasti personaliti murid supaya dapat menggunakan strategi P&P yang sesuai. ii. Membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti murid dan menyedari potensi diri. iii. Menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan individu. b. Instrumen i. Inventori Tret Personaliti Konstruk dalam Inventori Tret Personaliti yang ditaksir adalah bersesuaian dengan budaya dan keperluan di Malaysia. ii. Inventori Minat Kerjaya Konstruk dalam Inventori Minat Kerjaya yang ditaksir adalah berdasarkan Teori Tipologi Holland. c. Pelaksanaan Ujian Personaliti: i. Ujian ini dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut keperluan dan tidak berjadual. ii. Inventori Tret Personaliti diwajibkan untuk murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. iii. Inventori Minat Kerjaya diwajibkan untuk murid Tingkatan Satu, Tingkatan Tiga dan Tingkatan 5. iv. Instrumen disediakan oleh LP dan ditadbir oleh sekolah. v. Pelaporan disediakan oleh pihak sekolah.

90

Pentaksiran Psikometrik

BAB 6

Rajah 18 menunjukan konstruk dan keterangan Inventori Tret Personaliti.


Konstruk Intelektual Kreatif Kepelbagaian Struktur Keterangan Individu yang berminat kepada aktiviti-aktiviti yang memberikan cabaran dari segi intelektual. Mementingkan aktiviti yang berbentuk kognitif dan ilmiah. Individu yang berkebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan idea baharu dan asli. Individu yang dapat menghayati pelbagai situasi bagi mendapatkan pengalaman baharu ke arah perubahan yang berterusan. Individu yang suka kepada kekemasan, kebersihan serta perkara-perkara yang berstruktur, berulang-ulang dan terperinci. Individu mempunyai pendirian dan keputusan yang tetap. Individu yang sangat sensitif kepada persekitaran, suka membuat pemerhatian dan akan menganalisis sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu keputusan. Sukar mempercayai sesuatu tanpa fakta dan sangat berhati-hati dalam membuat keputusan. Individu yang berkeinginan untuk menunjukkan atau meluahkan simpati, kasih sayang dan juga memberi bantuan serta membuat kebaikan kepada orang lain. Individu yang suka dikelilingi, berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai. Individu beranggapan bahawa orang lain adalah lebih baik daripada dirinya.

Analitikal

Menolong Ekstrovert Kritik Diri

Autonomi Agresif Pencapaian Resilien Mengawal Wawasan

Individu yang lebih sukakan kebebasan dalam tindakan dan dapat mengawal serta menentukan aktiviti-aktiviti hariannya. Individu yang terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas, berani dan tidak suka dimanipulasi. Individu yang bermotivasi, mahukan status yang tinggi dan suka kepada persaingan. Individu yang cekal dan bermotivasi untuk menghabiskan atau menyelesaikan semua tugas. Individu yang suka mengawal orang lain atau lebih suka memimpin daripada dipimpin. Individu yang boleh menjangkau, melihat, membayangkan masa hadapan dengan jelas dan pandangannya terperinci. Individu sentiasa bertenaga dan sangat efektif dalam sesuatu kerja. Melihat perkara besar yang tidak dilihat oleh orang lain Individu yang ikhlas dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Kejujuran

Rajah 18 : Konstruk Dan Keterangan Inventori Tret Personaliti

91

Pentaksiran Psikometrik

BAB 6

Rajah 19 menunjukan konstruk dan keterangan Inventori Minat Kerjaya Konstruk


Realistik (Membuat)

Keterangan
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan. Contoh pekerjaan: jurutera, jurubina, animator, pengaturcara komputer, juruterbang, ahli radiologi, pustakawan, juruteknik elektronik, chef, atlet, ahli bomba dan penyelamat, pemandu, tentera, operator mesin, mekanik, ahli perkebunan dan pembuat perabot. Ciri-ciri personaliti: praktikal, mekanikal, materialistik, suka menggunakan peralatan dan mesin, introvert, akur, natural (semula jadi), berhemah, tulen, tegas dan berprinsip.

Investigatif (Memikir)

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal. Contoh pekerjaan: pegawai perubatan, aktuari, ahli farmasi, psikatrik, ahli ekonomi, ahli kajicuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli kaji bintang, ahli kimia, ahli kajibumi, penyelidik sains, angkasawan, ahli antropologi, profesor, guru sains dan matematik. Ciri-ciri personaliti: analitikal, rasional, teliti, intelektual, introvert, introspektif, optimistik, ingin tahu, teoris, jitu dan pemerhati.

Artistik (Mencipta)

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang. Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif. Contoh pekerjaan: arkitek, penulis seni kreatif, artis, pemimpin orkestra, pengubah lagu, pengarang, pelukis, wartawan hiburan, kartunis, pereka grafik, pereka fesyen, juruhias dalaman, jurufoto, dan jurusolek. Ciri-ciri personaliti: imaginatif, intuitif, ekspresif, estetik, emosional, introspektif, reflektif, tulen, bebas, sensitif dan idealistik.

92

Pentaksiran Psikometrik Sosial (Menolong)

BAB 6

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial. Contoh pekerjaan: guru, pensyarah, kaunselor, pekerja sosial, pegawai perhubungan awam, penyambut tetamu, pegawai kebajikan, jururawat, paramedik, pramugari / pramugara dan pemandu pelancong. Ciri-ciri personaliti: suka bersosial, suka menolong, bekerjasama, mesra, peramah, sabar, ekstrovert, empati, baik hati, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Enterprising (Memujuk)

Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. Contoh pekerjaan: usahawan, pengarah syarikat, spekulator, eksekutif pengiklanan, eksekutif pemasaran, agen insuran, pengarah publisiti, peguam, ahli politik, pengurus hotel, pengurus bank, wartawan, jurujual, jurulatih dan agen pelancongan. Ciri-ciri personaliti: kepimpinan, sukakan pencapaian, bertenaga, yang tinggi, suka mempengaruhi, kebolehan manipulasi, suka (adventurous), yakin diri, optimistik, mudah mesra, berwawasan, tinggi, berusaha, sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert berkomunikasi. daya pujuk meneroka bercita-cita dan bijak

Konvensional (Mengurus)

Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor, dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan. Contoh pekerjaan: kerani, setiausaha, penyimpan kira-kira, guru perdagangan, guru perakaunan, akauntan, jurutrengkas, pegawai bank, pegawai cukai, operator komputer, penilai harta, juru audit, juruwang dan pegawai perangkaan. Ciri-ciri personaliti: berstruktur tinggi, teliti, daya tahan tinggi, akur, praktikal, mengikut aturan, defensif, menurut perintah, cermat, cekap dan rutin.

Rajah 19 : Konstruk Dan Keterangan Inventori Minat Kerjaya

93

BAB 7 SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS)

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

BAB 7

7.0

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan secara berterusan bagi melihat perkembangan murid secara menyeluruh. Sehubungan dengan itu, selaras dengan konsep ICT sebagai pengupaya, LP telah menyediakan sistem aplikasi SPPBS bagi tujuan merekod dan menyimpan data akademik dan bukan akademik. Data-data yang disimpan dapat diautomasikan dengan cekap dan berkesan bagi penghasilan pelaporan sama ada di peringkat sekolah, PPD, JPN atau KPM.

Panduan penggunaan sistem ini boleh dimuat turun sama ada melalui laman web LP http://www.moe.gov.my/lp atau pada menu BANTUAN di dalam sistem SPPBS. Lembaga Peperiksaan juga telah mewujudkan Meja Bantuan peringkat pertama yang bertanggungjawab sebagai Single point of contact berkaitan aplikasi SPPBS kepada pengguna. Meja Bantuan SPPBS boleh dihubungi melalui:

helpdesk.sppbs@moe.gov.my Telefon 03-8884 3158 Faks 03-8884 3156


96

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 3

LAMPIRAN 4

You might also like